Cara -cara Memajukan Industri Pelancongan Di M'sia

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cara -cara Memajukan Industri Pelancongan Di M'sia as PDF for free.

More details

  • Words: 875
  • Pages: 3
CARA-CARA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA a. memperbanyak tempat pelancongan yang baru / mengenal pasti tempattempat menarik yang baru b. memajukan kemudahan pengangkutan c. menyediakan kemudahan asas untuk para pelancong d. mengekalkan keamanan negara ( rakyat Malaysia mesti mengamalkan nilai-nilai murni: jujur, bersopan santun mesra ) e. menjalankan promosi secara besar-besaran untuk memperkenalkan negara Malaysia kepada dunia luar Karangan: Malaysia merupakan sesuatu negara tropika yang indah, aman dan sedang bergerak ke arah mencapai status negara perindustrian yang maju. Lantaran itu, tidak hairanlah jika negara ini menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh pelosok dunia / seantero dunia sejak belakangan ini. Di Malaysia, industri pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad. Memandangkan Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam bidang pelancongan, inisiatif yang efisien perlulah diambil untuk memajukan industri pelancongan di tanah air kita. Langkah yang primer ialah pihak kerajaan perlulah memperbanyak tempat pelancongan di negara ini untuk menggalakkan lebih banyak pelancong antarabangsa datang ke negara kita. Kerajaan Malaysia juga perlulah mengenal pasti tempat-tempat pelancongan yang baru dan menarik di negara ini dan berusaha utk memajukannya. Dalam kondisi ini, para pelancong akan mempunyai banyak alternatif tempattempat untuk dilawati. Oleh itu , mereka tidak akan berasa bosan kerana melawat tempat yang berlainan. Sebaliknya, para pelancong akan lebih meluaskan ilmu pengetahuan seseorang pelancong itu. Contohnya, bangunan bersejarah di Malaysia, Kota A Famosa tugu-tugu lama peninggalan penjajah, Muzium Negara dan lain-lain perlulah dijaga dan akan menjadi tarikan pelancong dari negara asing. Bangunan itu telah membuktikan peristiwa bersejarah bahawa negara kita pernah dijajah oleh negara asing. Dengan ini, dapat memajukan industri pelancangon di Malaysia. Sistem pengangkutan perlu dimajukan juga merupakan salah satu langkah yang efektif untuk memajukan industri pelancongan di ibu pertiwi ini. Dengan ini, sistem pengankutan yang sistematik akan

memudahkan pelancong asing pergi dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Dengan adanya sistem pengangkutan yg mengenakan tambang pada harga yang berpatutan, selamat, selesa, cekap dan mengikut jadual yang ditetapkan, para pelancong mudah pergi ke sesebuah tempat tanpa perlu menghadapi banyak masalah. Antara contoh pengangkutan moden yang terdapat di Malaysia ialah monorel, komuter, kapal laut, bas, teksi dan sebagainya. Mereka tidak lagi berhadapan dengan masalah pengangkutan untuk pergi ke kawasan pulau dan tanah tinggi. Sebagai contoh, para pelancong boleh menggunakan perkhidmatan feri atau kapal terbang untuk pergi ke Pulau Langkawi. Terbukti bahawa pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi di Malaysia. Di samping itu, industri pelancongan akan dapat berkembang dengan cepat dan dimajukan sekiranya terdpt kemudahan-kemudahan asas. Kemudahan-kemudahan asas yang penting seperti kemudahan jalan raya, sistem pengangkutan, tempat-tempat penginapan yg mencukupi ( chalet dan hotel ) , tempat makan, tandas awam dan sebagainya perlu disediakan kepada para pelancong. Contohnya, pihak kerajaan boleh mengurangkan kadar cukai membina chalet atau hotel kepada syarikat yang berkaitan. Dengan ini, chalet yang sewanya rendah dapat menarik para pelancong. Selain itu, tempat-tempat pelancongan yang sedia ada perlulah dijaga dengan sempurna agar bersih dan selamat. Kebersihan patutlah diberi keutamaan kerana kondisi ini juga merupakan suatu daya tarikan kepada para pelancong. Seterusnya, tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah tempat atau negara itu akan mudah dikenali sekiranya kita berusaha untuk mempromosikannya. Pihak kerajaan melalui agensi iaitu Kementerian Kesenian dan Pelancongan mestilah menjalankan promosi secara besarbesaran untuk memperkenalkan nagara Malaysia kepada dunia luar. Promosi ini dapat dilakukan melalui media massa di dalam negara dan di luar negara. Pameran-pameran, kempen dan besta kebudayaan juga perlu sentiasa diadakan di negara ini untuk memperkenalkan cara-cara hidup, pemakanan, adat resam berbilang kaum di Malaysia. Kini, perkembangan teknologi maklumat yang luas dan tiada batasnya. Oleh itu, kita boleh mengaplikasikan kemudahan ini untuk memperkenalkan negara kita ke seluruh dunia. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai program seperti Tahun Melawat Malaysia, Pesta Flora Malaysia, program Cinta Warna dan sebagainya untuk menarik lebih banyak pelancong melawat tanah air kita. Seperkara lagi, pihak kerajaan perlulah menguatkusakan undangundang untuk menjamin masyarakat sering berada dalam keadaan yang aman dan harmoni. Hal ini demikian, dalam era globalisasi ini, sikap pemandu kenderaan-kenderaan awam dan para pengusaha di negara ini yang mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain

semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Insiden-insiden para pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya telah menjejaskan imej negara Malaysia dalam jiwa para pelancong. Oleh itu, pihak kerajaan haruslah mengenakan hukuman yang berat kepada pemandu atau para pengusaha yang melanggarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Contohnya, pesalahpesalah akan dikenakan denda atau dipenjarakan. Dengan ini, dapat mengekalkan keamanan negara dan juga memajukan industri pelancongan. Malaysia mampu menjadi sebuah negara destinasi pelancongan tropika indah yang popular ( tersohor ) dan berpotensi di rantau Asia ini dan di dunia dengan keistimewaan yg dimiliki oleh negara ini. Pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, semua pihak perlu berkotmitmen untuk memajukan indusri pelancongan di negara kita kerana industri ini membawa pulangan yang lumayan kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, rakyat Malaysia harus memberikan sokongan kepada kerajaan dan pihak swasta dalam usaha memajukan industri pelancongan agar negara dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara maju. Tindakan ini penting bagi membantu negara mencapai tahap negara maju pada tahun 2020.

Related Documents