Bm Form 5 Kertas 2 Mid Year 2009

  • Uploaded by: Dalila
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bm Form 5 Kertas 2 Mid Year 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,013
  • Pages: 10
SULIT 1103/2 Bahasa Melayu

1103/2

Kertas 2 Mei 2009 2 1/2 jam _______________________________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009 TINGKATAN 5 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan Teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. SULIT

1103/2

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB [Lihat sebelah SULIT

2 Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mencapai kejayaan negara yang cemerlang dan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Selepas 50 tahun mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British, tempoh ini secara relatifnya masih muda berbanding dengan negara lain seperti Amerika Syarikat. Bagaimanapun, kemajuan yang dicapai oleh negara ini jauh ke hadapan melangkaui umurnya dan lebih membanggakan melangkaui pembangunan negara lain yang mencapai kemerdekaan pada era yang sama. Dalam tempoh tersebut, cabaran utamanya adalah dalam aspek bahasa kebangsaan Rakyat Malaysia perlu memberikan perhatian yang serius terhadap usaha memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. Agenda memperkasakan bahasa kebangsaan sudah lama diperjuangkan, namun kepentingannya semakin dirasai ketika negara ini memasuki umur 50 tahun sebagai negara merdeka yang memerlukan pengukuhan jati diri rakyatnya. Hal ini ditambah akibat kesan penjajahan Inggeris dan arus globalisasi yang melanda sekarang mampu memberikan impak negatif kepada kedaulatan bahasa Melayu. Rakyat negara ini tidak akan mencapai kemajuan sebenar sebagai bangsa merdeka sekiranya bahasa ibunda tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya. Matlamat ini tidak mampu dicapai dengan kadar segera kerana memerlukan kesedaran dan pendidikan dalam tempoh yang panjang. Rakyat negara ini juga amat digalakkan menguasai bahasa kedua seperti bahasa Inggeris kerana kedudukannya yang tinggi sebagai bahasa ilmu. Namun, hal ini tidak bermakna bahasa Inggeris lebih penting dan perlu diutamakan berbanding dengan bahasa kebangsaan. Peningkatan kualiti wacana nasional juga perlu dilestarikan. Minda kelas pertama di dalam negara kelas pertama yang disarankan oleh Perdana Menteri itu memerlukan usaha serius yang berterusan untuk direalisasikan. Dalam hal ini, ahli akademik disarankan tidak terlalu leka duduk selesa di menara gading sahaja sehingga buah fikiran mereka tidak sampai kepada masyarakat. Pihak media massa pula tidak harus mengutamakan bahan sensasi dan hiburan untuk dihidangkan kepada orang ramai. Program realiti televisyen yang berleluasa sekarang dilihat membawa kesan negatif terhadap pembinaan bangsa yang maju. Di samping itu, mereka perlu berperanan lebih aktif membentuk minda kelas pertama dalam kalangan rakyat. Lebih jauh lagi, media perlu berperanan menentukan agenda masyarakat agar lebih berkesan. Sebagai institusi budaya dan sosial, media turut mempunyai tanggungjawab sosial yang besar dalam pembinaan bangsa Malaysia. Media juga wajar menghebahkan wacana ilmiah yang tidak sampai kepada masyarakat. Berikutan itu, ahli akademik dan media mampu memberikan sumbangan yang besar terhadap pembinaan bangsa yang maju demi kemajuan dan kejayaan negara dalam pelbagai bidang. SULIT 1103/2 1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB [Lihat sebelah SULIT

3 Kemajuan fizikal yang dicapai oleh negara sejak merdeka tidak memberikan apa-apa pengertian sekiranya taraf wacana nasional rakyat negara ini masih tidak mendalam dan kurang kecintaan terhadap bahasa kebangsaan. Kemerdekaan ini sewajarnya dijadikan persediaan rakyat menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan. Kemajuan intelektual perlu seiring dengan kemajuan fizikal agar pembangunan negara ini tidak tempang. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Membina Identiti Malaysia Oleh Haris Zalkapli, Dewan Masyarakat, Jun 2007) Soalan 2 (a): Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)

Berikan maksud rangkai kata memerlukan pengukuhan jati diri.

(ii)

Mengapakah usaha-usaha memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu perlu dilakukan di negara ini? [3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, apakah kesan negatif rancangan televisyen berbentuk realiti yang ditayangkan di negara ini terhadap remaja? [4 markah]

SULIT

[2 markah]

1103/2

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB [Lihat sebelah SULIT

4 Soalan 2 (b) Petikan Drama Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. IBU MAJID IBU SAFIAH IBU SAFIAH IBU MAJID IBU MAJID IBU SAFIAH

: (Duduk berhadapan) Ya, dia datang tadi, baru juga keluar. Kejap lagi baliklah dia. (Diam sebentar) Apa khabar di kampung? : Alhamdulillah, baik semuanya. Nampaknya tahun ini padi jadi benar, tak tertuai kita. Rambutan dah berputik. Tak lama lagi adalah orang memajaknya. : (Teringat) Eh, Bang Majid tentu haus...! (Bangkit berjalan ke pintu, memanggil) Piah! : (Dari Dalam) Yaaa! Apa mak! : Bawakah air untuk pak cik kau ni, jauh-jauh datang, haus.... : (Masih dari dalam) Nanti kejap, mak! (Diam sebentar) Kopi, ya mak? : Tengah-tengah hari ini, buatkan air limau sahaja. (Kembali duduk di kerusinya menyambung bual) Kata, kebun yang di baruh tu nak dijual? : Begitulah, dah banyak yang menawarnya. Kebun tu pun tak begitu jadi. Dekat sangat dengan hutan. Buah-buah tak bersisa dibaham kera, monyet. (Diam sesaat) Hajat hati kalau dapat duitnya, kami nak ke Mekah. : (Cepat menoleh memandang Pak Majid, terkejut dan riang) Ya? Syukur kalau begitu. : (Senyum memandang bakal besannya) Dik Limah bila pula, takkanlah tak ada rancangan. : (Mengeluh sedih) Hai, tak adalah nampaknya, kerja bergaji begini habis bulan habis duit...! (Safiah masuk menatang dulang. Dia telah bersalin pakaian Melayu). : (Sedikit kekok, meletakkan gelas air limau di hadapan Pak Majid) Ini airnya, pak cik. Jemputlah. (Dipetik daripada drama Serunai Malam oleh Usman Awang dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Apakah berita gembira yang disampaikan oleh Majid?

[3 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah sektor pertanian di negara ini dapat dimajukan?

(iii)

[3 markah] Huraikan satu perwatakan Safiah yang terdapat dalam petikan di atas dan dua perwatakannya yang lain yang terdapat dalam keseluruhan drama itu. [3 markah]

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB [Lihat sebelah SULIT

5 SULIT

1103/2

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Arakian, setelah bayan yang banyak itu habis jatuh ke tanah berkaparan, maka terbanglah sekaliannya. Setelah dilihat oleh budak itu akan kelakuan bayan itu, maka ia pun marahlah, lalu turun ke tanah, katanya, ”Binatang haram jadah ini, ditipunya kita, pura-pura mematikan dirinya. Aku lontarkan ke tanah berkaparan seperti bangkai lalu ia terbang habis. Tetapi baiklah yang tinggal ini kubunuh juga, baharu puas rasa hatiku.” Maka diambilnya bayan tua seekor yang tinggal itu hendak disembelihnya. Maka kata bayan itu, ”Hai budak, jika engkau bunuh aku, tiadalah akan kenyang engkau makan dagingku yang sekepal ini, melainkan engkau jualkanlah aku ini dengan harga dua ribu dinar boleh engkau makan sampai anak cucumu! Bawalah aku ini kepada raja di dalam negeri ini. Kudengar ada penyakit sopak pada kaki raja itu dan tangannya. Aku tahu ilmu tabib. Akulah mengubati dia. Setelah didengar oleh budak itu, maka dibawanya bayan itu kepada raja itu. Apabila tiba ia kepada orang penunggu pintu raja, maka budak itu, ”Hai penunggu pintu, tuan hamba persembahkanlah kepada raja bahawa adalah hamba berjual seekor burung bayan, tahu ia akan ilmu tabib! Maka harganya empat ribu dinar.” (Dipetik daripada Cerita Bayang Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya, Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)

Apakah maksud rangkai kata persembahkanlah kepada raja?

(ii)

Apakah yang menjadi punca kemarahan budak itu?

[2 markah] [3 markah]

(iii)

Bidang perubatan tradisional masih menjadi pilihan masyarakat di negara di samping perubatan moden. Pada pendapat anda, apakah kebaikan bidang perubatan tradisional? [3 markah]

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB [Lihat sebelah SULIT

6 SULIT

1103/2

Soalan 2 (d) Petikan Puisi Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. JALAN-JALAN RAYA KOTAKU Saban waktu sepanjang perjalanan jalan-jalan raya kotaku lewat senja begini tika gerimis menabur benih menerima kehadiran warga kota lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan luka parah di hati Ketidaksabaran membengkak kesombongan merajai setiap ruang semakin padat dengan emosi kebosanan menggigit pangkal rasa Demikian etika di perjalanan budi luhur warga kotaku tidak lagi berlaku yang hadir adalah keserakahan memacu menghimpun kekuatan menghakis sopan santun seperti banjir kilat melanda pinggir perjalanan fitrah sang manusia peradaban kota masa kini Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadaban para pesakit kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim ZAM ISMAIL

Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka 1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB [Lihat sebelah SULIT

7 SULIT

1103/2

(i)

Nyatakan sikap pengguna jalan raya seperti yang terdapat dalam sajak di atas. [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mendidik pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan di jalan raya. [4 markah]

(iii)

Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [3 markah] Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. (a) (b) (c) (d) (e) (f)

jejari dedaun serta-merta kacau-bilau kalau-kalau mentah-mentah [6 markah]

(b)

Sambungkan setiap ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja. Negara kita banyak mempunyai kawasan hutan. Negara kita kekurangan pakar untuk memajukannya. Tanpa usaha pihak swasta kejayaan sesuatu projek pemuliharaan hutan tidak akan berjaya. Tanpa usaha pihak awam kejayaan sesuatu projek pemuliharaan hutan tidak akan berjaya. Pada masa yang sama, usaha ini memerlukan pekerja. Pekerja mempunyai pelbagai kepakaran. [6 markah]

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB [Lihat sebelah SULIT

8 SULIT (c)

1103/2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. (i)

Penglibatan pelajar dalam gejala gangsterisme perlu ditangani usaha berterusan dan pemantau semua pihak.

dengan

(ii)

Mangsa kemalangan itu sedang membincangkan gantirugi yang berhak diperolehi daripada pihak yang menyebabkan punca kemalangan itu.

(iii)

Keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini, berpihak pelajar yang kurang berkemampuan itu sekali pun tinggal di luar bandar. [6 markah]

(d)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. (i)

Rakyat negara kita sedang berusaha dengan gigih sebagai menuju ke arah pembikinan produk industri yang berdaya maju.

(ii)

Penjagaan dan pemeliharaan bangunan lama perlu ditingkatkan agar dapat menarik lebih ramai para pelancong.

(iii)

Berasaskan kajian, amalan membaca dapat dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan di dalam diri individu berkenaan. [6 markah]

(e)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Semenjak berpindah ke taman perumahan baharu sebulan yang lalu, Ahmad berasa tidak seronok. Dia mendapati jiran-jirannya, seolah-olah tidak mempedulikan sesama sendiri. Masing-masing membawa hal sendiri. Dia selalu termenung dan teringat akan rakan-rakan lamanya di taman perumahan lama. Di tempat yang lama, hubungan sesama jiran sangat rapat. Mereka saling membantu apabila ada kenduri-kendara. Pada minggu lepas, Ahmad menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penduduk yang membincangkan program gotong-royong membersihkan kawasan kediaman mereka. Namun begitu, dalam mesyuarat itu tiada kata muafakat yang dicapai. Masing-masing mahu menegakkan pendapat sendiri dan enggan menerima pandangan orang lain. 1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB [Lihat sebelah SULIT

9 [6 markah ] SULIT

1103/2 Soalan 4: Novel [15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari. (i)

Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii)

Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii)

Di Hadapan Pulau karya A.Samad Said

(iv)

Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v)

Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi)

Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii)

Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua perasaan yang anda alami selepas membaca novel tersebut. [7 markah]

(b)

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan perwatakan watak utama setiap novel yang anda kaji. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB [Lihat sebelah SULIT

10

1103/2 © 2009 Hak Cipta PPDJB [Lihat sebelah SULIT

Related Documents


More Documents from "Dalila"