SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ Abu Bakar As-Siddiq lahir pada tahun 570 Masihi. Nama sebenar:- Abdul Kaabah bin Usman. / Abu Quhafah bin Abdulullah keturunan :- Bani Tamim. Gelaran :As-Siddiq ( beliau sentiasa membenarkan apa sahaja yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.) Nama Ibu beliau :- Salma binti Shakhar atau Ummu Khair yang bererti ibu yang baik. Sejarah kekhalifan :- Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai khalifah yang pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 632 M. Beliau meninggal dunia pada 21 Jamadil Akhir 13 H bersamaan 23 Ogos 634 H akibat demam. Semasa berhijrah dari Makkah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW memilih Abu Bakar sebagai teman dalam perjalanan. Mereka bermalam di Gua Thur. Anak perempuan Abu Bakar as-Siddiq, Aisyah menjadi isteri Rasulullah SAW. Ketika Nabi Muhammad SAW sakit, baginda melantik Abu Bakar menjadi imam. Disebabkan itu, selepas nabi Muhammad SAW wafat, baginda dilantik menjadi khalifah. Walaupun Khalifah Abu Bakar as-Siddiq memerintah dua tahun tiga bulan sepuluh hari sahaja namun sudah menundukkan mereka yang murtad, enggan membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Selepas berjaya mengatasi masalah dalaman, beliau menumpukan perhatian kepada kerajaan Rom dan Parsi yang sekian lama mengancam umat Islam. Jasa khalifah Abu Bakar as-Siddiq :- - mengumpulkan semua ayat-ayat Al-Quran. ( Ini berlaku selepas ramai penghafaz ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan. Kerana bimbang umat Islam akan kehilangan ayatayat suci Al-Quran itu maka Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Umar Al-Khatab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semua ayat Al-Quran. Itulah kitab suci Al-Quran yang dikenali sehingga hari ini.) Walaupun Khailifah Abu Bakar as-Siddiq memegang tampuk pemerintahan Islam, namun beliau memilih hidup sederhana. Beliau tetap meluangkan masa pergi membeli barang-barang keperluan keluarganya dan menjadi imam solat di Masjid Nabi Madinah. Sebelum meninggal dunia, beliau sempat meninggalkan wasiat dengan melantik Umar al Khattab sebagai penggantinya. Dengan ini dapat mengelakkan perebutan kuasa selepas kematiannya. okey , kita masuk ke biodata khalifah yang kedua - yang mana pemerintahannya sungguh biaksana dan tegas dalam menegakkan syariat islam dan dimana islam berjaya menakluki 2/3 dunia ... SAIDINA UMAR AL-KHATTAB Nama : Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza Keturunan : Bani Adi,Quraisy Tarikh Lahir : 584 Masihi (13 tahun selepas Kelahiran Rasulullah SAW) Tempat Lahir : Mekkah alMukarramah Tarikh Menjadi Khalifah : Selasa, 22 Jamadilakhir 13 Hijrah, bersamaan 23 Ogos 634 Masihi Tempoh Pemerintahan : 10 tahun 6 bulan Tarikh Wafat : Bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah( 63 tahun ) Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh hamba Majusi berbangsa Parsi bernama fairuz(Abu Lu’lu’ah) Gelaran : Al-Farouq(pemisah antara hak dan batil) SIFAT PERIBADI:- 1.BERANI:•Sebelum memeluk Islam, diberi kepercayaan oleh kaum Quraisy menentang dakwah Rasulullah SAW. •Semasa memeluk Islam (33 tahun), beliau mengisytiharkan pengisalaman beliau kepada masyarakat Arab tanpa gentar. 2.BERANI MENEGAK KEBENARAN :• Sesudah memeluk Islam, Contohnya, semasa hendak berhijrah ke Madinah beliau mencabar sesiapa yang berani menghalangnya secara terbuka. JASA DAN PENGORBANAN UMAR AL-KHATTAB:- PENTADBIRAN:- •Mengemas kini Majlis Syura. •Mengasas jabatan pentadbiran (jabatan cukai dan harta, jabatan persuratan dan ketenteraan) •Memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa pentadbiran. •Mengasaskan undang-undang hisab. •Mengasaskan takwim islam. DAKWAH :- • Penyebaran dakwah secara berleluasa di wilayah baru (parsi-Mesir-Rom). • Melatih gabenor di wilayah baru bagi melicinkan pentadbiran dan penyebaran dakwah. • Menghantar para ulama ke serata tempat untuk menyebarkan dakwah. PEMBANGUNAN NEGARA :- • Mengemaskini institusi Baitulmal • Penerokaan kawasan baru untuk pertanian dan membina saliran air • Mendirikan rumah persinggahan bagi para musafir • Membina sekolah untuk mengajar dan mendidik anak orang yang baru memeluk islam TELADAN :- • Keperibadian Mulia Saidina Umar • Sikap Berani Tegas demi kepentigan islam • Istiqamah dengan pekerjaan yang diredhai Allah • Berwaspada terhadap musuh okey , jom kita masuk pula ke biodata khalifah yang ketiga ... yang dikenali perwatakannya pemalu dan dermawan . SAIDINA USMAN AFFAN Nama Penuh : Uthman Bin Affan Bin Abu Al-'As Bin Umaiyah. Keturunan : Bani Umaiyah. Tarikh Lahir : 576 Masihi iaitu 6 tahun selepas " Tahun Gajah". Tempat Lahir : Makkah Al-Mukarramah. Tarikh Lantikan Khalifah :- pada 644 Masihi Bersamaan 23 Hijrah. Tempoh Pemerintahan : 12 Tahun. Tarikh Kewafatan : 18 Zulhijjah 35 Hijrah. Gelaran : " Zu Nurain" ( Yang mempunyai dua cahaya kerana telah memperisterikan dua puteri Rasulullah S.A.W ) KISAH KEISLAMAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN:- - Uthman adalah antara golongan yang mula-mula memeluk islam. - Sejak kecil beliau telah berbudi pekerti mulia dan luhur ,oleh itu beliau mudah menerima islam. - Seorang yang tegas yang hanya akan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. - Beliau menerima
islam melalui dakwah yang telah disampaikan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A SIFAT PERIBADI SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN:- - Beliau sanggup berhijrah ke Habsyah dengan meninggalkan segala kemewahan, kesenangan dan sanak saudara demi menyahut seruan Allah dan Rasul. - Beliau banyak melakukan ibadat sunat seperti Qiyamul Lail,puasa sunat dan membaca Al-Quran. - Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik ketika bercakap walaupun dengan musuh. - Memiliki sifat malu dan lemah-lembut serta bercakap dengan sopan. - Memiliki sifat Khauf (takut) kepada Allah S.W.T SIFAT DERMAWAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN:- - Membeli telaga "Raumah" dengan harga 35 000 Dirham dan mensedekahkannya untuk kegunaan orang ramai. - Membeli sebidang tanah bagi membesarkan Masjid Nabawi. - Memerdekakan hamba pada hari Jumaat setiap minggu. - Menderma sebanyak 300 ekor unta dan 10 000 dinar untuk pembiayaan Tentera Islam dalam Peperangan Tabuk. SEMANGAT JIHAD SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN:- Keimanan yang kukuh terhadap Allah S.W.T - Sayangkan islam. - Minat yang tinggi untuk berdakwah. - Memiliki kekayaan. - Semangat Daya Saing. - Sayangkan Negara Islam. SUMBANGAN DAN PENGORBANAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN:- Politik 1. Menubuhkan angkatan Tentera Laut. 2. Menjadi utusan Rasulullah S.A.W dalam Perjanjian Hudaibiyah. Ekonomi 1. Menyumbangkan harta yang banyak dijalan Allah S.W.T 2. Berjaya membentuk masyarakat yang mantap ekonominya. Sosial 1. Memperkenalkan sistem protokol. 2. Berjaya menawan hati rakyat dengan sifat beliau yang lemah-lembut. - Sumbangan Saidina Uthman yang terkenal sehingga kini ialah mengumpulkan dan membukukan Al-Quran. - Al-Quran yang dikumpulkan dizaman Saidina Uthman dinamakan Mashaf Uthmani. DAKWAH DAN PENYEBARAN ISLAM:- - Tubuhnya sebuah Suruhanjaya. - Terlantiknya Zaid Bin Tsabit sebagai Pengerusi Suruhanjaya dengan dibantu oleh Abdul Rahman Bin Harith dan Abdullah Bin Zubair. KONFLIK PADA ZAMAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN:- - Enam tahun pertama pemerintahan Saidina Uthman dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap huru-hara. - Fitnah berlaku kerana ekoran tohmahan yang dibuat oleh Puak Yahudi dan Golongan Munafik. Puak Munafik diketuai oleh Abdullah Bin Sabak. - Saidina Uthman dituduh tidak adil dan tidak telus dalam pemerintahannya. - Uthman menghantar Pegawai penyiasat ke Kufah, Mesir, Basrah dan Syam. - Beliau membuka pintu perbincangan dengan rakyatnya serta memanggil gabenor untuk disoal jawab TAMADUN:Uthman seorang tokoh korporat yang berjaya kerana usahanya yang bersungguh-sungguh dan keberkatan yang ada pada hartanya.Sebagai contoh, Uthman terkenal dengan Sifat Dermawan yang tinggi dan bersifat zuhud, iaitu mencintai kehidupan akhirat lebih daripada mencintai kehidupan dunia.Dengan ini, Kita semua haruslah mencontohi sifat peribadi dan semangat jihad yang ada pada diri Saidina Uthman Bin Affan. okey , last sekali , kita masuk ke biodata khalifha yang keempat .. yang dikenali sebagai seorang pemuda terawal memasuki islam .. SAIDINA ALI BIN ABI TALIB Nama : Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib Keturunan : Bani Hasyim Tarikh Lahir : 10 tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 masihi Tempat lahir : Dalam kaabah di Mekah Al-Mukarramah Hubungan : Sepupu Nabi sebelah bapa Tarikh Menjadi Khalifah : Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi Tempoh Pemerintahan : 4 tahun Tarikh Wafat : 17 Ramadan tahun 41 Hijrah 661 Masihi Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah Gelaran : Abu Hasan / Abu Turab SIFAT PERIBADI:- •Bersikap adil •Bijaksana •Berwawasan •Pintar •Berfikiran luas •Berusaha mencari ilmu •Berani menegakkan kebenaran •Terbuka •Taat mengerjakan suruhan ALLAH SWT •Kreatif dan sanggup berkorban kerana ALLAH SWT KELUARGA RASULULLAH SAW:•Mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah SAW •Adalah sepupu dan menantu Rasulullah •Sejak kecil tinggal bersama Rasulullah dan dididik oleh Baginda •Banyak mewarisi keperbadian dan akhlak Rasulullah •Sangat mencintai dan menyayangi Rasulullah KANAK-KANAK PERTAMA:- MEMELUK ISLAM:- •Memeluk Islam ketika berumur 10 tahun •Kanak-kanak pertama memeluk Islam bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala •Tidak pernah dikotori keburukan jahiliah •Mentaati dan tidak pernah membantah Rasulullah •Salah seorang 10 sahabat dijamin masuk syurga SEORANG CENDIKIAWAN TERULUNG:- •Terkenal dengan ilmu pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti bidang sastera, ilmu hisab dan kehakiman •Sehingga digelar ‘gedung ilmu’ PEMUDA YANG BERANI:- •Terkenal dengan sifat gagah berani di medan perang •Menggunakan pedangnya bernama ‘Zulfakar’ dan menyertai hampir semua peperangan menentang musyrikin kecuali peperangan Tabuk. •Semasa peperangan khandak telah dicabar berlawan satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama Amru bin Wahid. •Berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman. PEMERINTAH YANG ADIL DAN KREATIF:- •Dilantik oleh Rasulullah menjadi hakim di Yaman. •Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah. •Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam. •Menubuhkan pasukan polis diberi nama ’As-syurtah’ •Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah sebelumnya. PENGORBANAN DAN JASA ALI ABI TALIB :- •Jurutulis Perjanjian Hudaibiah. •Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq). •Mengembangkan ilmu Islam. •Pensihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-tiga khalifah Ar-Rasyidin. •Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huru-hara •Menjadi hakim di Yaman. •Penulis wahyu. •Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah. SEBAB BERLAKUNYA PEPERANGAN DI ZAMAN PEMERINTAHAN :- •Berpunca daripada perancangan jahat kaum
munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Saba’ •Mereka berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang diketuai oleh Saidina Ali •Contoh:dalam perang Jamal,tentera Saidina Ali mencapai kata sepakat dengan kumpulan Saidina Talhah dan Saidina Zubair untuk berdamai.Pada malamnya kaum munafik membuat perancangan jahat untuk mencetuskan peperangan antara kedua belah pihak
Perkataan khalifah atau khalifat(tunggal), Jama’nya khulafa’ bermaksud pengganti iaitu penganti Rasulullah SAW. Kemudiannya ia digunakan untuk jawatan ketua umum dalam pentadbiran hal ehwal dunia dan agama menggantikan Rasulullah SAW. Kedudukan dan taraf khalifah dari segi kuasanya adalah sama taraf dengan Rasulullah SAW dan setiap orang wajib mentaatinya. Pemilihan seorang khalifah adalah sesuatu yang mesti dilakukan oleh umat islam selepas baginda wafat. Ia sebenarnya suatu yang sangat sukar kerana sebelum baginda wafat, baginda tidak pernah menamakan sesiapa yang seharusnya dilantik mengetuai negara islam. Pada mulanya tiada sesiapa yang memperdulikan tentang masalah perlantikan khalifah. Tetapi apabila isu itu timul, ia menjadi masalah yang mendapat perhatian serius dari seluruh umat islam. Pada ketika masalah perlantikan khalifah, golongan Ansar mencalonkan Sa’ad bin Ubadah, golongan Muhajirin pula mencadangkan Abu Bakar bin al-Siddiq. Dan golongan yang ketiga, golongan Bani Hasyim mencalonkan Ali bin Abi Talib. Walaupun umat islam mengalami masalah untuk perlantikan khalifah tetapi perpaduan umat islam tetap terpelihara di mana Abu Bakar al-Siddiq telah terpilih dengan suara majoriti dan diterima oleh semua dalam perhimpunan anjuran golongan Ansar itu. Ia diperkukuhkan lagi dengan lafaz taat setia(bai’ah) di dalam atur cara yang dijalankan semasa perlantikan khalifah-khalifah yang berikutnya. Selepas perlantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah, bermulalah zaman khulafa ar-rasyidin.