Cerpen : Abadi Sebuah Cinta Fatin

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cerpen : Abadi Sebuah Cinta Fatin as PDF for free.

More details

  • Words: 3,924
  • Pages: 17
ABADI SEBUAH CINTA Helaian demi helaian album biru muda diselak oleh Fatin Yusrina. Ditatapnya satu demi satu wajah insan-insan yang disayanginya. Mama, abah dan adik-adik. Matanya beralih pula pada wajah teman-teman seperjuangan yang sentiasa di sisi menemani. Lyn, Ayu, Nadia dan Alia. Dia menyelak lagi helaian setebal dua inci tersebut. Kenangan bersama mereka di bangku sekolah masih mekar hingga ke hari ini. Semangat setiakawan yang tersemai sejak bertahun dulu masih kukuh. Nita, Sham dan Shah antara teman-teman yang paling setia walaupun hari ini masing-masing terpisah oleh kesibukan demi mengejar sebuah cita-cita dan merealisasikan sebuah impian. Air muka Fatin tiba-tiba berubah apabila matanya terpandang pada seraut wajah yang sering menghantui hidupnya. Seraut wajah milik insan yang dicintai sepenuh hati dan paling istimewa di dalam hidupnya. Album itu ditutup dan disimpan kembali ke tempat asalnya. Fatin bangun dan melihat ke luar. Pandangannya dilempar jauh ke awan biru menyaksikan burung-burung yang bebas berterbangan. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu mengenangkan perubahan yang berlaku dalam diri Amirul. Fatin mengeluh perlahan. Entah mengapa dirasakan Amirul semakin jauh dari dirinya. Kasih Amirul seakan berubah. Tiada lagi warna-warna cinta di dalam hidupnya. Walaupun Amirul cuba berlagak seperti biasa namun jauh di sudut hati Fatin terasa kepincangannya. Tika ini Fatin rasakan dialah di antara pelakon terhebat. Lamunannya tiba-tiba terhenti apabila bahunya ditepuk lembut. Fatin menoleh. Kelihatan Alia tersenyum di depannya. "Fatin, kau menangis lagi?" soal Alia yang seakan mengerti apa yang Fatin rasakan. Fatin hanya tersenyum pahit. "Sudahlah tu, usah dikenangkan sangat masalah tu. Pasti ada penyelesaiannya nanti. Bersabarlah.." pujuk Alia.

Perbualan mereka terganggu apabila Ayu yang baru pulang dari berjogging tercungapcungap berlari ke arah mereka. "Haa..kenapa pulak ni Ayu?" soal Fatin hairan. "Aku...aku..." Ayu tergagap-gagap. "Eh..apasal nie?" soal Alia cemas. "Tak ada apa-apa.. saja jer.. aku laparlah.." balas Ayu sambil ketawa kecil. "Laa..ingatkan kot kena kejar anjing," balas Alia. Nadia dan Lyn yang mengekori di belakang Ayu pun turut meyampuk. "Bukan apa, aku rasa Ayu tu dah tak sabar nak jumpa mamak perut buncit kat gerai tu.." usik Lyn. "Hm..patutlah lari macam lipas kudung..rindu kat mamak tu rupanya.." usik Fatin pula. Mereka akhirnya tertawa melihat muka Ayu yang macam susu basi bila disakat temanteman. Terlupa sebentar pada masalah yang ditanggung Fatin. Mereka kemudiannya bersiap untuk keluar makan. **** Jari jemari Fatin masih lagi ligat menulis di diari kesayangan yang banyak menyimpan rahsia perjalanan hidupnya. Selain teman-teman, diari biru berbunga putih itu jugalah tempatnya meluahkan perasaan dan mengadu. Patah demi patah ditulis menjadi barisan ayat dan satu demi satu helaian dicoret bagi meluahkan segala yang tersimpan kemas di sudut hatinya. Walaupun dia sedar tak mungkin Amirul dapat membaca luahan perasaan dan coretan yang ditulis khas buatnya tapi dia tidak pernah jemu menulis. Untuk diluahkan tidak mungkin kerana dia tak sanggup mengguris hati insan yang disayanginya.

Biarlah ditanggung segalanya dan dipendam segala kedukaan dengan harapan semuanya akan berakhir dengan episod bahagia. Walaupun empat tahun lalu Amirul pernah melukakan hatinya dengan mendampingi insan lain namun di sudut hatinya tidak pernah berdendam apatah lagi membenci. Mungkin takdirnya ketika itu bukan untuk bersama Amirul, tetapi pertemuan yang tidak dirancang setahun lalu membibitkan kembali perasaan sayang yang tidak pernah padam buat lelaki itu. Fatin akui dia terluka dengan perbuatan Amirul namun yang dah berlalu tetapkan berlalu. Dia yakin kebahagiaan yang dicari akan dikecapi bersama Amirul. Namun sikap Amirul sejak akhir-akhir ini benar-benar mengguris perasaannya. Kesan parut luka semalam terasa pedih kembali. Mungkinkah berdarah kembali. Fatin termenung sendiri. ***** Kesibukan disebabkan tugasan yang bertimbun membuatkan Fatin terlupa sebentar pada masalah yang ditanggung. Teman-teman di sisi sentiasa memberi perangsang dan semangat menjadikan dia tabah melalui hari demi hari. Fatin juga semakin kurang bercakap dan bersama teman-teman. Dia lebih gemar menghabiskan masanya di dalam bilik. Teman-teman yang lain semakin risau melihat perubahan diri Fatin. Kalau dulu dialah penyeri suasana, bercerita itu dan ini namun kini dirasakan Fatin semakin jauh dari mereka semua. Puas sudah ditanya mengapa dirinya semakin berubah tetapi jawapan yang sering diterima oleh mereka adalah dia terlalu sibuk dengan tugasan. Situasi ini meresahkan teman-teman kerana sesibuk manapun dulu Fatin masih lagi sempat bersama teman-teman untuk menghabiskan hujung minggu. Namun mereka semua tidak mahu mendesak Fatin. Mereka yakin masalah utama Fatin adalah Amirul dan Fatin cuma perlukan masa untuk membiasakan diri dengan sikap Amirul yang semakin hari semakin memeningkan kepala. Suatu malam yang hening, Fatin mengadu sakit kepala.

"Nadia, kau ada Panadol tak?" soal Fatin. "Kau tak sihat ke Fatin?" soal Ayu. "Ala..pening sikit jer.. ada panadol tak ni?" soal Fatin lagi. "Ada tu ada.. tapi aku rasa elok kita pergi klinik. Aku tengok kau pucat semacam jer.." usul Nadia. "Tak payahlah Nadia.. pening biasa jer ni.. penat studi.. lepas tidur nanti eloklah tu.." balasFatin. "Kau jangan macam ni Fatin, sejak akhir-akhir ni aku tengok kau memang lesu dan tak bermaya..jomlah kita pergi klinik." Pujuk Alia. "Ish..tak payahlah.. haa..panadol kau tu kat mana Nadia?..Aku pergi ambik yer.." balas Fatin. "Ada dalam laci tu" balas Nadia. Fatin berlari-lari anak menuju ke bilik Nadia. Tiba-tiba dirasakan pandangan menjadi kelam. Dia tidak dapat mengimbangi badannya dan terjatuh berhampiran meja studi Nadia menyebabkan barang-barang di atas meja bertaburan dan berserakan. Teman-teman yang berada di ruang tamu bergegas naik ke atas untuk melihat. Terkejut mereka tatkala terlihat Fatin yang rebah di sisi katil dalam keadaan pucat lesi. Ayu memangku Fatin. "Jom kita pergi hospital.. Lyn, kau pergi cari 'purse' Fatin dan ambik tudung dia sekali." Usul Nadia sambil mencapai tudung dan kunci kereta sementara teman-teman yang lain bersiap untuk ke hospital. Mereka mengangkat Fatin masuk ke dalam kereta sementara rakan-rakan lain yang tinggal akan memberitahu 'fellow' bertugas tentang apa yang berlaku.

Nadia memandu laju meninggalkan perkarangan kolej menuju ke hospital berdekatan. Ayu, Lyn dan Alia masih lagi diam membisu ekoran terkejut dengan apa yang terjadi. ***** Sudah dua hari Fatin terlantar di hospital tidak sedarkan diri. Seluruh ahli keluarga setia menanti sehingga Fatin sedar. Lyn memandang wajah Pn. Marini mama Fatin. Terpancar kasih sayang seorang ibu yang sabar menanti dan beralih pula kepada seraut wajah bapa yang nampak lebih tenang milik En. Fazlie walaupun hakikatnya tiada siapa yang mengerti. Seluruh keluarga dan teman-teman sentiasa berdoa agar Fatin cepat sedar dan sembuh seperti sediakala. Lyn, Ayu dan Nadia yang baru pulang dari kelas singgah sebentar untuk melihat perkembangan teman yang disayangi. Sham dan Nita yang baru tiba kelihatan sedang berbincang sesuatu. Nita kemudian menghampiri Ayu. "Ayu, kau dah contact Amirul?" soal Nita. "Dah banyak kali aku cuba..tapi tak dapat jugak." Balas Ayu. Sham berjalan menghampiri mereka. "Mana pulak perginya budak Amirul ni?" soal Sham geram. "Entahlah Sham, dah jadi macam ni pun Amirul tu tak muncul-muncul jugak." balas Lyn. "Amirul ni pun satu, kalau nak ke mana-mana tu bagitaulah..ini tak..mak abah dia pun tak tau mana pergi anak bongsu diaorang tu." Balas Nadia. "Kesian aku tengok Fatin tu sejak akhir-akhir ni. Selalu jer murung, tak bermaya, tak ceria...memang lah dia ada mengadu yang Amirul tu dah lain macam tapi tak sangkalah sampai dah jadi macam ni kelibat si Amirul tu pun tak nampak." Balas Lyn.

"Aku ada jugak tanyakan kat Amirul tu pasal ni, tapi dia tu macam nak mengelak jer.. macam-macam alasan tak logik dia bagi. Malas aku nak dengar temberang dia tu." balas Sham kesal. "Yelah..Orang lain pun sibuk jugak kan..tapi takkan sampai nak luangkan lima minit sehari tanya khabar kat telefon pun tak boleh..kalau dulu tu berjam-jam boleh pulak.." balas Ayu. "Kalau aku tahu dia nak buat perangai macam ni, jangan harap aku nak sokong masa dia nak berbaik balik dengan Fatin hari tu. Dia ni tak serik-serik kot," balas Nita yang dari tadi mendiamkan diri. Mereka akhirnya diam membisu melayan perasaan masingmasing. Tiba-tiba lamunan mereka dikejutkan dengan berita Fatin telah sedar. Mereka menadah tangan tanda bersyukur atas anugerah ilahi. Kedua ibu-bapa Fatin masuk bertemu Fatin dan mereka yang lain hanya menanti di luar. Mama Fatin keluar dari bilik tersebut dan menghampiri sekumpulan teman-teman Fatin yang setia menanti. "Makcik macam mana dengan Fatin?" soal Sham. "Alhamdulillah..dia dah sedar tapi doktor kata dia masih lemah dan perlu banyak berehat.." balas Puan Marini. "Alhamdulillah..Fatin dah selamat..berapa lama lagi dia kena tinggal kat hospital ni?" soal Nita. "Dalam 3-4 hari..mungkin jugak lebih.." balas Pn.Marini lagi. "Kalau macam tu tak apalah makcik, kami mintak diri dulu.. lagipun kami ada kuliah malam ni." Usul Nadia.

"Terima kasih banyak sebab dah banyak tolong Fatin... entah macam mana makcik nak balas jasa kamu semua.." Pn. Marini bersuara sayu. "Ish..jangan cakap macam tu makcik.. kami ni dah macam adik beradik..bukan baru sehari dua kami kenal dia.." balas Ayu. "Nita..Sham.. terima kasih sebab ambik berat pasal Fatin.." kata Pn. Marini sambil menoleh kepada Sham dan Nita. "Makcik, tak ada apa yang mampu kami berikan selain kasih sayang seorang sahabat. Kalau tak, apa gunanya persahabatan yang kami dah semai sejak bangku sekolah lagi," balas Nita sayu. Pn. Marini benar-benar terharu melihat keikhlasan teman-teman Fatin. Fatin, kaulah antara insan bertuah di dunia ini sebab punyai teman-teman seperti mereka. Desis hati kecil Pn. Marini. Mereka kemudiannya meminta diri untuk pulang dan bersalaman dengan seluruh ahli keluarga Fatin. "Sampaikan salam kami pada Fatin ye makcik.." usul Lyn. "Baiklah.. tapi sebelum makcik terlupa.. Fatin mintak tolong Ayu ambilkan diari biru dia dalam laci meja studI.." pesan Pn. Marini. Ayu angguk. Mereka kemudiannya berlalu.

***** Suatu pagi Sham terserempak dengan Amirul di sebuah gerai makan. "Hey Mirul.. Kau pergi mana 4-5 hari ni ha?" soal Sham. "Apasal marah-marah ni Sham..Aku 'outstation'lah.." balas Amirul "Kalau ye pun, takkanlah sampai 'off'kan 'handset' 24 jam. Orang nak 'contact' pun seksa dibuatnya.."balas Sham lagi.

"Laa..apa hal yang penting sangat sampai kau ribut pagi-pagi buta ni Sham?" soal Amirul selamba. "Ha..macam mana aku tak ribut Mirul.. kalau si Fatin tu jadi arwah pun kelmarin, kau mana nak sedar..ntah ke mana asyik menghilang.." getus Sham geram. "Apa maksud kau ni Sham.. kenapa ngan Fatin?" soal Amirul cemas. "Dia kat hospital, dah 3 hari terlantar kat sana.. semalam baru sedar " jawab Sham acuh tak acuh. "Aku...aku...aku pergi tengok Fatin dululah Sham..." balas Amirul sambil berlalu. Sham hanya menggelengkan kepala dan mendengus kecil. Ternyata Amirul telah berubah. Amirul memandu laju menuju ke hospital di mana Fatin ditempatkan. Amirul membawa sejambak bunga dan buah-buahan. Dia menghampiri Fatin yang sedang leka menulis sesuatu. "Sayang dah lama bangun?" sapa Amirul perlahan. "Eh..abang rupanya.. Fatin tak tidur dari subuh tadi.." balas Fatin lembut sambil menyelitkan diari biru tersebut ke bawah bantal. "Iye ke nie?.. Boleh percaya ke sayang abang ni?" usik Amirul. Fatin tersenyum. "Fatin tulis apa tadi sampai abang sampai pun Fatin tak sedar..cerpen terbaru ke?"soal Amirul. "Haah..dah lama dah Fatin tulis tapi entahkan bila boleh habis.." balas Fatin.

"Kenapa?..Fatin tak ada idea ker..selalunya buah hati abang ni cepat dapat idea.." balas Amirul yang sememangnya tahu Fatin memang gemar menulis. "Bukan tak ada idea, tapi tak tahu bila nak jumpa penghujungnya.." balas Fatin sambil tersenyum penuh erti. "Em..tak perlah..Fatin tulis perlahan-lahan o.k.. nanti bila dah siap, boleh bagi abang baca.. macam biasalah kan.." balas Amirul sambil tersenyum dan mencuit hidung Fatin yang disayanginya. Bukan dia tak cinta pada Fatin Yusrina. Bukan dia tak sayang pada gadis yang telah mencuri hatinya sejak di bangku sekolah lagi. Tetapi setiap kali kebahagiaan sedang mekar pasti ada sahaja dugaannya. Entah mengapa terasa sukar untuk memiliki gadis istimewa ini. Gadis yang telah banyak bersabar dan berkorban demi kebahagiaannya dan memberinya peluang untuk menebus kesilapan lalu. Kalau dia berada di tempat Fatin, mana mungkin dia mampu menerima kembali insan yang pernah melukai hatinya dengan mengalihkan cintanya pada orang lain. Amirul akui itulah kesilapan paling besar yang dia telah lakukan. Memilih Julia yang baru dikenali dan membelakangi Fatin yang telah lama berada di hatinya. Entah mengapa tika itu dia benarbenar terlupa pada kesetiaan, kujujuran, keikhlasan dan keteguhan cinta Fatin walhal teman-teman di sisi telah menasihati agar tidak tersilap langkah. Amirul benar-benar kesal atas apa yang terjadi dan dia bersyukur kerana Fatin masih memaafkannya dan menerimanya kembali dalam hidupnya. Dia sedar sejak kebelakangan ini Fatin kecewa dengan sikapnya. Namun apakan daya, dia tak mampu untuk lakukan apa-apa. Hanya membisu seribu bahasa dan mendiamkan diri bila perkara ini dibangkitkan. Dia takut tindakan yang terburu-buru akan lebih mengeruhkan suasana. Amirul benar-benar tertekan dengan apa yang berlaku. Masalah di tempat kerja masih belum selesai, Julia pula muncul kembali merayu dan menagih kasihnya. Sudah puas diterangkan pada Julia bahawa cintanya hanya milik Fatin tetapi Julia mengugutnya untuk menceritakan tentang keburukannya pada Fatin terutama kisah di mana mereka hampir-hampir terlanjur suatu masa dulu. Amirul benar-benar buntu.

Menerima Julia bererti dia sengaja menempah sengsara kerana dia sudah serik dengan sikap Julia yang benar-benar menyesakkan hidupnya. Menolak Julia bermakna Fatin akan mengetahui kisah silamnya sekaligus melukakan hati Fatin buat sekian kali. Dia benarbenar tak ingin melihat Fatin kecewa lagi. Cukuplah atas apa yang telah Fatin lalui disebabkan kesilapannya dulu. Dia perlukan masa untuk menyelesaikan segalanya. Dia yakin gadis pujaan hatinya ini mampu bertahan dan cukup kuat untuk menempuh segalanya buat masa ini. Dia benar-benar menghargai pengorbanan Fatin dan tiada insan lain yang mampu menandingi Fatin Yusrina. Dia rasa bersalah kerana mengabaikan Fatin selama ini hanya kerana kehadiran Julia yang tidak diundang. Dia berjanji akan melayan Fatin dengan baik dan akan menebus kesilapannya selama ini. Dia sendiri akan berterus-terang dengan Fatin bila tiba saatnya dan kala itu dia redha dengan segala keputusan Fatin. Walaupun Fatin membencinya dia tetap akan terima kerana memang itulah hukuman yang patut diterimanya sejak dulu. Dia akur pada ketentuan Ilahi.

***** Fatin sudah sihat dan kembali ke bumi ilmuan seperti sediakala. Tiada lagi kemurungan di raut wajahnya dan Fatin telah kembali ceria seperti dulu. Teman-teman yang lain benar-benar gembira melihat perkembangan yang positif pada diri Fatin. Pada hujung minggu ini, semua teman-teman ingin pulang ke kampung halaman. Fatin juga mengambil keputusan yang sama setelah terfikir yang dia juga telah lama tidak bertemu keluarga yang tersayang. Kebiasaannya Amirul akan menghantarnya pulang, tapi hujung minggu ini Amirul terpaksa menghadiri seminar di Perak. Jadi dia cuma menghantar Fatin ke stesen komuter setelah mereka makan tengah hari bersama-sama. Mula-mula Amirul agak keberatan untuk mengizinkan Fatin pulang sendirian kerana takut Fatin akan diserang sakit kepala secara tiba-tiba dan meminta Fatin menangguh

hasratnya untuk pulang ke kampung dan pulang bersama-samanya pada minggu berikutnya. Namun setelah didesak oleh Fatin akhirnya Amirul mengalah. "Sayang jaga diri baik-baik tau.."pesan Amirul. "O.k..Fatin janji.."balas Fatin sambil tersenyum. "Kirim salam pada keluarga..nanti bila dah sampai, Fatin call ye.."pesan Amirul lagi. Fatin tersenyum lagi. Dah biasa benar dengar kata-kata Amirul yang sedemikian rupa. Fatin menghulurkan tangan untuk bersalaman. Amirul menyambut huluran tangan Fatin. "Abang, maafkan Fatin kalau Fatin ada buat salah dan silap..halalkan makan minum Fatin yer.."kata Fatin sambil mencium tangan Amirul. Amirul angguk dan tersenyum. Dah tahu benar dengan kebiasaan Fatin yang akan mengucapkan kata-kata sedemikan rupa di akhir pertemuan. Mula-mula dulu memang rasa janggal dan pelik bila kalimah itu dituturkan oleh Fatin, tapi sekarang ni dah biasa sangat. "Yelah..apa salahnya Fatin minta ampun minta maaf..manalah tahu umur Fatin tak panjang.. mudah-mudahan atas kemaafan tu, tenang Fatin kat sana nanti.."dia masih ingat itulah jawapan yang Fatin berikan apabila perlakuan itu dipersoalkan. Fatin meminta diri apabila komuter telah tiba. Amirul melepaskan genggaman tangan Fatin dengan berat hati. Entah kenapa tiba-tiba terasa sebak untuk berpisah dengan Fatin kali ini walaupun dia tahu Fatin cuma hendak pulang ke kampung. Setelah Fatin berlalu dan hilang dari pandangan barulah Amirul melangkah ke kereta dan kembali semula ke pejabatnya kerana ada mesyuarat yang perlu dihadiri. *****

Selepas mesyuarat Amirul memeriksa telefon bimbitnya. Dilihat ada 'missed calls'. Dia terseyum apabila melihat nombor Fatin tertera di situ. "Em.dah sampai agaknya di rumah" desis hati kecil Amirul sambil mendail semula nombor Fatin. "Hello..Assalamualaikum.." Amirul membuka bicara. "Waalaikumsalam.." balas suara dari sebelah sana. Amirul hairan kenapa bapa Fatin yang menjawab panggilan tersebut. "Apa khabar pakcik?" soal Amirul. "Khabar baik nak.. Tadi Amirul pergi mana?" soal En. Fazlie tenang. "Ada mesyuarat tadi.. pakcik, Fatin dah sampai ?..boleh Mirul cakap dengan dia?.." soal Amirul lagi. "Amirul..pakcik bukan tak nak bagi Mirul nak cakap dengan dia..." balas En. Fazlie lemah. "Apa maksud pakcik..?" soal Amirul hairan. "Bersabarlah nak..sebenarnya Fatin di timpa nahas jalanraya.. Dia dah tak ada nak..Fatin dah kembali kepada Tuhan penciptanya.." balas En. Fazlie sebak. Amirul terduduk mendengar kata-kata En. Fazlie. Terasa gelap seluruh dunianya. Bermimpi ngerikah dia. Baru sebentar tadi Fatin tersenyum manja didepannya. Kenapa ini yang harus terjadi. Air mata seorang lelaki mengalir deras. "Arwah di hospital mana sekarang pakcik?" soal Amirul tersedu-sedu.

"Seremban nak.."balas En. Fazlie lagi. Amirul mengucapkan terima kasih dan kemudiannya menghubungi keluarganya serta teman-teman lain bagi mengkhabarkan berita duka ini. Keluarganya menasihatinya agar banyak bersabar dan mereka sendiri akan menyusul ke kampung Fatin. Ayu, Lyn, Alia dan teman-teman yang lain menangis tersedu-sedu. Nita yang pada awalnya tak percaya akhirnya meratap pilu dan dipujuk oleh Sham walaupun Sham sendiri bagai tak percaya apa yang berlaku. Pada Shah yang berada jauh di utara juga dikhabarkan berita duka ini. Amirul menuju ke surau berhampiran dan mengangkat wuduk serta menunaikan solat sunat dua rakaat. Dia memohon ketenangan dan berdoa agar Fatin akan ditempatkan dalam golongan orangorang yang beriman. Amirul kemudian memandu laju meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Seremban. Segala urusan ditangguhkan. Sepanjang perjalanan hatinya meratap pilu dan air mata pun berguguran. Segala kenangan bersama-sama Fatin muncul satu persatu. Amirul meratap hiba mengenangkan apa yang terjadi. ***** Diari biru peninggalan Fatin diselak lagi. Diari biru itu diserahkan oleh mama Fatin selepas jenazah Fatin telah selamat dikembumikan. Coretan demi coretan dan luahan rasa seorang insan bernama Fatin Yusrina ditatap. Agaknya inilah yang dikatakan oleh Fatin cerpen yang masih tiada penghujungnya suatu masa dulu. Dan kini yang tinggal hanyalah penghujung yang hanya memberi seribu kedukaan. Penghujung yang menyaksikan dia telah kehilangan Fatin buat selama-lamanya. Penghujung yang meninggalkan kesan abadi. Air mata Amirul tumpah lagi apabila bait-bait kata itu dibacanya. Abang, Bagaimana keadaan abang hari ini?..Fatin harap abang sihat..Fatin di sini macam biasa.. Abang nak tahu tak, Fatin benar-benar rasa bahagia kerana dipertemukan dengan abang. Fatin bahagia di atas limpahan kasih sayang abang buat diri Fatin. Kalau empat tahun dulu kita pernah terpisah, tak bemakna cinta Fatin telah padam buat abang cuma tika itu

Fatin terpaksa menerima kenyataan yang abang bukan milik Fatin. Fatin harus tabah menerima kenyataan walaupun hati Fatin benar-benar terluka. Namun dendam tidak pernah wujud di hati Fatin. Dan kini dengan izin Tuhan kita bersama kembali menjalin ikatan. Semoga kali ini kebahagiaan abadi kan jadi milik Fatin. Amirul menyelak lagi helaian diari berwarna biru tersebut. Abang, Terima kasih atas segalanya. Walaupun Fatin tahu mana mungkin abang membaca luahan hati Fatin di dalam diari bisu ini selagi hayat Fatin di kandung badan tapi Fatin cuma nak abang tahu yang Fatin benar-benar cintakan abang. Fatin berjanji akan menjadi seorang teman, sahabat dan isteri yang baik suatu masa nanti. Fatin akan sentiasa di sisi abang walau susah dan senang. Fatin nak kongsi segalanya dengan abang. Percayalah pada Fatin. Air mata Amirul mengalir lagi. Tak dapat dibendung kesedihannya. Ingin sekali waktu ini dia melutut memohon keampunan atas segala kekecewaan dan kelukaan yang telah diberikan buat Fatin Yusrina. Sungguh tulus cintamu Fatin. Matanya terhenti pada coretan bertarikh 4 Februari 2000. Abang, Genap setahun kita sambung ikatan yang pernah terlerai suatu masa dulu. Dan sudah hampir dua bulan abang seolah-olah menjauhkan diri dari Fatin. Kenapa sejak akhir-akhir ini kasih abang semakin berubah?.. Tiada lagi gurau senda dan tawa mesra. Mana perginya nur kasih yang menyuluh jiwa Fatin selama ini?.. Mana perginya abang?.. Abang, Fatinkah yang bersalah dalam hal ini?.. kalau benar Fatin yang bersalah mengapa abang takberterus- terang? Kenapa dera perasaan Fatin atau sudah berubahkah kasih abang buat

Fatin. Berterus-teranglah abang..tak sanggup lagi Fatin bermain di dalam teka-teki. Puas sudah Fatin merayu pada abang tapi jawapan abang benar-benar mengecewakan Fatin. Abang kata Fatin dah mula pandai mendesak. Salahkah Fatin mengambil berat pada insan yang Fatin cintai sepenuh hati..dan salahkan Fatin untuk mengetahui kedudukan sebenarnya. Kita pernah berjanji untuk susah dan senang bersama. Mana janji-janji abang? Katakanlah abang..mengapa abang terus membisu. Abang, Sejak akhir-akhir ini abang banyak berubah. Kadangkala terdetik di hati Fatin, benarkah abang menyintai Fatin ataupun sekadar ingin menebus kesilapan lalu dan mungkinkah diri Fatin ini cuma persinggahan buat abang. Bertahun lamanya Fatin cuba balut luka di hati Fatin tanpa kehadiran abang. Kehadiran abang buat kali kedua tatkala luka di hati hanya tinggal parut. Tegakah abang lukakan kembali parut yang telah Fatin rawat untuk sekian lama. Abang, bukan wang ringgit yang Fatin impikan dari abang cuma limpahan kasihsayang buat Fatin bagi memberi kekuatan untuk Fatin tempuhi hari mendatang dan meneruskan perjalanan hidup ini.

Sham, Nita, Shah, Akukah yang tersilap kerana memberinya peluang kedua sehinggakan luka lama yang kini cuma tinggal parut terasa pedih kembali. Mungkinkah luka lama yang kalian rawat dengan kasih sayang yang mengambil masa bertahun lamanya untuk sembuh akan berdarah kembali..Aku sendiri kurang pasti. Namun jauh di sudut hati, aku berharap dia akan kembali merawat kepedihan yang makin terasa di hati ini. Bodohkah aku kerana masih menaruh harapan yang terlalu tinggi setelah apa yang telah terjadi.. tapi apa yang aku pasti, aku benar-benar menyintainya.. Abang,

Apa lagi yang perlu Fatin lakukan agar keadaan kembali seperti sediakala. Fatin benarbenar buntu. Ingin rasanya Fatin lari jauh dari kemelut ini. Sudah penat rasanya memikirkan persoalan hati dan perasaan yang tiada kesudahannya. Entah bilakah kan Fatin menemui kebahagiaan abadi. Sampai bila Fatin mampu bertahan dan berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku sedangkan hati Fatin ini sudah cukup pedih atas apa yang terjadi. Maafkan Fatin abang. Izinkan Fatin undur diri kiranya Fatin tak diperlukan lagi dalam hidup abang. Sebelum pedih di hati melarat menjadi luka parah, izinkan Fatin mencari sebuah kebahagiaan yang abadi. Biarlah masa yang menentukan penghujung cerita cinta kita. Usahlah dikesali perpisahan ini sekiranya ia adalah penghujung cerita cinta kita seperti mana penghujungnya coretan Fatin ini. Cukup sudah hati ini terluka.. Fatin tak sanggup lagi terluka kerana Fatin tak berdaya merawatnya lagi sekiranya ia terjadi buat kali kedua.. Perginya Fatin bukan kerana membenci tapi demi mencari sebuah cinta abadi.. Maafkan Fatin..Namun percayalah..jiwa dan cinta Fatin hanya milik abang..Nama abang telah Fatin ukir indah di sudut hati ..dan ia tak akan terpadam sampai bila-bila..You'll always be in my heart Salam sayang, FatinYusrina 4/2/2000 Air mata Amirul mengalir deras. Sungguh tak disangka perbuatannya selama ini benarbenar melukakan hati Fatin. Dia terlalu mementingkan dirinya sendiri sehinggakan dia terlupa walaupun Fatin Yusrina yang pada zahirnya kelihatan cekal dan tabah hanyalah perempuan biasa yang punya hati dan perasaan. Insan biasa yang memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dari insan yang amat dicintainya. Dan atas kealpaan itu dia telah mengabaikan tanggungjawabnya pada Fatin dan membiarkan Fatin menempuhnya keseorangan. Walaupun segunung kesalan yang bermain di benaknya tak mungkin dia dapat menebus kembali segala kekecewaan Fatin. Amirul benar-benar terkilan.

Walaupun sudah enam bulan Fatin meninggalkan dirinya, setiap kali menatap diari biru berbunga putih ini hatinya pasti terusik kerana cintanya pada Fatin juga tak pernah padam. Insan seistimewa Fatin tak mungkin ditemuinya lagi. Pintu hatinya juga telah ditutup rapat. Tiada lagi ruang untuk insan lain bertakhta walaupun sudah puas dipujuk oleh keluarga dan teman-teman. Biarlah masa menentukan segalanya. Dan sehingga hari ini Amirul masih lagi menjadi pengunjung setia Fatin walaupun dia sedar yang tinggal kini hanyalah nisan dan jasad yang telah dimakan usia. Hasil laporan kesihatan yang baru diterimanya minggu lepas telah mengukuhkan lagi keyakinan bahawa dia tidak perlu lagi berulang-alik untuk mengunjungi Fatin kerana dia akan menjadi peneman setia Fatin tidak lama lagi. Digulung kembali tikar yang telah digunakan tadi dan jug jernih itu dicapai. Dia melihat jam di tangan, nampaknya sudah lama dia berteleku di situ dan akhirnya dia melangkah pergi meninggalkan tanah perkuburan itu. Fatin Yusrina. Maafkan abang, abang perlu pergi dulu buat masa ini.. percayalah, abang akan datang kembali.. Dan tika itu abang tak perlu lagi melangkah pergi meninggalkan Fatin sendirian. Abang akan sentiasa berada di sisi Fatin sampai bila-bila. Abang juga nak Fatin tahu yang abang juga menyintai Fatin sehingga akhir hayat abang..

Related Documents