PERSATUAN NAALVAR ILLAM PASIR GUDANG, JOHOR (NO: PENDAFTARAN: 00495-06-JHR)
NO: 18 JALAN SIAKAP 4, TAMAN PASIR PUTIH, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
KEM BELIA NAALVAR ILLAM 2009
06hb Januari 2009
Kami merasa sungguh sukacita untuk menghubungi anda melalui risalah ini. Dalam situasi kehidupan yang kian berubah, adalah penting untuk kita mewujudkan generasi muda yang berdedikasi, berdisiplin, berpelajaran dan berakhlak tinggi untuk manjadikan seorang insan yang mulia. PERSATUAN NAALVAR ILLAM, PASIR GUDANG, JOHOR, akan manganjurkan ‘KEM BELIA NAALVAR ILLAM 2009” untuk semua belia di kawasan Pasir Gudang dan Masai. Perkhemahan tersebut dijadualkan bermula 24 Januari 2009 (masa pendaftaran 12.00pm) sehingga 26 Januari 2009 (4.00pm) bertempat di Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor. Antara aktiviti-aktiviti yang akan difokuskan khas dalam perkhemahan ini adalah:i) Kearah pendidikan yang berwawasan. ii) Ceramah, bengkel & perbincangan berkenaan agama, moral dan sosial. iii) Permainan tradisional. iv) Jungle trekking dan “camp fire” Setiap peserta yang menghadiri khemah kerja ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM 30.00 sahaja. (Kos Perbelanjaan Individu untuk dua hari khemah). Setiap peserta adalah dinasihatkan supaya JANGAN membawa wang berlebihan, barangan berharga, telefon bimbit dan barangan kemas. Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta semasa perkhemahan :i) Peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan. ii) Peserta dikehendaki menyerahkan barangan berharga kepada pihak penganjur (jika berkenaan) untuk menggelakkan dari sebarang kehilangan / kecurian (Contoh: jam tangan, dompet, kad pengenalan dan sebagainya). iii) Peserta yang mempunyai masalah kesihatan / alahan perlu memaklumkan kepada Pihak Penganjur semasa pendaftaran. Barang-barang yang perlu dibawa untuk perkhemahan :i) ii)
iii) iv) v)
Veshthi dan jippa – 2 helai (Wajib) - Majlis Perasmian & Penutup. Seluar pendek / Track Suite dan T-shirt - 4 pasang / kasut sukan. Sabun, berus & gigi, tuala, selipar dan lain-lain keperluan untuk 2 hari. Pakaian biasa untuk 2 hari. Selimut
Untuk keterangan lanjut sila hubungi
En. Sivaramu En. Vasu En. Satish
Tarikh tutup penyertaan Khemah
: 20 Januari 2009
: 012 7158 427 : 012 713 5958 : 016 733 2141
Pihak Penganjur, PERSATUAN NAALVAR ILLAM, PASIR GUDANG, JOHOR Kem Belia Naalvar Illam.
Saya ____________________________________ peserta, sebagaimana butir-butir dibawah berminat untuk menyertai “Kem Belia Naalvar Illam 2009” yang akan dianjurkan dari 24hb Januari 2009 hingga 26hb Januari 2009 bertempat di Tiram Indah Village, Ulu Tiram. Nama Peserta
: ___________________________________________________
Alamat
___________________________________________________ ___________________________________________________
No. Kad Pengenalan : ____________________ Telefon
: _______________
Nama Sekolah
: ___________________________________________________
Tingkatan
: ___________________________
Dengan ini, disertakan yuran pendaftaran sebanyak RM 30.00
___________________________ Tanda Tangan Peserta Tarikh:
Saya bernama seperti di bawah setuju menghantarkan anak saya bernama nama seperti di atas untuk kem belia anjuran Persatuan Naalvar Illam Pasir Gudang, Johor. Saya juga setuju bahawa keselamatan anak saya adalah tanggungan diri sendiri dan saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Persatuan Naalvar Illam, Pasir Gudang, Johor jika perkara yang tidak ingini berlaku. ___________________________ Tanda Tangan Ibubapa / Penjaga Nama: Tarikh:
Semua peserta harus berkumpul di hadapan Persatuan Naalvar Illam, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang
Jam 12.30pm @ 24 / 01 / 2009