Borang Cadangan Kompetensi Khusus,teknikal,functional By Skim (mac 2019)

  • Uploaded by: Shah Rizan Mohd Rejab
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Borang Cadangan Kompetensi Khusus,teknikal,functional By Skim (mac 2019) as PDF for free.

More details

  • Words: 509
  • Pages: 5
PENGHURAIAN KERJA KHUSUS

SKIM PERKHIDMATAN

JURUTERA

GRED

J54

PUSAT TANGGUNGJAWAB

JABATAN PEMBANGUNAN

UNIT/BAHAGIAN

UNIT KEJURUTERAAN AWAM / UNIT MEKANIKAL / UNIT ELEKTRIKAL / UNIT PENGURUSAN PROJEK

AKAUNTABILITI (PEGAWAI PENYELIA)

1. NAIB CANSELOR

RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab memberi arahan kepada J41, J44, J48, J52 dan melaksanakan arahan Naib Canselor dalam kerja-kerja berkaitan pentadbiran, kejuruteraan awam, mekanikal, elektrikal, pengurusan fasiliti bangunan dan pemantauan projek-projek pembinaan.

SKOP FUNGSI/ SENARAI TUGAS/ BIDANG TANGGUNGJAWAB KHUSUS

a) Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa (Superintending Officer atau S.O) dalam pentadbiran kontrak. b) Menyemak dan mengemukakan permohonan perancangan dan pembangunan projekprojek fizikal dan penyelenggaraan serta perkhidmatan Jabatan kepada Naib Canselor untuk kelulusan. c) Memantau dan melaksanakan tugas sebagai pihak pengurusan dalam pelaksanaan MS ISO 9001 untuk universiti. d) Menyelaraskan dasar pembangunan universiti dalam semua aspek aktiviti selaras dengan arahan kementerian/ menteri. e) Merancang dan menyelaras semua perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan. f) Merancang dan menyemak keperluan kewangan berkaitan aktiviti jabatan. g) Menilai, merancang dan melaksana aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan jabatan. h) Mengetuai, memimpin dan menyelia jabatan yang diletakkan di bawah tanggungjawabnya. i) Bertanggungjawab dalam kerja-kerja reka bentuk kejuruteraan yang dikemukakan jabatan. j) Mendorong serta memberi bimbingan teknikal dalam semua aspek kepada staf yang berada di bawah seliaan. k) Memperuntukan dan mengagih kerja kepada pegawai yang berada di bawah seliaan.

l) Menguruskan rancangan latihan, penyelidikan atau kajian khas untuk meningkatkan keupayaan kejuruteraan di unit-unit seliaan. m) Mempengerusikan semua mesyuarat teknikal dan jabatan untuk koordinasi semua aktiviti jabatan. n) Menyemak dan mengemukakan dokumen sebutharga / tender kepada Jabatan bendahari / Naib Canselor untuk kelulusan peruntukan dan iklan. o) Bertanggungjawab mengawal semua aset-aset kerajaan di bawah jagaannya. p) Mengawas, memberi galakan motivasi dan membimbing kakitangan di bawah seliaan. q) Menyemak dan mengesahkan surat-menyurat berkenaan dengan pentadbiran kontrak, termasuk tuntutan bayaran ansuran, arahan perubahan kerja, sijil-sijil pelaksanaan, permohonan lanjutan masa dan lain-lain dokumen. r) Terlibat dengan MS : ISO 9001 peringkat universiti. s) Memberi khidmat nasihat teknikal dan kejuruteraan dengan profesional kepada pihak yang terbabit dalam pembinaan projek di tapak.

Dalaman 1. Pengurusan Tertinggi 2. Jurutera J41, J44, J48 dan J52 3. Staf di bawah seliaan. 4. Anggota di bahagian lain dalam universiti. HUBUNGAN KERJA Luaran 1. Orang awam 2. Kementerian 3. PBT 4. Kontraktor / Perunding / Pembekal 5. Agensi swasta

PERSEKITARAN KERJA

Dalam dan luar pejabat

KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN)

1. Kebolehan mengendalikan perisian komputer dan peralatan yang berkaitan dalam bidang tugas. 2. Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis sama ada dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 3. Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah-hujah dengan baik. 4. Berkebolehan dalam menulis/ menyedia laporan yang berkualiti.

SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

Integriti. Semangat berkumpulan. Bertanggungjawab. Profesionalisme. Kebebasan, adil dan saksama. Kualiti. Kerahsiaan. Kompetensi dan ketelitian. Disiplin diri. Bersih, cekap dan amanah. Kemas. Teratur. Bertanggungjawab. Jujur.

ANCAMAN/ BAHAYA

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Terdedah dengan unsur rasuah. Terlibat dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Percanggahan kepentingan. Penglibatan dengan aktiviti luar pejabat. Boleh diambil tindakan undang-undang. Risiko terdedah kepada peluang penyelewengan. Tekanan.

Related Documents


More Documents from "Shamrizashamsuri"