CARA PENGAMBILAN BLOOD C&S 1. Basuh tangan dengan berkesan mengikut prosedur yang disarankan (7 langkah) 2. Sediakan troli yang mengandungi peralatan yang diperlukan. Troli Atas a) Botol Blood C&S b) Sterile dressing towel c) Disposable dressing set d) Syringe 3ml e) Needle Troli Bawah a) Sterile Glove b) Swab dan gauze (Individual pack) c) Bekas untuk plastic kuning d) Lotion Chlorhexidine 2% in 70% alcohol e) `Tourniquet` 3. Lakukan hand rub 4. Pakai mask dan apron 5. Buka dressing set 6. Tuang Chlorhexidine 2% in 70% alcohol ke dalam `compartment` dressing set 7. Buka sterile glove 8. Plastik putih untuk alas tangan pesakit 9. Plastik kuning untuk terima swab/gauze yang dicemari 10. Bila semua siap, doktor melihat tempat untuk mengambil darah 11. Pembantu mengikat lengan dengan `tourniquet` sementara doktor melakukan `hand washing` 12. Lap tangan dengan menggunakan sterile tisue dan buang ke dalam tong hitam 13. Pakai sterile gloves 14. Cuci tempat yang akan diambil darah menggunakan Chlorhexidine 2% in 70% alcohol 15. Lakukan sapuan/cucian dengan swab (moist) secara bulatan dengan satu hala sahaja (tunggu hingga kering) x 2-3 kali 16. Letakkan dressing towel sekeliling tempat yang akan diambil 17. Cucuk dan ambil darah 2/3ml dan masukkan ke dalam botol C&S 18. Botol hendaklah dicuci dengan Chlorhedine 2% in 70% alcohol. Tunggu sehingga kering, baru masukkan darah ke dalamnya. (JANGAN TUKAR JARUM) 19. Buang jarum terus ke dalam sharp bin 20. Buka gloves, mask, apron dan buang ke dalam tong kuning 21. Lakukan hand hygiene UKJHSAJB