Bujur Lalu Melintang Patah

  • Uploaded by: bardioslave
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bujur Lalu Melintang Patah as PDF for free.

More details

  • Words: 425
  • Pages: 8
Drama : Bujur Lalu Melintang Patah

Drama : Bujur Lalu Melintang Patah Pemikiran

Bertemakan tentang pertentangan pendapat antara golongan tua dan golongan muda mngenai adat. Watak Datuk Sinda Maharaja mewakili golongan tua yang mempertahan kan Adat Perpatih manakala Jauhari mewakili golongan muda yang banyak merantau di tempat orang

Drama : Bujur Lalu Melintang Patah Persoalan 1. Kepentingan adat Masyarakat Melayu Negeri Sembilan kuat memegang Adat Perpatih yang dipusakai sejak zaman dahulu lagi. Antara adat yang diketengahkan termasuklah dari segi perkahwinan, undang-undang mengadili pesalah, dan juga soal pembahagian harta.

Drama : Bujur Lalu Melintang Patah Persoalan 2. Persoalan mengenai perubahan fikiran Dalam drama ini dijelaskan bahawa golongan muda sudah berusaha untuk mengubah adat yang dianggap lapuk dalam hidup mereka seperti mana yang dilakukan oleh Jauhari. Punca perubahan ini ialah tindakan Jauhari yang keluar merantau atau meninggalkan kampungnya sejak lima tahun lepas. Apabila pulang semula ke kampungnya, dia menentang Adat Perpatih yang dianggap mengongkong dan kuno.

Drama : Bujur Lalu Melintang Patah Persoalan 1. Persoalan cinta Persoalan ini jelas melalui watak Jauhari dan Mawar yang mempunyai rasa cinta antara satu sama lain tetapi dihalang oleh adat 4. Persoalan mengenai kekecewaan Persoalan ini paling jelas dapat dilihat menerusi watak Mawar yang ditunangkan dengan pemuda lain sedangkan hatinya sudah terpaut kepada Jauhari. Kerana kecewa, Mawar mengasingkan dirinya daripada kawan-kawan, tidak berselera hendak makan dan minum selain selalu termenung.

Drama : Bujur Lalu Melintang Patah Persoalan 5. Keadilan dan ketegasan terhadap undang-undang Datuk Sinda Maharaja bertegas hendak membawa Rustam ke muka pengadilan walaupun Rustam adalah anak saudaranya sendiri. 5. Pemberian harta pusaka Dalam Adat Perpatih harta pusaka akan berpihak kepada kaum perempuan. Harta arwah Mak Haji Zainab akan jatuh ke tangan Mahani walaupun beliau mempunyai anak-anak lelaki seperti Halim dan Yusuf.

Drama : Bujur Lalu Melintang Patah Persoalan 1. Persoalan mengenai moral Persoalan ini diketengahkan melalui watak anak-anak muda seperti Mawar dan Jauhari. Mawar dan Jauhari dikatakan telah melanggar batas moral kerana mereka berpegang tangan ketika Jauhari berada di rumah Datuk Putih. 7. Persoalan mengenai nilai persahabatan Nilai persahabatan dapat dikesan menerusi watak Rustam dan Jauhari. Mereka saling bantu-membantu, dan sependapat dalam menyelesaikan konflik dalam cerita.

Drama : Bujur Lalu Melintang Patah Amanat Dan Pengajaran 1. Pentingnya menjaga adat. Bagi pemimpin-pemimpin adat seperti Datuk Sinda Maharaja dan juga Datuk Putih, adat itu penting. Oleh itu, mereka mempertahankan Adat Perpatih terutamanya soal pembahagian harta pusaka dan jodoh. 7. Kita mesti mengubah cara lama yang kuno dan menyekat kemajuan. Jauhari berusaha untuk mengubah cara atau adat yang dianggap kuno. Bagi Jauhari, Adat Perpatih yang diamal oleh masyarakat setempat tidak maju dan mengongkong.

Related Documents

Rawatan Patah
December 2019 23
Population &lalu
November 2019 31
Lalu Batu
November 2019 31
Lalu & Chidambaram
November 2019 26
Kenangan Lalu...........
October 2019 37

More Documents from "suhaimi"