Code Name sebagai nama CPU Setiap jenis CPU yang dipasarkan oleh pelbagai pengeluar mempunyai code name, atau ‘nama panggilan’ lain bagi CPU berkenaan. Contohnya Intel Pentium 4 SC478 L2 Cache 512KB diberi code name Northwood. Mengapa perlu ada code name? Code name pada sesuatu CPU merujuk kepada spesifikasi 'core' atau binaan dalaman sesuatu CPU itu. Contonhya code name Willamette merujuk kepada CPU dari famili Intel Pentium 4 yang mempunyai ciri-ciri berikut: Frekuensi antara 1.3GHz -2.0 GHZ, mempunyai L2 Cache 256KB dan Front Side Bus sebanyak 100MHz. Jika disebut pula dengan code name Barton, ia merujuk kepada CPU AMD Athlon XP dengan PR rating dari 2500+ hingga 3200+, mempunyai L2 Cache 512KB dan pelbagai ciri lain yang terdapat dalam kelas CPU dengan code name yang sama. Selain itu, code name juga digunakan untuk memudahkan panggilan berdasarkan pengkelasan famili CPU. Contonhya jika disebut Prescott, maka semua orang sudah tahu bahawa CPU yang dimaksudkan ialah dari famili Intel Pentium 4, binaan LGA architecture, mempunyai L2 Cache 1MB ke atas dan mempunyai teknologi Hyperthreading. Jika ingin dibandingkan dengan nama Intel Pentium 4 HTT LGA775 L2 1MB, tentu nama Prescott lebih mudah bukan? Antara senarai nama CPU untuk PC masakini bersama code name tersendiri. Code name bagi CPU dari famili AMD Athlon XP Palomino (Athlon XP 1500+ – 2100+, L2 Cache 256KB) Thoroughbred A/B ( Athlon XP 1600+ – 3100+, L2 Cache 256KB) Barton (Athlon XP 2500+ – 3200+, L2 Cache 512KB) Code name bagi CPU dari famili Intel Pentium 4 Willamette (Pentium 4 1.3GHz – 2.0GHz, L2 Cache 256KB) Northwood (Pentium 4 B & C, 1.6GHz – 3.0Ghz, L2 Cache 512KB, Hyper Threading) Prescott (Pentium 4 A & E , 2.8GHz – 3.8 GHz, L2 Cache 1MB, Hyper Threading)