Nicol David
BIODATA Nicol Ann David
Datuk Nicol Ann David DB, DSPN, AMN, PJK (23 Ogos 1983) ialah seorang pemain skuasy Malaysia dan merupakan pemain skuasy wanita Nombor 1 dunia sekarang, dan juara (mulai 2005) "Terbuka British" dan "Kejohanan Dunia". Beliau ialah orang Asia pertama memenangi gelaran itu. Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol ialah anak perempuan kepada Desmond David dan Ann Marie David. Ayahnya seorang jurutera manakala ibunya seorang guru. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik lain yang bernama Liane dan Cheryl.
Negara:
Malaysia
Kediaman:
Pulau Pinang, Malaysia]]
Bermain:
Tangan kanan
Raket:
Prince o3 Tour
Menyertai pro:
2000
Ranking Dunia Tertinggi:
1 (Januari 2006)
Ranking Dunia Terkini:
1 (Jun 2008)
Kejuaraan Jelajah WISPAs:
28 Nicol juga satu-satunya pemain skuasy yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia Perlawanan Akhir Jelajah 12 sebanyak dua kali. Nicol berlatih di WIPSA: Amsterdam, Belanda selepas tamat Liz Irving peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada Jurulatih: tahun 2000, dan mendapat 9A. Beliau juga Squash City, Kelab sukan: menjuarai Kejohanan Skuasy Asia Amsterdam sebanyak lima kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006). Pada 4 Disember 2005, beliau menewaskan Rachael Grinham dari Australia untuk menjadi juara termuda yang memenangi Kejohanan Dunia. Nicol memenangi Terbuka Dunia 2006 di Belfast mengalahkan Natalie Grinham dari Australia 1-9, 9-7, 3-9, 9-5, 9-2 dalam masa 95 minit. Pada hari sebelumnya Nicol telah mengalahkan Rachael Grinham dengan 9-7, 9-1, 9-1 dalam masa 46 minit. Nicol menjadi penerima pertama anugerah Darjah Bakti (D.B) di Malaysia sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jun 2008.
Kejuaraan Tahun Kejohanan 2000
Savcor Finnish Open
2000
Kuala Lumpur Open
Saingan Perlawanan Mata Perlawanan Akhir Akhir Salma Shabana Elin Blikra
9-1, 9-0, 9-5 9-2, 9-5, 9-5
2002
Kuala Lumpur Open (2)
2005
Country View KL Women's Open (3)
2005
Sheikha Al Saad Kuwait Open
Natalie Grainger
2005
Mamut Dutch Open
Linda Elriani
2005
CIMB Malaysian Women's Open
2005
Dunlop British Open
Natalie Grinham
9-6, 9-7, 9-6
2005
Carol Weymuller Open
Natalie Grinham
5-9, 9-6, 9-4, 9-3
2005
CP/CSP World Open, HONG KONG
Rachael Grinham 8-10, 9-2, 9-6, 9-7
2006
Qatar Airways Challenge Open
2006
CIMB Malaysian Women's Open (2)
Rachael Grinham 4-9, 9-5, 9-0, 9-0 9-4, 9-6, 2-9, 5-9, 9Tania Bailey 3
2006
Hotel Equatorial Penang Open
Rachael Grinham 9-6, 9-6, 5-9, 9-3
2006
Dunlop British Open (2)
Rachael Grinham 9-4, 9-1, 9-4
2006
Cathay Pacific Swiss Privilege Hong Kong Open World Open, Belfast, Northern Ireland (2)
Ellen Petersen Annelize Naude
9-2, 9-7, 8-10, 9-4 9-4, 9-2, 9-0 4-9, 9-6, 9-7, 10-8
4-9, 2-9, 9-3, 9-3, 93 3-9, 9-3, 1-9, 9-1, 9Vanessa Atkinson 4
Tania Bailey
9-2, 10-8, 9-5
2007
CIMB KL Open (4)
Natalie Grinham
1-9, 9-7, 3-9, 9-5, 92 6-9, 9-3, 9-6, 7-9, 96
2007
Sheikha Al Saad Kuwait Open (2)
Natalie Grinham
9-6, 10-8, 2-9, 9-1
2007
Qatar Classic Open
Natalie Grinham
9-7, 2-9, 9-7, 9-2
2007
CIMB Malaysian Women's Open (3)
Tania Bailey
9-4, 9-3, 9-2
2007
Singapore Masters
Natalie Grinham
9-6, 9-5, 9-5
2007
Forexx Dutch Open (2)
Rachael Grinham 9-4, 9-1, 9-6
2007
Qatar Classic Open (2)
Natalie Grainger
9-6, 9-4, 10-9
2007
Cathay Pacific Hong Kong Open (2)
Natalie Grinham
9-3, 9-5, 10-8
2008
Apawamis Squash Open (1)
Natalie Grinham
9-1, 9-6, 6-6 (ret)
2008
CIMB KL Open (5)
2008
Dunlop British Open (3)
Jenny Duncalf
2008
Seoul City Open
Rachael Grinham 9-5, 10-9, 9-6
2006
Natalie Grinham
Natalie Grinham
9-4, 9-2, 0-2 9-1, 10-8, 9-0
Naib juara Tahun Kejohanan
Saingan di Perlawanan Mata Perlawanan Akhir Akhir
2000
Milo National Open
Rachael Grinham
2-9, 4-9, 6-9
2000
YTL Open
Carol Owens
1-9, 5-9, 2-9
2001
DMS Open
Rachael Grinham
4-9, 2-9, 4-9
2003
Mulpha HEAD Malaysian Open
Cassie Jackman
5-9, 9-1, 4-9, 7-9
2003
Monte Carlo Classic Open
Linda Elriani
10-8, 1-9, 6-9, 1-9
2004
Malaysia Airlines KL Open
2004
Malaysia Women's Open
2004
Shanghai WISPA Worldstars Open
2006
Apawamis Open
2006
CIMB KL Open
2007
Seoul City Open
Natalie Grinham
4-9, 4-9, 0-9
2007
Dunlop British Open
Rachael Grinham
9-7, 9-4, 3-9, 8-10, 19
Vanessa Atkinson Vanessa Atkinson Cassie Jackman Vanessa Atkinson Vanessa Atkinson
0-9, 7-9, 9-1, 2-9 2-9, 4-9, 0-9 2-9, 3-9, 0-9 6-9, 2-9, 10-9, 7-9 7-9, 9-4, 1-9, 3-9
Skuasy
Permainan Skuasy adalah permainan yang mudah dipelajari. Peraturan permainannya mudah difahami oleh pemain. Skuasy dimainkan di dalam gelanggang tertutup yang merupakan sebuah bilik kosong bersiling tinggi dan mempunyai empat dinding termasuk dinding belakang. Matlamat permainannya ialah untuk mendapatkan mata dengan melakukan servis, dan memukul bola supaya lawan tidak dapat mengambil bola yang dipukul itu.
Di England, beberapa sekolah mula mencuba dalam permainan ini dengan mendirikan gelanggang sendiri. Pada tahun 1825, permainan ini telah diperkenalkan di Sekolah Harrow. Perkataan skuasy adalah dipercayai diambil dari bunyi bola semasa ia terkena raket. Pada mulanya, skuasy dimainkan secara suka-suka sahaja. Selepas perang dunia pertama, ia telah menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Persatuan Skuasy di England ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun-tahun awal pertandingan skuasy, ianya telah dimenangi oleh pemain-pemain Inggeris, tetapi selepas tahun 1950-an permainan ini telah dikuasai oleh Negara Pakistan yang dimulai oleh Hashim Khan. Kemudian, diikuti pula oleh adiknya Azam Khan dan supupunya Roshan Khan. Permainan skuasy akhirnya telah dibawa masuk ke Malaysia oleh orang-orang Inggeris yang bertugas di negara ini. Tarikh tepat permainan skuasy diperkenalkan di Malaysia tidak dapat dipastikan. Adalah dipercayai ia diperkenalkan sekitar tahun 1920-an. Pada masa itu, ia dimainkan oleh kelab-kelab, khusus untuk orang-orang kulit putih. Permainan skuasy mula diminati oleh rakyat negara ini selepas perang dunia kedua. Selepas tahun-tahun 1960-an, skuasy mula menjadi satu permainan yang semakin diminati hingga ada sekolahsekolah dan persatuan-persatuan sukan memasukkan permainan ini di dalam senarai sukan mereka. Pertandingan dan kejohanan skuasy mula dianjurkan samada di peringkat sekolah, kelab atau jabatan. Pada tahun 1972, sekumpulan peminat dan pemain skuasy di sekitar Kuala Lumpur telah bertemu di Kelab Tasik Perdana Kuala Lumpur bertujuan menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk sukan ini. Akhirnya, Persatuan Skuasy Malaysia (PSM) telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf sebagai badan sukan untuk permainan skuasy di seluruh Malaysia. Datuk Hisyam Albakri adalah presidennya yang
pertama. Dengan adanya Persatuan Sepak Takraw Malaysia, banyak persatuan-persatuan skuasy negeri ditubuhkan termasuk Kelab Skuasy Angkatan Tentera Malaysia dan Kelab Skuasy Polis Diraja Malaysia. Beberapa pertandingan mula diadakan seperti di Kolej Melayu Kuala Kangsar tahun1939 dan Pertandingan Piala Tiger tahun 1966.
Skuasy terbukti telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia khususnya melalui kejayaan Nicol Ann David yang muncul selaku pemain terbaik wanita dunia tahun 2005 dan Olahragawati Asia 2007. Melalui usaha yang tidak mengenal jemu di dalam menampilkan cabaran negara pada setiap kejohanan diperingkat antarabangsa, segala usaha itu kini membuahkan hasil. Disana sini kelibat pemain skuasy negara berjuang melakar kejayaan diri demi negara. Nama-nama seperti Nicol Ann David, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar kini meniti dibibir lawan sebagai pencabar yang digeruni untuk ditemui. Kejayaan Nicol Ann David menjuarai kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong sekaligus ternobat selaku pemain nombor satu dunia, sewajarnya dijadikan impian seimbang buat lain-lain atlit. Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain skuasy negara memberi petanda bahawa Malaysia boleh mencipta nama menerusi sukan ini.
Gelanggang
Alatan Bola yang digunakan : •
Pro XX -Dua titik kuning pada bola hitam -Perlahan -Pemain professional dan berpasukan.
•
Pertandingan XT -Satu titik kuning pada titik hitam -Perlahan -Pemain amatur.
•
Max Progress - Bola hitam 6% besar dari standard -Sederhana - Pemain yang sedang meningkat naik.
•
Max -Bola biru,12 % besar dari standard -Laju -untuk pemain baru.
Raket mengikut spesifikasi PSAdan WISPA( standard )
Setiap pemain diwajibkan memakai pelindung mata " EYE-MASK " semasa berada di dalam gelanggang ketika bermain. Aturan Permainan Dua orang pemain bagi setiap permaianan dimana salah seorang pemain akan mengambil bahagian masing-masing untuk memukul bola ke dinding hadapan kebahagian antara garisan merah atas dan bawah ( tin ). Permaianan dimulakan apabila pemain yang membuat servis akan memulakan servis dipetak servis, memukul bola ke dinding dan melantunkan bola ke gelanggang lawan dibelakang ' short line '. Ketika dalam permainan, pemain harus memukul bola sebelum bola melantun dua kali. Pemain boleh memukul terus tanpa menunggu bola melantun. Bola harus dipukul diantara garisan ' out ' ( atas ) dan garisan ' tin ' ( bawah ), jika bola terkeluar dari kedua-dua garisan ini, maka mata akan dikutip oleh pemain lawan. Pungutan mata untuk permainan skuasy adalah 9 dan setiap permainan dimainkan dalam 3 atau 5 set.