Segugus Harapan Alhamdulillah, dengan izin Allah swt kita dapat menganjurkan program ‘Malam Air Mata Palestin’ dengan kerjasama ipada pelbagai pihak yang prihatin khususnya di Negeri Sembilan ini untuk bersama melaksanakan satu tanggungjawab yang murni, demi membela nasib umat yang seagama dengan kita. Membela Palestin juga bererti membela Islam kerana ia bukan sekadar tanah milik bangsa Palestin atau mana-mana bangsa, juga bukan orangorang Islam dahulu sahaja tetapi Palestin adalah tanah milik keseluruhan umat Islam, samada generasi dahulunya, kini dan yang akan datang. ‘Malam Air Mata Palestin’ adalah manifestasi keprihatinan, kemanusiaan dan keinsafan terhadap erti persaudaraan sejagat sesame Muslim yang diasaskan di atas tautan aqidah yang satu. Realiti Umat Islam di Palestin kini adalah amat pahit lagi menyedihkan sebagaimana yang kita saksikan di dada-dada akhbar dan lensa media. Yahudi Zionis membunuh dan menyiksa mereka, memusnahkan rumah kediaman dan ladang-ladang pertanian serta berusaha menjadikan umat Islam merana dengan dihalau dari kampung-kampung halaman mereka dengan segala sarana keganansan. Justeru itu sebagai umat Islam, marilah kita sama-sama menyemai rasa prihatin dan menginsafi penderitaan yang mereka alami. Pelbagai bentuk sumbangan boleh kita berikan samada dalam bentuk tenaga, buah fikiran dan kewangan. Paling minimumnya, kita boleh menyedarkan kepada masyarakat tentang isu ini selain mendoakan kesejahteraan barisan pejuang gigih dan rakyat Palestin yang menderita. Akhir kata, isu Palestin adalah isu penting umat Islam. Mereka perlu dibantu untuk mengembalikan kembali maruah dan harga diri Umat Islam secara keseluruhannya. Dengan kesempatan bersama program ‘Malam Air Mata Palestin’ ini, marilah kita menghayati keperitan dan kesusahan mereka dengan menyumbang dalam perbagai cara demi kelangsungan kehidupan dan perjuangan mereka serta mempastikan kelangsungan Islam itu sendiri. Salam Perjuangan Dr Zainur Rashid bin Zainuddin Pengarah, Malam Air Mata Palestin
Aturcara Program 2.00 petang
Pameran & Jualan bermula
5-6.30 petang
Persembahan Nasyid Palestin dari Sekolah-sekolah Jemputan Tayangan Multimedia Kelab Remaja ISMA (KRIM)
7.30 mlm
Solat Maghrib
8.00 mlm
Kata-kata aluan Pengerusi Majlis.
8.05 mlm
Ucapan Aluan - Ust Abdullah Zaik Abdul Rahman Presiden ISMA merangkap Pengerusi Eksekutif Aman Palestin
8.15 mlm
Ucapan Perasmian - Ust Mohd Fadzil Hj Abu Kasim Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JHEINS
8.25 mlm
Nasyid Nazrey Johani
8.55 mlm
Ceramah Multimedia – Ust Mejar Nadzri Bin Musman Perunding Aman Palestin merangkap Pengarah KRIM
9.15 mlm
Tayangan Multimedia & Kutipan Dana
9.25 mlm
Pidato Palestin – Sheikh Saud Abu Mahfudz Ahli Lembaga Muassasah Al Quds, Beirut Ketua Biro Al Quds, Jordan Terjemahan oleh Ust Abd. Halim Abdullah KPN ISMA Negeri Sembilan
10.25 mlm
Penyampaian Sumbangan & Cenderamata
10.35 mlm
Nasyid Penutup Nazrey Johani
11.00 mlm
Bersurai.
Kenapa Palestin? Kenapa kita harus turut sibuk dengan isu Palestin? Isu Palestin adalah isu umat Islam sejagat. Kenapa tidak, di situlah letaknya Masjid Al Aqsa iaitu qiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya Isra’ dan Mi’raj. Masjid ini adalah masjid kedua dibangunkan di muka bumi selepas Masjidil Haram dan merupakan masjid yang ketiga suci di sisi Allah swt. Di bumi inilah telah dihantarnya para nabi secara berkesinambungan untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, Tuhan yang Esa. Bumi ini telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah ianya dibuka oleh Umar al Khattab yang telah mengistiharkan bahawa bumi ini adalah tanah wakaf milik umat Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Palestin terus dinaungi keamanan dan keadilan di bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun kecuali di abad ke 12 Masihi apabila bumi ini dinodai kekejaman tentera salib. Namun Palestin telah dibebaskan semula oleh Solahuddin al Ayyubi yang berketurunan Kurdi. Tidakkah semua ini menjadi bukti bahawa isu Palestin bukan sekadar isu orang Palestin sahaja, bukan isu orang Arab sahaja bahkan isu Palestin adalah isu kita, isu umat Islam sejagat?
Benarkah dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah penduduk asal Palestin? Dakwaan ini sebenarnya adalah fakta sejarah yang telah dipalsukan Yahudi. Rakyat Palestin hari ini adalah keturunan kaum Kan’an yang telah mengasaskan Palestin sejak 4500 tahun dulunya. Ketika Bani Israel mendatangi Palestin, telahpun wujud lebih 200 penempatan di bumi Palestin yang menunjukkan bahawa bukanlah mereka pengasas bumi istimewa ini. Tidak dinafikan bahawa Bani Israel pernah memerintah Palestin selama 4 abad sekitar zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman tetapi kerajaan mereka telah hancur disebabkan kerosakan ciptaan mereka sendiri sehingga mereka disingkirkan dari bumi rebutan ini.
Kenapa umat Islam memusuhi Yahudi? Sesungguhnya kita tidak memusuhi mereka kerana semata-mata mereka berbangsa atau beragama Yahudi. Sejarah peradaban kemusiaan telah membuktikan keadilan Islam kepada semua umat manusia termasuk Yahudi dan bangsa-bangsa yang lain. Mereka pernah hidup bersama orang-orang Islam di dalam tempoh yang berabad-abad lamanya dengan menikmati perlindungan dan keadilan daripada pemerintah Islam. Namun mereka kerap diusir oleh semua bangsa di dunia disebabkan kejahatan dan makar yang menjiwai kehidupan mereka seperti yang pernah berlaku di Rusia, Sepanyol, Jerman dan lain-lainnya. Namun umat Islam kini tidak punyai pilihan dalam berhadapan dengan kezaliman, keganasan dan kerakusan Yahudi Zionis hari ini yang bertindak menjajah bumi Palestin, mengusir penduduk asalnya yang sah, menodai kesucian tempat-tempat yang mulia, melakukan pembunuhan dan penderaan serta ribuan tindakan yang bersifat kebinatangan oleh bangsa yang sombong ini.
Tidakkah Islam agama yang mengajar kepada perdamaian? Sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam. Namun isu perjuangan pembebasan Palestin sebenarnya adalah pertarungan bersejarah antara umat Muhamad dan kaum Yahudi. Mereka pernah cuba membunuh Rasululah saw beberapa kali dengan menjatuhkan batu besar ke atas baginda dan cubaan untuk meracuni makanan baginda. Mereka juga pernah bersekutu dengan orang-orang musyrikin untuk memerangi Rasulullah di dalam peperangan Khandaq. Selepas itu mereka melakukan berbagai konspirasi untuk menjatuhkan Khilafah Islamiah dan memecah-belahkan umat Islam di dalam searah peradaban dunia yag panjang. Di Palestin sendiri, mereka telah menjajah lebih daripada 90 peratus tanah milik umat Islam.
Kenapa Palestin? Lebih daripada 6.45 juta rakyat Palestin menjadi pelarian. Perjanjian demi perjanjian damai dilakukan tetapi Yahudi Zionis terus melakukan penjajahan , penangkapan dan penderaan, penindasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa. Bagaimanakah dengan nasib malang mereka yang telah berlarutan untuk sekian lama ini? Adakah wajar umat yang dizalimi ini memohon dan menagih perdamaian daripada penjajah yang sombong lagi bongkak di dalam konflik yang tertua di dunia ini?
Bukankah orang-orang Arab sepatutnya menolong mereka? Isu Palestin bukanlah sekadar isu rakyat Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Namun isu ini adalah permasalahan sejagat umat Islam. Rasulullah saw sendiri yang telah mengatur strategi untuk pembukaan Palestin bukanlah sekadar seorang rasul untuk orang-orang Arab sahaja bahkan untuk umat manusia di seluruh dunia. Masjid Al Aqsa adalah merupakan kiblat pertama kepada seluruh umat Islam dan tidaklah dikhususkan untuk bangsa Arab semata-mata. Masjid yang merupakan destinasi Isra dan Mi’raj Rasulullah kini berada di dalam keadaan yang bahaya disebabkan rancangan jahat Yahudi Zionis.
Ramai lagi rakyat Malaysia yang susah, kenapa pula bantu Palestin? Tidak kita nafikan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang susah serta memerlukan bantuan . Namun dengan suasana yang aman serta peluang sampainya bantuan yang agak baik menyebabkan ramai di kalangan mereka ini mendapat sumbangan yang sepatutnya. Suasana di Palestin amat berbeza sekali. Negara mereka dijajah untuk tempoh yang panjang, penduduk mereka dizalimi dan dihalau keluar dari tanah air mereka, pembunuhan dan penderaan berlaku setiap hari, penodaan tempat-tempat suci dilakukan secara berterusan, hak-hak kemanusiaan mereka dinafikan bahkan bantuan asasi juga turut disekat sejak sekian lama. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua di Malaysia sebagai manusia yang prihatin untuk membantu isu kemanusiaan yang telah berpanjangan ini. Apatah lagi sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab terhadap kesucian Baitul Maqdis dan Masid Al Aqsa yang telah diancam bahaya yang telah menjadikan permasalahan ini sebagai masalah induk umat di abad ini.
Saya ingin membantu Palestin tetapi bagaimana? Berbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi membantu perjuangan pembebasan Palestin atau sekurang-kurangnya meringankan bebanan yang dihadapi oleh saudara kita di sana. Diantaranya: • Memahamkan diri dan umat bahawa isu ini adalah isu kita bersama dan kita semua bertanggungjawab untuk turut mengerah keringat untuk kejayaannya. • Memberikan sumbangan dana untuk Palestin demi pembebasannya atau meringankan bebanan mereka setidak-tidaknya. • Menyebarkan maklumat mengenai permasalahan ini di kalangan masyarakat samada dengan paparan informasi di kaca televisyen, di dada-dada akhbar, di dalam media elektronik dan ceramah-ceramah serta pameran yang berkaitan dengannya. • Melibatkan diri dengan apa jua aktiviti dan sumbangan yang akan membantu ke arah pembebasan masjid Al Aqsa dan Palestin. • Berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada umat yang berjuang untuk mencari redhaNya. Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk membantu Palestin. Persoalannya kini, adakah kita telah berbuat sesuatu untuk membuktikan bahawa saudara-saudara kita di sana adalah sebahagian daripada kita?
Tokoh Undangan
Sheikh Saud Abu Mahfidz Tarikh lahir : Tempat lahir :
1952 Bi’ru Sab’ah, Selatan Palestin
Pakar Perunding Hal Ehwal Palestin Penyelidik dalam bidang kajian baitul Maqdis Ahli Lembaga Muasasah Al Quds, Beirut, Lubnan Pemegang Amanah yayasan Al Quds, Beirut, Lubnan Ketua Biro Al Quds dan Masjid Al Aqsa, Amman Jordan Pengarah Urusan, Akhbar Mingguan As Sabeel, Jordan
Ahli Jawatankuasa Program Pengerusi Bersama: Ust Abdul Halim Abdullah - KPN ISMA NS Ust Mohd Fadzil Hj Abu Kassim - KPP Bhg Dakwah, JHEAINS En Kamal Amran Kamaruddin - Setiausaha MAINS
Pengarah
Dr Zainur Rashid Zainuddin
Timb Pengarah 1
Sdr Omar Kassim
Timb Pengarah 2
Ustazah Razidah Adam
Setiausaha
Sdr Razman Jalil
Bendahari
En Ghazali Zainal Abidin
Ahli Jawatankuasa Promosi Pentas Sambutan
Protokol Penerbitan / cenderamata Pameran & Jualan Makanan Kutipan Dana Keselamatan & Parking PA Sistem Multimedia & Rakaman Sukarelawan
Sdr Mohd Firdaus Sabturani En Zaim Bin Shaari Ust Mohd Azizee Dr M Faid Dr Nor Izam Ust Mohammad Hatta Hj Ghazali Pn Suria Irdayu Ahmad Zaidi Shahrul Nizam Ustazah Murni Buchik Ustazah Johara Bt Suleiman Pn Salbiah Ismail Ust Yusri Salleh RELA En Mohd Anuar Juda / Mustafa Kamil Sdr Mohd Helmi Jamil Sdr Zakry Mohd Zin
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Badan-badan Berkanun NGO Dakwah Negeri Sembilan Nazrey Johani & Pasukan Nasyid Sekolah-sekolah Jemputan Pasukan Polis & RELA Para Dermawan Para Sukarelawan Semua yang terlibat terhadap kelangsungan program MAP sama ada secara langsung atau tidak langsung
Untuk Maklumat Lanjut, Hubungi: IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) CAWANGAN NEGERI SEMBILAN No 32A, Jalan Bunga Raya 9, Senawang Business Centre, Taman Tasik Jaya, 70450 Seremban, N. Sembilan Hubungi: 013 - 381 4688 (Setiausaha ISMA NS).