Buletin Kakom 2009 Edisi2

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buletin Kakom 2009 Edisi2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,532
  • Pages: 4
Edisi 2

Sabtu,18 Julai 2009

Kandungan: • • • • • • • • •

25 Rejab 1429

http://www.kmp.matrik.edu.my

KEMERIAHAN KAKOM MULA DIRASAI

Kemeriahan KAKOM mula dirasai Jamuan mesra KAKOM Pendaftaran penginapan Percubaan gelanggang Ketua pasukan KMP kasi gegar KAKOM 09 KMPh bersemangat Takraw KMPk tunjuk taring Sejenak bersama pengarah Mesyuarat pengurus pasukan

Waktu solat bagi negeri Perlis 19 Julai 2009

Subuh

5.49

Syuruk

7.12

Zuhur

1.27

Asar

4.51

Maghrib

7.39

Isya

8.54 Sidang Editor

Pensyarah En. Mohd Pauzi Jaafar Pn. Siti Hasnidah Musa Pn. Liew Chye Hong Pn. Nurjannah Shahidan Pelajar Muhammad Khairul Anwar Aeefi Al-Ghazali Mohd Idrus Nur Nabilah Hanis Tan Hui Ru Ira Iryani Mohd Ariff Nur Nadia Rosman

Suasana meriah telah terasa pada hari pertama Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) ke-9 tahun 2009 yang julung kalinya diadakan di Kolej Matrikulasi Perlis. Karnival ini juga akan menghimpunkan lebih daripada 700 orang pegawai dan atlet. Sebanyak 9 acara dipertandingkan pada KAKOM kali ini yang akan melibatkan sepuluh kontinjen terdiri daripada sembilan buah Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kolej Mara iaitu Kolej Matrikulasi Perlis, Kolej Matrikulasi Melaka, Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Johor, Kolej Matrikulasi Perak, Kolej Matrikulasi Pahang, Kolej Matrikulasi Kedah dan Kolej Mara. Sehingga awal pagi ini, KMP sudah mula dibanjiri atlet-atlet yang datang dari seluruh Kolej Matrikulasi Malaysia. Keadaan ini dapat dilihat di sekitar kawasan letak kenderaan yang telah mula sesak dengan bas-bas dan kereta kontinjen kolej. Kibaran sepanduk dan bendera menceriakan lagi suasana pertandingan yang bakal berlangsung di arena KMP. Gerai-gerai jualan juga telah mula beroperasi di kawasan letak kenderaan yang terletak berhadapan pusat pelajar KMP. Diharap karnival tahun ini dapat berlangsung tanpa sebarang masalah dan halangan disamping merialisasikan objektif KAKOM 2009, iaitu mewujudkan daya saing yang sihat, melahirkan golongan yang pelbagai aspek murni, mendapat peluang melihat infrastruktur kolej lain dan merapatkan lagi hubungan antara kolej yang bersesuaian dengan amanat Perdana Menteri ke-6, YAB Datuk Seri Mohd Najib B. Abdul Razak, melalui gagasan Satu Malaysia. Deretan bas kontinjen

Jamuan Mesra KAKOM

J

amuan mesra KAKOM telah diadakan di Dewan Seri Kayangan dan Dataran Perdana bermula pada pukul 8.30 malam. Majlis ini dihadiri oleh pengarah-pengarah kolej, pegawai–pegawai KAKOM, peserta dan para sukarelawan Pegawai mengambil makanan di DSK KMP. Kehadiran Dr Sariah Bt Abd. Jalil, Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia turut memeriahkan lagi majlis tersebut. Objektif utama majlis ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di samping dapat bertukar-tukar pandangan dan informasi dikalangan warga matrikulasi. Keceriaan jelas terpancar di wajah para peserta walaupun penat menjalani sesi percubaan gelanggang sepanjang hari ini. Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada para sukarelawan dan diakhiri dengan persembahan istimewa daripada seorang pensyarah dari Unit Perakaunan KMP, Pn. Kartina bt. Husin. Pada masa yang sama di Dataran Perdana berlangsungnya persembahan Wayang Kulit Sri Asun dari negeri Kedah yang rata-rata ditontoni oleh peserta KAKOM. Jamuan berakhir Pengarah sedang asyik pada pukul 10.30 malam. menonton wayang kulit Peserta menjamu selera

KAKOM 2009 KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

M 2 Buletin KAKOM

Pendaftaran Penginapan Peserta

18 Julai 2009

Ketibaan Kontinjen & Pendaftaran Penginapan olej Matrikulasi Pulau Pinang mendahului proses pendaftaran penginapan tepat jam 7.40 malam. Kehadiran mereka disambut mesra oleh AJK penginapan yang telah sedia menanti di gerbang Komsas Siti Fatimah bagi kontinjen perempuan, manakala Komsas Al-Kindi bagi kontinjen lelaki. Seterusnya disusuli dengan pendaftaran Kolej Matrikulasi Johor di Komsas Siti Aisyah dan Komsas Umi Umairah. Sehingga jam 11.30 semua kontinjen daripada kolej-kolej lain telah selamat tiba kecuali KMK dan Kolej MARA. Sejurus mereka tiba di penginapan masing-masing, mereka dibahagikan mengikut paras seperti mana yang telah di tetapkan.

K

Kontinjen paling awal tiba Pada pagi 18 Julai, kontinjen KMK dan Kolej Mara tiba dan merupakan kontinjen terakhir mendaftar. Secara keseluruhannya, proses penginapan berjalan lancar dengan bantuan sukarelawan yang telah ditempatkan di setiap blok asrama. Kami sempat menemubual beberapa orang wakil dari Kolej Matrikulasi Labuan di mana mereka amat berpuas hati dengan penginapan yang telah disediakan.

Kontinjen berkumpul di masjid sebaik tiba

KUNJUNGAN MENGEJUT PEGAWAI BMKPM Petugas bilik dokumentasi dan buletin KAKOM dikejutkan dengan kunjungan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar BMKPM, En Jefri Azmi B. Nasruddin pada jam 12 tengah hari. Kunjungannya adalah untuk meninjau persiapan dan proses penyuntingan berita untuk Buletin KAKOM. Sebelum itu, beliau juga turut mengunjungi bilik urus setia KAKOM yang terletak bersebelahan bilik buletin. Beliau telah berkesempatan memberi tunjuk ajar dan pendapat tentang teknik dan persembahan kandungan buletin. Pegawai BMKPM sedang melawat

Tidak lengkap rasanya jika tidak menghilangkan rasa penat selepas berhempas pulas bersorak mahupun mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Oleh itu, sempena KAKOM 2009, beberapa gerai jualan telah dibuka di hadapan pusat pelajar untuk memeriahkan lagi karnival ini. Terdapat pelbagai makanan yang dijual seperti jagung kukus, jagung bakar, laksa utara, char kuew teow ‘special’, kacang, burger, nuget, kentang goreng, serta kek. Malah, menurut salah seorang pelajar KMP, Amirul Asyraff, “makanan yang dijual adalah sedap dan enak’’. Katanya lagi, “rugi kalau tidak mencuba’’. Tidak ketinggalan juga beraneka jenis minuman seperti ais ‘blended’, jus jambu, air kelapa dan sebagainya turut dijual disitu. Selain daripada itu, terdapat juga barangan lain yang dijual seperti minyak wangi ‘one drop perfume’, baju t-shirt pelbagai ‘pattern’ dan tidak ketinggalan gerai Celcom. Secara keseluruhannya, harga makanan dan barangan yang dijual di sini adalah berpatutan. Deretan gerai jualan

KAKOM 2009 KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

Pelbagai juadah ada dijual

Sesi Percubaan Gelanggang

M 3 Buletin KAKOM

18 Julai 2009

KETUA PASUKAN KMP KASI GEGAR KAKOM 2009 Saudara Mohd Ariff bin Mohd Taib, ketua pasukan KMP dan juga sebagai pemain tenis di bawah bimbingan Encik Shatul, berharapan besar untuk meraih kemenangan pada tahun ini. Setelah melihat pihak lawan dari merata negeri, beliau tidak sabar untuk memulakan pertempuran di gelanggang tenis pada Ahad ini. Sebagai tuan rumah KAKOM 2009, beliau berharap agar setiap atlet bersaing secara sihat dan juga berharap agar semua acara berjalan dengan lancar. Kata-kata terakhir daripada seorang ketua yang berjiwa kental ini, “BERJUANGLAH SEHINGGA KE TITISAN PELUH YANG TERAKHIR.” Semoga KMP mencipta nama untuk KAKOM 2009. Ketua pasukan KMP

KMPh BERSEMANGAT DAN GEMBIRA Setelah penat menguji gelanggang tenis, saudari Stephanie, pemain tenis KMPh masih mampu tersenyum lebar dan kelihatan mempunyai semangat yang membara untuk menghadapi pertandingan yang sebenar. Beliau berasa teruja dan gembira di atas sambutan dan layanan yang diberikan oleh para petugas dan sukarelawan KMP. Beliau juga berpuas hati dengan kemudahan yang telah disediakan oleh tuan rumah. Katanya, pelajar KMP bertuah kerana mempunyai gelanggang tenis yang cukup sempurna. Beliau berharap agar KMPh dapat meraih Piala Pusingan Keseluruhan pada tahun ini. Semoga berjaya, Kolej Matrikulasi Pahang.

Melaka bakal mengancam

Suasana disekitar kompleks sukan KMP ketika sesi percubaan gelanggang

Takraw KMPk Tunjuk Taring Sewaktu sesi percubaan gelanggang pada jam 10-11 pagi tadi, gelanggang takraw di Kompleks Sukan KMP telah diuji oleh para atlet dari KMPk. Semangat inginkan kemenangan dapat dilihat menerusi latihan mereka yang mampu menarik perhatian atlet-atlet dari kolej matrikulasi lain yang turut mencuba gelanggang. Ketua pasukan takraw KMPk, Amir Rasydan bin Mat mengharapkan setiap usaha mereka bakal berbalas kejayaan. Keadaan gelanggang takraw yang disediakan pihak penganjur juga turut memuaskan hati mereka. Selepas sesi percubaan gelanggang oleh KMPk, KMPP dan kolej-kolej lain pula turun gelanggang untuk mencuba gelanggang pada sebelah pagi dan petang. Semoga acara takraw yang dipertandingkan pada 19 Julai ini diantara KMPk dan KMP akan menjadi perlawanan pembukaan takraw yang terhebat.

Pakar fisioterapi KMP Kontinjen tuan rumah bakal memberikan saingan sengit

KAKOM 2009 KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

Mesyuarat Pegawai Pasukan

M 4 Buletin KAKOM

18 Julai 2009

Sejenak bersama Pengarah KMP Satu taklimat bersama Pengarah KMP Pn. Hajah Azuyah binti Hassan telah diadakan di DK1 pada pukul 2.30 petang. Pengarah KMP turut diiringi oleh Timbalan Pengarah KMP Tuan Haji Azemi bin Abu dan Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar En Che Embi bin Sulaiman. Taklimat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Urusetia KAKOM 2009 En. Shahrom bin Shaari yang dihadiri oleh ketua-ketua kontinjen dan pengurus setiap pasukan. Dalam sesi taklimat tersebut Pengarah KMP mengalu-alukan kedatangan kontinjenkontinjen kolej matrikulasi dan kolej MARA. Beliau menegaskan tentang semangat kesukanan, kerjasama dan setiakawan dalam kalangan kontinjen-kontinjen yang bertanding. Beliau juga mengambil kesempatan menjemput semua pegawai dan peserta yang bertanding ke majlis jamuan mesra, majlis perasmian pembukaan dan majlis penutupan KAKOM 2009. Pengarah KMP mengakhiri ucapan beliau dengan memohon kemaafan bagi pihak jawatankuasa KAKOM 2009 atas segala kesulitan.

Pegawai sedang mendengar amanat Pengarah KMP

Mesyuarat Ketua Kontinjen dan pengurus pasukan esyuarat ketua kontinjen dan pengurus pasukan telah diadakan pada jam 3 petang di bilik mesyuarat utama sejurus selepas majlis sejenak bersama pengarah. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk penyelarasan dan taklimat semua aktiviti KAKOM, gelanggang, jadual dan peraturan pertandingan. Mesyuarat ketua kontinjen turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar BMKPM, En. Kamal Shukri b. Abdullah Sani dan pegawai BMKPM yang lain iaitu En. Jefri Azmi B. Nasrudin dan Pn. Jamaliah Hassan Basri. Sementara itu mesyuarat pengurus pasukan bersama pegawai-pegawai teknikal telah berlangsung di Blok Tutoran B iaitu futsal di TB2, sepak takraw di TB3, bola jaring di TB4, bola keranjang di TB5, ping pong di TB6, tenis di TB7, pidato BM di TB8, pidato BI di TB15, catur di TB16 dan nyanyian di TB17. Kesemua mesyuarat telah berjalan lancar seperti yang dirancang.

M Mesyuarat ketua kontinjen

Coret-Coret KAKOM ke-9

Sukarelawan KAKOM 09 akan gegarkan Astaka Mesyuarat pengurus pasukan sedang berjalan

Kontinjen paling muda bakal menyinar

KAKOM 2009 KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

Related Documents

Edisi2
December 2019 2
Jb-edisi2
June 2020 4
Buletin Ianuarie 2009
June 2020 11
Buletin May 2009
May 2020 18