Blok 31

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Blok 31 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,557
  • Pages: 16
1.0 TAJUK KAJIAN PETEMPATAN DI KAMPUNG SERUDUNG DAN PERBANDINGANNYA DENGAN NEGARA INDONESIA

2.0 SENARAI KANDUNGAN

Bil

TAJUK

MUKA SURAT

1.0

TAJUK KAJIAN

2.0

SENARAI KANDUNGAN

3.0

PENGHARGAAN

4.0

PENDAHULUAN

5.0

OBJEKTIF KAJIAN

6.0

KAWASAN KAJIAN

7.0

KAEDAH KAJIAN

8.0

DAPATAN KAJIAN

8.1

- Jenis dan pola petempatan

8.2

- Faktor yang mempengaruhi petempatan

8.3

- Fungsi petempatan

8.4

- Masalah petempatan

8.5

- Langkah mengurangkan masalah petempatan

Bahan Grafik 9.0

RUMUSAN

1 0.0

LAMPIRAN

11.0

RUJUKAN

3.0 PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Thangavelu Subramaniam, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Balung Tawau kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Suzanah Simon, Guru Geografi kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibubapa saya yang telah memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu Farah, Kartini dan Nur Amalina kerana kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat-maklumat semasa menjalankan kajian. Akhir

sekali,

ucapan terima kasih ditujukan kepada semua responden yang membantu dalam menyiapkan kajian saya ini.

4.0 PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk petempatan dan perkembangannya dan dibandingkan dengan Negara lain. Saya memilih Kampung Serudung dan membandingkannya dengan Pulau Jawa di Indonesia. Saya memilih kawasan ini untuk dikaji kerana ia merupakan kawasan tempat tinggal kami. Saya memilih Pulau Jawa di Indonesia sebagai perbandingan kerana cirri-ciri fizikal dan budaya di kepulauan Indonesia lebih kurang sama dengan kawasan kajian yang saya pilih. Saya menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan di lapangan secara berkumpulan. Laporan kajian ini Berjaya disiapkan dalam masa 2 minggu.

5.0 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan objektif-objektif dibawah:

1. Memahami jenis dan pola petempatan di Kampung Serudung dan dibandingkan dengan

Pulau Jawa di Indonesia.

2. Menyenaraikan factor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Kampung Serudung dan

dibandingkan dengan Pulau Jawa di Indonesia.

3. Menyenaraikan fungsi petempatan di Kampung Serudung dan dibandingkan dengan

Pulau Jawa di Indonesia.

4. Mengetahui masalah petempatan di Kampung Serudung dan dibandingkan dengan Pulau

Jawa di Indonesia.

5. Menyenaraikan langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di Kampung

Serudung dan dibandingkan dengan Pulau Jawa di Indonesia.

6. Penerapan nilai dan unsure patriotism terhadap Kampung Serudung dan dibandingkan

dengan Pulau Jawa di Indonesia.

6.0 Kawasan Kajian

Kampung Serudung terletak di persimpangan antara Blok31 dan Batu 15. Kampung ini letaknya kira-kira 7km dari Jalan Raya Tawau Semporna. Kawasan ini terletak 20km dari

Sekolah Menengah Kebangsaan Balung jarak relative antara kawasan kajian dengan Bandar tawau ialah 30 minit. Biasanya, kos tambang jika menaiki bas awam dari kawasan kajian hingga ke Bandar RM5.00. Kawasan kajian mempunyai kawasan lebih kurang 20km persegi dan mempunyai bentuk muka bumi yang rata.

7.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang saya jalankan adalah menggunakan kaedah-kaedah berikut:

1. Pemerhatian -Saya menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengenal pasti ciri-ciri fizikal dan bentuk muka bumi di kawasan kajian.

2. Temu Bual -Saya telah menemu bual beberapa orang responden untuk mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian saya.

3. Rujukan -Saya menggunakan buku-buku ilmiah dan majalah untuk mencari maklumat Negara banding iaitu Pulau Jawa, Indonesia.

8.0 DAPATAN KAJIAN

8.1 Jenis dan pola petempatan Kawasan kajian yang saya pilih terletak pada lokasi Bandar. Kebanyakan petempatan di kawasan ini dipengaruhi oleh bentuk muka buminya. Pola petempatan di Kampung Serudung ialah bersejajar. Ini adalah kerana pembangunannya yang telah diatur sebelum membinanya. Jika dibandingkan dengan Pulau Jawa, Indonesia, kebanyakan petempatan di kawasan luar Bandar adalah berselerak atau berpusat. Ini adalah kerana kawasan petempatan dipengaruhi oleh kegiatan ekonomi penduduk.

Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana mempunyai petempatan pelbagai jenis dan rakyat yang berbilang kaum. Ini akan menjadikan kita lebih cinta akan tanah air yang aman dan makmur.

8.2 Faktor mempengaruhi petempatan

Ada beberapa faktor yang pengaruhi petempatan Kampung Serudung iaitu: -Bentuk Muka Bumi Kampung Serudung mempunyai bentuk muka bumi ialah bertanah pamah. Bentuk muka bumi ini sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan kerana sebahagian besar melibatkan perniagaan dan pertanian. Selain bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi turut mempengaruhi petempatan di Kampung Serudung. Di kawasan tanah pamah merupakan kawasan kegiatan ekonomi utama penduduk kampung yang kebanyakannya bekerja sebagai Pekedai runcit dan tanih.

Jadual dan Graf dibawah ini mewakili bilangan setiap perkerjaan penduduk Kampung Serudung. Kau m

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Pekerjaan

Jika di bandingkan dengan Pulau Jawa, Indonesia terdapat persamaan iaitu bentuk muka bumi dan kegiatan ekonomi turut mempengaruhi petempatannya. Bentuk muka bumi Pulau Jawa lebih kepada tanah pamah dan kawasan tanah tinggi. Ramai penduduk berkumpul di kawasan ini kerana wujudnya pusat Bandar atau pusat kegiatan ekonomi. Selain bentuk muka bumi kegiatan ekonomi turut mempengaruhi petempatan di Pulau Jawa, Indonesia di kawasan-kawasan tumpuan kegiatan ekonomi seperti di Jakarta dan Surabaya merupakan tumpuan penduduk kerana terdapat banyak peluang pekerjaan. Saya amat berbangga terhadap petempatan saya, iaitu Kampung Serudung kerana mempunyai tanah yang subur untuk penduduk kampung saya menjalani pertanian dijadikan sebagai sumber pendapatan seharian.

perniagaan dan

8.3 Fungsi petempatan

Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan Kampung Serudung. Salah satu fungsi petempatan yang terdapat di kampung ialah Perdagangan. Contohnya ialah Perniagaan, Manakala di Bandar Jakarta fungsi petempatannya ialah sebagai sebuah pusat pentadbiran dan perniagaan. Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita. Ini kerana kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur. Kita juga seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta dan kita juga perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.

8.4 Masalah petempatan

Berdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah temu bual, beberapa masalah telah dapat dikenal pasti. Antara masalah iaitu kesesakan lalu lintas dan juga pencemaran alam sekitar. Pencemaran Alam sekitar terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk kawasan Kampung Serudung. Kesesakan lalu lintas boleh berlaku terutama pada masa-masa tertentu iaitu kerana kemudahan infrustruktur yang masih kurang memuaskan contohnya ruang yang terlalu sempit. Berbanding dengan Pulau Jawa, Indonesia masalah yang dihadapi ialah pencemaran dan bencana alam. Pencemaran adalah disebabkan pembangunan yang tidak terkawal di Bandarbandar pusat seperti Jakarta. Bencana alam yang sering berlaku seperti gempa bumi dan tanah runtuh tidak dapat dielakkan keranabentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan terletak di dalam langkaran api pasifik. Kita seharusnya peka kapada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita. Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang dengan sewenang-wenangnya. Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan di atas, sebagai penduduk Kampung Serudung, kita hendaklah saling bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjaga alam sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya. Kita seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha untuk menjaga dan mengekalkannya.

8.5 Langkah mengurangkan masalah petempatan

Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah petempatan di Serudung ialah memperbaiki dan menaik taraf jalan raya yang sedia ada. Ini akan dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Selain daripada itu penguat kuasaan undang-undang merupakan langkah yang patut diambil untuk mengatasi pencemaran. Kegiatan Perdagangan yang dijalankan haruslah sentiasa dipantau oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS). Di Pulau Jawa, Indonesia masalah tanah runtuh boleh diatasi dengan tanaman tutup bumi dan pertanian bertingkat. Untuk menghadapi bencana alam kerajaan Indonesia patut menghalang pembinaan bangunan pencakar langit dan sentiasa memberikan maklumat kepada penduduk dari semasa ke semasa. Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkahlangkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa. Namun begitu, para penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program dan langkah yang dilancarkan berhasil disamping saling bantu-membantu serta melahirkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.

Bahan Grafik Jadual dibawah adalah nama responden yang telah saya soal selidik.

Bil. Nama Responden 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Jantina

Pekerjaan

9.0 RUMUSAN

Kajian yang telah saya jalankan di kawasan Kampung Serudung, Tawau ini telah memberi banyak pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan seperti bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Berdasarkan kepada kajian yang saya jalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang fungsi petempatan di kawasan kajian yang telah saya pilih dan juga negara bandingan iaitu Pulau Jawa, Indonesia. Saya juga dapat mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan kajian dan kawasan

bandingan iaitu Pulau Jawa, Indonesia serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan terus memantau dan mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat di kawasan Kampung Serudung serta mencari jalan untuk menyelesaikannya bagi memberi keselesaan kepada para penduduk. Pada pendapat saya bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu melakukan perkara ini, malah para penduduk juga perlu mengambil inisiatif untuk terus menjaga kawasan persekitaran dengan baik. Kita sepatutnya bersyukur kepada Tuhan kerana menganugerahkan nagara yang aman dan merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem yang baik. Akhir kata, marilah sama-sama kita sebagai penduduk Malaysia supaya bekerjasama menjaga kemudahan dan petempatan yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan taraf hidup kita akibat perbuatan kita sendiri.

10.0 LAMPIRAN

11.0 RUJUKAN

Laman web: i)

http://www.googleearth.com/

ii)

http://www.sabah.gov.my/

Sumber buku teks: i)

Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tah Koh Lim, 2004, buku teks Geografi Tingkatan 3.

ii)

Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Vincent De Selva a/l Santhanasam Lim Jin Fou, 2006, buku teks Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan.

Orang Sumber: Jamil Bin Mansur 640719-12-5208 Perniaga runcit

Related Documents

Blok 31
May 2020 27
31
June 2020 20
31
December 2019 36
31
November 2019 38
31
October 2019 41
31
May 2020 19