Chan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Chan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,693
  • Pages: 17
Penghargaan Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua SMK Sultan Abu Bakar,Puan Azhariah Bt. Hussain kerana telah memberikan kebenaran kepada saya dan rakan-rakan melakukan kajian di lapangan bersama-sama. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru matapelajaran Geografi kelas 3 RK1, Cik Lim Siew Choo kerana telah memberikan tunjuk ajar dan panduan untuk melaksanakan kerja kursus ini.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ingin saya berikan kepada kedua-dua ibu bapa saya,Tuan Haji Ramlan Bin Haji Lateh dan Puan Hajah Natipah Bt. Mat Dris kerana telah memberikan sumbangan modal,pengetahuan dan memberikan dorongan kepada saya. Akhir sekali,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan yang telah bersama-sama saya melakukan kajian di lapangan.

Pendahuluan Saya Ahmad Ridzwan Bin Ramlan dan rakan-rakan telah diberi dua tajuk iaitu Potensi Bentuk Muka Bumi serta Perbandingannya dengan Negara Lain dan Perkembangan Petempatan serta Perbandingannya dengan Negara Lain.Saya telah memilih tajuk Potensi Bentuk Muka Bumi di Teluk Chempedak dan Perbandingannya dengan Interlaken di Negara Switzerland. Saya memilih tajuk ini kerana Teluk Chempedak terletak berdekatan dengan sekolah dan tempat tinggal saya. Kami perlu mengkaji tentang potensi,kemudahan-kemudahan yang disediakan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengunjung di Teluk Chempedak dan Pergunungan Alps, Switzerland. Saya telah menemubual seramai 20 orang responden untuk mendapatkan hasil kajian. Tempoh yang telah diberikan untuk saya menyiapkan kerja kursus ini ialah dua bulan. Untuk menjalankan kajian ini,Cik Lim Siew Choo telah membenarkan saya mencari maklumat bersama-sama rakan-rakan saya tetapi laporan kajian hendaklah dihasilkan secara individu berdasarkan maklumat dan data yang telah dikumpulkan semasa di lapangan.

Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut :  Mengenal pasti pelbagai bentuk muka bumi yang terdapat di Teluk Chempedak dan Interlaken,Switzerland dan cirri-cirinya.  Menyenaraikan potensi bentuk muka bumi di Teluk Chempedak dan Interlaken,Switzerland kepada kegiatan manusia.  Menyatakan halangan bentuk muka bumi yang wujud di Teluk Chempedak dan Interlaken,Switzerland yang mempengaruhi aktiviti manusia di situ.  Menyenaraikan bagaimana aktiviti manusia mengubah kawasan Teluk Chempedak dan Interlaken,Switzerland.  Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap Teluk Chempedak dan Interlaken,Switzerland.  Mencadangkan cara-cara untuk mendidik manusia supaya menjaga alam sekitar negara mereka.  Menyemai perasaan bengga dan cintakan negara melalui kajian ini.

Kaedah Kajian a) Kaedah Pemerhatian: -Memerhati keadaan bentuk muka bumi di Teluk Chempedak. -Memerhati potensi bentuk muka bumi Teluk Chempedak terhadap kegiatan manusia di situ. -Memerhati kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Teluk Chempedak. b) Kaedah Rujukan: -Buku Teks Tingkatan Satu : Mencari maklumat tentang Interlaken. -Buku rujukan. : Mencari maklumat tentang Interlaken. -Folio-folio yang berkaitan. : Mendapatkan cara menyusunatur bahan yang betul. -Internet. : Mencari maklumat tentang Teluk Chempedak dan Interlaken. c) Kaedah Temu Bual: -Menemu bual seramai lima orang pengunjung yang datang ke Teluk Chempedak. -Menanyakan tujuan dan sebab mereka datang ke Teluk Chempedak. d) Kaedah Soal Selidik: -Mengedarkan borang soal selidik kepada 20 orang responden. -Bertanyakan beberapa soalan sementara menunggu responden-responden melengkapkan boring soal selidik.

Kawasan Kajian Saya dan rakan-rakan saya telahmencapai kata sepakat untuk memilih Teluk Chempedak sebagai kawasan kajian keranaterletak berdekatan dengan sekolah kami.Kami membuat kajian di lapangan padatarikh 7 Mei 2009 kerana pada hari berkenaan merupakan cuti Hari Hol NegeriPahang. Tarikh berkenaan amat sesuai untuk saya dan rakan-rakan membuatkerja di lapangan kerana kami begitu sibuk dengan ujian dalaman sekolah dankelas tuisyen.

Teluk Chempedak merupakan salah sebuah kawasan pelancongan dan rekreasi yang popular di Kuantan. Teluk Chempedak terletak di sebelah timur dan kira-kira 6 kilometer dari pusat Bandar Kuantan.Teluk Chempedak merupakan kawasan pantai berpasir di pinggir Laut China Selatan dan terletak diantara Tanjung Tembeling dan Tanjung Pelindung.

Kesan hakisan dan pemendapan oleh ombak telah membentuk ciri-ciri pantai yang menarik dan istimewa.Terdapat banyak aktiviti yang dilakukan di Teluk Chempedak seperti pelancongan,perniagaan,perhotelan dan aktiviti rekreasi. Terdapat juga beberapa kawasan yang menarik dikunjungi berdekatan dengan Teluk Chempedak iaitu Pantai Teluk Tongkang,Mini Zoo Taman Teruntum dan trek hutan di Hutan Rizab Beserah dan Pelindung,

Peta 2 : Peta Negara Switzerland

Dapatan Kajian

 Bentuk Muka Bumi Teluk Chempedak dan Interlaken,

Switzerland serta ciri-ciri masing-masing. Teluk Chempedak adalah merupakan kawasan tanah pamah yang berketinggian kurang daripada 25 meter dan terletak diantara dua rabung bukit iaitu Bukit Pelindung dan Bukit Tembeling.Kedua-dua buah rabung bukit ini menganjur dari arah barat laut ke arah tenggara dan membentuk Tanjung Pelindung dan Tanjung Tembeling.

Di pinggir laut Teluk Chempedak,terdapat pantai berpasir sepanjang 1 kilometer. Selain daripada pantai,banyak bentuk muka bumi yang menarik hasil hakisan dan mendapan ombak seperti tebing tinggi,tanjung dan batu sisa. Tebing tinggi dan batu-batu sisa dapat dilihat dengan jelas di hadapan Tanjung Pelindung dan Tanjung Tembeling.

Interlaken,Switzerland pula merupakan satu kawasan yang terletak di Banjaran Alps dan hampir dengan Dataran Tinggi Tengah.Kawasan Interlaken merupakan kawasan gunung lipat muda yang tinggi. Terdapat banyak bentuk muka bumi yang menarik di Interlaken, Switzeland seperti gunung-gunung dengan kemuncak yang bersalji, tasik-tasik dan pelbagai ciri fizikal yang telah dihakis oleh glasier. Pelbagai jenis bentuk muka bumi yang menarik dapat dilihat hasil daripada

hakisan ombak dan glasier serta mendapan.Manusia seharusnya bersyukur dengan Tuhan yang telah menciptakan alam yang indah ini dengan berusaha menjaga dan memelihara kawasan-kawasan ini dengan baik.

 Potensi Bentuk Muka Bumi Teluk Chempedak dan Interlaken, Switzerland kepada kegiatan manusia dan pembangunan kawasan kajian.

Teluk Chempedak mempunyai keistimewaan seperti pemandangan yang indah dan bentuk muka bumi yang menarik. Hal ini mendorong kepada jumlah pengunjung yang ramai datang ke Teluk Chempedak. Hal yang sama berlaku di Interlaken iaitu ia mempunyai banyak gunung yang bersalji yang indah dan menenangkan.

Manusia yang datang ke Teluk Chempedak terdiri daripada peniaga , pelancong tempatan dan pelancong asing. Oleh itu, Teluk Chempedak berpotensi menjadi pusat tarikan pelancong kerana terdapat banyak keindahan alam dan bentuk muka bumi seperti pantai yang indah dan air laut yang jernih. Disamping itu, faktor lain yang menyebabkan Teluk Chempedak menjadi pusat pelancongan ialah dengan adanya banyak kemudahan yang disediakan seperti hotel,gerai makan,restoran,tandas awam, dan kemudahan keselamatan dan kebersihan. Teluk Chempedak juga amat berpotensi sebagai pusat perniagaan kerana faktor pelancong yang ramai. Pelancong yang datang ke Teluk Chempedak amat berminat untuk membeli cenderamati dan makan makanan dari negara lain terutamanya Malaysia.

Di Interlaken pula, pengunjung yang datang ke situ kebanyakannya

pelancong luar negara. Interlaken juga merupakan salah satu pusat tarikan pelancong yang popular kerana mempunyai bentuk muka bumi yang bergunung-ganang serta diliputi salji yang agak tebal.Selain itu, Interlaken juga mempunyai potensi yang sama seperti Teluk Chempedak iaitu tempat perniagaan kerana menerima pelancong yang sangat ramai setiap tahun. Perniagaan yang terdapat di Interlaken ialah perkhidmatan rumah tumpangan, kedai alatan sukan ski dan kedai cenderamata.

Manusia seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan yang memberikan nikmat alam semulajadi yang indah dan cantik. Kita mestilah memelihara keindahan ini dengan tidak mencemarkan alam sekitar.

 Halangan Bentuk Muka Bumi di Teluk Chempedak dan

Interlaken,Switzerland terhadap kegiatan manusia.

Di Teluk Chempedak, terdapat ramai pengunjung yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan Teluk Chempedak yang semakin hati semakin teruk. Keadaan bentuk muka bumi Teluk Chempedak kini telah berubah daripada sebuah pantai yang landai dan indah kepada pantai yang meninggi seperti gunung pasir. Keadaan sebegini berlaku hasil daripada hakisan ombak yang giat keatas pantai. Perkara yang sama berlaku di Interlaken dimana para pelancong berasa amat marah dengan keadaan bentuk muka bumi di situ. Keadaan yang dimaksudkan adalah cerun gunung yang amat curam menyukarkan para pelancong untuk bermain ski.Keadaan ini sememangnya sangat berbahaya kerana pelancong mungkin akan terjatuh atau lebih teruk lagi mati.

Teluk Chempedak dan Interlaken merupakan kawasan yang teramat penting bagi kita.Perkara yang buruk tidak sepatutnya berlaku di situ. Pihak berwajib seharusnya bertanggungjawab memulihkan semula kawasan tersebut dengan membina dinding penahan ombak atau megurangkan kecuraman cerun agar anak-anak kita akan dapat menikmati keselesaan di masa akan datang.

 Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar Teluk Chempedak dan Interlaken,Switzerland.

Bilangan pengunjung yang ramai datang ke Teluk Chempedak dan Interlaken telah banyak menyebabkan kawasan ini berubah secara keseluruhannya.

Di Teluk Chempedak terdapat banyak kesan buruk kegiatan manusia seperti pencemaran air di dalam air laut dan Sungai Chempedak berdekatan. Pencemaran ini berpunca daripada pembuangan bahan-bahan yang tidak digunakan ke dalam longkang oleh pengusaha gerai makan.Longkang kemudiannya akan mengalirkan bahan-bahan itu ke dalam sungai seterusnya ke laut. Perkara yang sama berlaku di tanah yang disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap oleh pengunjung di merata-rata tempat.Selain itu,kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok ru berdekatan dengan Teluk Chempedak telah dimusnahkan untuk pembinaan kawasan tempat letak kereta.

Berbeza pula di Interlaken, manusia lebih cenderung untuk melakukan pencemaran daripada gejala sosial. Pencemaran yang amat serius berlaku di Interlaken ialah pencemaran udara.Hal ini disebabkan oleh aktiviti perkilangan kayu balak yang dijalankan pada musim sejuk.Aktiviti pembalakan juga telah menyebabkan peningkatan suhu persekitaran kerana ketiadaan pokok-pokok untuk menyederhanakan suhu.

Sesungguhnya manusia banyak memberikan kesan negatif kepada alam

sekitar.Manusia seharusnya tidak mementingkan diri sendiri dan bersama-sama pihak berwajib berganding bahu menjaga keindahan alam ciptaan Tuhan.

 Langkah-langkah untuk Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar Teluk Chempedak dan Interlaken,Switzerland.

Pencemaran yang dilakukan oleh manusia di Teluk Chempedak dan Interlaken seharusnya diambil tindakan oleh pihak berwajib agar keindahan alam sekitar dapat dipelihara. Bagi meyelesaikan masalah kesan segiatan manusia di Teluk Chempedak yang berlarutan ini, pihak berwajib sepatutnya meyediakan banyak tong sampah di tempat yang mudah dilihat agar pengunjung tidak membuang sampah di merata-rata tempat.Cara ini amat berkesan dan dapat mengurangkan pencemaran sampah-sarap di sekitar kawasan tersebut.Pihak Majlis Perbandaran Kuantan juga perlu menjalankan kutipan sampah dengan lebih kerap kerana jumlah pengunjung yang agak ramai. Bagi mengurangkan pencemaran air pihak berwajib perlu menyaman penggusaha yang tidak bertanggungjawab dan menyediakan perangkap sampah yang dapat menyekat sampah-sarap dari terus mengalir ke laut. Perkara yang hampir sama dapat dilakukan di Interlaken iaitu dengan mengehadkan lesen pembalak disamping menanam lebih banyak pokok di situ agar pokok-pokok akan hidup lebih banyak di situ.Disamping itu, industri perkilangan seharusnya menyediakan penapis di cerobong asap agar pencemaran udara dapat dikurangkan. Pihak berwajib perlu memberikan perhatian kepada langkah-langkah bagi mengurangkan masalah-masalah ini.

Rumusan

Melalui kajian geografi ini saya mendapat banyak faedah kerana dapat mempelajari dan mengetahui pelbagai maklumat tentang bentuk muka bumi, potensi,halangan dan kesan kegiatan manusia terhadap Teluk Chempedak dan Interlaken. Walaubagaimanapun,Teluk Chempedak dan Interlaken mengalami kerosakan akibat tindakan manusia yang sangat rakus dan mementingkan diri sendiri.Kerosakan yang dimaksudkan ialah pencemaran alam sekitar dan sebagainya. Justeru,saya berharap agar pihak berwajib akan melaksanakan tugas mereka dengan baik agar keindahan pusat-pusat pelancongan yang unik dan mempesonakan ini terus dipelihara. Sekian,terima kasih.

Related Documents

Chan
July 2020 16
Chan'
November 2019 30
Chan
May 2020 14
Chan
June 2020 15
Chan
July 2020 8
Chan
July 2020 16