Buku Skrap Intan.docx

  • Uploaded by: Lizawati Binti Herman
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buku Skrap Intan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,252
  • Pages: 15
DOL SAID

Dol Said atau nama sebenarnya ABDUL SAID dilahirkan pada tahun 1773 dan meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Beliau berketurunan suku Semelenggang, Dol Said juga adalah penghulu Naning yang ke sembilan selepas menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 ketika beliau berusia 26 tahun.

Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahun 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.

Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

Sejak kecil lagi Dol Said mempunyai sifat keberanian apabila beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri pada umur beliau enam tahun. Dol said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati oleh orang ramai. Dol Said juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya. Dengan sikap terpuji dan jasa beliau inilah Dol Said telah menjadi contoh pahlawan dan pejuang kemerdekaan yang jasanya akan dikenang dan diingati sepanjang hayat.

PERISTIWA PERANG NANING 1831

British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun 1831. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris kerana mereka adalah kuasa besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil. Pada mulanya mereka yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat oleh pahlawan-pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing, anak panah dan pelbagai senjata tradisional yang lain.

Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris sehingga mereka terpaksa menghantar ramai tentera termasuk meriam dalam usaha menundukkan Naning.British mengishtiharkan Dol Said

sebagai penderhaka . British menghantar 150 orang sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie untuk menyerangnya tetapi angkatan British berjaya ditewaskan .

Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British berjaya memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti. Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orangorang Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu Inggeris menakluk Naning.Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning. Faktor kemenangan Dol Said :  Penggunaan taktik gerila  Bantuan daripada Seri Menanti , Sungai Ujong , Johol dan Muar

 Pertolongan daripada pasukan bantuan yang diketuai oleh menantu Yamtuan Raja Muda Ali dari Rembau iaitu Syed Sha'aban. British sedar bahawa Naning tidak mudah dikalahkan . Oleh itu , British 'berunding' dengan Yamtuan Raja Muda Ali dan beliau bersetuju membantu British dengan menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning.

FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN DOL SAID 1. Mempertahankan

kemerdekaan

dan

kedaulatan

Naning

Selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British telah mendakwa Naning sebahagian dari Melaka dan menuntut rakyat Naning mematuhi peraturan yg ditetapkan di Melaka. perkara ini tidak disenangi oleh rakyat Naning yang menganggap Naning sebuah daerah yg merdeka dan berdaulat.

2. Menentang bayaran cukai Melalui undang-undang 1830 British telah memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran pertanian.Arahan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Naning. 3. Menentang pelaksanaan Undang-undang British Undang-undang barat (peraturan penghulu) telah menggugat kuasa dan kedudukan Dol Said kerana melalui undang2 ini penghulu tidak dibenar mengendalikan kesalahan(kes) jenayah.

RENTAP

Rentap (lahir Libau anak Ningkan, atau Libau Rentap; meninggal 1870) merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak.Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih James

Brooke.

Rentap

mendapat

pengalaman

berperang

daripada

pernyertaannya dalam ekspedisi-ekspedisi perang yang diketuai oleh Orang Kaya Pemamcha Dana "Bayang" terutamanya ke kawasan-kawasan di sekitar muara Batang Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia. Rentap telah dilantik sebagai seorang "ayam sabong" (ketua pahlawan) oleh Dana "Bayang". Sewaktu salah satu ekspedisi ini, Dana "Bayang" telah memperolehi sebuah meriam besar yang dinamakan "Bujang Timpang Berang" yang tercatat tahun 1515 daripada pihak Belanda sementara Rentap telah terkenal dengan keberaniannya melawan dan mengalahkan musuh sebuah perahu dan berjaya merampas sebilah keris berhulukan emas daripada seorang putera raja.

PENENTANGAN RENTAP Pada 19 Ogos 1844 di Karangan Peris dalam daerah Skrang, Libau 'Rentap' bersama pasukannya telah ulung kalinya bertempur dengan pasukan Rajah James Brooke dan Kapten Keppel daripada Tentera Laut DiRaja Inggeris. Pada pertempuran ini, antara yang terkorban daripada pasukan Brooke ialah Datu Patinggi Ali dan pasukan perisiknya dari Sarawak yang telah mara duluan daripada pasukan utama kecuali hanya seorang yang masih hidup dan seorang Inggeris bernama George Steward. Selepas pertempuran di Beting Maru, pemerintah Brooke telah membina sebuah kubu di Nanga Skrang dengan tujuan menyekat pergerakan orang-orang Skrang ke arah Batang Lupar dan seterusnya keluar ke Laut China Selatan untuk bekerjasama dengan Linggir "Mali Lebu" dari Paku dan Aji Apai Limba dari Padeh bagi mengamalkan kegiatan mengayau kepala manusia dan membeli barangan keperluan seperti garam atau menentang pemerintahan Brooke di Sarawak pada ketika itu. Pada awal tahun 1853, Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan Brooke di kubu Nanga Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Berlakulah pertempuran yang sengit antara kedua-dua pihak di Lintang Batang. Semasa pertempuran itu, seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya dan William Brereton telah tercedera tetapi masih dapat melarikan diri. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke hulu Sungai Skrang. Walau bagaimanapun, pengikut Brooke kemudiannya telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman para pengikut Rentap.

Dengan itu, Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di Sungai Lang iaitu di hulu Sungai Skrang. Semasa mempertahankan kubu ini, pasukan Rentap telah melaung-laungkan semangat perjuangan mereka yang kental iaitu "Agi Bedarah, Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi masih berdarah, Selagi itulah melawan" dan slogan yang paling terkenal hingga ke hari ini ialah “Agi Idup, Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi Hidup, Selagi itulah melawan". Ada beberapa orang daripada pasukan Brooke yang mara menghampiri kubu Rentap telah ditembak dan terkorban. Namun, angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap ini pada Ogos 1854 kerana tembakan meriam merobohkan pagar kayu di sekeling rumah mereka dan pasukan Rentap hanya ada bedil kecil sahaja untuk membalas tembakan meriam. Rentap sendiri telah tercedera semasa pertempuran ini. Oleh itu, Rentap dengan sebilangan pengikut beliau berundur dan membina kubu di sebuah bukit yang bernama Bukit Sadok. Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana kedudukannya di atas puncak bukit yang tinggi dan dikelilingi oleh tebing-tebing curam yang sukar untuk didaki. Juga hanya ada satu jalan sempit di atas gaung yang begitu dalam untuk sampai ke kubu Rentap ini. Sekeliling kubu ini diperkuat oleh pagar kayu tebelian yang keras dan setebal dua kaki. Rentap juga ada sebatang meriam yang besar untuk mempertahankan kotanya yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Meriam ini telah dibawa oleh rakan seperjuangannya iaitu Aji Apai Limba yang merupakan anak kepada Orang Kaya Pemancha Dana "Bayang". Aji telah terkorban ditembak oleh pasukan Brooke di Sungai Langit sebelum menyerang Rentap di kubunya di Bukit Sadok.

Kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap di Bukit Sadok. Cubaan pertama adalah dalam Jun 1857. Semasa serangan ini, seorang anggota pasukan Brooke yang bernama Abang Aing telah ditembak dan terpaksa dibawa turun ke bawah bukit. Melihat kejadian ini, pasukan Rentap telah menjerit kegembiraan dan memukul gong mereka. Dalam tahun 1858, pasukan Brooke buat kedua kalinya menyerang kubu Rentap di atas Bukit Sadok tetapi tembakan meriam mereka tidak dapat menembusi pagar kubu Rentap. Jadi, pasukan Rentap telah melaungkan dengan megahnya kepada pasukan Brooke untuk membawa meriam yang lebih besar lagi pada masa akan datang. Namun pada tahun 1861, barulah serangan pasukan Brooke yang ketiga kalinya berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa sebuah meriam besar yang dikenali sebagai "Bujang Sadok" untuk menembak dan merobohkan pagar kubu Bukit Sadok. Sebelum pertempuran ini, pasukan Brooke telah menawarkan pengampunan kepada abang-abang arwah Aji yang telah ditembak mati oleh pasukan Brooke di Sungai Langit iaitu Nanang dan Luyoh supaya mereka menyerah diri dan dihukum membayar 40 biji tempayan rusa. Tawaran yang sama dicadangkan kepada Rentap dengan denda 12 biji tempayan, musnahkan kubu Bukit Sadok dan meninggalkan kubu itu dengan segera. Tetapi Rentap menolak tawaran ini walaupun telah diberitahu bahwa pasukan Brooke ada membawa sebuah meriam yang besar dalam serangan kali ketiga ini. Semua wanita dan kanak-kanak telahpun diarahkan untuk meninggalkan kubu tersebut. Semasa pertempuran dengan pasukan Brooke, seorang pengendali meriam Rentap dan beberapa rakannya telah terkorban kerana terkena tembakan meriam pasukan Brooke. Seterusnya, kubu dan rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya dibakar oleh pasukan Brooke pada 20 Oktober 1861.

Akan tetapi, Rentap telah berundur ke Bukit Lanjak Entimau yang menjadi punca-punca air Batang Skrang, Lemanak dan Engkari. Kemudian, beliau turun ke Ulu Entabai iaitu sebuah sungai cawangan kepada Sungai Kanowit dan Julau di mana beliau membina sebuah kubu di Bukit Stulak. Pada usia tuanya, Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Mayat dan keranda Rentap tidak ditanam dalam tanah seperti biasa tetapi diletakkan dalam sebuah pondok sebagai tanda hormat kepada seseorang yang dianggap seorang pahlawan dan bangsawan. Setelah daging mayat beliau telah habis reput, tulang-tulang kerangka beliau telah disimpan di dalam tempayan oleh kerabat keluarga beliau. Inilah tanda pernghormatan yang paling tinggi untuk seseorang yang telah berjasa. Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1863.

MAT SALLEH

Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong. Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894. Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897. Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong. Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak

askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut. Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh. Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa. Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

ISI KANDUNGAN BIL PERKARA 1 ISI KANDUNGAN 2

BIODATA DIRI

3

PENGHARGAAN

4

NAMA PEMIMPIN DAN TOKOH TEMPATAN

5

KESIMPULAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN

Assalamualaikum , terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya , adik saya , guru mata pelajaran Sejarah En Ahmad Faisal Abd Aziz , serta rakan – rakan kelas 5 Amanah. Dengan bantuan dan penerangan yang jelas dapat lah saya hasilkan buku skrap berkaitan dengan Tokoh – tokoh Pejuang Kemerdekaan yang terdapat di Negara kita Malaysia. Saya berasa sangat bersyukur kerana dengan terhasil nya buku skrap ini dapat lah saya mengetahui serba sedikit sejarah mengenai tokoh tokoh tersebut.

PENGENALAN

Related Documents

Buku Skrap
April 2020 11
Buku Skrap Raya Versi
November 2019 20
Buku Skrap Intan.docx
December 2019 18
Buku Skrap Sejarah
May 2020 6
Buku Skrap Agama
May 2020 4

More Documents from ""

Peraturan Kelas.docx
December 2019 20
Buku Skrap Intan.docx
December 2019 18
Tentatif.docx
December 2019 8
Merdeka 2018.docx
December 2019 13
Artis Dan Idola Intan.docx
December 2019 29