Brochure Khitan

  • Uploaded by: Ujang
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Brochure Khitan as PDF for free.

More details

  • Words: 745
  • Pages: 2
HUKUM KHITAN A N A K PEREMPUAN Fuqaha dan imam-imam mujtahid bersepakat bahawa khitan ke atas anak perempuan adalah di galakkan (mustahib), bukannya wajib.

BEBERAPA FAEDAH LAIN Dengan memotong qulfah akan mengurangkan kemungkinan terkena penyakit kenser, telah dibuktikan bahawa kenser kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai qulfah yang sempit juga menghindarkan kanak-kanak daripada kencing malam.

AL KHITAN

PENUTUP

W AKTU BERKHITA N Ahli ilmu berpendapat bahawa wajib ke atas penjaga mengkhitankan anak ketika usia baligh, kerana ia akan menjadi seorang yang mukallaf dalam melaksanakan hukum syara dan perintah Tuhan agar akan dapat melaksanan ibadah dengan sahih. Namun adalah lebih afdhal jika khitan itu dilakukan pada hari-hari awal kelahiran, sehingga apabila anak tersebut meningkat cerdik dan mumayyiz ia telah sedia berkhitan. Rasullullah SAW telah mengaqiqahkan dan mengkhitankan cucunda baginda Hassan dan Hussin pada usia keduanya tujuh hari.

HIKMAH KHITA N Membezakan muslim dengan bukan muslim, dan ia adalah syia r agama.

Demikianlah indah dan terperincinya agama Islam dalam menjaga kelangsungan kehidupan insan sejak dari awal kehidupan mereka yang merangkumi kesihatan jasmani dan rohani. Mulai detik awal kelahiran bayi ke dunia ia di azan dan di iqamahkan, di tahnikkan dengan tamar serta manisan, diberi nama yang baikbaik, di aqiqahkan, di cukur kepalanya dan ditimbang dengan emas lalu disedekahkan kepada fakir miskin, dan dikhatankan . Semuga akan termakbullah doa dan cita-cita ibu dan ayah untuk mendapatkan anak-anak yang soleh dan solehah yang bakal menyambung perjuangan para anbiya menyampaikan risalah Illahi di bumi bertuah ini. YA ALLAH KURNIAKANLAH KAMI ZURIAT YANG MENYEJUKKAN MATA ..!! # untuk penjelasan lebih lanjut sila rujuk kitab: Tarbiatul Aulad Fil Islam, oleh Al Ustaz Abdullah Nasih Ulwan - jilid 1

Ia adalah satu tanda atau ikrar ubudiyyah kepada Allah swt, melaksanakan perintahNya serta tunduk kepada hukum dan kekuasaanNya. Hubungi:

Berkhitan akan menghasilkan kebersihan, akhlak yang baik dan mengimbangi syahwat dan menjauhkan dari pelbagai jenis penyakit.

Ustaz Abdul Halim Abdullah H/Phone: 012-6590000 Ustaz Abdul Rahman bin Muda H/Phone: 013-2777869

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) No 32A, Jalan Bunga Raya 9, Senawang Business Centre, Taman Tasik Jaya, 70450 Seremban, N. Sembilan. Tel: 06-6778317

www.ismaweb.net

KHITA N Al khitan berasal daripada perkataan “khatana” yang bermaksud potong. Makna khitan ialah: • memotong al qulfah (kulit) yang pada hujung kemaluan.

HUKUM KHITA N Sebenarnya ulama berselisih pendapat tentang hukum khitan, sama ada wajib atau sunat. Antara imam-imam yang mengatakan berkhitan itu wajib ialah: Asy sya’bi, Rabi’ah, al Auzai’, Imam Malik, Imam asy Syafii’ dan Imam Ahmad. Hujah mereka:

HADIS-HADIS TENTANG PENSYARIATAN KHITAN: 1. Maksudnya: Daripada Ammar bin Yasir katanya: Rasulullah saw telah bersabda: Daripada sunan fitrah ialah berkumurkumur, memasukkan air ke dalam hidung (al istinsyaq), mencukur misai, bersiwak, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu ari-ari dan berkhitan. (RIWAYAT AHMAD) 2. Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sunan fitrah ada lima: berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak. (RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM)

1. Hadis riwayat Imam Ahmad dan abu Daud: Daripada Asim bin Kalib daripata ayahnya, daripada nendanya: sesungguhnya beliau datang menemui Nabi Saw dan berkata: Sesungguhnya aku telah memeluk Islam, sabda Nabi SAW buanglah (cukurlah) dari mu rambut yang kafir dan berkhitanlah . 2. Hadis riwayat daripada Waqi’ dari Salim dari Amru b. Haram dari Jabir dari Yazid dari Ibnu Abbas RA berkata: Al Aqlaf (orang yang mempuyai kulit qulfah) tidak di terima solatnya dan tidak boleh dimakan sembelihannya . 3. Khitan adalah syiaar agama, dengannya dapat membezakan seorang muslim dan kafir. Sehingga apabila di dapati seorang yang terbunuh yang berkhitan di kalangan sekumpulan orang yang tidak berkhitan hendaklah ia di sembahyangkan dan di kebumikan di perkuburan Islam.

SEBAB WAJIBNYA Antara sebab wajib khitan ialah : Bahawa mereka yang mempunyai kulit qulfah sentiasa terdedah kepada terbatalnya toharah dan solatnya, kerana kulit qulfah tersebut menutupi seluruh zakarnya , maka ia akan di penuhi oleh air kencing, justeru itu dengan berkhitan akan membersihkannya. Lantaran itu juga ramai di kalangan ulama salaf dan khalaf enggan bersolat berimamkannya. Dan solatnya seorang diri dikira sama seperti solat orang yang tidak tus air kencingnya. Firman Allah : “kemudian kami wahyukan kepada kamu supaya mengikut agama Nabi Ibrahim yang hanif “. (Surah An Nahl: 123) Rasulullah SAW dan umatnya di perintahkan supaya mengikut agama Ibrahim, dan berkhitan adalah dari agama Nabi Ibrahim. Seperti diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, maksudnya: sesungguhnya Nabi Ibrahim AS berkhitan, dan ketika itu ia berusia 80 tahun. (Riwayat At Tarmizi dan Imam Ahmad) Daripada Abu Aiyyub katanya: Nabi SAW telah bersabda: 4 dari sunan mursalin ialah: khitan, berwangian, bersiwak dan nikah .

Related Documents

Brochure Khitan
May 2020 6
Brochure
April 2020 44
Brochure
December 2019 80
Brochure
October 2019 82
Brochure
June 2020 40
Brochure
December 2019 85

More Documents from ""