bulan buat amal sedekah
umat islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan pada ramadan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah. balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi allah pada hari akhirat kelak. rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "sedekah yang paling utama adalah sedekah pada ramadan.� (hadis riwayat at-tirmizi) bersedekah bukan hanya memberikan wang, malah mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang yang berpuasa. konsep memberi (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan saja selama ramadan, bahkan pada bulan lain juga kerana memberikan pengaruh baik pada peribadi dan masyarakat. amalan ini dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya, di samping mempereratkan ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu. perlu diinsafi sedekah bernilai di sisi allah adalah yang ikhlas, bukan untuk menunjuk-nunjuk.