1.ggggfinaluhdocx.docx

  • Uploaded by: kannan anamalai
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 1.ggggfinaluhdocx.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,091
  • Pages: 17
1.0

PENDAHULUAN

Bahasa merupakan wahana yang hakiki yang wajar dikuasai oleh murid kerana bahasa memainkan peranan yang amat dominan dalam membantu manusia menjalankan kehidupan dengan baik. Kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis amat penting kepada manusia untuk tujuan interaksi dan komunikasi antara satu sama lain. Lantaran, aspek pemerolehan bahasa perlu ditekankan kepada kanak-kanak sejak kecil lagi agar mereka mudah memperoleh kemahiran bahasa semasa berada di alam persekolahan. Umum mengetahui bahawa, teori pemerolehan bahasa dan teori huraian bahasa amat membantu para guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang menjurus kepada penguasaan kemahiran berbahasa. Dalam tugasan ini, kedua-dua teori tersebut dikaji secara terperinci untuk melihat kesesuaiannya untuk pengaplikasian oleh para guru semasa aktiviti merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dengan kesemua teori tersebut juga dijelaskan dan beberapa aktiviti telah dicadangkan untuk membantu murid menguasai kemahiran bahasa dengan mudah. 2.0

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Pemerolehan bahasa ditakrifkan sebagai suatu proses perkembangan bahasa manusia yang berlaku secara berperingkat berlandaskan perkembangan otak masing-masing (Vijayaletchumy Subramaniam, 2000). Seseorang bayi mempunyai kebolehan untuk memperoleh bahasa sekiranya bayi tersebut dilahirkan dengan sempurna bersama-sama alat-alat artikulasi and anggota fizikal yang digunakan untuk memperoleh bahasa. Kajian yang dijalankan oleh Abdul Rasid Jamian, Sahmasudin Othman dan Sufiza Ishak (2013) menunjukkan bahawa jangka masa antara setahun sehingga lima tahun merupakan jangka masa penguasaan bahasa yang kritikal dan mudah menerima pengaruh bahasa yang didedahkan kepada mereka dan ada ahli bahasa yang berpendapat bahawa proses pemerolehan bahasa tersebut berlaku sejak seseorang itu masih dalam kandungan ibunya. Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin dan Amran Bakar (2016) berpendapat bahawa peluang diberi kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa daripada aras mudah kepada aras yang sukar melalui pendedahan kepada penggunaan bahasa di peringkat awal dan persekitaran keluarga serta masyarakat sekeliling mempengaruhi proses pembelajaran bahasa secara tidak formal oleh seseorang bayi. Umum mengetahui bahawa terdapat lima teori Pemerolehan Bahasa menghuraikan tentang bagaimana sesuatu bahasa itu dapat dikuasai oleh kanak-kanak melalui proses pemerolehan bahasa seperti dalam Rajah 1.1. Teori pemerolehan bahasa iaitu teori

1

Behaviorisme, Mentalis, Kognitif dan Interaksionalisme menjadi tunjang kepada penghasilan teori pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah yang menjadi asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran bahasa (Amir Juhari & Noor Zila Yusuf, 2012). Para guru bahasa wajar mempunyai pengetahuan mengenai cara seorang kanak-kanak mempelajari bahasa

supaya

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

dapat

dijalankan

dengan

menitikberatkan cara tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa supaya dapat membantu murid menguasai bahasa dengan mudah.

Behaviorisme

Mentalis

Teori Pemerolehan Bahasa Kognitif

Interaksionalisme

Rajah 2.1 : Teori Pemerolehan Bahasa 2.1

Teori Behaviorisme

Teori behaviorisme merupakan teori yang diilhamkan oleh Leonard Bloomfield dan kemudian dikembangkan oleh Watson, Skinner dan Thorndike. Teori behaviorisme menekankan bahawa pemerolehan sesuatu berlaku melalui ulangan dan latih tubi yang membantu murid untuk membentuk kebiasaan. Lebih jelas lagi, latihan yang berulang perlu diutamakan kerana teori Behaviorisme menjelaskan bahawa bahasa merupakan sesuatu yang perlu dipelajari dalam situasi lisan maka, latihan tersebut membantu murid untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasa (Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar 2016). Secara analoginya, murid mengajuk ungkapan seperti pantun atau puisi yang dibaca oleh guru dengan intonasi yang betul sehingga ungkapan tersebut disebut oleh murid dengan intonasi yang betul kerana proses ulangan memainkan peranan penting dalam pemerolehan bahasa. Skinner dan Braine telah melanjutkan teori Behaviorisme ini untuk menjelaskan tentang pembelajaran bahasa (Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad, 2012). Mereka berpendapat bahawa persekitaran memainkan peranan yang dominan dalam pengajaran bahasa. Rangsangan dan tindak balas tidak kira berbentuk bahasa atau bukan bahasa menjadi tunjang kepada sesuatu murid untuk melafazkan dan mengucapkan sesuatu ujaran.

2

Misalnya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa guru perlu memberi tindak balas yang sewajarnya dalam bilik darjah sekiranya murid melontarkan atau memberi pendapat tentang isi pembelajaran. Guru juga perlu merangsang murid untuk memberi pendapat dengan mengajukan soalan tentang tajuk pembelajaran agar mereka boleh memberi tindak balas iaitu jawapan. Tindak balas yang diberi perlu diteguhkan dengan peneguhan positif supaya tindak balas ini sentiasa diulang dan dibentuk kebiasaan (Ahmad Johari Sihes, 2011). 2.2

Teori Mentalis

Teori Mentalis memberi keutamaan kepada keupayaan berfikir kerana proses yang terjadi dalam otak dan saraf menjadi tunjang kepada pembentukan dan penghasilan sesuatu bahasa (Muhamad Raus Baharuddin, 2008). Teori ini menekankan bahawa pemerolehan bahasa lebih mementingkan proses pemikiran kerana proses mental yang berlaku dalam otak semasa berfikir merangsang penguasaan bahasa dalam kalangan murid. Toshiaki Fukazawa (1979) berpendapat bahawa bahasa mempunyai elemen yang istimewa dan seorang penutur bahasa bebas menggunakan bahasa yang diketahui sekiranya elemen tersebut dipelajari dengan baik. Secara analoginya, bentuk dan makna mencakupi proses pembinaan ayat yang gramatis. Lantaran, murid-murid harus diajar tentang pembinaan ayat yang gramatis berdasarkan struktur bahasa yang ditetapkan seperti subjek dan predikat serta penerangan kepada predikat. Sekiranya, murid mempunyai pengetahuan mengenai cara penghasilan ayat yang gramatis maka, mereka akan mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk menulis ayat yang gramatis dalam karangan. 2.3

Teori Kognitif

Teori ini berlandaskan pandangan Jean Piaget iaitu seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Piaget mengklasifikasikan perkembangan mental kanak-kanak kepada empat peringkat (Abdul Aziz Abdul Talib, 2000). Peringkat pertama melibatkan tahap motor sensori iaitu bermula umur 0 hinggalah dua tahun. Peringkat kedua ialah tahap pemikiran pra-operasi dari umur dua sehingga tujuh tahun. Semasa berumur dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun perkembangan bahasa mereka menjadi lebih pesat seiring dengan perkembangan sosial yang semakin meluas (Wong Kiet Wah, Rafidah Ruhani & Muhamad Isa Azis, 2016). Peringkat ketiga iaitu tahap operasi konkrit dari umur tujuh hinggalah sebelas tahun. Kanakkanak mula berfikir secara logik dan konkrit serta menyelesaikan sesuatu masalah yang dilihat secara fizikal. Peringkat terakhir melibatkan tahap operasi formal dari umur sebelas hinggalah 15 tahun (Azizi Yahaya, 2005).

3

Teori kognitif menekankan bahawa skema berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang kerana menyerap dan menyimpan maklumat baharu (Good & Brophy, 1990). Lantaran, dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu guru wajar menggalakkan wujudkan hubungan dua hala supaya interaksi sosial dapat dipupuk agar skema berkembang melalui penimbaan ilmu pengetahuan melalui perbincangan antara guru dan rakan sekelas (Suresh Kumar Vellymalay, 2014). Interaksi sosial dapat dipupuk melalui aktiviti didik hibur, Rally Robin, Team Stand & Share dan sebagainya kerana aktiviti melibatkan murid dan guru saling berinteraksi untuk berkongsi pendapat dan pandangan (Badrul Hisham Alang Osman & Mohamed Nasruddin Basar, 2016) 2.4

Teori Interaksionalisme

Teori Interaksionalisme dipelopori oleh Mark Halliday dan mula berkembang pada tahun 1960an. Teori ini menjurus kepada aktiviti komunikasi dan bahasa ditonjolkan sebagai sebuah alat interaski yang melibat proses mental dan linguistik (Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar, 2016). Noor Aina Dani (2007) berpendapat bahawa terdapat dua pendekatan utama bagi golongan interaksionalis iaitu pendekatan kognitif dan pendekatan sosial. Penyampaian makna, struktur bahasa dan cara untuk berinteraksi sangat dominan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Lantaran, guru perlu melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang menggalakkan murid menggunakan bahasa secara fasih melalui proses interaksi antara satu sama lain. Guru juga wajar mengenal pasti kesinambungan terhadap makna dan perkara yang ditutur oleh murid agar murid mahir dalam menggunakan bahasa untuk proses pertuturan. Proses interasksi juga menjadi wahana kepada murid untuk menghasilkan ayat penyata dan ayat perintah untuk bertutur yang lama kelamaan akan menjadi suatu kebiasaan kepada mereka (Khairuddin Mohamad, 2015). 3.0

TEORI HURAIAN BAHASA

Teori huraian bahasa amat dominan dalam menghuraikan persepsi dan pandangan ahli bahasa mengenai konsep bahasa, sifat, bentuk dan tatacara bagaimana bahasa berkembang dalam kalangan masyarakat berdasarkan perspektif dan kajian yang dilakukan oleh mereka (Amir Juhari & Noor Zila Yusuf, 2012). Pemahaman yang mendalam mengenai teori huraian bahasa ini amat membantu para guru untuk memilih dan menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk meningkatkan kelancaran dan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Teori huraian bahasa ini menjadi panduan kepada para guru untuk mengetahui cara penyampaian maklumat

4

tentang bahasa dan memilih bahan yang sesuai untuk pengajaran bahasa serta petah tentang sifat-sifat bahasa yang ingin diajar dan fungsi bahasa tersebut (Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar, 2016).

Teori Huraian Bahasa

Nahu Tradisional

Struktural

Transformasi Generatif

Fungsional

Rajah 3.1 : Teori Huraian Bahasa 3.1

Teori Nahu Tradisional

Teori nahu tradisional merupakan teori yang diilhamkan oleh seorang tokoh fonetik India yang bernama Panini yang berpendapat bahawa bahasa merupakan ungkapan fikiran dan perasaan manusia serta penggunaan alat untuk mengeluarkan suara. Bahasa tulisan diberikan keutamaan dalam kajian yang dilaksanakan menggunakan teori ini. Siti Hajar Abdul Aziz (2011) disiplin yang mempunyai kaitan dengan bahasa ialah huraian tatabahasa yang bersifat rasional. Logik, falsafah dan sebagainya merupakan antara ciri-ciri universal yang digunakan untuk menghuraika sesuatu bahasa. Ahli bahasa tradisional pula berpendapat bahawa bahasa di dunia merupakan cetusan daripada satu sistem yang sama (J. K. Chambers, Peter Trudgill, Natalie Schilling, John Wiley & Sons, 2008). Seterusnya, dalam teori ini kajian dijalankan secara deduktif iaitu kajian yang menekankan pemahaman rumus terlebih dahulu kemudian diikuti dengan contoh. Lebih jelas lagi, pendekatan deduktif beralih daripada umum kepada spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2017). Misalnya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu guru akan menjelaskan dahulu konsep dan hukum Kata Adjektif kemudian memberi contoh bagi kesemua jenis kata adjektif (Nur Zawani Mat Isa, 2012). 3.2

Teori Struktural

Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, de Sausure dan Otto Jespersen. Aliran linguistik ini muncul pada abad ke-20 dan difahamkan bahawa kemunculannya kerana pertentangan pendapat dengan aliran tradisional. Teori ini berpendapat bahawa bahasa merupakan sistem yang mempunyai peraturan dan arbitrari (Faridah Nazir, Faiziah

5

Shamsudin & Amran Bakar, 2016). Teori ini juga menganalisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa, klausa dan ayat serta unsur-unsur suprasegmental (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Ayat akan dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya dan huraian bahasanya berdasarkan konstituen yang terdekat secara induktif. Teori ini juga menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis tetapi kurang menitikberatkan kepada aspek makna. Lazimnya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, sekiranya guru ingin mengajar tentang aspek kerja, guru akan mengajar dahulu perkataan yang menunjukkan sesuatu tugas atau kerja kemudian frasa kerja dengan penambahan penerangan kepada kata kerja. Seterusnya, pembinaan klausa kerja yang menjadi tunjang kepada pembinaan ayat yang menunjukkan sesuatu kerja. 3.3

Teori Transformasi Generatif

Pelopor aliran Transformasi Generatif ialah Noam Chomsky berasaskan bukunya Syntactic Structures (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965) (Lees, R. B., 1963). Noam Chomsky berpendapat bahawa manusia mempunyai keupayaan dan kebolehan semula jadi untuk menguasai kemahiran bahasa (Andy Blunden, 2005). Penutur jati mampu bertutur

dan boleh memahami pertuturan yang baharu. Titik tolak daripada itu, rumus-rumus bahasa akan terbentuk secara transformasi untuk bahasa pertama terlebih dahulu. Lantaran, rumus bahasa tersebut mampu membantu untuk menguasai bahasa kedua yang dipelajari oleh murid di sekolah (Arbak Othman, 1980). Teori ini lebih sesuai dilaksanakan kepada murid yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan iaitu murid sekolah Tamil dan sekolah Cina. Rumus bahasa ibunda mereka akan digunakan oleh mereka untuk menguasai bahasa Melayu (Ishak Ramly 1996). Seterusnya, binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu (Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar, 2016). 3.4

Teori Fungsional

Teori Interaksionalis telah dipelopori oleh Halliday. interaksionalis,

kanak-kanak

perlu

didedahkan

Menurut

kepada

pandangan ahli-ahli

interaksi

linguistik

bagi

menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Bahasa merupakan sebuah alat interaksi pdan proses pemerolehan dan penguasaan bahasa melibatkan mental dan linguistic (Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar, 2016). Seseorang murid

6

mestilah boleh menggunakan struktur bahasa dengan betul terutamanya dari segi tatabahasa dan makna (Adenan Ayob & Khairudin Mohamad, 2012) Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa wajar mengutamakan struktur dan menekankan interaksi wujud dalam bilik darjah agar dapat memupuk hubungan dua hala. Justeru, guru-guru disarankan supaya memberi banyak latihan kepada murid yang memastikan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Pendekatan berpusatkan murid amat menggalakkan interaksi sosial antara murid dan guru dalam kelas selaras dengan strategi koperatif dan kolaboratif. Misalnya, guru boleh melaksanakan aktiviti perbincangan iaitu Team Word Web iaitu aktiviti yang menekankan murid berbincang dalam kumpulan tentang isu dan menulis ulasan mengenai perbincangan tersebut. Aktiviti bermakna seperti ini amat menggalakkan interaksi sosial antara murid dan murid mempelajari struktur serta memastikan adanya kaitan dengan makna dan perkara yang diungkapkan dalam perbincangan (Najeemah Mohd Yusof, 2011) .

7

4.0

KONSEP PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Bahasa Melayu merupakan salah satu subjek teras yang berfungsi sebagai bahasa pengantar di seluruh sekolah yang terdapat di Malaysia. Kendatipun begitu, menurut Umi Nadiha Mohd Nor, Zamri Mahamod dan Jamaludin Badusah (2011), murid masih belum menguasai kemahiran generik seperti berkomunikasi, menulis akibat daripada pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang tidak sesuai. Lantaran, guru-guru dinasihatkan supaya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa Melayu dengan mengaplikasikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai agar dapat menzahirkan murid-murid yang fasih dalam berbahasa Melayu. Pendekatan pengajaran merupakan proses pengendalian pengajaran secara menyeluruh di dalam bilik darjah ketika mengajar sesuatu subjek (Faridah Nazir, 2009). Strategi pula ditakrifkan sebagai satu pelan tindakan untuk menyampaikan pengajaran yang bertujuan membantu murid mencapai objektif pembelajaran dan memudah cara suatu jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2017). Seterusnya, Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar (2016) mendefinisikan kaedah pengajaran sebagai suatu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Teknik pengajaran pula bermaksud cara pengendalian sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah untuk menyampaikan pengajaran bagi mencapai objektif pembelajaran (Kamaruddin Husin & Siti Hajar Aziz, 2004). Pendekatan

Strategi

Kaedah

Teknik

Rajah 4.1 : Gambaran keletakan Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik

8

9

10

5.0

BANDING BEZA PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pendekatan Berpusatkan Murid

Teori Behaviorisme

Teori Fungsional

Kaedah Kod Kognitif

Strategi Kemahiran Berfikir

Teknik Latih Tubi

Rajah 5.1 : Perkaitan Antara Teori Pemerolehan Bahasa, Teori Huraian Bahasa, Pendekatan, Strategi, Kaedah Dan Teknik Teori Behaviorisme menekankan bahawa sesuatu ujaran yang dilafazkan terbentuk kerana terdapat rangsangan dalam bentuk bahasa ataupun bukan bahasa. Prinsip ini amat relevan dengan teori Fungsional yang melihat bahasa sebagai sebuah medium dominan untuk proses interaksi dan komunikasi. Interaksi dan komunikasi di sini ditakrifkan sebagai tindak balas yang diberi terhadap rangsangan yang dikemukakan kepada seseorang individu. Misalnya, apabila cikgu mengajukan soalan dalam kelas murid akan memberi tindak balas dengan memberi jawapan. Lebih jelas lagi, murid memberi jawapan kerana adanya rangsangan berbentuk bahasa iaitu soalan daripada guru dan di sini bahasa menjadi wahana untuk berinteraksi dengan guru seperti yang dijelaskan dalam teori Fungsional. Seterusnya, teori Fungsional juga menyarankan supaya memberkan latihan yang banyak kepada murid seperti teori Behaviorisme kerana mampu membantu murid untuk meningkatkan kefahaman terhadap perkara yang diajar oleh guru dalam bilik darjah. Seterusnya, teori Fungsional menjelaskan bahawa berinteraksi membantu murid untuk berkomunikasi dengan baik maka, untuk menjadikan kemahiran berinteraksi ini sesuatu kebiasaan guru perlu menggalakkan murid berinteraksi dalam bilik darjah. Lazimnya, guru boleh meminta murid untuk memberi pendapat dan pandangan tentang isi karangan agar mereka boleh meningkatkan keyakinan diri untuk berinteraksi dengan guru dan menjadikannya sebagai sesuatu kebiasaan seperti yang dijelaskan oleh teori Behaviorisme. Hubungan dua hala perlu dipupuk dalam bilik darjah melalui aktiviti soal jawab agar murid menjadikan sifat memberi jawapan soalan sebagai suatu kebiasaan agar pembelajaran aktif dapat dilaksanakan dalam bilik darjah. Seterusnya, teori Fungsional menekankan bahawa guru memainkan peranan yang hakiki dalam merancang aktiviti yang bermakna agar dapat memudahkan proses

11

penghasilan objektif pembelajaran. Secara analoginya, sekiranya guru ingin mengajar tentang suasana Hari Raya Aidilfitri maka, guru boleh menghias bilik darjah sperti suasana rumah di kampung semasa perayaan. Dengan ini, murid dapat merasai dengan sendiri suasana sebenar menyambut perayaan dan suasana tersebut merangsang minda murid untuk belajar selaras dengan teori Behaviorisme yang berpendapat bahawa pembelajaran bahasa mementingkan persekitaran. Tambahan pula, teori fungsional menjelaskan bahawa segala kata-kata yang ditutur dan maknanya perlu saling berkaitan maka, murid memerlukan daya mental yang kuat untuk mengingati makna setiap perkataan selaras dengan teori behaviorime yang berpendapat bahawa penguasaan bahasa merupakan suatu proses mekanis yang memerlukan daya mental. Contoh yang boleh diketengahkan ialah, guru mengenal pasti setiap kata yang ditutur oleh murid supaya perkataan yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara adalah sesuai. Perkaitan antara kedua-dua Teori Pemerolehan dan Teori Huraian Bahasa dapat ditonjolkan dalam pendekatan pengajaran terutamanya pendekatan berpusatkan murid yang ditakrifkan sebagai pendekatan yang menekankan peranan murid mengambil alih sedikit tanggungjawab guru untuk menentukan apa yang perlu diajar dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran serta cara mempelajari sesuatu perkara (Adenon Ayob & Khairuddin Mohamed, 2012). Orlich (2007) berpendapat bahawa pendekatan ini lebih menekankan penglibatan murid yang aktif dan menggalakkan mereka untuk lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran agar kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan dan objektif pembelajaran pula dapat dicapai dengan mudah. Pendekatan berpusatkan murid ini memperkembangkan kebolehan murid dalam menghasilkan konsep sikap yang positif, dan menonjolkan diri supaya dapat menggalakkan kemahiran sosial dalam kumpulam serta menjuruskan kepada perkembangan kognitif ke peringkat yang lebih tinggi (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2016). Pendekatan berpusatkan murid ini amat berkait rapat dengan strategi, kaedah dan teknik yang boleh diaplikasikan untuk meningkatkan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan berpusatkan murid lebih menumpukan penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu perkara lazimnya, membuat penemuan, kajian dan penyelidikan supaya dapat memperoleh maklumat yang sahih. Pendekatan ini juga mengembangkan naluri ingin tahu murid terhadap sesuatu topik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Inkuiri penemuan menjadi menjadi tunjang kepada murid untuk mencari kepastian dan jawapan bagi segala masalah ataupun soalan yang muncul terhadap perkara yang diajar dalam kelas. Pendekatan ini amat berkait rapat dengan strategi pembelajaran akses kendiri yang

12

didefinisikan sebagai suatu aktiviti yang membolehkan murid belajar atas usaha mereka sendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Seperti pendekatan berpusatkan murid, mereka diberi peluang untuk memilih aktiviti yang boleh dilaksanakan dan mereka juga mengambil alih sedikit tugas guru dengan menilai dan memantau hasil kerja mereka supaya mengetahui kemajuan mereka. Secara analoginya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu murid boleh memilih tajuk karangan yang membolehkan mereka memberi hasil yang terbaik dengan tidak hanya bergantung kepada sumber maklumat guru malah, mentafsir dan menganalisis maklumat yang diperoleh daripada internet (Fitzgerald, 2000). Dengan ini, kemahiran menulis dapat dikuasai oleh murid pada Tahap 2 kerana murid berasa tidak terbeban dan bosan apabila mereka menulis karangan untuk tajuk yang menjadi kesukaan mereka walhal, mereka akan memberi hasil yang sempurna. Seterusnya pendekatan berpusatkan murid dan strategi kemahiran berfikir ini merangsang murid untuk berfikir untuk membuahkan pendapat dan idea yang berkesan. Aspek rangsangan kepada pemikiran ini berkait rapat dengan kaedah kod kognitif yang lebih menekankan murid untuk berfikir dan berpegang kepada prinsip bahawa manusia mempunyai

kecekapan

berbahasa

tersendiri

untuk

berbahasa.

Kaedah

ini

lebih

mengutamakan pemahaman murid terhadap struktur bahasa berbanding kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna. Lantaran, pemahaman murid menjadi tunjang kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat disimpulkan bahawa kelangsungan proses tersebut bergantung kepada keterampilan murid dalam mentafsir, menganalisis dan memahami perkara yang diajar dalam bilik darjah (Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar, 2016). Secara analoginya, pemahaman murid terhadap isi pembelajaran membantu mereka untuk membina ayat yang gramatis dengan melontarkan pandangan, idea yang bernas yang muncul hasil daripada tumpuan yang diberi kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Di sini jelaslah bahawa peranan murid dalam memberi tumpuan akan merangsang mereka untuk berfikir dan pemahaman melalui tumpuan tersebut membantu mereka untuk membina ayat yang sempurna untuk menyatakan pandangan dan pendapat. Pendekatan berpusatkan murid, strategi kemahiran berfikir dan kaedah kod kognit ini menzahirkan pemikiran yang kreatif dalam diri murid pada masa yang sama menyediakan mereka untuk melakukan sesuatu perkara tanpa bergantung pada sesiapa untuk mewujudkan pembelajaran bercorak pengarahan kendiri. Pemikiran yang kreatif ini amat diperlukan dalam teknik bercerita. Teknik bercerita bermaksud guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sebuah cerita agar dapat menarik minat murid.

13

Salah satu kriteria dalam teknik bercerita ini ialah murid menyambung cerita yang dimulakan oleh guru. Di sini murid perlu membuahkan pemikiran yang kreatif untuk mengembangkan cerita tersebut sehingga klimaks dan peleraiannya pula perlulah menarik agar rakan sekelas tidak berasa bosan (Loi Kuang Siang, 2009). Lantaran, peranan murid iaitu memberi tumpuan yang sepenuhnya amat membantu mereka untuk mengetahui jalan cerita agar dapat menyambung cerita dengan idea yang kreatif. Misalnya, guru boleh memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan sebuah cerita yang tidak melebihi tahap kecerdasan dan aras pemikiran mereka. Kemudian, guru boleh berhenti dan boleh laksanakan aktiviti Travelling File. Guru boleh memberi fail yang diisi dengan kertas A4. Murid boleh menyambung cerita tersebut sehingga kesudahan dan menulisnya pada kertas tersebut. Kemudian, selepas menerima arahan guru murid boleh menukar fail tersebut dengan kumpulan lain. Dengan ini, murid dapat membaca cerita yang dihasilkan oleh semua kumpulan berdasarkan perbincangan mereka dalam kumpulan. Pelbagai cerita yang menarik boleh diperoleh melalui aktiviti ini kerana murid bekerjasama antara satu sama lain dan membuahkan idea yang kreatif untuk menyempurnakan cerita guru.

6.0

KESIMPULAN

Bahasa merupakan medium yang membantu manusia untuk berhubung antara satu sama lain dan melaksanakan tugasan harian dengan sempurna. Kesempurnaan hanya boleh dicapai melalui aspek bahasa. Lantaran, proses pemerolehan dan penguasaan bahasa wajar dilalui oleh kanak-kanak sejak kecil lagi agar mereka tidak mengalami kesukaran untuk menguasai bahasa ketika memasuki alam persekolahan. Teori pemerolehan bahasa dan teori huraian bahasa memainkan peranan yang penting dalam membantu murid menguasai bahasa. Lebih jelas lagi, teori-teori tersebut mempunyai perkaitan antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dilaksanakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Justeru, para guru wajar mengkaji dan mengaplikasikan teori pemerolehan dan huraian bahasa untuk menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar mampu merangsang murid untuk menguasai bahasa.

14

7.0

RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: prinsip kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Abdul Rasid Jamian, Sahmasudin Othman dan Sufiza Ishak. (2013). “Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu”. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (MyLEJ). Vol. 3. Bil. 1 (Mei): 42-51. Adenon Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ahmad Johari Sihes. (2011). Konsep Pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia Amir Juhari & Noor Zila Yusuf. (2012). Pengajaran Tatabahasa Melayu di IPG. Selangor: PTS Akademia Andy Blunden. (2005). Linguistic Contributions to the Study of Mind (Future). Diakses pada 27

Ogos

2017

daripada

https://www.marxists.org/reference/subject/

philosophy/works/us/chomsky.htm Arbak Othman 1980. Pengantar Teori Sintaksis Satu Pengenalan Konsep Tatabahasa Transformasi-Generatif. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise. Azizi Yahaya (2005). Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : PTS Publications & Distributors Badrul Hisham Alang Osman & Mohamed Nasruddin Basar. (2016). Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke- 21 Dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 10. Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin. (2016). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd. Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar (2016). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd. Faridah Nazir. (2009). Analisis Kurikulum Bahasa Melayu, Pedagogi, Pendekatan

Pengajaran Mikro dan Makro. Selangor: Open University Malaysia. Fitzgerald. (2000). Individual Learning Styles. Boston: Allyn & Bacon.

15

Good & Brophy. (1990). Educational Psychology: A realistic approach (4th Ed) White Plains, NY: Longman Ishak Ramly 1996. “Teori Linguistik Dan Penerapannya Dalam Pendidikan Bahasa” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 40:2 Februari hlm. 139-145. J. K. Chambers, Peter Trudgill, Natalie Schilling, John Wiley & Sons. (2008). Language and Identity, in The Handbook of Language Variation and Change. London: Blackwell Publishing Kamaruddin Husin & Siti Hajar Aziz. (2004). Pengurusan Strategik : Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Khairuddin Mohamad. (2015). Siri Pendidikan Guru: Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lees, R. B. (1963). Syntactic structures: review. Indianapolis: Bobbs-Merrill Loi Kuang Siang. (2009). Kesan Penggunaan Kaedah Bercerita Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Tahun Lima. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.102115 Muhamad Raus Baharuddin. (2008). Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Lelaki Melayu Berasaskan Teori Mentalis. Tesis Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris Najeemah Mohd Yusof. (2011). Persekitaran Sekolah Dan Peranan Guru Dalam Meningkatkan Interaksi Sosial Dalam Kalangan Murid Di Sekolah Menengah Kebangsaan. DP. Jilid 11, Bil. 2/2011 Noor Aina Dani. (2007). Pengantar Psikolinguistik. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, & Sharifah Fakhriah Syed Azman. (2017). Murid

dan

Pembelajaran Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Nur Zawani Mat Isa. (2012). Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru di sekolah daerah Johor Bahru. Tesis

Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Orlich. (2007). Teaching strategies: a guide to effective instruction. Boston, MA: Houghton Mifflin Co. Siti Hajar Abd Aziz. (2011). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

16

Suresh Kumar Vellymalay. (2014). Etnisiti dan Interaksi Sosial dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik di Bilik Darjah. Journal of Human Capital Development Vol. 7 No. 2, July - December 2014 Toshiaki Fukazawa. (1979). Mentalism And Mechanism In Linguistics Tesis Sarjana. Universiti Kanagawa.

Umi Nadiha Mohd Noor, Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. 2011. Penerapan Kemahiran Generik dalam Pengajaran guru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1(2): 71–

84.

Vijayaletchumy Subramaniam. (2000). Pemerolehan Bahasa di Kalangan Kanak-Kanak Melayu. Tesis Sarjana. Universiti Putra Malaysia. Wong Kiet Wah, Rafidah Ruhani & Muhamad Isa Azis. (2016). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

17

More Documents from "kannan anamalai"

May 2020 15
1.ggggfinaluhdocx.docx
April 2020 39
Teks Mc Ponggal.docx
November 2019 28
May 2020 15
Minggu 8.docx
May 2020 9