[cerpen] Mawar Merekah Tatkala Langit Menangis

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View [cerpen] Mawar Merekah Tatkala Langit Menangis as PDF for free.

More details

  • Words: 1,315
  • Pages: 4
file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%2...ts/HafizAdam/Mawar%20Merekah%20Tatkala%20Langit%20Menangis.txt

Betapa ramainya manusia mendambakan sebuah perkahwinan kerana ia membawa pada kelapangan, pereda pada hormon-hormon yang selalu amarah dalam diri, dan ia juga salah satu sebahagian dari dien. Namun, adakah sebuah perkahwinan perlu menjadi sesuatu yang obsesif sehingga kebahagiaan terletak hanya dan hanya jika itu yang berlaku? Entahlah… Namun yang pastinya ramai orang diluar sana yang masih lagi sendiri, sehingga ketika detik-detik usia mencecah ke angka tiga puluh telah jelas terbayang bersama-samanya helaian uban yang berjarak. Kutemukan warna rambut keperakan itu beberapa helai tatkala aku menyelak helaian demi helaian rambutku, juga beberapa kerut pada seraut wajah pada cerminku. Pada wajahku sendiri. “ Kau tak nak kahwin ke, Waheeda?” “ Peliknya pertanyaan kau”, “ Oh…maaf tapi sebenarnya maksudku, tak ada ke orang yang nak kahwin dengan engkau?” “ Baru betul pertanyaan tu”. Monolog itu selalu kuulang ketika pantulan wajahku kelihatan di cermin. Ya, masih belum ada yang mahu berkahwin denganku. Apa yang perlu aku lakukan oleh perempuan seperti aku untuk segera mendapat jodoh? Kutatap tudung kepalaku yang kini telah menutupi seluruh kepalaku, menutupi hingga melepasi dada. Pergaulan dalam Islam ketika ini kuyakini, melarangku untuk bergaul bebas dengan lelaki. Itu sesuatu yang tidak mampu aku tawar-tawarkan. Aku sungguh bahagia dalam melaksanakan perintah-perintahNya walaupun ada di sisi hati menjerit-jerit derita. Tetapi, bukankah penderitaan adalah awal dari rasa cinta dariNya? Seperti kata Najwa, bunga mawar di taman bunga hanya akan merekah tatkala langit menangis. Aku ingin mendapatkan mawar yang merekah di hatiku bersama pengorbanan-pengorbanan untuk menantiMu, ya Allah. “ Sudahlah Ida, buka saja tudung kepala kamu tu. Tudung tu seolah-olah bawa sial yang membuatkan berat sangat jodoh kamu tu!”marah ibuku. Dia mula memutar sirihnya dengan mulut muncungnya. Menatapku dengan mata tuanya yang cukup tajam. “ Tak payahlah nak pakai tudung tu lagi, nampak tak cantik !!!”, sergah ibuku. Cantik? Apakah ukuran kecantikan merupakan punca para lelaki memutuskan seseorang tepat untuk menjadi isterinya? Rasa itu terlalu naïf untuk menjadi ukuran aktivis-aktivis dakwah yang mementingkan kepentingan akhirat. Bukankah ketika semua orang telah berada di syurga abadi nanti file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGL.../Mawar%20Merekah%20Tatkala%20Langit%20Menangis.txt (1 of 4)4/20/2007 1:45:47 PM

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%2...ts/HafizAdam/Mawar%20Merekah%20Tatkala%20Langit%20Menangis.txt

para wanitanya akan terlihat cantik dan manis?malah kerut tua juga sedikitpun tidak diizinkan Allah hinggap pada wajah para wanita-wanita syurga. Tapi…hari ini aku terhempas pada kenyataan lain, tanpa sengaja aku membuka biodata bakal calon suami sahabatku. Calon isteri yang diinginkan : berkulit putih, hidung tinggi dan badannya kurus dan tinggi. Ada rasa melayang lalu menghempas tubuhku dari ketinggian yang tak mampu aku capai, ukuran itu terlalu matematis dan visual. Putih, hidung tinggi dan kurus serta tinggi. Tidak adakah nilai yang lebih ukhrawi? Jika itu semua…di manakah letaknya kebahagiaan yang sebenar? Hari ini kurendam kakiku pada riak pantai yang berbuih dan menghempas di utara kota Pulau Pinang. Tanganku dengan ganasnya melempar batu-batu kerikil pada camar-camar yang berkejaran, berpasangpasangan. Musim kahwin agaknya. Kutemui sepasang manusia, berkumpul seperti kumpulan ombak yang meninggi dan melandai, dan kulihat sebahagian daripada mereka terayun-ayun di hempas ombak dengan pelampung hitam melingkar di pinggang. Kadang-kadang kutemui kaki-kaki kecil berlari-lari di tepi pantai. Anak-anak yang terlahir sudah pasti atas dasar cinta ayah dan ibunya. Namun aku semakin tidak mengerti di mana bahagia bersembunyi ketika kutangkap samar sebuah dialog yang terbawa dek angin. “ Abang tahu tak, saya baru saja jatuh cinta pada abang setelah dua orang anak kita lahir”. Aku ternganga. Apakah perkahwinan itu akan wujud sebuah kebahagiaan selepas anak-anak dilahirkan?Bukankah cinta itu perlu lahir tatkala sebuah perkahwinan itu terbina? Bukankah cinta itu ada syarat kebahagiaan? Tetapi kenapa si isteri berkata kepada suaminya bahawa dia memerlukan waktu begitu lama untuk jatuh cinta. Kubiarkan ombak merendam tubuhku hingga batas terakhir leherku. Seseorang menjerit dari kejauhan “ Naik…bahaya tu…ombak kuat!”, suara itu memantul-mantul pada udara yang lembab dan masin laut yang mengirimnya. Tapi rasa ingin tahuku pada tempat persembunyian bahagia, menulikan telingaku. Aku harungi ombak, kubelah karang dan kuhancurkn buihnya. Aku masih tidak menemui di mana bahagia, tahukah kau? Hari ini kutatap bintang-bintang, apapun namanya. Rimba bintang dalam kelamnya mampu membuatkanmu tersesat. Seperti juga pencarianku pada ia yang bernama bahagia. Hari ini pula duduk di hadapanku seorang yang telah tujuh tahun lebih tua daripadaku. Seorang yang berwajah lima tahun lebih muda duduk menemaninya. Si tiga puluh tahun adalah lelaki yang sedang mencari isteri tetapi entah kenapa adiknya yang lebih banyak berbicara. file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGL.../Mawar%20Merekah%20Tatkala%20Langit%20Menangis.txt (2 of 4)4/20/2007 1:45:47 PM

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%2...ts/HafizAdam/Mawar%20Merekah%20Tatkala%20Langit%20Menangis.txt

“ Maafkan saya, saya ni wakil daripada abang saya. Kalau nak tunggu dia bercakap, entah-entah sampai esok pagi kita tak selesai”, selorohnya. Aku terdiam seketika. Si adik memang telah beristeri dan sudah mempunyai anak, namun adakah tidak ada sedikit ruang dan kesempatan yang mampu diberikan kepada abangnya? “ Jadi, abang saya ni seorang yang selama ini menjadi tulang belakang keluarga. Dia sanggup berhenti kerja semata-mata nak jaga emak kami. Malah dia juga banyak membantu ahli keluarga lain kalau berada dalam kesempitan”. “ Maksud awak? Membantu keluarga dalam kesempitan tu macam mana?” tanyaku dan sedikit berkerut keningku. “ Bantu…em…. Kalau kebetulan pembantu adik beradik kami yang lain balik kampung, abang saya akan menjemput anak-anak, malah rajin juga membantu buat kerja-kerja rumah”. Mulutku ternganga mendengarnya. Oh…membantu menguruskan rumah tangga. “ Jadi, akhi selama ini tidak sempatlah ye bekerja mencari nafkah kerana membantu keluarga?”, Aku berusaha mencernakan kata membantu untuk mencari kata yang sama dengan pembantu rumah tangga. “ Jadi…akhi ni masih belum bekerja, ya?” tanyaku dalam nada tegas. Adiknya mengangguk. “ Tapi, ukhti jangan risau. Keluarga besar kami mampu menanggung abang. Insya Allah kami akan membantu, yang penting jika ukhti setuju, abang boleh saja berkahwin dengan ukhti”. Aku pelik, masih belum bekerja dan sama sekali masih belum ada bayangan apa yang mampu dikerjakan, lalu mengharapkan keluarga besar akan membantu… Ya…betapa sulitnya bertemu denganmu bahagia? Tahukah apa alasan adik lelaki itu ketika aku menolak abangnya yang begitu pendiam, nyaris tanpa pendirian dan visi hidup, dia berkata, “ Mungkin ukhti Waheeda masih seronok lagi hidup sendiri”. Memang ternyata, aku sudah tiga puluh tahun, masih lagi sendiri, dan masih lagi mahu hidup sendiri katanya? Siang itu aku berjalan lagi bersama terik matahari pagi yang memancar ke kulit dan menciptakan peluh file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGL.../Mawar%20Merekah%20Tatkala%20Langit%20Menangis.txt (3 of 4)4/20/2007 1:45:47 PM

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGLIONTIBB/My%2...ts/HafizAdam/Mawar%20Merekah%20Tatkala%20Langit%20Menangis.txt

berwarna mutiara. Aku duduk di sebuah taman memperhatikan burung-burung berterbangan, berpasangpasangan. Kualihkan pandanganku pada tupai yang meluncur berkejaran dengan mata yang berbinar, masih juga berpasangan. Siang bersanding malam, bulan bersanding matahari, laut berkawan pantai, sedang aku berkawan dengan siapa? Hari ini aku temui seorang perempuan manis bertudung labuh, sama denganku. Jubahnya rapi tapi matanya menyimpan sejuta kesedihan. Rona merah yang mengembung melingkari mata yang semestinya ceria. Hujung hidungnya juga kemerahan. Dia lebih muda beberapa tahun daripadaku. Cantik manis bernama Maisarah. “ Saya, saya mahu meminta pandanganmu, Waheeda…”. Kutatap matanya dalam diam. Oh…mata jendela jiwa, tersimpan padanya rahsia anak manusia, cinta, benci, luka dan bahagia. “ Saya…Saya tidak bahagia. Saya mahu berpisah dengan suami saya”. Mulutku ternganga. Dia juga tidak bahagia? Masih muda, sudah berkahwin dan sekarang sudah mempunyai dua orang anak, juga masih tidak bahagia? Kenapa? Bukankah ramai yang mengatakan puncak bahagia para wanita itu adalah ketika dia dinikahkan dengan seorang lelaki? ´Saya ingatkan hidup saya akan bahagia dengan suami saya. Dia juga seorang aktivis dakwah, aktif dalam gerak kerja. Tapi, tapi ternyata tidak. Dia seorang yang malas untuk mencari nafkah. Selama ini saya semua yang menangggung hidup anak-anak dan dirinya. Saya penat…Waheeda…”, Oh…kalau itu yang berlaku, di mana ya letaknya bahagia? Tersembunyikah dia di antara makna-makna? Pada hayalan-hayalan yang tidak bertemu dalam logika manusia? Aku seolah-olah mendengar suarasuara yang tidak terdengar sejak berabd-abad lalu yang kukenal ketika berjalan di atas tahun-tahun yang tua, tahun-tahun pencarian di masa silam. Kusangka bahagia ada pada bahagian diriku yang belum bertemu, pada setengah dien itu. Namun, Maisarah juga tidak menemukan pada setengah diennya, aku tertanya lagi di manakah bahagia itu? Tahukah kamu semua???

HakMilik TerPelihara muhammad hafiz adam

Muhammad Hafiz Adam

Digitally signed by Muhammad Hafiz Adam DN: CN = Muhammad Hafiz Adam, C = MY, O = Cairo University, OU = Faculty of Medicine Reason: I have reviewed this document Date: 2007.04.20 11:46:57 +02'00'

file:///C|/Documents%20and%20Settings/Tetamu.GANGL.../Mawar%20Merekah%20Tatkala%20Langit%20Menangis.txt (4 of 4)4/20/2007 1:45:47 PM

Related Documents