Biodiversity

  • Uploaded by: Siti Natijah
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Biodiversity as PDF for free.

More details

  • Words: 716
  • Pages: 2
DEFINISI Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.(sumber:estidotmy,February 2007) KEPENTINGAN A.KEPADA ALAM 1.PENGEKALAN KITAR HIDROLOGI Hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerapan.Air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi.Hutan,padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikitbila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir. 2.MODIFIKASI IKLIM Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim.Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu.Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini. 3.KAWAL HAKISAN TANAH Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan.Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah.Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi.Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah.Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan puklan ketika rebut.Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa. 4.SELENGGARA KITAR OKSIGEN DAN NITROGEN Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan.Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah.Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah. B.KEPADA MANUSIA 1.NILSI INSTRUMEN Berguna kepada manusia-kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser.Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini.Ini jelas bahawa kekayaan kepelbagaian sepsis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. CONTOHNYA, ANTHROPOSENTRIK-digunakan dalam memajukan BANK GENETIK khasnya untuk memajukan sector pertanian ,perhutanan,akuakultur dan penternakan.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumgang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi Negara. 2.NILAI INTRINSIK Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “NILAI TERSENDIRI” dan “HAK UNTUK HIDUP”.Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai “hak asasi”masing-masing.Benda hidup mempunyai ingatan,emosi dan kesakitan. MASALAH 1.KEGIATAN MANUSIA YANG MENGUBAH DAN MENGHAPUSKAN TEMPAT KEDIAMAN MEREKA. Banyak aktiviti yang boleh merosakkan yang berlaku menyebabkan terjejasnya biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada di antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori sepsis terancam.Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selamanya. 2.PENGEKSPLOITASIKAN HUTAN TROPIKA OLEH NEGARA MEMBANGUN YANG KAYA DENGAN BIODIVERSITI BAGI TUJUAN UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN.

Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semulajadi atau pelancongan eko adalah satu aktiviti penting yang bolkeh mendatangkan hasil kepada negara membangun.Namun andainya pelancongan eko tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity.Kemusnahanhabitat akibat penukaran tanah untuk pertanian,perlombongan,penempatan,pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia. 3.PERUBAHAN IKLIM DAN BENCANA ALAM seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia. 4.PENGGUNAAN SUMBER BIOLOGI SECARA TIDAK LESTARI DAN BERLEBIHAN seperti aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi. LANGKAH\USAHA UNTUK MENGATASI 1. MENGADAKAN BENGKEL MENGENAI PENGURUSAN BIODIVERSITI.ISU DASAR DAN CABARAN KEPADA MALAYSIA TELAH DILANGSUNGKAN PADA 17 Ogos 1999 dianjurkan bersama oleh Institut Kajian Pembangunan (SABAH),Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER) dan Queen’s University, Kingston,Canada.Bengkel tersebut dibiayai oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (CIDA), NGO’s dan badan-badan swasta.Antara isu yang disentuh adalah mengenai biodiversity,bioprospek,pengurusan dan pengawasan pelancongan eko dan perlindungan sepsis terancam. 2. Malaysia adalah salah satu antara 120 negara yang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL ATAU NAMA SINGKATNYA CBD.Konvension tersebut yang berkuatkuasa pada 29 disember 1993 memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang.Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya. 3.MENGGALAKKAN DAN MEMPERBANYAKKAN PENUBUHAN PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D).Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih. 4.MENGETATKAN KAWALAN DAN MENJALANKAN PEMANTAUAN YANG LEBIH TELUS.Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi,pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan Negara.

Related Documents

Biodiversity
November 2019 52
Biodiversity
November 2019 50
Biodiversity
December 2019 38
Biodiversity
November 2019 41
Biodiversity
May 2020 28
Biodiversity
November 2019 43

More Documents from ""