Buku Promosi Marhaban Ya Ramadan PTS http://pts.com.my/
Abu Bakar: Sahabat Sejati Abu Bakar as‐Siddiq, sahabat sejati Nabi Muhammad yang dilantik menjadi khalifah Islam pertama selepas beliau wafat pada tahun 632 H. Jasa khalifah Abu Bakar as‐Siddiq yang paling besar adalah mengumpulkan semula ayat‐ayat al‐Quran. Ini berlaku apabila ramai yang menghafal ayat‐ayat suci itu terbunuh dalam peperangan. Kerana bimbang umat Islam kehilangan ayat‐ayat suci itu maka Khalifah Abu Bakar as‐Siddiq menyuruh Umar al‐Khattab dan sahabat‐sahabatnya mengumpulkan semua ayat‐ayat al‐Quran. Itulah kitab suci al‐Quran yang dikenal hingga ke hari ini. Umar Al‐Khattab: Reformis Dunia Islam Khalifah Umar al‐Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman. Beliau manusia berbakat dan pintar menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam. Dalam masa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah, seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai penakluk, Khalifah Umar al‐Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang‐undang syariah dalam negara dan berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru. Uthman Affan: Pengumpul al‐Quran Uthman Affan mendapat gelaran Zin Nurain yang ertinya memiliki dua cahaya kerana Rasulullah sudah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya. Beliau juga antara yang terawal memeluk Islam selepas Abu Bakar As‐Siddiq. Beliau antara 10 sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Terkenal dengan sifat lemah lembut, pemalu dan berbudi pekerti mulia. Usaha beliau yang terbesar adalah mengumpul dan menyusun al‐Quran yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani. Ali bin Abi Talib: Mutiara Ilmu Islam Ali bin Abi Talib memeluk Islam pada umur yang masih muda, pada saat Islam baru hendak tumbuh. Beliau kemudian membesar seiring dengan tumbuhnya Islam sehingga Islam menjadi pohon yang mengakar kuat di bumi dan beliau menjadi antara buahnya. Beliau bukan sahaja menjadi sahabat nabi yang terulung, malah ilmuwan yang fasih bicaranya, pahlawan yang lincah permainan perangnya juga hamba‐Nya yang tinggi imannya.
Buku Promosi Marhaban Ya Ramadan PTS http://pts.com.my/
Bilal bin Rabah: Pengumandang Seruan Langit Bilal bin Rabah dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah. Beliau melalui jalan keras bagi mendapatkan Islam. Dijemur di padang pasir yang membara, ditindih dadanya dengan batu yang keras, namun imannya semakin pijar dan jiwanya semakin kental. Akhirnya kemuliaan datang kepadanya. Beliau menjadi sahabat Rasulullah dan menjadi juruazan yang tersanjung. Hingga kini, namanya harum dan diabadikan kepada setiap juruazan di dunia. Bilal bin Rabah, lelaki yang tubuhnya diseksa semahu‐mahunya, namun bibirnya tetap melaungkan, “Allahu ahad, Allahu ahad...” Hulagu Khan: Khabar Hitam dari Timur Hulagu Khan ialah cucu kepada Genghis Khan. Adik beradik dengan Arik Boke, Mongke Khan dan Kublai Khan. Pada tahun 1255 Hulagu Khan dihantar oleh Mongke Khan (1251‐1258) bagi menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang Monggol di Timur Tengah. Selepas berjaya menakluk wilayah Lurs, di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad. Setelah berjaya menumbangkan Khalifah al Musta’sim Billah dan menakluk Kota Baghdad, Hulagu Khan menakluk Damsyik (Syria). Kemudian cuba menakluk Mesir. Tariq: Menang ataupun Syahid Tariq bin Ziyad asalnya seorang hamba atau budak suruhan. Dia akhirnya dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya kerana mempunyai sifat‐sifat terpuji. Seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12 000 tentera Islam ke Andalusia. Kedatangan Islam ke Andalusia (Sepanyol) bukan sahaja membawa cahaya tauhid malah membebaskan rakyat negara itu dari penindasan serta kezaliman. Ketika itu Sepanyol diperintah oleh Raja Roderiga yang berbangsa Gotik. Pertempuran antara tentera Islam yang dipimpin Tariq bin Ziyad dengan tentera Gotik yang dipimpin Raja Roderiga berlaku berhampiran sungai Barbat. Walaupun pasukan tentera Islam jauh lebih kecil berbanding musuh, namun pasukan tentera Islam dibekalkan semangat jihad yang berkobar‐kobar, mereka berjaya memberi pukulan hebat pada musuh. Tentera Gotik akhirnya kalah dan Raja Roderiga mati lemas di dalam sungai Barbat ketika cuba melarikan diri.
Buku Promosi Marhaban Ya Ramadan PTS http://pts.com.my/
Ikramah: Penentang Jadi Pembela Ikramah adalah anak kepada Abu Jahal. Beliau lahir daripada keluarga bangsawan Quraisy. Sejak kecil lagi, beliau dididik untuk menjadi seorang pahlawan dan apabila besar Ikramah menjadi panglima muda yang gagah berani, penunggang kuda yang handal dan banyak pengalaman berperang. Dia bersama ayahnya Abu Jahal sangat benci kepada Islam dan turut menyertai peperangan menentang Nabi Muhammad. Ikramah termasuk salah seorang panglima perang pasukan Quraisy yang handal dan gagah berani serta banyak pengalaman. Akhirnya dia menjadi pahlawan Islam yang gagah berani dan gugur syahid dalam Perang Yarmuk. Khalid: Memburu Syahid Khalid bin Walid bin al‐Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzah bin Marrah al‐Mahzumi adalah panglima tentera Islam terulung yang memberikan banyak sumbangan kepada penyebaran syiar Islam. Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya (keturunnya) dengan Nabi Muhammad SAW dan khalifah Abu Bakar as‐Siddiq dan Khalid al‐Walid berasal daripada keluarga yang sama. Sejak kecil Khalid bin Walid sudah dilatih menjadi pahlawan. Dia disegani dan dihormati kerana kemahirannya itu. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi Abu Ubaidah al‐Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani semasa berada di medan perang. Beliau mengikuti semua peperangan bersama Nabi Muhammad SAW. Dalam Perang Badar, Abu Ubaidah al‐Jarrah cuba mengelak daripada bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Nabi Muhammad. Tetapi ayahnya sudah bersumpah mahu membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Nabi Muhammad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu masa Abu Ubaidah al‐Jarrah terpaksa bersemuka dengan ayahnya sendiri. Dalam pertarungan itu, Abu Ubaidah al‐Jarrah membunuh ayahnya.
Buku Promosi Marhaban Ya Ramadan PTS http://pts.com.my/
Salahuddin Ayubi: Penakluk Jerusalem Apabila wafatnya Nabi Muhammad SAW dan selepas perginya negarawan Islam yang ulung seperti Abu Bakar as‐Siddiq dan Umar al‐ Khattab, umat Islam di seluruh dunia menjadi mangsa kerakusan dan kedurjanaan musuh‐musuh Allah. Mereka disembelih, diperkosa dan diusir dari tanah air sendiri. Pada masa itu umat Islam memerlukan pemimpin yang berwibawa seperti Khalid al‐Walid bagi memulihkan martabat dan maruah umat Islam. Ketika itulah muncul Salahuddin al‐ Ayubi bagaikan mukjizat nabi. Beliau mampu mengalahkan tentera Salib yang kelihatan gagah perkasa tetapi tandus dan kosong jiwanya. Sultan Muhammad Al‐Fateh: Penakluk Konstantinopel Sultan Muhammad al‐Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al‐Fateh): “Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al‐Fateh yang masih di dalam buaian. Sejak itu Muhammad al‐Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah‐merahan dan hidungnya mancung. Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Solat Khusyuk Solat S.M.A.R.T Solat yang terbaik bukan hanya ibadah spiritual yang memerlukan kehadiran hati yang khusyuk semata‐mata. Ia adalah aktiviti ritual yang melibatkan fizikal dan mental yang memerlukan kehadiran minda. Solat dengan hati yang khusyuk dan minda yang fokus adalah solat yang terbaik. Inilah yang dinamakan solat smart. Solat smart tidak hanya menjanjikan kesihatan jiwa dan fizikal manusia, bahkan ia juga merangsang pelbagai bentuk kecerdasan dalam diri manusia. Kesannya, kecerdasan yang dibangunkan oleh solat smart dapat membantu kita menggapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.
Buku Promosi Marhaban Ya Ramadan PTS http://pts.com.my/
Terapi Solat Tahajud Mahukah anda mengerjakan solat di samping itu dapat menguatkan kesihatan tubuh badan? Sekiranya mahu, maka tunaikanlah solat tahajud. Kajian membuktikan, solat tahajud bukan sahaja menjadi pemangkin kepada peningkatan keimanan dan kekuatan dalaman manusia bahkan ia berupaya meningkatkan kesihatan tubuh. Berdasarkan kepada kaedah psikoneuroimunologi, ia mampu mencerdaskan ketahanan tubuh dengan menguatkan sistem imunisasi. Bahkan, individu yang sedang menderita sakit‐sakit kronik juga mempunyai peluang untuk sembuh melalui kaedah terapi solat tahajud. Ramadan Tetamu yang Dirindui Mengupas misteri bulan Ramadan dan amalan puasa yang menjadi salah satu daripada rukun Islam. Huraian penulis merangkumi sejarah Ramadan, puasa dan hikmahnya daripada pelbagai perspektif. Penulis juga menerangkan isu‐isu yang signifikan berkaitan tatacara dan amalan berpuasa puasa yang sebenar. Diolah menggunakan bahasa yang mudah dan santai. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang ingin mendapatkan impak puasa yang optimum. Yang OK & KO dalam Ibadah Haji & Umrah Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji ataupun umrah sekurang‐kurangnya sekali seumur hidup apabila berkemampuan. Oleh kerana itu, ramai antara kita kurang arif ataupun tidak tahu secara mendalam mengenai tertib ibadah haji ataupun umrah. Bahkan solat yang kita lakukan setiap hari juga kadangkala tersilap, terlupa dan sebagainya, apatah lagi ibadah haji ataupun umrah yang jarang sekali kita lakukan. Justeru, bagi mengelakkan sebarang kesilapan atau kesalahan, Tuhan memberikan garis panduan mengenai apa yang OK dan apa yang KO dalam ibadah yang penuh berkat ini. Garis panduan itu termaktub di dalam Quran, sunah Nabi Muhammad dan kitab‐kitab tokoh‐tokoh Islam terdahulu.
Buku Promosi Marhaban Ya Ramadan PTS http://pts.com.my/
99Q: Kecerdasan Berasaskan AsmaulHusna Buku ini menyingkap rahsia serta makna tersirat di sebalik nama‐nama Allah. Ilmu yang wajib difahami oleh semua yang bergelar Muslim. Di sebalik nama, terkandung khasiat yang tak ternilai harganya. Setiap nama Allah membawa pengertian yang mendalam dan khasiat yang ajaib bagi yang mengamalkannya. Bila selesai baca buku ini pastiya, bukan sahaja mengenal Allah melalui apa yang dihati, lebih mengingati Allah apa yang dinyanyi malah mendekati Allah dengan apa yang diaplikasi. Terhasilnya buku ini sedemikian rupa maka tidak keterlaluan buku ini merupakan manual kehidupan bagi muslimin dan muslimah yang perlu ada “di tangan” sebagai sumber inspirasi dan motivasi diri. 501 Soal Jawab Tentang Haji & Umrah Bagi kebanyakan orang, pengembaraan ke Baitullah adalah perjalanan sekali seumur hidup. Oleh sebab itu, kesempatan menunaikan Rukun Islam yang kelima ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Justeru, bagi mendapat haji dan umrah yang mabrur, persediaan ilmu pengetahuan berkaitan ibadah ini perlu dititikberatkan oleh setiap insan yang bakal menjadi tetamu istimewa di sisi Allah. Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok Mengisahkan catatan perjalanan dan kisah hidup penulis terkenal Prof. Kamil Ibrahim dengan niat mencari keredaan Allah dan mengharapkan kasih sayang‐Nya supaya dapat memanfaatkan diri, sanak saudara, kaum keluarga, sahabat handai, masyarakat dan seluruh manusia sejagat. Jalan cerita yang terkandung dalam buku ini bukan rekaan tetapi ia adalah kisah benar disebalik pengalaman penulis berdakwah. Buku ini dikupas menggunakan pendekatan ʹbiasa‐biasaʹ daripada perspektif seorang insan lulusan perakaunan. Kupasan yang akhirnya mengajak masyarakat bersolat jemaah di masjid pada waktu yang paling sukar, ketika 99 peratus manusia lain sedang berselimut dan tidak sanggup meninggalkan rumah.
Buku Promosi Marhaban Ya Ramadan PTS http://pts.com.my/
Haji Muda: Tip‐tip Menjadi Tetamu Allah Buku ini ditulis bagi mengisi vakum yang kurang diisi oleh penulis‐ penulis lain khususnya bagi membina semangat haji bagi generasi muda. Sesuatu yang saya fikirkan ketika menunaikan haji pada 2002 dan diikuti oleh umrah pada 2003, 2004, 2006 dan 2008, ternyata rakyat Indonesia membangkitkan semangat haji muda ini. Secara kasar (bukan kajian ilmiah), rata‐rata Indonesia diwakili oleh orang muda berpasangan suami‐isteri, boleh dikatakan komposisi yang seimbang antara orang muda dan warga emas. Berpaksikan kepada keinginan ini, usaha bagi menulis catatan perjalanan dan tarbiah haji bagi orang muda sepatutnya dikongsi bersama. Semua individu Muslim mahu melaksanakan haji tetapi menangguhkan hasrat kerana dua faktor utama iaitu belum sampai seru dan himpitan kewangan. Buku ini disusun bagi memberi kita peluang berfikir, belum sampai seru dan himpitan kewangan dapat diatasi, justeru merealisasikan haji muda. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman Buku ini bukan semata‐mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji. Buku ini juga bukan hanya merujuk kepada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat‐ tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia. Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang merunsingkan. Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka. 3T: Taubat, Tasbih, Tahajud Nabi Muhammad menceritakan kepada sahabat‐sahabat beliau kisah Allah memerintah Nabi Adam membawa rombongan manusia seramai 1000 orang ke neraka. Daripada jumlah itu, 999 orang benar‐benar menuju ke neraka dan hanya seorang sahaja yang berjaya melangkah ke syurga. Apakah yang menyebabkan individu itu mendapat tiket ke syurga sedangkan 999 orang yang lain terus ke neraka? Jawapannya adalah kerana individu itu berjaya mendekatkan diri dengan Allah berbanding yang lain. Buku ini memuatkan langkah‐langkah berkesan bagi memanfaatkan taubat, tasbih dan tahajud yang merupakan jalan pintas bagi mendekatkan diri kepada Allah.
Buku Promosi Marhaban Ya Ramadan PTS http://pts.com.my/
Tip‐tip Cemerlang daripada Quran Umat Islam adalah umat terbaik yang dikeluarkan kepada manusia. Pada suatu masa, umat Islam berjaya mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi. Kecemerlangan mereka diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Mereka berjaya menjadi global champion. Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Malah, ia adalah alat bagi mancapai kecemerlangan akhirat. Namun begitu, jalan kecemerlangan memerlukan peta. Quran adalah peta yang lengkap lagi sempurna. Buku ini memberikan semangat baru dengan tip‐tip cemerlang yang diolah daripada Quran. Minda Muslim Super Sejarah membuktikan umat Islam adalah umat super. Mereka bermula daripada Zero dan berubah menjadi Hero. Di peringkat awal, umat ini dianggap seperti tunggul, tiba‐tiba berubah menjadi unggul. Kemudian, umat super ini berjaya mengubah dunia dan ia adalah suatu episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Segala perkembangan menakjubkan itu didokong oleh individu‐individu yang berupaya menjana kualiti kelas dunia. Dalam konteks ini, individu‐ individu itulah yang digelar MUSLIM SUPER. Bukti‐bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad Benarkah di dalam Bible, Nabi Muhammad dikenali sebagai Paracletos; di dalam kitab Vedas dan Purana, nabi dikenali dengan empat gelaran iaitu Narashangsa, Antim Rishi, Kalki Avatar dan Ahamidi; dan di dalam kitab Buddha pula nabi dikenali sebagai Maitreya? Buku ini ditulis bagi menjawab segala persoalan dan tohmahan yang dilontarkan kepada nabi. Jawapan‐jawapan di dalam buku ini diambil daripada kitab‐kitab suci pelbagai agama serta pandangan tokoh‐tokoh intelek bukan Islam kepada nabi. Buku ini pasti akan memantapkan pemahaman anda berkenaan Islam kepada nabi. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden Lazimnya, buku‐buku perubatan Islam ditulis oleh mereka yang lulus bidang pengajian Islam di mana buku‐buku seperti itu hanya menerangkan ayat‐ayat suci dan doa‐doa. Faktor inilah yang menyebabkan individu‐individu berpendidikan moden sangsi akan kemujaraban perubatan Islam. Mereka mahukan buku perubatan Islam yang berkomunikasi dengan mereka berdasarkan hujah‐hujah rasional dan saintifik. Karya ini begitu meyakinkan kerana beliau fasih dalam bahasa Arab dan mempunyai pengetahuan agama yang mendalam.
Buku Promosi Marhaban Ya Ramadan PTS http://pts.com.my/
Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains Sains dan Islam memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan umat Islam disuruh Allah untuk mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik. Dalam surah al‐Ghasyiah ayat 17 hingga 20, Allah menyatakan yang bermaksud, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung‐ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.” Quran menyatakan langit dan bumi lahir daripada asap atau dukhan. Saintis mengesahkan bumi serta objek‐objek di langit lahir daripada gumpalan asap raksasa yang didominasi oleh gas hidrogen dan helium. Quran juga mengatakan antara langit dan bumi wujud ruang yang memisahkan antara kedua‐duanya. Penemuan interstellar dan dark malter mengesahkan kebenaran kenyataan ini. Buku ini ditulis bagi menunjukkan betapa hebat dan agungnya Quran dan bukan mengagungkan sains.