BIODIVERSITI KEPELBAGAIAN BIOLOGI BIL
ITEM
1
PENGHARGAAN
2
OBJEKTIF KAJIAN
3
KAEDAH KAJIAN
4
DAPATAN KAJIAN
HALAMAN
• PENDAHULUAN • KEPELBAGAIAN BIOLOGI • KEPENTINGAN BIODIVERSITI • KESAN KEPUPUSAN BIODIVERSTTI • LANGKAH PEMULIHARAAN BIODIVERSITI • KESIMPULAN
5
BIBLIOGRAFI
6
LAMPIRAN
1
PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kajian Pengajian Am ini dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Penghasilan kajian ini telah melibatkan kerjasama dari banyak pihak. Oleh itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama memberi sumbangan sehingga kajian ini sempurna disiapkan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ini ditujukan khusus kepada En. Abdul Bashir B. Che Senik selaku guru matapelajaran Pengajian Am yang banyak memberi tunjuk ajar, teguran dan bimbingan untuk mendapat maklumat berkaitan dengan kajian ini. Tidak ketinggalan juga kepada rakanrakan seperjuangan yang banyak membantu saya mengumpul maklumat serta sudi bertukar-tukar pendapat dalam menyiapkan kajian ini. Selain itu, penghargaan ini juga ditujukan kepada pihak sekolah kerana telah membenarkan saya dan teman-teman yang lain menggunakan kemudahan internet dan pencetak untuk menyiapkan kertas kajian ini. Kerjasama dan jasa baik anda sekalian akan saya kenang. Akhir kata, saya berharap agar kertas kajian ini dapat diterima dengan baik dan akan dijadikan bahan rujukan untuk matapelajaran Pengajian Am Wassalam.
2
OBJEKTIF KAJIAN Semua pelajar tingkatan 6 diberikan tajuk untuk menjalankan Kajian Pengajian Am sama ada dalam laras sastera ataupun sains. Kajian ini dibuat untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:-
• Memberi pendedahan awal kepada semua pelajar untuk melakukan tugasan di peringkat pengajian tinggi.
• Menambah pengetahuan pelajar tentang kepelbagaian biologi dan kepentingannya.
• Mengetengahkan
kepentingan
penglibatan
semua
pihak
dalam
memelihara dan memulihara alam sekitar
• Mempertingkatkan
konsep
asas
pemahaman
tentang
kepentingan
biodiversiti dari aspek pemeliharaan (conservation) ke arah mencapai matlamat pembangunan persekitaran secara mapan
• Menanam dan memupuk suatu kesedaran tentang proses-proses, sistem-sistem dan unsur-unsur biodiversiti yang memainkan suatu peranan asas yang penting di dalam mempengaruhi keseimbangan ekosistem.
3
KAEDAH KAJIAN Pelbagai jenis kaedah yang telah saya jalankan bagi mendapatkan maklumat dan bahan rujukan untuk menghasilkan kertas kajian ini. Berikut adalah kaedah kajian yang saya gunakan:•
Rujukan Bahan Ilmiah Saya telah merujuk beberapa buah buku, risalah, keratan akhbar serta majalah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya iaitu biodiversiti atau kepelbagaian biologi.
•
Internet Saya juga melayari beberapa laman sesawang yang berkaitan di internet untuk mendapatkan lebih banyak maklumat untuk kajian ini.
•
Wawancara Saya telah bertanyakan beberapa soalan kepada guru matapelajaran Biologi tentang apakah biodiversiti dan kepentingannya.
4
PENDAHULUAN Apa yang didefinisikan sebagai biodiversiti? Perkataan saintifik ini telah menjadi sinonim pada masa kini kerana kepentingannya kepada semua masyarakat dari pelbagai taraf sosial dan alam sekitar. Perkataan "biological" dan "diversity" ini mula diperkenalkan oleh Norse dan McManus pada tahun 1980 dan digabungkan oleh W.G.Rosen pada tahun 1985. Perkataan biodiversiti membawa pelbagai pemahaman dalam kalangan orang ramai. Bagi kebanyakan orang, pemahaman mengenai biodiversiti adalah berdasarkan pengalaman mereka bersama alam semulajadi dan spesies-spesies tertentu sama ada tumbuhan atau haiwan, termasuklah juga landskap. Berlainan pula dengan saintis, mereka beranggapan biodiversiti adalah kumpulan gen-gen, spesies
dan
populasi
bagi
sesebuah
kawasan
dan
proses-proses
yang
menyokongnya. Bodiversiti bukan hanya sebahagian daripada sistem kehidupan seperti gen, spesies dan populasi malah merangkumi bagaimana sistem kehidupan ini berinteraksi di antara satu sama lain seperti persaingan, predasi, simbiosis dan komensalisme. Biodiversiti mempunyai aspek-aspek struktur, komposisi dan fungsi yang saling bergantungan antara satu sama lain. Hari ini biodiversiti terancam dan mungkin pupus akibat kegiatan manusia sendiri. Walaupun Malaysia adalah antara negara di dunia yang kaya dengan biodiversiti, tanpa pengurusan sistematik dan kesedaran semua pihak, biodiversiti akan musnah begitu saja.
Keseimbangan perlu ada antara usaha
untuk memulihara biodiversiti yang selalu dilaung-laungkan negara maju
5
dengan hak negara membangun yang kaya dengan khazanah ini untuk menggunakan secara mapan.
KEPELBAGAIAN BIOLOGI Bumi kita mampu menyokong lima hingga sepuluh milion spesies haiwan dan tumbuhan . Hal ini merupakan hasil evolusi yang berlangsung sepanjang tiga bilion tahun melalui kombinasi semula dan pilihan semula jadi. Perubahan iklim seperti dari Zaman Ais kepada Kala Panas atau musim kemarau menekankan pilihan semula jadi dan seterusnya mengakibatkan evolusi dan kewujudan spesis baru. Kedua-dua proses tersebut saling bergantung. Hidupan yang wujud kini merupakan hanya 1% daripada jumlah organisma yang pernah wujud di planet ini. Biodiversiti diklasifikasikan kepada tiga aras utama iaitu diversiti ekosistem, diversiti genetik dan diversiti spesies. Diversiti ekosistem ialah kepelbagaian habitat, komuniti biotik dan proses ekologi di persekitaran daratan, marin dan persekitaran akuatik lain. Manakala diversiti genetik ialah kepelbagaian dalam dan antara populasi spesies yang diukur melalui variasi antara gen atau DNA atau jujukan asia amino. Diversiti spesies pula merujuk kepada variasi spesies dan subspesies. Setiap organisma memanfaatkan manusia secara langsung dan tidak langsung. Manusia telah mengeksploitasikan organisma-organisma sebagai sumber makanan, pakaian dan tempat berlindung. Banyak ubat-ubatan adalah hasil daripada pelbagai mikroorganisma. Hampir 2500 spesis tumbuhan telah dikulturkan, termasuk mikrobs dan organisma liar. Kita menggunakan kurang daripada 0.3% daripada jumlah keseluruhan spesis tumbuhan. Maka, masih banyak spesis belum digunakan dan diterokai.
6
KEPENTINGAN BIODIVERSITI Sejak berkurun lamanya manusia bergantung kepada kepelbagaian biodiversiti dan sumber-sumber biologi untuk meneruskan kehidupan. Sumbersumber
biodiversiti
perubatan,
membekalkan
produk-produk
industri
manusia dan
juga
dengan
keperluan
berperanan
makanan,
penting
untuk
mengimbangi alam sekitar. Selain itu, kepelbagaian sumber flora dan fauna membekalkan manusia dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Biodiversiti memberi ruang kepada manusia untuk melakukan aktivitiaktiviti riadah serta rekreasi di samping menghayati keindahan alam semulajadi serta meluaskan pengetahuan tentang kepelbagaian dan kekayaan sumber biodiversiti . Pelbagai aspek aktiviti riadah yang dapat dijalankan termasuklah aktiviti sukan air, terjunan udara, meredah hutan, aktiviti berkhemah, penjelajahan hutan dan berbagai lagi Biodiversiti juga penting untuk pengekalan kitar hidrologi. Hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air hingga jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Hal ini sekaligus dapat mengawal banjir. Kepelbagaian flora dan fauna juga amat penting untuk mengimbangi kitar oksigen dan nitrogen. Tumbuhan memerlukan karbon dioksida dan membebaskan oksigen untuk proses fotosintesis. Manakala haiwan pula memerlukan oksigen dan membebaskan karbon dioksida semasa respirasi. Tumbuhan dan haiwan saling bergantungan antara satu sama lain. Mikrob pula
7
membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah.
Biodiversiti juga berguna kepada manusia dalam bidang perubatan. Terdapat lebih 3000 spesies tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai
anti-kanser.
menyediakan
sumber
Kepelbagaian perubatan
biologi
malah
ini
bukan
mendatangkan
sahaja
mampu
keuntungan
yang
lumayan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kekayaan spesies biodiversiti mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia di samping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sebagai contoh, anthroposentrik digunakan dalam memajukan bank genetik khasnya untuk memajukan sektor pertanian, akuakultur dan penternakan. Biodiversiti memberikan banyak peluang dan kepentingan terhadap perkembangan sosial. Taman-taman negara, kawasan rizab hidupan liar, sungai dan lautan dan juga kawasan-kawasan yang dilindungi memainkan peranan yang signifikan terhadap perkembangan ekonomi dengan membekalkan pelbagai sumber kepada kehidupan sosial manusia. Antaranya sumber perkhidmatan kesihatan (melalui kepelbagaian etnobotani), sumber air minuman, sumber penjanaan kuasa elektrik dan juga memberikan sumber pendapatan dan pekerjaan kepada masyarakat. Selain itu juga, sumber biodiversiti yang merupakan warisan negara merupakan khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya. Oleh yang demikian, langkah konservasi dan pemuliharaan sumber biodiversiti yang ada perlu ditingkatkan agar generasi akan datang masih berpeluang untuk mempelajari dan memperoleh ilmu pengetahuan daripadanya. Saling kaitan di antara kehidupan sosial dan kepelbagaian sumber biodiversiti tidak dapat dinafikan lagi. Manusia masih bergantung kepada sumber biodiversiti dan ekologi yang ada. Begitu juga sumber biodiversiti yang amat
8
memerlukan perhatian dan perlindungan daripada manusia untuk ia terus kekal di muka bumi ini.
KESAN KEPUPUSAN BIODIVERSITI Kepupusan biodiversiti meninggalkan impak yang kepada manusia kerana manusia dan sumber biodiversiti saling bergantungan antara satu sama lain. Biodiviersiti merupakan sumber semula jadi yang terbesar. Spesies dari pelbagai jenis menyediakan manusia dengan makanan, produk industri, ubatan, minyak alternatif dan banyak lagi. Sekiranya biodiversiti hilang, sumber mentah yang berpotensi untuk pelbagai tujuan dengan nilai yang tinggi juga akan turut hilang bersama. Aktiviti manusia mengubah ekosistem akan akan menyebabkan hilangnya diversiti genetik sesuatu spesies sekaligus menyebabkan kepupusan. Banyak spesies yang akan pupus sebelum sempat dikaji. Kepelbagaian biodiversiti juga akan berkurangan akibat daripada kehilangan takungan genetik yang sedia ada. Selain itu kepupusan biodiversiti turut menyebabkan perubahan iklim. Penyingkiran pokok daripada proses penebangan hutan akan mengurang proses transpirasi, kekerapan hujan dan kadar penggunaan karbon dioksida dalam atmosfera semasa fotosintesis. Hal ini akan menyebabkan paras karbon dioksida dalam atmosfera meningkat yang kemudian menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan pemanasan global. Paras air laut pula akan meningkat selaras dengan peningkatan suhu bumi kemudian akan mengubah landskap bumi. Sumber makanan juga akan berkurangan apabila sesuatu spesies pupus dari rantaian ekosistem. Setiap spesies saling bergantungan antara satu sama lain dalam rantaian ekosistem. Apabila sesuatu spesies pupus, spesies lain juga turut diancam kepupusan. Akibatnya keseluruhan ekosistem akan terjejas.
9
Sebagai contoh, tumbuhan merupakan pengeluar utama dan diperlukan oleh haiwan herbivor sebagai makanan. Sekiranya tumbuhan hilang dari rantai makanan tersebut keseluruhan ekosistem tersebut akan hilang sumber makanan mereka. LANGKAH PEMULIHARAAN BIODIVERSITI Pelbagai aktiviti manusia mendorong kepada kemusnahan sumber biodiversiti secara langsung mahupun tidak langsung. Antara aktiviti ini termasuklah pembinaan, penerokaan hutan, pencemaran alam sekitar dan rekreasi serta banyak lagi.
Langkah
mengatasi
kepupusan
atau
kemusnahan biodiversiti perlu diambil dengan segera. Kaedah yang terbaik untuk memelihara sumber biodiversiti adalah dengan melindunginya sebelum ia terancam. Pelbagai langkah perlu diambil ke arah memulihara sumber biodiversiti yang sememangnya memainkan peranan penting kepada kehidupan manusia seharian. Bengkel
pengurusan
biodiversiti
merupakan
jalan
terbaik
untuk
membentuk sikap manusia terhadap sumber biodiversiti. Pendedahan tentang kepentingan biodiversiti terhadap masyarakat sejak kecil amat penting untuk membentuk sikap dan tingkah laku manusia apabila menguruskan sumber biodiversiti.
Banyak
isu
yang
boleh
dibincangkan
seperti
bioprospek,
pengurusan dan pengawasan pelancongan eko dan perlindungan spesies terancam. Selain itu penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan perlu diperbanyak. Sebagai contoh, Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam negara. Pusat-pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja kajian farmakologi sample, pemprosesan dan penghasil benih. Hal ini penting untuk mengawal kepupusan spesies terancam.
10
Kawalan dan pemantauan yang lebih ketat juga amat penting. Teknologi konservasi biodiversiti adalah teknologi yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini untuk pemantauan biodiversiti menerusi satelit. Sensor dipasang pada bahagian tertentu spesies haiwan terancam memudahkan pemantauan
dan
kawalan
terhadap
spesies
tersebut
dilakukan.
aktiviti
pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal dengan lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik yang mempunyai nilai tinggi supaya tidak merugikan negara.
Malaysia
merupakan
salah
satu
menandatangani
Konvension
Kepelbagaian
diantara
120
negara
Biologikal(CBD).
yang
Konvension
tersebut yang berkuatkuasa pada 29 Disember 1993 memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharan dan penggunaan biodiversiti secara mapan bagi generasi sekarang dan akan datang. Kandungan perjanjian tersebut ialah Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok kekal selama-lamanya.
11
KESIMPULAN Proses
perancangan
dan
pelaksanaan
pembangunan
sememangnya
berupaya untuk menjana sumber ekonomi yang pesat kepada pihak kerajaan, pengusaha-pengusaha swasta dan juga masyarakat setempat. Namun demikian, akiviti-aktiviti tersebut juga sering mengundang kontroversi dan impak yang serius terhadap ekosistem dan biodervisiti. Sekiranya perancangan dan pelaksanaan pembangunan tidak dirancang dan diuruskan dengan sebaiknya-baiknya, ianya akan menyebabkan sumber alam musnah akibat daripada kegiatan yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, ia juga berperanan sebagai satu faktor yang penting kepada usaha-usaha konservasi budaya dan alam sekitar. Kesedaran individu dan masyarakat tentang betapa pentingnya memelihara sumber biodiversiti merupakan perkara asas yang paling utama dalam usaha mengekalkan alam sekitar yang mapan.
12
BIBLIOGRAFI
13
KOMPOSISI DAN ARAS DIVERSITI BIOLOGI DIVERSITI EKOSISTEM
DIVERSITI GENETIK
DIVERSITI SPESIES
Biom (Biome)
Populasi
Kingdom
Biokawasan (Bioregion)
Individu
Filum
Kromosom
Famili
Landskap
Gen
Genus
Ekosistem
Nukleotid
Spesies
Habitat
Subspesies
Nic (Niche)
Populasi
Populasi
Individu
EKOSISTEM
LUAS (JUTA BATU
% DARIPADA
PERSEGI)
KESELURUHAN LUAS TANAH
Hutan
18.2
31.7
Padang rumput & Savana
11.6
20.2
Kawasan tanaman
6.2
10.7
Tanah Lembap
2.0
3.5
Gurun & Tundra
19.6
34.0
Jumlah Keluasan Daratan
57.6
Laut tepi pantai
8.4
Terumbu Karang
0.2
Laut lepas
164
14
Jumlah keluasan samudera
172.6
15