BITUMEN DAN ASPHALT, CAT DAN COMPOSITE MATERIAL
BITUMEN DAN ASFALT • Bitumen ialah nama am untuk semua hidro karbon. • Bahan yang tergulung dalam keluarga bitumen ialah asfalt, tar dan pitch. • Asfalt ialah separa pepejal yang didapati dari dalam keadaan semulajadi dihasilkan dengan memproses petroleum. • Kegunaan utama (70%) asfalt/bitumen adalah dalam pembuatan jalan, dan pengikat campuran dengan partikel agregat untuk menghasilkan konkrit asfalt. • Kegunaan lainnya adalah untuk produk bitumen kalis air, termasuk penghasilan felt bumbung dan untuk menutup bumbung yang rata. • Asfalt dan bitumen digunakan silih berganti membawa erti kedua-dua bentuk semulajadi.
ASFALT SEMULAJADI BOLEH DIDAPATI DALAM BENTUK :-
• Lake Asfalt (pasir asfalt) didapati dalam tanah. • Rock Asfalt (batu asfalt) didapati dicelah batu. • Glisonite didapat melalui bumi seperti arang batu. • Tar pula terhasil apabila proses mereputkan bahan-bahan seperti arang batu, kulit-kulit kerang, tulang-tulang binatang dan bendabenda lain. • Pitch pula terhasil apabila tar diproseskan melalui proses distillation keatas tar.
CIRI-CIRI BITUMEN • Warna coklat gelap atau hitam. • Tahan air atau wap. • Tahan serangan asid dan alkali tetapi tidak tahan pada minyak. • Menjadi lembut apabila terdedah kepada cahaya matahari.
Kegunaan Asfalt
• Sebagai bahan kalis air dan kalis lembab. • Bahan perekat dan film. • Hasilan cat. • Jubin lantai.
CAT
• Cat adalah bahan yang memberi perlindungan dan kecantikan kepada permukaan bahan-bahan binaan. • Ianya dilakukan untuk tujuan menghias, kebersihan, perlindungan bahan supaya tahan lebih lama, menambahkan keberkesanan cahaya lampu dan menambah keselamatan. • Secara am-nya, cat yang sering digunakan untuk kekemasan adalah :
Cat Minyak. Cat Air. Cat Kapur (Emulsi). Cat Distemper. Cat Kegunaan Khas
CAT MINYAK • Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed (minyak biji rami). Minyak linseed bertujuan untuk membuat kayu menjadi lebih kuat. • Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.
Mengecat Cat Minyak pada Kayu
CAT AIR • Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air semasa digunakan. • Cat ini diperbuat daripada getah tiruan dan menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit.
Mengecat Cat Air pada Konkrit
CAT DISTEMPER/CAT KAPUR • Cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. • Cat jenis ini biasa digunakan untuk mengecat papan siling, tembok bata dan konkrit. • Cat ini sering digunakan sebagai cat alas untuk lapisan pertama yang di aplikasikan pada dinding batu/konkrit yang baru atau mengecat semula permukaan.
Cat Kapur Untuk Alas Pertama Pada Permukaan Dinding Baru
CAT KEGUNAAN KHAS ANTARA CAT UNTUK KEGUNAAN KHAS ADALAH :• Cat Aluminium :Digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya. • Cat bitumen :Ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan yang mudah karat seperti besi. Ia cuma digunakan pada tempat yang keindahan permandangannya tidak diutamakan. • Cat kalis kulat :Cat ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat. Kegunaannya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan. • Cat tahan api :Cat ini mengandungi ammonium fosfat yang digunakan untuk menambahkan sifat kerintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.