Ciri-ciri Linux •
•
•
•
• •
Linux adalah sebuah sistem operasi multitasking, multi-pengguna dan multithreaded. Ini bermakna pengguna boleh menjalankan beberapa program dalam satu masa dan beberapa orang pengguna boleh menjalankan perisian mereka serentak pada satu sistem (Contohnya komputer pelayan). Linux adalah serasi dengan UNIX termasukalah IEEE POSIX 1, System V dan BSD. Selain itu, Linux menyediakan POSIX job control (digunakan dalam shell), pseudoterminals (/dev/pty) dan virtual consoles. Tidak seperti MS-Windows 9x yang hanya berfungsi pada platform 80386 dan ke atas, Linux juga boleh digunakan pada platform Motorola 68000, DEC Alpha, ARM, Sun SPARC, MIPS, Apple PowerPC, Intel Merced dan banyak lagi yang akan dan sedang diusahakan. Ini juga bermakna Linux boleh wujud bersama kebanyakan sistem operasi lain seperti Digital HP-UX, Sun Solaris, IRIX, IBM AIX, BSD dan MS-Windows. Linux menyokong pemprosesan selari seperti SMP, CC-NUMA dan clustering. Bagi Intel SMP, Linux (kernel 2.2) menyokong sehingga 16 pemproses berbanding MS-Windows 9x yang hanya dapat menggunakan satu pemproses sahaja. Linux is free (free bukan bermaksud percuma tetapi bebas). Ini kerana anda boleh mengubahsuai kod sumber (source code) mengikut kehendak anda sendiri. Linux boleh menyokong pelbagai filesystem seperti FAT16, FAT32, ext2, ext3, Minix 1, Xenix, ISO 9660 dan banyak lagi. Filesystem asal Linux adalah ext2 tetapi sekarang anda boleh membuat pilihan untuk menggunakan filesystem lain yang terbaru seperti reiserfs, SGI XFS,IBM JFS ataupun ext3. Filesystem ini mampu recover dari bad shutdown dalam masa yang sangat singkat ( 0-7 saat untuk 6 GB bagi reiserfs). (Filesystem FAT memerlukan masa yang agak lama untuk SCANDISK cakera keras 6 GB)