Bercerita Tahap 2 - Thaqif.docx

  • Uploaded by: Mohd Shahrin Basni
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bercerita Tahap 2 - Thaqif.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 674
  • Pages: 4
TEKS BERCERITA TAHAP 2 TAJUK : Maafkan Cikgu.

Assalamualaikum pembuka bicara, Terima kasih kepada pengerusi acara, Barisan hakim yang bijaksana, Guru-guru dan rakan semua mari dengar cerita. Tajuk cerita saya ialah Maafkan Cikgu. Eh, kenapa cikgu pula yang minta maaf ya? Haa kalau kawan-kawan semua nak tahu, marilah dengar cerita saya. Kawan-kawan yang saya hormati, Kisahnya adalah tentang seorang anak yatim bernama Adam, ayahnya telah meninggal dunia sejak dia masih kecil lagi. Untuk menyara kehidupan mereka, ibunya telah mengambil upah menebas kebun dan menjual kuih. Namun, Adam tidak pernah mengeluh malah dia turut membantu ibunya dengan menghantar surat khabar sebelum ke sekolah. Baiknya Adam tu ya kawan-kawan… Seperti biasa pada pagi itu, Adam mengayuh basikalnya laju-laju. Berpeluh-peluh badannya. Adam bimbang akan bertembung dengan Cikgu Izzat, guru disiplin di sekolahnya. Ah, mendengar namanya sahaja sudah cukup membuatkan murid-murid kecut perut, apatah lagi bersemuka dengannya! Seramnya…! Ingatlah ya kawan-kawan, datang lambat ke sekolah bukanlah sikap yang baik. Ketika sampai di sekolah jam tangan Adam menunjukkan jam 8.30 pagi. Dengan langkah yang tergesa-gesa, Adam pun menuju ke kelasnya. Tiba-tiba… “Adam!!!” Panggilan itu lantas mematikan langkahnya. Jantung Adam berdegup kencang, dup dap dup dap... Terlihat wajah Cikgu Izzat yang sangat serius. Dengan

suara yang lantang, Adam dimarahi kerana datang lewat. Adam hanya membisu. Memberi alasan pada saat itu bukanlah tindakan yang bijak. Adam pernah menjelaskan tetapi Cikgu Izzat enggan mendengarnya malah dia dituduh menegakkan benang yang basah. Kawan-kawan sekalian, Apakah yang berlaku selepas itu? Apalagi Adam dibawa ke bilik guru disiplin. Dia telah diberi surat amaran untuk disampaikan kepada ibunya. Adam pun menerima dengan sedih. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Adam kecewa kerana di tuduh sebagai murid yang malas. Padahal dia bukanlah seperti apa yang disangkakan. Rakan-rakan Adam juga sering mengejeknya kerana selalu didenda atas kelewatannya sampai ke sekolah. Setelah sesi persekolahan tamat pada hari itu, Adam pun terus pulang ke rumah. Selepas selesai solat, Adam pun terus ke dapur kerana perutnya terasa terlalu lapar. Apabila dia hendak ingin menjamah makanan, dia teringat kembali peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. Seleranya hilang. Adam membuat keputusan untuk ke kebun Pak Megat untuk berjumpa dengan ibunya. Adam ingin menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di sekolahnya tadi. Sebaik sahaja terpandang wajah ibunya, dia berasa tidak sampai hati untuk menceritakan, malah dia turut membantu ibunya menyelesaikan kerja. Baginya… ibu lah segala-galanya. Ingat ya kawan-kawan syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Tiada bahagia jika tiada Doa puja restu Syurga itu di telapak kaki ibu

Kawan-kawan yang dikasihi, Pada malam itu, Adam nekad menyerahkan surat yang diterima daripada Cikgu Izzat. Adam melihat wajah ibunya amat sedih setelah membaca surat itu. Bagi ibu Adam dia masih mampu menyara kehidupan mereka. Apa yang diharapkan oleh ibu Adam adalah dia ingin melihat anaknya berjaya dalam pelajaran. Kawan-kawan yang disayangi sekalian, Sebagai murid tahun 6, Adam dapat berfikir dengan baik. Dia telah membuat keputusan untuk berhenti kerja. Dia berazam selepas ini, dia akan datang awal ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. Justeru, keesokan harinya pagi-pagi lagi Adam telah sampai di kedai Pak Cik Muthu tempat dia mengambil surat khabar. Dia ingin menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja. Selepas itu, Adam mengayuh basikalnya lebih laju dari biasa. Dia tidak ingin terlambat lagi. Dia sudah serik dengan herdikan guru disiplinnya. Apabila tiba di persimpangan jalan, tanpa melihat kiri dan kanan Adam terus melintas. Malangnya, sebuah kereta telah melanggarnya. Adam tercampak ke seberang jalan lalu pengsan. Orang yang melanggar Adam itu terus membawanya ke klinik yang berdekatan. Mujurlah Adam tidak apa-apa. Dia cuma mengalami lukaluka kecil sahaja. Itulah kawan-kawan, kita mestilah berhati-hati semasa berada di jalan raya. Tidak lama kemudian, Adam pun sedar dan dia terkejut melihat Cikgu Izzat berada di sisinya. Dengan wajah yang ikhlas dan mesra, Cikgu Izzat meminta maaf atas kecuaiannya Adam tercedera. “Maafkan cikgu, Adam…”. Kini, Cikgu Izzat percaya dengan alasan Adam selama ini. Begitulah kawan-kawan niat di hati untuk membantu keluarga adalah satu sifat yang mulia. Namun, kita mestilah memikirkan

keselamatan diri. Sekiranya kawan-kawan telah melakukan kesalahan janganlah malu untuk meminta maaf kerana orang yang mengakui kesalahannya akan dipandang mulia. Sekian, terima kasih.

Related Documents


More Documents from ""