Bm K2 Trialpmr Phg 08

  • Uploaded by: Mohd Khairul Anuar
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bm K2 Trialpmr Phg 08 as PDF for free.

More details

  • Words: 757
  • Pages: 6
SULIT 02/2 Bahasa Melayu Ogos 2008 2 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TAHUN 2008 TINGKATAN 3

BAHASA MELAYU KERTAS 2 Masa : 2 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian :Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk bahagian D. _______________________________________________________________ _ Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak [ Lihat sebelah SULIT 02/2

02/2 WrWd @ 2008 Hak cipta JPNP SULIT

1

Bahagian A ( i ) [ Masa dicadangkan : 40 minit ] [ 20 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang sebabsebab Sains Angkasa patut dipelajari di peringkat sekolah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Zaman ini merupakan zaman teknologi maklumat. Sesiapa yang menguasai maklumat dengan cepat dan tepat akan meraih keuntungan. Contohnya, seseorang yang mengetahui kemungkinan peningkatan saham sesebuah syarikat akan membeli saham tersebut bagi memperoleh keuntungan. Hal ini kerana, ilmu teknologi maklumat berkaitan dengan satelit. Kita tidak boleh menjadi pembeli, sebaliknya kita mestilah berusaha mencipta peralatan satelit. Oleh itu, minat dan asas ilmu dalam bidang ini perlu diterapkan kepada pelajar sejak di bangku sekolah lagi. Apabila minat pelajar terhadap Sains Angkasa telah dipupuk, maka sudah pasti mereka tertarik untuk mendalami bidang ini sehingga melahirkan pakar yang disegani. Di samping itu, era globalisasi menuntut kepakaran dalam bidang teknologi maklumat. Dalam meniti dunia tanpa sempadan, kita perlu menghasilkan ciptaan baru bagi menyaingi atau mengatasi negara lain. Ciptaanciptaan ini pula banyak dipengaruhi oleh pengetahuan seseorang dalam bidang Sains Angkasa. Pelajar-pelajar yang diberi pengetahuan tentang Sains Angkasa akan cenderung mencipta peralatan Sains Angkasa pada peringkat awal lagi. Mereka mungkin mula mencipta model satelit yang akhirnya mencipta satelit yang sebenar setelah menguasai ilmu ini. Selain itu, kepakaran dalam bidang Sains Angkasa akan menjulang imej negara. Sesebuah negara yang mahu menjadi negara maju perlulah memiliki cendekiawan dalam pelbagai bidang. Negara kita tidak terkecuali dalam hal ini. Justeru ilmu tentang Sains Angkasa mesti disuburkan dalam diri pelajar bagi melahirkan lebih banyak tenaga pakar. Dengan demikian, negara kita bukan sahaja bertambah maju, malah dihormati oleh negara lain. ( Dipetik dan diubah suai daripada rencana Angkasa Raya buku teks BM Tingkatan 2 )

SULIT

02/2 2

Bahagian A ( ii ) : Pemahaman [ 10 markah ] Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1

Berikan maksud rangkai kata meraih keuntungan dalam petikan di atas. [ 2 markah ]

2

Apakah usaha yang perlu dilakukan jika sesebuah negara mahu menjadi negara maju ? [ 4 markah ]

3

Pada pendapat anda,mengapakan pihak kerajaan menggalakkan penerokaan bidang Sains Angkasa ? [ 4 markah ]

3

SULIT

02/2 Bahagian B [ 20 markah ]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

4

SULIT

02/2 Bahagian C [ 40 Markah ]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. 1

Kepentingan menguasai pelbagai bahasa amat dititikberatkan dalam diri seseorang pelajar sejajar dengan perkembangan ilmu sains dan teknologi. Kemukakan pendapat anda.

2

Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah “ Kepentingan Menghormati Ibu bapa “, Tulis teks syarahan tersebut selengkapnya.

3

Persatuan Sejarah Sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Tokoh. Sebagai setiausaha persatuan, anda dikehendaki menulis satu laporan tentang lawatan itu. Tulis laporan tersebut selengkapnya.

4

Tulis tentang peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat untuk mengekalkan keindahan hutan semula jadi di negara kita.

5

Sektor pertanian semakin mendapat tempat dalam usaha memajukan negara. Jelaskan langkah-langkah untuk memajukan sektor ini.

5

SULIT

02/2

Bahagian D [ 10 markah ]

Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. (i)

Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh.

( ii )

Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin.

Jelaskan satu persamaan dan satu perbezaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang telah anda kaji.

KERTAS SOALAN TAMAT

6

Related Documents

Bm K2 Trialpmr Phg 08
October 2019 16
Geog Trialpmr Phg 08
October 2019 18
Pi Trialpmr Phg 08
October 2019 18
Sej Trialpmr Phg 08
October 2019 24
Bi P3 Trialpmr Phg 08
October 2019 20

More Documents from "Mohd Khairul Anuar"