Bitumen Dan Asphalt, Cat Dan Composite Material

  • Uploaded by: Syahmi Abdullah
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bitumen Dan Asphalt, Cat Dan Composite Material as PDF for free.

More details

  • Words: 526
  • Pages: 9
BITUMEN DAN ASPHALT, CAT DAN COMPOSITE MATERIAL

BITUMEN DAN ASFALT • • • •

• •

Bitumen ialah nama am untuk semua hidro karbon. Bahan yang tergulung dalam keluarga bitumen ialah asfalt, tar dan pitch. Asfalt ialah separa pepejal yang didapati dari dalam keadaan semulajadi dihasilkan dengan memproses petroleum. Kegunaan utama (70%) asfalt/bitumen adalah dalam pembuatan jalan, dan pengikat campuran dengan partikel agregat untuk menghasilkan konkrit asfalt. Kegunaan lainnya adalah untuk produk bitumen kalis air, termasuk penghasilan felt bumbung dan untuk menutup bumbung yang rata. Asfalt dan bitumen digunakan silih berganti membawa erti kedua-dua bentuk semulajadi.

ASFALT SEMULAJADI BOLEH DIDAPATI DALAM BENTUK :-

• Lake Asfalt (pasir asfalt) didapati dalam tanah. • Rock Asfalt (batu asfalt) didapati dicelah batu. • Glisonite didapat melalui bumi seperti arang batu. • Tar pula terhasil apabila proses mereputkan bahan-bahan seperti arang batu, kulit-kulit kerang, tulang-tulang binatang dan benda-benda lain. • Pitch pula terhasil apabila tar diproseskan melalui proses distillation keatas tar.

CIRI-CIRI BITUMEN • Warna coklat gelap atau hitam. • Tahan air atau wap. • Tahan serangan asid dan alkali tetapi tidak tahan pada minyak. • Menjadi lembut apabila terdedah kepada cahaya matahari.

Kegunaan Asfalt • Sebagai bahan kalis air dan kalis lembab. • Bahan perekat dan film. • Hasilan cat. • Jubin lantai.

CAT • Cat adalah bahan yang memberi perlindungan dan kecantikan kepada permukaan bahan-bahan binaan. • Ianya dilakukan untuk tujuan menghias, kebersihan, perlindungan bahan supaya tahan lebih lama, menambahkan keberkesanan cahaya lampu dan menambah keselamatan. • Secara am-nya, cat yang sering digunakan untuk kekemasan adalah :    

Cat Minyak. Cat Air. Cat Kapur (Emulsi). Cat Distemper. Cat Kegunaan Khas

CAT MINYAK • Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed (minyak biji rami). Minyak linseed bertujuan untuk membuat kayu menjadi lebih kuat. • Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.

Mengecat Cat Minyak pada Kayu

CAT AIR • Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air semasa digunakan. • Cat ini diperbuat daripada getah tiruan dan menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit.

Mengecat Cat Air pada Konkrit

CAT DISTEMPER/CAT KAPUR • Cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. • Cat jenis ini biasa digunakan untuk mengecat papan siling, tembok bata dan konkrit. • Cat ini sering digunakan sebagai cat alas untuk lapisan pertama yang di aplikasikan pada dinding batu/konkrit yang baru atau mengecat semula permukaan.

Cat Kapur Untuk Alas Pertama Pada Permukaan Dinding Baru

CAT KEGUNAAN KHAS ANTARA CAT UNTUK KEGUNAAN KHAS ADALAH :• Cat Aluminium :Digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya. • Cat bitumen :Ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan yang mudah karat seperti besi. Ia cuma digunakan pada tempat yang keindahan permandangannya tidak diutamakan. • Cat kalis kulat :Cat ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat. Kegunaannya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan. • Cat tahan api :Cat ini mengandungi ammonium fosfat yang digunakan untuk menambahkan sifat kerintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.

Related Documents


More Documents from ""