[cerpen] Selamat Jalan Isteriku.

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View [cerpen] Selamat Jalan Isteriku. as PDF for free.

More details

  • Words: 1,478
  • Pages: 6
file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/HafizAdam/Selamat%20jalan%20isteriku...txt

Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamnya. Ku belai perlahan rambut ikalnya yg wajahnya... Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari , usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak..walaupun cuma seorang . Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa kami brdua adalah normal.Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua thn lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. mudahmudahan dimakbulkan doa anda berdua.." Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk ku ketahui suatu ketika kelak ....Pasti! "Najmiah.... bangun.,...jom kita solat." Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat ....Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah 'anak-anak'nya....Ahh.Aku sayang padamu Najmiah.. Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaiman a dalam firman Allah .. (al A'raaf : 189 ) yg bermaksud : " ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur.." Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Najmiah dah berada di belakangku..Wajahnya masam, merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu." Kenapa ni.? Muncungya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik .... Semakin menjadilah rajuknya. "kenapa abang tak kejutkan Najmiah.?"Protesnya... Aku tersenyum cuma. "Dah, abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIO...Documents/HafizAdam/Selamat%20jalan%20isteriku...txt (1 of 6)4/25/2007 5:14:37 AM

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/HafizAdam/Selamat%20jalan%20isteriku...txt

tapi cik adik sayang yang tak sedar.." Akhirnya Najmiah mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam. "Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah." Usikku lagi. Najmiah tersenyum lebar mendengar usikanku..Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku.Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan. Petang itu , sambil kami menikmati minum petang, Najmiah memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan : " Abang.....nikah jelah satu lagi" Dengan nada yang bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan,. Kan rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini . Sanggupkah aku memikul bebanan ini ....? "Hai.tak takut cemburu ke..? Umpanku pula.. "Cemburu.....emmm itukan memang fitrah manusia bang..takkan Najmiah tak cemburu.Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kahwin satu lagi, kan Najmiah boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? hujahnya panjang lebar. "Hai.takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..? "Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. "Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?" umpanku lagi.. "Kahwin satu lagi.." "Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus. "Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Najmiah dalam nada semakin kendur. "Huss..Najmiah sayang ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi ibrahim bapa ismail..berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.. " Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya.. Kudakap erat Najmiah,...ada titisan panas yg membasahi dadaku.. Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh ..umurku sudah merangkak 33 tahun ...Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya ...Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Najmiah kepadaku. Sehingga ke saat ini Allah file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIO...Documents/HafizAdam/Selamat%20jalan%20isteriku...txt (2 of 6)4/25/2007 5:14:37 AM

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/HafizAdam/Selamat%20jalan%20isteriku...txt

belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Najmiah masih seperti dulu . Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Najmiah hari ini ....Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Najmiah menarik lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..: " Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita .." Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku.Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja .Ada sampul surat yang berlogo hospitl terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Najmiah dengan pantas menghalangya. "Makanlah dulu kek coklat yang Najmiah buat .! Abang ni tak sabarlah.." Protes Najmiah separuh merajuk. "Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. " Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu. kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.. "Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian alam..!!" Najmiah hamil..!! Masya Allah, setelah sekian lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Najmiah seerat-eratnya. Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti &nb sp; tika ini,.. tangisan SYUKUR..! "kenapa jumpa doktor tak bagitau abang..?" Tanya ku seperti memprotes.. "Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Najmiah selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah,..Sejak akhir2 ini Najmiah ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusang ka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'.Aku benar2 lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah.. Sejak berita itu diterima, kesihatan dan aktiviti Najmiah menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi.Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya..Namun Najmiah tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..Barkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang 'luarbiasa' akan melahirkan anak yang 'luarbiasa' file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIO...Documents/HafizAdam/Selamat%20jalan%20isteriku...txt (3 of 6)4/25/2007 5:14:37 AM

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/HafizAdam/Selamat%20jalan%20isteriku...txt

..ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku,..dia berkhutbah panjang. "Abang sayangg.abang kata nak jadi seperti zakaria bapa Yahya..Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah,.. Abang..,kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah,.kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya,..jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan pada Najmiah dan anak yang bakal lahir ini ,.. bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..? Abangkan tau,..kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak... Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya diteruskan.aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam.. Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..! =========================== Pagi itu selepas sarapan aku melihat Najmiah tidak seperti biasa,..Peluh mengalir laju membasahi dahinya..Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya, panas.! Seingat aku Najmiah hanya akan melahirkan pada 26 mei,..hari ni baru 04 april,.Aku panik.. Aku segera membawa Najmiah ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenanganku. Aku mundar mandir ..Ya Allah. selamatkanlah isteri dan anakku..bisikku berulang kali.. "Encik HafizAdam..?"..Dr Khadijah,..pakar sakit puan rujukan isteriku,.. "Ya,..saya doktor,.." sahutku cepat..Kuhampiri Dr Khadijah.. "Boleh kita berbincang sebentar,,.." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,.. "Saya harap Encik HafizAdam bertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit masalah,..air mentubannya dijangkiti kuman.. Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah..Puan Najmiah perlu dibedah segera.." "Bedah..?" "Buatlah apa yang sewajarnya doktor.. Tapi isteri saya bagaimana.doktor..?" Tanyaku dgn nada separuh ketar.bimbang. "saya akan cuba sedaya upaya,..utk file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIO...Documents/HafizAdam/Selamat%20jalan%20isteriku...txt (4 of 6)4/25/2007 5:14:37 AM

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/HafizAdam/Selamat%20jalan%20isteriku...txt

menyelamatkan kedua-duanya,.. Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa .." Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah.. Ya Allah,.selamatkanlah isteriku,..Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku,.. Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku,..tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik ,..aku terdenagr suara tangisan bayi,,..alangkah lunaknya. "Encik HafizAdam..?" ya..saya.." "Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan ba yi perempuan yang sihat,.2.9 kg dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,.. "Alhamdulillah.isteri saya bagaimana doktor.?" Dr, khadijah terdiam ..tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku,..Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya,.. Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku ternganga seketika,.. "Maaf,.saya telah berusaha semampu yg mungkin,. Tapi Allah lebih menyayangi Najmiah,.." Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung,. Perlahan aku mengikuti d oktor ke ruang bilik pembedahan..Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di tutup dgn kain putih terbaring,..Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainnailaihi raji'unnnn.. DariNya kita datang,.kepadanya kita kembali,.. Wajah Najmiah pucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manis sekali,..tanpa ku sedari ku dakap Najmiah seerat-eratnya..tangisku perlahan, tapi tak tertahan..! "Sabar encik HafizAdam,..sabar.." Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku,.. "Nurse,.. tolong bawa anak encik HafizAdam.." katanya lagi,.. Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan dihadapanku,..perlahan kuambil dan kudakap bayi itu,.Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Najmiah..Mereka amat mirip.! Matanya, hidungnya,..mulutnya,..Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi,.. file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIO...Documents/HafizAdam/Selamat%20jalan%20isteriku...txt (5 of 6)4/25/2007 5:14:37 AM

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%20Documents/HafizAdam/Selamat%20jalan%20isteriku...txt

Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata,.. "Iqamahkan anakmu HafizAdam,..sambutlah yang hadir,..doakanlah yang kembali.." Najmiah,.. rupanya inilah hikmah Allah,..Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah,..Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu , mengasihimu, hampir selama lapan tahun,..utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakn gantinya,. Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai,.. Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Najmiah,.. Tidak,.. Tidak, itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb. Tuhan yang Maha Mengetahui,..Lagi Maha Pengasih,.. Selamat jalan Najmiah,

Muhammad Hafiz Adam

Digitally signed by Muhammad Hafiz Adam DN: CN = Muhammad Hafiz Adam, C = MY, O = Cairo University, OU = Faculty of Medicine Reason: I have reviewed this document Date: 2007.04.25 03:15:14 +02'00'

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIO...Documents/HafizAdam/Selamat%20jalan%20isteriku...txt (6 of 6)4/25/2007 5:14:37 AM

Related Documents