Beriman Hari Akhirat

  • Uploaded by: Ujang
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Beriman Hari Akhirat as PDF for free.

More details

  • Words: 1,837
  • Pages: 11
Alam Kandungan

Alam Roh

BERIMAN KEPA D A HARI AKHIRAT Kita dan Kematian bagaimana menghadapi kematian? manusia terbahagi kpd 4 golongan: a. Tidak memikirkan apa yg telah berlaku dan tidak bersedia menghadapi hari esok. Yg telah berlaku berlalu begitu saja. Sedikitpun tidak mengingati dan memikirkan kematian

Alam Dunia

b.

Mengingati kematian seperti Umar al-Khayyam. Percaya kematian olehitu hanya memenuhi kehidupan dengan cinta berahi dan maksiat.

c.

Mengingati kematian tetapi tidak bersedia menghadapinya. Mereka berkata Kematian pengkalan terakhir setiap benda bernyawa.

d.

Ahli kebenaran. Kematian merupakan permulaan kehidupan yang panjang.

Kehidupan akhirat kehidupan sebenar nampak oleh mereka yang berpandangan jauh kehidupan ini melalui beberapa peringkat: a.

Alam Barzakh

ALAM KANDUNGAN Keseorangan di dalam perut ibu, sempit, terbatas pergerakannya dan penuh kegelapan. Firman Allah swt: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami salut dengan daging.Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. (Surah Al Mukminuun: 12- 14)

Alam Akhirat

Setelah 120 hari dalam kandungan maka Allah swt pun mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh ke dalam tubuh manusia. Genap 9 bulan 10 hari lamanya dalam kandungan maka lahirlah manusia, kecil dan lemah, tiada daya dan kekuatan, tiada ilmu atau harta walau pakaian sehelaipun.

Alam Kandungan

Alam Roh

b.

Alam Dunia Firman Allah swt:

Firman Allah swt:

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur, (An Nahl: 78) Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (Ali Imran: 185)

Manusia akan menghadapi kematian. Kehidupan di dunia hanya sementara. Alam Dunia

Firman Allah swt:

Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak-anak. (Al-Hadiid: 20)

Firman Allah swt:

Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) akhirat hanyalah sedikit. (At Taubah: 38)

Firman Allah swt:

Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah. (Luqman: 33)

Alam Barzakh

Yang paling mulia di sisi Allah swt ialah yang paling bertaqwa.

Alam Akhirat

Firman Allah swt:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsabangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu, (Al Hujuraat: 13)

Firman Allah swt:

Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepada Ku hai orang-orang yang berakal.

Alam Kandungan

Alam Roh

c.

Alam Kubur (barzakh) lebih luas dari alam dunia sementara waktu sehingga datangnya hari kiamat.

d.

Alam Akhirat alam terakhir dan kekal selamanya

Persediaan Menghadapi Kematian Alam Dunia

-

walaupun saat kematian merupakan perkara paling hampir kepada kita namun ianya yang paling jauh dair pemikiran kita. Eg: tiap hari tengok kematian - kemalangan, sakit jantung dll tak terfikir kita akan melalui saat yang sama tiap hari lalu di kuburan - tak terfikir kita akan menyertai mereka di sana jasad hanya pakaian yang akan kita tinggalkan di dalam tanah. Roh kita akan kemballi menemui Allah swt. orang mukmin sentiasa mengingati kematian dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapinya. melakukan taubat dan istighfar mengembalikan hak orang lain yang ada padanya sentiasa bermuhasabah pagi dan petang sentiasa bersyukur kepada Allah atas taufiq dan hidayahnya beristighfar jika melakukan dosa sentiasa mengingati akhirat sifat sabar dan solat sebagai penolong.

Alam Barzakh Alam Akhirat

Sabda Ar-Rasul saw:

Secerdik-cerdik manusia adalah yang terbanyak ingatnya kepada kematian serta terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat (Riwayat Ibnu Majah)

Firman Allah swt:

Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Al Jumuah: 8)

Alam Kandungan

Alam Roh

Jalan terbaik untuk mengingat-ingat kematian. -

-

Alam Dunia

banyakkan mengingati ahli keluarga atau kawan-kawan yang telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita ingatkan bagaimana kematian mereka itu dan akhirnya mereka dikebumikan dan berdiam di bawah tanah. Gambarkan bahawa kita juga akan melalui saat demikian. ketika lalu di perkuburan, sedekahkan Fatihah dan gambarkan kita juga akan menyertai mereka kelak. menziarahi orang sakit / nazak. menziarahi pengkebumian dan menghayati talqin: ..... Ketahuhilah hai hamba Allah bahawasanya mati itu benar, turun ke ke dalam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan Nakir itu benar, bangkit sesudah mati benar, dihitung dosa dan pahala benar, timbangan itu benar,Titian Siratal Mustaqim benar, neraka benar, syurga benar, hari kiamat pasti datang tidak ragu lagi, dan bahawasanya Allah akan membangkitkan kembali sekalian orang yang dalam kubur....

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: Sabda ar-Rasul saw:

Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, iaitu masa mudamu sebelum datang masa tuamu, kesehatanmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa miskinmu, masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum datang masa kematianmu . (Riwayat al-Baihaqi)

Alam Barzakh

Saat Kematian Adalah Antara Bukti Keimanan -

Firman Allah dalam surah al-Waaqi ah (56): 83 Firman Allah swt: tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati (Surah Ali Imran: 185)

-

Firman Allah swt:

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. (Surah An-Nisaa : 78)

Alam Akhirat

Hari Qiamat beriman dgn hari kiamat - rukun iman kedua dalam al-Qur an - selalu dikaitkan beriman kepada Allah dan hari akhirat mukmin akan sentiasa mengingatinya - beramal kebaikan dan meninggalkan kejahatan/dosa kesannya: jika nak buat perkara haram - teringat siksaan di akhirat - tak jadi nak buat dan meninggalkannya jika sukar nak buat yang wajib - ingat pahala di akhirat sungguh akan melaksanakannya menyedikitkan tidur menginfaqkan hartanya mengutamakan orang lain berfikir tentang kedahsyatan seksaan Allah - gerun mendengar nama Allah mengingati rahmat Allah - hati menjadi lembut dan tenang BIlakah berlakunya Qiamat hanya Allah swt yang mengetahui Firman Allah swt dlm surah Al-A raf: 187

-

berlaku secara tiba-tiba, seperti sekelip mata atau lebih cepat lagi Firman Allah swt dlm surah Al-Nahl: 77

-

beberapatanda sebelum berlakunya qiamat .i Keluar sejenis binatang dari perut bumi - bercakap dengan manusia, tapi tak tahu macam mana ciri-cirinya. i. Benteng yakjuj dan Makjuj akan pecah dan mereka akan keluar darinya Firman Allah swt dlm surah Al-Anbiya : 97)

-

keganjilan yang lain: ilmu akan ditarik balik kejahilan akan berleluasa arak diminum di mana-mana bilangan lelaki menjadi sedikit bilangan perempuan banyak sifat amanah sukar didapati neraca pertimbangan masyarakat menjadi terbalik lahirnya dajjal turunnya Nabi Isa a.s untuk memenangkan kembali syariat Nabi Muhammad saw

Permulaan Kiamat bermula dengan satu gegaran kuat ketika itu manusia masih wujud manusia akan diliputi ketakutan dan kegemparan ibu yang menyusukan anaknya tidak lagi menghiraukan anaknya (Surah Abasa: 33-37)

-

hebatnya gegaran sampai ibu mengandung keguguran kandungannya: (Surah Al-Hajj: 1-2)

-

manusia hilang akal, berlari ke sana ke mari manusia bertanya-tanya kenapa/apa berlaku (Surah Al-Zalzalah: 1 - 3)

Kejadian-kejadian Cakerawala apa yang berlaku ketika itu dan selepasnya tidak mungkin dapat digambarkan oleh pancaindera saksikan alam - dibina dengan teliti hanya untuk tempoh terhad semuanya akan berakhir: gunung ganang dilanda gempa bumi yang dahsyat (Surah Al-Anbiya : 103 - 104)

(Surah Al-Qari ah: 1-5)

batu batanya pecah berkecai bukit menjadi debu (Surah An-Naba : 17-20)

-

kesemuanya diceritakan di dalam al-Qur an

Tiupan Sangkakala -

dalam al-Qur an: kita meyakini bahawa sangkakala akan ditiupkan selepas tiupan pertama semua mahkluk akan mati kecuali yang dikehendaki oleh Allah (Surah Az Zumar: 68)

-

kemudian berlalu satu tempoh masa

-

tiupan sangkakala kedua untuk membangkitkan manusia dan dihidupkan kembali semua makhluk (Surah Attakwiir: 1 - 13)

Kebangkitan dan Perhimpunan setiap yang mati akan dibangkit berdasarkan keadaan kejiwaan ketika dia meninggal dunia. mereka menyangka bahawa jarak di antara kematian dan dibangkitkan semula hanya beberapa jam sahaja. pohonlah agar kita dimatikan dalam keadaan baik contoh bagaimana tidak merasakan tidur yang sangat lama: seorang lelaki melalui sebuah kampung yang musnah. Di matikan oleh Allah swt selama 100 tahun (Surah Al-Baqarah: 259) kisah ashabul kahfi keadaan manusia ketika dibangkitkan menyangka mereka tidur hanya sesaat sahaja (al-Rum: 55 - 56)

-

manusia menyangka mereka masih berada di dunia (Surah alMukminunn: 101) selepas dibangkitkan, manusia hanya mengambil berat urusan mereka sendiri kesemua manusia akan dibangkitkan dan dikumpulkan di padang mahsyar bersama-sama jin, syaitan dan binatang2 (Surah Al Qamar: 8) Perhatikan kata-kata ulama ini: Hebatnya suasana di saat kembalinya setiap roh ke jasadnya masing-masing. Setiap ruang antara bumi dan langit penuh sesak dengan roh-roh yang dikembalikan ke tubuh masing-masingnya. Roh-roh orang yang beriman merupakan sinar-sinar putih bersih, sedang roh-roh yang kafir merupakan sinar-sinar hitam yang gelap gulita. Terkumpullah di hari itu seluruh manusia yang pernah dihidupkan Allah di permukaan bumi ini, dari manusia pertama sampa’i manusia terakhir, sehingga tidak ada setapak bumi pun Yang kosong. Penuh sesak berhimpit bersusun paku. Semua berdiri tak bergerak, menunggu nasib masing-masing. Kemudian hawa panas dan terik, kerana matahari didekatkan kepada mereka dengan jarak beberapa hasta saja. Peluh mengalir dari badan seperti keluarnya air dari lubang, sehingga masing-masing orang berenang dalam peluh masing-masing. Seluruh permukaan bumi seakan-akan menjadi api. Sehingga banyak antara manusia kerana tak tahan, lalu mohon segera dimasukkan ke dalam Neraka saja. Lamanya keadaan demikian itu bukan sehari dua hari, tetapi 25 ribu tahun. Semua manusia dalam keadaan letih dan lesu, telanjangbulat, dan lelaki dalam keadaan tidak berkhitan. Yang ditunggu ialah perhisaban atau pengadilan Tuhan.

Sabda ar-Rasul saw: Di hari itu berdiri manusia untuk Tuhan seluruh alam selama setengah hari dan sehari sama lamanya 50,000 tahun tetapi diringankan bagi orang yang beriman seperti lamanya matahari mulai tenggelam sampai tenggelam sama sekali. (Riwayat Abu Yala) Sabda ar-Rasul saw: Manusia berpeluh di hari kiamat, sehingga peluh itu masuk ke bumi 70 hasta dalamnya, lalu menggenangi mereka sampai ke telinga (Riwayat Bukhari/Muslim) -

kemudian Allah memerintahkan neraka menunjukkan dirinya kepada manusia. (Surah Yaasin: 63)

-

yang berdosa akan diasingkan (Surah An Naba :40) orang kafir akan dihumbankan ke neraka bersama sekutu mereka (Surah al-Kahfi: 52) syaitan berlepas diri dari tanggungjawab dan menyalahkan manusia yang menjadi pengikutnya. (Surah Ibrahim: 22) Sabda Rasulullah saw Tujuh (golongan manusia) Allah naungi dalam naunganNya di hari tidak ada naungan selain naunganNya, iaitu Imam yang adil, pemuda yang bersungguh beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya tergantung di masjid (bila ia keluar dari masjid sampai dia kembali ke masjid), dua orang lelaki yang berkasih-kasihan di dalam Allah, maka keduanya berternu atau berpisahan atas dasar demikan (karena Allah), lelaki yang ingat akan Allah sendirian sampai timbul air (mata) dari kedua matanya, lelaki yang dipanggil oleh seorang wanita kaya dan cantik lantas ia berkata: Aku takut akan Allah Tuhan alam semesta, lelaki yang memberikan sedekah dengan secara sembunyi sehingga (seakan-akan) tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya." (Hadis sahih riwayat Bukhari/Muslim/Tirmizi/Nasa i/Ahmad dari Abu Hurairah)

Related Documents

Fikre-akhirat
November 2019 23
Akhirat Airline
November 2019 22

More Documents from ""