Buku Skrap Raya Versi

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buku Skrap Raya Versi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,185
  • Pages: 20
NAMA

: MOHD IQBAL B. MOHD TAIB

NO. MAKTAB : 08524 KELAS

: 403

HOMEROOM : SITI NORHASIMAH

ISI KANDUNGAN

BI L.

PERKARA

M/ S

1. 2. 3.

PENGHARGAAN PENDAHULUAN HASIL KAJIAN

4. 5. 6.

PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN

1 2 3 -13 14 15 1617

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, buku skrap ini dapat disiapkan dalam jangka masa yang

ditetapkan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Maisyarah Bt. Isa, guru Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan kelas 403 MRSM Pengkalan Hulu, Perak yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menghasilkan buku skrap ini dengan jayanya. Selain itu, penghargaan ini juga saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana memberikan dorongan dan galakan kepada saya dalam menyiapkan buku skrap ini.

PENDAHULUAN

Bagi mengisi cuti persekolahan sempena cuti Hari Raya, guru Sivik & Kewarganegaraan telah menyarankan agar semua pelajar tingkatan 4 menghasilkan buku skrap yang bertemakan Perayaan Pelbagai Kaum di Malaysia. Saya telah memilih Kaum Melayu untuk buku skrap ini kerana ia mudah untuk dikaitkan dengan diri saya kerana saya merupakan kaum melayu. Saya menyiapkan buku skrap ini dalam masa seminggu. Kemudian saya menulis laporan lengkap mengenai Perayaan Kaum Melayu di Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri seperti yang disyaratkan .

HASIL KAJIAN Pengenalan hari rAYA AIDILFITRI Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula dari subuh hingga ke maghrib. Selain dari larangan terhadap makan dan minum, umat Islam juga dilarang memasukkan sesuatu kedalam rongga, merokok, dan melakukan hubungan seks di waktu siang.Hanya mereka yang benar-benar uzur sahaja diizinkan untuk tidak berpuasa. Ramadhan juga adalah bulan dimana umat Islam menyucikan diri dengan menambah amal ibadah, seperti solat terawih di malam hari, berzikir, dan berzakat. Selepas bulan Ramadhan, bulan Syawal menyusul tiba. Kehadiran dua bulan berkat ini sememangnya dinantikan umat Islam sedunia. Ramadan adalah bulan ujian dan Syawal membawa bersamanya perayaan Aidilfitri meraikan kejayaan umat Islam berjaya melalui ujian Ramadan.

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban. Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Amalan –amalan atau Keunikan sambutan perayaan .

Zakat fitrah dan takbir Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh

takbir pada Hari Raya antara terbenam matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya bermula pada pagi 1 Syawal.

Solat sunat aidilfitri Solat ini hanya dilakukan pada pagi 1 syawal sahaja. Hanya dilakukan setahun sekali. Selepas solat sunat, khutbah hari raya pula diperdengarkan. Ia bertujuan untuk menasihatkan.

Juadah wajib Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya

dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, kuah kacang, serunding dan kuih raya.

Persiapan Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besarbesaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak

saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

Bersalaman & Bermaaf-maafan Bersalaman dan bermaafan menjadi kemestian setiap kali menjelang Lebaran . Bagi setiap keluarga bersalaman lazimnya dilakukan pada pagi Aidilfitri. Bermula dengan isteri mencium tangan suami diikuti anak menghulurkan salam kepada ibu dan bapa. Budaya ini bagaikan sudah sebati dalam masyarakat kita. Jika tidak berkesempatan melakukannya pada pagi raya, kita boleh menghulurkan salam apabila bersua. Aidilfitri diraikan sebulan, kita seharusnya maanfaatkan bulan ini sebaiknya untuk memohon maaf.

Menziarahi Pusara Pusara sering dikaitkan dengan kematian seseorang. Pada pagi Syawallah ahli

keluarga melawat pusara sanak saudara mereka yang telah ke Rahmatullah. Amalan ini sering dilakukan semasa pagi Syawal selepas solat sunat Aidilfitri. Menziarahi sanak saudara (kunjung-mengunjung) Kunjung mengunjung adalah suatu tradisi yang sering dilakukan. Amalan ini adalah untuk menziarahi sanak saudara, rakan taulan, jiran tetangga untuk bertanya khabar, serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga.

Duit raya

Kanak-kanak biasanya akan membuat kumpulan lain untuk berziarah, samada ke rumah jiran, saudara atau rakan-rakan , dimana tradisi memberi ‘duit raya’ memeriahkan lagi suasana.

Rumah terbuka Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.

Nilai- nilai murni agama islam dalam menyambut perayaan

Nilai kasih sayang

Nilai ini dapat dilihat melalui hubungan kekeluargaan yang rapat. Secara tidak langsung nilai kasih sayang dapat diterapkan dalam kehidupan. Kasih sayang juga merupakan asas kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan.

Nilai tolong- menolong

Dalam menyambut perayaan, tolong menolong diperlukan untuk memudahkan sesuatu perkara ibarat “berat sama dipikul, ringan sama di jinjing”. Kerja yang banyak dapat dimudahkan. Islam juga

menyarankan umatnya tolong menolong kerana itu adalah amalan mulia.

Nilai berjimat cermat

Berjimat cermat amatlah dituntut dalam Islam untuk mengelakkan pembaziran. Kita dinasihatkan supaya jangan membazir kerana itu adalah amalan syaitan. Sesungguhnya dalam menyambut perayaan, kita digalakkan bersederhana sahaja.

PENUTUP

Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemerdekaan umat Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan Sesungguhnya, Aidilfitri adalah bukti rahmat Allah kepada umat Islam. Melalui perayaan ini, syiar keagungan Islam disebarkan terutama apabila takbir dan tahmid berkumandang. Aidilfitri adalah hari persaudaraan dan kegembiraan dalam suasana mentauhidkan Allah, mengingati, memenuhi tuntutan fitrah manusia adalah sebahagian daripada keperluan agama dan kerana itu ia perlu disyukuri. Sesuai dengan namanya, Aidilfitri adalah

perayaan bagi meraikan tuntutan fitrah anugerah Allah kepada seluruh umat manusia. Kesimpulannya, Aidilfitri adalah hari di mana nilai positif sejagat diraikan sebagai satu tuntutan agama. Adalah malang sekali andainya Aidilfitri semata-mata menjadi hari di mana kita membalas dendam terhadap nafsu makan dan minum yang dikekang di Ramadan lalu. “SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN”

RUJUKAN



http://en.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_ Aidilfitri Tarikh Akses: (3/Oktober/2008) Tajuk

: Hari Raya Aidilfitri



Ratu, Berita Harian, Selasa, 30 Oktober 2008

• SKOR, Berita Harian, 1-7 Oktober 2008

SUASANA DI PAGI RAYA

ANTARA JUADAH HARI RAYA

Related Documents

Buku Skrap Raya Versi
November 2019 20
Buku Skrap
April 2020 11
Buku Skrap Intan.docx
December 2019 18
Buku Skrap Sejarah
May 2020 6
Buku Skrap Agama
May 2020 4