Bersyukur Hadrat Tuhan Kerana Dengan Limpah Dan Kurnia.docx

  • Uploaded by: kannan anamalai
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bersyukur Hadrat Tuhan Kerana Dengan Limpah Dan Kurnia.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,884
  • Pages: 8
REFLEKSI AKTIVITI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM Bersyukur hadrat Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya, Kannan a/l Anamalai, ahli Bulan Sabit Merah Malaysia telah berjaya mengambil bahagian dalam Perkhemahan Unit Beruniform yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum IPG Kampus Raja Melewar dan dengan jayanya telah melaksanakan segala aktiviti yang termaktub dalam jadual perkhemahan tanpa sebarang kegagalan dan musibah yang tidak diingini. Umum mengetahui bahawa Unit Kokurikulum telah menganjurkan sebuah perkhemahan unit beruniform yang diambil bahagian oleh Pasukan Unit Beruniform IPG

Kampus

Perkhemahan ini berlangsung selama empat hari tiga malam iaitu bermula pada hari Isnin, 4 September 2017 pada pukul 8.00 pagi sehingga hari Khamis, 7 September 2017 pada pukul 2.30 petang. Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti perkhemahan ini menjadi platform kepada saya untuk mempelajari banyak perkara yang baharu dan menimba ilmu pengetahuan yang baharu serta mempelajari banyak kemahiran yang membantu saya untuk mengharungi cabaran dan masalah pada masa yang akan dating. Aktiviti perkhemahan ini juga menjadi wahana yang mantap kepada semua peserta untuk mewujudkan persefahaman yang utuh antara ahli kumpulan yang berbilang kaum. Perkara-perkara yang telah saya belajari daripada aktiviti perkhemahan ini wajar dijelaskan secara terperinci agar kebaikan yang mampu diperoleh daripada aktiviti perkhemahan ini dapat ditonjolkan dengan mudah. Aktiviti perkhemahan ini amat penting bagi mendisiplinkan saya dan amat membantu saya untuk menerapkan nilai murni serta sifat baik yang boleh menjurus kepada kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan. Secara umumnya, saya mengalami kesukaran untuk hadir ke kelas ataupun sesuatu tempat tepat pada masa yang ditetapkan. Namun, melalui aktiviti perkhemahan saya cuba bertekad untuk menepati masa dan hadir ke tapak perhimpunan tepat pada masa. Saya rasa sungguh bangga kerana saya dapat mendisiplinkan diri saya untuk menepati masa kerana saya mampu bersiap lebih awal dan sampai ke tapak perkhemahan lebih awal. Sikap menepati masa ini telah saya pratikkan semasa menyediakan gajet iaitu Pintu Gerbang Utama BSMM untuk tujuan penilaian ikatan dan menyediakan makanan dalam aktiviti masakan rimba. Masa amat penting dalam kehidupan kerana nilainya tinggi persis pepatah masa itu emas lantaran, saya akan menepati masa pada masa yang akan dating dan tidak sama sekali akan mengambil masa yang lama daripada yang ditetapkan. Seterusnya, saya juga telah mempelajari cara membuat simpulan dan membuat ikatan yang menjadi elemen utama dalam kursus Kokurikulum – Unit Beruniform (MPU 3062). Ilmu yang saya peroleh daripada pensyarah pembimbing saya mampu saya gunakan untuk menghasilkan gajet yang mempunyai kegunaan yang pelbagai pada perkhemahan

yang dianjurkan pada masa yang akan dating. Simpulan seperti buku sila amat membantu saya untuk menggunakan ketika mengikat sesuatu barang yang sering sekali digunakan supaya senang dibuka. Simpulan seperti simpul manuk akan saya gunakan untuk mematikan sesebuah ikatan lantaran, ikatan tersebut akan menjadi kukuh. Simpul belit dan tindik kasih pula akan membantu saya ketika menghadiri program jelajah hutan atau ekspedisi hutan sekiranya dikehendaki menangkap haiwan di hutan. Seterusnya, ikatan seraya, serong, lilit kacang dan sebagainya pula akan membantu saya untuk menghasilkan gajet sekiranya saya ditempatkan di kawasan hulu di pedalaman yang langsung tiada kemudahan. Lantaran, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran ikatan dan simpulan daripada perkhemahan ini akan membantu saya untuk digunakan sekiranya saya terlibat dalam aktiviti-aktiviti lasak dan membantu saya untuk mengharungi cabaran selepas mendapat peluang menjadi guru di kawasan hulu pedalaman. Sementalahan itu, latihan dan ujian pertolongan cemas amat hakiki kepada saya untuk mengetahui tahap saya dalam membantu orang yang berada dalam kecemasan. Ujian tersebut menguji kefahaman saya mengenai perkara yang wajar dilakukan kepada mangsa yang mengalami nasib malang. Bukan itu sahaja, ujian tersebut juga menandakan kelayakan saya untuk menjadi seorang ahli BSMM yang diikhtiraf kerana keputusan tersebut jelas menunjukkan bahawa kemahiran yang saya ada dalam memberi pertolongan cemas cukup atau tidak untuk membantu seseorang mangsa. Dalam pada itu, pertolongan cemas ini amat membantu saya untuk mengetahui cara menolong mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian tangan, kaki, bahu dan kepala. Ilmu yang saya peroleh sudah terang lagi bersuluh pasti akan membantu saya untuk memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan rawatan kecemasan. Pertolongan cemas ini juga amat hakiki kerana perkara tersebut menjurus kepada penyelamatan nyawa yang merupakan suatu tindakan yang penuh nikmat. Lantaran, saya telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan berusaha secara bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu pertolongan cemas agar dapat membantu mangsa yang mengalami musibah tidak kira di mana jua. Tambahan pula, slot moral dijalankan pada setiap malam pada pukul 7.30 petang sehingga 9.00 malam di Balai Ilmu IPGKRM. Penceramah ialah daripada kalangan pensyarah yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang tinggi yang mampu menjadi sebuah tunjuk ajar kepada para guru pelatih untuk menuju ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Daripada ceramah yang diberi oleh Encik Wong dari Unit Pengajian Inggeris dapat diketahui bahawa guru perlu mempunyai semangat dan jati diri yang kental dari segi emosi, rohani, spiritual, fizikal dan mental agar dapat menzahirkan murid yang tingkah laku mulia melalui penerapan nilai murni. Encik Wong menyeru para guru pelatih supaya sentiasa menitikberatkan kepentingan tingkah laku yang baik agar mereka sedar

akan kebaikan menjadi insan yang baik. Seterusnya, daripada Puan Lee, Pensyarah Pengajian Cina saya dapat peroleh maklumat mengenai permainan bola keranjang. Puan Lee menasihati para guru pelatih supaya melibatkan diri dalam latihan bagi permainan bola keranjang yang diberi setiap petang. Seterusnya dalam slot moral terakhir, Dr Che Yang binti Kassim telah menjelaskan masalah disiplin yang semakin menular dalam kalangan remaja dan kesan masalah disiplin terhadap masyarakat. Masalah disiplin yang berleluasa akan membawa kepada kemudaratan akhlak yang akhirnya menjurus kepada peningkatan dalam kes jenayah. Maka, penceramah menasihati para guru pelatih supaya tabah menghadapi kerenah murid dan cuba sedaya upaya untuk menginsafkan murid yang mempunyai tingkah laku yang bermasalah dan masalah disiplin yang banyak. Seterusnya, melalui aktiviti perkhemahan juga, saya juga telah belajar memasak dan menyediakan makanan yang enak. Aktiviti masakan rimba ini menjadi pengajaran yang terbesar untuk saya kerana telah memberi kami banyak masalah namun pada akhirnya kami berjaya mengatasi semua masalah tersebut. Antara masalah utama ialah kami menghadapi kesukaran untuk menyalakan api kerana tidak cukup bahan dan api yang dinyala juga cepat terpadam. Namun kami tidak berputus asa, kami mencari akal untuk menyalakan api dengan daun kering dan ranting kayu yang kecil. Seterusnya, saya telah menyediakan ikan untuk dipanggang dengan menggunakan rempah, serbuk yang boleh meningkatkan rasa sedap ikan tersebut. Ilmu memasak ini pasti akan membantu saya untuk menyediakan makanan untuk murid-murid sekiranya saya mengetuai sesuatu rombongan semasa bekerja atau menjalankan fasa praktikum di sekolah. Aktiviti masakan rimba ini menjadi wahana kepada saya untuk mengetahui jenis-jenis masakan yang boleh dicuba sekiranya tidak mempunyai kemudahan mendapatkan makanan dengan mudah pada masa yang akan datang. Aktiviti masakan rimba juga menjadi landasan kepada kami untuk mengetahui cara dan budaya memasak kaum lain kerana kami berbincang antara satu sama lain untuk menggabungkan kesemua cara penyediaan makanan yang diwarisi oleh turun temurun oleh setiap kaum. Tuntasnya, aktiviti perkhemahan ini amat membantu saya untuk menerapkan sifat kepimpinan dalam diri saya. Saya dapat melatih diri saya untuk memimpin ahli kumpulan saya untuk menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna supaya dapat memberi hasil yang baik yang boleh menjadi kebaikan kepada semua. Secara analoginya, saya telah meminta rakan saya untuk mengikat kayu untuk pintu gerbang dengan menggunakan ikatan serong dan ikatan seraya. Pada ketika itu, rakan saya belum mahir dalam ikatan tersebut. Lantaran, saya terus mengajarnya cara untuk membuat ikatan tersebut supaya dapat menjadi tunjuk ajar kepadanya semasa ujian simpulan dan ikatan sekali kerana ikatan pada gajet akan dinilai semasa ujian ikatan dan markah akan diberi berdasarkan jenis ikatan dan

kekemasan ikatan tersebut pada pintu gerbang. Saya berasa gembira kerana dapat melatih rakan saya untuk mempelajari ikatan tersebut. Saya juga telah memimpin pasukan saya untuk aktiviti kawad kaki dengan memberi arahan semasa latihan supaya mereka boleh menghafal ataupun mengingat cara sebenar dan haluan yang terdapat dalam kawad statik. Seterusnya, saya telah mengajar rakan saya untuk menyalakan api dengan benda-benda kering yang mudah dibakar supaya dapat memasak dengan cepat. Seterusnya, perhiasan tempat pula diketuai oleh saya dan telah membimbing mereka dengan baik untuk menghias tapak perkhemahan dengan cantik dan menarik. Justeru, memang tidak dapat dinafikan bahawa saya telah mempelajari banyak perkara yang mampu menjadi pedoman dan pengajaran kepada saya pada masa yang akan datang. Segala perkara yang saya peroleh daripada aktiviti perkhemahan ini akan saya aplikasikan dalam program yang seterusnya agar dapat menunjukkan prestasi yang baik. KEKUATAN Aktiviti perkhemahan unit beruniform selain membantu saya untuk mempelajari perkaraperkara baharu, menjadi wahana kepada saya untuk mengenal pasti segala kekuatan yang terpendam dalam diri saya. Kekuatan saya yang utama ialah saya boleh memimpin rakan saya untuk menyiapkan sesuatu perkara dengan sempurna dalam tempoh masa yang singkat. Kami telah mengambil masa yang singkat untuk membuat ikatan pada setiap kayu dengan cepat untuk mendirikan pintu gerbang. Saya juga telah mengajar rakan saya untuk membuat ikatan seraya dan serong dengan kemas supaya tidak menjejaskan markah semasa penilaian gajet untuk ikatan. Seterusnya, saya juga telah memimpin rakan saya untuk menghias tapak perkhemahan dengan bahan buangan supaya dapat menarik perhatian pensyarah pembimbing semasa menilai tapak perkhemahan. Saya telah memberi arahan mudah dengan jelas supaya semua orang boleh bergerak dengan cepat. Saya juga telah membantu mereka untuk melakukan sesuatu perkara bukan hanya mengarahkan kerja kepada mereka seperti bos. Saya telah bekerjasama dengan mereka untuk memberi hasil yang terbaik dalam semua aktiviti. Kekuatan seterusnya ialah saya boleh mengkoordinasi ahli kumpulan saya supaya dapat selaraskan semua aktiviti yang dilaksanakan dan tidak menunjukkan perbezaan yang menandakan kerjasama yang goyah. Misalnya, sebelum ujian simpulan saya telah bergabung dengan rakan saya untuk membuat kesemua enam simpulan tersebut dengan mereka supaya kami dapat selaraskan cara yang sama untuk membuat ikatan tersebut kerana cara yang berlainan akan membawa kepada simpulan yang lain maka, saya telah mengkoordinasi mereka dengan menetapkan cara yang betul untuk membuat sesuatu simpulan. Seterusnya, dalam latihan kawad juga saya telah mengkoordinasi rakan saya

semasa memberi arahan. Setiap ahli kumpulan saya menggunakan arahan yang berbeza. Lantaran, kami duduk berbincang untuk menyelaraskan arahan tersebut supaya semua orang menggunakan arahan yang sama semasa latihan dan ujian kawad. Penyelarasan ini jelas menunjukkan kesepaduan dan kerjasama kami dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kekuatan seterusnya ialah saya boleh membuahkan idea yang kreatif untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang dalam jadual perkhemahan. Saya cuba melontarkan pandangan yang kreatif untuk menyediakan sesuatu perkara supaya dapat memberi hasil yang terbaik. Contoh yang boleh diketengahkan ialah saya telah memberi idea yang kreatif semasa pembinaan pintu gerbang utama kerana pintu gerbang tersebut menjadi identiti utama kepada Pasukan BSMM lantaran, saya ingin menunjukkan kelainan dalam pembinaan tersebut. Seterusnya, saya telah memberi idea yang keatif semasa menghias tapak perkhemahan dengan bahan buangan supaya tapak perkhemahan menjadi menarik dan mantap. Bukan itu sahaja, saya juga telah menunjukkan kreativiti saya dalam menghasilkan persembahan yang dipersembahkan pada malam kebudayaan supaya dapat menghiburkan semua peserta perkhemahan ini. Kelebihan saya dalam memberi, melontarkan dan membuahkan idea-idea yang kreatif ini amat membantu untuk melengkapkan banyak aktiviti dalam perkhemahan ini dengan sempurna. Selain daripada itu, saya juga seorang yang bertolak ansur dan bertoleransi dengan semua orang walau apa jua keadaan. Saya tidak akan menyuarakan apa jua kekesalan yang muncul dalam hati saya kerana saya tidak mahu perasaan mereka disakiti kerana luahan kekesalan saya. Misalnya, semasa pembinaan khemah ramai ahli kumpulan saya salah faham dengan bentuk khemah tersebut. Mereka cuba masukkan besi yang bantu untuk mendirikan khemah ke dalam ruang yang salah. Perkara ini telah mengundang kemarahan segelintir ahli kumpulan. Lantaran, saya terus menjelaskan kepada mereka perkara sebenar dan cara pemasangan khemah yang betul. Namun, mereka masih tidak mahu mendengar penjelasan saya maka, saya beri peluang kepada untuk cuba mendirikan khemah berdasarkan idea mereka. Saya tunggu sehingga mereka sedar akan kesilapan mereka iaitu memasukkan besi di ruangan yang salah. Setelah beberapa minit kemudian, saya cuba jelaskan semula dan mereka boleh menerima penjelasan saya. Napolean pernah berkata setiap kegagalan menandakan kejayaan tidak jauh, maka kegagalan mereka dalam mendirikan khemah ini telah menjadi mereka pengajaran dan yang paling penting ialah mereka telah cuba sedaya upaya untuk menyumbang. Lantaran, tidak sesuai sekiranya kita menunjukkan kemarahan terhadap mereka. Sifat toleransi dan tolak ansur amat diperlukan dalam sesuatu kerja pasukan.

KELEMAHAN Tiada insan yang lahir di muka bumi ini yang mempunyai kesempurnaan yang sepenuhnya maka, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan kelemahan yang ada pada diri yang telah saya sedar melalui aktiviti perkhemahan ini. Antara kelemahan yang saya kenal pasti dalam aktiviti yang dijalankan adalah kekurangan masa untuk melakukan aktiviti yang dirancang dalam jadual. Aktiviti tersebut memerlukan masa yang banyak namun hanya sejam diperuntukkan untuk aktiviti tersebut. Secara analoginya, untuk pengurusan diri dan makan malam pada sebelah petang hanya diberi sejam. Hal ini menyebabkan ada peserta yang terpaksa mengorbankan masa mereka untuk menguruskan diri dan mereka mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan pada waktu malam tanpa menukarkan pakaian dan mengambil makanan malam. Perkara ini boleh mengundang musibah kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan. Bukan itu sahaja, ada juga peserta yang terpaksa datang lewat ke slot moral kerana tidak memberi masa yang secukupnya untuk mengambil makanan malam. Hal ini menyebabkan mereka tertinggal input dan maklumat yang disampaikan oleh pensyarah. Seterusnya, saya tidak menguasai kemahiran pertolongan cemas dengan cepat. Saya mengambil masa yang lama untuk mengingati cara ikatan anduh yang betul. Saya terpaksa cuba sehingga larut malam di tapak perkhemahan untuk menguasai kemahiran pertolongan cemas ini. Tambahan pula, pada hari ketiga saya telah mengalami keracunan makanan dan demam kerana tersalah makan. Lantaran, saya tidak dapat memberi komitmen yang tinggi pada hari ketiga namun saya cuba menyembunyikan kesusahan dan kesakitan saya supaya aktiviti dapat dijalankan dengan mudah. Saya juga tidak dapat menyumbang dalam persembahan pada malam kebudayaan kerana terpaksa berehat di bilik atas nasihat pensyarah pembimbing saya. Kemudian, masalah teknikal dari segi peralatan memasak dan kekurangan dalam perlatan untuk membina khemah menyebabkan pembinaan khemah ditangguhkan kepada hari seterusnya. Hal ini demikian kerana hari pertama perkhemahan merupakan cuti umum maka, stor tidak dibuka lataran peralatan yang mencukupi tidak dapat diperoleh. Seterusnya, pengerusi jawatankuasa peralatan juga terpaksa menghadapi kesukaran untuk menyediakan peralatan masakan mengikut ketetapan keran tiada senarai semak yang membantu untuk mengenal pasti bilangan perlatan yang diperlukan. Akhir sekali, masalah datang lewat ke perhimpunan dan tempat berlakunya aktiviti mengikut unit-unit masing berterusan sehingga ke hari yang terakhir menyebabkan kelancaran sesuatu program terjejas dan dimulakan lewat.

PERKARA YANG BOLEH DILAKSANAKAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN Setiap kelemahan yang muncul pada sesuatu perkara ataupun sesiapapun boleh diatasi dan kelemahan tersebut wajar diatasi supaya tidak menjadi penghalang kepada pencapaian dan kecemerlangan serta kemajuan dalam kehidupan. Dalam melancarkan sesubuah aktiviti perkhemahan, pihak pengelola perlu menetapkan jadual yang memberi ruang kepada murid untuk berehat ataupun memberi masa kepada mereka untuk menguruskan diri. Pihak pengelola perlu berasa empati dan meletakkan diri mereka pada keadaan murid dan menetapkan jadual aktiviti sepanjang tempoh perkhemahan. Dengan ini, peserta tidak berasa terikat ataupun terkongkong dengan jadual kerana mereka mempunyai masa yang secukupnya untuk berehat dan menguruskan diri. Pihak pengelola boleh berbincang dengan wakil peserta supaya dapat tahu jadual yang dibina sesuai atau tidak dengan situasi dan keadaan peserta. Seterusnya, saya perlu berusaha secara lebih bersunggung-sungguh untuk mempelajari kemahiran memberi pertolongan cemas. Hal ini demikian kerana sekiranya saya tidak mengambil sebarang usaha untuk memperoleh ilmu maka ilmu itu tidak dapat disampaikan dengan sempurna. Lantaran, saya boleh melayari internet untuk memuat turun nota dan video tentang cara-cara memberi pertolongan cemas. Secara analoginya, saya boleh melihat gambar ataupun video yang menunjukkan proses ikatan anduh besar, ikatan anduh kecil, balutan tangan, balutan kaki dan sebagainya. Pada masa yang sama, pensyarah perlu sentiasa pastikan peserta memahami atau tidak dan perlu memastikan juga bahawa peserta menguasai atau tidak kemahiran memberi pertolongan cemas. Selain itu, saya wajar berwaspada semasa mengambil makanan supaya tidak lagi mengalami masalah keracunan makanan. Saya perlu memilih makanan yang seimbang supaya kesihatan lebih terjamin dan saya boleh memberi sumbangan dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, pengerusi peralatan perlu menyediakan senarai semak yang membantu beliau untuk mengenal pasti jumlah peralatan supaya dapat diagihkan secara sama rata. Pihak pengelola juga wajar meminta pihak stor memberi peralatan yang boleh digunakan dan peralatan yang tidak rosak. Kerjasama dua pihak amat penting bagi mengatasi masalah peralatan dalam aktiviti perkhemahan ini. Seterusnya, bagi mengatasi masalah peserta datang lewat, pihak pengelola perlu bincang dengan peserta yang sering sekali lambat supaya dapat tahu masalah yang dihadapi oleh beliau. Sekiranya tindakan peserta tersebut diulang maka, pihak pengelola boleh memberi kompaun atau hukuman berdasarkan Akta 174. Dengan ini, dapat melahirkan semangat mematuhi peraturan dan undang-undang dalam diri peserta dan masalah disiplin yang melibatkan remaja dapat dibasmi sehingga ke akar umbi.

PENUTUP Sebagai menggulung perkara yang dikemukan di atas, sudah menjadi adat iaitu dalam sesuatu

perkara

yang

dilaksanakan sudah terang lagi bersuluh akan adanya peluang

untuk belajar dan akan adanya kekuatan serta kelemahan. Secara keseluruhannya, aktiviti perkhemahan unit beruniform ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan objektif perkhemahan juga telah dicapai oleh setiap unit beruniform. Segala aktiviti dan ujian yang dirancangkan juga telah dapat dilaksanakan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Perkhemahan unit beruniform ini menjadi platform yang sangat mantap bagi saya untuk mempelajari banyak perkara baharu yang membawa saya ke arah kecemerlangan, kegemilangan dan kemajuan. Segala perkara baharu yang saya pelajari sudah tentu akan menjadi pedoman dalam kehiudpan saya. Kekuatan yang saya miliki akan saya kembangkan dan kekalkan supaya dapat merangkul kejayaan dengan melaksanakan segala perkara yang menjurus kepada kemajuan kehidupan saya dengan sempurna. Segala kelemahan yang dijelaskan wajar diakui dan perlu diberi penekanan yang hakiki agar tidak menjadi penghalang kepada pencapaian kendiri. Perkara yang boleh mengatasi kelemahan tersebut juga wajar dilaksanakan secepat mungkin agar tidak membawa masalah dan musibah pada masa yang akan datang. Tuntasnya, obligasi semua pihak penting bagi menjayakan aktiviti perkhemahan unit beruniform dan aktiviti sebegini amat dialu-alukan pada masa yang akan datang supaya dapat menzahirkan guru pelatih yang berwibawa.

Related Documents

Chatting Dengan Tuhan
November 2019 11
Bersyukur
November 2019 24
Bersyukur
June 2020 16
Bersyukur
May 2020 33
Dialog Dengan Tuhan
June 2020 11

More Documents from ""

May 2020 15
1.ggggfinaluhdocx.docx
April 2020 39
Teks Mc Ponggal.docx
November 2019 28
May 2020 15
Minggu 8.docx
May 2020 9