Benci Tapi Rndu-nvel

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Benci Tapi Rndu-nvel as PDF for free.

More details

  • Words: 70,015
  • Pages: 173
"Kak Farah!!!!!!!!" "Makkkkkk!!!!" "Hehehe... apa daaa Kak Farah ni. Suka beno jerit mak. Sapa mak tuh aaa. Apsal tak jerit ibu?" Farah memanggil emaknya dengan panggilan ibu. "Bakal mak mertua laaa, hehehe." "Ooo... Kak Farah nak kawin... Kak Farah nak kawin." "Apsal panggil Kak Farah?" "Alamak. Lupa lak. Ada call untuk Kak Farah." "Sape?" "Tah. Tak tanya. Tapi dia speaking." "Ok." "Hello." "Hello. Miss Farah Aliya Hamzah?" "Yes." Rupa-rupanya call dari company yang dia pergi interview minggu lepas, dipanggil untuk second interview. Minggu lepas dia ke company tersebut untuk interview, alih-alih kena buat test. Dah la dia tak prepare apa-apa pun. Mula-mula kena buat IQ test dan kemudian kena karang esei dalam bahasa Inggeris, dari tajuk yang diberikan, semuanya yang berkaitan dengan teknologi. Diorang cakap yang berdasarkan test tersebut, diorang akan dipanggil untuk second interview. Tapi selepas Farah hantar esei bertajuk 'Technology in the future', diorang panggil dia kejap. Nak kata interview, tak formal pun, sekadar berborak-borak, tanya pasal latar belakang dia, minat dia, apa dia punya future plan. Farah pun tak pasti apa jawatan dua lelaki yang berborak dengan dia tu. Sorang tuh dah beruban putih rambut, sorang lagi boleh dikatakan masih muda, mungkin dalam awal 30-an kot. Dah 2 bulan Farah menganggur. Sebelum ni dia dah bekerja selama 6 bulan kat Kuantan, tapi disebabkan kesihatan dia yang kurang baik, dia dinasihatkan supaya melepaskan jawatannya. Lagi baik dari diberhentikan. Lagipun, family Farah pun minta dia berhenti, sebab bimbang pula Farah sorang-sorang kat Kuantan tu, saudara takde. Tensen juga pada mulanya, dah la kena berenti keja, duit pulak banyak habis bayar kos perubatan. Nak buat camne, kena buat follow up tiap-tiap minggu kat hospital pakat. At last selepas berbulan dia berulang-alik, beribu dah habis, dia pun pulih, walaupun bukan 100%. Tapi, at least doktor menyatakan yang penyakitnya tak merbahaya. Lega... takut juga masa nak menunggu keputusan tu. Sekarang ni Farah sibuk nak cari kerja. Kalau tak dapat, macammana nak bayar keta bulan depan. Malu la nak pinjam duit dengan ibu. Dua simpanan pun dah hampir habis, bayar installment kereta dan belanja perubatan. Dah berpuluh-puluh resume Farah hantar, tapi yang panggil interview setakat ni baru je 4 tempat. Selepas interview, senyap je, tak dapatlah tu. Jadi, bila dia

dipanggil untuk second interview ni, Farah tak adalah berharap sangat. Dah lali dah. Tapi pergi je lah, mana tau tuahnya kat situ. "Hello." "Hello." "Mak Lang, Farah ada interview Jumaat nih." "Kat mana?" "Kat Taman Tun.. Alaaa.. yang company Farah gi interview last week." "Ooo... Diorang panggil lagi yek?" "Ha'ah. Budak-budak camne nih?" tanya Farah. Sebenarnya Farah menumpang di rumah makciknya di KL, senang nak pergi interview kerja. Kebetulan pula, pembantu rumah makciknya balik ke Indonesia 2 minggu lepas, mak dia sakit. Jadi Farahlah yang kena jady babysitter dua orang anak makciknya buat sementara ni. Dua-dua dah sekolah, jadi tak adalah susah kerja dia. Yang sulung, Mira, form 1, dan adiknya, Kimi, darjah 2. "Ermmm.. Interview kul baper?" "Kul 3 petang." "Farah drive ke pegi sana?" "Tak kot, naik Putra, pas tuh ambik cab. Tak tau sangat jalan nak gi sana." "Ermmm.. Tengoklah camne. Mak Lang amik half day kot. Tak pun Farah hantar bebudak tuh kat umah Makcik Hana," kata Mak Lang. Makcik Hana merupakan sepupu Mak Lang, merangkap mak sepupu Farah lah. "Ok." Selepas Farah meletakkan telefon, dia terus melepak di atas sofa di depan tv. Remote Astro di tangan ditekan-tekan, mencari rancangan yang best. Akhirnya Channel 61 juga menjadi pilihannya, Disney Channel. Dia memanggil sepupunya. "Kimi!!!!! Citer Art Attack!" laung Farah, tau saja cerita favourite sepupunya. Tak lama kemudian Kimi turun ke bawah. "Yang mana arrr Kak Farah? Yang baru ke?" tanya Kimi, duduk meniarap di atas carpet menghadap tv. "Tak tau arr. Kak Farah lom tengok lagi yang ni." "Kimi pun lom tengok la yang ni," kata Kimi, selepas beberapa saat. Tengah syok Farah tengok tv, telefon berbunyi. "Hello." "Hello. Farah, ibu ni." "Ye ibu cayang, hehehe." "Farah kena panggil interview yek?" "Uih! Cepatnya berita sampai." "Biasa la, network ibu kan power." "Hehehe. Mak Lang cakap la nih." "Apsal tak kasik tau ibu?" "Alaaa.. dapat interbiu je bu, bukan dapat keja." "Awat cam tak confident je nih?" "Hmmm.. takde arrr. Tak mau berharap sangat. Kang frust lak." "Company mana?" "Company yang Farah gi last week tuh. Yang kena wat test tuh."

"Oooo.. Diorang panggil lagi sekali yek?" "Ha'ah! Ari tuh kan wat test jer. Diorang cakap nak panggil based on test result." "Bukan ke ari tuh diorang dah interbiu?" "Ermm.. Ari tuh diorang saja panggil nak berborak je. Farah ngan mamat lagi sorang diorang panggil ajak borak ari tuh. Tak formal pun. Borak kat lounge jer." "Ramai ke yang gi test tuh baru nih?" "Ada la dalam 10 orang kot. Tak tau la kalau ari lain ada lagi. Yang skali ngan Farah 10 orang arr." "Position apa?" "Software Engineer." Farah berborak sekejap dengan ibunya sebelum meletakkan telefon. Dia memang sengaja tak bagitau ibu sebab takut nanti tak dapat, frust la pulak. Mak Lang pun dia terpaksa cakap, sebab budak-budak takde orang jaga nanti. Tapi biasalah, kalau cakap kat salah-sorang je, habis satu family taulah. Nanti adalah pakcik ngan makcik dia yang telefon tanya. Biasalah tu, Farah memang rapat dengan mereka semua. Tapi pakcik makcik sebelah ayah dia tak kenal sangat, tambahan lagi ibu dan ayah dah bercerai, dan dia dah bertahun-tahun tak jumpa ayahnya. -------------------------------------------------------------------------------------------------Selepas menghantar Mira dan Kimi ke rumah Makcik Hana, Farah memandu keretanya ke Taman Tun. Dia ambil keputusan nak drive ke sana. Lagipun semalam dia dah survey jalan ke company tersebut, jadi confident la sikit nak drive ke sana. Balik interview nanti bolehlah dia ambik terus sepupu-sepupu dia. Sampai di company tersebut, Farah mencari ruang untuk park keretanya. Susah juga nak dapat parking, setelah 2-3 kali berpusing, barulah dapat parking. Dia berjalan ke bangunan di mana letaknya company tersebut. Berdebar-debar nak pergi interview. Bukannya tak biasa interview kerja, dah banyak kali, tapi setiap kali mesti berdebar. PINGG!!!!! Bunyi hon kereta menyebabkan Farah terlompat ke tepi. Tak sedar dia berjalan di tengah jalan, asyik sangat berfikir pasal interview yang bakal tiba. Farah berpaling ke arah Satria GTI yang menekan hon sebentar tadi, dengan niat untuk mengangkat tangan tanda meminta maaf. Malangnya pemandu tuh terus tekan minyak dengan kuat, marahlah tuh konon. Farah sempat tengok sepintas lalu saja pemandu GTI tu. 'Macam kenal je. Hmmm.. Silap kot. Bukan nampak sangat pun muka,' Farah berfikirfikir sendiri.

Farah berjumpa dengan receptionist untuk bertanyakan tentang appointment interview nya. Dia sampai 10 minit lebih awal, jadi sementara tu dia duduk di sofa, sambil membelek-belek magazine yang ada di situ. Otaknya masih berfikir tentang driver GTI tadi. Betul ke budak tu? Farah tau dia kerja di KL juga, tapi tak tau dia area mana. Farah tiba-tiba teringat kawan-kawannya. Sejak habis belajar, Farah jarang berhubung dengan kawan-kawannya. Tambahan pula dia kerja di Kuantan, lagilah susah nak contact. Dia ada di KL ni pun dia tak bagitau kawan-kawannya yang lain. Hmmm.. Nantilah dia contact, mana tau kot-kot kawan-kawan ada tau pasal peluang kerja. "Hi, Farah?" tiba-tiba ada suara lelaki menegur Farah, menyedarkan dia dari lamunan. "Hi," Farah bangun berdiri sambil tersenyum, dan menyambut huluran tangan lelaki tersebut untuk berjabat tangan. "Have you been waiting for long?" "Not really." "Please follow me." Farah mengekori lelaki tersebut ke sebuah bilik. Lelaki tersebut salah seorang yang berborak dengannya semasa dia ke hadir ke company tersebut minggu lepas untuk buat test. Bila dia masuk ke dalam bilik, ada dua orang yang menunggu. Seorang tu lelaki yang dah berumur, yang Farah jumpa masa datang minggu lepas, seorang lagi perempuan yang juga dah berumur. "Hi, Farah, have a seat please." "Thanks." "We meet again," kata lelaki yang dah berumur. "Yes." "First of all, let me introduce ourselves. I'm Encik Ramli, manager of the R&D department, this is Mr Corrie, and this is Puan Fatimah, our project managers," Encik Ramli memperkenalkan diri mereka. Selama lebih kurang 40 minit sessi soal jawab pun bermula. Mula-mula Farah agak gugup, tapi kemudian perbualannya makin lancar. Biasalah kalau masa interview, soalan yang ditanyakan semuanya lebih kurang. Latar belakang akademik, kenapa ambil bidang ni, sebab apa berminat dengan kerja yang ditawarkan, sanggup ke kerja overtime jika diperlukan, bersedia tak untuk kerja under pressure, boleh ke nak menyesuaikan diri dengan pekerja-pekerja lain yang berbilang bangsa, apa kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri, kenapa berhenti dengan kerja yang sebelum ni, bila boleh mula kerja dan macam-macam lagilah. Sambil tu mereka juga memberi peluang pada Farah untuk bertanyakan soalan. Jadi Farah pun mengambil peluang untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang jawatan yang ditawarkan, apa sebenarnya company ni buat dan benefit yang disediakan untuk pekerja.

"Congratulations Cik Farah, we would like to offer this job for you. Can you start on Monday?" Farah terdiam, terkejut. Macam tu je ke? Terus dapat kerja. Ingatkan interview dulu, lepas tu tunggu diorang call balik untuk bagitau keputusan. Selalunya macam tu lah interviewinterview yang dia pergi. "This Monday?" tanya Farah, tak tau nak tanya apa. Takkan nak tanya betul ke tidak. "Yes." "So, I've been accepted for this job?" akhirnya Farah tanya juga soalan tu, sebab nak pastikan betul-betul. "Why? Aren't you interested with the job." "Yes. Of course I want the job. I thought..." Farah tak menyambung kata-katanya, tak tau macammana nak susun ayat, otak dia tiba-tiba je blank. Encik Ramli, Mr Corrie dan Puan Fatimah tersenyum melihat muka Farah yang terkejut. "Actually, we've already decided to offer for you. The interview today is just to get to know you. Here is a form for you to fill. Please bring it back on Monday." "Thank you. I don't know what to say," Farah menyambut borang yang dihulurkan. "Welcome to the company." Farah berbual seketika dengan mereka, bertanyakan waktu kerja dan dibawa hari pertama kerja nanti.Setelah semuanya selesai, Farah pun keluar dari bilik macam nak melompat kat situ jugak, tapi nanti apa pulak orang kata, jadi dia sekadar Dalam hati dah menjerit-jerit, seronok dapat kerja. Tak sangka betul. Dia datang tapi terus dapat kerja.

apa yang perlu tersebut. Rasa senyum sendiri. untuk interview,

Sebaik saja masuk ke dalam kereta, Farah terus menelefon ibunya untuk memberitahu berita gembira tu. Kemudian dia telefon Mak Langnya pula. Selepas tu barulah dia beredar, nak gi jemput Mira dengan Kimi yang ditinggalkan pada maid Makcik Hana, lambat kang jem pulak jalan. Dalam perjalanan, tak berhenti telefon dia berbunyi. Pak Su, Mak Uda dan Pak Ngah yang telefon. Biasalah, pantas je berita sampai kat semua adik-beradik ibu. Semua gembira bila tau dia dapat kerja. Atuk dengan nenek pun ada telefon. Nasib baiklah dia pakai handsfree, kalau tak ada yang kena saman sebab guna telefon masa memandu. Malam tu Farah menelefon kawan baik dia masa di universiti dulu, Nurul. "Oit! Apa ko senyap je. Lama dak dengar citer," kata Nurul. "Hehehe.. sorilah lama tak kontek. Takdak duit la nak top up tepon." "Ko kat ner nih?" "Aku kat Ampang, kat umah Mak Lang aku." "Siyut ko, mai KL tak cakap pun. Lama mana kat KL?" "Hehehe.. aku dapat keja kat KL la."

"Ha??!!! Kat mana? Bila? Ko memanglah, bukannya nak bagitau." "Aku start keja Isnin nih. Kat Taman Tun." "Oits! Dekatlah ngan opis aku. Eh! Bila ko berenti ke keja kat Kuantan tuh?" "Lama dah berenti. Dua bulan dah. Opis ko kat Damansara kan?" tanya Farah. "Dua bulan??? Apsal ko berenti? Dahlah member-member semua tak tau citer pasal ko. Senyap je akhir-akhir nih. Ingat ke dah kawin dah." "Hehehe.. Nak kawin ngan sapa gak. Mana der boifren. Sorrylah tak contact korang. Aku sakitlah." "Sakit? Sakit apa? Apsal kitorang tak tau?" "Nantilah aku citer lain kali." "Okay. Nanti kita kuar ramai-ramai ngan yang lain yek." "Set. Aku pun dah lama tak jumpa budak-budak tuh. Rindu gak nak berkumpul. Apa citer arr bebudak tuh semua?" "Ko tau dak Ayin dah pregnant." "Ha!!! Pregnant dah Ayin? Hak hak hak.. Fitri nak jadik bapak budak lah yek. Cam tak caya je aku. Diorang duk mana aaa?" Farah tumpang seronok dengar kawannya nak menimang anak. Zarina dan Fitri keduaduanya kawannya masa kat universiti dulu, tapi Fitri tu senior lah, Zarina je yang satu batch. "Diorang duk USJ. Aku pun bantai gelak masa dia bagitau aku. Edlin still kat Motorola lagi." "Ermm.. Budak-budak laki apa citer lak?" tanya Farah. "Yang rajin contact aku si Zahid la. Dia nyer opis kat PJ. Dia duk serumah ngan Kaer ngan Adam. Eh! Tak silap aku Adam keja kat Taman Tun gak." "Ha? Mamat tuh keja kat Taman Tun gak? Ish! Punyalah besar Malaysia nih, kat situ gak dia nak keja. Eh! Jap, dia pakai GTI yek?" "Ha'ah! Mana ko tau?" "Hmmm... Aku rasa dialah tadi yang nyaris nak langgar aku. Awal-awal dah carik pasal. Aku ingat takyah dah tengok muka dia pas abih blajar nih. Tensennya aku," geram nada suara Farah. "Wargh..Wargh..Wargh.. Memang ada jodoh la korang dua orang nih. Dari dulu sampai sekarang takleh berpisah." "Uwekkk!!! Tak ingin aku ngan mamat sewel tuh. Aku lagi rela membujang sampai tua. Lagipun, awek kesayangan dia tuh nak campak mana lak." "Ko tak tau ke? Dia dah break ngan awek dia. Balik Malaysia tak sampai sebulan terus break," Nurul bercerita. "Buat apa gak aku nak amik tau pasal dia. Break dah? Padan muka. Mana ada pompuan normal yang boleh tahan ngan dia. Dulu boleh la jauh, terpisah ngan lautan. Bila dah dekat nih, baru pompuan tuh kenal sapa sebenarnya Adam tuh." "Ko nih kan Farah, kalau Adam tuh memang semua buruk. Zahid citer kat aku, bukan pompuan tuh yang dump Adam, tapi Adam yang dump pompuan tuh." "Ah! Pedulilah pasal dia. Malas aku nak dengar citer dia. Anding keja kat ner arr? Dia ngan Edlin bila lak nak kawin?" "Anding keja kat company bapak dia la. Busy je manjang dia tuh, asyik outstation oversea je. Tak tau

lak bila dia ngan Edlin nak kawin. Takde dengar citer lagi." "Oooo... ko ngan Azlan lak bila lagi? Hehehe." "Tak tau la Farah. Mamat tuh tak penah citer pun pasal future. Nak kawin ngan aku ke idak tah dia tuh." "Carik lain jer lah, hehehe," gurau Farah, tapi serius gak sebenarnya. Dia tak berkenan sangat dengan boifren si Nurul tuh. Dia tak pernah la cakap direct, terasa lak member tuh kang. "Pandai la ko. Kata kat orang. Ko tuh, dah ada boifren lom? Sampai bila nak single mingle ha? Orang lain dah beranak-pinak dah." "Aku? Hehehe.. Takde orang nak." "Blahlah, ko tuh yang jual mahal." "Abih, takkan nak jual murah kot," jawab Farah. Memang dia takde pengalaman langsung bab cintan-cintun nih. Tapi selalu lak jadi penasihat orang bercinta, pelik betul. "Eh! Tak ke jauh ko nak ulang-alik Ampang ngan Taman Tun tuh? Jem lak tuh." "Dah nak wat camne. Terpaksa la." "Kita carik umah sewa nak," ajak Nurul. Dia pun duduk menumpang rumah makciknya di Sri Damansara. "Menarik gak tuh. Nanti la kita jumpa. Discuss semula." "Oraits. Bila nak jumpa?" "Weekend nih takleh arr. Ermm.. Opis ko dekat Damansara jer kan. Nanti la kita jumpa pas kerja." "Set." Selepas berborak panjang dengan Nurul, Farah ke ruang tamu, duduk bersama keluarga Mak Lang yang sedang menonton tv. Mereka berbincang tentang Mira dan Kimi. Farah dah mula kerja, sape nak jaga diorang, maid Mak Lang tak tau bila balik. Kata putus diambil, atuk dengan nenek datang KL, jaga budak-budak tuh buat sementara waktu. Farah turut bagitau yang dia nak carik rumah sewa dekat dengan area ofisnya, bersama Nurul. Nasib baiklah family dia kenal Nurul, jadi senanglah sikit nak mintak kebenaran ibu untuk tinggal di rumah sewa. -------------------------------------------------------------------------------------------------Hari pertama kerja di company baru. Pagi lagi Farah bertolak dari Ampang untuk ke Taman Tun. First day kerja, mana boleh sampai lambat, bad impression la pulak kang. Farah memandu keretanya melalui lebuhraya bertingkat, kemudian keluar ke Jalan Tun Razak, terus hingga ke Jalan Kuching dan tembus ke Sprint, hinggalah sampai ke Taman Tun. Dah park kereta, Farah melihat jam di tangannya. Laaa.. Baru kul 8.15. Awal sangat la pulak sampai. Nak buat apa nih yek. Nak tunggu sampai kul 9. Nak pergi breakfast, tak best lak makan sengsorang. Lagipun dia tak lalu nak makan, sebab berdebar sangat. Untuk menghabiskan masa, Farah membaca komik Garfield yang memang sengaja disimpan dalam kereta, in case of emergency macam ni lah.

10 minit sebelum pukul 9, Farah pun berjalan menuju ke ofis barunya. Aiseh! Tak boleh masuklah pulak, pintu masih kunci. Kalau nak masuk bukan time office hour, kena pakai access card dan key in pin number. Jadi Farah pun duduklah kat situ, menunggu jam 9. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang agak familiar mukanya berjalan menuju ke arah Farah. Sampai je di sisi Farah, lelaki tu pun menegurnya. "Hai." "Hai." "You datang interview sekali ari tuh kan?" "Ha'ah. You pun dapat yek?" "Yup. Sorry la, forgot your name." "It's okay. Farah. And you are?" "Faizal, but you can call me Bob. Rasa peliklah kalau orang panggil Faizal, hehehe." "Okay. Hmm.. Bila diorang offer you keja?" "Last Friday. Terkejut jugak. Ingatkan diorang panggil interview. Tapi lepas abih interview jer, Encik Ramli hulur tangan, cakap congrats, dapat keja." "Samalah kita. Farah pun terkejut gak masa dia cakap dapat keja tuh. Cam tak percaya je." "First job ke nih?" tanya Bob. "Taklah, before this keja kat Kuantan. Lepas tuh berenti, sempat la nganggur 2 bulan. Bob?" "First job nih. First interview terus dapat. Berdebar nih nak start keja." "Bertuahlah tu, takyah nganggur lelama. First interview terus dapat. Alaa.. Farah yang dah penah keja pun berdebar nih nak masuk tempat baru," kata Farah. Hmmm... Bob mesti lagi berdebar, first time kerja. "Nasib baik Farah ada, tak adalah sengsorang budak baru." Tak lama kemudian receptionist sampai.Dia mempelawa Farah dan Bob duduk di sofa di dalam ofis, sementara menunggu Encik Ramli. Sempatlah Farah dan Bob berborak dulu, jadi sessi suai kenal pulak. Masa interview ari tuh mana ada masa nak bercakap, setakat senyum jelah. Lebih kurang pukul 9.15, Encik Ramli dan Puan Fatimah muncul. "Apa khabar?" tegur Encik Ramli. Barulah dengar dia cakap melayu. Masa interview hari tuh memang 100% guna english. "Baik," jawab Bob dan Farah serentak. "Come, I'll show you your place." Mereka berdua mengekori Encik Ramli dan Puan Fatimah, sampai ke sebuah pintu yang tertutup. Encik Ramli menggunakan access card untuk membuka pintu. Mereka masuk ke sebuah bilik. Ada lebih kurang 15 biji komputer dalam bilik tersebut, dan dua buah bilik lain. Ada lagi satu pintu di sudut lain bilik.

"Ni tempat kamu berdua," Encik Ramli menunjukkan ke arah dua meja sebelahmenyebelah, yang masing-masing mempunyai PC pada Farah dan Bob. Meja-meja lain masih kosong, kecuali meja yang membelakangi meja Bob, ada seorang perempuan duduk di situ. "Nih Mas, salah sorang Software Engineer kat sini. Yang lain-lain belum datang lagi." Mas berdiri dan menghulurkan tangan pada Farah dan Bob sambil tersenyum. "Mas." "Farah." "Faizal." Masing-masing memperkenalkan diri. Mas kemudian kembali duduk menghadap komputernya. "Form yang saya kasik hari tu ada bawak tak?" tanya Encik Ramli. "Ada." "Okay, ikut saya." Encik Ramli masuk ke salah satu bilik yang ada dalam tu, diikuti oleh Farah, Bob dan Puan Fatimah. Mereka kemudian dijemput duduk kat kerusi yang ada. Encik Ramli pun kemudian bagi briefing tentang tugas mereka di situ, dan kadang-kala disampuk oleh Puan Fatimah. Dia juga menerangkan tentang tempoh percubaan, selama 6 bulan, office hour, access card yang akan diberikan kemudian, cuti tahunan, cuti sakit, claim, dan juga menjawab soalan-soalan dari Farah dan Bob. Kemudian dia memberikan surat perjanjian pada Farah dan Bob, ada dua salinan, satu untuk pekerja, dan satu diberikan kembali pada Encik Ramli. Encik Ramli memberi peluang Farah dan Bob membaca surat perjanjian tersebut, yang turut menyatakan gaji mereka semasa tempoh percubaan. Setelah berpuas hati, Farah dan Bob menandatangani surat perjanjian tersebut. Mereka keluar dari bilik Encik Ramli. Bilik yang satu lagi yang tadinya gelap dan pun terang. Di ruang utama pun dah kelihatan 2-3 orang pekerja lain, selain daripada Mas. Tapi Encik Ramli tak memperkenalkan mereka, sebaliknya dia terus keluar melalui pintu yang lagi satu, bukan pintu mereka masuk mula-mula tadi. Kali ni Puan Fatimah tak ikut sekali. Encik Ramli kemudian membawa mereka ke sekeliling bangunan pejabat empat tingkat tersebut. Mereka di bawa berkenalan dengan staff dari department-department lain. Bukan boleh ingat pun semua nama, punyalah ramai. Mr Freddy, manager company mereka bekerja, tak ada di pejabat. Dia memang jarang di pejabat, banyak urusan di luar. Akhir sekali mereka di bawa berjumpa dengan receptionist yang mereka dah kenal tapi tak tau nama. Receptionist yang bernama Rosma menyerahkan access card pada Farah dan Bob, beserta dengan pin number untuk main door. Tiap orang ada pin number yang berlainan. Mereka dibawa kembali ke bilik mereka mula-mula masuk tadi, yang bakal menjadi ofis baru mereka. Kali ni hampir semua meja dah berpenghuni.

"Morning," kata Encik Ramli. "Morning," jawab yang lain, mengangkat kepala memandang ke arah Encik Ramli, Farah dan Bob. Serentak dengan itu, mata Farah bertentang dengan sepasang mata yang amat dikenalinya. Senyuman yang tadinya terpamer di bibir pemilik mata tersebut sekelip mata hilang sebaik saja terpandang muka Farah. Keciknya dunia ni. Macammana lah aku boleh satu ofis dengan dia nih. Satu department pulak tuh. "Saya nak introduce 2 orang staff baru kita. This is Cik Farah Aliya, and yang ni Ahmad Faizal. Care to introduce yourself guys?" Farah mengikut Bob berjalan ke arah semua staff di situ. Mereka memperkenalkan nama masing-masing dan berjabat tangan. Mr Corrie pun ada sekali dengan mereka. "Linda." "Hanif." "Vince." "Siew Yoon." "Rajan." "Asyraf." Adam yang paling last sekali. Selepas Bob berjabat tangan dengan Adam, tinggal Farah bertentang dengan Adam. "Hi Cik Farah," Adam menghulurkan tangannya, senyuman sinis menghiasi bibirnya. Farah dengan terpaksa menyambut tangan Adam. Adam memicit kuat tangan Farah yang tenggelam dalam tangannya yang lebih besar. Berkerut dahi Farah menahan sakit. Dia menggigit bibir, menahan dirinya dari berkata sesuatu. Sabar Farah, sabar. Takpe, mentang-mentang aku baru, tak boleh nak kata apa. "Hi," akhirnya dia berkata. "It's nice to meet you again Cik Farah," Adam melepaskan tangan Farah. Yeah! Right! Nice konon. Sampai nak patah jari aku. Tapi Farah control macho. Kononnya tak sakitlah tangan dia. "You two knew each other?" tanya Vince. "Yup," jawab Adam sepatah. "Of course. You pun grad from UK kan Adam. Kat mana arr?" "Same university with Cik Farah. Same course. But bukan tu saja. She's also my schoolmate." Farah hanya mendiamkan diri, geram dengan nada suara Adam yang begitu menyakitkan hati. Tapi, orang lain tak perasan pun, dia jer yang perasan. Maklumlah, memang dia kenal sangat dengan mamat sewel ni. "Sekolah menengah ke?" "Both sekolah menengah and sekolah rendah. In fact, kitorang satu kampung. And now, we meet again, same office pulak. Unfortunately," perkataan akhir tersebut ditujukan buat telinga

Farah sorang saja, yang lain tak dengar pun. Farah menahan geram. Macamlah aku nak sangat kerja satu ofis dengan dia. Kalau aku tau lah mamat ni kerja kat sini, jangan harap aku mintak dulu. Ah! Tapi, apasal lak aku nak lepaskan peluang kerja sebab mamat nih. Buat rugi aku jer. Lantak dialah. Aku nak kerja gak, bukan dia sorang je. Jadi Farah memaksa senyuman tak ikhlas di bibirnya. "So you guys nih kawan lama la. Long history you got there," sampuk Puan Fatimah. "Wah! Seronoklah yek, satu opis ngan kawan lama. Very lucky," kata Linda. "Ha'ah, very lucky," Adam memandang Farah, bibirnya tersenyum, tapi matanya memandang tajam ke arah Farah, menyampaikan mesej yang berlawanan. Aiseh! Nyampah betullah, kalau gaduh ngan Adam, memang tak boleh pandang mata, nanti mesti kalah. Mamat nih pun tau jer kelebihan dia, selalu gunakan mata dia nak kalahkan aku. Encik Ramli mengambil-alih semula perbualan kemudiannya. Seperti dah dimaklumkan hari Jumaat lepas, Puan Fatimah dan Mr Corrie merupakan project managers, mereka berdua duduk di bilik yang lagi satu tadi, sebelah bilik Encik Ramli. Vince dan Asyraf senior engineer di situ, Rajan merupakan technician, dan yang lain-lain engineer seperti Farah dan Bob. "Okay, back to work guys. Kita sambung sessi suai kenal lunchtime nanti. Kita kuar makan sekali tau ari nih. Farah, Faizal, nanti Rajan setup korang punya PC. Jumpa jap lagi ok." Farah mengambil tempatnya, sementara menunggu Rajan set up PC Bob. Lepas tu baru set up PC Farah pulak. Fuh! Nasib baik dia duduk membelakangi mamat sewel tuh. Tak payahlah menghadap muka dia nak buat kerja, kalau tak mesti hilang mood nak buat kerja. Selepas PC dah di set up oleh Rajan, Farah dan Bob menghabiskan masa surf internet. First day biasalah, mana ada keja. Sementara itu, Adam yang duduk Farah. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah. Minah kerek banyak kerja kat Malaysia nih, kat sini gak dia sangat minah kerek tuh keja kat sini. Buat ilang mood

selang dua meja dari Farah, memandang belakang nih, takde tempat lain ke nak mintak keja. Punyalah nak keja. Encik Ramli pun satu, apsal la amik aku je nak keja.

-------------------------------------------------------------------------------------------------Flashback... Sebenarnya Farah dengan Adam dah kenal lama. Dari kecik lagi. Duduk pun satu kampung. Walaupun tak adalah berjiran, tapi setakat nak jalan kaki dari rumah Adam ke rumah Farah tu tak sempat berpeluh lah. Mereka selalu juga bermain sama-sama masa kecik. Pergi sekolah pun naik satu van. Masa di

akhir-akhir sekolah rendah, mereka mula renggang. Maklumlah, masa tuh ada geng sendiri la kat sekolah, tengah meningkat remaja. Masa nih mereka takdelah bergaduh lagi. Tapi Farah yang agak sihat badannya masa tuh, selalulah jadi mangsa kutukan kawan-kawan Adam. Adam pun turut mengutuk sama, nanti kalau dia tak kutuk, kawan-kawan dia mesti kutuk dia pulak. Biasalah budak-budak masa tuh, mana reti nak jaga perasaan orang. Depan kawan-kawan aje dia kutuk Farah, nak jaga imejlah konon. Maklumlah, masa tuh dia geng glamer. Pengawas sekolah, wakil sekolah bola sepak, dah la cute, mestilah semua orang kenal. Jadi malulah nak kawan dengan Farah. Farah pun glamer gak sebenarnya, sebab dia budak pandai, kiranya best student kat sekolah dioranglah. Tapi dia glamer sebab akademik, jadi takleh masuk geng dengan Adam dan kawan-kawannya. Farah tak pernah menangis bila diorang panggil dia badak, gajah, beruang. Dia buat tak tau jer. Tapi balik rumah, dia menangis sorang-sorang dalam bilik. Dia tak kisah sangat kalau orang lain yang mengata kat dia, walaupun terasa gak, tapi tak sakit hati sangat. Tapi dia sedih sangat bila Adam pun turut sama mengata dia, padahal diorang memang kenal dari kecik lagi. Masuk sekolah menengah, mereka masih di sekolah yang sama, tapi kelas berlainan. Farah berusaha menguruskan badannya. Kalau dia tekad nak buat sesuatu, dia akan berusaha hingga berjaya, kuat semangat dia nih. Hari-hari dia jogging, ditemani kawan baiknya Anis. Makan pun dia jaga. Bila sessi persekolahan bermula, dan Farah menjejakkan kaki ke sekolah baru, dia dah berjaya menguruskan badan. Tapi personaliti dia pun berubah. Dari seorang yang manja, dia dah bertukar jadi brutal. Rambutnya yang lebat dan panjang, dipotong pendek seperti lelaki. Lepas tu dia mula aktif dalam sukan, tak macam sekolah rendah dulu. Walaupun tak bergaduh, Farah dan Adam dah tak bertegur sapa. Adam bila masuk sekolah menengah, masih mengekalkan glamour dia. Maklumlah, budak cute. Ramai la yang nak berkenalanlah, nak jadikan adik angkatlah, baru form 1, jadi adik angkatlah, takleh jadi abang angkat lagi. Farah makinlah meluat dengan Adam, walhal bukan salah Adam pun. Tapi dia masih sakit hati dengan Adam yang menyisihkan dia dulu, dan mengata dia, pastuh, bukan nak mintak maaf pun. Salah seorang dari kawan baik Farah, Lina, minat gila kat Adam. Farah yang sakit hati kat Adam, tak adalah nak halang. Jadi dia terpaksa la sedekahkan telinga dia, dengar cerita pasal Adam. Hari-hari dia tau perkembangan pasal Adam. Apa Adam buat, apa Adam makan. Kalau Adam tegur dia, tersengih satu

hari la minah tuh. Makin lama makin baiklah pulak Lina dengan Adam. Lina punyalah happy dapat respond baik dari Adam, padahal satu sekolah tau Adam nih tak layan sangat budak pompuan nih, tapi dengan Lina Adam layan. Sebenarnya, Adam berbaik dengan Lina, sebab dia nak berbaik dengan Farah. Dia nak sambung balik persahabatan mereka dari kecik dulu. Dia rasa menyesal pulak mengata Farah masa sekolah rendah dulu, tapi dia tak terfikir pulak nak mintak maaf. Kalau mintak maaf kan senang, settle terus. Tapi biasalah, kecik-kecik dah pandai ego. Lagipun, bagi Adam, setakat mengata tuh, perkara kecik je, dia tak tau yang Farah makan hati pasal tuh. Biasalah, belum matang lagi masa tuh. Adam pun tak terfikir yang cara dia nak berbaik dengan Farah, menyebabkan Lina terperasan yang Adam sukakannya. Satu hari, Lina menelefon Farah, sambil menangis. "Apsal ni Lina?" "Adam... Adam... isk... isk.." "Apsal lak ngan Adam?" tanya Farah, dia ingatkan ada sesuatu yang buruk menimpa Adam, bimbang juga dia. Walaupun dia terasa hati dengan Adam, tak adalah dia nak benda buruk terjadi kat Adam. "Smalam kan besday dia. Aku kasik la kad. Dalam kad tuh aku cakap kat dia aku suka kat dia. Pas tuh tadi dia jumpa aku. Dia marah-marah aku. Dia cakap dia tak suka pun kat aku. Dahlah masa tuh aku sorang. Dia ramai-ramai ngan kawan-kawan dia. Kawan dia gelak je kat aku. Adam jahatttt... uhuk.. uhuk..." cerita Lina, tersekat-sekat. "Dia buat camtuh kat ko? Siaplah dia aku kerjakan nanti." "Kau nak buat apa Farah?" "Ko takyah taulah. Dia takleh lepas camtuh je buat kat kawan aku," kata Farah. Farah punya semangat setiakawan nih memang tinggi. Pantang dia kalau ada orang kacau atau sakitkan hati kawan dia. Dahlah dia memang sakit hati kat Adam lama. Simpan jer selama nih, nak carik alasan je untuk meletup. Selepas memujuk Lina, Farah menelefon rumah Adam. "Hello." "Hello. Abang Adi yek? Farah ni. Adam ada tak?" Farah memang kenal dengan keluarga Adam. Adi merupakan abang kepada Adam. "Ooo.. Farah. Kejap yek." "ADAMMMMM!! TEPON!!!!" laung Adi. "Hello." "Adam, aku nak jumpa ko kat air terjun." "Ha? Apsal nih?" tanya Adam, pelik tiba-tiba Farah telefon dia, padahal dah lama mereka tak bercakap. "Adalah. Nanti aku cakap. Sekarang tau," Farah terus meletakkan telefon, kemudian menelefon Anis, nak ajak Anis teman dia jumpa Adam kat air terjun. Sebenarnya air terjun yang

dimaksudkan oleh Farah bukannya besar sangat pun. Tak adalah orang berkelah. Kalau hujan baru ada air, tempat budak-budak selalu bermain, terletak di bukit berhampiran sekolah mereka. Adam berfikir sendiri. Nak pergi ke tidak, nak pergi ke tidak. Nih mesti pasal budak Lina tuh. Huh! Lina tuh yang perasan. Bila masa tah aku cakap aku suka kat dia. Tiba-tiba cakap dia suka kat aku. Tah apa-apa tah. Hmmm..Kalau aku tak pergi, nanti Farah kata aku pengecut lak. Baik aku pegi, bukan salah aku pun, si Lina tuh yang perasan lebih. Adam menunggang basikalnya, menuju ke tempat yang dijanjikan. Sebelum tu dia singgah dulu di rumah kawannya,Shahril, ajak Shahril pergi bersama. Sampai di kawasan air terjun yang takde air tuh, sebab hujan lama dah tak turun, tengok Farah dan Anis dah menunggu. "Apahal?" tanya Adam sebaik saja dia berdiri di hadapan Farah. BUK!! "Aduh!!" Adam jatuh terduduk bila penumbuk Farah tiba-tiba hinggap di perutnya. Tak sempat nak elak, sebab dia tak sangka langsung. "Farah, apa nih," Anis menarik Farah. "Ko nih apahal?" marah Adam, bila dia boleh bersuara semula. Boleh tahan penumbuk budak nih. Senak perut dia. "Ko tanya apahal? Ko tuh suka-suka jer mainkan perasaan kawan aku. Memang tak guna la ko nih," marah Farah. "Nih mesti pasal budak Lina tuh kan. Apsal ko nak marah aku lak. Aku tak penah pun cakap kat dia aku suka kat dia. Dia jer yang perasan. Sapa gak nak," balas Adam. "Tak guna ko." Farah menerkam ke arah Adam, penumbuknya dah sedia untuk menuju ke arah mangsanya. Tapi kali ini Adam sempat mengelak. Mereka mula bertumbuk. Adam lagi teruk kena, sebab dia lagi kecik dari Farah. Masa nih memanglah pompuan lagi besar dari laki. Tenaga pun sama saja. Farah dahlah ahli kelab Tae Kwon Do, kira ada kelebihan lah kat situ. Shahril dan Anis tak tau nak buat apa bila tiba-tiba je Farah dan Adam bertumbuk. Shahril menggaru-garu kepalanya, Anis pula hanya mampu menjerit memanggil nama Farah. Dia tak sangka yang Farah nak bertumbuk dengan Adam. Sangkanya tadi Farah nak marah je kat Adam. Bila dilihat Adam dan Farah masih tak ada tanda-tanda nak berhenti bergaduh, Shahril dan Anis cuba meleraikan mereka. Lagipun mereka berdua dah nampak kepenatan, senang sikit nak leraikan. Tadi takut jugak, tak pasal-pasal diorang lak dapat penumbuk percuma kang. Akhirnya Adam dan Farah dapat

dipisahkan. Shahril memegang Adam, sementara Anis memeluk Farah dari belakang, menghalang Farah dari menyerang Adam semula. "Kalau ko kacau lagi membe-membe aku, siaplah ko," Farah memberikan amaran pada Adam. "Blahlah. Ingat aku nak kawan sangat ngan membe-membe ko. Aku pun tak ingin," balas Adam. "Farah, dahlah tuh," pujuk Anis, takut diorang gaduh semula. Selepas peristiwa tersebut, Adam menjauhkan diri dari Farah dan kawan-kawannya. Pasal pergaduhan hari tu, hanya mereka berdua, Anis dan Shahril saja yang tau. Adam pun tak bagitau pada family dia dengan siapa dia bergaduh. Balik rumah dengan bibir berdarah, mata lebam, lepas tuh luka lagi sebab terkena batu masa berguling gaduh tadi. Tak pasal-pasal balik kena rotan dengan ayah dia pula, sebab bergaduh. Tapi dia tetap tak bagitau yang Farah pukul dia, malulah orang tau kena pukul dengan pompuan, kalah pulak tuh. Dalam diam dia menyimpan dendam pada Farah. Farah lebih bernasib baik dari Adam. Muka dia tak cedera dalam pergaduhan, jadi family dia tak perasanlah. Badan dia jer ada lebam dan sakit akibat pergaduhan tadi. Puas hati dia lepas geram pada Adam. Bukan setakat apa yang Adam buat pada Lina sebenarnya, tapi apa yang Adam buat pada dia sebelum nih. Adam kembali mengutuk Farah selepas kejadian tersebut. Ada saja yang nak dikutuknya. Mereka berdua macam anjing dengan kucing, pantang jumpa mesti nak bergaduh. Tapi tak adalah bertumbuk macam hari tu. Setakat gaduh mulut jelah. Bila masuk form 2, Farah dilantik menjadi pengawas sekolah. Dia sengaja mencari salah Adam dan juga kawan-kawan Adam, menyebabkan mereka selalu didenda. Tapi yang paling Adam bengang, bila dia digantung sekolah seminggu sebab cikgu jumpa kotak rokok dalam begnya. Sangkanya Farah yang sengaja meletakkan kotak rokok tersebut, dan kemudian melaporkan pada cikgu. Padahal dia bukannya merokok. Dahlah kena gantung sekolah, kena rotan lagi, kat sekolah dan juga kat rumah. Farah puas hati bila Adam kena gantung sekolah, padan muka dia. Tapi sebenarnya Farah tak terlibat pun dengan perkara tuh. Dia tahu Adam ditangkap sebab cikgu jumpa rokok dalam begnya. Pelik juga, rasanya Adam tak merokok. Bukan Farah yang letakkan rokok atau report pada cikgu. Walaupun dia selalu mencari kesalahan Adam, tapi untuk memfitnah tidak sama sekali. Sebenarnya Lina yang buat semua tu, tanpa pengetahuan kawan-kawannya. Lagipun dia tau, mesti Adam salahkan Farah. Selepas PMR, Farah dan Adam terpisah. Mereka berdua ditawarkan masuk ke MRSM, tapi

di negeri yang berlainan. Lega kedua-duanya, tak payah tengok muka masing-masing. Jumpa pun masa cuti aje. Takde dah la bergaduh, setakat jeling-menjeling aje, kemudian masing-masing memalingkan muka. Lepas SPM pula, Farah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Adam pula belajar di Malaysia. Nak dijadikan cerita, Adam pun dapat melanjutkan degree kat oversea jugak. Tengoktengok, satu universiti dengan Farah. Bukan setakat tu aje, satu course pulak tuh. Apa lagi, sambung balik la persengketaan antara mereka. Masa nih Farah dah berubah sikit. Perangai masih brutal, tapi penampilan tak adalah tomboy macam dulu. Rambut pun dah disimpan panjang. Dengan kata lain, memang cun lah Farah bila dah besar. Yang jadi kelakarnya, kawan Farah, Edlin, bercinta la pulak dengan kawan Adam, Anding. Farah pun baik dengan housemate Adam yang lain, Zahid, Kaer dan Anding. Dan budak-budak semua pulak tu pulak memang baik dengan housemate Farah, Zarina, Nurul dan Edlin. Jadi selalulah mereka bersama. Kawan-kawan dah tak boleh nak kata apa dah dengan Farah dan Adam. Dua-dua sama degil, tak nak mengalah. Perangai macam budak-budak, padahal dua-dua dah besar panjang. Bila ditanya punca mereka bergaduh, keduanya tak dapat bagi jawapan. Sebab dah lama sangat bergaduh, punca sebenar pergaduhan mereka dah tak dapat nak kenalpasti. Nak cerita kisah masa kecik dulu, malulah pulak. Bila difikir balik, perkara kecik je. Tapi masalahnya, kedua-duanya ego. Pernah mereka yang lain mengusik, kalau gaduh-gaduh ni, nanti ada jodoh. Tapi Farah dengan Adam tak setuju langsung dengan usikan yang lain. Ada jodoh? Jangan mimpilah. Tambahan pula Adam dah pun ada awek, yang belajar di Malaysia. Kenal masa Adam pergi jumpa Shahril, kawan baiknya masa kat kampung, yang belajar kat salah satu universiti tempatan di Malaysia. "LUNCH!!!!" Adam terkejut dari lamunannya. Ceh! Lamanya dia ingat flashback kisah lama. Farah punya pasallah ni, sampai satu keja pun tak buat dari tadi. Sedar-sedar dah tiba lunchtime. Mereka berkumpul di depan pintu ofis. Berbincang nak pergi makan kat mana. Kiranya nak sambut kehadiran staff baru lah ni, keluar makan beramai-ramai. Tapi petang ni, Encik Ramli ada meeting pula, jadi mereka buat keputusan untuk makan di fast food jer. "Sapa nak drive nih?" "Adam, sebab Farah nih kawan ko, jadi ko kena drive satu keta," kata Linda. 'Ek eleh, tak ngaku kawan pun,' bisik Adam sendiri. "Oit! Boleh dak?" tanya Linda bila Adam tak bagi jawapan.

"Boleh je, no hal punya," jawab Adam. 'Nampak sangat tak ikhlas. Macam la aku nak naik sangat keta dia,' Farah pulak kutuk Adam dalam hati. Awal-awal nih, takleh la tunjuk belang lagi, kalau tak, memang dia kutuk aje depan-depan diorang semua nih. Mereka semua pun bergerak ke McDonald Bandar Utama. Situ senang nak park keta, lepas tu tak crowded tempat tu. 3 buah kereta yang pergi, kereta Adam, kereta Vince dengan kereta Hanif. Farah naik kereta Adam bersama-sama Linda dan Rajan. Dia duduk di belakang Adam. Dalam perjalanan, mereka berborak-borak. Farah perasan kadang-kadang Adam memandangnya melalui cermin. Farah mencebikkan bibirnya bila Adam memandang, dan memalingkan mukanya. 'Ceh! Kerek minah ni. Macam la aku nak sangat tengok dia. Aku kasik tumpang keta aku dah nasib baik dah.' 'Apa da mamat biul nih. Pandang aku cam nak telan. Aku korek bijik mata tuh kang baru tau. Ingat aku nak naik sangat keta dia. Ceh! Keta aku lagi best.' 'Balik kang kena cuci la keta aku luar dalam. Biar ilang semua kesan-kesan minah kerek tu.' 'Pas nih jangan harap la aku nak naik keta mamat sewel nih lagi. Mati idup balik pun aku takkan naik.' Macam tulah keadaan Adam dan Farah tiap kali bertemu. Kalau tak bergaduh mulut, dalam kepala otak boleh bergaduh lagi. Yang peliknya, kengkadang diorang boleh baca apa yang sorang lagi fikirkan. Walaupun diorang ni bermusuh, tapi sebab dah lama sangat kenal, jadi boleh tau dah apa yang sorang lagi fikirkan. Sampai di McDonald, Farah pun order favourite meal dia, Fillet O fish value meal. Bila makanan dah siap dia naik ke tingkat atas, menyertai officematenya yang lain. Tengok-tengok, diorang saja je save tempatuntuk dia di sebelah Adam. Yelah, niat diorang baik, nak kasik Farah selesa, jadi bagi dia duduk sebelah orang yang dia dah kenal. Manalah diorang nak tau Adam dan Farah ni musuh ketat. Sapa suruh diorang tak cakap, manalah yang lain nak tau. Farah duduk di sebelah Adam. Okay jugak duduk sebelah, at least taklah nampak muka, fikir Farah. Tapi, tempat la pulak sempit, asyik berlaga siku dengan Adam. Ish! Minah ni, sibuk je siku dia nih, aku nak makan pun susah, Adam menyumpahnyumpah dalam hati. "Ops! Sorry, tak sengaja," padahal sebenarnya sengaja. Adam sengaja menyiku lengan Farah semasa Farah tengah nak minum air. Tertumpah sedikit air, mengenai baju Farah. 'Siyut mamat nih, nasib baik ku pakai baju colour gelap,' Farah mengelap air yang

tertumpah di bajunya. Dalam diam, dia memijak kaki Adam di bawah meja. Ces! Mamat nih tak mengaduh pulak. Tak sakit ke? Tebal sangat kasut dia. Kalaulah aku pakai kasut high heels, baru best, tapi aku tak reti lak nak pakai kasut camtuh, pakai kang ada yang jatuh terpeleot, buat malu lak. 'Minah nih, nak pijak kaki aku konon. Tak sakit sikit pun. Dia ingat dia kuat sangat ke? Masa kecik dulu bolehlah, sekarang sorry, aku setakat jentik je, meraung satu KL nanti.' Farah tak puas hati sebab tak dapat balas perbuatan Adam. api dia tak sempat fikir strategi seterusnya, sebab yang lain-lain asik bertanyakan soalan pada dia dan Bob. Dan dia pun nak tau gak pasal officemate dia yang lain, daripada duk layan mamat psycho sebelah dia nih, baik berkenalan dengan yang lain. Bob dah bagitau kat officemate yang lain supaya panggil nickname dia jer, tak payah panggil Faizal. Lagi pun, memang nama Faizal tak sesuai langsung dengan dia, nama Bob lagi sesuai. Kemudian perbualan berkisar tentang family pula. Bila saja soalan berkenaan ayah ditujukan pada Farah, automatik mukanya berubah, tapi sepantas kilat dia control, dan dengan selamba menjawab ibubapanya dah bercerai, dan dia duduk dengan ibu. Bila yang lain mula tunjuk muka kesian, Farah cakap yang perkara tuh dah lama, dan terus dia tukar topik, bertanyakan soalan lain pada Linda di depannya. Adam tau yang isu ayah agak sensitif pada Farah. Mungkin orang lain tak perasan, tapi dia dah kenal lama Farah. Jadi dia sempat tangkap muka Farah yang berubah, dan badannya yang kelihatan stress sebentar, tapi dengan sekelip mata muka dan badannya kembali relaks macam biasa. Adam pun tak tau kisah sebenar yang berlaku antara ibu dan ayah Farah. Dia pun terkejut mendengar berita tersebut masa dia balik cuti semester. Farah masa tuh ada kat oversea dah, dan dia masih belajar di Malaysia. Dia pelik, sebab nampak macam keluarga bahagia je. Namun dia tak pernah bertanya pada Farah tentang perkara tersebut. Dah nama pun musuh, takkan tiba-tiba nak tanya, tak ke pelik. Tapi Farah memang tak pernah bercerita tentang hal tersebut, walaupun pada housematenya di oversea dulu. Dia taulah, sebab Zahid pernah tanya pada Nurul, Edlin dan Zarina, tapi kata mereka, Farah tak pernah sebut langsung tentang ayahnya. Bila ditanya, dia hanya jawab tak tau, kemudian terus tukar topik. Walaupun Adam menyampah sangat kat Farah, tapi dia tak pernah guna isu perceraian tu sebagai senjata untuk menyakitkan hati Farah. Sejahat-jahat dia pun, masih ada batasan lagi. Pada pandangan orang

lain, Farah nampak macam ambil remeh saja tentang perceraian tu, tapi Adam tau, ada sesuatu yang disimpan oleh gadis tersebut. Dia kenal Farah sejak kecil, dan dia tau betapa rapatnya Farah dengan ayahnya, malah, lebih rapat dari ibunya. Dahlah Farah anak tunggal, memang apa yang dia mintak dari ayahnya selalu ditunaikan. "Ops! Sorry," lamunan Adam terhenti bila terasa pehanya tiba-tiba sejuk. Ruparupanya Farah yang kononnya bangun nak pergi basuh tangan, sengaja menolak cawan kertas yang memang sengaja dia letakkan di hujung meja. Habis air tumpah terkena seluar Adam. Sanggup Farah korbankan air coke yang masih tinggal separuh lagi dalam cawan, semata-mata nak kenakan Adam. 'Cinabeng minah nih,' Adam bangun dari kerusi, dan mengambil tisu, cuba mengesat kesan air pada seluarnya. Nampak macam dia kencing dalam seluarlah pulak. Apsallah aku pakai seluar coklat ari nih. Kalau aku tau minah nih nak masuk opis aku ari nih, memang aku pakai serba hitam, boleh berkabung terus. "Sorry, sorry," Farah membuat muka innocent, dan buat-buat panik. Tapi Adam tak tertipu dengan lakonan Farah tu, memang dia tau minah tu sengaja. "Rasakan. Padan muka ko," sempat Farah berbisik ke telinga Adam, sebelum berlalu dari meja, untuk mengambil tisu. Puas hati Farah boleh balas balik. Ingat aku nak buat donno je ke bila Adam kenakan dia tadi. Mana boleh. Nih Farahlah, mana boleh kalah ngan mamat sewel tuh. Zaaaaassssss! Menyirap darah Adam naik ke muka. Rasa nak cekik-cekik je minah tuh. Tapi nanti kang apa kata yang lain, tambahan lak Encik Ramli pun ada. Ish! Macammana nih, takkan nak masuk balik ofis camnih, malulah. Jagalah minah tuh nanti, takpe, ada banyak masa lagi aku boleh balas. Adam berlalu ke bilik air. Dalam hatinya tak henti-henti mengutuk Farah. Dia mengambil tisu toilet dan mengelap seluarnya, cuba menghilangkan kesan basah dari seluarnya. Tak keringnya buat macam tu. Akhirnya Adam give up ,dan keluar dari bilik air, kembali kepada officematenya yang lain. Nampaknya semua dah selesai makan, mereka pun berjalan menuju ke kereta. "Mama, abang tuh kencing dalam seluarlah," adalah sorang budak kecik dalam lingkungan umur 5-6 tahun menunjukkan jarinya ke arah Adam kepada emaknya. "Syyyyy!!!" pantas mak budak tuh menyuruh anaknya diam, dan tersenyum pada Adam tanda minta maaf. Farah yang berjalan di belakang Adam, tak dapat menahan ketawanya. Padan muka. 'Ces! Malu aku siyut,' Adam berjalan lebih pantas menuju ke kereta. Tiba-tiba je idea nakal timbul di kepalanya. Dia berpaling ke belakang, dilihatnya Farah sedang asyik berborak dengan Linda. Asyik dengar Linda bercakap sebenarnya. Farah tukang dengar aje. Bolehlah ambil peluang

ni nak malukan Farah pula. BUKKK!!!! Macam nangka busuk Farah jatuh berguling, betul-betul depan kaunter order makanan pulak tu. Semua mata memandang ke arah Farah. Nasib baiklah dia pakai seluar, buatnya dia pakai kain, habis terselaklah, tak pasal-pasal free show. "Eh! Farah, tak apa-apa ke?" Linda cuba membantu Linda bangun. "Kau ok ke Farah?" Adam pun turut pura-pura membantu. Dia menghulurkan tangan pada Farah, kononnya nak tolong Farah bangun, tapi ditepis Farah. Farah menghadiahkan satu jelingan tajam pada Adam. Tak guna punya budak. Adam sebenarnya yang sengaja menghalang kaki Farah tadi, menyebabkan Farah terjatuh. "It's okay. Takde apa-apa pun," Farah bangun dari lantai, dan terus berjalan. Malunya masa tu hanya Tuhan yang tau. Farah dah bengang tahap cipan kat Adam, first day dah carik pasal. Aku takkan biarkan aje, kita tengok siapa yang lagi terror nanti. Mulai sekarang, aku declare war. Perjalanan balik ke ofis aman je. Adam dan Farah tak bercakap sangat dalam kereta. Adam memecut GTI nya laju, melepaskan geram dengan menekan pedal minyak hingga hampir mencecah lantai, nak cepat sampai ofis, tak nak Farah duduk dalam keta dia lama-lama, nanti kena tulah tak pepasal. Farah berjaya menghabiskan hari pertamanya tanpa apa-apa lagi kejadian yang tak diingini. Mungkin juga kerana Adam tak ada, keluar bersama Puan Fatimah, Mr Corrie dan Vince untuk berjumpa client. Farah dan Bob tak buat apa pun hari ni, main internet je. Training akan bermula esok. Pukul 5.30 petang, mereka dibenarkan balik. Officemate mereka yang lain masih lagi di ofis, memang begitu selalunya. Walaupun waktu kerja 9 pagi hingga 5.30 petang, tapi disebabkan diorang selalunya masuk lambat, jadi balik lambatlah juga. Bos tak kisah sangat, asal cukup 7.5 jam sehari waktu kerja. Farah tidak terus balik ke rumah. Masuk saja ke dalam kereta kesayangannya, dia terus menelefon Nurul. "Hello, Farah. So, how's your first day?" tanya Nurul, sebaik saja menjawab telefon. "It was a nightmare," keluh Farah. "That bad? Apsal?" "Nanti aku citer kat ko. Kredit tak banyak nih. Ko balik keja kul baper? Kata nak jumpa." "Nak balik la nih, tunggu ko tepon je." "So, nak jumpa kat ner?"

"Ermm... jumpa kat OU la, bole semayang Maghrib kat situ terus." "Oraits. Aku gerak sekarang dari opis nih. Sampai OU kang call la." "Wokeh." Farah meletakkan telefon, dan memandu ke One Utama. Sedang elok dia sampai, Nurul pun telefon, dah sampai pun. Diorang janji untuk berjumpa di Starbuck. "Nurulllll," Farah menjerit memanggil Nurul, bila dilihat kawannya itu sedang tercari-carinya. "Farahhhhh!!!!" Nurul menerpa ke arah Farah, macam dah bertahun-tahun tak jumpa. Padahal tak sampai setahun. Mereka tak ambil pusing mata-mata yang memandang. Peduli apa, bukan ganggu orang lain pun. Selepas order minuman, mereka pun cari tempat nak duduk. "So, apsal ngan keja ko? Tak best ke?" tanya Nurul, menghirup airnya. "Guess who satu tempat keja ngan aku," kata Farah. "Hmmm... sapa? Manalah aku reti nak teka-teka. Kasik lah klu skit. Tak pun kasik tau je la terus. Senang cite." "Aku dah kasik klu kat ko. My worst nightmare, sapa lagi." "Adam?" tanya Nurul. "Ha'ah, tensennya aku," kata Farah, muka pun bengang, menunjukkan rasa tak puas hatinya. "Harkk... Harkk... Harkkk...." Nurul ketawa terbahak-bahak, siap ketuk meja lagi. "Oittt!!! Apa ko nih. Gelak pulak," marah Farah, bertambah bengang bila Nurul gelakkan dia. "Dahlah tuh wei, buruk la ko gelak. Malulah semua orang tengok," sambung Farah, bila Nurul tak berhenti lagi gelak, kuat lak tuh. "Keh keh keh... Lawak, lawak. Nih member-member lain tau nih mesti bantai gelak gak," akhirnya Nurul bersuara bila dah reda sikit gelaknya. "Ko nih, aku tengah tensen giler nih, ko boleh gelakkan aku lak," marah Farah, merajuklah pulak. "Mana tak lawaknya. Dalam ramai-ramai manusia kat Malaysia nih, ngan dia gak ko nak keja.Tuhan nak tunjuk la tuh. Kena berbaik dah ngan dia." "Apalak aku nak keja ngan dia. Aku memula nampak muka dia kat opis tadi, rasa cam nak kena heart attack dah. Huh! Nak berbaik? Sorrylah, awal-awal dah pedajal aku ko tau," Farah bercerita. "Apa pulak dia buat kat ko?" Farah pun berceritalah apa yang terjadi tadi. Kononnya nak minta simpati dengan Nurul. Tapi bukan kawannya nak kesiankan dia, sambung gelak balik adalah. Dah memang lawak, nak buat camne. "Alalalala... merajuklah tuh. Jangan lah marah. Dah memang lawak, terpaksa la aku gelak. Korang nih, sedar tak dah besar panjang? Nak gaduh cam bebudak lagi. Malu la sket. Membermember lain dah jadik mak budak, bapak budak, korang still jadi budak-budak," Nurul cuba menasihati Farah, walaupun dia tau takkan jalan nasihat dia. 3 tahun di UK, diorang dah buat macam-macam nak kasik mereka berdua berbaik, tapi tak jadi gak. Degil betul kedua-duanya.

"Dahlah, malas la aku nak ingat pasal mamat tuh. Takde faedah gak. Citer pasal lainlah. Camne umah sewa nih? Jadi dak?" "Aku okay jer. Tak best gak lelama duk umah makcik aku. Walaupun family, tapi, lagi best kalau duk sendiri kan." "So, kita nak duk berdua je ke? Or nak carik orang lain lagi? Nak carik kat area mana? Budget ko berapa?" sekaligus semua soalan Farah tanya. "Sabar, sabar, satu-satulah. Apa da ko nih. Hmmm... aku dah tanya Edlin, dia kata dia minat gak nak duk sekali. Opis dia kat Tropicana." "Ok gak tuh, tak best la kalau duduk ngan orang tak kenal. So, area mana nak carik. Kita carik apartment lah yek." "Ermmm... kat Sri Damansara, ada banyak apartment, pas tuh sewa pun not bad. Kita try carik situ nak?" "Lerrr... dekatnya ngan umah makcik ko, baik takyah pindah." "Alaaa... senang sket nak cilok barang, hehehe.. Kita tengoklah dulu area situ. Lagipun situ tak sibuk sangat. Takdelah berserabut." "Bila kita nak carik?" "Kita tengok dulu iklan dalam paper or internet. Then weekend nih kita gi cari nak?" "Boleh je. Ajaklah si Edlin skali." "Nantilah aku ajak dia." Farah dan Nurul berborak lagi, berbincang tentang rumah sewa, dan kemudian topik bertukar, bercerita perihal life mereka sekarang, kawan-kawan mereka, pasal rancangan tv pun masuk gak. Maklumlah, lama tak jumpa. Kat telefon tak sama dengan jumpa real life. -------------------------------------------------------------------------------------------------Adam sampai ke rumahnya bila hari dah pun gelap. Habis jumpa client tadi, dia balik semula ke ofis, menyiapkan kerja yang tergendala pagi tadi akibat duk teringat kisah lama. Minah kerek tu punya pasallah, sempat lagi Adam nak salahkan Farah. Nasib baiklah masuk ofis tadi, Farah dah takde, aman sikit dia nak buat kerja. Perut Adam dah berkeroncong macam-macam lagu dah. Dia menaiki tangga, menuju ke arah rumahnya di tingkat 3. Ish! Bestnya bau, sapa yang masak ni, rasa macam nak ketuk je pintu, mintak sikit. Lapar gila nih. Ah! Ajak budak-budak nih kuar makanlah. Tak pun tapau kat luar. Tak kisahlah, yang penting perut dia perlu diisi. Masuk saja ke rumah, dilihatnya Zahid sedang terbongkang depan tv dengan T-Shirt dan kain pelekat. Kat sebelahnya ada mangkuk kosong, bau macam Maggi je. Kaer tak nampak batang hidung, dalam bilik kot.

"Weh! Apsal muka ko cam putus cinta jer nih. Aku rasa ko takde awek pun, camne nak putus cinta," tanya Zahid, sebaik saja nampak muka Adam yang monyok je. "Putus cinta apanya. Ko tau dak, sepanjang aku kerja kat company aku skang, ari nihlah ari paling malang sekali." "Apahal lak? Ko kena marah ngan bos? Kena potong gaji? Kena buang keja?" sampai ke situ pulak si Zahid. "Tak." "Dah tu? Apasal?" tanya Zahid, menggaru-garu kepalanya, takde idea dah nak teka. "Ari nih ada budak baru kat opis aku." "Apsal, ex-girlfriend ko keja situ ke?" tanya Zahid, tapi tak mungkinlah. Exgirlfriend Adam cikgu, takkan tukar profession lak. "Tak, lagi dasat dari tuh." "Apa dia. Cakap jelah, nak main teka-teka lak ngan aku," Zahid dah malas nak meneka. Otak dia dah penat kerja satu hari, malam nak relaks lah, takde masa nak main teka-teki dengan Adam. "Banyak-banyak company kat Malaysia nih, minah kerek tuh mintak keja kat tempat aku. Siyut betullah, pastuh first day dah nak berlagak," Adam meluahkan rasa tak puas hatinya. "Farah?" tanya Zahid, macam tak percaya. Setau dia, Farah keja kat Kuantan. Tapi, setau Zahid, Farah sorang je yang Adam panggil minah kerek. Sepanjang dia kenal Adam dan Farah, nak dengar Adam sebut nama Farah pun susah, asyik-asyik panggil minah kerek. "Ha'ah. Kalau ikut hati, on the spot tadi aku resign. Tapi aku lak rugi kang." "Warghhh... warghhhh... warghhh...," Zahid bantai gelak sampai terguling-guling atas carpet. Tangan dia siap tekan perut lagi, kuat sangat gelak. "Oittt!!! Kurang asam ko. Apsal ko gelak lak," bengang Adam melihat reaksi Zahid. "Memang tak boleh berpisah la korang. Warghhh... Warghh... Warghhh...." "Tak gunalah ko nih," marah Adam, berlalu masuk ke dalam bilik, meninggalkan Zahid yang masih terguling gelak. Baik aku mandi, kasik sejuk sikit badan. "Tit tot tit tot tit tot..." Telefon Zahid berbunyi, dia menjawab panggilan, dengan sisa-sisa ketawa yang masih tinggal. "Weh! Zahid. Nak mintak tolonglah." "Apa dia?" "Aku nak carik umah sewalah. Ko tolong tengok kat area umah ko ada kosong ke idak. Kat situ murah je kan sewa?" "Ko nak pindah ke? Nak duk ngan sape?" tanya Zahid. "Aku nak sewa ngan Farah ngan Edlin. Eh! Lupa nak cakap kat ko. Farah dah pindah keja KL," Nurul memberitahu Zahid. Tak semena-mena Zahid ketawa. "Warghh,,, Warghh,,, Warghhh." "Laaa.. apahal ko nih. Apa yang lawaknya?" "Aku tau Farah keja KL. Adam baru kasik tau. Ko tau dia keja satu opis ngan Adam?" "Tau, dia baru citer kat aku. Tadi aku jumpa dia. Aku gelak bila dia cakap dia keja ngan Adam.

Merajuk dia." "Aku tadi gelak sampai guling-guling. Adam for sure bengang gila. Biar diorang rasa keja satu tempat. Aku nak tengok sampai bila diorang bergaduh." "Hmmm... musykil aku camnelah diorang boleh keja sekali." "Ada jodoh la tuh, heheheh," kata Zahid. "Ko giler ke? Kalau diorang kawin, agaknya hari-hari pinggan mangkuk melayang kat umah." "Mana kita tau kan. Orang cakap, kalau slalu gaduh, nanti ada jodoh. Lagipun diorang berdua tuh melampaulah, dah bertahun-tahun gaduh. Padahal sekampung." "Susahlah, dua-dua keras kepala. Eh! Abih lak kredit aku citer pasal diorang. Biar jelah diorang dua tuh gaduh, last-last nanti tersungkur gak." "Eh! Farah nak ke duk kat area umah aku. Takkan dia nak duduk dekat Adam. Tapi, atas umah aku kosong, baru je pindah keluar minggu lepas. Ko nak aku tanyakan ke?" "Menarik gak tuh. Ko tolong mintak number tepon tuan umah. Lagipun area umah ko dekat ngan opis kitorang semua. Takpelah, aku tak kasik tau kat Farah yang ko duk situ gak, dia bukan tau ko duk mana. Dah settle semua baru aku cakap." "Mengamuk dia kang nanti." "Alaaa... taulah aku ngan Edlin nak buat." "Hehehe... kalau ko jadi duk kat sini, jadi belangkas la budak berdua tuh. Ofis dahlah sama." "Hhehehe... takpe, kita tengok Perang Dunia ke 3 meletus nanti." -------------------------------------------------------------------------------------------------Hari kedua kerja, Farah dan Bob mulalah training, di bawah Mr Corrie. Terpaksalah Mr Corrie masuk awal hari tu, selalunya selagi tak tengahari, jangan harap nak nampak muka dia kat ofis. Pagi tu Mr Corrie ajarlah apa-apa yang patut. Kemudian dah penat Mr Corrie bercakap, dia pun bagilah sikit latihan untuk budak berdua tu buat, sekali dengan 4-5 document yang perlu dibaca untuk membantu. Kalau tak paham diorang boleh tanya Mr Corrie atau rakan sekerja yang lain. Hari-hari berikutnya, Farah meneruskan training dengan Mr Corrie. Lain kerja dia sekarang dengan yang dulu. Masa kat Kuantan dulu, dia terlibat dengan hardware. Tapi, company dia kerja sekarang, buat business application software. Jadi banyaklah benda baru Farah kena belajar. Dia pun rajin bertanya pada Encik Corrie dan officemate yang lain, kecuali Adam. Seminggu dia kerja di situ, ada aje benda jadi antara dia dengan Adam. Kalau keluar makan sekali, diorang tak lagi duduk dekat-dekat, kalau boleh, kalau sorang duduk hujung sana, yang sorang lagi duduk hujung sini. Jadi tak ada lagi kejadian tak diingini berlaku masa makan. Farah pun sanggup volunteer drive bila diorang pergi makan kat kedai yang jauh sikit dari ofis, semata-mata nak mengelakkan diri dari menaiki kereta Adam lagi.

Setakat ni mereka berdua takde lagi gaduh terang-terang, tapi ada je cara diorang duk pekena sesama sendiri senyap-senyap. Ada sekali tuh, Farah baru je lepas buat air, nak masuk balik ke ofis. Satu tangan pegang mug, satu lagi pegang access card, kena slide baru boleh bukak pintu. Adam kebetulan baru sampai ofis, nampaklah Farah nak masuk ofis juga. Dia pun slide dia punya card, lepas tu buka pintu untuk masuk ofis, kemudian dengan selambanya dia tutup semula pintu, betulbetul depan muka Farah. Terpaksalah Farah guna access card dia untuk slide dan buka pintu. Lagi satu kes, berebut parking. Adam kebetulan datang awal ari tuh, sebab ada meeting sebelah pagi. Farah memanglah datang awal, maklumlah, budak baru katakan. Tunjuk baiklah kan. Farah yang dah siap kasik signal, nak masuk parking tuh, Adam yang datang dari arah bertentangan, terus je parking kat tempat Farah nak park tuh. Dahlah signal pun tak bagi, saja je dia. Padahal banyak lagi tempat lain kosong, saja je nak carik pasal. Farah rasa macam nak calar-calar je GTI Adam, tapi dia takdelah sejahat tu, jadi tak buatlah, setakat sumpah seranah je Adam. Ada lagi satu kejadian, Adam baru keluar dari ofis mereka, nak pergi ke department lain, Farah pula baru keluar dari toilet, nak masuk semula kat ofis. Kebetulan tak ada orang masa tu kat luar. Kat tangan Adam penuh dengan file dan kertas. Farah sengaja langgar Adam, habis berterabur file dengan kertas jatuh ke lantai. Farah cepat-cepat masuk ke ofis, meninggalkan Adam mengutip sendiri file dan kertas yang berterabur. Bengangnya Adam, satu kerja pula dia nak susun semula file dan kertas tu, dahlah banyak, cerewet pula tu nak susun balik. Nak masuk toilet pun berebut diorang berdua nih. Toilet ada banyak kat ofis mereka, semua unisex punya toilet, so laki pompuan guna toilet sama jelah. Kengkadang tu saja jer, toilet lain kosong, diorang nak berebut toilet yang sama gak, siap tolak-tolak lagi. Macam budak kecik je gelagat mereka berdua nih. Sekali tuh, balik kerja sekali, sempat lagi diorang race, sebelum Adam membelok ke arah lain. Tak masuk lagi diorang duk pijak kaki sesama sendiri kalau berselisih jalan. Memang takde keja sangatlah diorang berdua nih, kalahbudak kecik gaduh. Hari ketiga kerja, Farah dan Bob dapat mereka punya company email. Yang Farah bengangnya, orang pertama email dia adalah Adam. Setakat nih mereka tak berpeluang lagi berdebat depan-depan, jadi Adam pun lepaskan rasa tak puas hati dia pada Farah melalui email. From

: Adam

To : Farah Subject : Oit Minah Weh! Ko takde tempat lain dah ke nak mintak keja. Nak ikut aku gak. Menyibuk je ko keja sini. Tak aman dah ofis nih. From : Farah To : Adam Subject : Re: Oit Minah Oit mamat berlagak. Ko ingat aku nak keja sangat ngan ko. Kalau aku tau awal2 ko keja sini, tak hingin aku mintak sini. From : Adam To : Farah Subject : Re: Oit Minah Dah tuh, tau aku ada sini. Apsal ko tak berenti je. Senang citer. Takyah aku tengok muka ko lagi. Tenteram idup aku, takdelah mimpi ngeri lagi memalam. From To Subject

: Farah : Adam : Re: Oit Minah

Apa lak aku kena berenti. Ko tak nak keja ngan aku, ko lah yang berenti. Abih, ko ingat muka ko tu ensem sangat ke aku nak tengok. Lagi baik aku tengok muka orang gila dari tengok muka ko. From To Subject

: Adam : Farah : Re: Oit Minah

Aku keja sini dulu, jadi ko lah yang kene berenti. Ada beribu lagi company kat M'sia nih. Kat company aku gak ko terhegeh-hegeh. From To Subject

: Farah : Adam : Re: Oit Minah

Oit mamat biul, ko ingat aku terhegeh-hegeh sangat ke nak keja ngan ko. Berlagak nak mampus, macam lah company ko. Blahlah, dulu ko ikut aku sampai kat UK tuh hape? Aku tak suruh ko tukar pun. Blahlah ko, ingat bagus sangat ke. Sejak Farah dapat email company, itulah kerja mereka. Tak boleh gaduh depan-depan, melalui email pun jadilah. Penuh mailbox Farah dengan nama Adam, begitu juga Adam, nama Farah beratur dalam inbox dia, kalah orang bercinta. Hari Jumaat, Farah keluar lunch bersama Linda, Mas, Vince dan Rajan. Siew Yoon keluar bersama

boyfriend, dan pekerja lelaki lain keluar untuk sembahyang Jumaat. Lega rasanya Farah, tak payah tengok muka Adam masa makan, barulah selera sikit dia nak makan. "Weh! Ingat sket nak tapau untuk Adam," kata Rajan. "Aik! Dia tak gi makan terus ke pas semayang?" tanya Mas. "We are going to Shah Alam petang ni. Maybe dia takut tak sempat," Vince yang menjawab soalan Mas. "Oooo... Okeh. Dia kem apa?" tanya Linda pula. Mereka semua makan nasi campu tengahari tu. "Tah, dia kata bungkus je la lauk apa-apa," jawab Rajan. "Aku cukup nyampah tul lah kalau orang cakap beli apa-apalah, pastuh nanti komplin lak." "Biarlah dia komplin, sapa suh tak cakap nak lauk apa." "Alaaa.. beli jer lauk apa-apa, tapi yang penting ada sambal belacan je. Gerenti dia tak komplin." Semua mata memandang ke arah Farah. Erk! Macammana spontan je mulut dia boleh bagitau favourite Adam. Dia pun tak perasan yang dia tau kesukaan Adam. "Lupa lak Farah kenal Adam lama kan. Mesti tau dia suka apa," kata Rajan. Farah tak tau nak jawab apa, jadi dia sekadar tersenyum, tuh pun dipaksa. Tak puas hati sebab dia tau apa musuh ketat dia suka. Bukan sengaja dia nak ambik tau, tapi 'ter'tau. "Farah, nak tanya sket boleh?" Linda bertanya. "Tanya je lah," jawab Farah. Pelik tul lah, nak tanya pun kena mintak kebenaran ke. "Adam tuh ur ex-boyfriend ke?" "Uhuk! Uhuk! Uhuk," tersedak Farah yang sedang minum air masa tuh. Nasib baik tak tersembur ke muka Vince yang duduk di depannya. Terkejut gila dia dengan soalan cepu mas tuh. Gila apa. Aku dengan Adam? Camne lah Linda boleh terpikir macam tu. "Well?" tanya Linda, setelah keadaan kembali reda, dan Farah pun dah lega selepas tersedak tadi. Kali nih Linda pastikan yang Farah tak minum atau makan, kang tersedak lagi budak tuh. "No way. Me and him? Absolutely impossible," Farah menggelengkan kepalanya, bersungguh-sungguh menidakkan pertanyaan Linda. "Betul ke?" "Yup. Apsal tetiba Linda tanya camtuh?" tanya Farah, pelik dengan soalan Linda. "Well, ada something tak kena between you two. The air around you two sizzle everytime you two met. That's why I wonder." "Hmmm.. tu lah, bukan ke Farah dengan Adam dah kenal lama? Tapi sebab apa jarang bercakap?" Mas pula bertanya. Sebenarnya satu ofis mula tertanya-tanya tentang mereka berdua. "Ermm... Actually. Kitorang berdua memang tak baik pun." "May I ask why?" "Errr... cerita lama. Kitorang ada selisih faham sikit," jawab Farah. "Korang tak pernah couple ke?" "Nope. Definitely not," tegas Farah. Cerita tentang mereka berdua terhenti di situ. Officematenya yang lain masih tertanya-tanya sejarah Farah dan Adam. Namun mereka segan untuk bertanya lebih lanjut. Baru saja kenal, takkan nak tanya pasal hal peribadi kot.

-------------------------------------------------------------------------------------------------Selesai sembahyang Jumaat, Adam terus balik ke ofis, sementara Hanif, Asyraf dan Bob ke kedai makan. Dia nak buat persiapan sikit sebelum keluar jumpa client petang ni dengan Vince. Sampai saja di ofis, dilihatnya dah ada bungkusan makanan di atas mejanya yang dia pesan pada Rajan tadi. Oleh sebab dia malas makan di lounge, dia mengambil sudu dan garfu, dan kemudian makan di mejanya sahaja. "Okey ke lauk tuh?" tanya Rajan, melihatkan Adam membuka bungkusan nasi bungkusnya. "Wokeh je. Uih! Ada belacan, ini sudah bagus. Terror ko, tau selera aku," balas Adam. "Farah yang cakap ko tuh favourite ko," sampuk Linda yang duduk di sebelah meja Adam. Adam yang baru nak menyuap nasi ke mulutnya terhenti. Dia memandang ke arah Farah yang Farah buat tak tau aje, langsung tak menghiraukan perbualan yang lain, walaupun dia dengar namanya disebut. Kalau tak dengar tu memang pekaklah. Adam tak dapat tengok riak muka Farah, sebab tempat duduk Farah membelakangi Adam. Terkejut dia dengan kata-kata Linda tadi. Hmmm... Minah kerek tuh tau aku suka apa. Bila difikirkan balik, logik jugak Farah tau favourite dia. Walaupun mereka bermusuh, tapi mereka sentiasa bersama. Lebih-lebih lagi masa belajar di luar negara dulu. Nak cari sambal belacan manalah ada kat sana. Jadi kenalah buat sendiri. Tapi Farah punya sambal belacan lah yang paling power. Setakat nih dia belum jumpa lagi yang boleh lawan Farah punya sambal belacan, walaupun mak dia sendiri. Farah punya sambal memang ada 'kick' lah, tapi dia tak pernah puji lah depan Farah, ataupun depan kawan-kawan dia yang lain. Nak mampus kena kutuk. Biarpun dia menyampah kat minah tuh, tapi kalau minah tu buat sambal belacan, memang dia tak tolak, tak ada malu-malu nak makan. Apa rahsia tah minah tuh guna. Tiba-tiba rindu pula nak makan sambal belacan Farah. Tapi takkan nak suruh dia buat untuk aku kot. Malam sikit. "Farah, Bob, masuk bilik saya," Mr Corrie tiba-tiba menjeguk muka dari pintu biliknya. Ada training barulah tu nak diberikan pada Farah dan Bob. Adam terus menyambung menghadap rezeki di depan mata. Berselera dia makan, tambahan ada sambal belacan. Tapi takleh tandinglah minah kerek tuh punya sambal. Kalau dia bukak kedai makan, hari-hari aku pergi makan kedai dia, biarlah musuh aku pun. Sambal belacan Farah punya pasal, dia tak kisah punya masuk ke kedai musuh.

"Weh! Adam, aku nak tanya sket," kata Linda, sebaik saja Adam dan Bob masuk ke bilik Mr Corrie dan Puan Fatimah, dan pintu ditutup. "Pedia? Tanya jelah. Sejak bila ko pandai mintak kebenaran nih," kata Adam, meneruskan suapannya. "Ko ngan Farah penah bercinta ke?" Linda cuba mengorek rahsia dengan Adam pula. Bila dengan Farah tadi dia seganlah nak tanya lebih-lebih, tapi dengan Adam bolehlah dia nak korek, dah lama jugalah kenal, dekat setahun dah. "Uhuk!!!" tersembur nasi dalam mulut Adam. Ish! Abih rezeki berterabur. "Apa ko kata tadi?" tanya Adam, meminta kepastian. Dia silap dengar ke soalan Linda tadi hah. Officemate yang lain memberhentikan kerja mereka, memandang ke arah Linda dan Adam. Semuanya berminat nak tau. "Ko ngan Farah pernah bercinta ke?" ulang Linda, pekak ke apa mamat nih. Aku duduk sebelah dia je takkan tak dengar. "Ko nih sawan ke apa?" tanya Adam kembali pada Linda. "Lerrr.. apsal lak. Salah ke soklan aku." "Takkanlah pasal dia tau aku suka apa, korang ingat aku bercinta." "Bukan pasal tulah. Hmmm... tapi betul gak apa ko kata tuh. Dia tau apa ko suka. Ko pun mesti tau apa dia suka kan." "Jangan mengarutlah ko," jawab Adam. Sebenarnya memang dia tau pun apa Farah suka. Dia tau minah tuh suka makan makanan pedas, dan juga assam laksa. Apa tidaknya, masa di luar negara dulu, hampir tiap minggu minah tuh masak assam laksa. "Ko tak jawab lagi soklan aku. Ko pernah bercinta ke ngan dia?" "Gila apa aku ngan dia bercinta. Tak pernah, dan tak akan. Never ever." "Hmmmm...." Linda seolah-olah berfikir dengan kenyataan Adam. "Apa halnya. Kalau ko nak tau, aku ngan dia sebenarnya gaduh. Mana der bercinta," akhirnya mengaku juga Adam dia dan Farah sebenarnya bermusuh. Lega sikit, lepas nih tak payahlah nak sorok-sorok lagi gaduh. Diorang dah tau dah ni. "Aku tau korang bergaduh," kata Linda. "Kitorang pun tau," Mas menyampuk sama. "Ha? Korang tau? Macammana korang tau?" tanya Adam pelik. Rasanya dia dengan Farah takde lagi bertikam lidah sejak Farah masuk kerja di company nih. "Please la Adam. Ingat kitorang buta ke? Obvious sangatlah. Kalau korang berdua jumpa, nampak sangat tegang je dua-dua," balas Linda. "Dah tuh, camne ko boleh tanya aku ngan dia pernah bercinta lak? Tak logik langsung." "Takdelah. Korang nyer gaduh cam tak normal je. Kot-kot korang pernah bercinta, pas tuh dah break, sebab tuh tegang semacam jer bila jumpa," jawab Linda. "Apa yang tak normalnya. Takde, takde. Tak mungkinlah aku bercinta ngan minah tuh." "Ye ke? Jangan ko jilat balik ludah ko dah lah Dam," kata Linda, seperti memberi amaran pula. Ceh! Tak logik langsung aku nak jatuh hati kat minah kerek tu. Berlambak lagi pompuan lain kat Malaysia

nih. "Apa da ko nih, aku tengah makan, ko gi cakap pasal jilat ludah lak. Gelilah." "Hek eleh, lembab la ko nih. Tak reti guna perumpamaan ke. Taulah grad oversea." "Yelah, yelah. Aku taulah. Saja jer. Dahlah, aku nak makan nih. Buat keja ko lah. Takyah nak amik tau pasal aku ngan minah tuh," Adam menutup topik tersebut. Linda walaupun masih tak berpuas hati, tapi tak dapat buat apa dah. Tak apa, lain kali dia korek lagi cerita. Sementara itu, di ofis lain di Damansara Utama, seorang gadis sedang bergayut telefon di ofisnya, pakai telefon ofis lak tuh. Mentang-mentanglah bos tak ada. Tapi bukan lama pun dia bergayut sebenarnya. Nak minta pertolongan dari kawannya saja. "Zahid, mintak tolong sket." "Pedia?" "Petang esok aku nak gi tengok umah yang atas umah ko tuh." "Oooo.. ko dah tepon landlord tuh yek." "Ha'ah." "So, apa ko nak mintak tolongnya?" "Boleh dak ko ajak Adam ngan Kaer kuar time aku tengok umah tuh. Taku bertembung nanti, gerenti Farah tak mau duk situ." "Hmmm.. oklah, nantilah aku ajak bebudak tuh kuar." "Ko kuar ngan keta Adam yek. Sebab Farah kenal keta Adam. Kang kalau dia nampak keta tuh ada kat situ, dia musykil lak kang." "Macam-macam la ko nih. Yelah, yelah, aku taulah." "Ok, thanks." "Welcome. Hehehe, aku harap ko jadi duduk situ." "Aku pun harap gitu gak, hehehe." -------------------------------------------------------------------------------------------------Lagu Where Is The Love tiba-tiba berkumandang. Farah pantas mencapai handphonenya. "Hello." "Hello, Farah." "Yup Cik Nurul." "Esok nak gi dak tengok umah?" "Yang kat Kota Damansara tuh ke?" "Ha'ah." "Aku no hal. Edlin gi skali dak?" "Of course la gi skali. Dia mai amik aku. Ko mai sini gak la, tinggal keta sini, pastuh kita gi tengok umah. Takkan nak gi 2 keta kot." "Wokeh! Kul baper arrr?" "Janji ngan landlord dalam kul 5. Tapi Edlin nak mai umah aku tengahari, dia ajak kuar gi makan dulu, pastu dia nak gi shopping sket kat OU. Jom la join skali." "Okey gak tuh. Lama aku tak jumpa Edlin. Tapi aku tak ingat sangat la umah makcik ko. Tunggu aku kat McD Sri Damansara bole dak?" "Oraits je. Jumpa ko esok ek." "Wokeh."

Farah kemudian menelefon ibunya, saja nak tanya khabar. Lagipun, boleh cerita pasal rumah sewa sekali. "Tadi ibu jumpa dengan Pakcik Zain. Dia cakap dia jumpa ayah Farah," ibu mula membuka cerita lain, selepas habis bercerita tentang rumah sewa. "He's not my father," jawab Farah spontan. Bukan Farah sengaja tak mau mengaku manusia bernama Hamzah tu ayah kandungnya, darah dagingnya sendiri, tapi lelaki itu sendiri yang membuatkan Farah berkata begitu. Farah masih ingat lagi kata-kata lelaki tersebut, 5 tahun lalu, semasa hari jadi Farah yang ke-19. Ketika itu Farah balik ke Malaysia untuk bercuti. "Mulai hari ini, aku takde anak perempuan bernama Farah Aliya. Dia sudah mati dalam hidup aku," terngiang-ngiang lagi kata-kata lelaki yang dipanggilnya ayah selama 19 tahun hidupnya, menusuk masuk ke telinganya. Walau riak muka Farah tak berubah ketika itu, siap boleh senyum lagi, tapi sebenarnya, dalam hati hanya Tuhan yang tau dengan ribut yang melanda jiwanya. Memang tak disangka, orang yang dia sayang dan sanjung selama ini sanggup mengucapkan kata-kata tersebut. "Thank you for the clarification. I'm sorry for everything, and good bye." Farah mengucapkan kata-kata tersebut, dengan suara yang tegas, seolah-olah apa yang berlaku tak memberi kesan padanya. Dia melangkah pergi, tanpa berpaling. Itulah kali terakhir dia bertemu dengan lelaki itu. "Farah, Farah, dengar tak apa ibu cakap?" suara ibunya membuatkan Farah kembali semula ke alam nyata. "Sorry ibu. Line tak clear lah. Apa ibu cakap tadi?" "Pakcik Zain cakap dia jumpa ayah Farah. Pas tuh Pakcik Zain berborak dengan dia. Dia cerita pasal anak dia dengan pompuan tuh. Dia ceritalah anak tu lah yang akan jaga dia nanti. Anak tu takkan jadi anak derhaka dia yang tak kenang budi. Bila dah berjaya lupa kat orang tua." Farah membiarkan saja ibunya bercerita. Dia sudah biasa mendengar cerita-cerita yang disampaikan pada ibunya oleh orang sekeliling. Walaupun Farah tak bersua muka lagi dengan ayahnya, tapi dia sentiasa tau perihal lelaki tersebut. Rajin saja orang sekeliling bercerita. Mungkin mereka sangka yang Farah tak peduli, sebab luarannya, Farah tak ada reaksi langsung setiap kali cerita-cerita tersebut sampai ke telinganya. Mukanya selamba saja, seolah-olah tak ada perasaan. Sesungguhnya Farah tak pernah mengalirkan air matanya bila melibatkan lelaki yang orang lain kenal sebagai ayahnya. Walaupun pada hari bersejarah itu, bila lelaki itu mengatakan yang anak perempuannya dah mati, setitik pun air mata Farah tidak mengalir. Keluarga dan saudara-mara

menganggap Farah seorang yang tabah. Hakikatnya, Farah sebenarnya berpura-pura. Kadang-kadang Farah benci dengan dirinya sendiri yang dirasanya hipokrit. Segala yang berlaku, walaupun dilihat oleh mereka yang lain diambil mudah oleh Farah, sebenarnya dia simpan dalam hati. Luarannya, dia tersenyum atau ketawa saja setiap kali topik mengenai ayahnya timbul. Tapi siapa tahu dalam hatinya dia menangis, memendam rasa. Semuanya ditelan, disimpan, dan dia tak tau sampai bila dia mampu menelan semuanya. Sebaik saja selesai berbual dengan ibunya, Farah mencapai kunci kereta, kemudian memberitahu Mak Lang yang dia nak keluar sebentar. Farah memandu keretanya tanpa arah tujuan. Begitulah dia setiap kali mendapat berita perihal seorang yang bergelar ayah. Walaupun sudah 4 tahun berlalu, Farah masih tak dapat menghalang rasa sakit di hati dan sebak di dada. Dan setiap kali itulah semuanya Farah telan, tanpa sekali pun diluahkan. Kadang-kadang rasa sesak nafas, bila dia rasa sudah tak ada ruang untum menyimpan semua itu. Bila dia rasa begitu, Farah keluar mengambil angin, cuba melupakan masalah dengan menekan pedal minyak, dan memecut laju keretanya. Adrenalin yang mengalir keluar bila keretanya meluncur laju di MRR2, dan kadang-kadang hingga sampai ke highway KESAS, melebihi hadlaju yang dibenarkan, bagaikan dapat mengubat luka di hatinya, yang makin lama makin teruk bernanah. Setelah dia dapat mengawal perasaannya, Farah kembali ke rumah makciknya. Dia berbaring sambil membaca buku. Masalah utamanya, sukar untuk tidur. Malam hari memang paling Farah tak suka, terutama bila bersendirian di dalam bilik. Di waktu inilah, segala yang berlaku berebut-rebut masuk dalam fikirannya. Setiap malam dia berperang dengan dirinya sendiri, sebelum dapat melelapkan mata. Kalau nasib baik, dia boleh terus tidur selepas beberapa jam berguling-guling di atas katil. Kalau nasib tak baik, dia terkebil-kebil menghadap siling hingga 4-5 jam, kadang-kadang sehinggalah azan Subuh kedengaran. -------------------------------------------------------------------------------------------------Esoknya, seperti dijanjikan, Farah berjumpa dengan Nurul di McDonald Sri Damansara. Kemudian dia mengikut Nurul balik ke rumah makciknya. Tak sempat duduk lama pun, Edlin sampai. Sempatlah Farah dan Edlin berpelukan dulu, maklumlah, lama tak jumpa. Kemudian barulah mereka ke One Utama. Edlin belanja mereka makan di Pizza Hut tengahari tu. Lepas perut dah kenyang, dan dah sembahyang Zohor, mereka meronda dalam One Utama. Edlin nak carikan birthday present untuk Anding,

Farah dan Nurul pula jadi penasihat. Sementara itu, di sebuah apartment di Kota Damansara. "Kaer, Adam, kuar jom," kata Zahid pada Adam dan Kaer yang sedang terbaring di depan tv. "Malaslah," jawab Adam sepatah. "Jomlah. aku dah mati kutu nih, tak tau nak buat apa," pujuk Zahid lagi. "Alaaa... malam kang la kita kuar lepak. Time camnih bosan la kuar," balas Adam. "Eh! Kita gi Tesco la jom. Beli groceries. Fridge dah kosong dah, sampuk Kaer. Dia sememangnya seorang yang sangat pendiam. Nak dengar suara dia pun susah. Bukannya sombong atau apa pun, memang dah stail dia camtuh. "Betul gak tuh. Stok Maggie aku pun dah abih ni. Nescafe pun dah abih nih," Zahid mengumpan Adam dengan minuman kesukaannya. Fuh! Nasib baik Kaer ada idea. Susah juga nak pujuk Adam selalunya. Kalau dia kata tak nak, tak payah kata apalah. Tak makan pujuk budak tu. "Ermm... pas Asar kang la kita kuar," kata Adam, yang terasa malas untuk keluar. "Pas Asar kang ramai oranglah. Kuar skang nih la kurang sket orang. Balik nanti boleh masak terus," balas Zahid. "Yelah, yelah. Kita gi skang," Adam bangun dengan malas, sempat menggeliatkan badannya. Hari minggu macam ni biasanya bermalas-malasanlah. Biasalah, orang takde awek, kalau tak, boleh gak kuar dating hujung minggu. Selalunya hujung minggu camnih, dia dan Kaer melepak je di rumah. Zahid selalunya lesap, keluar dating dengan awek dia. Minggu nih tak kuar dating pula mamat tu, awek balik kampung kot. "Dam, bawak keta ko lah yek," kata Zahid, sebaik saja mereka semua dah siap. "Lerr... aku gak kena," bebel Adam, tapi kunci GTI yang tersangkut di dinding dicapainya. Dia tak kisah pun sebenarnya, saja je. Mereka turun ke bawah. Sebaik saja GTI silver tersebut meluncur keluar dari kawasan apartment mereka, Zahid terus menghantar sms pada Nurul. 'Line clear.' Tit..Tit....... Tit..Tit Nurul mengeluarkan handphone dari handbag. Dia membaca message yang tertera di skrin, kemudian tersenyum sendiri. Selepas sembahyang Asar di surau, mereka bertiga bertolak ke Kota Damansara. Lebih kurang 10 minit saja perjalanan dari One Utama ke situ. Nurul yang menunjukkan jalan, lagipun dia pernah ke rumah Adam beberapa kali sebelum ini, jadi dia taulah jalan. Semasa Adam, Zahid dan Kaer mula-mula pindah dulu, Nurul pun turut sama membantu. Jadi nanti bolehlah mintak diorang balas budi pulak bila sampai giliran Nurul, Farah dan Edlin pindah pula. Edlin sebenarnya tau yang Adam tinggal di situ, tapi

dia turut sama merahsiakan perkara tu, bila Nurul memberitahu sebabnya. Kalau Nurul tak bagitau pun dia faham, siapa tak tau permusuhan antara Farah dan Adam tu. Setelah menunggu lebih kurang 15 minit, tuan rumah pun muncul. Mereka di bawa ke apartment 3 bilik yang terletak di tingkat 4 itu. Farah, Nurul dan Edlin berpuas hati dengan rumah tu. Jadi bermulalah sessi tawar menawar sewa dan deposit antara mereka dan tuan rumah. Bila kedua pihak dah berpuas hati, confirm lah mereka bertiga masuk rumah tu awal bulan depan, maknanya minggu depanlah mereka boleh pindah. Tak sabar dah rasanya nak masuk rumah baru. Mereka berjanji untuk berjumpa dengan tuan rumah hari Sabtu depan, untuk menyerahkan deposit rumah, dan juga mengambil kunci. Kemudian mereka berlalu dari situ. Dalam perjalanan pulang, giliran Nurul pula menghantar message pada Zahid. 'Ok, line clear. Confirm kitorang masuk umah nxt wknd. Get ur shield ready, war is coming, :)' -------------------------------------------------------------------------------------------------Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Adam tak tau yang Farah akan berpindah ke blok yang sama dengannya, sengaja Zahid tak bagitau. Lagipun, takkanlah Farah tiba-tiba nak gi cakap kat Adam. Memang takde kaitan langsung. Farah pun tak kasiktau lagi officemate yang lain. Dia nak tunggu semua dah settle, barulah dia cakap nanti. Jadi memang Adam tak dengar cerita langsunglah. Kaer dah pun tau yang budak perempuan bertiga tu bakal jadi jiran mereka, Zahid dah pun bagitau. Tapi Kaer pun tak bagitau Adam. Farah, Nurul dan Edlin berjanji untuk berjumpa dengan tuan rumah baru mereka pagi Sabtu. Mereka dah rancang nak cuci rumah terus lepas ambil kunci. Peralatan nak cuci rumah pun mereka dah bawak sekali. Barang-barang diorang nak angkut esok. Tak sewa lori pun, pakai kereta sendiri je, sebab masing-masing duduk menumpang umah sedara, jadi takde perabot yang nak dibawa. Pakaian dan barang-barang yang kecik je, boleh muat dalam kereta. Kunci rumah diserahkan oleh tuan rumah, jadi, dengan rasminya mereka dah masuk rumah baru. Seronoknya duduk sendiri, jadi macam masa mereka belajar dululah, masa sama-sama duduk menyewa. Lepas je tuan rumah pergi, diorang bertiga pun dengan seronoknya bersedia nak cuci rumah. Kenalah bagi-bagi tugas. "Ed, Anding tak nak datang tolong ke?" tanya Nurul. "Dia gi Penang pagi smalam. Petang ni baru balik. Esok dia datanglah tolong angkut

barang. Itu yang penting, hehehe, cuci rumah takyah mintak tolong takpe," jawab Edlin, tersengih. "Nurul, Lan tak mai tolong ke?" "Errr... dia tak tau pun aku pindah umah," jawab Nurul. "Haaaa? Ko tak cakap ke kat dia?" tanya Edlin, pelik. "Ko gaduh ngan dia ke?" Farah meneka. "Ermmm... tak gaduh. Tapi, tah, dia lama dah tak kontek aku. Aku malas la nak tepon dia. Asyik aku aje yang tepon dia. Macam aku lak terhegeh-hegeh sangat kat dia," balas Nurul selamba. Farah dan Edlin berpandangan sesama sendiri, kemudian menjungkit bahu memasing, tak paham dengan hubungan Nurul dan Azlan. Diorang tak kenal sangat pun Azlan. Bukan belajar sekali. Nurul kenal masa dia balik cuti summer, second year masa tuh. Azlan belajar kat UTM Skudai. Nurul pegi jumpa kawan dia kat situ, pas tuh berkenal-kenalanlah, pastuh declare. Mereka meneruskan tugas masing-masing. Edlin sedang lap tingkap. Nurul pula tengah cuci toilet. Farah pula tengah bersihkan dapur. Sambil bekerja, diorang menyanyi, adalah hiburan sikit. "Alamak." "Apsal lak Farah," tanya Nurul. "Kita lupa bawak berus la. Malasnya nak turun beli." "Ermmm... takyah beli. Kejap, aku gi pinjam," Nurul mengelap tangannya, dan kemudian berjalan keluar dari rumah. "Oit! Ko nak pinjam ngan sapa Nurul. Ngan jiran kita ke? Sukati ko je nak ketuk pintu umah orang tak kenal nak pinjam barang," Farah memanggil Nurul yang dah berada di luar pintu. "Alaaa... ko takyah bimbanglah. Aku taulah. Bukan setakat berus je aku pinjam, ngan tenaga buruh sekali aku bawak nanti." Nurul turun ke bawah, dan mengetuk pintu rumah yang terletak betul-betul di bawah rumah mereka. Pintu dibuka, dan muka Kaer muncul. Nampak sangat muka baru bangun tidur. "Eh! Nurul?" tanya Kaer, menggenyeh-genyehkan matanya, mana tau kot-kot bermimpi. "Apa daa, baru bangun ker. Dah nak tengahari nih." "Ko buat apa kat sini?" tanya Kaer, yang masih mamai. Dia dah lupa yang budak perempuan bertiga tu pindah hari ni. "Nak pinjam berus," jawab Nurul. "Ha? Apsal ko nak pinjam berus? Nak basuh baju ke? Apsal ko nak pinjam berus aku?" tanya Kaer bertalu-talu. "Ish! Banyak soal la ko nih. Ada ke dak? Yang lain mana? Membuta lagi ke semua?" "Sapa tuh Kaer?" Zahid tiba-tiba muncul di belakang Kaer. "Eh! Nurul. Ko pindah ari nih ke? Nak mintak tolong kitorang ke?" tanya Zahid, menolak Kaer ke tepi. "Ari nih nak cuci rumah dulu. Esok angkut barang, pas tuh masuk teruslah. Aku nak pinjam berus la. Kitorang lupa nak bawak." "Berus apa? Berus basuh baju ke?" "Basuh baju apa gak ko nih. Nak berus lantai." "Jap aku amik." "Ha'ah yek. Lupa lak aku ko nak pindah masuk," Kaer berkata, bila Zahid pergi mengambil berus. "Ko memang. Adam mana?"

"Tido lagi kot. Tak nampak muka pun lagi. Farah ada ke?" tanya Kaer. "Ada. Adam tau ke kitorang pindah atas?" "Tak tau. Zahid tak cakap kat dia. Farah dah tau lom kitorang duk bawah nih?" "Belum gak." "Mengamuk dia nanti kang." "Takpe, kitorang tau camne nak handle Farah." "Hmmm... Bila nak berbaik tah diorang berdua tuh." "Tah laaa.. Penat dah aku tengok." "Korang nak kitorang tolong ke?" "Kalau nak tolong naik je la atas." "Nanti la, jap lagi aku naik. Nak breakfast dulu. Korang dah makan lom?" "Dah makan dah." Zahid muncul dan menghulurkan berus berwarna hijau pada Nurul. Selepas mengucapkan terima kasih, Nurul naik semula ke atas. "Farah, nih ha berus," Nurul menghulurkan pada Farah berus yang dipinjam dari budak bawah tadi. "Thanks. Ko pinjam ngan sapa nih?" "Adalah." "Ek eleh. Camtuh pun nak berahsia ke? Ko ada kawan ke duk sini?" "Ada." "Oooo... patut pun. Laki pompuan? Member skolah ko dulu ke?" tanya Farah lagi. "Nantilah aku kenalkan." Mereka meneruskan kerja, tapi mulut tak boleh diamlah. Sekejap berborak, sekejap menyanyi, sekejap melalak. Memang kecohlah, macam ada kenduri, padahal diorang bertiga aje. "Assalamualaikum. Kami datang nak tengok rumah." "Waalaikummussalam. Masuk, masuk, jangan malu-malu. Buat macam umah sendiri," pelawa Edlin yang sedang mop lantai di ruang tamu. "Oit! Korang datang nak tolong ke?" Nurul keluar dari toilet dan keluar ke ruang tamu bila dengar ada orang datang. Zahid dan Kaer yang datang. Adam masih membuta lagi, jadi mereka tinggalkan nota mengatakan diorang naik ke atas, tolong orang baru pindah. Tapi dalam nota tuh diorang tak cakaplah sapa yang pindah masuk umah ni. "Ha'ah, tolong tengok," jawab Zahid. "Kalau tolong tengok je baik takyah datang," kata Edlin. "Uih! Bestlah korang duk sini. Bolehlah masak selalu untuk kitorang," kata Zahid lagi. "Amboi, banyak cantik muka," balas Nurul. "Mana housemate ko lagi sorang?" tanya Zahid. Belum sempat Edlin atau Nurul menjawab, Farah tiba-tiba muncul bila mendengar bunyi bising di ruang tamu. Dia tengah cuci ruang belakang, tempat jemur baju. "Apa bising-bising nih?" tanya Farah. "Hai Farah, lama tak jumpa ko," tegur Zahid. Kaer sekadar tersenyum. "Eh! Zahid, Kaer. Mana korang tau kitorang pindah sini?" tanya Farah. "Aku duk sini gak lah," jawab Zahid. "Ko duduk sini gak? Blok mana?" tanya Farah lagi. "Umah aku bawah umah ko je," jawab Zahid, selamba je. Nurul dan Edlin menunggu Farah menangkap

apa yang berlaku. "Ooo.. kira berjiranlah kita yek. Eh! Kejap. Bukan ko duk seumah ngan mamat sewel tuh ke?" "Adam ker? Yer ahh. Aku duk ngan dia ngan Kaer bertiga." "Nurul... you knew about this?" "Memang aku tau pun diorang duk sekali. Kan aku dah cakap kat ko," jawab Nurul, saja je buat tak paham soalan Farah. "Nurullllllll!!! Maksud aku, ko tau diorang duk sini ke?" tanya Farah geram. "Yup, Zahid yang kasik number tepon tuan umah kat aku." "Apsal ko tak cakap kat aku? Kalau aku tau, takkan aku setuju duk sini." "Sebab kitorang tau ko takkan setuju tuh yang kitorang tak cakap kat ko," sampuk Edlin. "What???? Ko pun tau Edlin. Korang saja nak kenakan aku ke nih," Farah tak berpuas hati dengan Nurul dan Edlin yang seolah-olah sengaja memerangkapnya. "Come on la Farah. Bukan kitorang nak kenakan ko. But umah nih memang strategik. Dekat dengan opis kita bertiga. Sewa pun murah. Kat area damansara nih, ko ingat senang ke nak dapat sewa murah camni." Memang betul pun kata-kata Nurul tuh, tapi Farah saja nak tegakkan lagi benang basah. "Tapi, koman-koman pun cari la blok lain. Tak pun apartment lain banyak lagi kan kat area nih. Ko taulah, aku dah arr satu opis ngan mamat biul nih. Balik umah pun ngadap muka dia gak." "Bukan aku tak carik umah lain. Ko tau kan aku carik. Ko pun carik kan. Tapi nih je yang dapat. Ko gak kata nak masuk cepat. Susah nak ulang-alik gi keja," bidas Nurul. "Hmmm... ok. Kita duk sini dulu. Kalau dapat umah lain, kita pindah ok?" "Alahai Farah, penatlah nak pindah randah. Abih masa, abih tenaga, abih duit," Edlin pula menyampuk. Kaer dan Zahid diam je dari tadik, tak mau masuk campur. "Ko takut ngan Adam ke Farah?" Nurul terus bagi soalan membunuh. "Excuse me? Aku takut ngan mamat sewel tuh. Please laaa. Apsal lak aku nak takut kat dia," jawab Farah, bengang bila Nurul kata dia takut kat Adam. "Abih, kalau ko tak takut kat dia, apsal ko tak nak duduk sini?" tanya Nurul. "Aku bukan takutlah, aku nyampah kat dia," balas Farah. "Ataupun, ko takut ko jatuh cinta kat dia kalau selalu jumpa dia." "Ko giler ke aku nak jatuh cinta kat dia. Aku nampak muka dia 24 jam pun aku takkan jatuh cinta kat dia. Makin meluat adalah," kata Farah. "So, what's the problem here? Kalau ko tak takut kat dia, or ko tak mungkin terpikat kat dia, there's no harm for us staying here. Lagipun, okay gak ada kengkawan duk dekat. Ada apa-apa hal senang nak mintak tolong," jawab Nurul, menghabiskan hujahnya. Edlin, Zahid dan Kaer menunggu je jawapan seterusnya dari Farah. Hebat Nurul, pandai dia putar belitkan situasi. Kalau Farah masih lagi tak mau tinggal di situ, maknanya apa yang Nurul katakan betul. "Fine, we stay here." "Oraits, cool Farah," Edlin menjerit kesukaan. "Bagus, bagus, ingatkan ko tak sudi nak berjiran dah ngan kitorang. Mana tau, permusuhan ko ngan Adam lagi penting dari persahabatan ngan kitorang," Kaer pula menyampuk. Dia nih

jarang bercakap, tapi sekali keluar ayat, terus bagi yang power terus. Farah dah tak boleh nak kata apa. Nampak sangat dia dah kalah. Kalau dia berdegil gak nak pindah, nanti mesti diorang kata dia takut kat Adam. Mana boleh jadi. Ah! Pedulilah dia duk sini pun. Selama nih aku boleh survive satu kampung dengan dia, satu sekolah, pas tuh satu universiti lak, takkanlah sekarang tak boleh nak survive. Pedulikanlah mamat sewel tuh, bukannya duduk satu umah pun, satu blok aje. Sementara itu, di rumah bawah, Adam baru je bangun tidur. Rasa macam sunyi je rumah, sangkanya Kaer dan Zahid masih tidur lagi. Dia keluar dari bilik, nak cuci muka, bukannya nak mandi lagi. Biasalah hari minggu, hari untuk bermalas-malasan. Bila dia keluar ke ruang tamu, dilihatnya pintu bilik Kaer dan Zahid terbuka, tak ada orang kat dalam. Aik, mana pegi bebudak nih. Pagi-pagi takkan dah kuar kot, fikir Adam. Apa yang paginya, padahal dah nak pukul 12. Kuar breakfast kot. Ces! Bukannya nak ajak aku. Aku nak makan gak. Eh! Breakfast apanya, dah dekat kul 12 nih, Adam melihat jam di dinding. Zahid gi dating ngan awek dia kot. Tapi Kaer gi mana pulak nih. Adam masuk ke bilik air, melepaskan hajat, lepas tu gosok gigi dengan cuci muka. Malas lagi nak mandi. Keluar dari bilik air, baru dia perasan ada nota diletakkan di peti sejuk. 'Kitorang naik umah atas, tolong 'aweks' baru pindah masuk.' Siyut bebudak nih, tolong awek tak ajak aku, bebel Adam sendiri. Baik aku naik atas tolong gak. Uih! Bestnya, awek duduk atas. Bolehlah usha, mana tau kot-kot sangkut. Adam masuk ke biliknya, sikat rambut, belek muka sikit, kot-kot ada taik mata, kemudian dia keluar dari rumah. Malaslah mandi lagi, lambat kang, budak bedua tu masuk line dulu ngan awek-awek tu kang, melepaslah aku. Lagipun nak tolong diorang, nanti berpeluh gak, kena mandi lak sekali lagi, tak mau la membazir air lak. Di tingkat atas, mereka meneruskan kerja membersihkan rumah. Zahid dan Kaer pun tolong juga sikit-sikit. Farah, Nurul dan Edlin dah pesan kat diorang jangan buat kerja teruk sangat, kena simpan tenaga. Sebab esok diorang kena tolong angkut barang. Budak-budak perempuan tu nak kasik yang lelaki angkut barang-barang yang berat, diorang nak angkut yang ringan-ringan aje. Bila lagi nak mintak tolong kawan, nilah masanya. Keadaan jadi riuh rendah sebab mereka dah mula main air pulak. Start cuci lantai pula. Mulalah main simbah air sesama sendiri. Semua dah basah kuyup. Nasib baiklah Zahid dan Kaer tak

mandi lagi sebelum datang tolong diorang. Kiranya mandi teruslah nih. Farah rasa terhibur dengan telatah kawan-kawannya. Lupa dia dengan kesedihan dia semalam. Inilah kelebihan ada kawan-kawan. Walaupun Farah tak pernah menceritakan tentang keluarganya, tapi sekurang-kurangnya, tanpa mereka sedari, mereka menolong Farah melupakan kesedihan yang dirasainya. Tak kiralah kawan lelaki atau perempuan. Bila bersama kawan-kawan, Farah rasa dia boleh lupa sekejap tanggungjawab dia terhadap keluarga. Bukannya dia tak sayangkan keluarga, bukannya dia tak happy kalau bersama keluarganya. Dia sememangnya sayang sangat pada keluarganya. Malahan dia sanggup lakukan apa saja demi keluarganya, dan dia tak sanggup mendengar keluarganya diburuk-burukkan. Dia tak kisah ayah dia nak kata apa pun padanya, buatlah cerita, sebarlah pada sesiapa saja, Farah tak peduli. Tapi Farah tak suka bila ayahnya sebar cerita tak elok tentang ahli keluarganya, dan dia tak dapat berbuat apa-apa. Rasa bersalah tiap kali cerita-cerita tersebut sampai ke telinganya. Ikutkan hatinya, nak saja dia bersemuka sekali lagi dengan ayahnya. Tapi dia belum bersedia. Dia perlu bersedia dari segi mental dan emosi. Sedangkan luka di hati kesan dari kali terkahir pertemuan dengan ayahnya dulu pun belum sembuh. "Assalamualaikum," Adam memberi salam, kemudian mengintai ke dalam melalui pintu depan yang terbuka. Dia dapat dengar suara Zahid dan Kaer kat dalam. Suara perempuan pun dengar gak, tapi apsal macam familiar je suara. "Waalaikummussalam. Masuk arrr." "Eh! Edlin?" Adam tercengang-cengang bila nampak Edlin ada di dalam rumah bersama Zahid dan Kaer. "Yerlah, aku arr nih. Ko ingat antu ke?" "Ko ke pindah sini?" "Ha'ah." "Lorrr... aku ingat awek mana tadi? Baru ingat nak ngorat," gurau Adam. "Hai Adam, baru bangun ke?" tegur Nurul, masuk ke ruang tamu. "Ko pun duk sini ker?" tanya Adam. "Yup!" "Alaaa... rugi, rugi," kata Adam. "Apa yang ruginya?" tanya Edlin. "Aku baru berangan nak ngorat awek-awek yang pindah masuk sini. Rupanya awek orang dah. Melepaslah." "Housemate diorang sorang lagi single Dam," sampuk Zahid. Mulalah nak pekena Adam tu. "Ye ker? Cun dak?" "Cun giler," jawab Zahid. "Ini sudah bagus. Mananya bakal awek aku tuh Nurul?" tanya Adam. Nurul dan Edlin sedang cuba menahan gelak bila Adam cakap yang housemate mereka bakal awek dia. Masin mulut tuh kang baru tau.

"Oit! Korang tak......" kata-kata Farah mati di situ melihat Adam ada di ruang tamu. Masa Adam datang tadi dia dalam bilik air, isi air dalam baldi. "Ha! Ni lah housemate diorang lagi sorang Dam, merangkap bakal awek ko," kata Zahid, tergelak, melihat Adam yang terkejut memandang Farah. "What! Awek mamat nih. Mati idup balik pun aku tak nak," kata Farah, terkejut dengan kata-kata Zahid. "Oit minah, bila lak aku offer ko jadik awek aku. Aku pun tak hinginlah. Ko tuh yang terhegeh-hegeh ikut aku." "Woit mamat, mulut tuh baik sket yek. Sejak bila aku terhegeh-hegeh kat ko?" "Abih tuh, yang ko mintak keja kat opis aku tuh? Pas tuh nih, pindah dekat umah aku lak. Tak terhegeh-hegeh ke namanya tuh." "Baik sket yek. Ko ingat aku nak sangat ke ikut ko? Aku kalau boleh, nak lari sejauh yang boleh dari ko tau dak. Kalau aku tau ko duk kat sini, memang aku tak hingin pun pindah sini. Tapi sebab Nurul ngan Edlin nak sangat duk sini, aku ikutlah. Kalau tak, jangan haraplah." "Dah, dah, jangan nak gaduh la, benda kecik je. Adam, memang Farah tak tau ko duk sini. Kitorang memang saja tak cakap," Nurul cuba menghentikan perang mulut Adam dan Farah, sebelum keadaan menjadi lebih tegang. "Kaer, Zahid, ko tau ke yang diorang nak pindah sini?" tanya Adam, mengesyaki yang housematenya pun berpakat merahsiakan perkara ini. Lagipun, mesti diorang berdua yang bagitau kat budak-budak perempuan tu tentang rumah ni. "Guilty," jawab Zahid, tersengih, tapi mukanya tak menunjukkan yang dia rasa bersalah pun. "Huh! Apalah nasib aku malang sangat akhir-akhir nih. Baru nih ada minah kerek masuk opis aku, skang nih ada The Plague lak duk atas umah aku." "Aku rasa ko belum cukup malang lagi," kata Farah. Tanpa disangka oleh yang lain, Farah tiba-tiba aje mengangkat baldi berisi air yang digunakan untuk mop lantai, dan menyimbahnya ke arah Adam. Semua terkejut dengan tindakan Farah, termasuklah Adam, yang tak sempat nak mengelak. Habis basah kuyup Adam dari kepala hingga ke bawah. Kalau air bersih takpe gak, nih air yang dah kotor dah, guna untuk basuh mop. "Ha, sekarang barulah boleh kata malang," kata Farah sambil tersenyum. "Kurang ajar ko," Adam yang tadinya diam sebab terkejut, baru bersuara bila Farah berkata begitu. "Oklah tuh, ko tak mandi lagi kan. Aku tolong mandikan," jawab Farah. Mereka yang lain tak mau masuk campur, biar saja budak berdua tuh, nak tengok sampai tahap mana diorang nak gaduh. Halang pun tak guna gak, diorang lagi teruk gaduh adalah. Farah melangkah ke belakang bila Adam mendekatinya. Takut juga tengok muka Adam yang marah, tapi dia buat selamba aje, Selama dia gaduh dengan Adam, tak pernah sekalipun Adam menggunakan balasan fizikal. Kes bertumbuk masa kecik dulu tak dikira. Adam melangkah selangkah lagi

ke arah Farah, dan Farah mengundur selangkah menjauhi Adam. "Arrrr....." tah macammana, kaki Farah terpijak berus yang terletak kat atas lantai. Sapa tah yang pegi letak berus merata nih. Badan Farah melayang ke belakang, dia pejam mata, tunggu lantai yang keras mencium kepalanya. Aik! Apsal tak sampai-sampai lagi kat lantai nih. Farah membuka matanya, dan melihat muka Adam yang begitu rapat dengan mukanya. Kemudian dia sedar badan dia juga rapat dengan Adam, dan ada tangan yang memegang pinggangnya erat. Sebenarnya masa Farah nak jatuh tadi, tangan Adam sempat mencapai pinggang Farah, sebelum sempat Farah jatuh. Dia pun tak sedar, tindakan refleks, sebab Farah betul-betul depan dia. Sekarang, Farah ada dalam pelukan Adam yang begitu kemas. Adam dapat merasakan degupan jantung Farah, begitu juga Farah, dapat merasa degupan jantung Adam. Farah dan Adam terdiam, mata bertentangan. Lama mereka begitu, kawan-kawan di keliling hanya diam saja tengok drama yang berlaku. Apsal badan aku tak boleh bergerak nih. Jantung nih pun, apsal berdegup kencang. Hmm... Handsome gak mamat sewel nih rupanya. Eh! apa aku mengarut nih. Nih musuh ketat akulah. "Kot ye pun nak peluk aku, takyah la guna taktik camnih, cakap jelah," Adam akhirnya bersuara, memecahkan kesunyian. Dia sengaja cari pasal, supaya Farah marah padanya. Sebab tiba-tibanya hati dia tak keruan bila Farah berada dalam pelukannya, muka Farah hanya dipisahkan beberapa inci je dengan mukanya. Badan Farah pula melekat dengan badannya, dahlah baju keduanya basah, hati lelaki mana yang tak tergugat bila perempuan cantik ada dalam pelukan. Eh! Apa nih? Perempuan cantik? Wake up Adam, ni minah kerek yang ada depan mata kau. Kata-kata Adam menembusi kepala otak Farah, tapi mulutnya tiba-tiba je terkunci, tak boleh nak bersuara. Tak bolehlah dia nak jawab kata-kata Adam. Oleh sebab lidah dia kelu, dia kena bertindak secara fizikal lah. Farah meletakkan kedua tangan dia kat dada Adam, dan menolak Adam sekuat hatinya dari badannya. Harap jatuhlah mamat sewel nih, tapi tak jatuh pun. Kuat mana sangat keringat Farah, yelah, dia pompuan, nak bandingkan dengan tenaga Adam. Bila Farah dah tak berada dalam pelukan Adam, dengan automatik juga lidah dia boleh berfungsi semula. Tak taulah sebab apa, ada suis kot bila Adam pegang dia. "Blahlah, ko tuh yang amik kesempatan nak peluk aku," Farah membalas semula katakata Adam. "Excuse me minah, kalau tak pasal aku, ko dah cium lantai dah tadi tau. Ingat aku nak sangat ke peluk ko. Baik aku peluk tiang lampu kat luar tuh," balas Adam. Degupan jantung

dia dah tak sekencang tadi. "Biarlah aku nak cium lantai. Ko pedulik hapa." "Berlagak la ko. Aku dah tolong, bukan reti nak ucap terima kasih pun." Farah diam sebentar, kemudian.. "Terima kasih," dan Farah terus berlalu ke bilik air dengan baldi yang dah kosong sebab isinya dah dicurahkan kat Adam tadi. Adam terbangak-bangak tengok Farah berlalu, terkejut dengan ucapan yang tiba-tiba je tadi. Apa mimpi minah kerek tuh, ucap terima kasih. Demam ke apa? Musykil nih. Nak kata sebab otak minah tuh bergegar sebab jatuh tadi, rasanya dia sempat dulu selamatkan kepala minah tuh sebelum terhentak kat lantai. Bila Farah kembali semula dari bilik air, dia buat-buat lupa dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Mereka kembali membersihkan rumah dalam keadaan aman, tak ada lagi perang mulut antara Adam dan Farah. Riuh suara mereka berborak atau pun menyanyi atau pun mengusik sesama sendiri. Ada sesekali curi pandang pada Farah, pelik dengan kelakuan minah tu. Tapi Farah langsung tak pandang Adam. Sebenarnya dia malu dengan apa yang terjadi tadi. Dahlah mulut dia pepandai je cakap terima kasih, padahal otak dia takde terpikir pun nak ucapkan perkataan terima kasih pada Adam. Muka mamat tuh pun terkejut tadi mendengar ucapan tu keluar dari mulut Farah. Argh! Lupakanlah, buat tak tau je. Bila selesai cuci rumah, tengok jam dah pukul 2 dah. Patut pun perut dah berkeroncong. Oleh sebab semua basah kuyup, tak boleh nak keluar makan kat kedai. Jadi diorang beli nasik bungkus je lah. Adam, Zahid dan Kaer yang tolong belikan. Biasalah, budak laki, tak kisah sangat keluar basah kuyup camtuh, lagipun kedai dekat je, seberang jalan je dari apartment mereka. Sementara menunggu budak-budak laki keluar beli nasik, Farah, Nurul dan Edlin sempatlah mandi ala kadar. Nasib baiklah bilik air ada dua. Nurul dan Edlin mandi dulu, kemudian bila Edlin dah selesai mandi, barulah Farah pula masuk. Masa Farah dalam bilik air, Adam, Zahid dan Kaer balik dari beli nasi bungkus. Diorang tinggalkan nasik kat rumah budak-budak perempuan dulu, sementara diorang pulak balik ke rumah untuk mandi dan sembahyang. Disebabkan rumah Farah takde apa lagi, jadik diorang bawak turun nasik bungkus ke rumah Adam, dan menjamu selera di situ. Diorang duduk makan beramai-ramai kat ruang tamu. Rumah bujang, tak ada meja makan. Lagipun, bukan guna sangat meja kalau ada pun, membazir je kalau beli. Ada la 4-5 jenis lauk diorang beli, lepas dah hidang, mereka pun duduk bersila atau bersimpuh kat lantai, dengan

nasi bungkus memasing, mengelilingi lauk-lauk yang nampak macam best jer. Tengah lapar, semua best, makan nasik ngan kicap pun boleh kata best. Farah yang dah hilang rasa malu akibat kejadian tadi, mulalah dia carik pasal semula dengan Adam. Dia tau yang Adam tak suka letak kuah banyak-banyak dalam nasik dia, terutama kuah yang bersantan. Kebetulan pula salah satu lauk yang dibeli merupakan kar ayam, kuah banyak pulak tuh. Apa lagi, idea jahat Farah datanglah. "Weh! Mamat, aku tolong letak kuah untuk ko yek," kata Farah pada Adam, yang baru datang dari arah dapur. Dia ke dapur ambilkan gelas untuk mereka semua. Belum sempat Adam bukak mulut, Farah mencurahkan kuah kari ke atas nasik bungkus Adam, sampai jadi banjir nasik Adam. Nurul dan Kaer yang duduk di sebelah Farah tak sempat nak buat apa. Pantas sangat tangan Farah, diorang tak sempat nak halang. Adam lagilah tak sempat nak buat apa. Marah tuh toksah kiralah, tapi dia buat muka cool jer. Dia tau Farah nak tengok dia marah, jadi dia saja buat muka selamba, siap senyum lagi. "Tima kasih, baik hati ko tolong letak kuah untuk aku," kata Adam. Farah dah pandang slack dah kat Adam. Tak puas hati satu hal sebab Adam tak marah. Musykil pun ada, mesti mamat sewel nih ada plan nih. Tambahan lagi bila Adam menolak Kaer ke tepi, dan sengaja duduk di tepi Farah. Apa lagi, tak senang duduklah Farah bila Adam ambil tempat di sebelah. Lagilah dia syak Adam nak balas balik. Ikut hati Farah, nak aje dia berganjak jauh sikit dari Adam, ke sisi Nurul. Tapi kalau dia buat camtuh, nampak pengecut la pulak nanti, jadi dia maintain kat tempat dia. Nak makan pun cuak je, kena berjaga-jaga. Mata kejap-kejap jeling kat Adam, bukan boleh percaya mamat nih. Adam tau Farah dah rasa cuak, dia buat tak tau saja. Nak tunggu peluang nak pekena Farah, tapi kena pantaslah. Kena tunggu Farah leka sikit je, baru dia boleh bertindak. Peluang dia sampai. Zahid mintak Farah hulurkan lauk. Sedang Farah hulurkan lauk pada Zahid, cepat saja tangan Adam mencapai peha ayam dalam bungkusan Farah. Dia tau tu memang favourite Farah. Bila Farah berpaling pada Adam, cuba nak rampas balik peha ayamnya, Adam terus menggigit ayam tersebut, siap jilat lagi tuh. Geli lah pulak Farah nak ambik balik, geram dia tengok Adam yang tersengih. Dahlah peha ayam ada dua ketul je, satu lagi Zahid dah ambik, dah gigit dah pun, takde can lah dia nak mintak. Farah pandang bungkusan nasik Adam. Alah, dada ayam, dia paling tak suka. Tapi, daripada takde langsung, boleh je lah. Farah pun cuba mencapai ayam dalam bekas Adam, namun,

tangan Adam yang dulu mencapai tangan Farah. Terkejut Farah dibuatnya bila tangannya dipegang Adam. Adam sebenarnya menyangka Farah nak sabotaj apa-apa, sebab tuh dia pegang tangan Farah. "Ko dah amik ayam aku, gantilah ngan ko punya," kata Farah, bila Adam tak melepaskan tangannya. Yang lain buat-buat tak nampak. Malas nak masuk campur pergaduhan mereka berdua. Selagi tak merosakkan harta benda keliling, lantaklah mereka berdua. Dah tak larat nak larang dah. Memang hobi diorang dah bergaduh. Kalau berjumpa tak gaduh, memang peliklah. "Amiklah," akhirnya Adam melepaskan tangan Farah. Lembutnya tangan minah nih, pakai lotion apa yek, fikir Adam. Eh! Eh! Apa aku melalut nih. Pedulilah tangan dia lembut ke, kasar ke, bukan ada kaitan dengan aku pun. Mereka pun terus mengisi perut masing-masing dengan aman, break lah kejap, penat gak carik idea nak gaduh je sepanjang masa. Selesai makan, Farah, Edlin dan Nurul pun meminta diri. Nak kemas barang untuk pindah esok. Adam, Kaer dan Zahid pun dah berjanji nak tolong diorang pindah barang esok. -------------------------------------------------------------------------------------------------Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Farah bertolak dari rumah makciknya. Barangbarang dia dah letakkan dalam kereta sejak semalam lagi, jadi takdelah penat sangat. Dahlah nanti nak angkut barang-barang tu naik ke rumah sewanya. Mak Lang dan Pak Lang meng'offer'kan diri mereka nak tolong, tapi Farah menolak. Lagipun, kawan-kawan dia dah nak tolong. Barang pun takdelah banyak sangat, dia tak angkut semua lagi. Bawak yang penting-penting je dulu. Tu pun dah penuh kereta. Farah singgah dulu di rumah makcik Nurul, kemudian barulah mereka bersama-sama ke Kota Damansara dengan kereta masing-masing. Edlin mereka dah janji nak jumpa di sana. Lagipun mereka semua dah ada kunci sendiri, semalam selepas habis cuci rumah, mereka singgah di kedai kunci untuk duplicate kunci rumah. Sebaik saja sampai di rumah makcik Nurul, dilihatnya Nurul dah pun sedia menunggu. Bersama dengan Nurul ada seorang jejaka. Hmmm.. Azlan, pakwe Nurul pun ada sama. Musykil, semalam Nurul kata Azlan tak tau pun dia nak pindah. Alih-alih muncul pula pagi nih. Gaduh kot baru ni, sekarang dah berbaiklah tu kot. Takpe, nanti dia korek cerita dengan Nurul. "Morning guys, Assalamualaikum," tegur Farah sebaik saja keluar dari kereta. "Waalaikummussalam," jawab Nurul dan Azlan. "Pekabar Farah? Lama tak jumpa yek. Apa cite?" kata Azlan. Kali terakhir mereka jumpa, masa Farah

dan Nurul baru balik ke Malaysia dulu. "Baik je. Takde cite menarik pun. Camni la," jawab Farah, sedikit kekok nak berborak dengan Azlan, sebab dia tak kenal rapat sangat dengan Azlan. Baru beberapa kali jumpa. Farah ni kalau mula-mula kenal memanglah senyap sikit, tak banyak cakap, senyum je la keja dia. Tapi kalau dah kenal, habislah, kena sumbat mulut dia nak suruh berhenti bercakap. "Jom la gerak. Edlin dah sampai sana ngan Anding. Dia baru je call before ko sampai tadi." "Wokeh. Jom," Farah pun masuk semula ke dalam kereta Honda Civic EK kesayangannya, dan bertolak ke Kota Damansara. Nurul mengikutnya dari belakang dengan kereta Kelisanya sementara Azlan pula memandu keretanya sendiri, berada di belakang sekali. Sampai di Kota Damansara, kereta Waja milik Edlin dah pun ada di tempat letak kereta. Di sebelah kereta Edlin pula kelihatan Honda CRV berwarna silver, milik Anding, atau lebih tepat, milik keluarga Anding. Dalam CRV tu pun kelihatan penuh dengan barang. Batang hidung Edlin dan Anding tak kelihatan. Mungkin mereka dah ada di atas. Lepas je park kereta masing-masing, Farah, Nurul dan Azlan pun mulalah angkut barang naik ke atas. Penat juga nak sampai ke atas bila bawak barang berat. Tepat agakan mereka, Anding dan Edlin dah pun ada di dalam rumah. Zahid, Adam dan Kaer pun dah ada sama. Awal pulak bangun hari nih. Mana tidaknya, Anding dah turun bawah ketuk pintu rumah diorang sebaik saja dia sampai tadi. "Ello," tegur Farah, termengah-mengah lah jugak, sambil meletakkan kotak berisi baju-baju miliknya ke atas lantai. "Uih! Dah sampai korang yek. Ermm.. kenalkan, nih Azlan. Nih Zahid, Anding, Adam ngan Kaer. Edlin awak dah kenal kan," Nurul memperkenalkan Azlan pada kawan-kawannya. "Hmmm... Farah. Pakwe ko mana lak. Yang lain semua bawak pakwe nih," Zahid sengaja usik Farah, padahal dia dah tau Farah takde pakwe. "Hehehe, aku mana la ada pakwe. Takde orang nak la," jawab Farah. Sebenarnya, terasa juga dia bila Edlin dan Nurul memasing pakwe datang tolong. Farah pula pakwe tak penah ada. Bukan tak ada orang nak, tapi semuanya tak bertahan lama. Mungkin silap dia sendiri kot. Farah ni ada masalah sikit dengan keyakinan diri kalau melibatkan hubungan antara lelaki dan perempuan nih. Dia tak percaya pada dirinya sendiri, tak yakin yang dirinya layak untuk disayangi. Bagi Farah, sedangkan ayah kandungnya sendiri boleh tinggalkannya, inikan pula lelaki yang tak ada pertalian darah. Jadi, kalau ada mana-mana lelaki yang sukakan dia, Farah memang tak percaya. Macammana lah nak ada hubungan kalau takde kepercayaan. Kawan lelaki tak apa pula, boleh pula Farah percaya. Lebih dari kawan,

Farah rasa tak secure, jadi sampai sekaranglah Farah tak pernah ada pakwe. Kadang-kadang jealous juga tengok kawan-kawan ada pakwe, tapi nak buat macammana, dia tak bersedia. Tak taulah bila dia akan bersedia. Tak pernah lagi jumpa lagi lelaki yang dia betul-betul boleh percaya, dan terima diri Farah seadanya. Nak kahwin lagilah Farah takut. Bukannya dia tak nak. Siapa lah yang tak teringin nak berkeluarga. Tapi, kalau nak kahwin, pihak lelaki mesti tau tentang keluarganya. Farah tak mau keluarganya dicemuh jika pihak lelaki tau apa yang terjadi dalam keluarganya. "Laki mana la yang berani, kalau perangai camtuh," sampuk Adam. Farah diam, tak menjawab. Sebak dia mendengar kata-kata Adam. Rasa dirinya memang tak layak disayangi oleh insan bernama lelaki. Dikala itu Farah rasa rendah diri yang teramat sangat. Mungkin betul kata Adam. Mana ada lelaki yang sudi pada dirinya. Farah tiba-tiba rasa matanya berair. Ish! Apsal la tetiba sensitif lak ari nih. PMS kot, bukan senang dia nak mengalirkan air mata selalunya. Argh! Control Farah, control. Jangan lah menangis depan mamat sewel dan kawankawan lain. Malulah pula nanti. Farah tak mau kawan-kawan yang lain tau dia terasa hati dengan katakata Adam. "Aku nak turun amik barang lagilah," kata Farah, ada sedikit getar pada suaranya kerana cuba menahan sebak. Dia cuba menahan air mata yang bertakung dari gugur ke pipi di hadapan yang lain, jadi dia dengan cepat keluar dari rumah menuju ke bawah. "Biar aku tolong," kata Kaer, dan mengekori Farah. Dia nampak perubahan pada muka Farah tadi. Nurul dan Edlin ketika itu masuk ke dalam bilik masing-masing meletakkan barang, jadi diorang tak perasan lah apa yang terjadi. Sebelum keluar dari rumah, Kaer sempat memandang ke arah Adam dengan pandangan yang tajam. Adam sekadar menjungkitkan bahu, mukanya selamba, tapi dalam hati dia rasa bersalah sangat. Sebenarnya Adam nampak mata Farah macam berair, tapi sukar pula nak percaya yang Farah menangis. Sepanjang dia kenal Farah, tak pernah lagi dia tengok Farah menangis. Zaman kecik-kecik dulu lain kiralah. Maksudnya, semenjak dia dan Farah mula bergaduh, tak pernah lagi Farah mengalirkan air mata akibat kata-katanya. Padahal macam-macam dia pernah kutuk Farah selama nih. Hmmm... teruk sangat ke kata-kata dia tadi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh nak buat apa dah. Takkan nak minta maaf pulak, nanti berlagak la pulak minah tuh. Baik aku pegi tolong dia angkat barang, tanda minta maaf. "Zahid, jom la turun tolong Farah angkut barang," kata Adam, dan berlalu keluar,

tanpa memastikan Zahid mengikutnya atau tidak di belakang. Ternganga Zahid mendengar kata-kata Adam. Dia mengorek telinganya dengan jari. Silap dengar ke? Nak kata telinga penuh tahi telinga, baru je korek semalam, fikir Zahid. Tapi... "Erk! Betul ke apa yang aku dengar tadi? Adam nak tolong Farah angkut barang?" tanya Anding, menepuk bahu Zahid yang masih tercegat dengan mulut ternganga memandang ke arah pintu. "Ngigau ke apa Adam ari nih?" Edlin pun turut tercengang-cengang. Tak pernah lagi sepanjang dia kenal Adam dan Farah, mereka berdua nak tolong-menolong. Nak dengar Adam sebut nama Farah pun payah, nikan dengar Adam ajak tolong Farah. "Kenapa pulak nih? Pelik sangat ke Adam nak tolong? Apsal? Dia tuh pemalas sangat ke?" tanya Azlan, tak paham kenapa yang lain nampak tercengang bila Adam keluar untuk membantu Farah. Mereka semua tergelak mendengar soalan Azlan. Tak pasal-pasal pulak Adam kena cop pemalas. "Bukan pemalaslah awak. Tapi diorang berdua tuh musuh ketat. Tuh yang kitorang confuse bila dengar Adam nak tolong Farah," ternag Nurul pada Azlan. "Oooo... camtuh ke. Hmm... kata orang, kalau gaduh-gaduh nih, nanti ada jodoh," kata Azlan. Sekali lagi yang lain tergelak mendengar kata-kata Azlan. Tension la pulak Azlan asyik kena gelak je bila dia bercakap. Lawak sangat ke statement dia. "Hehehe.. diorang berdua tak mungkin la awak. Kitorang penah gak usik camtuh, tapi, dah lama sangat diorang tuh gaduh. Memang mustahil la kalau diorang berdua tuh boleh jatuh hati," kata Nurul. "Betul tuh. Memang mustahil. Kalau betullah diorang end up together, aku buat kenduri 40 hari 40 malam," sampuk Zahid. "Dah la tuh. Jom kita turun bawah angkut barang. Aku nak tengok betul ke Adam tolong angkut barang Farah ke, atau tolong jahanamkan barang Farah. Bukan boleh caya sangat diorang berdua tuh. Setakat Kaer sorang nak halang, alamak jadi lempeng la mamat tuh, badan dah la sekeping," kata Anding. "Amboi, suka ati je ko kutuk membe ko yek. Tau la badan ko tough," kata Nurul. "Biasa arrr.. aku kan rajin workout. Tuh yang tough tuh. Sebab tuh la Edlin terpikat. Kan sayang kan," kata Anding, memandang ke arah Edlin. "Ha'ah, memang pun. Awak memang tough. Jadi, awak tolong lah angkat semua barang Lin yek," balas Edlin, memaut lengan Anding sambil berjalan keluar. "Eh! Pintu nak kunci ke?" tanya Nurul. "Takyah la, ko tutup rapat je. Nanti gilir-gilir la angkat barang. Separuh duk bawah, separuh duk atas. Ni takde barang lagi takpe arr," Zahid menjawab. Mereka semua pun turun ke bawah. Berbalik semula pada kisah Farah tadi. Sebaik saja keluar dari rumah, Farah segera

mengesat air matanya. Dia cuba mengawal perasaannya. Kedengaran bunyi tapak kaki Kaer mengekorinya dari belakang. Farah menarik nafas dalam-dalam, dia memaksa dirinya untuk senyum, dan kemudian berpaling ke arah Kaer. "Barang aku banyak nih. Boleh yek tolong?" kata Farah "Boleh je. Ko jangan ingat badan aku sekeping tak larat nak angkat. Tulang besi nih," jawab Kaer, sambil mengangkat lengannya, kononnya nak tunjuk muscle la. Farah tersenyum melihat gelagat Kaer. Kali ni betul-betul senyum, tak dipaksa. "Wokeh. Nanti kalau sakit-sakit badan jangan complaint lak tau." "Alaa.. kalau sakit badan nanti, ko la urutkan. Ko kan terror mengurut," balas Kaer. "Ek eleh, bila lak aku penah urut ko, pandai lak kata aku pandai mengurut." "Adalah, dalam mimpi." "Oooo... ko mimpi aku yek. Ko mimpi apa?" tanya Farah. "Adalah, mana boleh citer mimpi aku kat ko. Rahsia aku la." "Apalak, dah aku masuk dalam mimpi ko. Kira aku ada hak la nak tau." "Tadak.. tadak.. takleh kasik tau," kata Kaer, sengaja je dia nak mengusik Farah sebenarnya. "Ha, nih mesti mimpi yang teruk-teruk nih. Baik ko cakap," Farah dah tak puas hati, dia nak tau jugak apa yang Kaer mimpi tentang dia. "Heheheh, no comment," jawab Kaer tersengih. "Kaerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr, cakap arrr," Farah mula menarik lengan baju Kaer, nak tau jugak. "Tak nak," Kaer segera berlari menuruni tangga. Farah pula dengan pantas mengejar. Sampai di bawah, diorang main kejar-kejar keliling kereta pulak. "Weh! Korang buat penggambaran cerita Hindustan ke?" Adam menyergah Farah dan Kaer, bila dilihatnya mereka tak sedar pun dengan kehadiran dia. "Hehehe, kitorang main kejar-kejar la. Jom la nak join," kata Kaer. "Ek eleh, bazir tenaga je duk berlari. Tak sempat angkat barang dah penat," kata Adam. "Oit! Suka ati aku lah nak lari ke apa. Ko sibuk pehal." "Wei minah. Aku bukannya nak menyibuk. Tapi nanti kalau ko dah abih tenaga, aku nyer tenaga la jugak kena guna nak ngangkut barang ko," balas Adam. Dalam hati dah rasa gembira bila Farah dah kembali nak bergaduh dengan dia. Lebih baik Farah marah dari menangis. Adam tak tau sebab apa, tapi dia tak suka tengok Farah sedih. Lega Adam bila Farah dah kelihatan seperti biasa, atau dengan kata lainnya, dah gaduh semula dengan dia. At least dia tahu macammana nak deal dengan Farah. Tapi, tadi, bila nampak air mata bertakung di mata Farah, Adam mengakui yang dia jadi panik. Nyaris-nyaris dah perkataan maaf nak terkeluar dari mulutnya tadi. Memang tak disangka, dia hampir kalah hanya dengan air mata Farah. Kalau tidak memang jadi sejarah la semenjak pergaduhan mereka, perkataan maaf terucap. Fuh! Nasib baiklah Farah tak tau yang dia akan kalah dengan hanya linangan air mata, kalau tak, habislah.

Patutlah orang kata, setinggi mana pun ego lelaki, akhirnya kalah juga dengan air mata perempuan. Eh! Stop! Stop! Apsal lak dengan ex-awek aku dulu, air mata tak menjadi pun nak pujuk hati aku. Hmm.. mungkin sebab dah lali kot dengan air mata Nadia tu, sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis. Farah lain sket, dia nih keras hati, bukan senang-senang dia nak bazirkan air mata. Ish! Aku nih tak cukup tidur ke apa fikir bukan-bukan nih. Tapi, memang aku tak suka tengok dia sedih, rasa macam nak buat sesuatu je untuk hiburkan hati dia, bagi dia happy. Argh! Apasal aku nak peduli perasaan minah tuh. Ish! Takde apa la nih. Perasaan nih timbul sebab aku rasa bersalah je tadi, bukannya apa pun. Yelah, selama nih, kalau aku kutuk dia, dia marah, tak pun kutuk aku balik. Jadi bila first time dia nangis bila aku kutuk dia, normal lah kalau aku rasa panik dan bersalah. Setelah beberapa ketika berperang dengan perasaan sendiri, Adam berasa lega dapat mencari alasan munasabah kenapa dia rasa begitu. "Woit Dam, ko nak tolong ke nak termenung?" kata-kata Kaer menyedarkan Adam dari lamunan. Di tangan Kaer dah berisi tv milik Farah, dan dia menuju ke arah tangga untuk naik ke atas. Adam memandang ke arah Farah yang sedang terkial-kial cuba mengeluarkan mengeluarkan sebuah beg besar dari bonet keretanya. Tanpa berkata apa-apa, Adam menolak Farah ke tepi, dan mengeluarkan beg tersebut, dan diletakkan di atas jalan. Boleh tahan berat beg ni, ada hati minah kerek nih nak angkat naik tangga setinggi 4 tingkat. "Ko ingat aku tak larat nak angkat ke? Aku bolehlah angkat sendiri," kata Farah, dapat membaca fikiran Adam. "Dari ko abihkan tenaga ko gaduh ngan aku kan, baiklah ko angkut barang-barang ko yang lain tuh," kata Adam, dan mula mengangkat beg tersebut. "Aku tak suruh ko tolonglah, aku boleh buat sendiri," Farah cuba merampas beg tersebut dari Adam. Mereka berdua main tarik-tarik beg kejap, kemudian Adam sengaja melepaskan beg tersebut ketika Farah sedang tarik. Apa lagi, hampir terjatuh dia kat atas jalan. Terpaksa dia lepaskan beg besar tu, sebab memang berat pun sebenarnya. Semalam pun pakcik dia yang tolong angkat beg tuh masuk dalam kereta. Melihatkan Adam tersenyum sinis padanya bila dia melepaskan beg tersebut, Farah mengangkat kembali beg tersebut, Mak aiii... berat gila. Camne nak angkat ke atas nih. Tapi kalau dia mengalah, malulah kat Adam. Jadi dengan degilnya, Farah cuba angkat juga beg tersebut. Baru berjalan dua langkah, dia dah berhenti, dan letakkan kembali beg ke atas jalan. Kemudian dia kembali

mengangkat beg tu lagi. Dua langkah kemudian dia terpaksa berhenti lagi. Kalau macam ni berzaman la nak sampai. Namun begitu, sebab tak mau mengaku kalah dengan Adam, Farah berusaha juga untuk angkat beg tersebut. "Berat?" tanya Adam sinis, bila Farah berhenti lagi untuk kali ketiga. Tak sampai 10 tapak pun lagi bergerak. Farah menjeling tajam ke arah Adam. Kat tangan Adam ada comforter dan bantal milik Farah. Siyut mamat nih, angkat benda yang ringan. Apa punya laki la camnih. Saja la tuh nak pekena aku. Kalau setakat angkat bantal ngan comforter, sambil berlari pun aku boleh angkat. Adam berjalan menghampiri Farah, kemudian dia mencampakkan comforter dan bantal ke arah Farah secara tiba-tiba. Spontan Farah melepaskan tangannya dari beg, dan menyambut comforter dan bantal. Adam pula terus aje mengangkat beg tersebut, dan berlalu meninggalkan Farah yang masih cuba membetulkan kedudukan comforter dan bantal di tangannya supaya tak terjatuh. Ceh! berlagak la mamat tuh. Nak tunjuk kuatlah tu konon. Ish! Ish! Apalah dia nih. Adam angkat barang ringan pun kutuk, Adam angkat barang berat pun nak kutuk gak. Biasalah, semua yang Adam buat tak kena. Tapi, tiba-tiba, tak semena-mena senyuman muncul di bibir Farah, bila difikirkan balik Adam sengaja memberinya barang yang ringan untuk dibawa, dan dia sendiri sanggup bawak beg yang berat. Kira gentleman jugak mamat sewel nih. Sweet je, guna taktik camtuh tak bagi Farah angkat barang yang berat. Erk! Apa aku fikir nih. Gentleman? Sweet? Otak aku dah tersampuk ke apa nih? Macammana lak aku boleh terfikir mamat sewel tuh gentleman dan sweet. Mana datang idea mengarut nih. Argh! Mana ada, mamat tuh saja nak berlagak je tuh. Nak tunjuk kuatlah konon, boleh bawak barang berat. Bukannya sebab dia sweet atau gentleman. Bukannya ikhlas sangat pun nak tolong aku tuh. Hmmm... macam tuh baru la logik, Farah rasa tenang semula bila dapat carik alasan nak kutuk musuh ketatnya itu. "Farah, meh aku tolong angkat barang ko. Keta ko kunci dah ke?" Zahid menawarkan diri menolong Farah ketika mereka bertembung di tangga. "Tak acilah weh, semua pakat tolong Farah je. Aku tak nak tolong ke?" sampuk Nurul. "Ko ngan Edlin kan dah bawak special helper. Inilah masanya pakwe-pakwe korang nak tunjuk kekuatan mereka, hehehe," kata Zahid. Dia menyambut kunci kereta yang dilempar oleh Farah. "Not fair la. Kitorang ada pakwe sorang je. Farah terus pasang 3," kata Edlin pula. "Hehehe, nasiblah tuh." "Takpe sayang, I kan ada. Setakat Zahid, Adam ngan Kaer tuh, bukannya kuat sangat pun," Anding

sengaja membanggakan diri. "Oit! Berlagak yek ko. Ha! Ko angkat la sorang semua barang awek ko tuh. Aku tak mau masuk campur yek," Adam yang sedang menuju ke atas pula menyampuk. "Eleh! Aku tau la ko dah tak larat, nak angkat beg tu pun lom tentu larat sampai ke atas, takut terbongkang je terus," Farah ambik peluang nak kutuk Adam. "Sedar sket beg sapa aku angkat nih yek. Aku campak ke bawah kang baru tau," ugut Adam. Ada hati lagi minah kerek nih nak ngutuk aku, bukannya reti nak berterima kasih aku tolong dia. Dahlah beg berat nak mampus, nak patah pinggang aku. Dia isi bom ke apa dalam beg nih. "Aku tak suruh pun ko tolong. Ko tuh berlagak sangat nak angkat," balas Farah. Dia dan Adam meneruskan perjalanan ke atas, sementara Zahid, Edlin, Nurul, Anding dan Azlan turun ke bawah. "Ko ingat aku tolong ko nih free ke? Aku charge la nanti, satu trip, seminggu ko kena belanja aku makan." "Weh! Cekik darah punya orang. Aku tau dah ko tolong mesti tak ikhlas punyalah. Muka cam ko nih mana ada nak tolong orang camtuh je, mesti nak harap balasan." "Ko nih apahal arrr? Aku tolong sesaja salah. Aku nak charge pun salah. Susah betul nak puaskan hati ko," kata Adam. "Sejak bila lak aku suh ko puaskan hati aku. Ingat sket yek, aku tak mintak ko tolong pun tadi. Ko yang tehrhegeh-hegeh volunteer. Pas tuh skang complaint lak." "Sapa yang complaint sebenarnya nih ha? Aku ke ko?" Mereka berdua bertekak sampailah ke tingkat 4. Sedar-sedar je mereka dah berdiri kat depan pintu. Tak sempat nak rasa penat, sebab asyik bergaduh je sepanjang perjalanan ke atas. Ada faedah juga mereka asyik bertekak, sebab jadi rasa cepat je perjalanan mereka menaiki tangga untuk ke rumah Farah. Adam pun tak rasa sangat berat beg yang dibawanya. Mereka pun terus masuk ke dalam rumah. Kaer ada di dalam. "Aik! Kaer, baru satu trip dah rehat ke?" tanya Farah. "Hah! Ko tengok minah nih Kaer. Bukannya reti nak terima kasih orang angkat barang dia. Siap marah lagi ko nak rehat dulu," terus je Adam hentam Farah. "Woih! Bila lak aku marah dia. Ko takleh bezakan ke aku marah or aku tanya soklan." "Abih ko tanya camtuh, cam marah la dia nak rest," balas Adam. "Alah, ko tuh dah tak larat padahal, nak rest, pastuh saja je nak kaitkan ngan Kaer lak. Tak mau tolong tuh dah la. Aku pun tak ingin." "Oooo.. berlagak yek. Ko sedar sket aku dah tolong ko tadi yek. Nak suh aku bawak turun balik ke beg tu kat bawah, pastuh ko angkat sendiri." "Pegi la bawak turun balik," balas Farah. "Ko cabar aku ke?" "Aku tak cabar pun. Ko yang nak buat keja bodoh tuh. Pegi je lah." "Berlagak la ko yek. Nak tengok camne ko nak angkut barang-barang lain kalau kitorang tak tolong."

"Tuh yang aku tak nak ko tolong aku tuh. Nanti mulalah mengungkit." "Aku bukan ngungkit, ko tuh yang tak reti berterima kasih. Kasik la can Kaer nak rest dulu. Biar aku turun tolong ko," Adam terus berjalan ke pintu. "Oit! Dam, tunggulah," Kaer baru berpeluang nak bersuara. "Apa?" "Zahid suggest kita angkut barang ikut shift la. Sebab kalau dak satu keja lak nak kunci pintu, bukak pintu. So, gilir-gilir la. Nanti diorang naik atas, baru kita turun bawah, diorang tunggu dalam umah. Pas tuh kita naik, baru diorang lak turun," terang Kaer. "Laaa... apsal ko tak cakap awal-awal. Tak pasal-pasal kena laser dulu ngan minah nih," kata Adam. "Weh! Bila lak aku laser dia. Ko tuh yang membebel tak tentu pasal. Kaer tak sempat nak cakap apa pun lagi." "Korang tukar shift la. Pening aku dengar korang duk gaduh." Mereka berdua teruslah bertekak, nak menangkan hujah masing-masing. Kadang-kadang tuh hujah tak logik langsung. Main sedap mulut je, asal boleh balas balik kata-kata lawan. Kaer seperti biasa, tak banyak cakap. Dia tengok je la diorang berdua gaduh, macam referee lah pulak rasa. Tak lama kemudian Zahid dan yang lain-lain sampai ke atas. Giliran Adam, Farah dan Kaer pula turun ke bawah. Dalam perjalanan turun ke bawah pun diorang duk gaduh lagi. Bila sampai bawah, barulah sedar yang kunci kereta ada dengan Zahid, jadi, camne lak nak amik barang. Mulalah gaduh balik Adam dengan Farah, memasing salahkan yang lain, pas tuh gaduh lak sapa nak naik atas amik kunci. Kaer baru je nak volunteer naik ke atas, tak larat dengan diorang berdua bertekak. Nasib baiklah Zahid turun ke bawah, bila teringat kunci kereta Farah ada dengannya. Diorang semua teruslah bergilir-gilir angkut barang ke atas. Barang Farah habis dulu diangkut naik, lagipun barang dia satu kereta aje. Lepas tu, ada 3 jejaka lak tuh yang tolong, cepatlah habis. Ada lagi barangnya di rumah makciknya, satu trip lagi habislah. Edlin dan Nurul dah bawak semua, sebab sumbat dalam kereta pakwe masing-masing, jadi senanglah, tak payah buat trip lain lagi. "Weh! Aku nak balik umah makcik aku pulak. Nak amik barang lagi," kata Farah pada Nurul dan Edlin, ketika semua berada dalam rumah ketika itu. "Banyak lagi ke barang ko?" tanya Edlin. "Ermm.. muatlah lagi satu trip kot." "Ko amik CRV aku la Farah," pelawa Anding. "Boleh gak. Banyak sket boleh muat," kata Farah. "Ko caya ke minah nih bawak keta ko Anding? Biar aku lah drive," sampuk Adam. "Weh! Ko ingat aku tak reti bawak ke? Aku dah biasa la drive 4 wheel. Takyah la ko ikut, aku boleh bawak sendiri," balas Farah, bengang bila Adam kata dia tak pandai bawak 4 wheel. "Takpe arr, aku la ikut ko Farah. Ko nak drive boleh, ko nak suh aku drive pun boleh," sampuk Kaer.

"Ko nih Kaer, ikut sangat kehendak minah nih. Kalau aku, tak caya la dia bawak." "Yang ko sibuk tuh pehal. Suka ati dialah nak ikut aku." "Dahlah tuh. Nih ha kunci Farah. Nanti balik ko singgah beli makanan boleh dak?" Anding menghulurkan kunci pada Farah, tapi disambar oleh Adam. "Ko nih pehal? Tuan punya keta pun dah caya kat aku. Ko lak lebih-lebih," marah Farah, cuba merampas kunci dari tangan Adam. "Dahlah tuh. Bak sini kunci tuh Dam. Biar aku la yang drive. Jom Farah," Kaer mengambil kunci dari tangan Adam yang tak sempat nak buat apa, sebab dia tengah sibuk nak mengelak dari Farah, tak sedar Kaer sambar kunci dari tangan dia. "Tapi..." "Takkan aku pun ko tak caya gak nak drive Dam," kata Kaer. "Takdelah. Ermm.. Jom arrr," kata Adam. "Laaa... ko takyah la ikut. Tolong diorang nih angkut barang Nurul ngan Edlin tuh. Lagipun kalau ko ikut, rugi la space nak isi barang nanti," kata Kaer. Adam terpaksa mengalah. "Eleh, ingat aku tak tau ko nak ikut sebab malas nak tolong angkut barang dah," kata Farah, mengikut Kaer yang dah keluar. "Baik sket yek. Aku nak jaga Kaer jer. Bukan leh caya ko nih." "Ko ingat aku nak buat apa kat dia ha? Nak kidnap ke?" "Farah, cepatlah," Kaer melaung dari luar. Dah pening dia dengar Farah dan Adam bertekak dari tadi tak henti-henti. Diorang berdua nih tak penat ke? Pelik betullah. "Okey. Coming." "Farah, nanti belikan lunch yek," pesan Nurul pada Farah. "Okey, set," balas Farah, dan keluar mengikut Kaer. Adam tak puas hati dengan Kaer. Apasal tetiba je nak pergi berdua dengan Farah. Bukannya salah kalau dia ikut sama. Cepat sikit nak angkut barang Farah nanti. Saja je Kaer nih. Adam kemudian menolong Edlin dan Nurul pula. Penat jugak rasa. Tadi masa angkut barang dengan Farah tak rasa penat pun, sebab asyik bergaduh je. Kalau minah tuh ada baru la semangat sikit nak angkut barang. Erk! Bukan sebab dia kasik semangat kat aku, tapi at least, ada la sikit aktiviti sampingan dia nak buat masa angkut barang. "Apa gak ko Dam. Kejap-kejap tengok jam. Bimbang sangat ke housemate ko kena kidnap," tegur Anding, bila melihat Adam sekejap-sekejap tengok jam, kemudian mengeluh. Muka pun tak semangat je. Tadi punya la aktif gaduh ngan Farah, tak nampak penat pun naik turun tangga. "Apa lak, aku dah lapo la. Lambat tul diorang," Adam memberikan alasan. Dia pun tak sedar yang dia asyik tengok jam aje. "Lerrr... tak sampai 1/2 jam lagi diorang pegi. Nak balik umah makcik Farah dah amik masa 1/2 jam dah, kalau tak jem jalan. Nak angkut barang lagi, pas tuh nak singgah beli lauk lagi. Lepaklah. Roti ada kat dapur tuh," kata Nurul pula. Pelik betullah mamat nih. Farah ada asyik carik gaduh, Farah takde carilah pulak. Hmmm... menarik nih.

"Takper arr," kata Adam, Baru 1/2 jam ke diorang pegi. Apasal aku berjalan. Naik turun naik turun tangga, Nak je dia tepon Kaer tanya ada kat mana. Macamlah aku rindu kat minah senget tuh.

turun semula ke bawah untuk mengambil barang lagi. Ish! rasa lambat sangat masa berlalu. Tadi pagi cepat je masa sedar-sedar habis barang Farah. Rasa macam 5 minit aje. Tapi tak bolehlah, nanti diorang fikir bukan-bukan.

Erk! Rindu? Macammana lak boleh terpikir perkataan tuh pulak. Takde, takde, gila ke apa nak rindu minah tuh. Rasa aman la patutnya dia takde, Adam meyakinkan dirinya. Penat sangat nih angkut barang, sampai aku fikir bukan-bukan. Adam sampai ke bawah, mengawal dirinya untuk tidak melihat jam lagi. Dia mengambil barang Edlin, dan menuju ke atas semula. Matanya tiba-tiba gatal nak tengok jam juga. Arghhh!!! Baru 2 minit dari kali akhir dia tengok jam. Adam bengang dengan dirinya sendiri. Stop it Adam! -------------------------------------------------------------------------------------------------Sementara itu, Farah dan Kaer dalam perjalanan ke Ampang untuk ke rumah makcik Farah. Kaer yang memandu CRV Anding. Bukan sebab Farah tak tau drive, tapi dia malas sebenarnya. Dia tak suka sangat bawak kereta besar. Tadi dengan Adam saja je nak carik pasal. Biasalah tu, mana boleh senyap je bila Adam tak percaya dia boleh bawak 4 wheel drive. "Eiii... geram tul la aku ngan housemate ko tuh," kata Farah. "Ko gi layan tu sapa suruh. Buat derk je lah," balas Kaer, tersenyum tengok muka Farah yang nampak bengang. "Abih, takkan nak senyap je dia ngata kat aku." "Korang nih kan, bila nak berbaik. Dah la satu kampung, kenal lama dah. Kawan ko pun kawan dia gak. Kan ke senang kalau korang berdamai," nasihat Kaer. "Berdamai? Ngan mamat sewel tuh? Sorry la, takkan sampai bebila aku nak berdamai ngan dia." "Hmm... apa yang ko nak marah sangat kat dia sebenarnya?" Kaer cuba mengorek cerita. Dia pun tak tau punca sebenar pergaduhan Farah dan Adam. Tau-tau je diorang nih memang bermusuh. "Citer lamalah," jawab Farah. "We've got at least half an hour to reach you aunt's house. So, citerlah." "Ermm...," Farah tak tau macammana nak mulakan pula. "I'm waiting," kata Kaer. "Apsal ko nak tau sangat?" "Yerlah, curious gak aku. Nak tau camne mulanya sengketa korang nih. Citer arr kat aku. Bukan aku nak citer kat orang lain pun." "Apsal ko tak tanya Adam sendiri?" "Aku dah penah tanya. Dia tak nak citer. Tapi dia cakap ko yang mula dulu." "Siyut mamat tuh. Aku lak yang mula. Dia yang memula carik pasal." "Dia carik pasal camne? Citer arr..," pujuk Kaer lagi.

"Aku tak tau nak mula dari mana arrr," kata Farah, sedikit sebanyak termakan pujukan Kaer nih. Pandai gak Kaer nih nak korek cerita. "Okaylah, ko start kenal Adam bila?" "Dari kecik lagi sebenarnya. Abang dia kawan pakcik aku yang bongsu. Umah kitorang pun dekat je, 10 minit je lebih kurang." "So, ko ngan dia memang gaduh dari kecik lagi ke?" "Tak jugak. Actually, aku dan dia baik gak dulu. Selalu la main sesama." "Meaning, you guys are friends la. Then, sejak bila lak korang mula gaduh?" "Masa sekolah menengah. More specific, masa form 1. Tapi kitorang dah start renggang masa akhir-akhir sekolah rendah. Yerlah, dia budak glamour, mana nak kawan ngan aku yang tak glamour." "So, the reason you start to fight is...?" "Ermm..," Farah menceritakan kejadian yang berlaku masa di sekolah menengah dulu pada Kaer. Kaer hanya diam saja mendengar, tak menyampuk langsung masa Farah bercerita. Tapi masa Farah cerita part dia dan Adam bertumbuk, Kaer ketawa. Farah pun tersenyum juga teringatkan peristiwa tersebut. Itulah kali pertama dan terakhir dia dan Adam bergaduh secara fizikal. "Okay, end of the story," kata Farah akhirnya. "Hmm... Farah, don't you think it's too childish to keep fighting about the event that occurs a decade ago?" "Nih yang aku malas nak citer nih. Ko mesti tak paham punyalah," kata Farah. "Okay, make me understand. Apa sebab utama korang takleh berdamai. Aku rasa, kawan ko yang suka kat Adam dulu tuh pun dah lupakan kejadian tuh. Ko contact lagi ke ngan kawan ko tuh?" "Err.. actually aku dah lost contact ngan dia. Family dia pindah ke Johor. And dia bukan asal sana pun." "So, I don't see the problem here. Berbaiklah. Kan ke senang." "Tak boleh." "Why?" "Errr... Errr... ko tanya lah membe ko. Dia yang benci sangat kat aku." "Mana ko tau dia benci kat ko? Dia penah cakap?" "Lerr... dah dia selalu kutuk aku, carik pasal ngan aku. Mestilah dia tak suka kat aku. Ada ko tengok dia layan kengkawan lain cam dia layan aku?" "Tuh sebab ko special kot, hehehe," sempat lagi Kaer melawak. "Yeah rite, very 'special'. Tuh yang kutuk aku je keja." "Tapi, ko pun selalu gak carik pasal ngan dia. Ko memang benci kat dia ke?" "Mana der aku carik pasal dulu. Dia yang start dulu selalunya. Aku balas balik je." "Ko tak jawab soalan aku. Ko betul-betul benci kat dia ke?" "Ko nih apahal duk soal-selidik aku nih. Dulu tak penah pun nak tanya. Tetiba je cam FBI lak tanya." "Hmmm... still waiting for your answer." "Dia yang benci aku." "Tooott... Wrong answer." "Nih apahal ko nak tau sangat nih. Apsal sekarang baru nak tau?" "Tah laa, masa study dulu rasa cam tak peduli sangat korang nak gaduh, tak matured lagi, tapi sekarang..." Kaer tak menghabiskan kata-katanya. "Jadi, ko kata kitorang nih tak matured la?" tanya Farah, bengang la pulak kata dia tak matang lagi.

"Takde lah, but I think it's too childish to keep going on fighting. The reason korang gaduh pun bukannya kukuh sangat. Pastuh dah lama dah, dah jadik sejarah dah. Lagipun tak elok kan sesama umat Islam tak bercakap, membenci satu sama lain. Masa budak-budak lainlah. Sekarang nih dah besar dah," Kaer berceramah la pulak. Farah diam mendengar ceramah dari Kaer. Memang ada betulnya kata-kata Kaer. Tak ada sebab yang betul-betul kukuh nak meneruskan pergaduhan dia dan Adam. Tapi, dah jadi tradisi la pulak, kalau tak gaduh rasa macam pelik pulak. Lagipun, takkan dia nak mintak maaf kat mamat tuh, besar kepala lah pulak nanti. Hmm.. Kalau mamat tuh yang mintak maaf dulu, takpe lah jugak. Ah! Mimpi di siang hari la nak tunggu dia mintak maaf. "You know what. I think the real reason korang still gaduh, sebab masing-masing ego kan. Dua-dua tak mau mengalah," teka Kaer. "Bukan camtuh...." "Then? Apa lagi alasan ko nak pakai. Don't tell me you're still mad dengan peristiwa yang dah lama jadi tuh," potong Kaer. "Actually, it's not really his fault pun pasal benda tuh. Ko jangan cakap kat dia lak aku cakap nih," sempat lagi Farah kasik amaran kat Kaer. "Takkan la aku nak cakap lak. So, berdamai je lah ngan dia." "Susahlah, ish. Camne nak berdamai, tiap kali tengok muka dia, eiiii... geram je rasa, tak reti nak cakap." "Okay, back to my question tadi. Ko memang benci kat dia ke?" "Honestly, nope. Aku tak penah benci kat dia. Tapi..," Farah tiba-tiba diam. "Tapi?" tanya Kaer. "Kaer, I don't want to talk about this anymore ok. Please," kata Farah, ada getar pada suaranya, macam menahan tangisan. "Okay, okay, sorry, we talk about other topic okay," Kaer mengalah, bila dilihat muka Farah yang tiba-tiba nampak begitu sedih. Bila Farah memandang ke arah luar, Kaer mendiamkan diri, faham yang Farah tak mau berbual. Dia membiarkan Farah melayan perasaan sendiri, dan concentrate bawak kereta menuju ke Ampang. Farah termenung sendiri. Tiba-tiba aje dia rasa sebak tadi. Bila teringat balik kejadian masa zaman sekolah dulu, teringat pula kenapa dia terus menerus bergaduh dengan Adam. Sebenarnya, dia langsung tak pernah membenci Adam. Tapi dia menggunakan Adam sebagai tempat nak lepaskan geram. Ketika itu rumah tangga ibu dan ayah tengah goyah. Hari-hari Farah terpaksa mendengar diorang gaduh. Pada mulanya Farah salahkan ibu yang menyebabkan punca pergaduhan, sebab ibu memang suka membebel, lagipun, Farah memang manja dengan ayahnya. Ibu dan ayah tak pernah pun gaduh

depan dia, selalunya malam-malam baru diorang gaduh, bila disangka Farah dah tidur. Padahal Farah bukannya tidur, dia menangis sendiri dalam biliknya, menekup mukanya dengan bantal, tak tahan mendengar ibu dan ayah bergaduh. Farah ingat lagi peristiwa di mana dia terkurung dalam bilik air di bilik ibu dan ayah selama 3 jam. Ketika itu mereka tidak sedar yang Farah ada di dalam. Farah menutup telinganya, tak mau mendengar pergaduhan mereka, dia menggigit penumbuknya, menghalang dirinya dari menangis, takut kalau ibu dan ayah tau yang dia ada di dalam bilik air. Selepas keduanya keluar dari bilik, barulah Farah keluar dari bilik air. Dia masuk ke biliknya dan barulah dia berani untuk menangis. Ketika itu air mata masih murah baginya, senang saja untuk dia menangis. Pernah sekali, ayah tak balik ke rumah seminggu selepas gaduh besar dengan ibu. Farah mengamuk masa tuh, marah dengan ibu, dia menuduh ibunya yang menghalau ayah. Ibu suka sangat membebel dan marah-marah, sampai ayah tak balik rumah. Ibu menangis masa Farah tuduh begitu, dia cuba pujuk Farah, mengatakan itu perkara orang dewasa, Farah tak perlu tau. Tapi Farah tetap salahkan ibu, dia berkurung dalam bilik, makan pun tak mau. Tapi sebenarnya kat sekolah dia dah makan kenyang-kenyang. Pandailah taktik. Akhirnya ayah balik juga, dan Farah sangka mereka dah berbaik, sebab Farah dah tak dengar diorang bergaduh. Tapi, macammana nak dengar diorang gaduh, kalau nak dengar suara ibu pun susah. Makin lama makin kurus ibu, kadang-kadang Farah ternampak ibu menangis. Namun, ketika itu, Farah tak peduli itu semua, baginya, yang penting, ayah dan ibu masih bersama. Hinggalah satu hari, Farah dapat tau punca sebenar pergaduhan mereka. Ketika itu usianya 14 tahun. Farah mengikut ayahnya ke Kuantan, kata ayahnya, ada urusan kerja. Ibu tak ikut sama. Ketika di Kuantan, mereka bertembung dengan Auntie Ida, bekas isteri pakciknya, atau nama panggilannya Pak Ngah, di hotel yang sama mereka menginap. Auntie Ida dan Pak Ngah baru saja bercerai 6 bulan yang lalu, anak-anak mereka bahagi antara mereka, Zarul, yang sulung, ketika itu berumur 5 tahun, tinggal dengan Pak Ngah, dan Auntie Ida pula ambil Zalia, 4 tahun. Kekok juga Farah bila jumpa Auntie Ida, sebab ini kali pertama dia berjumpa selepas mereka bercerai. Tapi, seronok juga jumpa Auntie Ida, sebab dia suka bagi hadiah pada Farah. Malam itu, Farah terjaga dari tidur. Dilihat ayah tiada di katil. Farah yang takutkan gelap, terus saja bangun. Dia dah nak menangis, bila tiba-tiba dia terdengar bunyi dari arah pintu yang

menyambungkan bilik mereka dan bilik sebelah. Farah bangun perlahan-lahan. Rasa takut hilang, rasa ingin tahu pula timbul. Farah berjalan perlahan-lahan ke arah pintu, berhatihati supaya tak membuat bising, dia pun tak pasti kenapa. Farah menolak pintu yang tak ditutup rapat dan mengintai ke bilik sebelah. Apa yang dilihat Farah ketika itu, tak mungkin dapat dilupakan seumur hidupnya. Ayah dan Auntie Ida berada di atas katil, melakukan sesuatu yang tak sepatutnya berlaku di antara mereka berdua, dan tak sepatutnya ditonton oleh seorang budak yang baru saja berumur 14 tahun. Farah memerhatikan mereka berdua seketika, kemudian dia tak sanggup lagi. Dia menutup pintu perlahan, dan kemudian berlari ke bilik air di biliknya, dan dia muntah di situ. Saat itu, hanya Tuhan saja mengerti perasaan seorang anak yang menyaksikan dengan matanya sendiri ayahnya melakukan perbuatan yang terkutuk dengan bekas isteri pakciknya sendiri. Farah kemudian kembali ke katil dan masuk ke dalam selimut. Dia berasa amat takut ketika itu. Tapi dia tidak menangis. Dia terlalu takut untuk menangis. Farah tak menceritakan apa yang berlaku pada sesiapa pun. Tak seorang keluarga atau kawannya pun tau tentang perkara tersebut. Pada zahirnya, dia tetap seperti biasa, sentiasa ceria dan cerdas. Malahan Farah berpura-pura yang perkara tersebut tidak pernah berlaku.Tapi sebenarnya dia tertekan, malamnya dia sentiasa bermimpi teringatkan kejadian tersebut. Sampai dia takut untuk tidur, tak pasal-pasal kena insomnia. Perasaannya tertekan, tiap kali dia tengok muka ayah, dia rasa geram, sedih, marah, benci, semua ada. Tapi dia tak tau nak buat apa. Jadi, untuk melepaskan geram, Adam jadi mangsa. Di kala dia rasa dia tak dapat menanggung semua itu lagi, dia sengaja cari pasal dengan Adam. Dia lepaskan kemarahan pada Adam, walau pada hakikatnya bukan Adam yang dia bengang. Namun, sekurangkurangnya, tiap kali dia bergaduh dengan Adam, kurang sedikit rasa tekanan dalam dirinya. Ringan sekejap beban yang ditanggung. Rasanya, kalau Adam tak ada, boleh jadi gila dia tika itu. Bila masuk Form 3, orang keliling mula memperkatakan tentang ayah Farah, walaupun bukan depan-depan Farah. Tapi telinga dia peka je dengar ibu bercerita dengan ahli keluarga yang lain. Ramai yang nampak ayah Farah dan Auntie Ida berdua, walaupun mereka selalu sembunyi-sembunyi. Rupa-rupanya, Auntie Ida dan Pak Ngah bercerai dulu pun disebabkan oleh ayah Farah. Ibu dan ayah kembali bergaduh, tapi Farah masih mendiamkan diri. Mungkin disebabkan oleh tekanan, Farah mula diserang sakit kepala. Kalau setakat hantuk kepala kat dinding tuh

perkara biasalah masa dia diserang sakit kepala. Doktor mengatakan dia sakit kepala sebab susah hati, tapi dia bagi alasan yang dia nak hadapi PMR. Padahal dia asyik fikir pasal masalah keluarga dia. Dalam diam dia mula kumpul bukti tentang kecurangan ayah. Oleh sebab dia rapat dengan ayah, senanglah dia dapatkan bil-bil telefon, dan resit-resit hotel ayah menginap dengan Auntie Ida. Ayah pun satu lembab, walau pun dia jumpa Auntie Ida kat tempat lain, dan sewa bilik hotel lain-lain, tapi bil kedua-dua bilik dia bayar, lepas tu letak nama Auntie Ida lak tuh kat resit. Farah kutip je semua. Tapi Farah dah tak ikut ayahnya 'out station', tak sanggup dah nak tengok drama macam hari tu. Cukup la sekali. Ada juga dia jumpa kad pemberian Auntie Ida buat ayah, siap bersayang-sayang lagi, nak muntah Farah baca. Semua tuh dia simpan dalam satu file, dan disimpan dalam laci di biliknya, yang sentiasa dikunci, dan kuncinya Farah sentiasa bawa ke mana-mana. Selepas PMR, Farah ditawarkan ke asrama, terus aje dia terima dengan hati yang lega. Tak perlu lagi dia mendengar pergaduhan ibu dan ayah, tak perlu lagi dengar cerita-cerita kurang enak tentang hubungan ayah dan Auntie Ida. Automatik je sakit kepala dia hilang bila masuk ke asrama. Masa cuti pun dia jarang balik ke rumah lama-lama. Ada je alasan dia. Tidur rumah kawanlah, ikut aktiviti sekolah, macam-macamlah, seboleh-bolehnya dia mengelak untuk balik ke rumah. Oleh kerana keputusan trial SPM yang cemerlang, Farah dapat menyambung pelajaran ke luar negara sebaik saja habis SPM. Tak sampai dua minggu lepas SPM, dia dah lari jauh meninggalkan Malaysia. Namun begitu, dia tak boleh selama-lamanya lari dari masalah. Semasa dia balik bercuti, terkejut Farah melihat keadaan ibu yang kurus kering. Dia nampak lagi tua dari usianya. Ibu menceritakan segala-galanya pada Farah, mungkin difikirnya Farah dah besar, sudah boleh menerima apa yang berlaku. Padahal Farah dah tau lama hubungan ayah dan Auntie Ida, namun dia tak ceritakan pada ibu. Tentang bukti-bukti yang dia kumpul pun dia tak beritahu. Rupa-rupanya, semenjak Farah tiada, ayah jarang sekali balik rumah. Sebulan nak balik pun susah. Syarikat milik ayahnya pun dengar khabarnya ada masalah, banyak sangat hutang. Ibu memberitahu yang dalam senyap ayah jual tanah milik mereka, yang kononnya nak diwariskan pada Farah. Ibu tau pun melalu kawannya yang kerja di bank, sebab dia terlibat dengan pindah milik tanah tersbut. Duit dalam joint account ayah dan ibu pun habis ayah keluarkan. Nasib baiklah rumah mereka atas nama ibu. Farah kembali mengumpul bukti-bukti yang ada. Di depan Farah, ayah berlagak seperti biasa. Dia tak tau yang ibu dah menceritakan segala-galanya pada Farah. Farah pun turut berlakon

jugalah dengan ayah. Dia buat baik dengan ayah, walaupun hatinya sakit. Habis pejabat ayah dia selongkar masa ayah tiada kat pejabat. Dia jumpa dokumen bukti penjualan tanah. Farah juga terjumpa buku bank miliknya. Dia belum menukarkan akaun tersebut ke akaun dewasa sebelum ke luar negara, sebab belum cukup 18 tahun. Jadi ayahnya ada hak mengeluarkan duit dalam akaun itu sebagai penjaga. Hampir menangis dia bila melihatkan akaun tersebut hanya tinggal tak sampai 10 ringgit. Habis duit simpanannya selama ini, yang hampir 5 ribu ringgit. Tak sangka Farah yang ayahnya sanggup ambil duit anak sendiri. Habis saja cuti, Farah kembali ke kolejnya di luar negara. Tapi kali ini, dia sentiasa update berita tentang ayah melalui ibu dan juga Pak Su yang jadi spy Farah. Semua berita yang dia dapat, dia catit kemas-kemas. Dia juga dapat tau yang Zalia yang sebelum ini tinggal dengan Auntie Ida, dah diambil oleh Pak Ngah, sebab selalu sangat budak tu ditinggalkan sendiri. Lagipun, Pak Ngah dah pun berkahwin semula, jadi bolehlah isterinya, yang Farah panggil Mak Ngah, tolong jaga Zalia dan Zarul. Farah tak tau mana dia dapat kekuatan, tapi dia nekad untuk bersemuka dengan ayah. Cuti winter, dia balik semula ke Malaysia. Tanpa pengetahuan ibu dan keluarganya yang lain, Farah berjumpa dengan ayah pada hari lahirnya yang ke 19. "Farah! Farah! Weh! Tidur lak budak nih," suara Kaer mengejutkan Farah dari lamunan. "Ha? Apa? Sorry la, tertidur," kata Farah, memberikan alasan. Padahal duk teringatkan kisah lama. "Dah nak sampai Ampang nih. Umah makcik ko katner. Ko ingat aku nih drebar teksi ke, tau kat mana ko nak pegi." "Hehehe, sorry. Ermm.." Farah pun bagilah direction rumah Mak Lang pada Kaer. Rasa sedih masih lagi bersisa, tapi dia pandai mengawalnya. Dah banyak pengalaman dah, expert la nak cover rasa sedih ni. Sampai di rumah Mak Lang, tiada orang di rumah. Keluarlah berjalanlah hari minggu macam ni. Sedang elok je Kaer matikan enjin... "Tit.. tit..... Tit..tit" Handphone Farah berbunyi, ada message masuk. Farah mengeluarkan handphone dari poket seluar, dan memabaca message yang tertera. 'Oit! Minah! Ko kidnap gi mana Kaer? Cepat sket, lembab arr ko, aku lapo nih. Bwk keta orang tuh pepandai la, jgn wat cam harta sendiri.' Walaupun nombor yang tertera tak ada dalam simpanan Farah, tapi dia tau mesti

message tu dari Adam. Mana lak mamat sewel nih dapat nombor, mintak dengan kawan-kawan yang lainlah ni kot. Mamat nih kan, tau je time aku sedih, mulalah dia nak carik pasal. Dia nih boleh baca fikiran aku ke apa. Tapi memang sejak dari dulu camtuh, dia baru je nak sedih, Adam mesti carik pasal. Dia pun apa lagi, gaduhlah dengan mamat tu. Habis tenaga dan otak dia guna untuk gaduh ngan mamat tuh, hilang rasa sedih. Kecuali masa dia kerja di Kuantan, Adam tak ada di situ. Tensen juga dia, takleh cari gaduh. Baru dia sedar selama ini dia menggunakan Adam untuk menghilangkan tekanannya. "Ko tengok kawan ko nih. Takde kat depan mata pun nak carik gaduh gak ngan aku," kata Farah pada Kaer. Jari-jarinya pantas menekan keypad handphonenya, membalas sms Adam. 'Suka ati aku la. Ko nih mmg bzbodi la. Kwn ko yang rela hati nak ikut aku. Hahaha, jeles la tuh.' "Adam ke?" buat-buat tanya lak Kaer. "Iyerlah. Sapa lagi." "Dia tulih apa?" "Ngutuk akulah. Kan aku dah cakap dia memang benci kat aku." "Trust me Farah. He doesn't hate you." "Yeah, rite. Sejak bila ko reti baca perasaan orang nih." "Sebab dia sendiri penah cakap kat aku dia tak benci pun kat ko," jawab Kaer. Farah terkejut mendengar kata-kata Kaer. Tak tau kenapa, tapi dia rasa gembira sangat Adam tak bencikan dia. Padahal dah macam-macam dia buat kat Adam, berbakul-bakul dah kutukan dia kasik. "Aku tak tipu arr, aku berani sumpah la. Dia cakap kat aku dia tak benci pun kat ko." "Habih tuh, apsal dia suka sangat kutuk aku." Kaer menjungkitkan bahu tanda tidak tau. Tapi Farah faham sebenarnya. Sebab dia pun tak pernah benci kat Adam. Mungkin juga dah jadi habit. Bila nampak je Adam, automatik rasa nak gaduh. Memang menyampah kalau mamat tuh ada, tapi kalau tak ada, tak best gak sebenarnya. "Tit..tit.... Tit..tit," ada sms baru masuk ke handphone Farah. 'Oit! Takde keje aku nak jeles kat ko. Jgn perasan la. Aku bimbang kat housemate aku je, takut ko wat apa2 kat dia.' "Ha! Tengok nih. Duk ngata kat aku lagi," kata Farah, membalas semula sms Adam. 'Ha'ah! Memang, aku nak kidnap housemate ko, sbb aku kesian dia kena duduk serumah ngan psycho cam ko, jadi aku nak selamatkan dia la' Farah dan Kaer memunggah barang milik Farah ke dalam CRV Anding. Nasib baiklah Anding kasik pinjam CRV, sebab cukup-cukup muat je barang. Kalau bawak kereta Farah tadi, alamatnya kena buat lagi satu trip lah. Sambil angkut barang tuh, sempat lagi Farah gaduh dengan Adam melalui SMS. Sedang elok

Farah letak barang yang terakhir dalam CRV, Mak Lang sekeluarga balik. "Kak Farah!!! Sapa nih? Boyfriend Kak Farah yek?" tanya Mira, memandang Kaer. "Ish! Kawan Kak Farah lah. Abang Kaer. Kaer, si busybody nih sepupu aku Mira. Yang hyper tuh Kimi." "Habih dah ke barang Farah?" tanya Mak Lang yang baru keluar dari kereta. "Dah abih Mak Lang. Nih kawan Farah, Kaer," Farah memperkenalkan Kaer pada Mak Lang dan Pak Lang. Mak Lang senyum-senyum je, mesti ingat Kaer nih pakwe dia. Mentang-mentanglah dia tak pernah bawak balik kawan laki kat rumah. Farah dan Kaer kemudian meminta diri untuk balik ke Kota Damansara. Sebelum tu, mereka singgah dulu di KFC, beli lunch untuk semua. Farah, Edlin dan Nurul yang belanja, tapi Farah gunakan duit dia dulu. Nurul dah call tadi cakap, sebab yang lain tolong angkut barang, untuk balas budi, belanja makanlah. Kemudian mereka singgah lak kat stesen minyak, nak refill minyak keta, dah guna, kena la ganti balik. Sampai je kat apartment mereka, tengok kereta Edlin, Nurul dan Azlan dah kosong. Habis dah mereka angkut barang kot. Farah dan Kaer naik ke atas, membawa plastik KFC. Barang-barang Farah angkat lepas makanlah. Kena isi minyak dulu, baru boleh jalan. Selepas isi perut, tanpa ada insiden antara Adam dan Farah, tu pun sebab yang lain saja pisahkan mereka berdua, tak bagi duduk dekat-dekat, mereka semua tolong angkut barang Farah. Sekejap je lah, sebab semua tolong. Kemudian budak-budak laki, termasuk Anding dan Azlan, berlalu dari situ. Anding lepak kat bawah dengan kawan-kawannya yang lain dulu, Azlan terus balik, segan nak join budak-budak laki tuh, walaupun dah dipelawa. Farah, Edlin dan Nurul mengemas barang-barang mereka, seronok rasanya duduk rumah sendiri, hilang rasa penat angkut barang. ------------------------------------------------------------------------------------------------Malamnya, semasa Farah, Edlin dan Nurul lepak-lepak di ruang tamu, berborak sambil menonton tv, lagu Where Is The Love tiba-tiba berkumandang. Pantas Farah masuk ke bilik mengambil handphone. Nama ibu tertera di skrin. "Hello, assalamualaikum." "Waalaikummussalam. Kat mana tuh? Rumah baru ye?" tanya ibu. "Ha'ah. Dah settle down dah. Abih dah semua angkut. Tapi banyak lagi barang takde. Peti sejuk, dapur, langsir. Nak beli yang penting-penting dulu. Kitorang bagi-bagi la nanti, sapa kena beli apa." "Baguslah macam tu. Hmm.. langsir tu tak payah beli la. Ambik je yang kat umah nih. Tak pun mintak je ngan Mak Lang atau Mak Uda. Jimat sikit duit." "Orait, bagus tuh, jimat duit kitorang. Takde apa lagi ke nak kasik arr? Peti

sejuk ke? Dapur ke? Washing machine ke?" "Amboi, lebih-lebih pulak dia." "Hehehe.. apa salahnya kan." "Sapa yang tolong Farah pindah tadi? Budak mana? Tak cakap kat ibu yek," amboi, tiba-tiba je tukar topik ibu nih. "Erk! Kaer ke? Ish! Nih mesti Mak Lang citer nih. Kawan Farah la ibu." "Ye ke kawan? Kawan camne tu?" "Kawan biasa je la. Satu universiti ngan Farah dulu," terang Farah. Dah agak dah, mesti berita ni sampai kat ibu. Tu yang malas ajak kawan laki gi umah Mak Lang, ada je spekulasi nanti. "Hmmm.. Apa nama dia tadi?" "Kaer." "Tak penah dengar pun Farah sebut sebelum nih." "Alaaa... ibu nih. Betul, kawan Farah la. Umah Farah sewa nih satu blok ngan dia. Sebab tuh dia tolong." "Dia duk ngan famili ke? Atau menyewa?" "Dia pun sewa gak ngan kawan-kawan. Ermm.. Dia duk serumah ngan Adam," Farah memberitahu, sengaja meggunakan nama Adam, mesti ibu tak banyak soal dah nanti. "Oooo... Adam duk situ jugak ke? Baguslah macam tu. Apa-apa hal nanti senang," kata ibu. Huh! Yelah tu. Kalau ada apa-apa masalah, Adamlah orang terakhir dia nak minta tolong. Ibu tak tau dia dan Adam tak berkawan. Kalau depan family masing-masing, diorang tak gaduhlah, dua-dua jadi anak mithali. "Ha'ah, dia pun tolong gak Farah pindah tadi. Tapi dia tak ikut sekali gi umah Mak Lang. Tak muat lak keta nak letak barang kalau dia ikut gak." "Oooo... Kaer tuh budak mana? Farah amik barang dengan kereta dia ke tadi?" tanya ibu. Ish! Tak abih lagi pasal Kaer, ingatkan dah mention nama Adam tadi, tutup cerita. Ada lagi rupanya. "Budak Kedah. Bukan keta dia. Anding punya. Ibu ingat tak Anding? Alaa.. boyfriend si Edlin. Dia datang tolong gak tadi. Boyfriend Nurul pun datang tolong gak tadi. Pas tuh Adam, Kaer ngan Zahid, budak rumah Adam lagi sorang. Satu universiti ngan Farah gak dulu." "Semua orang dah ada boyfriend. Farah dah ada ke belum nih? Atau tak nak citer kat ibu." "Mana ada boyfriend ibu." "Ye ker? Boleh caya ke ni? Semua orang lain dah ada. Nanti kan, housemate lain semua kawin, tinggal Farah sorang-sorang." "Alaaa.. diorang kawin, Farah baliklah umah Mak Lang semula, hehehe." "Ish! Ish! Macam tu lah pulak. Farah dah 24 dah. Cariklah sorang." "Ala ibu nih, ingat carik boyfriend nih cam nak carik baju ke? Lagipun, laki skang nih bukan leh caya sangat. Terutama kat KL nih." "Farah, bukan semua laki cam ayah Farah." "Bukan pasal tuh ibu. Tah la, susah la ibu. Takde orang nak la sebenarnya, hehehe," kata Farah, sedih jugak rasa. "Ye ke takde orang nak kat anak ibu nih? Jual mahal sangat kot." "Abih tuh, takkan nak jual murah kot."

"Ermm.. senang-senang, ibu tolong carikkan la untuk Farah." "Erk! Apa nih ibu. Rileklah. Farah muda lagilah. Lagipun, takleh langkah bendul." "Langkah bendul apanya. Farah kan anak tunggal. Cucu sulung lak tuh." "Hehehehe... langkah bendul ibulah. Kena tunggu ibu kawin dulu, baru leh Farah kawin. "Isy! Mula la mengarut tuh." "Ibu yang mula ngarut dulu." "Apa lak mengarut. Ibu serius la nih nak carikkan untuk Farah." "Alaaa... ibuuuu.. Janganlah, tak nak arrr. Nanti kalau tiba masanya, adalah." "Hmmm... yelah," akhirnya ibu mengalah. Fuh! Lega. "Ibu bila lagi nak datang KL tengok rumah Farah. Boleh gak kasik housewarming gift. Katil ke, almari ke, hehehe." "Amboi dia. Lebih-lebih lak. Tengok la, nanti-nanti la ibu pergi sana. Selamat tak area situ?" tanya ibu. Bimbang juga kat anak tunggal dia tu, tambahan pula banyak sangat jenayah berlaku kat KL akhir-akhir nih. "Okay je area nih. Guard pun ada." "Rumah Adam dekat ke dengan rumah Farah?" "Dekat je. Umah dia betul-betul bawah umah Farah." "Oooo.. kalau macam tu baguslah," kata ibu Farah, lega sedikit mendengar ada orang yang dia boleh percaya untuk tengok-tengokkan Farah. Bukannya tak percayakan Edlin dan Nurul, tapi mereka berdua perempuan, jadi kalau ada orang lelaki yang boleh dipercayai, senanglah sikit. Lagipun, dia kenal dengan anak muda tuh, baik orangnya, berbudi bahasa, hormat orang tua. Huh! Kalaulah Farah dapat baca fikiran ibunya, mau termuntah dia bila ibu duk memuji Adam. "Takpelah ibu, Farah tau jaga diri. Dulu ibu boleh lepas Farah duk kat oversea, takkan la duk negara sendiri ibu tak percaya." "Tak sama tuh. Lagipun, Farah kan baru baik dari sakit." "Farah dah sihat lah ibu. Takde apa dah. Okay je skang nih." "Jaga kesihatan tuh tau. Jangan tak makan lak. Jangan tinggal sorang-sorang kat rumah." "Ibu jangan bimbanglah. Bukannya Farah duk sengsorang, Edlin ngan Nurul kan ada." "Iyerlah. Okaylah, ibu nak tidur dah ni. Kim salam kat Nurul ngan Edlin. Kirim salam kat Adam gak." "InsyaAllah. Good night ibu. Assalamualaikum." "Waalaikummussalam." Sementara itu, di rumah di tingkat bawah, Adam sedang memerhatikan Zahid dan Kaer yang sedang lawan chess. Naik ngantuk dia tengok budak berdua tuh main. Mana tidaknya, nak jalan 1 step, pikir sampai 5 minit. Hampir dia terlelap melihat permainan mereka, tiba-tiba kedengaran muzik lagu This Love nyanyian Maroon 5 menyebabkan dia terjaga. "Hello." "Hello. Assalamualaikum." "Waalaikummussalam." "Dah tidur ke?" "Takdelah mak. Tengah lepak dengan budak-budak nih. Mak apa khabar? Sihat?" "Sihat, Alhamdulillah." "Yang lain-lain sihat?"

"Semua sihat. Makan apa malam?" "Nasik bungkus la mak. Biasalah orang bujang." "Habis tuh, dapur tuh buat apa? Hiasan je?" "Mana der mak. Guna apa, masak maggie, hehehe," kata Adam, tergelak. Bukannya diorang tak pernah masak. Kalau rajin diorang masak juga. Semua boleh masak kat rumah tuh. Maklumlah, lama duduk negara orang, kenalah belajar masak. "Tulah, kawin kan senang. Ada orang jaga makan pakai." "Ish! Apa mak ni, tetiba je cakap pasal kawin." "Laaa.. apa salahnya. Kamu tuh keja dah ada, keta ada, dah boleh tanggung bini dah." "Nanti la dulu mak." "Nanti apa lagi. Abang-abang kamu semua dah kawin. Giliran kamu la pulak." "Biarlah Adam tanggung adik-adik dulu mak," Adam cuba memberi alasan. Dia merupakan anak ketiga dari 5 orang adik-beradik. Ada dua orang abang dan dua orang adik, sorang pompuan, yang sedang belajar kat UPM, dan sorang lagi pompuan, masih belajar dalam tingkatan 4. "Abang-abang kamu tanggung pun dah lebih dari cukup. Lagipun, kalau dah kawin, lagi murah rezeki." "Adam nak kawin ngan sapa gak mak. Mana der girlfriend." "Kalau kamu nak, mak boleh carikkan." "Eh! Apa nih mak. Janganlah. Apasal tergesa-gesa sangat nak suruh Adam kawin. Sabarlah. Ada jodoh nanti kawinlah," kata Adam, panik juga bila mak dia nak carikkan jodoh untuk dia. Ish! Macam zaman dululah pulak, mak bapak yang carikkan jodoh. "Nak harapkan kamu, tah bila la mak nak dapat menantu lagi." "Alaaa... mak nih. Anak mak nih kan handsome, ramai anak dara tergila nih. Cuma takde yang Adam berkenan je." "Kamu tuh cerewet sangat kot. Cuba cakap sket pompuan camne yang kamu nak." "Mak, tak mau arr cakap pasal nih lagi. Nanti kalau dah ada, Adam cakaplah kat mak yek. Adam janji." "Hmmm... yelah, yelah. Nak suruh kawin pun susah." "Hehehe.." "Oh yer, tadi Makcik Fauziah telefon mak. Dia cakap Farah pindah dekat dengan rumah kamu yek?" "Err.. ha'ah. Tadi Adam tolong dia pindah," jawab Adam. Nasib baik aku tolong minah kerek tu tadi, kalau tak apa nak jawab kalau mak tanya. Mak bukan tau pun anak Makcik Fauziah yang cun tuh musuh ketat aku. Eh! Eh! Camne lak boleh tersasul cakap minah kerek tuh cun lak. Tapi, memang dia cun pun. Dah Adam, apa ko duk melalut puji minah tuh lak. Mak la nih, duk citer pasal kawin. Tapi.. apa kaitan citer kawin ngan minah kerek tu pulak. Erk! Apa nih, aku guna perkataan kawin dengan nama minah tuh dalam satu ayat. Memang sah la aku dah psycho cam minah tuh cakap. Kena jumpa psychiatrist aku nih. "Dam, Dam!!" "Erk! Ye mak, Sorry, ngantuk la. Apa mak cakap?" kata Adam tersentak. Tak pasalpasal aku kena bohong sunat kat mak, minah kerek tuh la punya pasal nih. "Takde lah, Makcik Fauziah mintak kamu tolong tengok-tengokkan sikit si Farah tu. Bimbang juga anak

dara dia duk sendiri," pesan mak Adam. Adam mencebikkan bibirnya, nasib baiklah tak pakai telefon yang boleh nampak muka, kalau tak mesti kena marah dah. Apalah dah besar panjang suruh dia jaga lagi. Dulu masa belajar kat oversea camtuh gak, beria-ia mak dia pesan suruh jaga Farah. Kalaulah minah tuh tau, apa dia kata nanti yek. Hmmm... Menarik gak kalau bagitau dia mak dia suruh aku jaga dia, maknanya, dia kena ikut cakap akulah. "Dia duk ngan kawan-kawan dia la mak. Bukannya duk sorang." "Tuh mak tau. Tapi kamu tolong la tengok-tengokkan dia gak. Dia baru je sembuh tuh, takut jadi apaapa pulak." "Sembuh? Dia sakit ke? Adam tak tau pun. Nampak sihat je." "Dia berenti keja kat Kuantan dulu sebab dia sakitlah, kena berubat dulu. Dah sembuh baru dia pegi KL pulak carik keja. Mula-mula makcik Fauziah tak kasik, tapi dia mengalah gak akhirnya," cerita mak Adam pada anaknya itu. "Dia dapat keja kat company Adam," lancar je mulut dia bagitau emaknya. "Laaa... bertuah punya budak. Kamu tak cakap pun kat mak dia keja situ. Lama dah ke?" "Baru seminggu." "Apsal kamu tak cakap?" "Errr... lupa la mak," kata Adam. Camne nak ingatnya, kalau kat kepala otak asyik fikir idea nak pekena si Farah. "Benda camtuh pun kamu boleh lupa. Makcik Fauziah pun takde cakap apa kat mak. Lupa la tuh kot," kata emaknya. Hmm.. lupa ke, atau memang Farah tak bagitau pun, kata Adam sendiri dalam hati. "Mi.. errr.. Farah sakit apa mak?" tanya Adam. Nyaris tersasul nak sebut minah tadi, dah terbiasa sangat panggil minah. Tukar nama jadi minah teruslah senang minah kerek tuh. "Makcik Fauziah cakap sakit kepala. Tapi teruk. Hari-hari sakit, kadang-kadang tuh sampai pengsan. Berapa kali dah kena masuk hospital." "Teruk sangat ke? Pas tuh sekarang nih dah ok dah ke?" tanya Adam, bimbang juga dia bila dengar berita begitu. Walaupun dia menyampah tahap cipan kat minah tuh, tapi dia tak mau pulak minah tuh sakit. Nanti kalau minah tuh sakit, dia nak gaduh ngan sapa lak. "Dengar cerita macam teruk. Duk ulang-alik pegi hospital. Banyak gak abih berubat. Tapi rasanya sekarang dah okay dah. Ikut kata Farah lah, dia dah tak sakit. Tak taulah tuh, sebab tulah nak mintak tolong kamu tengok-tengokkan dia." "Apsal mak tak penah cakap kat Adam?" "Kalau mak cakap pun, kamu bukan boleh buat apa pun. Lainlah kalau kamu tuh keja doktor." "Takdelah, sekurang-kurangnya mak patut cakap kat Adam," kata Adam, dia pun tak tau sebab apa dia rasa dia berhak tau tentang penyakit Farah. "Mak tak mau kamu bimbang," emaknya memberi alasan. Tak logik langsung alasan. "Takpelah mak, cakap kat Makcik Fauziah, Adam tolong jaga Farah nanti." "Ish! Budak nih, bukannya suh kamu jaga. Cuma tengok-tengokkan je." "Samalah tu mak." "Hmm.. takpelah. Nak cakap tuh aje. Kamu nanti kalau dah ada calon menantu mak,

cakaplah cepat-cepat." "Alaa... mak nih. Tak abih lagi ke citer pasal kawin," keluh Adam. "Senang-senang, kamu pikat saja Farah. Dahlah cantik, baik pulak tu, sejuk je mata tengok. Kalau kamu kawin dengan dia, bolehlah kamu jaga dia." "Makkkkkkk...apa nih. Tak naklah." "Apasal pulak. Apa kurangnya Farah tu? Dia dah ada boyfriend ke? Makcik Fauziah cakap dia belum berpunya lagi." Arghh! Apa nih. Mak aku nak matchmake aku ngan minah kerek tuh. Kalau kawin ngan dia, mau pinggan mangkuk melayang hari-hari. "Bukan camtuh mak. Alah... Adam tak mau fikir lagilah pasal tuh. Kalau ada jodoh tuh tak ke mana mak," Adam menyedapkan hati emaknya. Kerja gila nak suruh aku pikat Farah tu. Memanglah cantik dia tuh. Ciri-ciri pompuan idaman aku pun banyak ada kat dia, tapi masalahnya, dia tuh musuh ketat aku. "Yelah. Takpelah, lain kali mak tepon lagi. Kamu pun rajin-rajinlah tepon umah. Nih tak, senyap je." "Yelah mak. Kem salam kat semua yek. Assalamualaikum." "Waalaikummussalam." Selepas habis bercakap telefon, Adam memandang ke arah Zahid dan Kaer yang masih tak selesai lagi lawan chess. Entah dengar ke tidak perbualan dia dengan emaknya sebentar tadi. Adam berlalu masuk ke bilik, berbaring di atas katil. Terkejut lagi dengan kata-kata emaknya tadi. Terkejut sebab Farah sakit, dan terkejut juga sebab emaknya mencadangkan dia pikat Farah. Hmm.. Sejak bila mak fikir camtuh, mesti dah lama dah. Patut pun rajin sangat cerita tentang Farah pada dia. Tapi dia tetap rasa tak berpuas hati emaknya tak bagitau masa Farah sakit. Walaupun dia tak boleh nak buat apa, tapi at least mak patut cakap kat dia. Sementara itu, di rumah tingkat atas pula, sekali lagi lagu Where Is The Love berkumandang. Aik! Ibu lagi telefon, tadi kata nak tidur, fikir Farah, bila ternampak nama ibunya tertera di skrin. "Hello, Assalamualaikum." "Waalaikummussalam." "Tadi kata nak tidur dah." "Apsal Farah tak cakap yang Farah dapat keja kat opis Adam?" ibunya tak menjawab soalan Farah, tapi sebaliknya terus menanyakan soalan kat Farah pula. "Erk! Mana ibu tau?" "Makcik Aida tepon tadi, dia yang cakap kat mak." Ces! Mesti Adam yang kasik tau kat emaknya nih, kutuk Farah dalam hati. "Farah lupa lah nak cakap kat ibu." "Lupa? Camne lak kamu boleh lupa?" "Errr.." tergagap Farah, tak ada alasan nak diberi pada ibunya. "Eloklah macam tuh." "Ha? Apa lak yang elok?" tanya Farah tak faham.

"Farah keja sekali ngan Adam. Eloklah camtuh. Rumah pun dekat. Takdelah ibu bimbang sangat. Boleh Farah gi keja ngan dia." "Alaa... Farah ada keta sendiri la ibu." "Boleh jimat minyak sket kalau korang pegi sekali. Share lah duit minyak." "Susah lah ibu." "Apa yang susahnya?" "Errr... dia selalu kena keluar jumpa client. Balik lambat. Dia masuk opis pun lambat. Farah kan baru keja, takkanlah nak masuk lambat." "Farah bincang la ngan dia elok-elok. Mana tau dia nak kot," kata ibunya, yakin je. Huh! Takkannya mamat tuh nak buat, aku tumpang keta dia gi lunch ari tuh sekali pun dia dah pandang aku cam nak telan. Tuh nasib baik ada orang lain, kalau tidak, memang dia telan dah kot aku. Ini ibu pulak nak suruh aku tumpang keta dia gi keja. Agaknya kalau dia setuju ngan cadangan tuh, mau pengsan aku terkejut. "Farah!! Dengar tak apa ibu cakap nih?" "Err... apa dia ibu?" "Ibu cakap Farah bincanglah dengan dia dulu." "Okay, nantilah Farah tanya dia," jawab Farah, sekadar nak menyedapkan hati ibu. Jangan mimpilah dia nak tanya mamat tuh. Maaflah ibu, terpaksa tipu lak, mamat tuh lah punya pasal nih. "Okaylah. Nanti lain kali ibu telefon lagi. Bye." "Bye." --------------------------------------------------------------------------------------------------Sudah 2 minggu Farah berpindah ke rumah baru. Rumah mereka pun dah makin lengkap. Peti sejuk Farah yang beli. Edlin beli mesin basuh dan Nurul pula beli oven, dapur gas dan peralatan dapur. TV dan DVD player nasib baiklah ada dah Farah punya, tak payah la beli. Langsir diorang mintak derma dengan saudara-mara diorang, jimat la sikit. Farah plan nak beli almari baju masuk gaji pertama nanti. Pengsan la kalau nak beli semua barang sekaligus. Mana nak cekau duit. Walaupun Adam dan Farah kerja kat opis sama, tapi setakat nih tak pernah lagi dia bertembung masa nak keluar pergi kerja. Maklumlah, Adam masuk opis lambat, balik lambat. Farah pulak pergi kerja on time, balik pun on time jugaklah. Jadi, walaupun rumah mereka dekat sesangat, setakat nih takde bertembung lagi. Kalau kat ofis tuh takleh nak mengelaklah. Hari-hari duk perang melalui email. Officemate pun dah tau yang mereka tak sebulu. Sampaikan Encik Ramli, department manager diorang pun tau pasal mereka berdua. Sebab dia sendiri tengok mereka berdua bergaduh. Kesnya, ada sekali tuh, Farah tengah duduk kat lounge minum milo, takde orang lain kat situ. Adam kebetulan pergi lounge nak selongkar carik biskut, Farah yang duduk melepak atas sofa buat tak tau

je. Pas tuh, masa Adam lalu kat belakang Farah, ada ke patut dia pegi taburkan biskut yang dia sengaja hancurkan atas kepala Farah. Apa lagi, mengamuk la Farah, yelah, sapa yang tak marah kan kalau kena camtuh. Cawan yang dipegang hampir terlepas sebab terkejut. "Woit! Kurang ajar ko," marah Farah, bangun dari sofa. "Apa? Tak sengaja la," balas Adam, tergelak melihat rambut Farah dihiasi dengan serbuk-serbuk biskut. "Ko nih memang carik nahas tau," kata Farah, mendekati Adam, dan berdiri bertentangan dengannya. "Apsal? Apa ko nak buat?" tanya Adam, sengaja menguji. Nak tengok apa Farah boleh buat kat dia. Lagipun diorang kat opis, apa sangatlah Farah boleh buat. "Ko cabar aku ke?" terbakar Farah dengan soalan Adam. "Ha'ah! Aku cabar ko. Apa ko nak buat?" tanya Adam, tangan dia gatal aje nak cubit pipi Farah yang merah sebab marah. Geram lak tengok pipi minah ni, comel betul dia time marah. "Ko nih dah melampau la. Perangai mengalahkan hantu." "Laaa... tuh je ke ko nak buat, marah je? Tak luak pun aku kalau ko marah," sengaja Adam menaikkan api kemarahan Farah. "Ko ingat aku takut sangat ke kat ko?" "Kalau ko tak takut, apsal ko tak berani buat apa pun? Cantik gak rambut ko hias ngan biskut yek," sengaja Adam menyakitkan lagi hati Farah. Tangannya mencapai rambut Farah yang ditaburi biskut. Uih! Lembutnya rambut dia nih. Syampu apa dia pakai yek? Boleh berlakon iklan syampu nih. "Aku tak takut la kat ko," kata Farah, menolak dada Adam, menyebabkan Adam melepaskan rambut Farah. Ish! Apsal tetiba rasa berdebar bila Adam pegang rambut dia tadi. Bukannya Adam tak pernah pegang sebelum nih. Memanglah ada pegang, tapi sebab nak tarik. Tadi macam dia belai pulak. Erk! Apa aku fikir nih. Farah!!! Concentrate sikit. Kau kan tengah marah kat mamat psycho nih, dia saja la tuh buat camtuh, nak uji kau. "Ek eleh, setakat nak tolak aku tuh, tak heranlah. Tu je ke yang ko mampu buat?" bakar Adam lagi. "Kalau aku tak buat apa kat ko sekarang pun, tak bermakna aku takkan balas balik tau. So, watch your back," gertak Farah. "Ceh! Pengecut. Nak balas kot belakang. Apsal tak wat depan-depan je terus?" "Sapa yang pengecut. Ko tuh yang pengecut. Ko yang tabur biskut kat aku masa aku tak sedar." "Ooo... ko tak sedar yek tadi. Okay, skang ko sedar kan," Adam terus saja meramas sekeping lagi biskut di tangannnya ke atas kepala Farah. Farah yang terkejut dengan tindakan Adam, cuba menghalang dengan menolak tangan Adam, tapi dah terlambat. "Tak guna ko," Farah menolak Adam sekuat-kuat hatinya, harap-haraplah terjatuh, tapi Adam tak jatuh pun, setakat tergerak sedikit ke belakang. Farah menyapu biskut di atas kepalanya. Geram dia melihat Adam yang tengah gelakkan dia. Dia pun menghampiri Adam, dan memijak kaki Adam. "Aduh!"

"Padan muka ko." "Ek eleh, tu je? Ingatkan power sangat," balas Adam, tak habis lagi nak ejek Farah. Dia "Ko nih jantan apa arr? Suka buli kaum pompuan?" "Aku jantan macholah, ko tak tau lagi ke?" "Blahlah, macho ke dayus?" "Ko kata aku dayus?" Adam mula marah bila Farah kata dia dayus. Mana boleh, sensitif nih kalau kata dayus. Belum sempat Farah balas, Encik Ramli muncul. Terpinga-pinga dia melihat Adam dan Farah yang sedang berdiri menghadap sesama sendiri, Farah bercekak pinggang, mukanya merah, Adam pula mampak macam nak makan Farah je. "What are you guys doing?" "Encik Ramli!!" serentak Adam dan Farah berkata, kedua-duanya berpaling ke arah bos mereka. Bila masa Encik Ramli masuk ke lounge, tak sedar pun. Khusyuk sangat menghadap muka memasing, tak sedar dah keadaan keliling. "Err.. buat air jap Encik Ramli," jawab Adam. "Farah? Apa ada atas kepala you tu? Is it biscuit crumbles?" "Errr,,, errr,," tergagap-gagap Farah nak bagi jawapan. Takkan nak cakap Adam yang buat, kesian lak mamat tuh kena marah lak kang. Lagipun, nanti Encik Ramli pelik pulak sebab apa Adam buat camtuh, satu hal lak nak terangkan. "It's my fault Encik Ramli. Saya tak sengaja tercampak biskut kat kepala dia," Adam yang menjawab. Tak logik langsung jawapan Adam. Macammana tercampak biskut sampai boleh hancur lak. Tapi Encik Ramli malas nak tanya bebanyak lagi. Biarlah diorang berdua nak buat apa, hal peribadi diorang. Yang penting, prestasi kerja diorang bagus. "Ermm... saya nak gi washroom jap, nak buang biskut ni," Farah meminta diri, kang kalau duk lelama kat situ, tak pasal-pasal kena bersoal-jawab ngan Encik Ramli lak. "Saya pun nak masuk ofis dulu Encik Ramli," Adam pun pantas je melarikan diri bila Farah berlalu. Encik Ramli sekadar menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah budak berdua tuh. Bukan sekali tu aje Encik Ramli nampak mereka bergaduh. Ada sekali lagi tuh, masa mereka ramai-ramai keluar makan tengahari. Makan nasi kandar kat SS2. Baru je lepas hujan masa tuh, langit pun masih mendung lagi masa mereka keluar, tapi hujan dah berhenti. Farah, Adam dan Mr Corrie naik kereta Encik Ramli, dia yang ajak. Saja je dia ajak Farah dan Adam sekali, nak tengok senyapsenyap apa sebenarnya terjadi antara mereka berdua. Dalam kereta, Adam dan Farah yang duduk di belakang senyap je, tak berborak sesama sendiri. Duduk pulak sebatu antara satu sama lain. Walaupun tak bercakap, sempat lagi buat muka. Encik Ramli yang selalu curi-curi pandang ke belakang melalui cermin perasan juga yang Farah dan Adam buat mukalah, jelir lidahlah. Nak tergelak juga dia

tengok perangai kedua pekerjanya yang dah besar panjang, tapi boleh main jelir-jelir lidah lagi. Selepas parking kereta, mereka semua pun berjalan kaki ke restoran nasi kandar, jauhlah jugak berjalan, sebab kereta park jauh, tak ada parking dekat-dekat ngan restoran. Encik Ramli dan Mr Corrie laju je jalan di depan, sambil berborak tentang salah satu company yang mereka sedang cuba untuk jadikan client mereka. Farah berjalan belakang sedikit dari mereka berdua, dan Adam jalan paling belakang. Pastuh, tetiba je Farah berhenti, dan berpaling ke belakang ke arah Adam. "Apa?" tanya Adam, bila dia sampai kat Farah. "Takde apa?" "Abih tuh, apsal ko berenti? Nak jalan ngan aku la tuh. Taulah aku handsome, ramai orang pandang," kata Adam. "Perasan tak abih ko. Nak muntah aku dengar. Ko ingat aku nih buta ke?" "Ko tak buta, tapi rabun. Tuh yang tak nampak aku yang handsome lagi macho nih," balas Adam, yang dah maklum Farah memang rabun. Tapi Farah pakai contact lense, tak pakai spek. "Bole dak stop masuk bakul angkat sendiri? Buah pinggang aku nak meletup dah dengar ko puji diri sendiri. Kalau betul takpe gak." "Macam la........ ARGHHHHH!!!!" Adam terjerit sedikit bila tiba-tiba aje Farah menolak badannnya dengan menggunakan bahu. Adam yang tak bersedia tertolak ke tepi, keluar dari jalan, dan terus je masuk ke dalam lopak air yang boleh tahan juga dalamnya kat tepi jalan. Kedua-dua kasutnya tenggelam dalam air yang bercamput selut berwarna kuning. Yang tensennya lagi, stokin dia pun basah sebab air masuk dalam kasut, kaki seluar pun kena gak sikit air selut tuh. Adam memandang geram kat Farah. Farah ketawa je melihat Adam yang berdiri dalam lopak air. Dia dah nampak tadi, sebab tu dia saja je tunggu Adam, supaya mereka berjalan beriringan. Sampai je kat lopak tuh, terus ditolaknya Adam dengan bahunya. Mamat tuh tak sempat nak control balance, terbabas masuk dalam lopak. Puas hati Farah tengok kasut Adam yang tadinya berkilat kini selut.

lopak tu tempat teruslah disaluti

"Tak guna ko," marah Adam. Penat je dia kilat kasut weekend lepas. "Laaa... apsal nak marah kat aku lak. Ko yang jalan tak tengok kiri kanan," kata Farah, masih ketawa, nampak gigi dia yang putih dan teratur. Sesuai untuk jadi model iklan ubat gigi. "Ko yang sengaja tolak aku tadi." "Bila lak aku tolak ko. Ko tuh yang jalan tak betul," balas Adam. "Kenapa pula tuh?" tanya Encik Ramli, yang baru perasan Farah dan Adam berhenti berjalan. "Adam masuk dalam lopak Encik Ramli," jawab Farah. "Laaa... camne lak boleh jadi camtuh. Kamu tak nampak ke lopak tu?"

"Errr... terpeleot sket kaki tadi," jawab Adam. "Macam-macam la kamu tuh," kata Encik Ramli, menggeleng-gelengkan kepala. Tak tengok kejap je budak berdua nih, ada je benda jadi. "Meh aku tolong," Farah pura-pura buat baik, menghulurkan tangannya pada Adam. "Tima kasih," kata Adam, menyambut huluran tangan Farah. Sebaik saja tangan Farah ada dalam genggamannya, ditariknya Farah ke arah dirinya. Farah nak mengelakkan dirinya dari terjatuh, terpaksa bergerak ke depan, menyebabkan kini kedua-dua kakinya turut masuk ke dalam lopak. Farah tak sangka Adam boleh buat camtuh, sebab Encik Ramli dan Mr Corrie masih memerhati ke arah mereka. Sangkanya Adam tak berani buat apa-apalah. Meleset rupanya jangkaan Farah. Mamat psycho tuh tak peduli pun sapa yang tengok. "Oit! Apsal ko tarik aku. Aku dah baik ati nak tolong, ko tarik aku lak," marah Farah, tangannya masih lagi genggaman Adam. "Adam, kenapa pulak kamu pegi tarik dia?" Encik Ramli pula yang bertanya. "Tak sengaja lah Encik Ramli," balas Adam selamba. "Apa yang tak sengajanya. Nampak terang tadi ko memang sengaja tarik aku. Aku dah baik hati nak tolong ko, ini balasan ko," marah Farah, tak peduli dah Encik Ramli tengok. Kaki Farah yang hanya dilapik dengan sandal dah ditutupi dengan selut. "Barulah adil, sama-sama kena," kata Adam. Hilang dah rasa marah dengan perbuatan Farah sebentar tadi. "Dahlah tu kamu berdua. Jomlah kita pergi makan, yang lain dah tunggu kot," kata Encik Ramli, mematikan pergaduhan yang baru nak meletus antara Farah dan Adam. "Baik bos," kata Adam, membuat gaya tabik hormat pada Encik Ramli. Dia dah kerja lama dengan Encik Ramli, jadi dia tau yang bos dia ni sporting orangnya sebenar-benarnya, walaupun muka nampak serius. "Suka ati ko jer tarik aku depan Encik Ramli, taulah ko dah keja lama sisi. Nak berlagakla tuh," kata Farah, sebaik saja Encik Ramli mula berjalan semula bersama Mr Corrie. "Ko tuh yang mula dulu tadi." "Apalak aku. Ko tuh yang sengaja carik nahas." "Aku lak, ko la saja cari nahas. Aku tak suh pun ko jalan ngan aku. Ko yang perasan nak jalan ngan aku." "KO yang berenti tunggu aku tadi. Pastuh tolak aku lak." "Aku bukannya berenti tunggu ko. Jangan perasanlah. Ko ada dengar ke aku ajak ko jalan ngan aku." "Tak kiralah tu. Tapi baik ko mengaku ko memang sengaja tolak aku tadi," kata Adam. "Kalau aku tak mengaku, ko nak buat apa?" "Aku tak buat apa-apa pun. Tapi kalau berani buat, beranilah ngaku. Tak taulah aku kalau ko memang pengecut." "Aku bukan pengecut yek. Memang aku sengaja tolak ko tadi. So what?" Farah mengaku juga dia memang sengaja menolak Adam hingga masuk ke dalam lopak. "So ko memang...." tak sempat Adam menghabiskan ayatnya, Encik Ramli memanggil mereka lagi sekali.

"Farah! Adam! Kamu berdua nak makan ke nak bercengkerama dalam selut tuh?" laung Encik Ramli, yang dah jauh ke depan, bila dia perpaling dan melihat Farah dan Adam masih tak berganjak. Adam terus berjalan keluar dari lopak tersebut, menarik Farah bersamanya, sebab dia belum melepaskan lagi tangan Farah sejak tadi. Apasal tak rasa kekok pun pegang tangan dia ha? Rasa macam selesa je pegang tangan dia. Adam malas nak berfikir kenapa. Farah pula, bila ditarik oleh Adam, bagaikan kerbau dicucuk tali, dia ikut aje. Entah apa ilmu Adam pakai, lidah Farah tiba-tiba kelu untuk membantah. Tiba-tiba aje jauh di sudut hatinya, ada perasaan yang dia sendiri tak dapat kenalpasti bila Adam memimpinnya. Bila hampir sampai ke restoran nasi kandar yang dituju, barulah Farah menarik tangannya dari genggaman Adam. Adam lak seolah-olah tak mau melepaskan tangan Farah, tapi akhirnya dileraikan juga genggaman tangannya. Lepas pilih lauk, mereka duduk makan. Oleh kerana Farah dan Adam sampai lambat, tinggal dua saja tempat kosong sebelah-menyebelah. Diorang pun duduk ajelah kat situ. Walaupun diorang tak gaduh masa makan, tapi kat bawah meja, kaki diorang yang berselut tuh duk main sepak-sepak sesama sendiri. Sekali tuh Farah tersepak kaki Bob, malu kejap. Nasib baik kena kaki Bob, kalau kena kaki Encik Ramli, tak taulah dia nak jawab apa. -------------------------------------------------------------------------------------------------Hujung minggu, Farah baru saja dapat gajinya pertama. Bolehlah shopping barangbarang rumah. Edlin tak ada, balik ke kampungnya di Melaka. Anding yang hantar, tak bagi Edlin drive, padahal bukannya jauh sangat pun Melaka tuh, boleh lalu highway. Tapi sayang awek punya pasal, sanggup je Anding hantar Edlin ke Melaka, pastuh nanti jemput semula. Nurul pulak janji nak keluar dengan Azlan. Nurul ajak dia keluar sekali, tapi Farah tak mau. Tak bestlah kacau orang dating. Lagipun Farah masih segan lagi dengan Azlan. Lagipun Farah nak carik barang-barang untuk biliknya. Ingat nak pergi shopping kat IKEA, tapi pegi sorang tak best pulak. Setelah difikir-fikir, Farah pun mencapai handphonenya dan pantas jarinya menekan butang handphone. "Hello." "Ha, Farah, ada apa?" "Ko wat apa arr esok?" "Takde wat apa pun. Apsal?" "Teman aku kuar jom? Shopping?" "Shopping?? Ko nak shopping apa? Baju ke? Aku mana reti fashion pompuan. Kalau yang kat dalam-dalam tu, lagi aku tak tau."

"Ceh! Siyut je, ke situ lak ko. Alaa... bukan shopping bajulah. Nak beli barangbarang umah kat IKEA." "Ooo.. Kalau kat IKEA aku on aje. Interior design ko tanya je aku, hehehe." "So, bolehlah yek esok?" "Boleh, ko nye pasal boleh je. Kul bape?" "Pagi la, tak ramai orang sangat. 10.30 boleh?" "Boleh, no hal punya." "Jangan bangun lambat lak." "Ko kejut aku dulu yek. Hehehe, weekend nih liat sket nak bangun." "Iyerlah." "Ko jemput aku ke, aku jemput ko?" "Hehehe.. nak kena jemput la pulak yek." "Mestilah, nak dating kan, kena la jemput dulu." "Ermm.. aku gi jemput ko la esok." "Wokeh, jumpa esok, sweet dreams." "Nite nite." Farah sedang asyik buat budget dan senarai barang-barang yang diperlukan sambil meniarap di atas comforter di dalam biliknya bila pintu biliknya diketuk. Tak sempat nak jawab lagi, Nurul terus je masuk. "Ko nak ikut aku kuar dak esok Farah?" tanya Nurul. "Malaslah, aku nak gi shopping kat IKEA." "Alaaa.. bestnya. Lan nak tengok wayang kat KLCC. Kalau idak boleh ikut ko gak. Gi sorang je ke?" "Taklah, ada la ngan date aku, hehehe." "Ha! Date ngan sapa?" "Adalah, rahsia arr.. mana leh cakap kat ko?" "Alaaa... kedekut la ko nih. Kasik taulah sapa. Aku kenal ke?" "Ermm... kenal kot." "Hah! Kenal? Sapa Farah? Alaaa... cakaplah, ngan aku pun nak berahsia ke. Bukannya aku cakap kat orang lain pun," Nurul memujuk Farah, tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang Farah nak keluar. "Jangan bimbanglah, sampai masa nanti ko tau jugak." "Lambat lagi tuh, kasik tau la sekarang Farah. Please.... please..." "Takde, takde, mana leh cakap lagi sebelum kuar." "Hmmm... okay. Tapi esok ko kena kasik tau kat aku." "Wokeh! Esok aku kenalkan kat ko." "Hah! Nak kenalkan terus ke? Nih tak sabar nih. Tapi... aku balik lambat kot." "Hmm... kalau camtuh lain kali je la aku kenalkan." "Alaaa... janganlah camtuh Farah. Ko kuar la lama-lama sket ngan dia. Pas tuh nanti ko nak balik ko call aku yek. Aku baliklah." "Ek eleh, sampai camtuh skali ko nak tau." "Mestilah, nak tau gak ngan laki mana ko kuar. Ko nak pakai baju apa esok?" "Tah, tak pikir lagi." "Pakai la t-shirt padini biru ko tuh, yang lengan panjang tuh." "Lerr... aku yang nak kuar, ko lak lebih-lebih excited," kata Farah, tersengih melihatkan Nurul yang begitu excited. Esok kalau dia tau aku keluar dengan sapa, sah mengamuklah budak nih. "Mestilah, ko sorang je yang takde pakwe dalam geng-geng kita. Sebab tuh aku excited." "Nak wat camne, takde orang nak."

"Ha! Jangan bagi alasan tuh lagi. Nyampah dah aku dengar. Bukannya takde orang nak." "Abih tuh, aku nak pakai alasan apa lagi?" duga Farah pada Nurul. "Takyah pakai apa-apa alasan lagi. Cari la boyfriend sorang." "Ko nih sama cam ibu aku. Korang ingat senang ke nak carik. Macam nak beli ikan kat pasar je ke?" "Eh! Susah nak beli ikan kat pasar. Sebab aku tak kenal jenis ikan. Kalau beli kat Giant ke, Carrefour ke senang la, sebab ada tulih nama ikan," jawab Nurul, sempat lagi loyar buruk. "Cesss... malas aku nak layan ko. Pegi la get your beauty sleep, kang esok terkejut Lan tengok muka ko cam burung antu kalau tak cukup tido. Aku nak buat list barang nak beli nih." "Iyerlah, ko pun jangan la tido lambat." "Aku dah biasa dah." "Tak lena tido la malam nih tuh, nak kuar dating esok," usik Nurul. "Ha'ah, malam nih bolehlah aku mimpi dia," jawab Farah. Dalam hati dia tergelak, kalaulah budak laki tuh tau, mau gelak sampai berguling dia dengar Farah nak mimpikan dia. Sementara itu, di rumah bawah pula... "Korang wat apa arr esok?" tanya Kaer. "Aku ada date la ngan awek aku," jawab Zahid. "Ko Dam?" "Takde wat apa. Melepak je la kat umah." "Kuar jom esok." "Gi mana?" "Gi la memana." "Kalau ko drive, aku no hal je. Aku malas nak drive siang-siang nih." "Takper arr, bawak keta aku." "Korang nih kan, cariklah awek sorang, sampai bila nak solo. Cam aku kan best, ada gak tempat nak bermanja." "Alaa.. takde awek bole gak bermanja. Aku bermanja la ngan mak aku," kata Adam. "Eleh, dah besar panjang nak bermanja ngan mak lagi. Umur sekarang ni kena bermanja ngan bini la pulak. Apa da ko," balas Zahid pula. "Malas aku, buat sakit kepala je ada awek nih." "Ko lom jumpa yang betul-betul untuk ko lagilah tu. Lupakan je lah ex ko dulu tuh. Ramai lagi pompuan lain kat Malaysia nih," Zahid menasihatkan Adam, macam pakarlah pulak. "Aku dah tak ingat kat dia la, bukan sebab dia lah aku tak carik awek lain. Aku malas je, kalau tak petik jari je boleh dapat." "Ha! Petiklah jari ko, nak tengok awek mana yang datang." "Memalam buta nih takleh la, mana der awek yang datang, nanti pontianak yang muncul." "Mulut ko tuh celuparnya memalam nih. Ari nih ari jumaat tau." "Takper arr.. ari Jumaat, tapi malam Sabtu, bukan malam Jumaat." "Banyaklah songeh ko. Ha! Petiklah jari ko, aku nak tengok." Sebaik saja Adam memetik jarinya, tiba-tiba... "Tok.. Tok..Tok.." Pintu rumah mereka diketuk. Mereka bertiga tersentak. Siapa yang datang ke rumah mereka tengah malam

buta nih. Jam di dinding dah menunjukkan pukul 11.20 malam. Mereka berpandangan sesama sendiri. "Sapa lak memalam buta datang umah ni... Jangan.. jangan.." "Weh! Zahid. Jangan sebut yang bukan-bukan," Adam memberi amaran. "Ko lah nih Dam, mulut celupar sangat," marah Zahid. "Apalak, ko yang start dulu tadi." "Siapa?" tanya Kaer, menghampiri pintu. Tiada jawapan dari luar. Kaer mengintai ke luar melalui lubang di pintu. Tak ada nampak sesiapa pun. "Siapa?" ulang Kaer. Masih tiada jawapan. "Tok... tok... tok.." pintu diketuk lagi sekali. Kaer yang berada dekat dengan pintu melompat sebab terkejut. "Siapa??" tanya Kaer lagi, agak keras kali ini bunyinya. Geram juga, sebab tak ada jawapan. "Tok...tok...tok." Kaer terus memegang tombol pintu, untuk membukanya. "Weh! Jangan Kaer, tah sapa-sapa kat luar tuh," larang Zahid. "Abih tuh, takkan nak biarkan je sepanjang malam," kata Kaer. Diam-diam Kaer nih berani sebenarnya orangnya. Dia terus membuka pintu. Ada seorang perempuan cina yang dah berumur di depan pintu. Pendek je perepuan cina tuh, dan sedikit bongkok, patut pun Kaer tak nampak masa intai kat lubang di pintu tadi. "Boleh saya tolong? May I help you?" tanya Kaer. Perempuan tersebut berkata sesuatu dalam bahasa cina. Kaer menggelengkan kepala, tak faham. "Sorry, I don't understand you auntie. Tak faham," balas Kaer. Perempuan tu berkata sesuatu lagi dalam bahasa yang tak difahami oleh Kaer, kemudian menghulurkan sesuatu pada Kaer. Sekeping kertas yang tertulis alamat. "Kenapa Kaer? Apa makcik ni nak?" tanya Adam, berdiri di sebelah Kaer. Zahid pun turut menghampiri rakan-rakannya. "Aku rasa makcik pegi umah nih. Tengok alamat nih ha. Sama ngan alamat kita, tapi blok lain," jawab Kaer, menunjukkan kertas tersebut pada Adam dan Zahid. "Pastuh, camne nih?" "Biar aku bawak makcik nih pegi kat alamat nih la," kata Kaer, mencapai kunci, dan cuba membuka grill pintu, tapi dihalang oleh Zahid. "Eh! Nanti Kaer, ko nih berani je. Kot-kot makcik nih bukan manusia. Takkan la orang tua macam dia keluar malam-malam buta camnih." "Abih, ko nak biarkan dia tercegat di luar camtuh. Takde apa la, aku gi tunjuk kat dia umah ni kejap je," balas Kaer. "Aku ikut ko Kaer," Adam mempelawakan dirinya. "Weh! Takkan nak tinggal aku sengsorang kat umah. Seram sejuk aku, meremang dah bulu roma nih." "Mengarut je la ko nih Zahid. Ko nak ikut gak jomlah." "Kejap, biar aku tengok dulu dia ada kaki dia jejak tanah ke idak. Orang tua-tua kata, kalau kita

tengok dia terbalik, tak nampak kaki dia, maknannya dia bukan manusia," kata Zahid, menundukkan kepalanya, dan kemudian melihat ke arah pintu melalui celah kakinya. Perempuan cina tadi kelihatan pelik dengan kelakuan Zahid. Kaer sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya, dan Adam pula menepuk dahinya, malu dengan perangai housematenya. "Ha! Nampak tak kaki dia?" tanya Kaer selamba. "Nampak. Tapi takleh caya gak. Kot-kot dia tipu. Aku ikut korang sekalilah." Mereka bertiga keluar dari rumah. Kaer cuba berinteraksi dengan perempuan tua tersebut dengan menggunakan isyarat, cuba memberitahu yang mereka akan membawanya ke alamat yang diberinya tadi. Perempuan tu nampak macam faham dengan apa yang cuba diberitahu oleh Kaer. Mereka bertiga pun pergi ke blok sebelah blok mereka, mengikut alamat yang diberikan. Rupa-rupanya perempuan tu nak pergi ke rumah Nasib baiklah anak perempuan tu fasih berbahasa melayu. Emaknya nak datang melawat. Dia datang dari kampungnya di Karak Anak perempuan tersebut berterima kasih pada Kaer, Adam dan

anaknya seperti alamat yang tertera. tak bagitau pun kat anak dia yang dia dengan menaiki teksi hingga ke KL. Zahid.

Mereka bertiga kembali ke rumah mereka. Zahid tak henti-henti mengusik Adam, sebab lepas Adam petik jari, perempuan tua yang datang. Seronok dia mengenakan Adam. Padahal tadi dia yang paling penakut. Sekarang bukan main lagi. Kaer seperti biasa, tak banyak cakap, ketawa sahaja melihat telatah housematenya. Sampai di rumah, Zahid terus masuk tidur, maklumlah, esok nak bangun awal, keluar dating. Kena jemput awek dulu kat Bangi. Jauh juga tuh dari Kota Damansara. Kaer dan Adam berbaring di ruang tamu, menonton tv. Fikiran Adam melayang ke lain. Teringat pula kata-kata Zahid tadi. Bukannya dia tak nak carik awek. Tapi, tak ada perempuan yang dia terpikat. Setakat admire tuh adalah, tapi yang dia betul-betul jatuh hati tak ada pun lagi sejak ex dia dulu. Bukannya sebab dia belum get over dengan aweknya dulu, dia tak adalah frust sangat masa berpisah dulu, marah yang lebih. Adam teringat macammana dia dan Nadia berpisah dulu, masa sebelum dia mula-mula balik ke Malaysia. Satu hari, Adam keluar dengan Nadia. Punyalah payah nak jumpa semenjak-dua menjak, ada aje alasan Nadia. Patutnya dari situ Adam dah patut tau, tapi Adam tak mau bersangka buruk. Masa tengah makan kat foodcourt di KLCC, telefon Nadia yang terletak kat atas meja makan berbunyi. Masa tuh Nadia pegi toilet. Adam pun mencapai telefon tu, sebab orang keliling dah tengok dah, kuat pulak bunyi deringan telefon tu, dengan vibrate nyer lagi, bergegar meja. Di skrin telefon tertera nama 'Abang Syg' berkelip-kelip. Terkejut Adam melihatnya, sebab dia tak pernah tengok

pun nama-nama dalam telefon Nadia, walaupun Nadia selalu berbuat demikian kat telefonnya, siap baca message lagi. Adam tak kisah aje. Adam menekan button yang tertera gambar gagang telefon berwarna hijau, dan meletakkan telefon ke telinganya. "Hello baby, kenapa lambat sangat angkat telefon," terdengar suara lelaki di sebelah sana. "Maaf, nak cari siapa?" tanya Adam. Amboi! Siap panggil baby lagi. Aku tak pernah pun panggil camtuh kat Nadia. "Errr... nih bukan ke number Nadia?" tanya suara lelaki tersebut. "Ye, dia takde, pegi toilet," jawab Adam. "Sapa ni? Camne tepon ni boleh ada ngan awak?" "Kawan dia." "Oooo.. takpelah, cakap kat Nadia, saya tepon dia balik nanti." "Errr... nak cakap sapa?" tanya Adam. "Oh! Sorry, lupa lak. Saya boyfriend dia, Sani." "Okey," jawapan dari Sani mengesahkan apa yang Adam syak sebaik saja melihat nama 'Abang Syg' tertera sebentar tadi. Tak lama kemudian, Nadia kembali dari toilet. "Laaa... kat sini saya tinggal tepon rupanya. Ingatkan ilang tadi, puas carik." "Apsal? Takut Abang Sani awak tepon yek?" terus Adam bagi soalan cepumas. Berubah air muka Nadia mendengar pertanyaan Adam. "Awak, saya boleh terangkan," kata Nadia, cuba memegang tangan Adam, tapi Adam melarikan tangannya dari tangan Nadia. "Okay, I'm listening." "Not here, kita pegi kat taman okay," kata Nadia, memandang ke keliling food court yang penuh dengan pengunjung yang sedang mengisi perut masing-masing. "Fine with me, let's go," kata Adam, bangun dari meja, dan bergerak ke arah escalator. Dia tak peduli pun yang Nadia belum sentuh pun lagi makanannya. Lantak dialah. "Well? Let's hear the fairytale now," kata Adam, sebaik saja melabuhkan punggungnya di suatu sudut di taman KLCC. "Adam, it's not what you think," Nadia memulakan. "Really? Tell me what you think I'm thinking," kata Adam, main putar-belit ayatlah pulak. "Sani tuh abang angkat saya je." "So, apsal awak gabra sangat kalau betul dia abang angkat awak?" "Err.. saya takut awak sangka yang bukan-bukan pulak antara saya dan dia." "What make you think that I that I'll think he's your boyfriend?" "Errr... saya saja je tulih nama dia abang sayang dalam handphone saya, sebab saya anggap dia macam abang saya," kata Nadia. Rasa lega sedikit bila melihat Adam seolah-olah percaya dengan kata-katanya. "Ooo... camtuh. Then, apsal dia cakap kat saya yang dia boyfriend awak?" Adam bagi soalan yang membunuh lak.

Berubah terus muka Nadia yang tadinya nampak lega. Air matanya mula bertakung. Jap lagi pecahlah empangan tuh. Tapi Adam tak heran pun dengan air mata Nadia. "Errr... errr... dia... dia yang salah sangka. Saya takde apa-apa perasaan pun kat dia. Saya sayang kat awak." "Sayang kat saya?" tanya Adam, sinis bunyi suaranya. "Betul, saya betul-betul sayangkan awak." "Habis, Sani tuh, sekadar tempat berpoya-poyalah?" tanya Adam lagi. "Bukan macam tuh. Awak tak faham," air mata Nadia mula mengalir, tapi tak dipedulikan oleh Adam. "Make me understand." "Saya... saya.... awak jauh kat sana. Saya sunyi kat sini. Kawan-kawan lain selalu keluar dengan boyfriend diorang. Tapi saya takde apa-apa perasaan pun kat Abang Sani, betul. Saya sayang kat awak je," tersekat-sekat suara Nadia memberikan alasan. "Ooo... awak sunyi yek kat sini? Habis tuh, saya kat sana tak sunyi ke?" "Mana saya tau awak sunyi ke tidak? Tah tah awak duk berkepit dengan perempuan lain kat sana," balas Nadia. Berdesing telinga Adam mendengar Nadia menuduhnya begitu. "Jadi, awak tak pernah percaya kat saya lah. Camne lak awak boleh kata awak sayang kat saya kalau awak tak percaya pun kat saya. Camne kita nak teruskan hubungan kalau awak tak percayakan saya." "Dulu awak jauh. Saya dah percayakan awak sekarang. Saya memang nak putuskan hubungan saya dengan Abang Sani. Bagilah saya masa." "Awak ingat saya nih laki apa? Senang je awak cakap nak putus dengan laki lain, pastuh balik kat saya pulak. Suka hati awak je mainkan perasaan orang. Apa pulak perasaan Sani?" "Biarlah dia. Saya tak sayangkan dia. Saya sayangkan awak." "Can you stop saying that words please. Muak dah saya dengar. Macam nih cara awak sayang saya." "Adam, pleaseee... give me one more chance. Saya janji saya tak buat lagi. Saya akan percayakan awak," rayu Nadia, cuba memeluk lengan Adam, tapi Adam menepis. "Awak boleh kata awak percayakan saya, tapi saya dah tak percaya kat awak lagi." "Come on Adam, takkan awak tak boleh maafkan saya. Macamlah awak tuh baik sangat," kata Nadia. "What do you mean?" "Farah," jawab Nadia sepatah. "Farah? Farah mana?" tanya Adam, mengerutkan dahinya, tak faham. Dia memang tak pernah curang pun dengan Nadia selama ini. "Awak jangan pura-pura tak tau. Farah kawan awak kat UK tuh lah. Budak kampung awak." "Apsal lak ngan dia," tanya Adam, makin tak faham kaitan Farah dengan perkara mereka berdua. "Awak jangan nak berlakonlah. Saya dah syak dah awak ngan Farah ada hubungan. Tapi, saya sedia maafkan awak, jadi, kenapa pula awak tak boleh maafkan saya." "Awak jangan nak putar belit cerita. Saya tak pernah ada apa-apa hubungan dengan Farah." "Awak kata takde apa-apa? Huh! Tiap kali telefon, kalau tak sebut nama Farah tak sah. Dalam surat awak, email, poskad pun, mesti nak mention gak nama pompuan tuh. Balik bercuti pun, bila awak

jumpa saya, nama dia gak awak nak sebut." "Hey! Awak jangan nak reka cerita. Awak kan tau yang dia tuh musuh saya. Saya dah cerita kat awak kan." "Sudahlah. Musuh konon. Kalau musuh, takkan setiap masa nak sebut nama dia. Kalau betul dia musuh awak, nak sebut nama dia pun awak menyampah. Ni tidak, sket-sket Farah, sket-sket Farah." "Saya citer kat awak sebab saya nak lepaskan geram je. Saya ingat awak faham. Lagipun, satu UK tau saya ngan dia tak sebulu. Awak jangan nak tuduh bukan-bukan lak." "Awak ingat saya percaya awak tak suka dia. Semua pasal dia awak tau, dia pegi mana, dia buat apa, result exam dia, subjek mana dia suka, subjek mana dia tak suka, semua awak tau. Musuh apa camtuh." "Dia satu course dengan saya, mestilah saya tau. Bukan saya sorang je tau, orang lain pun tau. Lagi pun awak tau kan yang kawan-kawan dia baik dengan kawan-kawan saya. "Tapi takkan nak ambik tau sampai semua tuh. Dia sedih pun awak nak cakap kat saya, dia sakit pun awak cakap, dia tak gi kelas awak cakap. Awak ingat tak baju awak bagi saya tuh. Saya ingat lagi note yang awak bagi dengan baju tuh. Awak kata awak tengok Farah pakai baju tu cantik, sebab tuh awak belikan untuk saya." "Dah memang saya berkenan kat baju tuh, nak buat camne." "Dahlah awak, malas dah saya nak ungkit semua tuh. Saya cuma nak point out jer, kalau saya boleh terima semua tuh, sebab apa awak tak boleh nak maafkan saya." "Awak jangan nak letakkan kesalahan kat saya lak. Okey, saya mintak maaf sebab saya bukan boyfriend yang baik. Tapi sebab apa awak tak tanya terus je kat saya. Sebab memang awak tak percayakan saya kan. Jadi, saya rasa, lebih baik kita berpisah aje." "Adam, janganlah, saya sayangkan awak. Jangan tinggalkan saya," Nadia merayu, air mata dia mengalir tak henti-henti. Tapi Adam dah nekad. Tak mungkin mereka boleh teruskan hubungan ni kalau masing-masing saling tak mempercayai. "Awak, saya minta maaf. Saya rasa, awak teruskanlah hubungan awak dengan Sani. Mulai hari ini, kita tak ada apa-apa hubungan lagi. I'm sorry for everything. Jika selama kita bersama ni saya sakitkan hati awak, saya mintak maaf." Adam bangun, dan meninggalkan Nadia yang masih menangis di atas rumput. Dia langsung tidak berpaling ke arah Nadia. Takut juga dia termakan pujuk rayu Nadia, ataupun rasa kasihan timbul. Biarlah Nadia bahagia dengan orang lain. Dia bukan orangnya. "Adam! Sebenarnya awak memang carik alasan nak berpisah dengan saya kan, sebab awak boleh balik kat Farah kan. Apa lebihnya dia dari saya? Jangan-jangan betina tuh dah serahkan segala-galanya kat awak. Hebat sangat ke layanan dia kat awak, sampai awak sanggup tinggalkan saya. Saya boleh bagi lebih dari tuh."

Adam berpusing semula ke arah Nadia. "Kau jangan sekali-kali nak samakan Farah dengan kau. Dia perempuan baik. Jauh lebih baik dari kau. Walaupun dia musuh aku, tapi sekurang-kurangnya aku respect kat dia. I don't care whether you believe or not that I don't have any relationship with her, but, jangan kau burukkan nama dia, jangan nak jatuhkan maruah dia, faham???!!!!" tengking Adam. Nasib baiklah dia ingat lagi yang Nadia tuh perempuan, kalau tak lama dah cium penumbuk dia. Panas telinganya bila Nadia menuduh Farah sampai sebegitu rupa. "Adammmmm....." Nadia terkejut melibat perubahan pada Adam yang tiba-tiba menyinga. Padahal masa Adam tau dia curang tadi pun Adam masib boleh bersabar. "Bye Nadia. We better not see each other again. And I don't want to hear you repeat what you've just said about Farah to anyone. Kalau sampai ke telinga aku kau sebarkan fitnah tuh, siaplah kau, faham?" Nadia sekadar mampu menganggukkan kepala, dan memerhatikan Adam berlalu dari situ. ------------------------------------------------------------------------------------------------"Oit! Dam, bangunlah, kata nak kuar," Kaer mengejutkan Adam. "Ermm... kul baper nih?" tanya Adam, tanpa membuka matanya. Semalam dahlah tidur lambat, tengok movie sampai kul 3 pagi. Pagi tadi pun nak bangun sembahyang Subuh punyalah liat. "Kul 10, bangunlah," Kaer menarik bantal di bawah kepala Adam. "Aduih! Sakitlah," Adam cuba merampas semula bantal dari Kaer. "Bangunlah mandi. Ko tuh kalau mandi berjam-jam." "Awal lagilah. Kuar lewat sket arr." "Malas kuar lambat, nanti susah nak carik parking. Jomlah." "Aku ngantuk laa.. Kasik la aku tido kejap lagi... kul 12 kang kita kuar yek." "Lambat laa. Aku dah siap nak kuar dah nih." "Ko kuar la sendiri, aku malas la nak kuar awal-awal." "Suka hati ko la Dam. Duk la umah sorang," Kaer pun keluar dari bilik Adam, malas dah nak kejut Adam. Biar jelah dia tidur, duduk la rumah sengsorang. Kaer masuk ke dapur, masak air panas. Minum air dulu alas perut, nanti keluar barulah makan. Lagipun tak ada makanan kat rumah, roti tak ada, biskut pun tak ada. Nak masak pepagi nih, malaslah. Alang-alang nak keluar, breakfast kat luar ajelah. Zahid dah keluar pepagi buta lagi. Kalau takde date ngan awek, jangan haraplah nak bangun awal mamat tuh. Kaer mengambil mug, dan mengisinya dengan milo. Alamak! Perut memulas lak tetiba. Tadi masa mandi tak ready lagi nak buang sisa kumuhan, time dah siap pakai baju smart-smart nih, barulah buat hal perut nih. Kaer meletakkan mug di atas meja, dan masuk ke toilet dulu untuk lepaskan hajat. Sementara itu, di rumah atas...

"Farah, aku kuar dulu, Lan dah datang," Nurul menjengukkan kepalanya ke dalam bilik Farah. "Oraits, see you later." "Ko nak kuar kul baper?" "Jap gi kuar la, tengah nak siap nih," jawab Farah, yang sedang menghadap cermin, menyapukan moisturiser ke mukanya. "Date ko mai jemput ke?" "Lebih kuranglah," jawab Farah. "Hehehe... nak tunggu la, boleh jumpa dia dulu." "Apa lah ko nih, sian Lan tunggu ko lama tuh. Pegilah kuar, ko balik kang aku citer la." "Yelah, yelah. Kedekut sangat nak tunjuk date dia. Cam la aku nak amik. Bye, slamat bershopping and berdating." "Hehehe... you too. Have fun. Kem salam kat Lan." "InsyaAllah. Kem salam gak kat your mystery date." Selepas selesai bersiap, Farah mencapai fling bag dan handphone, dan keluar dari biliknya. Dia mengeluarkan kasut Skechers miliknya yang berwarna biru, lalu menyarungkan ke kakinya. Pintu rumah dikunci, Farah pun bersedia nak gi jemput 'date' nya. "Tok.. tok.. tok.." "Assalamulaikum..." "Tok.. tok.. tok.." "Arghhh!!! Kacau la aku nak tido. Sapa lak kat luar tuh," Adam bangun dan berjalan keluar ke ruang tamu. Pintu diketuk berulang kali, dan sayup-sayup kedengaran bunyi muzik dari arah bilik Kaer yang tertutup rapat. Mana mamat nih pergi? Dah keluar ke belum? "Assalamualaikum," kedengaran bunyi salam sekali lagi di luar. Nasib baik suara perempuan, kalau lelaki memang aku sound dah ketuk pintu rumah orang pepagi buta nih. Err.. pagi buta? Tak kiralah, pukul 10 kira pagi butalah kalau time weekend. Hmmm... Apsal macam familiar je suara yang bagi salam tu. "Waalaikummussalam," jawab Adam, sambil membuka pintu, masih dalam keadaan mamai .Berdiri di depan pintu rumahnya seorang gadis yang berbaju T-shirt lengan panjang berwarna pink, dipadankan dengan jeans biru. Rambutnya yang panjang dan lurus ditocang kemas. Hilang terus rasa mengantuknya melihat gadis di depannya. "Ha! Apa ko nak pepagi buta nih? Tak cukup lagi ke tengok muka aku kat opis ariari? Weekend pun ko carik aku gak," kata Adam. "Oit! Tolong sikit. Cermin muka ko dulu. Kaer mana?" tanya Farah. Mukanya tibatiba berubah jadi merah, dan memandang ke arah lain. Selalunya kalau gaduh ngan Adam, dia pandang muka Adam. Nih apahal lak tetiba macam malu lak nak tengok Adam. "Buat per carik Kaer?" tanya Adam, pelik melihatkan muka Farah yang bertukar

merah. Selalunya kalau marah memanglah muka dia merah, tapi nih tak nampak macam marah, tapi nampak macam blushing je. Hmmm... sejak bila minah ni blushing bila jumpa aku? "Suka ati aku lah nak carik dia, bukannya hal ko," jawab Farah, masih tak memandang ke arah Adam. Nampak serba tak kena je Farah, matanya memandang ke arah jarinya yang sedang bermain-main dengan kunci rumahnya. "Suka ati akulah nak tanya. Ko datang umah aku, pepagi buta dah bising ketuk pintu rumah orang. Ganggu je aku nak rest time weekend nih," jawab Adam, makin pelik dengan perangai Farah. Macam ada sesuatu je. Dahlah pepagi carik Kaer. Diorang nih ada rahsia ke? "Pepagi buta apa kejadahnya. Dah pukul 10 lebih dah. Kalau ko duk ngan mak ko, sah kena bebel dah kalau tak bangun lagi time camnih," balas Farah, main sepak-sepak kaki pulak kat lantai. "Tapi, aku bukan duk ngan mak aku kan sekarang. Suka ati aku la nak bangun tengahari ke, petang ke, malam ke." "Farah, sorry, lama dah ke sampai?" Kaer muncul di ruang tamu. "Baru jer, aku call ko tak angkat tadi," Farah kelihatan lega bila Kaer muncul. Dia memandang ke arah Kaer, matanya langsung tak nak pandang ke arah Adam. "Aku dalam toilet tadi. Nak gi dah?" "Ha'ah, jomlah." "Jap aku amik wallet ngan handphone aku dalam bilik," kata Kaer, lalu masuk ke dalam bilik. Patut pun Adam dengar bunyi muzik dari bilik Kaer tadi, bunyi telefon Kaer rupanya. Farah yang telefon setelah lama dia ketuk pintu dan bagi salam tak ada orang buka. Masa Adam bukak pintu tadi pun, dah agak lama Farah tercegat menunggu depan pintu rumah diorang. "Ko nak gi mana ngan Kaer?" tanya Adam. Patutlah si Kaer beria-ria nak keluar pagi, dah janji ngan minah ni rupanya. Apsal dia tak cakap je kat aku. Nak main rahsia-rahsia lah pulak. Cakap aje kan senang. Dia ingat aku tak mau keluar lah kot kalau minah nih ada sekali. Padahal bukan aku kisah pun. Best gak keluar ngan minah nih, boleh aku buli dia. "Suka atilah kitorang nak gi mana," jawab Farah, kembali tak keruan bila Kaer menghilang ke bilik. Dia memandang ke arah tangga, tak mau pandang Adam, macam tak sabar-sabar nak pergi. "Housemate ko yang lain mana? Kuar skali gak ke?" Adam bertanyakan soalan lain pulak. "Ed balik Melaka, Nurul kuar ngan boyfriend dia," jawab Farah. "Ko kuar ngan Kaer je ke?" "Yelah, takkan nak ajak satu blok nih kot kuar skali," kata Farah. Mukanya masih merah lagi. "Jom," Kaer keluar, dan mencapai kunci keretanya yang tersangkut di tepi pintu. Dia volunteer nak drive kereta Wajanya hari nih, sebab kereta Farah pintu dua, jadi susahlah nak sumbat barang nanti. "Jom," laju je Farah menuruni tangga, tak menunggu Kaer yang baru nak menyarung kasut. "Ko ajak aku kuar smalam, memang ko dah janji ngan Farah ke?" tanya Adam.

"Ha'ah! Kesian ko tinggal umah sorang kan. Farah mintak temankan dia beli barang rumah. Sebab tuh aku ajak ko sekali. Dah ko malas nak ikut, takperlah, jangan kata aku tinggal ko lak," kata Kaer. "Apsal ko tak cakap. Ingatkan kuar ngan ko je," kata Adam, seakan-akan tak berpuas hati. "Alah, kalau aku cakap nak kuar ngan dia, ada beza ke? Bukannya ko sanggup bangun terus kalau aku sebut nama dia kan. Wokeh, aku chiow dulu," kata Kaer, keluar dari rumah. Tibatiba dia berhenti di depan tangga, dan berpaling semula ke arah Adam. "Oit! Lain kali nak bukak pintu, pakai la senonoh sket," kata Kaer, dan terus turun ke bawah. Adam memandang ke arah dirinya. Alamak! Dia menepuk dahinya. Camne lah aku boleh lupa yang aku pakai camnih je tadi masa nak bukak pintu. Tadi masa dengar bunyi pintu diketuk, Adam terus keluar je untuk bukak pintu, dengan berseluar pendek warna merah, dan tak berbaju. Masa tuh masih mamai lagi, tak ingat lak nak sambar T-shirt dengan kain pelekat dulu. Aduih! Patutlah minah tuh nampak macam malu je, muka pun merah je, tak nak pandang aku. Macammanalah aku boleh lupa aku tak berbaju. Hehehe... Siapa suruh minah tuh ketuk pintu pagi-pagi masa aku tengah tidur. Tau pun malu tengok badan aku yang tough nih. Adam dah hilang rasa mengantuk. Bosanlah pulak duduk kat rumah, tak ada apa nak buat. Tengok tv pun bosan jugak. Housemate semua keluar dating. Eh! Kaer dengan Farah tak kira, tuh bukan dating. Tapi, kalau keluar berdua lelaki ngan perempuan bukan ke kira cam dating? Perut pun dah lapar nih. Menyesal lak aku tak ikut. Kaer lah nih, kalau dia cakap dia janji ngan minah tuh, mesti aku bangun lah tadi. Ada ke patut dia kata takde beza pun dia sebut ke tidak nama minah tuh. Ada lah beza, gerenti aku ikut punya. Bukan sebab aku nak keluar sangat dengan minah tuh, tapi saja je nak mengacau dia, boleh jugak isi masa lapang. Sejak minah tuh keja kat office sama sekarang, rasa macam semangat je nak pegi office. Bukan sebab nak jumpa dia, berkali-kali Adam ulang ayat tuh, untuk yakinkan diri dia sendiri sebenarnya, tapi sebab seronok je ada orang dia boleh kacau. Tak pun tunggu apa yang minah tuh nak buat kat dia. Tak adalah rasa bosan sangat kat ofis. Kalau takde can nak face to face ngan Farah, Adam kacau melalui email. Tak pun pegi buat miss call kat handphone Farah. Adam masuk ke bilik, berbaring di atas katilnya, cuba memejamkan matanya. Senyuman nakal tiba-tiba muncul di bibirnya. Mana tidaknya, bila pejam mata, ternampak muka Farah yang merah menyala tadi sebab malu melihat dirinya yang tak berpakaian lengkap. Nasib baik aku pakai gak seluar, kalau

tidak tak taulah, Adam tergelak sendiri dengan idea nakalnya tuh. Tapi Adam suka sangat tengok Farah yang kelihatan malu tadi, selama nih asyik tengok Farah marah je kalau berdepan dengan dia. Arghhh!! Bosannya. Tak boleh nak tidur dah nih. Adam pun terus bangun, mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk mandi. Seperti biasa, kalau Adam mandi, memang berzamanlah nak tunggu. Nasib baik rumah diorang ada dua bilik air. Lagipun Adam duduk kat main bedroom, ada bilik air sendiri. Kaer dan Zahid guna bilik air yang satu lagi. Tengah mandi pun tetiba Adam teringat kat Farah, sebab bilik air Farah terletak kat atas bilik airnya. Farah pun duduk kat main bedroom kat atas. Selesai mandi dan siap berpakaian, Adam mencapai kunci keretanya dan keluar dari rumah. Dia mendail nombor Kaer semasa berjalan menuruni tangga. "Hello." "Ha Dam, bangun dah?" "Ko katner arr? Aku bosan la duk kat umah." "Aku nak gi IKEA." "Aku join ko la yek?" "Laa.. mai je lah. Takde sapa nak marah." "Manalah tau, kot-kot ko nak berdua-duaan ngan minah tuh." "Apa yang ko mengarut nih. Ko jealous ke apa?" "Cet! Buat apa lak aku nak jealous." "Dah tuh banyak songeh lak. Nak join mai je la sini. Takde masa aku nak gi jemput ko lak kat umah. Tadi ajak gi skali tak mau." "Laaa.. apsal ko macam marah je nih. Kalau ko nak dating ngan minah tuh takpelah, aku tak kacaulah." "Malas aku layan ko Dam. Kalau nak mai sini, nanti sampai call kitorang. Ciao." Adam masuk ke dalam GTInya, dan menghidupkan enjin. Dia berkira-kira sendiri, nak pergi ikut Kaer dan Farah, atau nak berjalan-jalan sendiri. Tapi, kalau jalan sorang, bosanlah pulak. Baik ikut diorang, ada gak teman borak, ada gak orang dia nak kacau. Meriahlah sikit. Lagipun, kalau jalan sorang-sorang, tak pasal-pasal kena ngorat lak kan, aku ni dahlah handsome, sempat lagi Adam nak puji diri sendiri. "Adam nak join kita," Kaer memberitahu Farah yang duduk berhadapan dengannya. Diorang breakfast dulu kat kedai. Nak shopping kat IKEA, jauh nak berjalan tuh, kenalah isi minyak dulu. "Ooo...," itu je jawapan yang keluar dari mulut Farah. Tiba-tiba je bayangan Adam bukak pintu dengan hanya berseluar pendek muncul di matanya. Aduh! Macammana lak boleh terbayang mamat psycho tuh. Muka Farah rasa panas, sah dah merah pipi nih. Alamak! Macammana nak berdepan ngan mamat tuh nanti. Malulah, teringat masa mula-mula dia nampak Adam tadi tanpa berbaju tadi, terus dia berpaling ke arah lain. Yang sakit hatinya, mamat tuh boleh selamba je cakap ngan aku dengan

tak berpakaian. Nasib baik dia pakai gak seluar. Apa punya orang daa.. "Tadi ajak dia tak nak bangun. Tuh bosan duk umah la tuh." "Hmmm... ok," ringkas jawapan Farah. Kaer memandang Farah, pelik dengan kelakuan Farah. Ingatkan Farah marah bila tau dia ajak Adam. Tapi Farah tak kata apa pun. Apsal lak muka dia merah ni? Makin pelik Kaer tengok muka Farah yang nampak sedikit kemerah-merahan. Nak kata pedas sambal ikan bilis yang diorang makan dengan nasik lemak, tak adalah pedas sangat. Selepas makan, barulah Farah dan Kaer ke IKEA. Tak sampai 5 minit mereka park kereta, Adam dah call carik. Dia dah pun sampai. Cepat betul, pecutlah tuh kereta. Pagi-pagi nih kereta tak banyak, jalan pulak straight je dari rumah diorang ke IKEA. Lubang pun banyak gak, sebab banyak lori construction lalu. Tapi Adam dah hafal dah kat mana ada lubang, pejam mata pun boleh tau. Mereka bertemu di pintu masuk ke IKEA. Nak tergelak Farah melihat ada kesan sos di tepi bibir Adam, geram je dia nak sapu, tapi ditahankan. Terkejut lak mamat tuh kalau dia buat camtuh kan. Sebenarnya Adam sempat singgah kat drive thru McDonalds Kota Damansara on the way nak ke IKEA tadi, beli breakfast dulu. Tak tahan dah lapar. Mereka pun mulalah tour kat IKEA. Farah yang pada mulanya agak segan dengan Adam sebab peristiwa pagi tadi, dah mula berkelakuan macam biasa bila Adam mula mengacau dia. Seronok juga rupanya shopping dengan Adam. Tambahan lagi taste dia dan Adam serupa dalam pilihan perabot dan peralatan dalam rumah. Tak sangka pulak dia. Buat kali pertama, dia dan Adam jadi team dan lawan dengan Kaer yang berlainan pendapat dengan mereka berdua. -----------------------------------------------------------------------------------------------"Ko nih memanglah Farah. Saja nak pekena aku. Punyalah suspense aku pikir ko kuar ngan sapa. Rupanya kuar ngan diorang. Dua orang sekali ko sapu yek," Nurul meluahkan rasa tak puas hatinya pada Farah. Farah, Adam dan Kaer sedang makan malam di Uptown bersama-sama dengan Nurul dan Azlan. Sehari suntuk Farah keluar dengan Adam dan Kaer. Lepas shopping di IKEA, mereka pergi ke One Utama pula, lunch dan kemudian berjalan-jalan di situ. Kemudian mereka tengok wayang pula. Sekali lagi Farah dan Adam sependapat untuk menonton cerita yang sama, dan Kaer yang nak tengok cerita lain terpaksa mengalah. Dua lawan satu, kalahlah dia. Lepas tengok wayang barulah mereka balik, dah Maghrib pun. Lepas mandi dan sembahyang, Nurul pula telefon Farah, ajak keluar makan dengan Azlan. Farah pun ajak Adam dan Kaer sekali keluar makan.

"Hehehe, saja je kasik ko suspense. Aku ajak Kaer je sebenarnya, mamat nih menyibuk," Farah memandang ke arah Adam. "Hello minah, ko ingat aku nak kuar sangat ke ngan ko? Kaer yang ajak aku. Siap merayu-rayu lagi suh teman dia. Takut nak kuar berdua je ngan ko." "Ooo... ko tak sudi kuar ngan aku yek Kaer?" Farah memandang ke arah Kaer pulak, kononnya nak pura-pura merajuk la nih. "Eleh... yelah tuh, ajak aku kuar. Ko tau Nurul, dia ajak aku teman dia. Tapi masa kitorang kuar tadi, dia asyik ngan Adam je. Aku pun musykil dia nak ajak aku ke Adam," Kaer pula mengenakan Farah sebelum sempat Farah nak merajuk dengan dia. "Mana ada!!!" serentak Farah dan Adam bersuara, kemudian memandang sesama sendiri, tersengih pulak. "Betul apa. Kat IKEA tadi, ko asyik jalan ngan Adam je, pastuh duk bercakap dua orang je. Aku ulang yek, bercakap, bukan bergaduh." "Oit..oit! Dah ko nyer idea takleh pakai. Aku tanya la Adam," Farah membela diri, memberikan alasan mengapa dia dan Adam tak bergaduh, macamlah salah kalau dia tak bergaduh dengan Adam. "Tah! Ko nyer taste tah apa-apalah Kaer," Adam menyokong Farah. "Ha'ah, ada ke patut dia berkenan ngan katil besi yang cam pesen zaman dulu tuh suh aku beli, kan Dam?" Farah meminta persetujuan Adam. "Oooo... yang cam pagar besi tuh ke? Yang kaler itam tuh kan?" "Ha'ah." "Tuh arr.. tak sesuai langsung. Cun yang kayu tuh, ingat tak? Simple je. Yang kat showroom tuh, satu set ngan almari." "Yang set kayu kaler cerah tuh ke? Bilik idaman aku tuh." "Memang kena jer, set kayu dalam bilik. Pas tuh bilik kaler cream. Mak aii.. kalau dapat bilik tuh, memang aku tak kuar biliklah," kata Adam. "Pas tuh kat bedside table letak lak lampu yang aku berkenan tadi tuh. Kaler putih yang ada corak sikit kat tepi tuh." "Ermm... yang stand dia kaler silver tuh kan? Yang harga rm79 tuh? Aku ingat ko nak beli dah tadi. Punya la lama pegang. Tapi memang kenalah kalau letak kat dalam bilik tuh." "Nanti lah, tuh kira low prority, kena beli yang penting-penting dulu." "Tapi kan, aku suka la set sofa yang kaler black tuh. Design cun, pastuh selesa pulak," kata Adam pula. "Ha'ah, memang best lah kan. Letak kat living room, boleh baring atas sofa tuh sambil tengok tv atau dvd, tambah lak ada surround system, fuh, memang class la umah aku." "Errrr... dapur lak korang tak nak citer?" perli Kaer, bila Farah dan Adam asyik borak berdua, lupa dah kat member-member. Biasanya gaduh sampai lupa dunia, kali nih kongsi pendapat lak sampai tak sedar orang keliling. "Hek eleh, nih kes tak puas ati lah nih aku tak suka dapur yang ko berkenan tuh kan?" kata Adam, tak faham lak dia yang Kaer perli diorang berdua sebenarnya.

"Apa da ko Kaer, dapur yang ko berkenan tuh crowded sangat. Aku tak berkenanlah kalau gantung periuk kat atas camtuh, berserabut nampak. Nak masak pun takde mood," kata Farah. "Yang kaler hijau tuh cantik kan susunan Farah? Pas tuh meja makan lak style tinggi tuh, sambung terus ngan kabnet dapur, pas tuh letak kerusi tinggi." "Ha'ah, dia nyer kabinet dapur tuh pun cantik, aku berkenan kat cermin yang diorang guna tuh, lain dari yang lain, tapi cantik," Farah menyetujui pendapat Adam. Nurul menggaru-garu kepalanya, pelik dengan telatah Adam dan Farah. Dia memandang ke arah Kaer, mengangkat keningnya, bagaikan bertanyakan Kaer apa sebenarnya yang terjadi. Tak pernah selama dia kenal Farah dan Adam, mereka berdua sependapat. Selalunya apa yang sorang nih kata, yang sorang lagi mesti nak kontra. Tapi nih, punyalah semangat bercerita pasal perabot rumah, setuju je dengan pendapat masing-masing, macam nak plan rumah idaman mereka berdua pulak. Kaer sekadar menjungkitkan bahunya pada Nurul, sebagai jawapan, tak tau nak kata apa lagi. Mereka memandang ke arah Adam dan Farah yang masih khusyuk bercerita tentang perabot dan barang-barang rumah yang mereka tengok kat IKEA. Tengah discuss bilik air idaman mereka lak. Sampaikan sinki dan cermin kat dalam bilik air pun diorang cerita detail yang mana satu berkenan. Sama lak tuh, pelik. "Kan aku dah cakap Nurul, macam diorang keluar berdua aje tadi. Nih nasib baik ko ngan Lan ada, ada gak teman aku borak," kata Kaer, sekali lagi cuba mengembalikan Adam dan Farah ke bumi nyata. "Apa dia?" tanya Adam, yang macam terdengar Kaer sebut namanya tadi, tapi tak pasti kata tentang apa. Dia tengah bercerita pasal hiasan kat halaman rumah lak ngan Farah. Siap nak buat tamanlah, ada kolam kecik bela ikan pastuh jambatan dan macam-macam lagilah. "Oit! Korang ingat korang kat IKEA lagi ke? Makanan dah lama sampai tuh. Ke dah kenyang tengok perabot?" perli Nurul. "Eh! Bila lak sampai. Tak sedar pun, dah bayar ke?" tanya Farah, tak menyedari mee hailam yang diorder dah ada di depannya. Begitu juga nasi padprik yang Adam pesan, dah pun sampai. "Aku bayar tadi, tak sampai hati nak kacau interior designer tengah design rumah," kata Kaer. "Berapa arr?" tanya Adam, mengeluarkan dompet dari poketnya. "Takpelah, aku belanja arr." "Thanks," kata Adam. "Aku pun Kaer?" "Yelah, nanti kang ko merajuk lak kalau aku belanja Adam sorang je." "Hehehe..Thanks. Sayang kat ko." "Eleh, baru nak sayang. Tadi siang ko tinggalkan aku jalan sengsorang." "Mana ada, tak baik arr ko. Oklah, lain kali kita gi tengok wayang yang ko nak tengok lak okay?" pujuk Farah. "Yer arr tuh, Lain kali kalau kuar ngan ko, tak maulah aku ajak Adam. Kuar dua orang ngan ko ajelah,

baru adil." "Oit! Nak tinggalkan aku yek, mana boleh. Dah dia tak minat ngan citer ko nak tengok, mana leh nak paksa dia," Adam membacking Farah lagi. "Tah, aku mana minat citer-citer fantasi camtuh. Kalau citer lawak ke, citer action, citer hantu, aku minat arr," kata Farah pula. "Lagipun best apa citer tadi. Aku tengok ko gelak macam nak rak gak dalam cinema tadi. Memula punya lah tak nak tengok citer tuh," kata Adam. "Udah la tuh," sampuk Nurul, pening dah tengok diorang. Lagi pening, sebab bukan Adam dan Farah yang bergaduh, tuh dah biasa sangat tengok walaupun selalunya tak larat, tapi nih Adam geng ngan Farah, nak lawan ngan Kaer. Memang luar biasa. Citer kat member-member lain sah diorang tak percaya nih. Nasib baik gak ada Kaer jadi saksi. "Ko beli apa Farah? Punyalah beria-ia aku dengar ko cerita pasal perabot. Ada ke barang ko beli kat sana?" tanya Nurul, kemudian menyuapkan tomyam ke mulutnya. Azlan di sebelahnya jarang-jarang bersuara, maklumlah, tak ada can sangat orang lain nak bercakap, asyik dengar Adam dan Farah je bolot semua percakapan. "Eh! Tak cakap kat ko lagi ke? Aku beli almari dua pintu yang aku tunjuk kat ko dalam buku IKEA tu. Pastuh aku beli dustbin kaler biru yang aku lama dah nak, yang harga rm6.90 tuh, pas tuh beli cermin kat AS IS, rm8 je yang panjang." "Cermin rm8 je kat AS IS? Halamak, ada tak lagi?" tanya Nurul. "Ada satu je. Kalau banyak tadi memang aku tepon dah ko ngan Ed tanya nak beli ke idak." "Hmmm... rugi, rugi. Ko dah pasang ke almari?" "Belumlah. Esoklah pasang, ari nih penat dah." "Ko nak pasang sendiri ke?" Adam bertanyakan Farah. "Iyerlah, takkan nak upah orang kot." "Ko reti ke idak?" "Apsal lak, ko ingat orang pompuan tak reti ke nak pasang almari? Tolong sikit yek, aku bolehlah. Instruction ada, ikut jelah." "Nanti tak jadi kan, rugi je rosak almari yang aku pilih." "Oit! Bila lak ko pilih. aku memang berkenan kat almari tuh. Lagipun, duit aku kan bayar, sukaati aku lah nak pasang ke, nak rosakkan ke." "Nanti rosak kang nyusahkan aku lak, kene gi IKEA lak kan nak return balik. Penat aku angkat kotak almari tuh naik atas tau. Ko tuh angkat cermin ngan tong sampah yang tak sampai satu kg pun berat." "Aku tak suh pun ko buat apa-apa. Kalau rosak, biar aku tanggunglah, dah duit aku," balas Farah. "Adeih!" Kaer menepuk dahinya. Diorang buat lagi. Dah kembali mengekalkan tradisi mereka bergaduh sesama sendiri. Ingatkan dah boleh berbaik dah, tengok dari gaya diorang spent time bersama hari nih. Tak berubah lagi rupanya. -------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas shopping bersama hari tuh, Farah dan Adam terus mengekalkan tradisi mereka bergaduh. Zahid dan Edlin bagaikan tak percaya dengan cerita Kaer dan Nurul yang Farah dan Adam boleh bersama-sama untuk satu hari tanpa bergaduh tempoh hari, dan siap boleh berborak-borak macam mereka tak pernah bermusuh. Asyik berkepit je satu hari sampaikan Kaer kata dia rasa macam kacau budak berdua tuh keluar dating lak. Tapi hari tu jelah, sekarang nih dah kembali bercakar macam anjing dan kucing. "Hello," Farah menjawab telefonnya bila lagu Where Is The Love berkumandang. "Hello, pekabar?" "Oit! Anis! Lama dak dengar citer. Aku okay je. Ko pekabar?" kawan baik Farah dari kecik, sekampung dengannya dan Adam. Malahan, masuk MRSM pun sama gak. Cuma bezanya, lepas SPM, Farah ke luar negara, dan Anis meneruskan pengajian di salah sebuah universiti tempatan di Malaysia. Sekarang nih dia jadi kaunselor di salah sebuah sekolah menengah di daerah Pahang. Memang dari kecik dah ada tokoh jadik kaunselor si Anis nih. Kalau kawan-kawan ada masalah, mesti carik dialah. Walaupun berjauhan, mereka selalu berhubung. Kalau balik bercuti ke Malaysia, Farah pergi melawat Anis kat universiti dia belajar. Anis pun pernah sekali pergi bercuti kat luar negara di tempat Farah. Sejak kerja, walaupun jarang jumpa, kecuali kalau balik kampung sesama, mereka berhubung juga melalui telefon. "Aku okay gak. Aku nak gi KL weekend nih." "Buat apa? Ada keja ke? Boleh la jumpa ko, lama dah tak jumpa. Ko mai ngan sapa? Stay mana?" "Woit! Soklan mana aku nak jawab dulu nih. Apa da ko. Aku stay umah makcik aku." "Datang sesaja ke KL?" "Ada hal sebenarnya. Ermm.. sebenarnya... ermm...." "Ha? Apsal nih? Cepat cakap, janganlah wat aku suspense jer," gesa Farah, tak sabar-sabar nak tau. "Errr... Aku nak carik barang-barang kahwin." "WHAT???!!! Ko nak kahwin? Ngan sapa? Siyut arrr.. tak citer pun kat aku. Tetiba je. Ko dah tunang ke? Sampai ati ko kalau tunang tak cakap kat aku. Ngan sapa? Budak mana? Bila?" bertalu-talu soalan dari Farah. Terkejut dengan berita dari Anis. "Errr... ngan Shahril." "Shahril? Shahril mana? Shahril kawan kita tuh ke?" tanya Farah meminta kepastian. Shahril pun budak kampung mereka, satu sekolah juga dulu masa sekolah rendah dan sekolah menengah. Kawan baik Adam. "Ha'ah." "HAAAAA???!!!! Ko ngan Shahril? Since when? Apsal aku tak tau? Bila ko nak kawin? Bila tunang?" "Ermmm... tunang ngan nikah serentak nanti. Family aku tak kasik tunang lama-lama. Ko tau la kan. Cuti skolah bulan 5 nanti kitorang akad," jawab Anis. Sebenarnya Anis pernah bertunang sebelum ni, sebaik saja habis belajar, dengan pakwe dia masa belajar. Tapi dua bulan je

bertunang, yang lelaki mintak putus, tak tau sebab. Malulah Anis dan keluarga masa tu. "Bulan 5 nih? Lagi 3 bulan? Ko sejak bila bercinta ngan dia nih? Tak citer pun kat aku." "Ermm... bercinta tuh, barulah jugak. Actually, aku ngan dia memang baik pun dari dulu, selalu contact. Masa aku putus tunang dulu, dia yang banyak tolong bagi semangat kat aku. Pas tuh baru nih dia luah perasaan lak kat aku. Aku cakap la, aku serik dah bercinta. Kalau nak betul-betul, settle ngan mak bapak aku, tup-tup bulan lepas dia hantar rombongan. Terkejut beruk aku. So, pas aku buat semayang istikharah aku terima dia. Begitulah alkisahnya." "Mak aiii... tak sangka aku. Korang dua orang. Sejak bila dia suka kat ko nih? Ko lak camne, ko suka tak kat dia?" "Dia kata dia lama dah suka kat aku, tapi sebab aku dah ada orang lain dah. Then bila aku putus tunang, dia tak nak la masuk line terus, slow-slow jer. Tapi dia kata takleh lama gak, nanti takut aku kena sambar, heheheh." "Ko camne? Boleh sayang ke kat dia?" "Aku dah pun start sayang dia sebenarnya, aku pun tak sedar. Pandai dia cucuk jarum pelan-pelan, hehehe." "Oooo... camtuh yek. Cesss! Senyap-senyap je korang berdua nih yek. Tak sangka aku, nak kawin dah ko yek." "Hmmm... sebenarnya, aku nak mintak ko jadik pengapit aku." "Ha? Pengapit? Betul ke?" "Iyerlah, takkan nak memain lak." "Alaaa... terharunya. Ko nak aku jadik pengapit ko. Okay, aku sanggup je." "Nanti weekend nih jumpa ko yek. Shahril pun datang gak kl. Boleh kita citer panjang lagi," kata Anis. Farah tau yang Shahril berkhidmat dengan kerajaan di bandar kelahiran mereka. Nampaknya salah seorang dari mereka kena transfer lah nanti. Nasib baiklah kerjaya diorang tak susah sangat nak transfer. "Wokeh! Set." Selepas habis berbual dengan Anis, Farah rasa tak senang duduk. Excited sebab kawan baik dia nak kawin, dengan kawan dia jugak lah tuh. Rasa nak kongsi kegembiraan nih, tapi tak tau dengan sapa. Nurul dengan Edlin kenal gak Anis, tapi kenal gitu-gitu ajelah. Tiba-tiba teringatkan Adam, terus dia mendail nombor Adam tanpa berikir panjang. Lagipun, Adam pun kawan Anis, Shahril lak kawan baik dia dari kecik dulu. "Hello." "Ha! Apa ko nak?" tanya Adam. Minah nih mengigau ke apa telefon aku, fikir Adam. "Weh! Ko tau dak? Anis ngan Shahril." "Ha! Shahril baru tepon aku tadi. Anis dah tepon ko yek. Aku baru ingat nak naik atas carik ko." "Terkejut giler aku tadi bila Anis cakap. Ish! Tak sangka langsung, Anis ngan Shahril. Aku takleh

nak caya lagi nih, kena jumpa sendiri diorang nanti baru leh caya." "Ooo... ko nak jumpa diorang gak ke weekend nih? Shahril pun ajak gak aku. Kita gi skali la senang," Adam mempelawa Farah. Langgar tradisi diorang lagi sekali, ajak Farah pergi bersama dengannya. Tapi kira exception la kali nih, sebab kawan baik diorang nak kahwin, tumpang gembiralah, keep aside dulu pergaduhan mereka. "Okay gak tuh. Ish! Aku masih tak caya lagi nih diorang berdua. Ko tau ke yang si Shahril tuh ada hati kat Anis?" "Aku tak tau pun. Siyut jer dia tuh, pandai benar simpan rahsia. Aku langsung tak tau." "Tiba-tiba jer kan." "Aku ingat tadi Shahril main-main je. Siap dia bersumpah lagi kat aku." "Dia cakap tak kat ko sejak bila dia suka Anis?" "Dia takde la cakap bila, tapi dia cakap lama dah. Aku malas la nak korek bebanyak. Yang penting, kita doakan diorang bahagia lah." "InsyaAllah. Seronok lak aku." "Aik! Orang lain kawin, ko lak seronok?" usik Adam. "Laaa... mestilah seronok, kawan baik nak kawin. Tapi..." "Ha? Tapi apa? Ada problem lain lak ke?" "Takdelah. Tapi aku la kena teruk ngan ibu nanti." "Apsal lak?" "Bestfriend aku dah kawin, bisinglah dia nanti tanya aku lak. Tensen, tensen." "Ha'ah yek, mak aku pun nanti mesti bisinglah." "Aik! Ko kena gak ke ngan mak ko? Laki pun kena yek." "Kenalah, ko ingat pompuan jer ke? Aku pun mak aku bising tanya bila lak aku nak kawin. Abang Adi ngan Abang Azri kan dua-dua dah kawin. Dia sibuk tanya aku lak dah ada calon ke lom." "Tensen kan? Tapi nanti aku nyampah kalau kenduri kawin, soalan favourite diorang, 'Farah bila lagi?'. Arghhh!! Bosannya aku nak jawab," kata Farah. "Betul tuh. Raya lepas pun dah teruk gak aku kena ngan sedara-mara. Nih time kenduri orang kampung sibuk tanya soalan cepumas tuh. Terpaksa la aku wat sengih-sengih jawab, 'belum ada jodoh'." "Tuh takpe lagi, kalau setakat tanya je. Nih sibuk nak kenen ngan orang tuh la, orang nih la. Ces! Cam aku nih anak dara tak laku je." "Aku pun kena gak la camtuh. Susah gak kan. Lain kali aku nak jawab dah adalah. Tapi nanti diorang suh aku kenalkan lak, tanya budak mana, orang mana. Argh! Semua tak kena." "Selagi kita tak kawin, selagi tuhlah kena kan? Aku skang dah ada jawapan favourite kalau orang tanya soklan cepumas tuh." "Apa dia? Share la ngan aku, boleh guna gak." "Hehehe... takleh, ko takleh pakai alasan nih." "Apsal? Apa dia?" "Aku cakap, aku takleh langkah bendul. Kena tunggu ibu kahwin dulu, hehehe." "Kah kah kah... Best gak jawapan ko tuh." Mereka berdua terus berborak-borak. Dari satu topik ke satu topik. Tak sedar pun dah lebih satu jam mereka bergayut. Habislah bil telefon Farah bulan nih. Nasib baiklah pakai line sama, kalau tak

mesti lagi teruk. Mereka terpaksa berhenti pun sebab bateri handphone Farah dah nak habis. Adam yang belum makan lagi sanggup tahan lapar, sebab tak mau hentikan perbualan mereka. Habis bergayut ngan Farah barulah dia keluar ke ruang tamu untuk makan. Dah sejuk pun mee goreng yang dibeli oleh Kaer. "Ko gayut tepon ngan sapa Adam? Lama gila. Mengayat awek yek? Awek mana nih?" tanya Zahid pada Adam. Mana pernah Adam bergayut telefon lama-lama. Nak kata cakap ngan mak dia, tak logik, takkan lama macam tuh, lagipun semacam jer cakap, tak mungkinlah ngan mak atau ahli keluarga dia yang lain. "Ha? Takde awek memana pun," jawab Adam. Mukanya tiba-tiba berubah menjadi merah. Adam tak tau kenapa, tapi malulah nak cakap ngan Kaer dan Zahid dia bergayut telefon dengan Farah. Dia mengerling ke arah jam di dinding. Mak aiii.. Lamanya dia berborak ngan minah tuh. Tak sedar pun. Patut pun bebudak nih pelik. Adam sendiri pun baru rasa pelik macammana dia boleh bergayut ngan minah kerek merangkap musuh dia tuh lama-lama. Rasa macam tak nak letak telefon pun ada. Ahhh... Mungkin sebab seronok sangat kawan diorang nak kahwin kot. Adam buat lupa yang dia dan Farah bukannya bercerita tentang Anis dan Shahril pun, kejap je, pastuh borak pasal lain. "Hmmm... abis ko gayut ngan sapa?" "Member lama aku tepon tadi. Kasik tau dia nak kawin," jawab Adam, tak memandang muka Zahid. Betul apa, bukan dia tipu. Memang dia cakap tepon dengan Shahril tadi, walaupun 10 minit aje, tapi masih dikira tak menipu. Cuma dia tak bagitau ada orang lain lak yang telefon lepas tuh. "Ooo... ye ke? Lamanya bergayut. Banyak sangat citer korang nak cover yek?" tanya Zahid lagi, mengesyaki sesuatu melihat keadaan Adam yang macam serba tak kena je tuh. "Sibuk la ko nih. Suka ati la aku gayut ngan sapa. Dahlah, aku nak makan nih, kebulur dah," kata Adam, concentrate makan mee goreng dia, takut Zahid dan Kaer tanya lebih-lebih kan, apa dia nak jawab. Dia sendiri pun tak pasti dengan apa yang berlaku tadi. Betul ke dia gayut ngan minah tuh tadi, cam tak caya je. Lega Adam bila Zahid tak terus bertanya, walaupun sebenarnya Zahid masih tak berpuas hati. Nasib baiklah Zahid dan Kaer tak bertukar notes dengan Nurul dan Edlin, kalau tak memang kantoi lah Adam dan Farah. Sebab situasi yang lebih kurang sama pun berlaku di rumah atas. Bila Edlin dan Nurul bertanya dengan siapa dia bergayut, muka dia merah macam dia ada buat sesuatu yang salah pulak. Dia melarikan diri dengan alasan nak tidur. Jawapan yang diberi pun lebih kurang sama dengan Adam, kawan lama telefon, bagitau nak kahwin. Tak sempat tanya lebih-lebih lagi, Farah masuk ke bilik, pura-pura nak tidur. Padahal sebenarnya termenung, berfikir sebentar macammanalah dia boleh bergayut dengan musuh ketatnya, sampailah dia tertidur.

-------------------------------------------------------------------------------------------------"Farah, Adam carik," laung Edlin dari luar bilik. "Jap, jap," jawab Farah, mencapai beg dan keluar dari biliknya. Apsal lak mamat nih datang jemput aku kat umah, tunggu kat bawah je tak boleh ke, Farah memarahi Adam dalam hatinya. Dia dan Adam berjanji untuk berjumpa dengan Anis dan Shahril kat Kampung Baru. Pada asalnya diorang nak jumpa hari Sabtu siang, tapi sebab Anis dan Shahril ada banyak perkara yang diorang perlu settle kat KL, diorang jumpa Sabtu malam. Mulanya Farah nak pergi sendiri, tapi difikirkan balik, buat apalah nak membazir minyak kereta pergi dua bijik kereta. Situ dahlah susah nak cari parking, dia pun bukan terror jalan kat situ, tambahan lagi malam-malam macam nih. Alah, kalau dia boleh survive dengan Adam selama ini, takkanlah dia tak boleh satu malam je keluar berdua dengan Adam. Bukan exactly berdua pun, nanti jumpa Anis dan Shahril gak, dalam perjalanan je dia kena berhadapan dengan Adam. Tak takutlah. Peristiwa merek bergayut hari tu, dua-dua buat lupa yang kejadian tu pernah berlaku. Masing-masing tak sebut pun, dan terus juga meneruskan pergaduhan kat ofis macam hari-hari biasa. Diorang anggap macam mimpi je kejadian malam tuh, walaupun Adam ada hantar email kat Farah esoknya, offer nak bayar separuh daripada bil telefon Farah nanti bila bil sampai. Bukan separuh daripada semua bil Farah, tapi kos yang digunakan masa mereka bargayut malam tuh. Tulah, rumah dekat je, gatal nak bergayut telefon je, biarpun 'accident' je mereka bergayut tempoh hari. "Aik! Ko nak gi mana Farah?" tanya Edlin, melihatkan Farah berpakaian lengkap untuk keluar. Nurul sedang mandi, baru aje balik dating dengan Azlan. "Errr... aku nak kuar jap jumpa kawan," jawab Farah. "Jap, ko nak kuar ngan Adam ke?" tanya Edlin lagi, musykil. Biar betul budak dua orang nih. Hari tuh Nurul cerita Farah keluar dengan Adam dan Kaer, dia boleh terima lagi, walaupun kurang percaya sikit part Farah dan Adam bukan main baik lagi berborak berdua. Tapi nih, keluar dengan Adam je? Sakit ke apa budak berdua nih. "Kitorang nak jumpa kawan sekampung kitorang. Alaa.. yang aku citer nak kawin tuh. Dia mai KL dengan bakal laki dia tuh, kawan aku gak, and kawan mamat nih gak, so kitorang nak gi jumpa diorang la nih kat Kampung Baru. Aku tak tau sangat jalan sana, so ikut dia ni arr," jawab Farah. Panjang lebar bagi alasan nak keluar dengan Adam. Takut sangat orang salah sangka. "Ooo... wokeh. Kem salam member korang. Cakap aku kata congrats." "Ok, bye Ed," kata Farah. "Aku gi dulu Ed," kata Adam yang menunggu di luar."

Farah membiarkan Edlin mengunci pintu, dan mengikut Adam menuruni tangga. Dia nak tanya kat Adam kenapa siap datang jemput dia kat rumah, macam nak gi datinglah pulak. Padahal janji jumpa kat kereta terus kan senang, takyah lah mamat tuh nak panjat tangga ke atas dulu. Tapi tak taulah kenapa mulut dia macam terkunci je nak tanya soalan tuh. "Nasib baik ko cepat, kalau tak aku tinggalkan dah ko tadi," kata Adam, memecahkan kesunyian, rasa kekok bila berdua-duaan dengan Farah tapi tak bergaduh. "Oit! Ingat aku nak pergi sangat ke ngan ko. Ko yang offer aku gi skali yek. Kalau tak ikhlas ajak takpe arr, aku bawak keta aku sendiri. Kunci keta aku bawak dah ni." Ek eleh, merajuk lak." "Tak mainlah merajuk. Ngan ko lagi la,takde pekdah nak merajuk." "Kalau aku ajak tu, maknanya betul-betul la. Aku tak suka la ajak-ajak ayam je. Bukan style aku la. Tapi cepat ko siap yek. Bukan ke pompuan selalunya lambat bersiap." "Amboi! Sesuka hati je nak kutuk kaum aku yek. Ko ingat semua pompuan camtuh ke. Sama je laki ngan pompuan. Laki pun ada yang lembab nak bersiap." "Tapi majoriti pompuan lambat la bersiap aku tengok. Nak pilih bajulah, pas tuh nak make up lagi, pas tuh nak carik handbag yang match ngan baju, nak pilih kasut lak." "Apsal, ko nye makwe camtuh ke?" tanya Farah, tapi kemudian teringat yang Adam dah berpisah dengan aweknya. Nak terkeluar dah perkataan maaf dari mulutnya, tapi tak sempat, sebab Adam bersuara dulu. "Ex aku dulu lebih kurang la camtuh. Kalau janji kul 2, dekat kul 3 baru muncul. Memanglah pompuan, tak pentingkan langsung janji." "Oit! Bukan semua camtuh la. Setakat pengalaman ko ngan sorang je pompuan, ko ingat semua pompuan camtuh la, mana leh pakai teori ko tuh," hilang rasa bersalah tersebut tentang makwe Adam tadi, tapi rasa marah pula bila Adam mengutuk kaumnya. "Hmmm... mungkin betul kot, tak semua. Ko cepat je siap yek. Tapi, ko tak kiralah." "Apsal lak? Aku pompuan gak." "Tapi ko, pakai macam budak sekolah je. Asyik-asyik T-shirt, jeans, T-shirt, jeans. Handbag pun aku tak penah aku tengok ko pakai. Kasut pun tak penah aku tengok ko pakai kasut yang macam pompuan suka pakai tuh. High heels pun tak penah aku tengok ko pakai," komen Adam. Nampak sangatlah dia perhati apa yang Farah pakai selama nih. "Suka ati akulah aku nak pakai apa." "Sebab tuh aku kata ko tak dikira untuk wakil kaum pompuan. Ko bukan typical pompuan." "Hey! Aku pakai apa yang aku rasa selesa lah. Bukannya aku pakai baju lelaki pun. Kasut aku pakai pun, aku beli kat bahagian pompuan tau, biarpun tak nampak feminin." "Aku tak kata pun salah apa yang ko pakai. Tapi ko tak teringin ke nak pakai feminin sikit?" tanya Adam. Mereka dah pun masuk ke dalam kereta Adam. "Suka ati aku la nak feminin ke tidak. Janji aku senang dengan diri aku."

"Aku tak penah tengok pun ko pakai make-up." "Ko sibuk apasal lak aku pakai make up ke idak?" "Takdelah, curious je. Bedak ko pakai dak?" tanya Adam, berpaling menilik muka Farah semasa mereka berhenti di lampu isyarat. Tiba-tiba je pipi Farah dicuit oleh Adam. Terkejut kejap kedua-duanya. Adam pun tak sedar macammana tangan dia gatal aje cuit pipi Farah. Dia hanya tersedar dia buat begitu bila jarinya dah menyentuh pipi gebu Farah. Asalnya nak usik Farah aje, nak tengok dia pakai bedak ke tidak. Tapi jari-jari dia macam ada kuasa sendiri, mengusap pipi Farah. Lembutnya kulit dia, tak payah pakai make up pun takpe dia nih, memang cantik. Farah tak berkata apa-apa. Terkejut bila jari Adam mengusap pipinya dengan lembut. Tak pernah lagi ada lelaki usap pipi dia macam tuh. Kalau kena cubit tuh biasalah, memang pipi dia jadi mangsa. Mentang-mentanglah pipi dia tembam. "Ko tak pakai make up pun cantik," spontan kata-kata itu keluar dari mulut Adam. Bulat mata Farah mendengar pujian dari Adam, dan dia tau pujian itu ikhlas, nampak dari mata Adam. Mereka berdua terdiam lama, bertentang mata. "Ping... ping!!!!!" Bunyi hon dari kereta belakang mengejutkan mereka berdua. Lampu dah bertukar hijau rupanya. Tak sedar pun. Rasa macam masuk dalam alam mimpi je tadi. Kedua-duanya tiba-tiba rasa tak selesa, berdebar pun ada. Adam memandang ke depan, concentrate memandulah kononnya. Farah memandang keluar tingkap, tapi bila nampak bayang Adam di cermin, dia memandang ke depan pula. Apa jadi tadi? Betul ke dia puji aku cantik? Atau dia saja nak kenakan aku aje? Apasal lak aku boleh biarkan je dia pegang pipi aku tadi. Mamat tuh pakai ilmu pukau ke, sampai aku tak boleh buat apa. Ish! Apsal lak aku rasa berdebar-debar nih. Rasa happy pun ada bila dia puji aku cantik tadi. Argh! Farah, forget it. This is mamat psycho yang merupakan musuh turun temurun ko dari dulu. Tak ada apalah tadi tuh. Just spur of the moment. Ish! Nasib baik lah keta belakang hon tadi. Kalau tak taulah apa nak jadi. Rasa nak tampar je mulut nih. Macammana aku boleh terpuji dia tadi. Tapi... memang dia cantik pun. Cantik semulajadi. Kulit dia mak aiii, lembutnya, macam kulit baby aje. Fuh! Boleh tenggelam aku dengan renungan mata dia tadi. Adam, apa jadi kat kau nih. Dah, dah, lupakan. Ingat sikit sapa dia nih, minah kerek yang merupakan musuh ko dari kecik lagi. Ingat kerenah dia yang menyakitkan hati ko. Farah dan Adam lega bila mereka sampai ke Kampung Baru. Sampai di kedai yang dijanjikan, mereka

berjumpa dengan Anis dan Shahril. Seronoknya berjumpa kawan lama, lupa sekejap dengan kejadian dalam kereta. Dah lama Farah tak berjumpa dengan Anis, Shahril lagilah lama. Adam pun begitu juga, lama tak berjumpa kawan-kawannya itu. Mereka berborak-borak sambil makan. Banyak benda nak dibualkan, terutama tentang kehidupan mereka sekarang. Bila Anis tanya Farah dan Adam dah berbaik ke sekarang, serentak mereka menidakkan. Pelik Anis dan Shahril, sebab Adam dan Farah tak berani pandang sesama sendiri bila bercakap. Diorang dah tau yang Farah dan Adam kerja satu tempat, dan tinggal berjiran di KL. Dalam telefon tempohari masing-masing dah bagitau. Malam tuh Farah dan Adam dapat tau yang mereka berdua akan jadi pengapit Anis dan Shahril. Anis tak bagitau Farah siapa pengapit lelaki sebelum nih, dan Farah pun tak bertanya, tak terfikir nak tanya. Adam pun begitu juga. Masa Shahril mintak dia jadi pengapit dalam telefon hari tuh, terus saja dia bersetuju, tak terlintas langsung tentang pengapit perempuan. Jadi, bila dapat tau malam tuh, terkejut mereka dibuatnya. Tapi kedua-duanya tak menarik dirilah. Lagipun dah berjanji, dan Anis dan Shahril nampak begitu gembira, tak sampai hati nak cancel pulak. Pada mulanya, Anis dan Shahril nak sponsor baju Adam dan Farah untuk jadi pengapit, tapi diorang menolak. Kesian jugak Anis dan Shahril, tentu banyak belanja keluar untuk majlis nanti, jadi takkanlah baju pengapit pun mereka nak sponsor gak. Akhirnya Anis dan Shahril mengalah juga bila Adam dan Farah berkeras untuk membeli sendiri baju mereka. Malah Adam dan Farah siap berjanji dengan Anis dan Shahril yang mereka akan cari kain tuh sama-sama, supaya sedondon nanti. Kalau tidak, tak nampak cantik pula kalau pengapit pakai tak sama warna. Lama mereka lepak di situ, tengah malam baru mereka berpisah. Bila masuk semula ke kereta, Adam dan Farah tiba-tiba rasa tak selesa, peristiwa yang berlaku dalam perjalanan pergi tadi bermain semula di dalam fikiran masing-masing. Farah cuba carik idea untuk bergaduh dengan Adam, tapi otak dia blank, satu apa pun dia tak dapat fikir. Boleh rasa lagi jari-jari Adam kat pipi dia. Deringan lagu Where Is The Love membuatkan Farah mengeluh lega. Dia mengambil telefon dari begnya. Adam segera memperlahankan radio yang dipasang untuk memecahkan kesunyian sebentar tadi. "Hello." "Farah, banyak kali Pak Su telefon tadi tak angkat," suara Pak Su, adik ibunya yang bongsu di talian. "Ye ke? Sorry Pak Su, Farah tak dengarlah. Kat kedai makan tadi, jumpa Anis ngan Shahril. Diorang

datang KL." "Ooo.. patut pun. Hmm...ibu ada tepon Farah?" "Takde pun, kenapa?" tanya Farah, rasa risau muncul mendengar suara Pak Su yang lain macam aje. "Ermm.. ada kes skit." "Kes apa? Ibu ke? Kenapa ngan ibu?" "Siang tadi, pompuan tu pegi opis Mak Ngah," Pak Su memulakan cerita. "Gi opis Mak Ngah, buat apa? Dia carik pasal ke?" Perempuan yang dimaksudkan tu ialah Auntie Ida, bekas isteri Pak Ngah, perempuan yang merampas ayahnya. "Lebih kuranglah, dia pegi bukak akaun kat bank Mak Ngah keja. Saje je tuh kot. Pas tuh dia saja mintak berurusan dengan Mak Ngah, tapi Mak Ngah tak mau, so dia suruh kawan dia yang uruskan." "Then?" "Ingatkan dia blah je pastuh, tapi masa Mak Ngah kuar lunch, dia muncul balik, pastuh buat muka tak malu pegi duduk kat meja Mak Ngah dengan kawan-kawannya." "Pas tuh?" "Dia pegi warning kat Mak Ngah, jaga Pak Ngah elok-elok, kalau tak nak kena rampas. Dia kata dia sekarang hidup bahagia ngan ayah Farah, tapi kalau dia nak rampas balik Pak Ngah tuh senang aje." "Apa masalah dia tuh. Apahal tetiba gi kacau Mak Ngah?" "Tak taulah betina tuh, takde keja la kot. Pastuh dia kata Mak Ngah dah hasut Zarul supaya bencikan dia. Sebab Zarul kan mana nak jumpa dia. Pastuh dia kata Mak Ngah nak hasut Zalia pulak sekarang." "Kurang ajar betul. Zarul dengan Zalia sendiri yang memang tak mau visit mak diorang. Pak Ngah siap pujuk lagi suruh at least jumpa, sebab Pak Ngah kata, apa-apa pun, tuh still mak diorang. Mak Ngah tak pernah masuk campur pun. Dia yang tak mau jaga anak sendiri, pastuh suka-suka je mengata Mak Ngah yang besarkan Zarul dan Zalia macam anak sendiri," kata Farah, geram. Terlupa dia dengan Adam di sebelah yang mendengar perbualannya. Takkanlah nak tutup telinga pulak kot. Zarul dan Zalia, anak-anak Pak Ngah dan Auntie Ida memang rapat dengan Mak Ngah, selepas Pak Ngah berkahwin dengan Mak Ngah. Malah diorang anggap Mak Ngah macam emak mereka sendiri. Mana tidaknya, Mak Ngah yang jaga mereka selama ini. Auntie Ida, kalau teringat barulah telefon tanya khabar anak-anaknya tu. Birthday anak-anak dia pun, kalau dia ingat nak telefon ucap Happy Birthday pun dah cukup baik. Farah tau, kadang-kadang Pak Ngah siap pesan kat Auntie Ida untuk mengingatkan birthday anak-anaknya. Pak Ngah memang baik orangnya, tak berdendam. Dia tak mau Zarul dan Zalia benci dengan emak kandung mereka sendiri. Antara Zarul dan Zalia, Zarul memang keras kepala sikit. Farah memang rapat dengan Zarul, dan Zarul selalu bercerita padanya tentang perkara yang tidak pernah diceritakan pada orang lain, malahan pada Pak Ngah sekalipun. Sebenarnya, Zarul sendiri pernah melihat perkara sumbang antara emaknya, Auntie

Ida dengan ayah Farah. Masa tuh Zarul masih lagi dalam tadika. Farah hampir menangis semasa Zarul menceritakan perkara tersebut padanya. Sedangkan dia yang menyaksikan kelakuan sumbang ayahnya masa dia sudah remaja begitu trauma, apa pula perasaan budak kecil yang masih tak tahu apa. Sebab itulah Zarul begitu membenci emaknya sendiri, walaupun puas dipujuk Pak Ngah. Namun Zarul tak pernah menceritakan peristiwa tersebut pada Pak Ngah. Nasib baiklah juga ada Farah tempat Zarul meluahkan perasaan. Itupun dia cerita selepas ibu berpisah dengan ayah, maknanya begitu lama dia simpan. "Entahlah pompuan tuh, saja carik pasal. Dahlah depan kawan-kawan Mak Ngah. Dia memang sengaja je." "Tak gunalah betina tuh. Yang dia sibuk nak kacau rumahtangga Pak Ngah tuh apahal. Dah dia yang tinggalkan Pak Ngah dulu. Kalau betul dia bahagia, apsal nak kacau orang lain lagi. Dia tak puas lagi ke dengan apa dia buat kat keluarga kita. Ish! Kalau Farah jumpa la pompuan tuh.... Eiiii... geramnya." "Pak Su pun tak pernah jumpa dia, kalau nampak Pak Su mesti dia lari. Dia berani dengan Mak Ngah dan ibu Farah je." "Ibu? Dia jumpa ibu gak ke?" "Tak, dia tak jumpa, dia telefon ibu pulak lepas tuh." "Apa???!!! Dia telefon ibu, apa lagi dia nak? Tak cukup lagi ke dia sakitkan hati ibu selama nih. Mana Pak Su tau semua nih." "Budak ofis Mak Ngah tu kan kawan Pak Su. Yang dia tepon tuh, ibu Farah sendiri citer," jawab Pak Su. "Dia kata apa kat ibu? Ibu camne?" "Dia kutuklah, mencarutlah, ejeklah. Lepas tuh tetiba ayah Farah pula telefon ibu. Marah-marah, kata ibu kacau pompuan tuh lak. Tah apa la dia pergi putar-belit cerita." "Tak gunalah betina tuh. Dia dah dapat jantan tak guna tuh, dahlah. Tak cukup lagi ke? Yang dia dendam sangat kat ibu tuh pehal. Dia memang nak carik pasal la ngan Farah. Kalaulau Farah jumpa dia, siaplah. Ibu camne? Okay ke?" "Masa memula dia citer kat Pak Su, dia nangis gak. Tapi pastuh okay dah. Pak Su baru je bercakap dengan ibu tadi." "Takpelah, nanti Farah telefon ibu. Thanks Pak Su, kalau apa-apa lagi call Farah tau." "Okay, jaga diri bebaik. Assalamualaikum." "Waalaikummussalam." Farah menarik nafas dalam-dalam selepas selesai bercakap telefon dengan Pak Su. Dia geram sangat-sangat. Kenapa nak kacau keluarga dia lagi. Apa lagi yang mereka tak puas hati. Dia dan keluarganya tak ganggu pun mereka. Sakit jiwa ke apa diorang tuh. Adam hanya diam saja, curi-curi pandang ke arah Farah, tapi tak berkata apa-apa. Dia tak faham apa yang berlaku, tapi dia tau ini

melibatkan keluarga Farah. Dia memerhatikan Farah yang menekan butang telefon dan meletakkan kembali handphone ke telinganya. "Hello." "Hello, ibu, assalamualaikum." "Waalaikummussalam," jawab ibunya, suaranya kedengaran lain, Farah dapat agak yang ibu baru lepas menangis. "Maaf bu, telefon malam-malam camni. Ibu dah tidur ke?" "Belum lagi. Pak Su dah cerita kat Farah ye?" direct ibu tanya, dia tau yang Farah rapat dengan adiknya yang bongsu itu. Maklumlah, umur mereka tak banyak berbeza, hanya 5 tahun memisahkan mereka. "Ha'ah. Pompuan tuh tepon ibu yek? Apa dia kata ibu?" "Dia cakaplah dia jumpa Mak Ngah kamu. Dia ejek-ejeklah, kata kesian Mak Ngah kamu, tak lama lagi jadi janda macam ibulah. Dia kata Pak Ngah kamu tuh senang je dia nak dapat balik. Bukannya dia nak, saja suka-suka katanya. Sakitnya hati ibu dengar." "Lagi?" "Pastuh dia kata dia memang nak pecah-belahkan keluarga kita. Bila ibu tanya kenapa, dia kata saja je. Sebab dia ada power nak buat semua tuh. Dia kata sebab dia kawin dengan Pak Ngah dululah, dia punya life musnah. Dia kata dia sepatutnya kawin dengan laki yang kaya. Tapi sebab dia kawin dengan Pak Ngah, semuanya terlambat. Jadi dia nak balas dendam kat keluarga kita, sebab hancurkan impian dia." "Hek eleh, dia yang gatal dulu nak kat Pak Ngah. Pas tuh nak bekas ayah Farah lak. Padan muka dia, bila dia dapat, jantan tuh lak bankrupt." "Pak Su citer ke ayah Farah tepon ibu tadi?" "Citer. Apa jantan tuh kata?" "Dia marah ibu. Pompuan tuh ngadu kat dia, kata ibu yang tepon dia, nak marahmarah kat dia. Ayah kamu tuh tentulah percaya kat pompuan tuh. apa lagi, dia marahlah kat ibu sebab mengata bini kesayangan dia tuh. Dia kata ibu tak tau malulah, pompuan tak guna. Ops! Silap, dia panggil ibu betina tak guna, sial, hmmm.... apa lagi yek. Kata ibu masih tergila-gila kat dia." Air mata Farah mengalir keluar, mendengar cerita ibunya. Tapi bila dia bercakap, dia mengawal suaranya supaya tidak kedengaran dia menangis. "Jangan layanlah ibu, diorang tuh memang psycho. Patut ibu letak je tepon bila diorang tepon," kata Farah. "Alah.. bil diorang gak abih tepon ibu. Biarlah diorang tuh." "Tapi nanti ibu gak sakit hati." "Tah, ibu nak dengar gak apa dia kata. maklumlah, kesian kat orang-orang yang sakit jiwa tuh, nak luah perasaan. Ibu nih jadi pakar sakit jiwa diorang la nih kiranya, hehehe," sempat lagi ibu bergurau. "Hehehe, patut ibu charge lain kali. Setengah jam rm100. Eh! RM500 lah, sebab

diorang kronik dah," Farah pura-pura gelak, walaupun air mata di pipinya mengalir laju. "Kayalah ibu maknanya. Pompuan tuh tepon sejam, ayah Farah lak tepon 1/2 jam." "Lamanya, apa lagi dia kata ibu?" "Pompuan tuh, atau ayah Farah?" "Mana-manalah." "Biasalah, macam-macam dia kata. Mencarut pun ada. Takkan ibu nak ulang gak kot. Nanti kang orang kata ibu ajar anak dia mencarut lak." "Jap ye ibu," kata Farah, melarikan telefon sebentar dari telinganya, kemudian tunduk, menarik nafas dalam-dalam. Dia tak tahan tadi, sedu-sedan nak keluar, Tak mau bagi ibu dengar, sebab itu dia larikan telefon dia sebentar. Farah menelan segala sedu-sedan yang nak keluar, begitu seksa rasanya. Dia mengesat air mata yang mengalir dengan lengan bajunya. Tiba-tiba muncul kotak tisu depan matanya. Adam yang memerhatikan dari tadi menghulurkan kotak tisu. Baru Farah teringat yang Adam ada di sebelah. Dia mengambil tisu, mengesat air matanya, kemudian menarik nafas dalam-dalam dan cuba mengawal dirinya. Kemudian dia menyambung perbualan dengan ibunya. Tak lama kemudian, Farah selesai bercakap dengan ibunya. Dia mendiamkan diri, cuba menahan hatinya yang marah, sebak, geram. Nak meletup rasanya, tapi ditahan. Dia turut menahan dirinya dari menangis, sedar yang Adam ada di sebelahnya. Dia mesti kuat, dia tak boleh tunjukkan kelemahan dirinya. Dia tak boleh tunjukkan kesedihannya. Dia perlu kuat untuk ibu dan keluarganya. Dadanya naik turun, mengawal emosinya. Dah tak tertahan rasanya. Teringat balik segala yang terjadi pada keluarganya. Bukan sekali ini ayahnya dan perempuan tu telefon ibu, dan mengganggu hidup ibu. Farah menyalahkan dirinya kerana tak dapat buat apa-apa. Dia rasa dirinya tak berguna, sebab tak dapat tolong keluarganya. Tiba-tiba Farah rasa tangan kanannya digenggam. Adam yang dari tadi hanya dia memerhatikan Farah bertarung dengan perasaanya, tak sanggup melihatnya lagi. Dia tak tau nak buat apa, jadi dia menarik tangan Farah, dan menggenggamnya, seolah-olah memberikan semangat tanpa kata-kata. Farah rasakan genggaman tangan Adam yang hangat, memberikan kekuatan pada dirinya. Dia membiarkan saja tangannya bersatu dengan tangan Adam, merasakan beban yang ditanggung dalam jiwanya, terangkat seketika. Nasib baiklah kereta Adam automatik, tak payah nak tukar-tukar gear, jadi bolehlah terus memegang tangan Farah, hinggalah mereka sampai ke rumah. Sepatah pun tidak kedengaran suara dari Farah atau pun Adam. Sampai di rumah, Adam melepaskan tangan Farah, nak park kereta dulu. Sebaik saja

kereta terparking elok dalam petak, Adam memandang ke arah Farah di sebelahnya. "Kalau ko nak menangis, lepaskan aje. Jangan ditahan," kata Adam lembut. Sebaik saja mendengar suara Adam, Farah tersentak, bagaikan terkena kejutan elektrik. Teringat kembali masalah keluarganya. Farah rasa tak sanggup nak tanggung semuanya lagi, nak meletup dah rasanya. Tapi dia tak boleh menangis. Tak boleh! Dia kena kuat. Come on Farah, don't be such a baby. Jangan menangis Farah. Jangan. Fikirannya bercelaru, jiwanya berkecamuk. Dia perlu lakukan sesuatu, kalau tak, boleh jadi gila rasanya. "I'm not going to cry," kata Farah pada Adam, dan juga pada dirinya sendiri. Air matanya dah hampir jatuh, tapi sedaya upaya dia menahannya. Farah keluar dari kereta Adam, kemudian mengambil kunci kereta dari poket seluarnya, dan kemudian masuk ke dalam keretanya. Adam mematikan enjin kereta dan pantas keluar mengejar Farah, bimbang melihat keadaan Farah. Mana boleh biarkan dia memandu dalam keadaan macam nih. Bahaya. "Farah! Farah! Tunggu Farah!" Sayangnya Adam terlambat. Enjin kereta dihidupkan, dan Farah memandu keretanya ke arah pintu keluar. Adam cuba mengejar, tapi manalah sempat nak kejar kereta dengan sekadar berlari. Nyaris Farah bertembung dengan kereta Putra berwarna oren yang baru masuk ke kawasan apartment. "FARAHHHH!!!!" Kereta Zahid rupanya yang nyaris bertembung dengan kereta Farah sebentar tadi. Nasib baiklah kereta kawan sendiri, kalau tak dah kena sumpah seranah dah Farah tadi. Adam menerpa ke arah kereta Zahid. "Oit! Apsal nih. Gila Farah bawak tadi. Sib baik tak bertembung. Ko nih pehal? Ko gaduh ngan Farah ke?" terpinga-pinga Zahid yang terpaksa brek mengejut untuk mengelak dari berlanggar dari kereta Farah tadi. "Zahid, pinjam keta ko jap. Aku nak kejar Farah." "Apsal nih?" "Cepatlah, tak sempat kang. Nanti aku cite. Ko ikut aku skali lah. Biar aku drive," Adam membuka pintu kereta Zahid, dan menarik Zahid keluar. Terkial-kial Zahid yang masih memakai tali pinggang keledar bila Adam cuba menariknya keluar. "Jap lah aku bukak tali pinggang nih," Zahid berjaya membuka tali pinggangnya, keluar dari keretanya, dan pergi ke tempat duduk di sebelah pemandu. Belum sempat dia tutup pintu lagi, Adam dah menekan minyak, nyaris tersembam ke depan Zahid. Cepat-cepat dia memakai tali pinggang keledar. "Kenapa ni Dam? Apa jadi ko ngan Farah? Korang gaduh teruk ke?" tanya Zahid, kecut perut juga bila Adam tekan minyak sampai hampir mencecah lantai, cuba mengejar Farah yang jauh dah

ke depan. "Nantilah, kena kejar Farah dulu ni," Adam tak mempedulikan pertanyaan Zahid. Dia memandang ke hadapan, tak mau kereta Farah hilang dari pandangan. Dia tak nampak pun kereta Farah lagi, cuma nampak lampu merah di belakang sahaja. Laju gila minah tuh bawak, macam pelesit je. Adam dah tak keruan, bimbang akan Farah. Kalaulah terjadi apa-apa kat Farah. Tidak!!! Jangan fikirkan yang bukan-bukan. Kejar dia dulu. Fokus Adam, fokus. Adam memecut laju mengejar kereta Farah. Kecut perut dia melihat kereta Farah di depan langgar je lampu merah. Nasib baik tak ada kereta lain. Mereka masuk ke LDP. Masih sibuk lagi LDP, walaupun dah lepas tengah malam. Farah jauh di depan, kejap ke kiri, kejap ke kanan, cilok sana, cilok sini. Adam menahan nafas setiap kali tengok Farah buat stunt, memotong kereta-kereta di atas jalanraya. Tapi sekurangkurangnya, kereta yang banyak memperlahankan sedikit kelajuan kereta Farah, dan Adam dapat mendekatkan jarak antara mereka. Farah kemudian belok masuk ke Sprint pula, di situ kereta makin berkurangan. Farah kembali memecut. Kat corner pun dia tak memperlahankan kelajuan. Adam terus memecut, cuba menghampiri Farah. Nasib baiklah kereta Farah pakai enjin 1.3 aje, kalau tidak, takde harapanlah dia nak kejar. Dia semakin hampir dengan Farah. Adam menyalakan lampu tinggi, memberi isyarat supaya Farah berhenti. Mereka melalui kawasan Mont Kiara. Sunyi jalan di situ, hanya kereta mereka saja yang ada. Farah nampaknya tak mempedulikan isyarat yang diberikan oleh Adam. Adam berjaya memotong Farah, dan kini berada di hadapan kereta Farah. Dia memperlahankan keretanya. Bila Farah cuba memotongnya di sebelah kiri, Adam menghalang, bergerak ke arah kiri. Bila Farah ke kanan pula, dia pun ke kanan. Adam memperlahankan kereta, tapi masih menghalang Farah dari memotong. Dia membuka tingkap kereta, dan mengeluarkan tangannya, memeberi isyarat supaya Farah supaya berhenti. Akhirnya Farah terpaksa beralah, tak ada pilihan lain, dia dah tak boleh ke depan sebab dah dihalang. Farah memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia keluar dari kereta, tanpa mematikan enjin, dan pergi ke arah Adam yang juga sudah keluar dari kereta dan berjalan ke arahnya. "Ko dah gila ke???!!!!" tengking Adam. Rasa takutnya dengan keselamatan Farah tadi, terus bertukar pada kemarahan, sebaik saja lega melihat Farah selamat. "Ko apahal ikut aku?" tanya Farah, terkejut bila Adam menengkingnya. Takut juga dia melihat Adam yang kelihatan begitu marah. Tak pernah lagi dia tengok Adam naik angin macam nih. Sebelum nih, macammana teruk sekalipun dia provoke Adam, tak adalah Adam marah macam sekarang

nih. "Ko nak bunuh diri ke apa???!!!" bahu Farah dipegang, dan badan Farah digoncangkannya. Marahnya dah sampai tahap maksimum. "Gila apa nak bunuh diri? Aku nak kuar amik angin je," jawab Farah. Cuba melepaskan diri dari Adam. Tapi tangan Adam kuat mencengkam bahunya, sampai sakit. "Amik angin ko kata??!! Bawak kereta macam pelesit. Ko tak fikir ke bahaya kat diri kau? Kat pengguna lain?" "Aku....." "Ko sedar tak ko tuh pompuan??" Adam memotong kata-kata Farah. "So we back to that again? Kalau aku laki, tak apalah bawak laju? Laki je ke yang ada hak nak buat segala-galanya?" "Ko jangan nak mengarut ke lain. Ko tau tak bahaya pompuan bawak kereta sorang diri malam-malam macam nih? Kat jalan sunyi macam nih? Apa ko nak buat kalau bukan aku yang berhentikan kereta ko tadi ha? Apa ko nak buat kalau aku nih perompak? Pembunuh? Perogol? Ha? Ko nak buat camne?" "Ko toksah mengarutlah Adam. Kalau bukan ko tadi aku tak berhentikan lah kereta aku." "Ko ingat dia takleh force ko suruh berhenti. Aku boleh force ko berhenti tadi tau, tapi aku tak mau bagi ko terbabas, sebab tuh aku buat camtuh. Kalau tak senang aje aku nak suruh ko berenti tau. Pas tuh apa ko nak buat? Camne ko nak lawan? Ko tak pikir ke semua tuh??" "Ko nih imaginasi tinggi sangatlah. Aku taulah." "Imaginasi? Imaginasi ko kata? Ko tak baca paper ke? Ko tak tengok tv ke? Kalau aku nih orang jahat, apa ko nak buat? Ha! Cubalah halang aku," Adam menolak Farah ke keretanya. Dia menolak badan Farah hingga belakangnya menyandar ke arah kereta. Kedua-dua pergelangan tangan Farah di pegang kemas, dan ditekan ke kereta, di kiri dan kanan badan Farah. Bila Farah cuba menendang, Adam merapatkan badannya pada Farah sehingga Farah tak dapat bergerak. "Adam! Lepaslah, sakitlah!" "Kalau aku bukan Adam ko nak buat camne? Cakaplah? Cakap!!!!!" Nasib baiklah tak ada kereta lalu masa nih, kalau tidak, tak pasal-pasal Adam kena tangkap dengan polis dah, ingatkan penjahat. "Janganlah Adam, sakitlah. Lepaslah," Farah merayu, takut juga tengok Adam ketika itu. "Ko ingat, kalau orang jahat, dia lepaskan ko camtuh je ke kalau ko merayu camtuh?" "Please Adam, lepaslah," Farah cuba melepaskan diri dari Adam, tapi manalah mampu dia nak melawan Adam yang lagi kuat darinya. Air matanya mula mengalir keluar. Dia dah penat sebenarnya, penat nak menyimpan segala kesedihan dalam dirinya. Tenaga dia dah habis. "Ko nak mintak tolong ngan sapa? Ko nak menjerit? Sapa yang dengar? Ko nak menangis. Ko ingat, diorang nak kesian kat ko?" marah Adam lagi, mukanya begitu dekat dengan muka Farah "Adam, dahlah tu, kesian kat Farah," Zahid tiba-tiba datang menepuk bahu Adam dari belakang. Dia

terkejut juga tengok Adam naik angin sebegitu rupa. Tadi masa kejar Farah, tak nampak pun marah, tapi nampak begitu bimbang. Sebaik saja jumpa Farah, terus meletup jadi marah lak. Adam tersedar bila Zahid menepuk bahunya. Dia memandang ke arah Farah. Baru sedar yang Farah menangis. Dapat dirasakan badan Farah menggigil, tak taulah samaada terkejut atau takut. Terus lenyap perasaan marah dalam dirinya. Dia menyedari yang tangan dia memegang kuat pergelangan tangan, habis lebamlah tangan dia. Adam rasa bersalah menyakiti Farah, tapi tadi dia terlalu takut, dia tak mau apa-apa terjadi pada Farah. Dia melepaskan tangan Farah. Sebaik saja dia melepaskan tangan Farah, tiba-tiba terus Farah memeluk Adam. Terkejut Adam dibuatnya. Farah melepaskan segala yang terbuku di dalam dirinya dengan menangis sepuaspuasnya di dada Adam. Tangannya erat memeluk pinggang Adam. Habis basah baju Adam dek air mata Farah yang dah lama tersimpan. Adam perlahan-lahan mengangkat tangannya, dan memeluk Farah erat. Diusap-usapnya rambut dan belakang Farah, tapi dia tak berkata apa-apa. Dibiarkan Farah menangis. Zahid hanya mampu melihat saja dari tepi. Dia masih tak faham apa sebenarnya yang terjadi. Tak lama kemudian, tangisan Farah reda, pelukannya pun semakin lemah, dan akhirnya tangannya terkulai layu, melepaskan pelukannya di pinggang Adam. Badannya masih menyandar pada Adam, tak berdaya lagi, semua tenaganya habis digunakan. Adam melepaskan pelukannya pada Farah, tapi sebelah tangannya masih memegang pinggang Farah, dan kepala Farah disandarkan ke bahunya. Dia memandang ke arah Zahid yang nampak tercengang-cengang, tak tau nak buat apa, dan tak faham apa yang berlaku. "Zahid, aku bawak keta Farah. Ko bawak sendiri keta ko okay." "Okay," kata Zahid, tak bertanya dengan lebih lanjut, belum tiba masanya lagi. Yang penting sekarang bawak Farah balik. Muka Farah kelihatan pucat, matanya terpejam rapat, kalau Adam tak pegang dia, rasanya dah lama jatuh kat atas jalan. "Tolong telefon Nurul mintak dia tunggu kat bawah," pesan Adam pada Zahid, kemudian dia membawa Farah ke tempat duduk penumpang. Selepas memakaikan tali pinggang keledar pada Farah, Adam pun mengambil tempat di seat driver. Adam memandang ke arah Farah di sebelah, matanya terpejam rapat. Perlahan-lahan Adam membetulkan rambut Farah yang menutupi muka. Diselitkan ke celah telinga Farah. Kemudian dia mengesat sisa-sisa air mata Farah di pipi. Farah membuka matanya, memandang terus ke arah Adam. Sebaik saja mata Farah yang sayu memandang ke arah Adam, rasa ingin saja Adam menarik Farah ke dalam pelukannya, menghilangkan kesedihan yang terpancar dari mata Farah. Tak sanggup dia tengok

Farah sedih begitu. Walaupun dia tak tau punca sebenar, di ketika itu, Adam rasa dia sanggup buat apa saja untuk Farah, untuk membantu menyelesaikan masalah Farah. "Adam," perlahan bibir comel itu menyebut nama Adam. "Hmm..?" "Kita balik kampung minggu depan boleh?" tanya Farah, matanya memandang Adam penuh mengharap. Bukannya dia tak boleh balik sendiri, tapi dia tak mau berseorangan dalam perjalanan nanti. Farah pun tak pasti apa rancangannya nanti bila balik, yang pasti, dia perlu balik berjumpa ibu dan keluarga. Dia ada seminggu untuk berfikir apa yang patut dilakukannya. "Okay, kita balik kampung next weekend. Sekarang nih, kita balik umah dulu, pastuh tidur. Farah jangan fikir apa-apa lagi okay. Rehat dulu, tenangkan fikiran Farah," kata Adam, menyetujui ajakan Farah untuk balik ke kampung mereka. Di kala itu, Farah mintak apa saja pun dia sanggup buat. Farah sekadar menganggukkan kepalanya, bibirnya menguntumkan senyuman buat Adam, kemudian matanya dipejam kembali. Lega sedikit hati Adam melihatkan Farah tersenyum. Dia mengusap sekali lagi rambut Farah, kemudian barulah dia memakai tali pinggang keledar, dan memandu kereta Farah balik ke rumah mereka. Sampai di apartment mereka, Zahid dah pun sampai, tapi masih belum naik ke atas. Dia menyandar di tepi keretanya, menunggu Adam dan Farah. Adam memandang Farah yang kelihatan dah tertidur lena, mungkin penat sangat. Tak sampai hati pulak Adam nak kejut, tapi takkan nak tinggal aje dalam kereta. Kalau diikutkan hati, nak saja dia dukung Farah bawak naik atas. 4 tingkat pun dia sanggup panjat. Tapi, nanti tak manis pulak orang keliling kata, tak pasal-pasal buruk lak nama Farah kang. Baru sahaja Adam keluar dari kereta, dan nak buka pintu seat Farah, Nurul dan Edlin turun ke bawah. Diorang dah dapat call dari Zahid. "Kenapa nih Dam? Apa dah jadi?" tanya Nurul. "Dia ada problem pasal keluarga. Aku tak tau apa masalahnya. Dia tak cerita kat aku. Tapi dia sedih sangat," Adam memberitahu Nurul, setelah menarik Nurul jauh sedikit dari kereta. "Family problem? Aku tak tau pun dia ada problem," kata Nurul. "Hmm... dia tak nak citer lah tu. Ko tolong tengok-tengokkan dia sikit yek. Dia stress la," kata Adam. Dia dah agak dah mesti Farah tak cerita kat sesiapa tentang masalah dia. Lama-lama tak larat gak nak tanggung sendiri. Tapi nak paksa dia cerita tak boleh gak. Kena pelanpelan pujuk dia. Mereka kembali ke kereta. Adam membuka tali pinggang keledar Farah, dan perlahanlahan mengejutkan Farah dari tidur. Kemudian dia membantu Farah keluar dari kereta. Nurul dan Edlin

berjalan di kiri kanan Farah, membantunya naik ke atas. Adam mengambil beg Farah, dia dan Zahid mengikut kawan-kawan perempuan mereka dari belakang. Mana tau kot-kot mereka perlukan bantuan nak bawak Farah naik atas. Adam dan Zahid menemani Farah, Edlin dan Nurul sehingga ke pintu rumah budak-budak perempuan tuh. "Tidur yek, jangan fikir apa-apa lagi malam nih," Adam berpesan pada Farah, menyerahkan beg Farah pada Nurul. Farah hanya menganggukkan kepalanya. Dia memang penat sangat, dah takde tenaga, nak celik mata pun susah. Nurul membawa Farah masuk ke bilik, membaringkan Farah ke atas tilam, dan kemudian menyelimuti badannya. Sebaik saja kepalanya menyentuh bantal, Farah terus tertidur. ----------------------------------------------------------------------------------------------Farah membuka matanya. Badannya rasa penat sangat. Dia memandang siling yang berwarna putih. Kelihatan cahaya matahari mencelah melalui langsir yang berwarna biru. Farah menggerakkan kepalanya, memandang ke arah dinding yang juga berwarna putih. Ada sebiji jam tergantung di satu sudut dinding bilik. HAAA???!!! Lagi 5 minit pukul 12? Biar betul. Jam mati kot. Tapi jarum saat masih bergerak. Macammana boleh bangun lambat nih. Nasib baiklah dia 'cuti' sekarang, kalau tak kantoi dah Subuh. Farah tak puas hati, dia mencari handphone yang biasanya diletakkan di sebelah bantal, nak cek betul ke dah tengahari. Aik! Mana pergi handphone? Mana aku letak nih. Kepala otak Farah masih confuse lagi. Farah bangun dari tilam, menuju ke arah meja, nak ambil jam tangannya. Aik! Tak ada juga. Apahal semua barang aku hilang nih. Kemudian dia terpandang mukanya di cermin. Matanya bengkak. Sekelip mata saja Farah teringat kejadian semalam. Balik jumpa Anis dan Shahril, Pak Su telefon, kemudian dia telefon ibu, lepas tu, dia keluar dengan keretanya, sebab kepala otak dia dah berserabut, dan kemudian Adam.... Aduh! Adam. Tidakkkkk!!! Malunya. Dalam banyak-banyak manusia kat muka bumi nih, kenapa mesti Adam yang menyaksikan dia breakdown semalam. Mamat tuh pun satu, apasal pegi ikut aku, tak suruh pun. Pipi Farah terasa panas, teringat yang dia menangis dalam pelukan Adam semalam. Waaa... Malunya aku. Dahlah menangis macam budak kecik, peluk dia lak tuh. Tapi semalam memang dah tak tahan dah. Memang nak pecah dah hati dia menyimpan semua bebanan.

Hmmm... Lepas tuh apa jadi ha? Farah mengerutkan dahi, cuba mengingati apa yang berlaku selepas itu. Dia hanya ingat dia menangis sampai tenaganya habis. Kemudian Adam bawak dia masuk dalam kereta. Rasanya dia dan Adam ada bercakap sekejap, tapi Farah tak ingat apa. Jangan dia cakap benda bukan-bukan dahlah. Lepas tu Farah dah tak ingat apa dah. Dia tertidur rasanya, penat menangis, penat berfikir, penat menahan perasaan sedih. Tapi... macammana pulak aku boleh ada dalam bilik aku nih? Ish! Takkanlah Adam angkat aku kot. Gila apa, 4 tingkat. Tapi yang pasti, Farah langsung tak ingat macammana dia boleh berada dalam biliknya. Farah mencapai tuala biru yang tersangkut di penyidai, kemudian masuk ke bilik air untuk mandi. Masa nak mandi barulah perasan jam tangannya masih ada di pergelangan tangannya, tak bukaklah nih semalam sebelum tidur. Macammana nak bukak, dia masuk bilik pun dia tak ingat. Ish! Memang betul dah pukul 12. Buat rekodlah aku hari ni, tengahari baru bangun. Malu je anak dara bangun matahari dah meninggi. Lepas mandi, barulah rasa segar badannya, tapi mata masih bengkak lagi. Tak boleh nak buat macam mana dah. Farah keluar dari biliknya, Edlin dan Nurul sedang tengok dvd di ruang tamu. "Ha, bangun dah ko Farah," tegur Nurul. "Ko okay ke?" tanya Edlin. "Hmmm.. okay je. Apsal tak kejut aku? Gila ari nih, tengahari baru bangun," Farah berjalan ke dapur, nak buat ari dulu, lapar lak perut nih. "Tak sampai ati nak kejutlah. Tengok ko lena je tidur," jawab Nurul dari ruang tamu. "Apa jadi sebenarnya semalam Farah?" tanya Edlin, sebaik saja Farah duduk di ruang tamu bersama-sama mereka. Diorang dari tadi dah tunggu Farah bangun, nak tanya apa yang terjadi. Adam langsung tak nak cerita apa-apa. Puas diorang tanya bila Adam telefon beberapa kali dah pagi nih, bertanyakan samaada Farah dah bangun ke belum. "Hmmm... jadi apa?" tanya Farah, saja je buat tak faham. "Ko toksah wat blur camtuh la. Zahid cakap ada adegan kejar-mengejar ngan keta semalam. Macam citer 2 Fast 2 Furious lak. Aku tau la tuh citer favourite ko, tapi takkan sampai nak ikut gak kot citer tuh." "Zahid citer? Zahid tau mana?" tanya Farah. Dia tak ingat pun kehadiran Zahid semalam. Kemudian dia teringat yang Adam kejar dia semalam dengan kereta Putra milik Zahid. Macammana pulak Adam boleh pakai kereta Zahid. Farah tak ingat pun yang dia nyaris bertembung dengan kereta Zahid kat parking kereta. "Bukan ke Zahid ikut sekali kejar ko? Dia yang tepon aku semalam suh amik ko kat bawah."

"Amik aku?" tanya Farah, kali nih dia betul-betul blur. Memang dia tak ingat langsung Edlin dan Nurul papah dia naik ke atas. "Ko tak ingat ke?" tanya Nurul, yakin yang Farah betul-betul tak ingat, bukannya buat-buat tak faham. "Tak." "Tapi ko ingat dak Zahid dan Adam kejar ko? Apsal Adam kejar ko? Ko gaduh ngan dia ke?" tanya Edlin pula. Selama nih kalau diorang berdua gaduh pun, takdelah sampai Farah menangis, ataupun lari. "Tak gaduh pun. Tah, tak tau apsal dia kejar aku." "Lerrr... takkanlah ko tak tau dia kejar ko. Ko lari dari dia tuh apsal?" "Apalak, aku tak lari pun dari dia. Aku nak kuar amik angin je, dia yang ikut aku." "Zahid cakap ko bawak keta cam apa je, punyalah laju. Dia dalam keta mengucap je manjang masa Adam pun pecut gak kejar ko." "Takde arr. Aku tension sket smalam. So aku kuar la nak tenangkan diri sikit." "Nak tenangkan diri ke nak bunuh diri? Kot ye pun kalau ada problem, citer la kat kitorang, jangan la wat gila camtuh. Dah la memalam buta, bahaya tau," bebel Edlin. "Ish! Korang nih, melampau lah sampai nak bunuh diri. Aku nak release tension je. Dah, dah, tak larat dah nak kena marah. Smalam dah la kena marah ngan mamat tuh." "Adam marah ko?" tanya Nurul. "Dia mengamuk smalam. Eh! Camne aku naik atas smalam? Last sekali aku ingat, aku masuk dalam keta, pastuh aku tertido. Tak ingat pun camne sampai umah. Yang aku tau, Adam bawak keta aku," Farah mengerutkan dahinya, cuba mengingati lagi apa yang berlaku semalam. Betullah kot Zahid ada semalam, kalau tak, sapa yang bawak balik keta Zahid, sebab Adam bawak keta dia. Tapi Farah tak ingat langsung kehadiran Zahid. "Ko tak ingat langsung ke?" tanya Edlin. "Tak," jawab Farah, nampak muka dia blur dan frust sebab tak ingat apa yang berlaku. "Ish, ish. Bahaya tul ko. Buatnya Adam bawak ko ke mana-mana, bukan ko sedar pun," kata Nurul. "Apa da ko nih. Takkanlah mamat tuh nak bawak lari aku." "Dia buat apa-apa kat ko pun bukan ko sedar." "Oit! Tak baiklah korang nih. Dia dah baik hati tolong hantar aku balik. Korang buruk sangka lak kat dia," kata Farah, beria-ia membela Adam. "Farah, sejak bila ko dah pandai backing Adam nih?" tanya Edlin, saja je tadi memerangkap Farah. "Bukannya backing. Hey! Dia tuh kan kawan korang, tak baik korang fikir bukanbukan." "Kawan kitorang je yek? Bukan kawan ko gak?" tanya Nurul. "Korang lagi baik ngan dia kan. Aku kan selalu gaduh ngan dia." "Hmmm... tu yang aku musykil tuh. Bukan ke korang selalu gaduh. Camne smalam dia boleh kejar ko pulak. Apa jadi sebenarnya nih?" tanya Edlin, masih tak mendapat jawapan apa yang berlaku semalam. "Kan aku dah cakap, aku nak kuar ronda jap, pastuh tetiba je mamat tuh kejar." "Bukan ke ko kuar ngan dia smalam? Bila lak ko kuar ngan keta ko lak?" "Aku bukan kuar ngan dia. Aku tumpang dialah jumpa kawan kitorang. Bila balik tuh,

aku amik keta aku kuar." "Pastuh, camne lak keta Zahid boleh terlibat lak? Konpius aku ngan korang nih." "Tah, aku pun tak tau." "Ko ada problem apa Farah? Camne lak Adam boleh bawak balik keta ko pulak?" "Ermm... ermm... aku penat," jawab Farah, tapi mukanya mula merah. Takkan nak cerita yang dia menangis kat dalam pelukan Adam semalam. Tapi, kalau Zahid ada gak semalam, mesti Zahid pun nampak. Aduih! Janganlah Zahid cerita kat orang lain. Malulah nanti. "Hmm.. kalau ye penat, yang ko kuar gak tuh apsal? Macam-macamlah ko nih." "Weh! Camne aku leh naik atas semalam? Korang angkat ke?" tanya Farah, meminta kepastian. Sebab tadi diorang cakap Zahid telefon suruh diorang tunggu kat bawah. Tapi, manalah larat diorang berdua nih nak angkat aku kot. "Heheheh, ko tak ingat ke Adam dukung ko naik atas?" tanya Edlin, saja je nak usik Farah. "Erk! Adam dukung?" "Habih tuh? Takkan kitorang kot nak dukung ko. Ingat ringan ke?" "Tapi... err..," Farah tak dapat bayang dukung dia naik atas. Aduih! Malunya. Macam mana aku nak berdepan dengan dia nanti. "Jauh ke Adam kejar ko semalam?" tanya Nurul, nak tergelak dah bila Farah percaya kata-kata Edlin. "Err.. tah. Aku tak ingat," Farah menggaru-garu kepalanya. Dia pun tak ingat ke mana dia pegi semalam, dia main tekan je minyak kereta. "Ish! Apa yang ko ingat nih?" "Ko ada problem apa Farah? Smalam before kuar okay je aku tengok. Kalau ada problem citerlah kat kitorang," kata Nurul. "Ermm.. family problem je. Takde apa-apalah. Smalam Pak Su aku tepon. Takde apa pun nak citer, benda kecik je," jawab Farah, mengelak dari bercerita tentang masalahnya. "Hmm... kalau apa-apa tuh ceritalah kat kitorang yek, pendam pun tak elok gak," kata Nurul, dapat rasa yang Farah menyembunyikan sesuatu. Dari dulu lagi Nurul dapat agak ada sesuatu yang dipendamkan oleh gadis tu, tapi dia tak boleh nak paksa suruh cerita. Sedangkan Nurul yang paling rapat dengan Farah pun Farah tak pernah cerita apa-apa. Masalah yang biasa-biasa tuh adalah dia cerita, tapi pasal keluarga, Farah tak pernah cerita. Kalau bercerita tentang keluarga pun, dia selalu cerita telatah sepupusepupunya yang memang Farah rapat semuanya. Farah cucu sulung dalam keluarganya, dahlah anak tunggal, jadi dia anggap sepupu-sepupunya macam adiknya sendiri. Nurul tau ibu dan ayah Farah berpisah, tapi setakat itu aje yang dia tau. Dia perasan, kalau sebut pasal ayah aje, Farah mesti terus tukar topik. Rasanya Adam mungkin lebih tau tentang keluarga Farah, sebab mereka satu kampung, dan keluarga mereka berdua pun kenal antara satu sama lain. "Eh! Nurul, pinjam tepon jap. Aku nak carik tepon akulah," kata Farah, cepat je

tukar topik, tak mau kawan-kawannya bertanya tentang masalahnya lagi. "Amiklah." Farah mendail nombor handphonenya. Ada dialtone, tapi tak dengar pun lagu Where Is The Love kat dalam biliknya, atau dalam rumah mereka. Sampai dalam bilik air pun Farah masuk, kot-kot terjatuh dalam bilik air. Tak ada pun. Mana pergi nih. Hmm.. Tertinggal dalam kereta kot. Farah pun nak turun ke bawah carik handphone dalam kereta. Aik! Kunci kereta pun tak ada. Alamak! Adam bawak semalam, dia lupa nak kasik kot. "Nurul, Adam ada tinggal tak kunci kereta aku semalam?" "Tah, takde pun. Beg ko adalah dia kasik." "Ermm.. pinjam tepon ko lagi sekali yek, nak tepon mamat tuh jap." "Wokeh." "Hello," suara Adam menjawab, baru sekali berdering. Pantas gila angkat. Bila nama Nurul tertera, Adam fikir mesti pasal Farah nih Nurul telefon. Dah banyak kali dia telefon pagi tadi tanya Farah. Dia dah pesan kat Nurul supaya bagitau dia kalau Farah bangun. Semalam pun dia tak lena tidur. Terjaga je tengok jam, terjaga je tengok jam. Rasa macam lambatnya siang. Lepas Subuh tadi pun dia tak tidur. Asyik dengan gitarnya. Lepas tuh ke hulu ke hilir dalam rumah, kacau Kaer dan Zahid nak tidur. Dia siap masak nasik goreng lagi hari nih untuk breakfast, sebab tak tau nak buat apa. Resah semacam aje. "Hello." "Eh! Ko dah bangun yek?" Adam cam suara Farah yang bercakap. Apsal lak pakai handphone Nurul. Nasib baik tadi dia cakap hello je, buatnya dia terus tanya pasal Farah, malu je tak pepasal. "Taklah, aku tengah mengigau nih," jawab Farah, sempat lagi buat lawak. "Ko okay ke?" tanya Adam. "Okay je. Ermm.. Kunci keta aku ada ngan ko ke?" "Ha'ah. Ingat nak tunggu ko bangun, aku nak kasik la," jawab Adam. Hek eleh, alasan. Macamlah takleh tinggal aje kat Nurul atau Edlin. "Ermm.. Aku gi jap amik yek," kata Farah. Malulah pulak nak jumpa Adam, tapi terpaksa la jugak nak ambik kunci kereta. "Ko nak kuar ke?" tanya Adam. Berat hati dia nak bagi Farah keluar. Tapi dah kereta dia, takkan tak nak kasik pulak kot kunci. "Tak, aku nak carik handphone aku." "Hilang ke?" "Tak jumpa la. Tertinggal dalam kereta kot." "Ooo.. nak aku naik atas antar ke?" "Takpelah, aku turun bawah la. Lagipun memang aku nak turun gak kat keta." "Ok." "Adam, pakai baju yek, hehehe," sempat Farah pesan sebelum meletakkan telefon. Adam tergelak mendengar ayat terakhir dari Farah. Teringat pula hari tuh dia bukak

pintu dengan hanya berseluar pendek. Hmm.. Dah okay ke Farah, tapi dah boleh buat lawak dah. Atau nak cover aje tuh. Tak sampai 5 minit, pintu rumah Adam diketuk. Adam memang dah ready dah tunggu Farah, terus menerpa ke arah pintu. Kaer sedang tengok tv di ruang tamu, Zahid pulak masih tidur lagi kot dalam bilik. Adam membuka pintu, Farah berdiri di luar. "Nah," Adam menghulurkan kunci ke arah Farah yang tak mau pandang muka Adam. Ada dua sebab, satu sebab mata dia yang masih bengkak akibat menangis semalam. Lagi satu, sebab malu teringat peristiwa semalam. "Thanks," kata Farah, mengambil kunci dari tangan Adam. Dia nak mengucapkan terima kasih juga pasal semalam, tapi mulut dia terkunci lak, payah betul nak ucapkan dua patah perkataan tuh. Agak nye boleh guna tak kunci keta ni nak bukak kunci kat mulut nih ha. Tah apa-apalah dia mengarut, tapi malu sebenarnya nih. Farah mula menuruni tangga ke bawah. Aik! Apsal Adam ikut gak nih. "Apsal ko ikut gak?" tanya Farah. "Err.. taklah. Aku pun nak amik barang dalam kereta aku," jawab Adam, reka je alasan. Sebenarnya nak pastikan Farah tak buat gila lagi macam semalam. "Oooo..." Mereka menuruni tangga, kedua-duanya tak bercakap. Nak bergaduh macam biasa pun rasa janggal. "Aku..." "Ko..." Bila bersuara, dua-dualah pulak nak bercakap. Mereka berdua ketawa. "Ko cakap dululah," kata Adam. "Ermmm.. aku nak cakap terima kasih pasal semalam. Sorry arr, aku tak betul sket semalam." "No hal punya. Ko dah okay ke?" "Okay. Errr.. ko jangan citer kat sesapa yek pasal smalam" "Hmm.. Boleh, tapi ko kena janji something dulu." "Pedia?" tanya Farah, sanggup je nak janji, asalkan Adam tak cerita kat sesapa pasal peristiwa semalam. Hmmm... Zahid pun kena rasuah gak nih, jangan pecah rahsia. "Ko jangan buat lagi cam semalam." "Alaaa... takde apalah. Aku biasalah camtuh. Nak release tension je." "What? Maksud ko, memang selalu la ko buat keja camni?" tanya Adam, suaranya sedikit meninggi. Bukan niat dia nak marah, tapi memang marah pun. "Takde apa-apalah. Selama nih okay je. Ko yang lebih-lebih semalam?" "Memanglah sebelum nih tak pernah jadi apa-apa. Tapi bahaya. Aku nak ko janji ko takkan buat camtuh lagi," Adam menarik tangan Farah, supaya berhenti menuruni tangga. "Hei! Ko takde hak nak halang aku," marah Farah, menarik tangannya, tapi tak dilepaskan oleh Adam. "Kalau apa-apa jadi kat ko, apa aku nak jawab kat family ko. Ko jangan nak buat macam tuh lagi. Janji ngan aku Farah!!!"

"Ko bukannya penjaga aku. Apsal lak ko lak kena jawab ngan family aku. Lagipun takde apa pun jadi kat aku. Aku kuar amik angin je nak tenangkan fikiran." "Amik angin ko kata? Bawak kereta cam kat litar lumba, ko kata amik angin? Ko tau tak? Kecut perut aku tengok ko bawak keta smalam?" "Aku tak suruh pun ko ikut." "Aku tak kira, kalau lepas nih ko buat lagi camtuh, siaplah ko," Adam memberi amaran. "Apa ko nak buat? Nak jaga aku 24 jam?" "Kalau ko buat lagi, aku report kat family ko." "Hei, ko takde hak nak masuk campur hal aku. Yang ko sibuk sangat pasal aku nih kenapa. Suka ati akulah kalau aku nak pegi mampus pun." "FARAHHHH!!!! Lagi sekali ko cakap camtuh, aku... aku..." "Ko nak buat apa? Pukul aku? Pukul lah kalau ko berani. Arghhh....." Adam menarik Farah kembali naik ke atas. Sampai di rumahnya, dia mengetuk pintu, sambil memegang Farah yang cuba melepaskan diri. Kena mengelak dari tendangan Farah, tapi satu tendangan sempat hinggap kat betis Adam. Aduih! Sakit gila. Tapi dia tetap tak melepaskan Farah. Lambat lak budak-budak nih bukak pintu. Sebaik saja Kaer membuka pintu, Adam menarik Farah masuk ke rumah, dan terus ke biliknya, meninggal Kaer terpinga-pinga di ruang tamu. Adam menghempas pintu biliknya, nasib baik tak tercabut, tapi jam di dindingnya jatuh ke lantai akibat kuat sangat pintu ditutup. Adam menolak ke katilnya. Dia kemudian berdiri memandang Farah. "Woit! Apa nih?" "Aku takkan bagi ko kuar dari bilik nih, selagi ko tak janji kat aku ko takkan buat lagi macam semalam." "Ko nih dah gila ke?" Farah membaling bantal ke arah Adam. "Aku tak peduli, aku nak ko janji dulu." "Ko ingat ko boleh kurung aku sampai bila?" "Selagi ko tak janji ngan aku, aku takkan lepaskan ko." "Ko takde hak nak tentukan apa aku nak buat," Farah membaling lagi bantal kat Adam. "JANJI FARAHHH!!!!" tengking Adam. Terkejut jap Farah, terhenti tangan dia yang tengah nak baling majalah lak kat Adam. Sementara itu, Kaer dah masuk ke bilik Zahid bila mendengar pergaduhan antara Adam dan Farah. Dia mengejutkan Zahid yang masih terbongkang lagi tidur. Tah pukul berapa mamat nih tidur semalam. Dah tengahari tak bangun-bangun lagi. Dia tak tau nak buat apa. Gaduh teruk nampaknya Adam dan Farah kali ni. Takkan nak biarkan aje. "Weh! Zahid, bangun. Adam ngan Farah gaduh." "Hmmm... Alaa, biasa la kan diorang gaduh," kata Zahid, menutup mukanya dengan bantal.

"Tak, kali ni teruklah. Adam bawak Farah masuk dalam bilik dia. Pastuh aku dengar diorang duk jerit-jerit. Bangunlah," Kaer menarik Zahid bangun. Aduh! Berat mamat nih. Tak larat aku. "Yelah, yelah," Zahid bangun mengikut Kaer ke pintu bilik Adam yang tertutup rapat. "Takde dengar apa pun, ko ngigau ke Kaer?" tanya Zahid, bila tak dengar suara pun dari bilik Adam. Sementara itu, dalam bilik Adam, selepas ditengking Adam, Farah melepaskan majalah yang dipegangnya. Dia kemudian duduk memeluk lututnya. Seketika kemudian, dia berpaling ke arah Adam, ada air mata bergenang di matanya. Alamak! Dia menangis ke? Alamak! apa aku nak buat nih. Bukan niat aku nak marah kat dia, aku cuma tak mau apa-apa jadi kat dia. Nanti apa aku nak jawab kat family dia. Err.. Sebenarnya bukan untuk family dia aje. Aku pun tak sanggup apa-apa jadi kat dia. "Aku nih tak guna kan Adam?" sedih dan sayu aje bunyi suaranya. "Ha?" terkejut Adam dengan kata-kata Farah. "Aku tak boleh nak buat apa pun. Aku memang tak guna," sambung Farah lagi. Matanya kini memandang ke arah dinding bilik Adam. Pandangannya kosong, dah tiada lagi air mata bergenang di matanya. "Farah, kenapa ni?" tanya Adam, menghampiri Farah. "Aku nih pengecut, pentingkan diri sendiri. It's all my fault." Adam duduk di sisi Farah, tak berkata apa-apa. Membiarkan Farah meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Adam tau banyak rahsia tersimpan dalam gadis di sebelahnya ini. "Adam, kenapa aku nih penakut sangat? Kenapa aku nih pengecut sangat. Mereka semua harapkan aku, tapi aku tak buat apa-apa pun. Sebab aku nih pengecut. Aku nih pentingkan diri aku. Aku takut nak berhadapan dengan dia lagi." "Ko takut dengan siapa?" tanya Adam, tak faham apa yang dimaksudkan oleh Farah. "Orang yang pernah jadi ayah aku. Aku takut nak jumpa dia," jawab Farah. "Farah, walau apa pun terjadi, dia tetap ayah ko." "Tak, dia bukan ayah aku lagi." "Farah, tak baik cakap macam tuh." "Dia benci aku." "Mana ko tau dia benci ko?" "Aku nih memang senang untuk dibenci ke Adam?" Farah tak menjawab soalan Adam, sebaliknya soalan lain pula yang ditanya. "Farah, tak ada sesiapa pun bencikan kau. Itu semua perasaan kau aje." "Kau pun bencikan aku kan?" Farah memandang ke arah Adam. "Apa ko cakap nih. Aku tak pernah bencikan kau." "Bukan ke selama nih ko tak sukakan aku? Bencikan aku? Aku tak marah kalau ko bencikan aku. Sedang kan darah daging aku sendiri pun boleh bencikan aku," sambung Farah lagi, kembali memandang ke arah dinding. "Farah, dengar sini Farah, aku tak benci kau." "Memang patut pun semua orang benci aku. Aku ni memang tak guna," Farah seolaholah tak dengar apa yang dikatakan oleh Adam. "Farah, pandang aku Farah. Pandang aku Farah," Adam memalingkan muka Farah supaya

memandang ke arahnya. "Aku tak pernah simpan sedikit pun perasaan benci pada kau. Walaupun selama nih kita bergaduh tapi aku tak pernah pun bencikan kau," kata Adam, cuba meyakinkan Farah. "Betul kau tak bencikan aku?" tanya Farah, penuh mengharap. "Aku berani sumpah Farah. Aku tak bencikan kau." "Terima kasih Adam, sebab tak bencikan aku, walaupun aku layak untuk dibenci." "Farah, jangan cakap macam tuh. You are a great person. Nobody hate you." "My own father hate me," kata Farah, menutup mukanya dengan kedua tangannya. "That's not true." Farah berkata sesuatu, tetapi Adam tak mendengar apa yang dikatakan Farah, sebab mukanya di tutup dengan tangan. Adam menarik tangan Farah dan menggenggamnya. "What did you say?" "He hates me. Aku bukan anak dia lagi." "Jangan cakap macam tuh Farah. He's still your father." "Dia sendiri cakap anak dia dah mati." "What?" Adam bagaikan tak percaya mendengar kata-kata Farah. "Aku dengar sendiri dari mulut dia Adam. Jelas dan nyata. Dia kata anak dia dah mati. Dia tak ada anak bernama Farah Aliya. Aku dah mati dari hidupnya. Aku tak ada ayah lagi," kata Farah. "Farah, I'm sorry," Adam tak tau apa yang nak dikata. Muka Farah tak menunjukkan apa-apa reaksi semasa menuturkan kata-kata tadi. Sedih tidak, marah pun tidak. "Aku nih hanya menyusahkan dia selama nih Adam. Aku ingat dia sayangkan aku," sambung Farah. Peristiwa yang terjadi semasa hari jadinya yang ke 19 dulu terbayang di ingatannya. Segala yang berlaku pada hari itu masih segar di ingatan, seolah-olah ianya berlaku semalam. Entah kenapa, ringan saja mulut Farah bercerita peristiwa tersebut, yang tak pernah diceritakan pada sesiapa pun sebelum ini, walaupun pada keluarganya sendiri. Adam setia mendengar di sisi Farah, tak bersuara walau sepatah pun, cuma kadang-kadang dia mengusap-usap tangan Farah, tapi Farah tak menyedarinya. Dia seperti di dunianya sendiri. Mereka berdua tak sedar pun pintu bilik Adam dibuka sedikit, dan ada dua kepala yang mengintai. Kemudian dua kepala tuh hilang, dan pintu ditutup semula perlahan. ----------------------------------------------------------------------------------------------5 tahun yang lalu... "Ibu, Farah nak keluar jap yek," kata Farah pada ibunya yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. "Nak gi mana? Jangan lama sangat. Kat depan belum kemas lagi," pesan ibunya. Malam nanti ada jamuan sikit sempena harijadi Farah. Bukan jemput ramai orang pun, cuma saudara-mara yang dekat, dan kawan-kawan Farah. Tak ramai pun kawan Farah yang dijemput, sebab bukan masa cuti semester, jadi tak ramai yang ada kat kampung.

"Jap je ibu. Ada hal sikit nak settle," kata Farah, fling bag jenama converse disangkutkan kat bahunya. Farah memandu kereta Kancil milik Pak rumahnya. Masa dia balik kat kampung, terpaksalah Pak Su pakai Lagipun Pak Su belum kahwin lagi, belum berkeluarga, Anak buah kesayangan punya pasal, dia tak kisah

Su yang dipinjamnya keluar dari garaj skuternya aje, sebab keretanya Farah kidnap. tak kisahlah pakai skuter sementara waktu. punya.

Tak sampai 10 minit, Farah sampai ke sebuah restoran. Selepas meletakkan kereta, Farah pun berjalan penuh yakin ke dalam restoran. Seorang lelaki berkemeja warna perang, dan jeans biru melambai ke arah Farah. Dengan senyuman di bibir, Farah menuju ke meja lelaki tersebut, dan duduk berhadapan dengannya. "Assalamualaikum ayah," tegur Farah, menghulurkan tangannya untuk bersalam. "Waalaikummussalam. Farah nak makan apa?" tanya ayahnya, memberi isyarat kepada waiter supaya datang ke meja mereka. "Ermm.. takpelah, Farah tak lapar. Minum jelah, fresh orange satu," kata Farah pada waiter yang muncul di meja mereka. "Aik! Tak sudi makan dengan ayah ke?" "Takdelah, Farah kenyang dah la ayah." "Susah betul nak jumpa Farah sekarang yek? Ibu tak kasiklah tuh kan. Nih Farah tipu apa kat ibu?" tanya ayahnya. Tiap kali jumpa Farah, ada aje benda buruk dia nak kata kat ibu. Farah terpaksa tahan aje telinga. Hari ni dia nak berlakon baik punya. Selama ini ayahnya yang berlakon, hari ni giliran dia pulak. Lagipun, kalau ayahnya ada bakat berlakon, begitu hebat lakonannya hingga semua orang tertipu dengannya, termasuk Farah sendiri, tentulah Farah sebagai anaknya pun mewarisi bakat lakonan tu. "Hmm.. ibu tak tau pun Farah nak jumpa ayah. Farah tak kasik tau pun." "Nasib baik Farah tak kasik tau. Ibu Farah mesti tak kasik punya Farah jumpa ayah. Dia biasalah, semua orang keliling dia nak kongkong." "Hmm.. sebab tuh ke ayah dah tak balik rumah sekarang?" tanya Farah. "Tuh salah satu sebabnya lah. Ayah dah tak tahan dengan perangai ibu. Tiap kali ayah balik, dia asyik nak marah-marah aje tanpa sebab. Serabut kepala ayah. Dahlah pening dengan company ayah, balik ibu pulak bising." "Company ayah ada masalah ke?" tanya Farah, pura-pura tak tau. Padahal dia dah tau dah company ayah bila-bila masa sahaja nak declare bankrupt. Dia dah siasat semuanya. "Adalah masalah sikit, kecik je. Masalah duit sikit. Tapi pening jugak fikir. Ibu Farah pulak asyik nak mintak duit aje keja dia. Farah takkan tak tau ibu, materialistik. Farah jangan jadi camtuh tau," kata ayahnya. Sabar aje Farah mendengarnya. Padahal habis duit ibu ayah

kikis, lepas tuh ayah tuduh ibu pula yang perabihkan duit dia. Ayah tu yang perabih duit untuk perempuan yang dia tergila-gilakan sangat tuh. Dua bulan lepas Farah dapat tau mereka berdua pergi bercuti ke Australia. Entah duit mana lagi dia korek Farah tak tau. "Farah tak kisah sangat pun pasal duit," jawab Farah. "Baguslah camtuh. Ayah pun bukan berkira sangat pasal duit nih. Tapi ibu Farah tu, bising aje manjang pasal duit. Kejap-kejap mintak duit, kejap-kejap mintak duit, dia ingat ayah ni keja cop duit ke? Ayah punyalah susah payah keja nak support family kita, ibu tau nak perabih duit ayah aje." "Oooo... camtuh ke?" "Iyerlah. Pastuh ibu tu dah lah cemburu tak bertempat. Senang sangat nak percaya cakap orang. Dia tak ada ke cerita apa-apa kat Farah?" "Cerita apa?" tanya Farah, buat-buat innocent. "Dia tuduh ayah ada affair dengan pompuan lain. Dia percaya sangat kat cakap orang. Farah tau la kan, ayah memang ramai kawan. Kalau ada business nih biasalah, ada function sana sini, jumpa ramai orang. Kalau ibu cerita apa-apa kat Farah tuh jangan percayalah, cemburu tak tentu pasal je dia tuh." "Kenapa sekarang nih ayah cerita semua nih kat Farah?" "Farah dah besar kan sekarang. Jadi ayah rasa Farah dah sedia nak dengar semua nih. Sebelum nih ayah tak nak la cerita keburukan ibu Farah, takut Farah tak boleh terima." "Jadi, sekarang nih, ayah rasa Farah dah matang la nak terima semua ni?" "Iyerlah, ari nih kan anak ayah dah 20 tahun, dah besar panjang dah." "Hari nih birthday Farah yang ke 19, bukan 20." "Eh! Sorry, sorry, ayah tersasul lak. Kepala ayah tengah pening sekarang." "Takpe. Jadi, ayah berpisah dengan ibu bukan pasal ada orang ketiga lah yek?" "Apalah Farah ni, takkan tak kenal ayah lagi. Manalah ayah sanggup buat camtuh. Ayah dah tak tahan dengan ibu aje. Dulu Farah ada okay lagi, tapi sejak Farah pegi oversea, makin melampau dah dia." "Hmmm... selama ni Farah sangka Farah kenal ayah." "Apa maksud Farah?" tanya ayahnya, bila dengar suara nada Farah seolah memerlinya. "Best ke bercuti kat Australia baru nih ayah?" tanya Farah tiba-tiba. "Erk! Australia. Err... mana Farah tau ayah gi sana? Ayah bukan pegi bercuti, ada hal company." "Hmmm... sejak bila company ayah berkembang sampai kat Australia nih? Sebab apa ayah tak cakap pun kat Farah ayah gi sana?" "Ayah nak carik peluang kat sana. Ayah tak cakap ke kat Farah? Err.. terlupa kot. Banyak sangat benda nak fikir. Pasal company, pasal ibu Farah lagi." "Pasal Auntie Ida lagi kan ayah?" sambung Farah. "Ha? Apa kena mengena dengan Auntie Ida pulak nih?" "Ayah pergi Australia dengan Auntie Ida yek?" "Nih mana Farah dengar citer nih? Jangan percaya cerita-cerita orang. Diorang saja je nak burukkan ayah." "Diorang tuh sapa ayah?" "Adalah, orang-orang yang dengki dengan ayah?" "Diorang dengki sebab ayah baik dengan Auntie Ida yek?"

"Apa Farah mengarut nih?" "Ayah tau Farah susah nak percaya cakap orang kan?" "Habis, kenapa Farah tuduh ayah macam tuh?" "Farah tak tuduh. Farah tanya aje. Ayah pergi dengan Auntie Ida kan?" "Mana ada." "Hmmm... habis, ayah pergi dengan sapa?" tanya Farah, dua keping boarding pass yang telah digunakan, diletakkan atas meja. No seat di boarding pass tersebut sebelah menyebelah. "Errr... dengan kawan ayah. Mana Farah dapat nih? Farah selongkar ofis ayah ye?" tanya ayahnya, mencapai boarding pass di atas meja. "Zureeda binti Zaini. Pelik yek, nama kawan ayah sama denga nama Auntie Ida," kata Farah, dua resit penerbangan pergi balik ke Australia, yang tertera nama Auntie Ida dan ayah, diletakkan di atas meja. "Farah, jangan salah faham. Memang ayah pergi dengan dia. Kebetulan dia kenal dengan someone kat Australia yang ayah nak jumpa. Jadi ayah pergi dengan dia. Ayah malas nak cerita, nanti orang sangka yang bukan-bukan pula." "Oooo... cakap jelah camtuh kan senang," kata Farah, berpura-pura percaya dengan alasan ayahnya. Padahal dia tak ada bukti lain lagi. Puas dicari resit tempat penginapan, tapi tak jumpa. "Ha, camtuh la anak ayah. Jangan jadi macam ibu, tak pernah nak percayakan ayah," lega ayahnya bila melihat Farah percaya dengan alasan yang diberinya. "Eh! Ayah, Farah nak tukar buku ASB la, Farah kan dah lebih 18 tahun, bolehlah buat bukak akaun under nama Farah sendiri. Tak payahlah letak under nama ayah lagi," Farah menukar topik lain pula. "Errr... nantilah dulu. Ayah tak ingat mana ayah letak buku akaun tuh," ayahnya memberikan alasan. "Buku tuh ada dengan Farahlah ayah," kata Farah, menunggu reaksi dari ayahnya. Baki bukunya menunjukkan hanya tinggal tak sampai rm10 dalam akaunnya. "Errr... ada dengan Farah?" "Ha'ah! Ada dengan Farah. Tapi pelik yek ayah, mana pegi semua duit Farah dalam akaun tuh? Takkan ibu keluarkan kot? Sebab buku tuh under nama ayah. Ibu memang takleh keluarkan. Macammana boleh hilang semua duit dalam tuh?" "Errr... sebenarnya.. sebenarnya hati tuh ayah nak pakai duit sangat-sangat. Jadi ayah terpaksa pinjam duit Farah tuh dulu. Ayah memang nak bayar balik, tapi ayah tak jumpa buku bank tu." "Bukan ke tak payah pakai buku kalau nak masukkan duit? Guna borang je boleh?" "Ayah tak ingat no akaun." "Takpelah, Farah tak kisah pun ayah nak pakai duit. Nih alang-alang Farah balik nih, bolehlah tukar akaun dewasa, ayah ganti balik lah duit Farah tu." "Nanti dulu lah Farah, ayah tak ada cash sekarang, cek belum clear lagi. Nanti lain kali kita pergi bank sama-sama nak bukak akaun dewasa untuk Farah okay?" "Hmmm... okay. Tanah yang ayah jual tuh, ayah tak nak ganti balik ke?" "Apa maksud Farah nih? Ibu cerita apa kat Farah? Ayah dah cakap kan, jangan percaya sangat cakap

ibu tuh. Dia memang sengaja nak burukkan ayah kat Farah." "Alaaa... ayah nih. Farah takkan cakap kalau takde bukti kan. Tanah nih lah," kata Farah, kali ini dokumen tentang penjualan tanah pula dikeluarkan. "Farah, masa tuh ayah nak pakai duit sangat. Company ayah ada masalah kewangan. Lagipun, walaupun tuh tanah ayah dengan ibu, ayah yang bayar tanah tuh selama nih, jadi tak salahkan ayah jual. Untuk company ayah gak." "Ayah yang bayar yek. Abih, duit gaji ibu yang selalu kena potong bulan-bulan nih, bukan untuk bayar tanah nih ke?" tanya Farah. Statement bank pula dikeluarkan. Nasib baiklah Mak Ngah kerja kat bank, bolehlah dia dapatkan statement bank ibu. Pada statement bank tersebut, Farah tanda duit ibu yang dipotong terus untuk buat bayaran tanah setiap bulan. "Errr... mana ada, tuh bayar duit kereta ibu." "Oooo... ibu bayar sendiri ke kereta dia. Bukan ke ayah cakap ayah tanggung semua. Tapi kan ayah, duit kereta ibu bayar kat finance, tak potong direct dari akaun ibu. Nih yang Farah tanda dengan pen merah nih, potong bayar tanah, yang biru nih lak, untuk bayar rumah. Semua ibu aje yang bayar nih, abih tuh, mana pegi duit ayah?" "Farah, Farah tak faham. Memang potong dari akaun ibu. Tapi ayah yang bagi duit," ayah Farah masih lagi nak menegakkan benang basahnya. "Ayah, ayah... Farah pun sekolah ayah. Farah ada otak ayah, kalau tak, takkan lah Farah boleh dapat scholarship pegi oversea kan. Kot ye pun nak tipu Farah, gunalah idea yang logik sikit." "Mana ada ayah tipu Farah. Ayah selalu kasik duit kat ibu, Farah tak tau." "Ish, ish ayah nih. Ingat Farah bodoh ke? Farah tau gaji ibu berapa sebulan. Dalam statement nih takde duit lain masuk selain gaji ibu. Mana duit yang ayah bagi ibu? Total bayar rumah dan tanah, dah seribu lebih. Kalau ayah ganti balik, mana ibu letak? Bawah bantal ke?" "Farah nih dah termakan hasutan ibulah nih." "Huh! Ibu langsung tak tau pasal semua nih. Tapi kan ayah, Farah taulah sikitsikit kat mana duit ayah pergi tiap-tiap bulan." "Farah tak fahamlah, nih hal orang tua. Farah tak tau apa. Jangan asyik dengar cakap orang aje." "Ayah, bila ayah nak sedar yang anak ayah nih dah besar. Dah boleh fikir sendiri dah ayah. Tak payah dengar cakap orang ayah. Farah ada mata kepala sendiri. Nih semua apa ayah?" Farah mencampakkan sebuah file dia atas meja, bertaburan keluar kertas-kertas di dalamnya. "Apa nih? Bila Farah selongkar barang ayah? Sapa suruh Farah ambik barang-barang ayah." "Tak ada orang suruh pun. Farah buat sendiri. Jadi jangan ayah nak tuduh sesiapa, kalau ayah nak marah, marah Farah. Tapi sebelum tuh, Farah nak penjelasan dari ayah. Betul ke ayah dan Auntie Ida tak ada apa-apa hubungan?" "Farah, jangan nak kurang ajar dengan ayah." "Farah hanya tanya soalan aje. Ayah tak jawab lagi soalan Farah. Ayah nak mengaku atau tidak yang

ayah ada hubungan dengan Auntie Ida? Kat sini ada bil-bil telefon ayah yang beratus-ratus. Farah dah baik hati tolong highlight nombor telefon Auntie Ida kat situ. Hmmm... majoriti number Auntie Ida je. Nih pulak, resit-resit hotel. Almost every month ayah outstation. Sekali ngan Auntie Ida lak tuh, tak tau pulak Farah dia rakan kongsi ayah kan. Tapi kan ayah, Farah tak perlu semua nih untuk membuktikan ayah dan Auntie Ida ada hubungan, sebab Farah dah tengok dengan mata Farah sendiri. Lain kali kan ayah, kalau nak buat affair, jangan bawak anak sekali. Kalau nak bawak gak, jangan lupa kunci pintu before buat projek yek," kata Farah, tersenyum sinis pada ayahnya. "Farah tak faham lah." "Please la ayah. Asyik-asyik ayah cakap Farah tak faham. Don't insult my intelligence okay. The reason I meet you today, because Farah nak dengar pengakuan dari mulut ayah sendiri." "Okay, fine, fine. Memang ayah ada affair dengan Auntie Ida. Puas hati???!!" "Hmmm... thanks. Kan ke senang cakap macam tuh. Jadi, Farah mintak jasa baik ayah, ceraikan ibu. Farah tak mau tengok ibu kena gantung tak bertali macam sekarang. Kalau ayah dah gilakan sangat pompuan tuh, lepaskan ibu. Lepas tuh, ayah kawinlah ngan pompuan tuh. Jangan nak bergelumang dosa macam sekarang lagi. Sedarlah ayah, kubur dah kata mari, takkan nak hidup berzina lagi." PANGGGG!!!!! "Kurang ajar punya anak. Sejak bila kau pandai nak ajar ayah kau sendiri nih," tak pasal-pasal Farah makan penampar hari tuh. Tapi bibirnya masih boleh menguntum senyum. Tak ada nampak riak muka dia nak menangis pun, walaupun boleh tahan pedihnya kena tampar. Tapi pedih di hati lagi teruk. "Farah bukan nak ajar ayah, Farah cuma menyatakan kebenaran. Hadiah harijadi Farah kali nih, Farah nak mintak ayah ceraikan ibu. Sebelum Farah sendiri cari peguam untuk uruskan hal ini. Farah tak nak ibu dan keluarga Farah ada kaitan lagi dengan lelaki macam ayah." "Kau dengan ibu kau sama aje. Sudahlah, aku tak nak tengok muka kau lagi. Mulai hari ini, aku takde anak perempuan bernama Farah Aliya. Dia sudah mati dalam hidup aku," kata ayah Farah. Masa tuh hati Farah dah hancur mendengar kata-kata ayahnya. Tapi dia masih mampu berlakon, senyuman masih tak lekang dari bibirnya. "Terima kasih kerana selama ini menjadi ayah Farah. Farah akan kenang budi baik ayah selama nih." "Sudahlah, jangan kau nak berlagak baik lagi. Berambuslah ko. Senang hati aku kamu semua dah takde dalam hidup aku. Selama nih menyusahkan aku aje. Pergi, aku benci kau dengan ibu kau sekali." Farah bangun, masih lagi tersenyum, mengeluarkan barang terakhir yang dibawanya. Sampul surat berwarna putih, berisi gambar-gambar ayah dan Auntie Ida dia beberapa buah hotel, kelihatan begitu mesra. Farah menggunakan duitnya sendiri, untuk mengupah orang mengikut ayah, dan

mengambil gambar-gambar tersebut. Dia meletakkan sampul tersebut di atas meja, kemudian melangkah keluar dari restoran tersebut, dengan langkah yang begitu yakin, menyembunyikan segala kelukaan di hati, tanpa mempedulikan pengunjung di restoran tersebut yang memerhatikannya dari tadi, selepas dia ditampar. Balik ke rumah, Farah berlagak seperti biasa, bagaikan tiada apa yang terjadi. Nasib baik rambut panjangnya yang sengaja dilepaskan mengurai, dapat menutupi pipinya. Malam jamuan tersebut, Farah melayan tetamu yang datang dengan riangnya, siap bergelak ketawa lagi. Tak setitik pun air mata yang keluar sejak pertemuannya dengan ayahnya. -----------------------------------------------------------------------------------------------"I'm sorry Farah," kata Adam, setelah Farah habis bercerita, simpatinya meruapruap, tapi tak ada apa yang dia mampu lakukan. "I'm not sorry. Kau ingat tak masa kita sekolah dulu, aku penah campak beg sekolah ko dalam kolam hijau kat belakang sekolah?" tanya Farah. "Hmm... Maunya tak ingat. Habis buku aku semua basah. Nak hilangkan bau pulak satu hal. Beg tuh memang aku buang terus," kata Adam, tersenyum teringatkan peristiwa tersebut. Kolam hijau yang dimaksudkan Farah ialah kolam sisa-sisa kumbahan dari sekolah mereka, baunya memang tak usah cerita lah, memang dashyat. Tapi apa pula kaitan cerita tadi dengan kejadian masa sekolah dulu. "Aku mintak maaf. Aku tau memang melampau perbuatan aku. Kau nak tau sebab apa aku buat macam tuh?" "Sebab ko benci kat aku lah." "Aku tak pernah pun benci kat kau Adam. Sebenarnya..." Rupa-rupanya, Farah buat begitu, selepas kejadian dia menyaksikan perbuatan sumbang antara ayah dan Auntie Ida di hotel dulu. Oleh sebab dia tak boleh ceritakan pada sesiapa peristiwa tersebut, dia melepaskan rasa yang terbuku dalam dadanya dengan menjadikan Adam sebagai mangsa. Farah menceritakan semula peristiwa ketika di hotel dulu pada Adam. Satu lagi rahsia yang tak pernah diceritakan pada sesiapa, diceritakan pada Adam. "Ya Allah, Farah. Masa kita form 2 tuh kan? You hide all that for so long? I'm sorry sayang," Adam terus memeluk Farah dengan erat, walaupun Farah kelihatan tenang menceritakan peristiwa yang berlaku. Dia sendiri hampir menitiskan air mata mendengar cerita Farah. Tak dapat dibayangkan perasaan Farah ketika itu. Begitu lama dia menyimpan semua itu. Tak sangka Adam yang parents Farah dah ada masalah masa mereka di sekolah menengah lagi. Begitu lama gadis itu memendam perasaan

rupa-rupanya. Entah kenapa, tiba-tiba saja air mata Farah mengalir keluar sebaik saja Adam memeluknya. Sedangkan dari tadi dia bercerita tanpa apa-apa perasaan. Seolah-olah dia bercerita tentang orang lain. Tapi sekarang dia mula rasakan pedih hatinya, dan air matanya tak dapat ditahan lagi. Segala yang terjadi dalam hidupnya. Panggilan telefon semalam pun turut diceritakan. Segala rasa bersalah dalam dirinya kerana tak dapat buat apa-apa bila ayahnya ganggu keluarganya, diceritakan pada Adam. Buat pertama kali, dia rasa begitu lega, segala yang terkunci dalam hatinya selama ini, dicurahkan keluar. "I'm sorry Adam," kata Farah, selepas esak tangisnya dah berkurangan. Dia melepaskan dirinya dari pelukan Adam. "Hmm... Why? Ko takde buat salah kat aku pun." "Selama nih, ko jadi mangsa aku lepaskan geram. Aku bukannya benci kat kau." "Hey! It's okay. Aku patut mintak maaf, aku tak tau pun ko ada masalah." "Takde sapa tau. Aku tak penah citer kat sesapa. You're the first person. Aku pun tak tau macammana aku boleh citer kat ko." "Hmmm... maybe because I deserve to know?" "Ha? Apsal lak? Member baik aku pun aku tak penah citer." "Sebab, selama nih ko lepaskan geram kat aku kan. So aku patut taulah the reason," kata Adam. Farah tergelak mendengar kata-kata Adam. Kelakar aje rasanya. Kawan baik dia pun dia tak pernah cerita tentang masalahnya, tup tup cerita kat Adam yang selama nih merupakan musuh tradisinya. "Hmm.. betul gak tuh." "Farah, aku rasa, ko patut discuss ngan family ko semua nih. I don't think they expect you to settle the problem. They just want to tell you, because you are one of the family. So you should know." "Tapi..." "Ko cerita semua nih kat aku, tapi ko tak expect aku settlekan masalah ko kan? Ko just nak luahkan apa yang ko rasa je. So same goes to your family. Diorang cerita kat ko, sebab diorang nak share masalah sama-sama, bukan nak ko tanggung sorang." "Entahlah Dam..." "Please, bincang elok-elok dengan family kau. That's what family are for right? you trust your family kan?" "Mestilah. They are everything to me, and I'll do anything for them." "So, diorang pun anggap you're everything to them. It won't be fair if you expect them to share their problem, but you didn't share yours." "Okaylah, maybe you are right. Ermm.. Promise you won't tell anyone okay. Aku tak patut cerita kat kau sebenarnya. This is about my family," kata Farah, rasa sedikit menyesal kerana menceritakan segala-galanya pada Adam. "Okay, I promise you, but you got to promise me something else too." "Apa dia?"

"Janji jangan buat stunt macam semalam lagi okay?" "Tak habis-habis lagi pasal semalam yek?" "Please Farah, promise me. Kalau kau ada masalah, kau carik aku. Lagipun, kau ceritakan semuanya kat aku kan." "Kenapa ko baik sangat dengan aku tiba-tiba? Sebab ko kesian kat aku yek?" "You are my friend. I care about you. Aku tak mau apa-apa jadi kat ko. So you to promise me okay?" "We are friends?" "Yup, We are friends. So promise?" "Kalau aku tak nak?" "Farahhhhhh......" "Hehehhee... yelah, yelah. Aku janji. Tapi pasnih kalau aku tensen, aku carik tau. Nasiblah ko, teruklah kena, nak sangat kawan ngan psycho cam aku." "Aik! Bukan aku ke ko panggil psycho selama nih? Okaylah camtuh. Psycho kawan psycho. Friends?" Adam menghulurkan tangan pada Farah. "Friends," Farah menyambut tangan Adam sambil tersenyum.

dah

have

ko ngan

-------------------------------------------------------------------------------------------------"Oit! Jumpa ke handphone?" tanya Nurul sebaik saja Farah muncul di muka pintu. Dia dan Edlin bersantai di ruang tamu rumah mereka, tengok vcd cerita korea. Tadi bila Farah lama sangat turun cari handphone, bimbang juga dia, kot-kot pengsan tengah jalan ke apa. Bila dia telefon handphone Farah, asyik masuk mailbox aje. Dia call Adam,kena reject pulak, kurang asam punya mamat. At last Nurul call Zahid. Rupa-rupanya Adam dengan Farah tengah berdrama swasta kat rumah Adam. Zahidlah yang cakap macam tu. Katanya, mula-mula budak-budak berdua tu gaduh, lepas tuh tengok-tengok, Adam tengah pujuk Farah. Nurul pun nak korek ceritalah, apa rahsia budak berdua nih. Musykil jugak. "Jumpa, kat dalam keta Adam," jawab Farah. Lepas dia dan Adam dah declare berdamai tadi, diorang pun turun bawah untuk carik handphone Farah. Puas dicari tapi tak jumpa. Rupa-rupanya tertinggal dalam kereta Adam. "Duk sini jap," Edlin menarik Farah duduk bersama mereka. "Apsal?" "Aik! Takkan tak mau lepak ngan kitorang kot?" "Takdelah." "Kitorang nak tanya sket nih," kata Nurul. "Tanya apa lak nih. Pagi tadi dah soal siasat dah. Tuh pagi tadi, ni sekarang lak." "Ko ngan Adam apahal nih? Ada rahsia apa-apa ke?" tanya Edlin, direct je soalan. "Erk! Rahsia apa lak. Ha! Sebut pasal Adam nih, nak marah sket kat korang. Hiduphidup korang tipu aku yek. Konon Adam angkat aku naik atas. Bila aku cakap thanks kat dia, terbangak-bangak dia tak paham. Buat malu aku jer korang nih," marah Farah. Mana tidaknya, malu dia tadi bila Adam gelak masa

dia ucap terima kasih tolong angkat dia. Padahal takde orang angkat pun, dia jalan sendiri dengan bantuan Nurul dan Edlin, macammanalah dia tak ingat langsung. Adam pulak, siap perli lagi tadi, masa diorang nak naik atas semula lepas dah jumpa handphone. Dia offer nak angkat Farah naik atas, saja je nak usik. Merah padam muka Farah dibuatnya. "Heheheh... Ko percaya kitorang cakap Adam angkat ko? Lawak tul la," seronok je Nurul gelakkan Farah. "Ha, jangan nak tukar topik lak, apsal ko ngan Adam nih sebenarnya?" tanya Edlin. "Pasal apalak? Takde apa-apa pun, biasa je." "Takkan takde apa-apa. Smalam Adam kejar ko, tengok-tengok mata bengkak, sah lah nangis. Then pagi ni, kata nak gi carik handphone, alih-alih Zahid cakap, ko ngan Adam gaduh, pastuh Adam pujuk ko lak. Apa kes nih?" "Takde apalah, aku ada benda sket nak settle ngan adam. La korang nih, bukannya tak biasa aku gaduh ngan mamat tuh," jawab Farah. "Korang gaduh tuh biasalah, kitorang pun tak heran. Tapi, siap main kejar-kejar lagi, pastuh Zahid lak cakap Adam pujuk ko, tuh dah jadi luar biasa." "Mana der dia pujuk aku. Zahid mengarut je tuh. Korang tau kan member kitorang nak kawin, so aku ngan Adam jadik pengapit diorang, tuh arr kitorang duk discuss," pandai je Farah kasik alasan, malu lak kalau yang lain tau dia dah ceritakan semua sejarah hidupnya pada Adam. Alah! Kalau dia tak cerita pun, Adam mesti tau gak sikit-sikit, dah diorang sekampung, mak Adam lak baik jugak dengan ibu Farah. "Korang jadik pengapit? Keh keh keh, lawaknya. Kira korang dah berdamai ke?" "Mana der berdamai. Gencatan senjata je kejap. Pas wedding kitorang sambung balik la perang," jawab Farah, tak nak mengaku dia dan Adam dah berbaik. "Ek eleh, macam-macam la korang nih." "Ko dah makan ke lom?" "Belum, jap lagi la aku makan. Aku nak masuk semayang jap," kata Farah, ada jugak alasan dia nak lari dari terus disoal-siasat oleh Edlin dan Nurul. Lagipun, dia dapat rasa sakit kepalanya mula nak datang menyerang. Dari pagi tadi lagi dia rasa, tapi masih dapat ditahannya. Sementara itu, di rumah bawah pula, Zahid dan Kaer sedang menyoal siasat Adam, sambil makan nasi bungkus yang dibeli. Lepas hantar Farah naik tadi, Adam turun semula ke bawah untuk membeli makanan tengahari untuk dia dan kawan-kawannya. "Apa kes ko ngan Farah ni?" "Kes apa lak nih?" "Ko toksah buat tak tau lah Adam. Ingat kitorang takdak mata, takdak telinga ke?" "Takde apalah, dia ada problem sket," kata Adam. "Jap, jap, aku confuse nih. Farah ada problem, pastuh dia story kat ko?" tanya Zahid, pelik. Mana tidaknya, mereka berdua kan bermusuh, macammana pulak Farah boleh cerita masalah dia kat Adam.

Apasal tak cerita kat Nurul atau Edlin. "Lebih kuranglah," jawab Adam, endah tak endah. "Apahal lak dia citer problem dia kat ko?" "Apsal? Salah ke?" "Kalau ikut undang-undang negara tuh, memanglah tak salah. Tapi yang jadi peliknya, ko ngan dia kan musuh. Ko lupa ke? Atau korang dah berdamai dah tanpa pengetahuan kitorang?" "Takdelah camtuh. Ermm.. complicated la sket. Aku takleh nak citer la, nih problem dia, bukan problem aku," Adam ambil jalan senang nak tutup cerita. "Aku bukannya apa problem dia. Aku cuma nak tau apsal dia citer kat ko." "Suka ati dia la dia nak citer kat aku. Yang korang sibuk apahal?" "Takdelah sibuk, pelik aje. Korang dah berbaik ke?" "Kitorang kena jadik pengapit member sekampung kitorang kawin nanti, so kenalah berdamai. Takkan nak bertumbuk atas pelamin nanti kot," jawab Adam, tak bagi jawapan direct. "Warghhh kah kah kah kah. Ko ngan Farah kena naik pelamin la nanti. Nak tengok gak, suh la member ko jemput kitorang gak." "Lorrr... wedding member aku, bukan wedding aku. Suka-suka ati lak ko nak aku suh dia jemput ko." "Alaaa... sapa member ko? Aku kenal ke?" "Shahril." "Laaa... cam la kitorang tak kenal. Dia pun kenal kitorang. Tak kiralah, aku nak tengok gak ko ngan Farah naik pelamin nanti." "Woit! Aku pengapit je lah ngan dia, bukannya kitorang yang naik pelamin. Apa da ko," kata Adam. "Pengapit pun kena naik pelamin gak, samalah tuh," kata Kaer. "Weih Dam, orang kata kan, kalau jadik pengapit, tak lamalah nak jadik pengantin lak," kata Zahid pula. "Pandai la ko reka cerita," balas Adam. "Betul apa. Maknanya, tak lama pastuh ko la pulak nye turn kawin." "Blah arr.. Aku awek pun tak ada. Yang ko tuh, awek dah ada, bila lagi nak kawin." Tiba-tiba.... "Tok...Tok...Tok..." "Assalamualaikum... Korang, bukak pintu cepat." Kaer yang paling dekat dengan pintu, bangun dan membuka pintu. Nurul berdiri di luar, mukanya kelihatan cemas. "Korang, tolong, Farah sakit," kata Nurul sebaik saja pintu dibuka. "Ha! Sakit apa?" tanya Kaer. Adam dan Zahid segera bangun mendapatkan Nurul bila mendengar berita yang disampaikan oleh Nurul. "Sakit kepala. Berguling-guling dia, lepas tuh hantuk kepala dia kat dinding, takut kitorang tengok. Edlin tengah pegang dia tuh kat atas." "Lama dah ke?" tanya Adam, mengekori Nurul ke atas, diikuti oleh Zahid dan Kaer. Tangan pun mereka tak sempat basuh. "Tadi dia kata dia nak masuk bilik sembahyang. Pastuh bila lama tak keluar-keluar lagi, aku masuk bilik dia nak ajak dia makan. Tengok dia tengah tarik rambut dia, berguling atas

lantai." "Selalu ke dia sakit camtuh?" "Dia memang ada migraine. Tapi tak pernah lagi kitorang tengok teruk sampai camtuh." "Dah makan ubat ke belum?" "Dia cakap ubat dah habis," jawab Nurul, membuka pintu yang tak berkunci, dan terus masuk ke dalam bilik Farah, diikuti oleh yang lain. Di dalam bilik, Edlin sedang cuba menenangkan Farah, yang kelihatan dalam kesakitan. Kedua-dua tangannya menarik-narik rambutnya yang basah kuyup, sengaja dibasahkan, untuk menyejukkan kepalanya. Matanya terpejam rapat, tak sedar kehadiran kawan-kawannya yang lain. "Bawak pegi hospital lah, takkan nak biar camni je," kata Zahid, melihatkan keadaan Farah. "Memanglah kitorang nak bawak, tapi nak bawak dia camne dia dalam keadaan camnih. Sebab tuh panggil korang tolong," kata Edlin. "Farah, kita pegi hospital yek," kata Nurul, mengharapkan Farah mendengar apa yang dikatakan. Tak ada tindakbalas dari Farah, dia tak sedar keadaan keliling. Hanya kesakitan menguasai dirinya. Kepalanya dirasakan bagai nak pecah. Bagai ada beribu-ribu jarum halus dalam kepalanya, yang mencucuk-cucuk otaknya. Kepalanya panas, hinggakan rambutnya yang baru dibasahkan sekejap tadi, dah mulai kering. Rasa nak dicabut saja kepalanya, menghilangkan kesakitan yang tak sanggup lagi ditahan. Nurul dan Edlin cuba mengangkat Farah supaya berdiri, tapi susah jugak dengan keadaan Farah macam tuh. Adam dan Kaer turut membantu. Bila dah berdiri, nak pimpin dia berjalan pulak satu hal, susah jugak, dengan keadaan dia yang dalam kesakitan. Akhirnya, Adam membuat keputusan menggunakan cara lain membawa Farah turun. Dia tunduk sedikit, meletakkan tangannya di belakang lutut Farah, dan dengan satu lagi tangan di belakang Farah, dia mengangkat Farah. Teringat pula tadi dia baru saja bergurau nak dukung Farah, kini betul-betul berlaku. Tapi, walaupun dah didukung, masih sukar juga nak bawak Farah turun, sebab Farah asyik bergerak-gerak, menanggung kesakitan yang tak terhingga. Kaer dan Zahid membantu Adam membawa Farah turun. "Ed, bawak kereta ko lah senang. Jangan lupa bawak beg Farah sekali," kata Adam, bila dia dah berada di luar rumah. Edlin mengangguk, dan masuk semula ke dalam rumah mengambil kunci kereta, dan beg Farah. "Nak bawak dia gi mana nih?" tanya Nurul, yang nampak panik dengan keadaan Farah. "Biasanya dia pegi klinik mana amik ubat dia?" tanya Kaer. "Tak tau," jawab Edlin dan Nurul. "Cuba cek dalam beg dia, kot-kot ada clue," cadang Zahid, yang berjalan paling depan, cuba membantu

Adam yang mendukung Farah. Kaer pula berada di belakang Adam. Edlin dan Nurul berjalan paling belakang. "Jap," Edlin menyelongkar beg Farah. "Ermm... nih ada kad Ampang Puteri dengan Kelana Jaya Medical Centre. Macam appointment punya kad je. Sebab ada nama doctor, dengan date and time," kata Edlin, membelek-belek 2 keping kad di tangannya. "Pegi KJMC la dekat sikit," kata Kaer. Mereka menuruni tangga 4 tingkat, lama jugak ambik masa nak sampai bawah, sebab kena jalan perlahan-lahan. Sampai di kereta Waja milik Edlin, mereka membaringkan Farah di kerusi belakang, dengan Edlin yang meribanya. Adam yang memandu kereta Edlin, dengan Kaer di sebelahnya. Sementara itu, Zahid dan Nurul mengikut dengan kereta Zahid. Dalam perjalanan ke KJMC, hampir patah jari Edlin digenggam Farah yang cuba menahan sakit. Sampai di hospital, Nurul menemani Farah ke dalam bilik rawatan. Tak lama kemudian, Farah dibawa keluar oleh jururawat. Dia yang tidak sedarkan diri, disorong di atas katil ke bilik lain. Bila rakan-rakan yang lain menahan untuk bertanya, jururawat memberitahu yang Farah sebenarnya dah tidur selepas disuntik dengan ubat tahan sakit. Mungkin kerana kesan ubat yang agak kuat, tambahan lagi tenaganya habis digunakan untuk melawan sakit, Farah tertidur selepas disuntik. Dia dibawa ke bilik lain untuk berehat. Nurul masih lagi di dalam bilik rawatan, tak keluar bersama-sama dengan Farah. Mereka yang lain menunggu Nurul keluar, untuk mengetahui keadaan Farah. Sebaik saja Nurul keluar, mereka segera mengelilinginya. "Apa sakit Farah?" tanya Adam. "Dia sakit kepala. Dah lama sebenarnya dia berubat. Masa kat Kuantan dulu dia start jumpa doktor pakar. Bila pindah KL, dia dapatkan rawatan kat Ampang Puteri, tapi sekarang dia tukar kat KJMC pulak, sebab lagi dekat dengan rumah." "Sakit kepala? Sakit kepala macammana?" "Tak pasti. Tadi aku cakap dengan doktor yang dia selalu jumpa, Dr Rani. Aku kasik kad tuh kat doktor yang bertugas. Lepas nurse bawak Farah keluar tadi, dia call Dr Rani tuh, sebab hari nih Dr Rani tak duty. Kemudian dia pass telefon kat aku. Dr Rani mintak aku pujuk Farah scan kepala, dah lama dah Dr Rani request, tapi Farah tak nak. Aku tanyalah apa penyakit Farah sebenarnya, bahaya ke. Tapi doktor tuh kata, diagnosis migraine aje, but quite critical, especially kalau Farah stress. Just to be on the safe side, Dr Rani asked Farah buat scan, so far dia tak berjaya lagi pujuk

Farah, sebab Farah kata sakit dia dah tak teruk, so no need for that. Dia mintak tolong aku pujuk Farah." Mereka semua terdiam mendengar penerangan dari Nurul. Takut juga dengar, sampai kena scan kepala. "Habis tuh, camne skang? Nak bagitau kat family dia ke?" tanya Edlin. "Ermm.. nanti dulu, tunggu dia sedar dulu, pastuh biar aku cakap dengan dia," kata Adam tiba-tiba. "Tak ke lagi baik suh Nurul or Edlin yang cakap dengan Farah," kata Kaer. "Ha'ah, nanti kang, kalau ko jumpa dia, bergaduh ke apa, lagi teruk jadinya." "Korang nih, takkan lah aku nak buat camtuh. Please, trust me, bagi aku cakap dengan dia dulu. Kalau apa-apa hal, biar aku contact family dia," kata Adam. Mereka yang lain akhirnya bersetuju. Lagipun, Adam kenal dengan keluarga Farah. Mungkin Adam tau sesuatu yang mereka tak tau. Tak lama kemudian, bila Farah sedar, Adam berjumpa dengan Farah seorang diri. Nampaknya ada lagi perkara yang Farah sembunyikan. Ingatkan dia dah ceritakan semuanya. "Hi Farah, dah okay ke?" tanya Adam, duduk di kerusi di sebelah katil Farah. "Dah, cuma letih aje. Ko datang dengan sapa? Nurul mana?" tanya Farah. "Semua datang, aku, Nurul, Edlin, Zahid ngan Kaer. Yang lain tunggu kat luar. Aku nak cakap dulu dengan ko." "Lama ke aku tidur?" tanya Farah, cuba mengubah topik, tau yang Adam nak bertanyakan tentang penyakitnya. "Dalam 2 jam kot." "Thanks yek, tolong hantar aku hospital. Ubat aku habis, kalau tak, takde apa-apa pun." "Sebab apa ko tak cakap kat aku yang ko sakit?" "Bukan sakit apa pun, migraine je." "Mak aku cakap, ko berenti keja dulu, sebab ko sakit." "Ermm.. dah okay dah. Sakit kepala je. Mungkin sebab stress kot baru keja. Tak biasa lagi dengan environment keja." "Tapi, doktor ko kat sini cakap, dia nasihatkan ko supaya buat scan kepala, tapi ko tak nak." "Alaaa.. takde apa-apalah, buat apa nak scan." "Kalau takde apa-apa, buat apa nak takut kena scan," kata Adam. "Alah, rugi duit aje nak scan pulak. Bukannya aku takut," dalih Farah. Walhal, dia takut sebenarnya. Takut nak dengar keputusan lepas buat scan. Kalau ada sakit apa-apa yang merbahaya, dia takut nak tau. Tak berani nak berhadapan dengan situasi sebegitu. Jadi, selagi dia tak tau, dia tak perlu takut. "Aku bayarkan. Ko buat scan tuh yek," pujuk Adam. "Bukannya aku takde duit. Tapi tak perlulah," Farah masih lagi berdalih. "Hmm... diorang nak telefon family ko tadi," kata Adam, tukar taktik lain pula. "Ha? Janganlah, jangan telefon ibu. Aku takde apa-apalah, betul. Migraine biasa aje. Janganlah bagitau ibu, nanti dia risau pulak." "Hmmm.. aku halang diorang tadi, tak bagi telefon. Tapi, kalau ko tak nak buat gak

scan, aku tak boleh nak halang diorang daripada bagitau family ko," kata Adam, terpaksa mengugut Farah, setelah pujukannya tak jalan. Farah mengetapkan bibirnya, tau yang dia dah terperangkap. Dia tak mau ibu risau. Itu lagi penting dari perasaan takut yang menghantui dirinya setiap kali memikirkan kemungkinan daripada keputusan scan. Akhirnya Farah mengalah juga, dia bersetuju untuk membuat scan. Setelah mendapat persetujuan Farah, dia dibawa ke unit radiology. Farah dibawa ke sebuah bilik, kemudian dia diminta menanggalkan rantai dan subang dan disuruh berbaring di atas katil khas. Sebaik saja Farah berbaring, lelaki yang berpakaian putih tadi masuk keluar dari bilik itu, dan masuk ke sebuah bilik kecil, yang penuh dengan alatan. Dia menekan-nekan sesuatu, dan katil tempat Farah berbaring bergerak hingga kepalanya masuk ke ruang yang bebentuk silinder. Silinder tersebut berpusing-pusing mengelilingi kepala Farah. Tak sampai 10 minit, katil tersebut bergerak kembali ke kedudukan asal. Lelaki tadi kembali ke sisi Farah, membantu Farah bangun, dan kemudian menyerahkan sampul surat berisi rantai dan subang milik Farah. Hampir sejam Farah menunggu, result scan tadi siap. Dia kemudian perlu menandatangani beberapa borang, dan membayar yuran untuk scan. Uih! Rm400 melayang. Result tersebut ditinggalkan, untuk diserahkan kepada Doktor Rani, yang akan menghubunginya semula untuk memberitahu keputusannya. Ish! Nak menunggu keputusan yang lemah nih. Berdebar-debar aje menanti apa yang bakal diberitahu doktor pakar, hanya mampu berdoa pada Tuhan supaya tiada penyakit berbahaya. ------------------------------------------------------------------------------------------------From : Adam To : Farah Subject : Weh Weh budak! KJMC dah contact ke lom? From : Farah To : Adam Subject : Re: Weh Suka ati ko je panggil aku budak. Sedar sket kita sebaya. Ingat aku takde nama ke? Farah menekan button 'Send' sambil tersenyum. Kebiasaannya, kalau dapat email dari Adam, mesti dia rasa sakit hati, tapi kali ini, lain pulak. Walaupun balasan email pada Adam berbunyi marah, sebenarnya tidak, tapi saja nak tengok reaksi Adam.

Semalam, balik dari hospital, hari dah pun senja. Adam, Kaer dan Zahid balik ke rumah mereka selepas menghantar hingga ke rumah. Selepas dipaksa makan oleh Nurul dan Edlin, Farah mandi dan kemudian terus tertidur. Kepalanya dah tak sakit, tapi penat aje. Nasib baik gak dia terus tertidur, tak payahlah bimbang dengan keputusan yang bakal disampaikan doktor nanti. Lain pula keadaannya dengan Adam. Dia pula yang tolong bimbang bagi pihak Farah. Sampai tak lena tidur dibuatnya. Malam sebelumnya dahlah tak lena tidur dah sebab teringatkan Farah juga. Jadi, bila bangun pagi Isnin, mata Adam kelihatan merah akibat tak cukup tidur. Masuk aje ofis, ada meeting pulak, tak sempat nak bercakap dengan Farah. Habis aje meeting, terus dia hantar email pada Farah. Nak pergi meja Farah tanya, nanti officemate yang lain dengar pulak. From : Adam To : Farah Subject : Re: Weh Menemui adindaku yang cantik rupawan, Cik Farah Aliya tersayang, di sini kekanda ingin bertanya. Sudahkah adinda mendapat berita dari KJMC? From : Farah To : Adam Subject : Re: Weh Wahai kekandaku yang gagah perkasa, tiada khabar berita lagi dari KJMC yang sampai ke telinga adinda ini. From : Adam To : Farah Subject : Re: Weh Kuar lunch skali nanti yek? From : Farah To : Adam Subject : Re: Weh Laa... macam tak biasa kuar lunch skali. Tuh pun nak tanya ke. From : Adam To : Farah Subject : Re: Weh Apa la bengap sangat ko nih. Maksud aku, kita kuar dua ari nih yek? Takyah join yang lelain.

From : Farah To : Adam Subject : Re: Weh Oit! Sedap je kata aku bengap yek. Ko nak belanja aku ke? Tapi, nanti yang lain sibuk lak kang kalau kita kuar dua aje.

From : Adam To : Farah Subject : Re: Weh Boleh je aku belanja, tanda kita dah berdamai. Apa lak peduli orang lain kata kalau kita kuar dua? From : Farah To : Adam Subject : Re: Weh Nanti diorang banyak tanya lak. Ko kuar dulu, tunggu aku kat keta, nanti aku kuar kemudian. Tunggu yang lain semua keluar la baru kita kuar okay? From : Adam To : Farah Subject : Re: Weh Ek eleh, banyak songeh betul la ko. Okaylah, aku kuar dulu. Nanti aku tunggu ko kat keta aku. Aku park kat belakang, pepandai la carik. From : Farah To : Adam Subject : Re: Weh Wokeh, beres. C u at lunch. Pukul 12.30 tengahari, officemate Farah dan Adam bersiap sedia untuk keluar lunch. Farah dan Adam masih lagi di meja mereka, tekun menghadap skrin di hadapan mereka. "Farah, lunch," Mas mengajak Farah, melihatkan Farah masih tak bersiap untuk keluar makan. "Err.. Farah tak laparlah Kak Mas, malas la nak kuar," dalih Farah. "Are you sure? On diet ke nih? Tak nak kirim apa-apa ke, drink or fruit?" "It's okay, tak payahlah." "Okay, kalau nak apa-apa, call la." "All right, thanks." "Oit! Dam, ko tak nak kuar makan ke?" Linda yang duduk di sebelah Adam bertanya.

"Aku tak join korang ari nih, ada date," jawab Adam. "Oooo... sejak bila pandai ada lunchdate nih, dah ada awek yek skang," usik Linda. Farah yang mendengar perbualan Adam dan Linda geram aje nak menyampuk. Pepandai lak Adam nih kata nak keluar date. Padahal nak keluar makan aje. "Hmm... mana boleh cakap kat kau," jawab Adam tersenyum. Dia nampak Farah memandang ke arahnya tadi bila dia kata nak keluar date. Saja je dia nak usik Farah. Siapa suruh nak berahsia sangat keluar berdua dengan aku. Ofis Farah dan Adam dah pun kosong. Tinggal Mr Corrie saja yang masih berada di dalam biliknya. Dia jarang keluar makan, selalunya dia kirim aje pada yang lain. 10 minit selepas yang lain keluar, Adam bangun dari tempat duduknya. Farah yang mendengar Adam bangun, tak berpaling pun ke arah Adam, dia buat tak tau aje. "Cik Farah sayang, lunch," tiba-tiba Farah dikejutkan dengan bisikan Adam di telinganya. Terkejut dia, nasib baik Adam sempat mengelak, kalau tak, kepalanya dah bertemu dengan dagu Adam. Bila masa tah Adam berdiri di belakangnya, Farah sendiri tak sedar. Farah menjeling geram ke arah Adam yang ketawa di sisi kerusinya. Kata nak berdamai, tapi tak habis-habis lagi nak usik aku. "Sorry, jangan marah, I give you 5 minutes okay," kata Adam, segera meminta maaf, takut Farah berubah fikiran pula, tak mau keluar dengan dia. Tapi masalahnya, cannot resist, mesti nak usik gak Farah. Dah jadi tabiat dah kot. Farah tersenyum, entah macammana, tak jadi dia nak marah bila pantas je Adam mintak maaf. Dia menganggukkan kepalanya, dan Adam pun keluar dari ofis mereka. Farah memandang keliling, kot-kot lah ada mata-mata yang memandang dan telinga-telinga yang mendengar, padahal dah tak ada orang dah kat ofisnya. Takut sangat yang lain tahu dia nak keluar bersama Adam. 5 minit berlalu, Farah pun keluar dari ofisnya. Bila keluar di pintu utama, dia mengintai dulu di keliling, kot-kot officemate masih ada lagi di situ. Bila dia pasti mereka semua tiada, dia pun berjalan ke belakang bangunan pejabat mereka. Sambil berjalan tu pun, kejap-kejap dia pandang keliling. Gayanya macam orang yang buat salah aje. Dia nampak Satria GTI milik Adam, dan segera berjalan ke arah itu. Adam dah pun menunggu di dalam, dia dah memerhati Farah dari tadi lagi. Nak tergelak pun ada dengan lagak Farah, bengang pun ada jugak, sebab macamlah satu kesalahan besar nak keluar dengan dia.

Mereka berdua ke restoran yang tak pernah mereka pergi bersama officemate yang lain. Farah punya idea la nih, takut bertembung. Adam ikutkan aje. "So, camne?" tanya Adam, sebaik saja pelayan berlalu selepas mengambil pesanan mereka berdua. "Camne apa?" "Sejak bila ko jadik blur nih. KJMC dah tepon ke lom?" "Belumlah. Rasanya ari nih tak lagi kot. Yang ko risau sangat nih kenapa? Kepala aku yang kena scan, bukan kepala ko," kata Farah, bila dilihatnya Adam yang lebih-lebih lak tak sabar nak tau keputusan daripada scan semalam. "Laaa... aku tanya je lah, tu pun salah ke? Biasalah, dah kawan balik nih, kena la busybody sket," jawab Adam, cuba menceriakan suasana, tak mau Farah risau pula. "Oooo... ko nih kawan yang busybody yek. Silap lak aku declare kawan dengan ko." "Nanti kalau KJMC call, ko contact aku yek. Kalau tidak, tak aman hidup ko aku kacau hari-hari." "Eleh! Macamlah selama nih hidup aku aman. Memang hari-hari pun ko kacau." "Kali nih teruk lagi aku kacau. Jangan lupa call yek. Aku kena gi outstation minggu nih," keluh Adam. Sewaktu meeting pagi tadi, dia diberitahu yang dia perlu ikut Mr Corrie ke Johor, untuk jumpa client. Sepatutnya Vince yang pergi, tapi Vince ada emergency pula, ayah dia masuk hospital. Oleh kerana Adam pun terlibat dengan projek tersebut, dia yang perlu ganti tempat Vince. Kalau tak kerana Farah, dia tak kisah nak pergi, best jugak boleh makan angin. Tapi masa tak sesuai sekarang. "Gi mana? Bila?" "Kena gi JB. Malam nih gak flight aku. Khamis baru balik," jawab Adam, "Oooo...." "Eh! Ko nak balik kampung ke idak weekend nih?" "Balik kampung? Apsal lak?" tanya Farah, dah tak ingat hari tuh dia yang ajak Adam balik kampung. "Ek eleh minah nih. Ari tuh ko yang beria-ia ajak aku temankan ko balik." "Ha? Ye ke? Bila?" "Ya Allah, ko nih memang dah nyanyuk la. Masa malam aku kejar ko ari tuh. Bukan ke pastuh masa kita nak balik, ko ajak aku balik kampung." "Oooo... ye ke? Tak ingatlah," jawab Farah. "Dah tu, nak balik ke idak?" tanya Adam. "Ermmm... takpelah. Ko mesti penat balik outstation.Lain kali la." "Aku tak kisahlah, kalau ko nak balik jomlah. Lagipun, aku pun dah lama tak balik." "Takpe arr, tak nak balik lagi weekend nih. Lagipun kejap sangat kalau balik weekend. Nanti la amik cuti, boleh duk kampung lama-lama sikit." "Betul nih?" "Iyer cik abang," jawab Farah, meyakinkan Adam. Lepas makan mereka balik semula kat ofis. Nak bayar tadi, sempat gaduh gak, masing-masing berebut nak bayar. Memang dah jadi hobi diorang bergaduh, tapi sekarang nih gaduh lain pulak, tak sama macam masa bermusuh dulu. Nih kira gaduh-gaduh guraulah. Farah yang terpaksa mengalah, bagi Adam

bayarkan, itupun lepas Adam cakap next time Farah pulak yang belanja. Pandailah Adam punya taktik, tanpa disedari, Farah bersetuju nak keluar lagi dengan dia. Bila sampai di ofis, Adam offer nak drop Farah depan ofis, sementara dia pergi cari parking, tapi Farah tak nak, takut ada orang nampak. Masa lalu depan ofis, Rajan dan Asyraf sedang melepak di depan pintu ofis, hisap rokok. Farah cepat-cepat tunduk, nyaris nak terhantuk kepalanya kat dashbox kereta Adam. Lepas park kereta, Farah masuk dulu, dia suruh Adam masuk kemudian. Kononnya tak balik sekalilah. Macam-macamlah si Farah nih. -------------------------------------------------------------------------------------------------"Hello." "Hello, Cik Farah Aliya?" "Ye, saya." "Saya Hafizah, dari Kelana Jaya Medical Centre." "Ooo.. okay," berdebar-debar Farah untuk mendengar kata-kata seterusnya dari wanita tersebut. "Saya nak set appointment untuk cik jumpa dengan Dr Rani, bila Cik Farah free?" "Errr... boleh tak saya cakap dengan Dr Rani dulu," kata Farah, tak sabar nak tau keputusannya, mana tahan tunggu appointment. Satu kerja pun tak boleh buat nanti, asyik fikir pasal perkara ni aje. Lebih-lebih lagi Adam takde nak distract dia. Hai, lambatnya Adam balik, keluh Farah, walhal baru 2 hari Adam pergi. "Dr Rani ada patient sekarang, nanti saya call cik semula bila dia free." "Okay, thank you." Farah kembali menghadap skrin komputer, tapi fikirannya melayang. Selagi tak dapat panggilan dari Dr Rani, selagi itulah dia tak boleh nak buat kerja. Diperhatikan jam di tangannya. Aduh, saat begini, memang lambat rasanya masa berjalan. Memang betullah, penantian itu satu penyeksaan. Farah memandang tempat Adam yang kosong. Rasa ofis ni kosong tanpa kehadiran Adam. Terutamanya di saat-saat begini, lagilah terasa sunyi bila Adam tak ada. Arggghhhhhh!!!! Aku rindu kat Adam!!!! Farah mengaku yang dia mula rasa rindu pada Adam. Sejak bila dia dah pandai merindu kat Adam ni? Selama nih bukan ke selalu aje rasa menyampah kalau nampak muka dia. Errr... Betul ke aku menyampah kat dia. Selama nih aku tipu diri aku sendiri aje, berselindung di sebalik pergaduhan yang berpanjangan. Padahal, kalau Adam takde, rasa macam ada kehilangan sesuatu. Mungkin permusuhan mereka yang menjadi dinding pemisah selama ini, menyebabkan Farah tak sedar yang wujud perasaan lain pada Adam. Bila tembok yang memisahkan mereka selama ini dah runtuh, Farah terpaksa berdepan dengan perasaannya pada Adam, yang sukar ditafsirkan. Yang pasti, di kala ini, Farah

diserang perasaan rindu yang amat sangat pada Adam. Telefon Farah berbunyi, menyedarkan Farah dari lamunan. Asyik sangat melayan perasaan, menafsir perasaannya pada Adam, terlupa dengan panggilan yang ditunggu-tunggunya. Farah memerhatikan nombor yang tertera di skrin, rasanya memang panggilan dari KJMC. Terus Farah menekan button hijau pada handphonenya, dan menjawab panggilan tersebut. "Hello." "Cik Farah Aliya?" "Ye, saya" "Saya Hafizah dari Kelana Jaya Medical Centre. Tunggu sebentar ye, saya sambungkan panggilan cik pada Dr Rani." "Ok, thanks." Sementara itu, Adam yang sudah dua hari di Johor sentiasa dalam keadaan resah. Dahlah esok tak jadi balik, tunda pada hari Jumaat pulak. Kalau ikutkan hati, nak je dia ulang-alik KLJB tiap-tiap hari. Farah pun satu hal, bukannya nak telefon bagitau apa-apa perkembangan. Walaupun takde apa-apa berita pun, telefonlah aku kat sini. Dapat dengar suara pun jadilah. Kalau aku telefon, nanti dia tau aku risau, dengan dia sekali risau. Adam tak mau Farah risau. Seksa juga nak menahan dirinya dari menekan handphonenya untuk mendail nombor telefon Farah. Walaupun tak dapat nak call, selalu juga dia hantar sms. Tapi, kebanyakan sms yang dihantar, hanya sekadar mengusik Farah, saja nak carik gaduh, sekurang-kurangnya ada jugak talian hayat antara dia dengan Farah. Adam termenung di beranda hotelnya, melihat pemandangan bandar JB di waktu malam. Badan dia aje ada kat situ, fikirannya melayang, dah sampai kat Kota Damansara. Masa siang tak apa lagi, ada kerja, jadi tak sempat sangat fikirannya nak menerawang ke lain. Tapi bila malam, mulalah macam kera kena belacan, tak senang duduk dibuatnya. Mr Corrie yang duduk sebilik dengan Adam pun naik pening tengok Adam mundar-mandir dalam bilik mereka. Dah 2 hari Adam berada di JB, takkanlah tak ada apa-apa respond lagi dari KJMC. Farah buat scan hari Ahad, nih dah hari Rabu, mesti dah ada keputusan. Hmm... tapi bukan boleh percaya sangat Farah ni. Dia kan memang suka menyimpan rahsia. Tak boleh jadi nih. Adam masuk ke bilik semula, dan mencapai telefon yang diletakkan di atas meja. Terus nombor Farah yang ada dalam senarai speed dial di telefonnya. "Hello, moshi moshi," ceria bunyi suara Farah menjawab telefon. "Hello, budak," kata Adam, tersenyum mendengar suara Farah. Tak sedar pun yang dia

begitu rindu nak dengar suara itu. "Ko nih kan, suka sangat panggil aku budak," Farah pura-pura marah, padahal happynya dia bila nama Adam terpampang di skrin telefon tadi. Terubatlah sikit rindu. "Abih tuh, nak panggil apa? Intan payung?" "Nama aku dah cantik ibu aku letak, guna je la nama aku. Ke ko dah lupa aku nye nama?" "Bukan setakat nama, muka ko pun aku dah lupa, maklumlah, 2 hari dah tak ngadap muka ko kat opis." "Eleh, cakap jelah ko rindu kat aku," umpan Farah. Buatnya Adam cakap rindu kang, mau pengsan dia masa tuh gak. "Kalau dapat dividen rindu ko, ada gak faedahnya. Ko kat ner? Kat umah ke?" "Taklah, kat ofis lagi." "Ofis???!!!! Dah kul 9 lebih ni. Apa ko buat lagi kat situ. Baliklah." "Ada keja sikit nak siapkan. Alaahhhh... Macamlah ko tuh tak biasa balik lambat." "Aku lain." "Apsal lain? Sebab ko laki? Camtuh yek." "Wei, aku tak mau carik gaduh. Baliklah, bahayalah balik malam-malam ni. Area ofis tuh dahlah sunyi malam-malam camnih. Sapa lagi ada kat ofis?" "Rajan, Bob, Puan Fatimah, Kak Mas. Ramai lagi ha kat ofis." "Pass tepon jap kat Bob." "Nak buat apa?" "Adalah, aku yang tepon kan, bil aku bayar, suka atilah aku nak cakap dengan dia." "Tapi telefon aku." "Ish! Bagi je lah." Farah mencuit Bob di sebelahnya, dan meyerahkan handphone pada Adam. Tak sampai 2 minit pun, handphone diserahkan kembali pada Farah. "Kejap sangat cakap," kata Farah. "Nanti ko nak balik, Bob antar ko kat keta. Jangan gi memana, balik umah terus." "Weh! Sejak bila aku bagi gaji kat ko suh jadi bodyguard aku?" tanya Farah, marah pun ada, tapi suka pun ada, sebab Adam ambil berat tentang dia. Tapi takleh la tunjuk suka, jadi tunjuk yang marah aje. "Aku volunteer. Ermm... KJMC dah call ke?" tanya Adam. Dari tadi dah dia nak bertanyakan soalan tadi, tapi nanti nampak sangat dia risau. "Dah." "Ha? Bila? Apsal tak cakap kat aku. Bukan ke aku suruh ko call aku kalau KJMC call ko," Adam meluahkan rasa tak puas hatinya. Dah agak dah, budak nih memang suka simpan sendiri, Nurul dengan Edlin pun belum tentu lagi dia bagitau ke tidak nih. "Pagi tadi diorang call. Takkan nak call ko terus, mesti ko tengah jumpa client," jawab Farah. Padahal, kalau Adam tak telefon, belum tentu lagi Farah akan call Adam. Rasa segan pulak tiba-tiba nak call Adam, bagitau tentang panggilan tersebut. "So?" tanya Adam, malas nak berdebat panjang lagi tentang perkara itu. Padahal bukannya Farah tak ada peluang nak call siang tadi. Tengahari tadi mereka ada berbalas sms, takkanlah tak boleh nak call kejap. Tapi, ketepikan dulu tentang tu, yang penting, nak tau result dari scan hari tu. "So?"

"Farahhhhhhhh.....," Adam menyebut nama Farah, memberikan amaran supaya serius. "Yelah, yelah. Takde apa." "Apa yang takde apa?" "Lerrr... aku okaylah, takde apa yang critical," kata Farah. Dia pun lega tadi bila Dr Rani memberitahu keputusan dari scan hari tu, tak ada penyakit yang serius. "Betul?" "Takkanlah aku nak tipu lak." "Syukur Alhamdulillah," Adam mengucapkan syukur mendengar berita tersebut."Dah tu, yang ko selalu sakit kepala tuh apasal?" "Ermm... migraine je kot. Tah arr, Sabtu nih aku ada appointment ngan doktor." "Aku ikut." "Lerrr... apsal lak ko nak ikut," kata Farah. "Aku kan bodyguard ko. Eh! Aku tak balik lagi esok. Jumaat nih balik. Tolong bagitau Zahid ngan Kaer." "Macamlah ko takde nombor tepon diorang. Nanti kang kalau aku cakap, pelik lak diorang apsal ko bagitau aku," kata Farah, tak mau kawan-kawan lain tau yang Adam telefon dia. Message yang dihantar Adam pun terus dia delete, takut terkantoi dengan kawan-kawannya. Punyalah nak berahsia. "Apa yang peliknya. Ko kan satu opis ngan aku. Wei, lewat dah nih, baliklah, sambung esok lak buat keja tuh." "Iyer pakcik, baik pakcik." "Wokeh, jumpa ko Jumaat nanti. Bye." "Bye." "Yes! Yes!" Adam melompat ke atas katilnya, seronoknya bila dapat tau yang tak ada apa yang serius dari keputusan scan hari tuh. Lapang rasa di dada. "Adam, what happen?" tanya Mr Corrie yang baru keluar dari bilik air. Pelik tengok Adam yang melompat-lompat atas katil macam budak kecik. "Err... nothing Mr Corrie. I'm happy, that's all," jawab Adam, tersengih, malu pulak bila Mr Corrie tengok gelagat dia tadi. -----------------------------------------------------------------------------------------------Sebaik saja sampai dari JB hari Jumaat malam, Adam terus call Farah dari KLIA. Dipujuknya Farah keluar malam tuh juga. Padahal esoknya nak keluar dengan Farah lagi, ikut Farah pergi KJMC. Tapi masalahnya, dia dah tak sabar-sabar nak jumpa Farah. Dia malas nak fikir kenapa dia tak sabar sangat nak jumpa Farah, yang penting, dia kena jumpa dulu Farah. Mungkin sebab nak pastikan yang Farah betul-betul tak ada penyakit yang serius, Adam memberikan alasan kenapa dia perlu sangat jumpa Farah. Bila sampai di rumah, Kaer yang jemput dia di KL Sentral tadi, Adam terus mandi dan sembahyang,

kemudian terus keluar. Pelik Zahid dan Kaer tengok, baru aje sampai, dah nak keluar pulak. Tak penat ke budak nih. Tapi tak sempat diorang nak tanya apa-apa, Adam hanya bagitau dia nak keluar, kemudian terus mencapai kunci kereta dan turun ke bawah. Sementara itu, Farah pula dah pun siap nak turun ke bawah. Adam dah hantar sms kat dia, bagitau yang dia dah tunggu kat dalam kereta. Farah keluar dari biliknya. Nurul sedang tengok tv di ruang tamu, Edlin pula tengah bergayut telefon dengan Anding. "Nurul, aku nak kuar jap," kata Farah. "Ko nak gi mana?" "Jumpa kawan," jawab Farah. Mengambil kunci keretanya yang tergantung di dinding. Bukannya dia nak bawak kereta dia, tapi saja dia bawak kunci, kononnya nak cover lah ni. "Lewatnya," kata Nurul. "Aku kuar kejap je. Ok, bye," cepat-cepat Farah keluar sebelum Nurul bertanya dengan lebih lanjut dengan kawan mana dia keluar. Bukannya dia tipu pun, memang dia keluar dengan kawan. Adam memang kawan dia pun. Sampai kat kereta Adam, Farah pandang dulu ke arah tingkap rumah mereka. Mana tau, kot-kot kawan-kawannya pandang ke arah tingkap, nampak lak dia naik kereta Adam. Bila Adam ajak dia keluar tadi, Farah nak bawak keretanya sendiri, tapi Adam tak bagi, sebab dah malam. Bila Farah dah pasti line clear, dia cepat-cepat masuk ke dalam kereta Adam. Mereka keluar makan di Subang, memang sengaja keluar jauh sikit dari kawasan rumah mereka. Sudah makan, mereka terus balik ke rumah, pagi-pagi esok ada appointment dengan doktor. Farah berkeras nak pergi dengan kereta berasingan esok, kalau tidak dia tak mau bagi Adam ikut. Terpaksa Adam akur dengan permintaan Farah. "Ko kuar ngan sapa tadi Farah?" tanya Nurul, sebaik saja Farah masuk. "Ngan kawan aku," jawab Farah. Alamak! Diorang nampak ke aku keluar dengan Adam. Matilah aku, apa alasan aku nak hentam nih. "Kawan laki yek?" Edlin pula bertanya. "Apsal lak?" tanya Farah, mula rasa cuak. "Kawan laki la nih. Dia mai amik ko yek. Tadi kitorang kuar gi kedai, tengok kereta ko ada kat parking. Ha, nih apsal nak berahsia sangat nih?" tanya Edlin lagi. "Mana der berahsia, kawan lama lah," jawab Farah. Fuh! Lega. Diorang tak taulah aku keluar dengan Adam tadi. Nyaris-nyaris nak pecah rahsia tadi. Nasib baik esok tak pergi sekali dengan Adam, kalau tak bahaya. "Yelah tu, kawan lama ke, boyfriend lama?" Edlin terus mengusik. "Hisy.. mana de. Ko tau kan aku mana penah ada boyfriend." "Iyo ko? Abih tuh? Secret admirer?" "Kawan lama akulah. Dahlah, aku nak tukar baju," Farah cepat-cepat melarikan diri masuk ke dalam

bilik. Bukan boleh percaya sangat Edlin nih. Kalau dia nak tau sesuatu, dia akan korek juga sampai dia puas hati. Baru selesai tukar baju, pintu biliknya diketuk, kemudian Nurul masuk tanpa dipelawa. Nasib baik dia dah siap pakai baju. "Betul ke ko tak nak aku temankan ko esok?" tanya Nurul. Dia tau Farah ada appointment di KJMC pagi esok. Lega dia hari tuh bila Farah bagitau berita baik yang disampaikan oleh doktor. Dia dan Edlin pun turut sama risau menunggu keputusannya sebelum ini. Sekurang-kurangnya, dia tau yang Farah tak ada penyakit yang berbahaya. "Takpelah, aku gi sendiri," kata Farah. Dia diserang rasa bersalah pula. Sebab dia bersetuju Adam temankan dia ke KJMC, tapi Nurul nak ikut, dia tak bagi pulak. Masalahnya, Adam yang lebih dulu bagitau nak ikut. Bila Nurul nak ikut juga, dia cakaplah kat Adam tak payah ikut, tapi mamat tuh degil gak nak pergi. Kalau dia tak bagi pun, mesti dia ikut jugak. Jadi terpaksalah Farah tak bagi Nurul ikut. Tak mau Nurul fikir bukan-bukan bila dapat tau Adam pun ikut sama. Memang dia dan Adam tak ada apa-apa pun. Cuma dia tak mau kawan-kawan lain tau hubungan mereka yang tak ada apa-apa, hmmm... Farah pun confused dengan apa yang difikirkannya. Esoknya, Farah keluar ke KJMC dengan keretanya. Adam pula memandu keretanya sendiri, dah janji nak jumpa Farah bila sampai di sana nanti. Zahid dan Kaer masih lagi tidur masa Adam keluar tadi. Maklumlah, hari minggu. Kalau diorang dah bangun, mesti makin musykil dengan Adam. Balik dari JB semalam, tak sabar-sabar nak keluar. Pastuh, hari minggu macam ni, pagi-pagi buta lagi dah keluar. Nak pergi ofis pun tak pernah keluar awal macam nih. Farah menunggu Adam di KJMC, kemudian mereka sama-sama ke bilik Dr Rani. Farah first patient hari tu, jadi mereka terus masuk ke dalam berjumpa Dr Rani. Adam pun ikut sama, tak mau tunggu kat luar seperti yang dipinta oleh Farah. Dia nak dengar penerangan dari mulut doktor sendiri tentang penyakit Farah. Bukan boleh percaya Farah nak ceritakan kesemuanya pada dia. Walaupun tak ada ketumbuhan, setelah dipastikan melalui scan yang dibuat tempoh hari, sakit kepala Farah masih boleh dikatakan agak teruk, dan kalau tak dikawal, boleh menjadi kritikal. Hampir 1/2 jam mereka berada di bilik Dr Rani. Sesekali Farah bertanyakan soalan, kadangkadang Adam yang pula yang bertanya. Dr Rani memberikan nasihat tentang pemakanan Farah, apa makanan yang perlu dielakkan, apa yang dia perlu buat bila sakit kepala mula menyerang. Dia perlu mengenalpasti samaada sakit kepala yang dialaminya adalah disebabkan migraine, atau disebabkan

oleh stress, kerana itu adalah dua sakit yang berlainan, jadi dia perlu tau ubat mana yang perlu diambil. Adam pun turut tekun mendengar penerangan dari doktor. "So, ko nak gi mana pasnih?" tanya Adam, selepas mereka mengambil ubat Farah. "Baliklah, nak gi mana lagi." "Jom kita gi carik kain untuk jadi pengapit nanti nak? Last minute beli kang susah lak nak tempah." "Hmmm.... okay jugak tuh. Aku ingat nak balik kampung akhir bulan nih. Boleh tempah kat sana, sambil tu, bolehlah aku tunjukkan kain tuh kat Anis." "Dah tu, setuju la nih nak gi carik kain?" tanya Adam. "Yup. Nak gi kat mana arr?" "Laaa... ko tanya aku lak. Mana la aku tau pasal kain-kain nih." "Ko ingat aku tau sangat ke?" "Dah tu, camne nih? Nak gi mana?" "Gi Mid Valley la, situ ada Kamdar kan?" "Manalah aku tau. Ikut ko lah." "Okay, jomlah," Farah nak berlalu dari situ, tapi dihalang Adam. "Eh! Jap, nak gi dua keta ke?" "Abih, takkan nak tinggal keta kat sini." "Tinggal je la, naik keta aku. Parking dah la susah kat Mid Valley tu, weekend camnih, ramai orang. Lagipun, dah jimat duit minyak dengan duit parking." "Habih tuh, keta aku tinggal sini, kena bayar gak parking." "Alaa.. sampai tengahari je ari nih kena bayar parking, pastuh dah free. Biar aku bayarkan." "Takyah, aku boleh bayar sendirilah," kata Farah. Takkanlah nak suruh Adam bayarkan kot. Mereka berdua pun ke Mid Valley pula, dengan kereta Adam. Kereta Farah ditinggalkan di situ. Jadi satu kerja pulak nak balik semula ambik nanti. Siapa suruh nak sangant keluar asing-asing tadi, kan dah menyusahkan diri sendiri. Sampai di Mid Valley, mereka berjalan-jalan dulu di kedai-kedai lain, tak terus pergi ke kedai kain. Alang-alang dah sampai Mid Valley, takkanlah nak pergi beli kain aje kemudian terus balik. Seronok juga shopping bersama-sama, macam kat One Utama dulu. Tapi dulu ada Kaer, kali ni mereka berdua aje. "Eh! Tu Anding dengan Edlin kan?" kata Adam. Ketika itu dia dan Farah berada di dalam Jaya Jusco, kat bahagian perempuan. "Ha?! Mana?" Farah yang sedang membelek baju memandang sekeliling. "Tu," kata Adam lagi, menuding jarinya ke arah Anding dan Edlin yang sedang berjalan menuju ke arah mereka. Tapi kedua-duanya sedang bercakap, jadi tak perasan kehadiran Adam dan Farah di situ. "Alamak! Camne nih?" Farah mula panik. Nak lari dari situ, tak boleh, mesti Anding dan Edlin nampak nanti, sebab Farah dan Adam ada di sudut paling tepi. Tak ada jalan lain dah boleh lalu. Satu-satunya fitting room yang ada di situ pulak ada orang kat dalam, kalau tak, boleh jugak

sembunyi kat dalam. Orang pulak tak ramai kat bahagian tu, nak mencelah kat belakang orang ramai pun tak boleh. Apa aku nak buat nih. Anding dan Edlin makin hampir. Tanpa berfikir panjang, Farah masuk ke celah-celah baju yang tergantung di rak di situ. Badannya terpaksa dibongkokkan sedikit. Dia menarik baju-baju yang tergantung supaya menutupinya. "Weh! Farah, apa ko buat?" terkejut Adam dengan tindakan Farah. "Syyy!! Jangan cakap aku ada kat sini," bisik Farah, tapi masih dapat didengari oleh Adam. "Eh! Adam, apa ko buat sini?" seketika kemudian, Farah dapat mendengar suara Edlin menegur Adam. "Errr.... shopping laa," jawab Adam. "Shopping? Hehehe, takkan ko nak beli baju ni kot," Anding pula bersuara, kemudian Farah dapat mendengar bunyi baju di rak dia bersembunyi diselak-selak. Dia boleh nampak kaki Anding. Alamak! Kalau dia nampak, mampus aku. Apa nak jawab. At least kalau diorang terserempak dia dengan Adam, ada alasan lagi dia boleh auta, tapi, kalau jumpa dia bersembunyi macam nih, nak jawab apa. Tadi memang dia tak fikir panjang dengan tindakannya, terus je sembunyi. "Aku nak beli untuk mak aku la," pandai lak Adam beri alasan. "Takkan mak ko pakai baju kat bahagian nih kot," terdengar gelak Edlin. Adam nih pun satu, bagilah alasan logik sikit. Adam menjawab sesuatu, tapi Farah tidak mendengar apa yang dikatanya. Tumpuannya beralih pada sepasang tapak kaki kecil yang menghampiri rak tempat dia bersembunyi. Tiba-tiba muncul di celah-celah pakaian, muka kanak-kanak kecil yang comel, mungkin dalam lingkungan usia 2 tahun. Farah hampir menjerit sebab terkejut, tapi cepat-cepat dia menutup mulutnya dengan tangan. Kanak-kanak lelaki itu tersenyum pada Farah, menyangkakan yang Farah sedang bermain. Farah meletakkan jari ke bibirnya, memberi isyarat supaya budak tu tak bising. Harapharap budak tu faham. Budak itu tersengih, turut meletakkan jarinya ke bibir, mengikut perbuatan Farah. Kemudian dia turut masuk bersembunyi bersama Farah. Aduh! Matilah aku. Kantoilah nanti. "Faris, Faris," tiba-tiba terdengar suara wanita memanggil-manggil. Tak lama kemudian, muncul sepasang kaki memakai kasut tumit tinggi berhampiran dengan rak tempat Farah dan budak lelaki itu bersembunyi. Alamak! Mesti perempuan tuh cari budak nih. Farah tak tau nak buat macammana. Dia nak suruh budak tu keluar, tapi nanti Anding dengan Edlin dengar pula. Budak tadi makin mendekati Farah, sambil tersengih. Seronok boleh main sembunyi-sembunyi. "Faris!!"

Aduh! Takkan nak diam aje nih. Nanti perempuan tuh ingat budak laki nih dah pergi ke tempat lain. Tak pasal-pasal hilang pulak, aku pulak yang terlibat. Budak nih pun satu, macammanalah dia boleh nampak aku kat sini. Tapi tak sampai hati pulak Farah nak marah, bila melihat kanak-kanak comel itu tersengih, menghulurkan sesuatu pada Farah. Gula-gula rupanya, alahai, comelnya. "Farah," ada tangan yang menepuk bahunya, menyebabkan Farah terjerit sedikit, tak sempat nak tutup mulutnya kali ini. Dia berpaling ke arah tangan yang menepuknya tadi. Adam rupanya. Farah mencari-cari Edlin dan Anding. "Diorang dah blah," kata Adam, tau yang Farah mencari Edlin dan Anding. Farah mengeluh lega. Dia menyambut huluran tangan Adam, dan keluar dari tempat persembunyiannya. Kemudian dia tunduk kembali, dan menghulurkan tangannya pada budak lelaki tadi. Budak tadi menggeleng-gelengkan kepala, tak mau keluar dari situ. "Puan, puan cari anak puan ke?" Farah menegur wanita yang dia agak mencari budak lelaki itu. "Ha'ah, ada nampak tak, budak laki, pakai T-shirt putih dengan short jeans." "Kat bawah nih," Farah memberitahu. "Oh, kat situ rupanya. Dia nih memang nakal sikit. Terima kasih ye cik." "Sama-sama." "Camne lak budak tuh boleh ada ngan ko?" tanya Adam. "Tah, tiba-tiba je muncul. Diorang gi mana?" tanya Farah, mengintai-intai Edlin dan Anding. "Diorang nak pegi kat sport section. Yang ko sembunyi tuh apsal?" tanya Adam, tak puas hati. Sampai sanggup sembunyi macam tuh sekali, takut Anding dan Edlin nampak mereka bersama. Tercalar gak ego dia. "Nanti diorang banyak tanya. Jomlah kita balik," kata Farah, menarik lengan Adam, hendak segera berlalu dari situ. "Tapi, kain...." "Lain kali lah kita beli. Esok boleh lagi kan," potong Farah, langkahnya bukan main laju lagi. "Okaylah, okaylah, tapi kita pergi makan dulu, baru balik. Aku lapar nih." "Okay, tapi bukan kat sini, kita gi kat lain." "Baiklah cik puan," Adam menurut aje Farah menariknya ke arah parking kereta. ------------------------------------------------------------------------------------------------Farah sedang bersiap-siap untuk keluar. Minggu lepas tak jadi pergi beli kain untuk buat baju pengapit dengan Adam. Lepas makan tengahari tempoh hari, mereka terlajak pulak pergi tengok wayang. Punya la jauh diorang pergi tengok wayang, sanggup pergi kat Bukit Raja Shopping Centre, kat Bandar Baru Klang. Sebab Farah takut bertembung lagi dengan kawan-kawan yang lain. Adam terpaksa ikut

kemahuan Farah, sebab kalau tak, Farah nak balik je terus. Jadi dia pergi je la jejauh, asalkan dapat habiskan masa bersama Farah. Hari Ahad pula, Nurul dan Edlin ajak Farah keluar, jadi cancel plan nak pergi beli kain dengan Adam. Hujung minggu ni kena pergi jugak, sebab next weekend dah nak balik kampung. Kalau tak beli sekarang, tak sempat pulak nak tempah nanti. Cuti pun dah apply, dan dah approve. 2 hari aje dia mintak cuti. Adam pun dah ambil cuti jugak. Officemate lain mesti pelik diorang ambil cuti serentak nanti. Tapi tuh memang tak boleh nak ditolong dah, takkan nak hari lain-lain, sedangkan diorang nak balik kampung bersama. Bila dah siap, Farah mencapai kunci kereta dan turun ke bawah. Nurul tak ada di rumah, kena masuk ofis hari ni, buat overtime, jadi tak perlulah dia bersoal jawab. Edlin pula tak balik semalam, tidur kat rumah makciknya. Farah memandu keretanya ke One Utama. Selepas dapat parking, dia mengambil telefon, nak telefon Adam. Tak sempat lagi dia call, ada bunyi hon kereta di belakangnya. Dia berpaling. Laaa... bila masa lak mamat nih ada kat belakang aku. Tak perasan pun dari tadi. Mereka janji nak jumpa kat One Utama, kemudian baru pergi ke tempat lain, tinggal kereta Farah kat situ. Parking pun murah je situ, seringgit sekali masuk. Nak buat macammana, memang saja nak menyusahkan diri. Farah keluar dari keretanya, dan masuk ke dalam kereta Adam. "Apsal ko masuk gak dalam parking. Bukan ke aku suh amik kat luar je, nih tak pasal-pasal kena bayar parking," kata Farah sebaik saja masuk dan duduk di sebelah Adam. "Biarlah aku nak bayar, saja je nak ikut. Kang ko lari ke lain lak," jawab Adam. Tak sedap hati sebenarnya, nak biarkan Farah parking sorang-sorang, macam-macam boleh jadi kat parking kereta, terutama lak Farah perempuan, sorang pulak tuh. Tapi kalau dia jawab macam tuh, memang sah lah gaduh pulak nanti. Minah nih memanglah, degil sangat, tak mau naik sekali dari rumah, takut sangat yang lain nampak. Apa masalahnya kalau kawan-kawan tau, diorang kan dah berdamai. Kat ofis pun sama juga, jarang Farah bercakap dengan Adam, kecuali hal-hal kerja. Nak ajak keluar lunch sama-sama pun susah, sebab Farah tak nak bertembung dengan yang lain. Masalah betullah minah ni sorang. Setakat nih Adam sabar lagi, ikut ajelah dulu. Lagipun, dia tak ada hak nak paksa Farah. Farah nak keluar nih dengan dia pun dah kira nasib baik ni. "Nak lari ke mana gak. Mana tiket parking, biar aku gi bayar jap," Farah menghulurkan tangan, menyambut tiket yang dihulurkan oleh Adam, tapi duit seringgit yang diberi tidak diambilnya. Farah

keluar semula untuk bayar parking di Autopay machine. Kemudian mereka berdua keluar dari One Utama. "Farah, abang Adi telefon on the way mai sini tadi. Dia mintak tolong jaga Azuan, sebab dia dengan Kak Ira ada hal sikit. Kita bawak Azuan kuar sekali ngan kitalah yek?" kata Adam. Abang Adi, salah seorang abang pada Adam, kerja di KL jugak. Adam tak duduk sekali dengan abangya itu, sebab abangnya dah berkeluarga, tak sedaplah kan nak duduk bersama gak. Lagipun, sewa rumah dengan kawan-kawan lagi senang. Rumah Abang Adi pulak jauh dari ofisnya, kat Wangsa Maju. Abang Adi ada seorang anak lelaki, Azuan, hasil perkahwinannya dengan Kak Ira. "Aku tak kisah. Berapa tahun dah umur anak buah ko tuh ha?" "2 tahun lebih." "Ko nih reti tak nak jaga budak?" "Mestilah reti, tengok kakilah." "Ye ke? Tapi kat kaki ko ada tulis, ko tak reti jaga budak." "Hek eleh, ko tak tau lagi, aku expert la jaga budak nih. Anak buah dah ada 3 orang dah, selalu dah practice. Diorang nampak aku mesti happy la," kata Adam. Abangnya yang seorang lagi, Abang Azri, dah ada dua orang anak. "Oooo... ko nih kira pak buah kesayangan la yek?" "Pak buah ko panggil aku? Ada ke patut," kata Adam, tergelak mendengar kata-kata Farah. "Betullah, kalau anak sedara, dengan pak sedara, jadi anak buah, dengan pak buah la, hehehe." "Jadi ko ni mak buah la yek." "Mana ada, aku tak ada anak buah. Hehehe, aku kan anak tunggal, jadi, takleh la jadi mak buah." "Takpe, aku kasik ko share anak buah aku," kata Adam, ada maksud yang tersirat dari kata-katanya itu, tapi Farah tak faham. "Baiknya hati ko nak share anak buah ko ngan aku yek. Nih mesti nak suruh aku jaga Azuan nanti." "Alaaa.. apa salahnya, practice." "Practice?" "Practice jaga anak sendiri nanti, hehehe." "Ces! Ke situ lak ko. Entah kawin ke idak aku belum tentu lagi." "Ish! apa ko nih, tak baik cakap camtuh." "Laaa.. betullah. Boyfriend pun takde, nak kawin ngan sapa." "Kalau takde orang nak, biar aku je gi masuk minang ko," usik Adam penuh makna. "Hehehe, boleh, boleh, tapi tunggu ibu aku kawin dululah, mana boleh langkah bendul," jawab Farah, tergelak. "Takpe, aku sanggup bagi serba dua." "Takleh, takleh, kena tunggu ibu kawin dulu gak. Tak mau langkah bendul." "Hmmm... kalau camtuh, aku kena carik boyfriend sorang la untuk ibu ko kan. Pastuh baru leh aku masuk minang ko." "Hehehe... macam yer yer je ko nak masuk minang aku." "Ko cabar aku ke? Kang aku gi masuk minang betul kang, tekejut ko." "Eleh, tak terkejut pun, pegilah masuk minang. Duit dah cukup ke? Hantaran RM7,777 yek. No hutang." "Okay, beres. Balik minggu depan, kalau ada rombongan datang rumah ko, jangan ko terkejut lak.

Tak boleh tarik balik dah kata-kata ko." "Hehehe, okay, aku tunggu," kata Farah, tersengih. Entah apa-apalah yang diorang melalut. Macammana boleh cerita pasal pinangmeminang pulak. Kelakar pulak bila difikirkan semula, dia dan Adam boleh bergurau-senda macam tadi. Padahal, 2 minggu lepas, kalau tengok muka Adam, mesti dia rasa nak cekik-cekik aje. Walaupun baru saja lagi dia dan Adam berdamai, rasa macam dah lama mereka berkawan baik. Dia rasa gembira bila Adam di sisi. Lagipun, Adam seolah-olah bagi kekuatan padanya berdepan dengan masalah yang disimpannya selama ini. Baru 2 hari lepas, ibu telefon, dia diganggu lagi oleh Auntie Ida. Selepas ibu habis bercerita, Farah bertanya ibu samaada ibu nak dia buat sesuatu ke, samaada jumpa Auntie Ida ataupun ayahnya sendiri. Terkejut ibu dengan soalan Farah. Kata ibu, dia hanya nak berkongsi cerita saja, tak terfikir pun nak suruh Farah buat sesuatu. Lagipun, kata ibu lagi, lepas dia cerita kat Farah, dia lupakan aje perkara itu, tak payah nak fikir lagi, tak ada faedah pun. Biarlah apa ayah dan perempuan tuh nak kata, bukan luak pun. Lepas habis bercakap telefon dengan ibunya, Farah termenung sendiri. Teringat nasihat Adam, ada betulnya kata-kata mamat tuh. Dia tak perlu memikul masalah keluarganya seorang diri. Sebagai keluarga, memanglah masalah dikongsi bersama. Tak perlu simpan rahsia sesama mereka kalau masalah itu melibatkan keluarga mereka. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sedikit demi sedikit, Farah rasa beban yang ditanggungya selama ini ringan sedikit. Memanglah susah nak kikis perasaan yang dia perlu bertanggungjawab dengan segala apa yang berlaku pada keluarganya. Bukannya boleh sekelip mata, kenalah ambil masa juga. Adam banyak memberi kata-kata semangat dan nasihat untuk Farah. Tak sangka mamat tuh ada bakat kaunseling yang terpendam. Boleh pakai jugak kata-kata dia. Dulu kalau tension, dia carik pasal dengan Adam, tapi sejak dah baik nih, dia boleh mengadu kat Adam. Farah tak perlu pun cerita apa masalahnya, cukup dia kata dia tengah tension, Adam dah faham. Diorang selalu la bersms dan beremail. Padahal duduk rumah dekat dah, keja pun satu ofis, masih nak bersms dan email. "Oit! Menung apa tuh, sampai dah nih. Jom la masuk dulu," kata Adam sebaik saja sampai ke perkarangan rumah abangnya. "Mana ada menunglah." "Habih tu, kalau tak menung apa? Penat membebel sendiri tadi, bukan ko dengar pun." "Saja je malas layan ko, hehehe."

Pintu dibuka oleh Kak Ira sebelum mereka sempat bagi salam. Dah dengar bunyi kereta Adam masuk ke perkarangan rumah tadi. Farah bersalam dengan Kak Ira dan kemudian masuk ke ruang tamu. Dia tak pernah lagi datang rumah Abang Adi dan Kak Ira, tapi dia dah biasa dengan mereka berdua, terutama dengan Abang Adi yang berkawan baik dengan Pak Sunya. "Farah dengan Adam nak gi mana?" tanya Kak Ira, selepas memanggil suaminya yang berada di tingkat atas. Dia dah pun siap sedia untuk keluar. "Kitorang nak gi cari kain, untuk baju pengapit. Kawan kitorang, Shahril dengan Anis mintak Adam dengan Farah jadik pengapit diorang." "Shahril? Yang tinggi-tinggi, kulit cerah tu ke?" tanya Kak Ira, cuba mengingati kawan-kawan Adam. "Ha'ah! Yang tulah, kawin ngan kawan sekampung gak, satu skolah ngan kitorang dulu. Tapi Kak Ira tak kenal ko Anis tuh. Kawan baik Farah." "Nak carik kain kat mana?" "Entahlah Kak Ira, Farah pun bukan reti sangat nih. Kak Ira boleh kasik suggestion tak kat mana nak carik?" "Kalau nak senang, kat Carrefour Wangsa Maju ada kedai kain, banyak gak pilihan situ." "Okay gak tuh kan Farah, dekat sini aje. Okay ke?" Adam memandang ke arah Farah. "Boleh je." "Mintak maaflah nyusahkan korang kena jaga Azuan. Tak tau nak hantar kat mana, last minute sangat." "Takpelah Kak Ira, tak kisah." "Ha'ah Kak Ira. Farah nih memang nak belajar jaga budak," usik Adam. Tak pasalpasal satu cubitan singgah kat lengan dia. Adam mengaduh, tapi masih boleh lagi ketawa. "Tak habis-habis nak kacau Farah ko nih Adam," sampuk Abang Adi, yang baru turun dari atas sambil mendukung Azuan. Adam hanya tergelak, kemudian bangun untuk bersalam dengan abangnya. Dia kemudian mengambil Azuan yang dah hulur tangan bila nampak Adam. "Dia nih memang Abang Adi," Farah mengadu, tapi tersenyum pada Abang Adi, bermaksud dia tak marah pun pada Adam. "Korang boleh tolong jaga Azuan yek. Petang nih Abang Adi baliklah." "Boleh. Takpe ke kitorang bawak dia keluar nih?" "Dia lagi suka kalau gi jalan. Ira, beg Azuan awak dah siapkan ke?" "Dah siap bang. Farah, nih barang-barang Azuan semua dalam ni. Susu, botol susu, pampers, baju." "Okay," Farah menyambut beg yang diberikan padanya. "Stroller dia nanti Abang Adi ambik kat dalam kereta." Mereka keluar ke garaj, sambil Abang Adi dan Kak Ira berpesan tentang Azuan. Farah mengambil Azuan dari Adam dan masuk ke dalam kereta, sementara Adam memasukkan stroller ke dalam bonet keretanya. Nasib baiklah Azuan ni jenis tak takut dengan orang, jadi dia tak kisah pun bila

Farah ambil dia. Sibuk dia bermain-main dengan rambut Farah yang panjang. Adam duduk di tempat memandu, dan mereka bertiga pun terus ke Carrefour yang tak jauh dari rumah Abang Adi. "Okay, kita bagi-bagi duty yek. Aku bagi dia makan, suap dia susu. Ko lak, tukar pampers dia." "Mana adil camtuh, ko lah yang tukar pampers, aku buat susu dia." "Apa pulak, anak buah ko kan, ko yang kena buat. Aku offer nak buat susu dia tuh dah cukup baik." "Takde, takde, kan ko kata nak share anak buah aku. Jadi ko kena gak share dengan aku." "Kalau macam tuh tak mau lah share." "Mana boleh camtuh. Okaylah, kita tukar pampers dia sama-sama yek." "Hmmm... nanti aku fikir dulu." "Takleh fikir-fikir lagi. Baru adil kalau buat sama-sama." "Yelah, yelah, mengadalah ko nih," Farah mengalah juga dengan Adam. Sampai di Carrefour, stroller dikeluarkan, dan Farah meletakkan Azuan di dalam. Adam pun menyorong Azuan dengan stroller dan Farah berjalan di sebelahnya, membawa beg yang berisi barang-barang keperluan Azuan. Bising suara Azuan bercakap dengan loghat pelatnya, menegur sekeliling. Mereka bertiga terus ke kedai kain yang dimaksudkan oleh Kak Ira, dan mencari kain yang sesuai untuk dibuat baju pengapit. Lama juga menilik kain di situ, akhirnya ada juga yang berkenan dan sedondon. Sesudah membayar, perut pula lapar, mereka pun pergi ke food court untuk makan tengahari. Adam yang order makanan sementara Farah jaga Azuan. Nak makan pula, kena gilir-gilir, sebab nak layan Azuan lagi yang nak juga makan. Semua benda budak kecik tuh nak. Mulut tak berhentihenti sebut "nak, nak". Tapi seronok juga layan Azuan, tak banyak karenah. "Eh! Adam kan?" tiba-tiba seorang lelaki datang menegur Adam di meja mereka. Bersama-sama dengannya ada seorang wanita yang sedang mengandung. "Napi ke?" tanya Adam pula. "Ha'ah, akulah." "Ya Allah, lamanya tak jumpa ko. Last sekali masa amik result dulu kan," Adam bersalam dengan lelaki tersebut yang dipanggil Napi. Rupa-rupanya kawan sekelas dia di MRSM dulu. "Ko keja sini ke sekarang?" tanya Napi. "Kat Taman Tun. Ko keja kat ner?" "Aku kat Menara Maybank. Ko tinggal kat area sini ke?" "Taklah, aku duk kat Kota Damansara. Ko duk mana?" "Dekat-dekat sini je. Jauhnya ko ke sini." "Takdelah, aku gi umah abang aku kat sini." "Oooo.. Tak sangka yek jumpa ko. Eh! Lupa nak kenalkan, ni isteri aku, Nurhana," Napi memperkenalkan wanita mengandung di sisinya. "Eh! Duduklah," pelawa Farah, baru ada peluang nak bersuara. Kesian pulak kat wanita tu yang sarat mengandung. "Terima kasih. Nurhana," Nurhana menghulurkan tangannya pada Farah.

"Farah." "Dah kawin dah ko yek. Yang ke berapa nih?" tanya Adam. "Anak sulung la nih. Berdebar aku nak jadi ayah. Ko lagi advance nampaknya yek." "Advance?" "Yelah, dah jadik bapak dah ko yek. Berapa umur anak korang nih?" tanya Napi, mencuit pipi Azuan yang tersengih-sengih di dalam strollernya. Farah yang sedang minum tersedak dibuatnya. Nasib baik tak tersembur, setakat terbatuk-batuk aje. Adam dengan pantas menepuk-nepuk belakang Farah, cuba meredakan batuk Farah. Ish! Ada ke patut diorang ingat Azuan nih anak aku dengan Adam. Macammana diorang boleh terfikir macam tuh. "Okay?" tanya Adam bila batuk Farah dah reda. Berair mata Farah akibat tersedak tadi. Terkejut dengan soalan kawan Adam tadi. "Okay dah ke isteri ko?" tanya Napi. Nasib baiklah Farah bukannya sedang minum bila Napi berkata begitu, kalau tidak, ada yang tersedak lagi sekali. Tiba-tiba Farah rasa lucu pula dengan situasi itu, tak pasal-pasal dia tergelak. Napi dan Nurhana tercengang-cengang, bila Farah tiba-tiba ketawa. Tak betul ke dia nih? "Nih bukan anak kitorang, tapi anak abang dia," Farah menerangkan, dengan ketawa yang masih bersisa. "Laaa.. ye ke? Ingatkan anak korang. Nampak macam satu family je tadi," kata Napi. Memang kalau orang lain tengok dan tak tau perkara sebenar, tentu menyangka yang Adam, Farah dan Azuan satu keluarga. "Hehehe, takdelah. So, maknanya, ko la yang lagi advance dari aku." "Korang takde anak lagilah yek," tanya Napi. "Belum ada rezeki," jawab Adam selamba, sebelum sempat Farah mennyangkal yang mereka bukannya suami isteri. Tak guna punya Adam, ada ke dia pergi jawab macam tuh, tentu kawan dia salah faham. Farah menyumpah-nyumpah Adam dalam hati, tapi tak berkata apa-apa. Nanti jadi panjang pulak cerita. Lantaklah, kawan dia, bukannya aku jumpa lagi lepas nih. "Tak apalah tuh, nanti adalah. Eh! Aku tak boleh lama nih. Nanti aku contact ko lah, bak sini ko punya number." Adam memberikan nombor handphonenya pada Napi, dan kemudian mengambil nombor telefon Napi pula. Sebaik saja Napi hilang dari pandangan, Adam terus ketawa terbahak-bahak. Kelakar pulak bila kawannya salah faham hubungan dia dan Farah tadi. Lagi-lagi ingat muka Farah bila Napi tanya umur 'anak' mereka. Farah yang tadi rasa geram pada Adam kerana tak bagitau perkara sebenar, kemudian ikut sama tergelak. Kelakar juga sebenarnya peristiwa tadi. Azuan yang melihat Farah dan Adam ketawa, turut ketawa walaupun tak paham apa-apa. Bila melihatkan Azuan ketawa, makin kuat ketawa Adam dan Farah. Orang keliling memandang ke arah mereka, kemudian tersenyum

melihat pasangan muda itu kelihatan begitu bahagia. -------------------------------------------------------------------------------------------------"Nurul, Nurul," Farah mengetuk pintu bilik Nurul. Tak lama kemudian, Nurul muncul di muka pintu, dengan telekung sembahyang. "Nak bertolak dah ke?" tanya Nurul bila dilihatnya Farah dah siap berpakaian lengkap, dengan sweater terikat di pinggangnya. "Ha'ah! Aku pegi dulu yek," Farah bersalam dengan Nurul. "Adam tunggu kat bawah ke?" "Tuh dia ada kat luar." Nurul memandang ke arah pintu rumah mereka. Adam dengan jeans biru dan sweater merah berdiri di luar menunggu Farah. "Oit, Dam, bawak keta elok-elok. Jaga housemate aku. Korang jangan duk bergaduh lak dalam keta kang," pesan Nurul. "Baiklah mak tiri," jawab Adam, tersengih. "Aku takde hal, dia la nanti carik pasal," kata Farah. "Apa lak aku. Ko yang selalu start dulu," balas Adam, saja je nak warming up pagipagi buta nih. Hilang sikit rasa mengantuk. Kat luar masih gelap lagi. Dia dan Farah dah berpakat nak bertolak balik ke kampung lepas Subuh. Kereta tak banyak lagi pagi-pagi ni, lepas tuh tak panas sangat. Budget tengahari sampailah kat kampung mereka. "Mana ada, ko yang suka usik aku dulu." "Aku yang drive nanti yek, camne lak aku nak usik ko." "Wei! Udahlah tuh, belum bertolak lagi dah nak gaduh ke," Nurul menghentikan perang mulut Farah dan Adam. Padahal budak berdua tuh saja je, bukannya gaduh betul-betul pun. Sekarang nih, jadi macam untuk show off je kat yang lain kalau bergaduh. Depan kawan-kawan, saja je bergaduh, kononnya nak cover la, padahal kat belakang punyalah baik mereka berdua sekarang ni. "Takpe Nurul, kalau dia carik pasal, aku tinggal dia tengah jalan kang," jawab Adam. "Amboi, suka hati je nak tinggal aku yek. Nanti ko nak jawab apa kat ibu aku. Aku dah cakap aku balik ngan ko. Ha, kalau ko tinggal aku, ko gak yang kenan nanti." "Dahlah tu korang. Farah, ko dah jumpa Edlin ke?" "Nih nak gi jumpa dia la nih. Dam, tunggu jap yek." "Biar aku turun dulu la, panaskan enjin kereta. Bak sini beg ko." "Nah," Farah menghulurkan begnya pada Adam. "Ko tolong bawak air masak nanti yek," pesan Adam pada Farah sebelum turun ke bawah. Farah masuk ke bilik Edlin, mengejutkan Edlin yang masih tidur lagi. Lepas bersalam dengan Edlin yang masih tak berapa sedar lagi tuh, Farah masuk ke dapur, mengisi air masak ke dalam botol. Kemudian Farah turun ke bawah, ke kereta Adam. 10 minit kemudian, kereta Satri GTI berwarna kelabu itu meluncur di atas jalan raya yang masih lengang lagi.

Farah tak tidur pun semasa dalam perjalanan. Macam-macam perkara yang mereka borak dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam, bergantung pada keadaan lalu lintas. Mereka berdua ketawa bila mengimbas kembali zaman kanak-kanak, semasa mereka masih berkawan, kemudian mula renggang, dan akhirnya bergaduh. Adam mengaku pada Farah yang dia berbaik dengan Lina, kawan Farah dulu, yang menjadi punca mereka bergaduh, sebab dia nak berkawan semula dengan Farah. Tersenyum Farah mendengar pengakuan daripada Adam, dia meminta maaf kerana memukul Adam dulu, dan mengakui yang sebenarnya Lina bukannya sebab utama, tapi sekadar motif saja, untuk melepaskan rasa marahnya pada Adam yang sengaja menjauhkan diri darinya, walhal sebelum itu mereka berkawan baik. Tambahan lagi Adam dan kawan-kawannya selalu saja mengata Farah dulu. Giliran Adam pula meminta maaf dari Farah. Banyak perkara yang mereka luahkan dalam perjalanan itu, supaya tak ada lagi salah faham antara mereka. Mereka berhenti untuk bersarapan, dan kemudian meneruskan lagi perjalanan. Perbualan mereka kemudian beralih dari zaman kanak-kanak, kepada zaman remaja, dan kemudian zaman dewasa sekarang. Farah bertanyakan tentang ex-girlfriend Adam,dan Adam menceritakan apa yang terjadi. Tapi dia tak cerita kaitan Farah dengan punca dia dan ex-girlfriend dia berpisah. Benda dah lepas, dia pun dah tak jumpa dengan ex-girlfriend dia lagi, jadi tak payahlah nak cerita. "Apsal ko tak carik pengganti arr? Ko takleh lupa lagi ke awek lama ko?" tanya Farah, ingin mengorek rahsia hati Adam. "Aku dah lama lupakan dia," jawab Adam. "Dah tuh, apsal ko tak carik lain?" "Sapa kata aku takde pengganti?" tanya Adam semula pada Farah, sambil tersenyum. "Ha? Ada ke? Tak tau pun. Sapa?" tanya Farah, terkejut. Sejak bila pulak mamat nih ada awek, tak dengar cerita pun. "Ko lah jadi pengganti," jawab Adam, kemudian tergelak. "Ek eleh, aku tanya betul-betul, ko memain lak," marah Farah bila Adam tak serius dengan soalan yang ditanya. "Hehehe... salah ke?" "Alaa... cakaplah Adam. Ko tak carik awek lain ke?" "Hmmm... Entahlah. Aku rasa, aku malas dah nak bercintan-cintun nih. Kalau aku berkenan kat pompuan tuh, aku masuk minang je terus. Senang cite, pas kawin baru bercinta." "Heheheh... macam zaman dulu-dulu lak yek. Abih tuh, mak ko nak carik untuk ko tuh, apsal ko tak nak?" "Mana sama. Aku nak carik sendiri, tapi aku malaslah nak ngorat-ngorat nih, kawin terus je." "Oooo.. camtuh yek." "Ha, aku nak tanya ko lak. Apsal ko tak pernah bercinta?" giliran Adam pula mengorek cerita dari

Adam. "Mana ko tau aku tak penah bercinta?" "Alah Farah, semua citer ko dalam tangan akulah. Aku taulah ko tak penah ada pakwe. Ko tak penah minat kat sapa-sapa ke?" "Minat tuh adalah, biasalah kan. Tapi jatuh cinta, tak pernah kot." "Sebab apa? Ko tak percayakan laki ke? Sebab ko punya family history?" tanya Adam lagi. "Taklah, bukan sebab aku tak percayakan laki. Tapi... aku tak percaya kat diri aku sendiri." "Tak percaya kat diri ko? Camne?" tak faham Adam apa yang dimaksudkan oleh Farah. "Entahlah, kalau ada orang minat kat aku, nak berkenalan ke aku, memang aku tak percayalah. Aku rasa diorang nak memain aje. Not serious. So aku takut nak committed." "Apsal ko tak percaya lak kalau ada orang suka kat ko?" "Because I don't think they really like me. They don't know the real me. When they get to know me, I'll bet they will not like me anymore," terang Farah. Memang begitulah selalunya. Kalau ada seseorang yang meminatinya, Farah layan gitu-gitu aje, lepas tuh, dia akan mula menjauhkan dirinya dari lelaki tersebut. Lebih baik dia menjauhkan diri, sebelum hatinya dikecewakan. Sekali dia sayangkan seseorang, memang dia sayangkan sepenuh hatinya. Dia tak mau kecewa sebagaimana ibu kecewa dulu. "You don't even give them a chance right?" "There's no need to. It will always end up the same way. They will stop their admiration when they get to know me." "Why? There's nothing wrong with you." "You don't understand." "Make me understand." "I don't know how," keluh Farah. Susah nak diluahkan apa yang dirasanya. "Okay, we start with yourself. What make you think a guy will lose interest if he start to get to know you?" "Adam, my own father left me. She chose other woman instead of his own daughter. There must be something wrong with me." "So, that's the real problem kan. It's about your father. You are still hurting." "Of cource I am. You think I'm not human, takde perasaan?" "Farah, this may be sound lame. Not every guy is like your father. From what you said, aku rasa, ko memang tak percayakan lelaki." "I trust you, and you're a guy." "You trust me?" tanya Adam, terharu bila Farah berkata begitu. "Laaa... kalau aku tak percaya kat ko, takkan la aku cerita semuanya kat ko. Even masa kita gaduh pun, I know I can trust you." "Why?" "Entah, aku pun tak tau. Kenapa, tak percaya?" tanya Farah, mengajuk dialog iklan di tv, menyebabkan Adam tergelak. Suasana serius tadi bertukar jadi ceria kembali. "Thanks." "Ha? Sebab apa?" "Because giving me your trust. That's the first step." "First step untuk apa?" Farah tak faham apa yang dimaksudkan oleh Adam. "You will meet the right guy nanti," Adam tak menjawab soalan Farah.

"Apa kena mengena lak aku percaya kat ko dengan the right guy." "Ada la kaitannya. Sampai masa nanti ko fahamlah." "Ko nih buat pening aku je." Adam menukar topik perbualan, sambil terus memandu. Farah ada juga offer diri untuk gantikan tempat Adam pula memandu, tapi Adam menolak. Bukannya tak percayakan Farah, tapi dia masih boleh lagi memandu, tak penat pun. Mereka sampai ke rumah atuk Farah elok-elok saja tengahari. Farah tak terus balik ke rumahnya, sebab semua ahli keluarganya berkumpul di rumah atuk bila hari cuti begini. Sebaik saja kereta Adam memasuki kawasan rumah atuk, sepupu-sepupunya menerpa keluar, tak sempat pun lagi Farah keluar dari kereta. Mereka memang dah menunggu dari tadi. Farah bersalam dengan ahli keluarganya sementara Adam mengeluarkan beg Farah dari bonet kereta. Kemudian Adam meminta diri untuk pulang ke rumahnya, selepas bertanya khabar dengan ahli keluarga Farah. Lepas Adam pergi, Farah dan keluarganya naik ke atas rumah. Makanan tengahari dah terhidang. Seronok juga makan ramai-ramai begini. Sambil makan, sambil bercerita. Maklumlah, lama tak jumpa. Ini kali pertama Farah balik ke kampung sejak dia bekerja di tempat baru. Lepas solat Zohor, sambung lagi bercerita, bertukar-tukar berita. Ada juga cerita pasal ayahnya terkeluar, tapi Farah tak lagi rasa stress macam kebiasaannya, sebab kali ini, dia tak simpan lagi apa yang dia rasa. Dan dia sedar yang keluarganya tak pernah pun meminta dia memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah keluarga mereka. Malam itu, ibu mengajak Farah makan di luar. Ada perkara penting ibu nak cakap. Pelik juga Farah, macamlah tak boleh cakap kat rumah. Mereka tinggal berdua aje, bukan ada orang lain pun kat rumah. Bila sampai di kedai makan, barulah Farah faham kenapa ibu bawa dia makan di luar. "Farah, ibu nak kenalkan Farah dengan Uncle Anuar," ibu memperkenalkan Farah dengan lelaki yang lebih kurang sebaya dengan ibu. Farah bersalam dengan Uncle Anuar, kemudian mereka mengambil tempat di meja. Sebelum ibu memberitahu apa hubungan ibu dengan Uncle Anuar, Farah seperti sudah dapat mengagaknya. Tapi, bila ibu meminta kebenaran dari Farah untuk berkahwin, Farah terdiam, tak tau nak kata apa. Tak sangka yang ibunya akan berkahwin semula. Dia tak tau apa perasaannya ketika itu. Dia langsung tak pernah terfikir yang ibu boleh membuka hatinya untuk lelaki lain. Ibu tak takut ke dikecewakan lagi sekali oleh lelaki. Semasa sedang makan, Farah tak bercakap. Bila ditanya, barulah dia bersuara, itupun ringkas saja jawapannya. Dalam perjalanan balik ke rumah pun, Farah diam saja. Ibu bagi Farah

masa untuk berfikir. Dia takkan berkahwin dengan Uncle Anuar kalau Farah tak bersetuju. Sampai di rumahnya, Farah terus masuk ke biliknya. Dia termenung, berfikir tentang perkara tersebut. Boleh ke dia terima lelaki yang tak dikenalinya sebagai bapa tirinya. Boleh ke lelaki itu menjaga ibu sebaiknya, tak mengecewakan ibu. Kusut fikirannya memikirkan perkara itu. Farah mengambil keputusan untuk menelefon Pak Su, bertanyakan tentang ibu dan Uncle Anuar. "Hello, Assalamualaikum." "Hello, Pak Su. Ermm.. tadi ibu kenalkan Farah dengan Uncle Nuar." "Ooo... so Farah dah tau dah ye?" "Kenapa Pak Su tak cakap kat Farah," bunyi suara Farah seakan-akan merajuk. "Perkara ni kenalah ibu Farah sendiri cakap." "Dah lama ke ibu dengan Uncle Nuar?" "Farah tak tanya ibu ke?" "Farah terkejut sangat tadi. Tak tau nak kata apa. I don't even have a clue that ibu is seeing someone. Pandai korang simpan rahsia yek." "Uncle Nuar tuh kawan lama ibu. Pak Su tak ingat sangat dia, tapi Mak Lang, Pak Ngah dengan Mak Uda memang kenal dia." "Jadi, yang lain semua taulah ni. Farah sorang je tak tau?" "Jangan nak marah Pak Lang pulak. Mungkin ibu ada sebabnya tak nak bagitau Farah. At least, ibu mintak kebenaran Farah dulu kan sebelum dia setuju dengan lamaran Uncle Nuar." "Farah tak taulah Pak Su." "Farah, takkan nak biarkan ibu bersendiri sampai bila-bila. Nanti lambat-laun, Farah kahwin, mesti kena ikut laki Farah. Ibu camana lak," nasihat Pak Su. "Pak Su percaya Uncle Nuar boleh bahagiakan ibu?" "Itu Pak Su tak boleh nak jawab. Jodoh ni di tangan Tuhan. Kita tak tau apa akan jadi di masa depan kan. Kalau semua orang tau apa jadi in future, senanglah pulak kan?" "Tapi, Pak Su rasa Uncle Nuar tuh camne?" "Pak Su rasa dia tuh okay. Yang penting, ibu Farah happy." "Ibu happy ke?" "Sejak dia dengan Uncle Nuar nih, Pak Su nampak dia selalu saja happy. Baguslah macam tu kan?" "Uncle Nuar tuh dah kahwin ke belum?" "Duda, isteri dia dah dekat 10 tahun meninggal." "Oooo... ada anak ke?" "Ada, 3 orang.Paling tua sebaya dengan Zarul." "Anak-anak dia camne?" "Anak-anak dia boleh terima ibu Farah. Diorang pun seronok nak dapat mak baru. Maklumlah, 10 tahun hilang kasih sayang dari seorang emak." Lama juga Farah berborak dengan Pak Su. Dia terpaksa memutuskan talian bila anak Pak Su yang baru berusia 1 tahun menangis, nak tidur dengan ayahnya. Pak Su yang baru 2 tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan seorang anak perempuan hasil perkahwinan dengan Kak Sal, yang Farah panggil Mak Su sekarang.

Farah termenung di atas katilnya, berfikir apa yang dikatakan oleh Pak Su sebentar tadi. Memang betul kata-kata Pak Su, dia tak patut mementingkan dirinya sendiri saja. Ibu berhak mencari teman hidupnya, Farah langsung tak ada hak untuk menghalang. Tapi, bukan senang nak menerima semua ini dengan tiba-tiba. Nak menerima kehadiran orang baru dalam keluarga, bukan Uncle Nuar seorang saja, tapi dengan anak-anaknya lagi. Boleh ke mereka terima aku sebagai kakak mereka nanti. Best jugak nak dapat adik instant nih. Lagipun, kesian jugak kat anak-anak Uncle Nuar yang nak merasa kasih seorang mak. Teringat pula Farah kata-kata Adam siang tadi. Bukan semua lelaki macam ayah. Banyak rumahtangga lain yang bahagia, kekal hingga ke anak cucu. Pak Ngah yang kahwin semula lepas bercerai dengan Auntie Ida dulu, sekarang bahagia, malahan dah dikurniakan dua lagi anak hasil perkahwinannya dengan Mak Ngah. Kalau Pak Ngah boleh bahagia, kenapa pula ibu tak boleh. Ibu boleh buka hatinya untuk menerima lelaki lain, setelah dilukai dulu. Maknanya, ibu lagi tabah dari Farah. Sampai tertidur Farah berfikir tentang perkara tersebut, tapi sebelum matanya terlelap, dia dah pun membuat keputusan untuk membenarkan ibu berkahwin dengan Uncle Nuar. Selepas sembahyang Subuh pagi esoknya, Farah tak sambung tidur, sebaliknya, masuk ke bilik ibu. Dia memberitahu ibu tentang keputusannya. Segala keraguan Farah hilang bila melihat ibu begitu gembira dengan keputusan Farah. Lega juga rasanya, sekurang-kurangnya, ada orang yang boleh jaga ibu nanti. Dia jauh di KL, apa-apa jadi, susah juga. ------------------------------------------------------------------------------------------------"Kita pegi minum kat tepi pantai dulu nak?" Adam memberikan cadangan. Dia, Farah dan sepupu Farah, Zarul berada di dalam kereta Adam, baru balik dari tempah baju pengapit. Sebelum tu mereka pergi ke rumah Anis. Shahril pun kebetulan ada di situ juga, makan tengahari di rumah Anis. Lama juga mereka di situ. "Jom la abang Adam, best gak," Zarul menyetujui cadangan Adam. Farah ikut sajalah, dah dua lawan satu, kalahlah dia. Mereka pergi ke sebuah kedai di tepi pantai. Petang-petang begini, ramai juga orang datang, terutama dengan keluarga. Sedang mereka menikmati minuman dan goreng pisang, Farah perasan seorang lelaki yangfamiliar sedang berjalan ke arah warung yang sama. Macam kukenal orang itu. "Kak Farah, ayah la," kata Zarul. Memang sepupu-sepupunya memanggil ibu dan ayah Farah dengan nama yang sama. Tak panggil dengan panggilan Mak Long dan Pak Long, mungkin kerana

mereka ikut Farah, jadi lekat pula panggilan ibu dan ayah. Farah memerhati ayahnya yang semakin menghampiri warung tersebut. Terkejut Farah melihat perubahan pada ayahnya. Lebih 5 tahun dia tak berjumpa dengan ayah, memang jauh berubah. Makin kurus badan ayah yang memang dah sedia kurus, rambutnya pula nampak dah mula menunjukkan warna putih. Mukanya pun nampak cengkung. Tak sangka Farah lain benar rupa ayahnya sekarang. Ayah menghampiri meja mereka, dan menegur Zarul. Dia langsung tak mempedulikan Farah yang duduk di sebelah Zarul. Adam yang duduk setentang dengan Farah memerhatikan Farah, melihat reaksi mukanya. Adam pun kenal ayah Farah. Tak lama kemudian, ayah Farah berpaling ke arah Farah sekejap, kemudian berpaling ke arah Zarul semula. Kemudian tiba-tiba mukanya berubah, dan berpaling ke arah Farah semula. Mukanya nampak terkejut. Dia tak cam pun Farah tadi. "Ooo... anak derhaka ada balik rupanya," perli ayah Farah. Zarul di sebelah memegang tangan Farah, memberikan sokongan padanya dalam diam. Adam pula diam saja, tak boleh nak buat apa. Lagipun, ini hal keluarga, dia tak berhak untuk masuk campur. Tapi kalau keadaan jadi lebih buruk, dia bersedia untuk membantu Farah. "Assalamualaikum ayah," tegur Farah. Entah kenapa, dia langsung tak terasa dengan kata-kata ayahnya tadi. Langsung tak ada perasaan sedih. Tak taulah kenapa selama ini dia begitu takut nak berdepan dengan lelaki yang dipanggil ayah ini. Malah, dia berasa kesian pula pada ayahnya. Betul kata ibu dan keluarganya yang lain, ayah tak gembira, sebab itu dia masih nak ganggu keluarga Farah. Zarul ada bercerita pada Farah, semasa mereka berdua saja, yang ayah dan mak Zarul, Auntie Ida, tak bahagia seperti yang mereka bangga-banggakan. Ayah selalu kena control dengan Auntie Ida yang panas baran. Segala perlakuan ayah dipertikaikan. Apa yang ayah buat, semua Auntie Ida nak tau. Ayah pula macam pak turut aje, ikut aje apa yang Auntie Ida suruh buat. Mungkin kerana ayah tak ada kerja tetap, jadi kena bergantung pada Auntie Ida. Company milik ayah dulu dah dijual pada orang lain. Biarlah ayah nak kata apa pun lepas ni, Farah dah tak kisah. Farah bahagia bersama keluarganya, biarlah ayah nak buat apa pun, mungkin dia cemburu dengan kebahagiaan mereka. "Huh! Sejak bila pula kau mengaku aku ayah pulak nih." "Ayah apa khabar?" tanya Farah, tak mempedulikan langsung kata-kata ayahnya. "Hei, kau tak payah buat baiklah kat aku. Aku tau dah kau macammana." "Jemputlah duduk sekali dengan kitorang," pelawa Farah, masih tak putus asa. Hanya rasa simpati saja yang wujud dalam dirinya kini, tak ada lagi perasaan marah atau dendam pada

ayah. "Tak payahlah, tak ingin aku. Nih sapa nih? Boyfriend kau ke?" ayah Farah memandang ke arah Adam yang diam saja dari tadi. "Apa khabar pakcik," Adam menghulurkan tangannya untuk bersalam, tapi tak disambut, sebaliknya, ayah mencebikkan mukanya. "Kau nak ke kat perempuan macam nih? Perangai serupa dengan mak dia. Menyusahkan hidup kau je nanti. Baiklah kau tinggalkan dia aje sekarang, sebelum kau menyesal." "Terima kasihlah dengan nasihat pakcik," jawab Adam, geram saja dia nak membela Farah, tapi tak mau memburukkan lagi keadaan. "Ayah tak nak minum ke?" Farah mempelawa ayahnya lagi. "Kau ingat aku nak sangat duit kau tuh. Tak payahlah, aku rela minum air longkang dari minum air yang kau bayar." "Kalau ayah tak nak, takpelah. Duduklah." "Huh! Malas aku layan orang hipokrit macam kau nih. Buang masa aku saja," akhirnya ayah Farah berlalu, bengang bila Farah langsung tak ambil kisah dengan kata-katanya itu. Hampir 10 minit berlalu, seorang pun tak bersuara, masing-masing melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba saja, Farah ketawa. Adam dan Zarul memandang ke arah Farah, pelik dengan kelakuan Farah. Macam orang tak betul aje. Farah yang melihat Adam dan Zarul tercengang-cengang memandangnya, menyambung lagi tawanya. "Farah?" Adam memanggil nama Farah, tak mengerti kenapa Farah ketawa. Bimbang juga dia dengan reaksi Farah selepas berjumpa semula ayahnya tadi selepas lebih 5 tahun tak bertemu. "Aku rasa lega sangat-sangat. Selama nih aku takut sangat nak berdepan dengan ayah. Takut aku kecewa,sedih. Tapi tadi, aku rasa lega, hilang semua rasa marah dan dendam aku kat dia selama nih. Walau apa pun terjadi, dia tetap ayah aku. Kenapalah aku tak berdepan dengan dia dari dulu lagi." "Mungkin sebelum ni ko belum bersedia," kata Adam, gembira dia melihat Farah tak lagi dibelenggu rasa kecewa terhadap ayahnya sebelum ini. Mungkin selepas ini, Farah boleh membuka hatinya untuk menerima kasih sayang dari seorang lelaki. "Seronoknyaaaa.... lega dah rasa," Farah kelihatan begitu gembira, dia memeluk Zarul yang duduk disebelahnya. Nak lemas budak tuh dipeluk Farah. Tapi dia pun turut gembira melihat sepupu yang paling rapat dengannya begitu gembira. Mungkin dia boleh belajar menerima semua ini juga seperti yang dilakukan oleh Farah. Adam menghantar Zarul ke rumah atuk Farah, kemudian barulah hantar Farah pula ke rumahnya. "Ermm... Nak bagitau something kat ko. Ibu aku nak kawin," kata Farah, sebaik saja Adam memberhentikan kereta kat depan pagar rumahnya. "Ko okay ke?" "Yup. Lebih dari okay. I'm happy for her."

"Baguslah camtuh." "You know what. Tak sia-sia aku balik kampung kali ini. Banyak masalah yang dapat di settle kan. Thanks for everything Adam." "There's no need to thank me. I'll always be on your side, no matter what. Remember that." Farah tersenyum, kemudian keluar dari kereta Adam. Baru beberapa langkah dia berjalan, tiba-tiba namanya dipanggil. "Farah." Farah berpaling ke belakang, ke arah Adam yang masih lagi di situ. "Aku pun happy mak ko dah nak kawin. Takde lagilah ko punya alasan." "Alasan apa?" "Takde dah la langkah bendul. Bolehlah aku masuk minang ko," kata Adam, tersengih, kemudian terus memandu keretanya berlalu di situ, meninggalkan Farah yang tercegat saja di situ. --------------------------------------------------------------------------------Farah melihat jam di tangan. Dah pukul 6.30 petang. dia dah janji dengan Nurul dan Edlin nak masak malam hari ni. Adam, Zahid dan Kaer pun dia ajak sekali. Adam sibuk mengidam nak makan sambal belacan Farah. Dah lama Farah janji dengan Adam, tapi tak buat-buat pun lagi. Malam ni kenalah tunaikan janji. Selepas menutup komputer, Farah pun mencapai begnya. Dia mengucapkan selamat tinggal pada officemate lain yang masih ada di situ. Kemudian dia berjalan keluar. Adam, Asyraf dan Rajan ada di luar. Rajan dan Asyraf sedang hisap rokok di luar, Adam sekadar menemani saja, sebab dia tak merokok. Saja je nak berbual-bual, lepas balik makan tadi. Lepas ni nak sambung buat kerja lagi. Perkara biasalah bagi mereka kalau balik lambat. Farah mengucapkan selamat tinggal pada Adam, Asyraf dan Rajan. Sempat la berbalas senyuman dulu dengan Adam. Dia dan Adam masih lagi merahsiakan hubungan mereka yang makin rapat. Farah pun tak pasti dengan hubungan mereka. Dia mengakui yang perasaan sayang mula timbul dalam dirinya terhadap Adam, tapi dia tak pasti setahap mana sayangnya pada Adam. Dan dia juga tak pasti apa perasaan Adam pada dirinya. Tapi, Adam selalu saja berkata yang mereka kawan baik. Jadi Farah anggap itu sebagai warning dari Adam, jadi dia tak mau pupuk perasaan sayangnya yang baru nak bercambah. Tapi, Farah tak menolak bila Adam mengajaknya keluar. Bukan sekali dua pulak tuh. Boleh dikatakan tiap hujung minggu mereka keluar bersama. Tapi masih sembunyi-sembunyi lagi. Nasib baik tak bertembung dengan yang lain, kalau tidak, tak pasal-pasal ada yang kena main sembunyi-sembunyi lagi macam hari tu. Kali ini, tiap kali nak keluar, Farah pasti ajak Adam keluar jauh

dari kawasan rumah mereka. Kalau tidak pun, dia risik dulu ke mana kawan-kawannya nak keluar hari itu. Deruman motosikal mengejutkan Farah dari lamunannya. Dia terus berjalan ke arah keretanya yang diletakkan agak jauh dari ofisnya, tapi boleh nampak dari situ. Balik nanti kena singgah kat kedai runcit dulu, beli barang-barang nak masak. Farah baru saja nak mencari senarai yang dibuatnya di dalam begnya bila satu kejadian yang tak diduga berlaku. VROOOMMMM!!!! Bunyi motosikal yang begitu hampir dengan Farah menyebabkan dia melompat terkejut. Farah baru saja nak berpaling dengan penunggang yang kurang ajar itu bila tiba-tiba begnya ditarik. Tapi, sebab Farah pakai fling bag, peragut tersebut tak berjaya menarik beg tersebut. Tapi cubaan itu menyebabkan Farah hilang imbangan badannya. Dia terjatuh ke atas jalan raya, sikunya melecet akibat bergeser dengan jalan, dan kepalanya terhantuk pada divider. Berpinar kejap dia. Belum sempat lagi dia memproses apa yang berlaku, tiba-tiba tangannya ditarik supaya berdiri. Lelaki yang membonceng motosikal tadi dah turun dari motosikal, sementara rakannya masih menunggu. Farah terasa ada benda diletakkan di lehernya. Lelaki tadi menekan lagi kuat benda tersebut, dan terasa sakit leher Farah. Rupa-rupanya lelaki itu mengacukan sebilah pisau pada leher Farah. Rasa takut mula menguasai diri Farah. Tak pernah terfikir dia akan melalui situasi sebegini. Nak menjerit pun suara tak keluar. Lelaki tadi menarik-narik beg Farah, pisau yang diletakkan di leher Farah makin kuat ditekannya. Tambahan lagi dengan kepalanya yang sakit akibat terhantuk tadi, Farah jadi panik. Lega sebentar bila lelaki tadi mengalih pisau di lehernya, dan menggunakan pisau tersebut untuk memotong tali beg Farah. Sebaik saja beg Farah berjaya diambil, dia menarik rantai yang tersalut di leher Farah. Perit rasa lehernya akibat kesan rantai yang ditarik. Lelaki itu kemudian menolak Farah, menyebabkan sekali lagi Farah terjatuh terguling di atas jalan. Pada masa yang sama, Adam, Asyraf dan Vince yang sedang melepak di luar ofis, ternampak dua lelaki yang menaiki motosikal cuba meragut Farah. Mereka bertiga segera berlari ke arah Farah untuk membantu. Belum sempat mereka sampai ke sana, Adam nampak lelaki itu mengeluarkan pisau dan meletakkannya di leher Farah. Mahu tercabut jantung dia di saat itu juga. Ketika itu, perasaannya pada Farah menjadi jelas. Selama ini, memang dia sayangkan Farah, cuma dia tak pasti sejauh mana perasaannya pada Farah. Dia mengakui yang dia sayangkan Farah lebih dari dia sayangkan perempuan

lain, family tak kiralah. Tapi saat ini, bila dia lihat pisau diletakkan pada leher Farah, mengancam nyawa Farah, dia sedar yang Farah adalah segala-galanya. Adam berlari pantas, ada tenaga lain yang masuk ke dalam perasaan takut melihat gadis kesayangannya diancam sebegitu. Asyraf dan belakang, sambil melaung meminta pertolongan orang lain. Bila Adam sampai lelaki tadi dah lepaskan Farah, mula membonceng semula motosikal bersama mengejar motosikal itu, dan menghadiahkan flying kick pada lelaki tadi.

dirinya, ditambah dengan Rajan mengekori dari di tempat kejadian, kawannya. Adam terus

Tendangan Adam menyebabkan lelaki yang duduk di depan tadi tak dapat mengawal motosikalnya, dan terjatuh. Segera Adam menerpa, tak membedulikan pisau yang diacukan oleh salah seorang dari mereka. Dia mendengar namanya dipanggil oleh Farah, tapi ketika itu perasaan marahnya sedang memuncak terhadap lelaki yang cuba mengancam nyawa Farah tadi. Farah cuba memanggil Adam, menghalangnya dari mengejar lelaki-lelaki itu. Dia tak berdaya nak bangun, kepalanya pening akibat terhantuk tadi. Suaranya pun lemah. Dia nampak lelaki tadi menyerang Adam. Asyraf dan Rajan datang untuk membantu. Farah cuba memanggil nama Adam, tapi suaranya sudah tak keluar, pandangannya makin gelap, dan akhirnya dia tak sedar lagi apa yang berlaku. Perkara akhir yang dia nampak sebelum matanya tertutup, lelaki yang memegang pisau tadi, menikam ke arah Adam. ------------------------------------------------------------------------------------------------Farah memandang sekelilingnya. Putih saja keadaan di sekeliling. Farah kini berada di hospital, ramai yang ada di situ bersama-sama dengannya. Farah tak pasti bila mereka semua sampai di situ. Keluarga Adam ada, kawan-kawan mereka, Zahid, Kaer, Nurul, Edlin dan Anding, officemate mereka, termasuk Encik Ramli pun ada, Anis, Shahril dan keluarga Farah pun turut berada di situ. Kesemuanya kelihatan begitu sedih. Yang perempuan semuanya menangis. Malahan, yang lelaki pun ada turut sama mengalirkan air mata. Farah pun masih lagi teresak-esak. Nurul memeluk Farah, cuba memujuk, walaupun dia sendiri turut sama menangis. Suasana di situ diselebungi kesedihan. Semuanya tak percaya dengan apa yang telah berlaku. Farah memandang ke arah jam di dinding putih itu. Sudah hampir 4 jam berlalu sejak Adam disorong masuk ke bilik pembedahan tersebut. Adam, Farah mintak maaf, ini semua pasal Farah. Kalau Adam

tak tolong Farah tadi, semua ini takkan berlaku. Adam, Farah sayang Adam. Farah tak pernah lagi cakap Farah sayang Adam. Sedarlah Adam, nanti Farah buat sambal belacan yang Adam suka tuh. Banyak lagi benda Farah nak buat sama-sama dengan Adam. Jangan tinggalkan Farah. Nanti dengan siapa Farah nak mengadu. Dengan siapa Farah nak gaduh nanti. Adam.... Tiba-tiba, lampu bilik bedah dipadamkan, menandakan pembedahan dah pun selesai. Tak lama kemudian, seorang doktor yang sudah agak berumur keluar dari pintu bilik pembedahan tersebut. Farah dan yang lain menerpa ke arah doktor itu. Doktor itu memandang mereka semua, kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya. Farah tak sanggup mendengar apa yang hendak dikhabarkan oleh doktor itu. "Tidakkkk!!! Tidakkkk!!! Adam, jangan tinggalkan Farah, jangan tinggalkan Farah. Farah sayang Adam. ADAMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!" -----------------------------------------------------------------------------------------------Bunyi telefon memecahkan kesunyian malam. "Hello." "Hel... Hello." "Farah, kenapa nih? Ko nangis ke?" "Adammm...," bunyi esak tangis Farah kedengaran lagi. "Kenapa nih Farah? Farah?" "Adamm... jangan tinggalkan aku." "Tinggalkan ko?" "Jangan tinggalkan aku," bunyi esak tangis Farah makin kuat. "Farah, aku tak gi mana-mana pun. Aku ada kat sini. Kenapa nih Farah?" Adam tak faham dengan maksud kata-kata Farah. Tengah malam buta tetiba telefon, menangis pulak tuh. Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Nih betul ke Farah telefon atau... Eiiii... Apa yang aku fikir bukan-bukan nih tengah-tengah malam nih. "Aku mimpi ko... ko...," Farah tak dapat menghabiskan kata-katanya, kerana terlalu sebak. Tak sanggup dia ingat mimpi dia tadi. Bila bangun dari tidur tadi, bantalnya basah dek air matanya. Dia menangis dalam tidurnya. Perlahan-lahan dia memegang lehernya yang diletakkan plaster, akibat luka terkena pisau siang tadi semasa begnya diragut. Sikunya yang luka pun dah diletakkan ubat dan plaster. Teringat lagi bagaimana takutnya tadi bila pisau diletakkan di lehernya. Tapi perasaan takut itu taklah seberapa jika nak dibandingkan bila dia terjaga dari mimpi ngerinya tadi. "Syyyy... sabar Farah. Ko nightmare yek. Jangan fikir lagi pasal tuh. Mimpi nih mainan tidur aje." "Tapi... tapi... Adam, jangan buat macam tuh lagi." "Buat apa?" "Jangan bahayakan diri ko macam tadi. Aku tak sanggup kalau ko..." terputus di

situ kata-kata Farah. "Dahlah, jangan nangis lagi. Aku tak apa-apa pun. Ko yang cedera tadi kan, bukannya aku." "Tapi.. aku nampak orang tuh nak tikam ko tadi." "Takde apa, aku sempat ngelak tadi. Ko lupa ke aku nih juara silat kat kampung kita dulu," Adam cuba buat lawak. "Ko ada silat, dia ada pisau. Jangan buat macam tuh lagi Adam. Please.... aku mimpi..." esakan Farah kedengaran lagi bila teringatkan mimpinya sebentar tadi. "Farah, takde apa-apalah. Janganlah camnih." "Aku takut. Adam...." "Syyy... ko tunggu jap. Nanti aku naik atas," Adam rasa bila Farah tengok dia depan matanya sendiri, baru boleh percaya yang dia tak ada apa-apa. Dia menyarung baju dan seluar jeans yang tersangkut di belakang pintu biliknya. Perlahan-lahan dia berjalan keluar dari rumah. Nyaris nak tersepak Kaer yang tidur di ruang tamu. Ish! Budak nih, bilik ada, nak tidur kat ruang tamu gak. Adam menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Sampai je dia di anak tangga terakhir ke tingkat 4, pintu rumah Farah terbuka, dan muncul Farah yang memakai T-shirt dan seluar panjang, matanya kelihatan bengkak akibat menangis. Air matanya masih lagi mengalir di pipi. Plaster di leher dan siku Farah yang kelihatan begitu jelas menyebabkan Adam menggenggam penumbuknya, geram dengan lelaki yang menyebabkan Farah cedera. Nasib baiklah kedua-dua lelaki tadi dah dapat ditangkap, dan diserahkan pada pihak berkuasa. Biar dikenakan hukuman yang setimpal. Belum sempat Adam sampai di depan pintu rumah Farah, lebih dulu Farah menerpa ke arah Adam dan memeluknya. Teresak-esak dia menangis, sambil memeluk Adam erat. Adam meleraikan pelukan Farah, dan menariknya masuk ke dalam rumah. Ish! Kang kalau ada orang nampak, tak pasal-pasal lak kitorang kena tangkap basah. Adam menutup pintu rumah Farah dan menguncinya, sebab nampaknya memang tak boleh nak buat apa dah si Farah. "Syyy.. dahlah tuh. Aku dah ada kat sini nih. Kan aku takde apa-apa nih," pujuk Adam, mengesat air mata Farah. Mereka duduk di atas tilam di dalam bilik Farah. "Aku takut sangat tadi, bila aku terjaga dari tidur. Aku mimpi ko kena tikam, masuk hospital, semua orang sedih, pastuh.. pastuh..," Farah menyembamkan mukanya ke dada Adam, tak sanggup nak sebut perkataan itu. "Dah, lupakan aje. Tuh semua mimpi, aku ada kat sini," Adam mengusap-usap rambut Farah. Dia menyandarkan badannya ke dinding, membiarkan air mata Farah membasahi bajunya. Bibirnya mengukir senyuman. Memanglah tak sampai hati tengok Farah menangis macam nih, tapi,

sekurang-kurangnya dia tau yang Farah sayangkan dia, kalau tak, takkanlah susah hati sampai macam ni sekali. Adam tunduk mencium rambut Farah dengan lembut. "Adam...," Farah menyebut nama Adam, menyebabkan cepat-cepat Adam melenyapkan senyuman di bibirnya, nanti Farah sangka yang Adam gelakkan dirinya. Satu hal pulak nak pujuk nanti. Sejak mereka mulai rapat, Farah suka benar merajuk dengan Adam. Tapi ini menambahkan lagi keyakinan pada Adam yang Farah sayangkan dia. Kalau tak sayang, takkanlah nak merajuk dengannya. "Ye?" "Adam, jangan bahayakan diri ko camtuh lagi yek. Janji yek?" kata Farah, setelah puas menangis, dan meyakinkan dirinya yang Adam selamat, dan berada di sisinya. "I'm sorry Farah, I cannot make that promise," jawab Adam, serius. "Why? Dulu ko suh aku janji ngan ko, siap paksa lagi. Tapi apsal bila aku nak ko janji takleh pulak," balas Farah, tak puas hati, takut sebenarnya kalau ada apa-apa terjadi pada Adam. Dia baru menyedari yang dia dah tak boleh halang lagi rasa sayangnya yang melimpah-ruah pada Adam. Biarlah Adam anggap dia sebagai kawan saja, dia tetap tak mau ada perkara buruk menimpa Adam. "I cannot make that promise, because I'll do it again if anybody threatened you like that." "Tapi...." kata-kata Farah terhenti bila Adam meletakkan jarinya pada bibir Farah. "I'll always protect you, no matter what, faham?" tegas Adam. Air mata Farah bergenang lagi bila mendengar kata-kata Adam. Dia dapat rasakan yang Adam pun menyayangi dirinya. Hatinya berbunga, tapi, bila terfikirkan yang Adam sanggup membahayakan diri sendiri untuk melindunginya, hatinya kembali rasa resah. Namun dia faham perasaan Adam, sebab dia pun sanggup buat apa saja untuk melindungi Adam. Jari Adam di bibir Farah mula mengusap-usap lembut bibir merah itu. Dia menelan air liurnya bila nafsunya mula berkocak. Aduh! Lelaki mana tak yang tak tergugat bila berdua-duaan macam nih. Lebih-lebih lagi dengan gadis yang dia sayang. Mak! Tolong, anak mak ni nak kahwin. Tulah, dulu mak suruh kahwin berlagak sangat cakap tak nak. Tapi, manalah tau pilihan hati ada di depan mata selama ini. Jari-jari Adam mula mengusap pipi Farah pula, yang masih basah dek air mata. Ya Allah, kuatkanlah iman aku. Kalau berdua-duaan macam nih, memanglah setan muncul menghasut. Adam mengalihkan tangannya ke leher Farah pula. Disentuhnya plaster yang dilekatkan di situ. Automatik aje nafsunya dapat dikawal bila jarinya menyentuh plaster tersebut. Masih terbayang di matanya bagaimana lelaki tadi meletakkan pisau di leher Farah. Diraihnya Farah ke dalam pelukannya. Tak mau dia kehilangan Farah. Dia faham perasaan Farah bila Farah minta dia berjanji tak buat begitu lagi tadi. Memang sukar rasanya melihat orang tersayang dalam

bahaya. "Aku tak sanggup apa-apa jadi kat ko. Aku tak mau kehilangan ko. Dulu aku okay je, tak perlu bergantung harap pada sesape, tapi sejak ko baik dengan ko, aku dah tak boleh nak berdikari. Aku jadi lemah," kata Farah, memecahkan kesunyian antara mereka. "Jangan cakap camtuh Farah. Sharing your problems doesn't mean you are weak. I've never met anyone as strong as you, carrying all the burden alone. It's time you share it with someone else. And I'm glad that person is me. I'll always be there for you." "Tapi, aku tak nak ko bahayakan diri ko untuk aku." "Hey, ko ingat aku lemah sangat ke tak boleh nak protect diri aku. Aku kan juara silat kat kampung kita dulu," Adam cuba menceriakan suasana. "Eleh, juara silat konon. Dulu lawan ngan aku kalah gak," balas Farah. "Mana ada, aku kasik can ko menang masa tuh. Lagipun, aku tak join lagi silat. Ko ada Tae Kwon Do, mana aci." "Ko join silat sebab ko kalah dengan aku lah dulu kan?" kata Farah, terlupa seketika kesedihan dia. "Mestilah, takkan nak kalah ngan pompuan. Malulah, jatuh standard aku." "Hehehe, want a rematch?" gurau Farah. "Anytime babe. Just tell me when and where, I'll be there," jawab Adam, dan mereka berdua tertawa. "Dahlah tuh, aku balik dululah. Nanti kan apa kata Edlin ngan Nurul lak kalau mereka jaga. Ko jangan fikir lagi pasal mimpi tuh yek. Itu semua mainan tidur je. Pasnih cuci muka, pastuh tidur okay?" "Baik boss." Farah menghantar Adam keluar dari rumahnya. "Ermm.. Farah, there's something I would like to ask from you," kata Adam, semasa keluar dari rumah Farah. "Apa dia?" tanya Farah. "From now on, kita gi keja and balik sama-sama yek? At least aku tak bimbang sangat ko gi balik keja. Lagipun, save sikit duit minyak kan," Adam cuba memujuk Farah pergi kerja bersamasama dengannya. "Tapi, ko masuk keja lambat, balik lambat." "Takpe, aku pegi keja awal pasnih. Tapi ko kenalah kejutkan aku. Masuk lambat sikit pun takpelah, Encik Ramli tak kisah. Budak-budak lain memang masuk lambat pun." "Balik keja? Takkan aku nak tunggu ko. Lambat arr." "Kalau aku balik lambat, aku anto ko dulu." "Alaaa... susah lak ko nak ke sana ke mari." "Takde susahlah. Lagi senang, sebab aku tak payah bimbang lagi ko jalan sorangsorang." "Ermmm... bolehlah kot," kata Farah. Dia pun rasa takut juga nak berjalan sorang pegi balik ofis nanti. Buatnya kalau parking jauh, lagilah takut. "Wokeh, sekarang, gi basuh muka, pastuh masuk tido. Tak payah fikir lagi pasal mimpi tu. Ko tengok kan aku tak apa-apa nih." "Iyerlah, thanks. Sorry la memalam buta aku kacau ko."

"Hey, you know I'll do anything for you. Good night," kata Adam, mengkusutkan rambut Farah sebelum berlalu turun. "Good morning," kata Farah, diikuti oleh derai tawa Adam. Farah menutup pintu, dan masuk semula ke biliknya. Nasib baiklah esok hujung minggu, boleh cover tidur esok. ---------------------------------------------------------------------------------------------------Meriah suasana rumah dua tingkat itu dengan lampu yang di pasang di seluruh rumah dan suara orang ramai. Majlis persandingan sedang berlangsung di ruang tamu rumah itu. Orang ramai penuh memenuhi ruang tamu, dan ramai juga yang terpaksa mengintai dari luar kerana sudah tiada ruang lagi di dalam. Upacara akad nikah dah pun berlangsung malam sebelumnya, dan siang tadi pula diadakan kenduri sempena meraikan pasangan pengantin baru. Esoknya pula akan diadakan kenduri di rumah pengantin lelaki pula, yang letaknya tak sampai 1 kilometer dari rumah pengantin perempuan. Kedua-dua pengantin yang memakai persalinan songket berwarna hijau kelihatan malumalu di atas pelamin, tambahan lagi bila kedengaran suara-suara nakal mengusik. Pasangan pengapit yang memakai pakaian sedondon, juga berwarna hijau,sempat jeling-menjeling di atas pelamin yang dihias indah, kemudian tersenyum sesama sendiri. Bila mata mereka bertentangan, terlupa sebentar dengan orang ramai dan bunyi riuh-rendah di keliling. Selesai majlis persandingan, dan orang ramai mula beredar untuk pulang. Yang tinggal hanyalah pasangan pengantin, sanak-saudara, dan kawan-kawan rapat pengantin. Walaupun bilangan orang sudah berkurangan, kemeriahan masih tetap dirasa. Bising bunyi suara mereka, bergambar di pelamin bersama-sama pengantin. Walaupun penat, pasangan pengantin masih mampu tersenyum riang, maklumlah, hari bahagia mereka. "Selamat dah kawan korang yek," kata Zahid. Mereka baru saja selesai menonton vcd majlis perkahwinan Anis dan Shahril di rumah Adam. Vcd tersebut baru saja sampai melalui pos petang tadi di ofis Farah, dihantar oleh Anis yang baru saja balik bebulan madu di Sydney, Australia bersama suami tersayang. Semua ada di situ, Adam, Zahid, Kaer, Farah, Nurul, Edlin dan juga Anding yang datang melepak juga bersama-sama yang lain. Mereka semua turut hadir ke majlis perkahwinan Anis dan Shahril 3 minggu lepas. "Sayang, kita bila pulak?" tanya Anding pada Edlin di sisinya, sambil tersenyum nakal. "Awak tuh yang tak nak masuk minang lagi," balas Edlin. "He he he, nanti adalah tuh rombongan pergi Melaka," jawab Anding penuh makna.

"Ko bila lagi Nurul?" tanya Kaer pada Nurul. "Entahlah, Lan kata, sebelum akhir tahun ni dia nak masuk meminang," jawab Nurul sambil tersenyum. Dulu Farah tak berapa berkenan sangat dengan Azlan, tapi sekarang, semenjak dia makin kenal dengan boyfriend Nurul tuh, dia dapat tahu yang Azlan baik orangnya. Dulu ingatkan Azlan tuh sombong orangnya, rupa-rupanya pemalu. "Ha, kita tengok, sapa yang kawin pulak pasnih. Fitri dengan Ayin dah selamat dah jadik parents," kata Zahid. "Ek eleh, kata kat orang. Ko ngan awek ko bila lagi." "Aku lambat lagilah nampak gayanya, nak buat camne, bercinta dengan budak sekolah," jawab Zahid, dan yang lain ketawa mendengarnya. Bukannya budak sekolah, tapi aweknya masih belajar lagi. "Hai, aku jugaklah yang takde calon lagi." "Takde calon lagi konon. Linda camne?" usik Farah. Sejak berjumpa dengan Linda, officemate Farah dan Adam baru-baru ini, tak habis-habis dia duk tanya pasal Linda pada mereka berdua. "Hehehe, tunggulah, aku baru nak cucuk jarum." "Ha, cepat-cepat sikit cucuk tuh, kang terlepas ko gak yang frust menonggeng nanti," kata Adam. Tak sangka juga dia bila housematenya yang pendiam itu boleh berkenan dengan officemate nya yang bising tuh. "Ek eleh, kata kat aku. Ko tuh, bila nak carik awek? Takkan nak solo je kot." "Errr... sebut pasal tuh, aku ada benda nak kasik tau kat korang. Sebenarnya, tak lama lagi aku nak bertunang," kata Adam. "APA???!!!!" terkejut yang lain dengan berita yang disampaikan Adam. Angin takde, ribut takde, tiba-tiba aje nak bertunang. "Lagi 2 minggu sebenarnya," Adam meneruskan, tak kisah pun dengan reaksi rakanrakan yang lain. "Ngan sapa? Apsal kitorang tak tau menahu nih? Ko gurau ke nih?" Kaer seakan tak percaya dengan berita yang Adam akan bertunang tidak lama lagi. Sejak bila ada awek. Tapi, semenjak dua menjak nih, memang selalu Adam keluar hujung minggu. Lepas tuh berkurung dalam bilik memalam, bergayut telefon. Dia dan Zahid syak juga yang ada tengah 'adjust' awek. Tapi takkan baru 2-3 bulan kenal terus nak bertunang kot. Jatuh cinta tahap kronik sangatlah kalau macam tuh. "Aku seriuslah. Takkan nak memain lak benda camnih. Korang nak ikut ke aku balik kampung?" "Awek mana ko sangkut nih? Tak penah nak kenalkan kat kitorang pun. Tup-tup je nak tunang terus. Lama mana dah ko bercintan-cintun ngan budak tuh?" bertalu-talu soalan dari Zahid. "Lama dah kenal. Dah suka, nak buat apa lagi tunggu." "Lama kenal? Wei! Ngan budak mana nih? Aku kenal ke? Nadia ke?" Zahid menyebut nama ex-girlfriend Adam. Manalah tau, mereka dah berbaik semula. Lagipun masa kenduri Anis dan Shahril tempoh hari, Nadia ada juga hadir bersama-sama coursemate Shahril yang lain. "Hisy! Bukan ngan Nadia lah. Ko nih, jangan cakap camtuh, mengamuk bakal tunang aku kang." "Weh! Toksah la main berteka-teki lagi. Baik ko cakap, kalu idak, kitorang

terpaksa gunakan kekerasan," kononnya nak mengugut Adamlah si Zahid nih. Yelah, tension gak dia duk berteka-teki nih. Cakap jelah kan senang. "Ko tau ke pasal nih Farah?" tanya Nurul pula pada Farah. Farah menganggukkan kepalanya, tanda tau tentang semua itu. "Siyut arr. Ko tau tapi tak cakap kat kitorang. Ko kenal ke bakal tunang Adam?" tanya Edlin. Zahid dan Kaer memandang ke arah Farah. Macammana lak minah nih boleh tau. Sedangkan Zahid dan Kaer yang serumah dengan Adam pun tak tahu menahu hal ini. Memanglah sejak kejadian ragut seminggu sebelum kenduri kahwin Anis dan Shahril, Farah dan Adam ke ofis sama-sama. Tapi, takkanlah baru je sama-sama pegi ofis, Adam ceritakan rahsianya pada Farah. Tak logik kalau difikirkan, tambahan pula kalau diingat history mereka berdua, yang merupakan musuh ketat. Farah tak menjawab soalan Edlin, tapi sekadar mengangguk, dan kemudian memandang ke arah Adam sambil tersenyum. "Oit! Cakaplah, korang nih kan saja je. Adam, ko nak bertunang dengan sapa? Farah kenal ke? Kitorang kenal ke?" tanya Edlin pula. Dia nih memang selalu tak sabar-sabar nak tahu kalau ada sesuatu rahsia. "Korang memang kenal, kenal sangat-sangat. Sebenarnya, aku dan Farah akan bertunang tak lama lagi," Adam memandang ke arah Farah, tersenyum padanya, dan dibalas juga dengan senyuman. Tangan Farah dicapai lalu digenggamnya erat. Kemudian dia berpaling semula ke arah rakanrakannya yang lain. Zahid, Kaer, Nurul, Edlin dan Anding memandang ke arah Adam dan Farah dengan mulut ternganga. Semuanya begitu terkejut dengan berita yang mereka dengar, sampai tak ada kata yang dapat diucapkan. Nak kata April Fool, sekarang ni dah masuk bulan Jun. "Aku... aku mimpi ke nih?" kata Zahid, setelah beberapa ketika suasana menjadi senyap, kemudian dia mencubit pipi Anding yang duduk di sebelahnya. "Adui! Sakitlah. Apsal cubit aku?" marah Anding. Kuat jugak si Zahid cubit pipit Anding. "Kalau sakit, maknanya ko tak mimpilah," balas Zahid. "Yang ko cubit aku tuh pehal? Cubitlah pipi ko sendiri, bukannya cubit orang lain," Anding menggosok-gosok pipinya yang merah. "Korang nih biar betul?" tanya Kaer, masih tak percaya. Menunggu Adam dan Farah tergelak dan mengatakan semuanya hanyalah gurauan. Memang susah nak terima berita tersebut. Dahlah mereka berdua baru saja berbaik. Sejak bilanya bercinta. Baru je sebulan Farah menumpang kereta Adam untuk ke tempat kerja. Takkanlah tiba-tiba aje nak bertunang. Bilanya si Adam nih masuk meminang Farah. Macam-macam soalan yang timbul di fikiran Kaer dan yang lelain, tapi tak tahu nak tanya yang mana dulu. Nak sahihkan dulu berita yang mereka terima.

"Kenapa? Salah ke kitorang nak bertunang?" tanya Adam. "Salah tuh tidaklah, tapi ko... Farah.. errr... biar betul korang nih," Kaer tak dapat menyusun ayat untuk menggambarkan apa yang difikirkannya. "Serius nih Farah?" Nurul bertanya Farah. Sekali lagi, Farah hanya menganggukkan kepala, tak bersuara. Dah dapat mengagak pun reaksi dari rakan-rakannya. "Ish! Tak percaya aku," Anding menggaru-garu kepalanya, susah nak percaya. "Ermm... kalau boleh, aku nak korang datang majlis pertunangan aku nanti. Hari Sabtu 2 minggu dari sekarang majlis tuh nanti. Lepas Zohor. Datanglah yek? Zahid, Kaer ngan Anding sekali. Adam tak pegi nanti masa majlis tuh, tapi korang datanglah." kata Farah, akhirnya bersuara juga. "Betul-betullah ni yek," akhirnya Zahid bersuara, selepas mereka terdiam sekejap mendengar jemputan dari Farah. Mereka mula dapat mempercayai kenyataan yang Adam dan Farah akan bertunang, walaupun rasa tak dapat diterima akal. "Takkanlah kitorang nak main-main lak," kata Adam. Tangan Farah masih lagi tak dilepaskannya. "So, lama mana korang bertunang nih? Dah plan ke bila nak kawin lak." "Cadangnya cuti sekolah bulan 11 nanti," jawab Adam. Sekali lagi rakan-rakan mereka terkejut mendengar berita tersebut. Biar betul, dah tak lama lagi. Berapa bulan je tuh. Ekspress betul budak berdua nih. dahlah bertunang pun tibatiba, kahwin pun tak lama lagi. Baru je nak percaya yang mereka berdua akan bertunang, nih nak kahwin pulak tak lama lagi. "Jap, aku tak puas hati nih. Bila korang bincang semua nih? Bilanya ko masuk minang dia Adam? Bila lak korang berdua nih bercinta?" sekali bertanya, banyak soalan sekaligus keluar dari mulut Kaer. "Banyaknya soklan, mana aku nak jawab dulu nih. Sebenarnya, family aku pegi masuk meminang Farah baru nih lagi, 2 hari lepas kenduri kat rumah Shahril. Korang balik KL dulu masa tuh. Aku ngan Farah still cuti lagi," terang Adam, tersenyum teringat hari tersebut. Anis dan Shahril pun belum tau lagi dengan berita gembira nih. Kena cepat-cepat cakap sebelum mereka berdua tau dari family diorang, kang mengamuk lak diorang. Farah teringat kembali bagaimana berdebarnya dia masa rombongan meminang dari Adam datang ke rumahnya pada hari tersebut. Walaupun dia dah kenal dengan keluarga Adam, tapi hari tu lain daripada hari yang lain. Rasa segan, gembira, takut, semuanya ada. Dia memang tak menyangka langsung kepulangan dia ke kampung untuk meraikan hari perkahwinan sahabat baiknya, akan mengikat dia dan Adam dengan ikatan yang makin kukuh. Farah pun tak sangka yang Adam memang dah bercadang nak masuk meminang. Sangkanya Adam hanya mengusik bila dia kata dia nak masuk meminang Farah. Dia dan Adam memang semakin

rapat, walaupun dia pun tak pasti dengan status hubungan mereka, kerana tak sekali pun Adam atau dirinya sendiri meluahkan perasaan masing-masing. Dia memang sayangkan Adam, dan dia tau Adam pun sayangkan dia, cuma Farah tak pasti sejauh mana perasaan sayang Adam terhadapnya, sehinggalah sehari sebelum mereka balik ke kampung untuk menghadiri kenduri kahwin Anis dan Shahril. Ketika itu mereka berdua dalam perjalanan balik dari kerja. Adam mengajak Farah singgah di One Utama sebentar untuk membeli barang. Kemudian mereka makan malam dulu di Kenny Rogers. Selesai makan, Adam memulakan bicara. "Farah, semalam aku telefon mak aku." "Hmm... apa cerita family ko?" tanya Farah. "Aku dah cakap kat mak aku, aku nak masuk minang ko." "Ha?" terkejut Farah mendengar kata-kata Adam. Aku silap dengar ke nih? Adam cakap kat mak dia yang dia nak masuk minang aku. Atau aku yang tengah bermimpi nih. "Aku nak masuk minang ko," ulang Adam lagi, kali ni sebijik-sebijik dia sebut, takut Farah tak dengar kali pertama dia sebut tadi. "Ko ngigau ke nih Adam?" tanya Farah. Banyak soalan yang berligar di kepala otaknya, tapi itu yang keluar dari mulutnya. "Aku tak ngigau la. Aku nak tanya ko je sekarang. Kalau ko setuju, kita balik nanti, family aku akan hantar rombongan meminang. "Tapi kenapa?" tanya Farah, soalan bodoh yang terkeluar. "Kenapa pulak tak boleh? Ko sayang aku kan?" tanya Adam. Farah menganggukkan kepalanya. Tak guna menipu, memang itulah kenyataannya. Dia memang sayangkan Adam. "Aku pun sayangkan ko. So apa masalahnya?" "Ko sayang aku?" tanya Farah. Walaupun dia dapat rasakan yang Adam sayangkan dia, tapi inilah kali pertama dia mendengar Adam mengucapkannya. Biarpun selamba saja Adam menuturkan ucapan itu, dia tau yang Adam ikhlas. "Laaa.. Ko nih tak faham bahasa Melayu ke? Aku sayangkan ko. Aku cintakan ko. I love you. Jet'aime. Wo ai nee. Aishiteru. Bahasa apa lagi ko nak aku sebut?" "Aku pun sayangkan kau Adam," Farah tersenyum, bahagianya dia di saat itu tak dapat digambarkan. Nak tergelak pun ada mendengar Adam mengucapkan 'I Love You' dalam pelbagai bahasa, terharu pun ada. Hati Adam turut berbunga mendengar ucapan sayang dari mulut Farah. Walaupun dia tau yang Farah sayangkannya, tapi bila mendengar sendiri mulut Farah yang menuturkannya, rasa ragu-ragu dengan perasaan Farah padanya selama ini lenyap. "So, ko setuju ke aku nak masuk minang ko?" "Ko sure ke?" "Kalau aku tak sure, takkanlah aku cakap kat mak aku. So, camne, okay?" "Tapi, kita bukannya bercinta pun selama nih. Takkan terus nak masuk minang?" tanya Farah lagi,

masih ragu-ragu. Adam baru saja meluahkan perasaan sebenarnya, begitu juga dirinya, takkan terus masuk meminang kot. Bukan ke ada step lain dulu sebelum tuh. Bercinta dulu ke, dating dulu ke, macam kawan-kawannya yang lain. "Nak tunggu apa lagi? Ko sayang aku, aku sayang ko. Kita pun dah kenal lama, dah kenal hati budi masing-masing. Lagipun, aku tak mau dah keluar sembunyi-sembunyi dengan ko. Aku nak semua orang tau yang ko milik aku." "Ermm... entahlah Adam," jawab Farah. Malu sebenarnya nak cakap setuju. Padahal dalam hati punyalah suka. "Okaylah, mungkin ko rasa semua ni terlalu tiba-tiba. Tapi, sebelum nih kan aku ada cakap kat ko, kalau aku suka kat pompuan tuh, aku masuk minang je terus, Aku dah boleh tanggung ko. Tak payah nak lambat-lambatkan lagi. Lepas kahwin boleh bercinta. Lagi elok kan?" "Bagi aku bincang dulu dengan keluarga aku yek," jawab Farah. Sebenarnya memang setuju pun, tapi malu nak cakap. Nak pandang muka Adam pun dia tak boleh, tetiba rasa malu pulak.Tapi dalam hatinya memang gembira yang teramat sangat. Tapi dia kena bincang dulu dengan ibu mengenai perkara ini. "Okey, nanti bagitau aku keputusannya yek. Ko kasik greenlight je, sampailah family aku kat rumah ko," kata Adam. Semasa malam persandingan Anis dan Shahril, Farah memberikan jawapannya pada Adam sebelum mereka berdua mengiringi pengantin ke pelamin. Dengan malu-malu, Farah memberikan persetujuannya pada Adam. Nak aje Adam peluk Farah masa tu jugak, nasib baiklah diorang jadi pengapit, ramai orang kat keliling memerhati. Asyik senyum-senyum sendiri jer Adam, tak dapat membendung kegembiraannya di kala itu, sambil curi-curi pandang Farah yang berdiri di sebelah pengantin perempuan. Berseri-seri muka keduanya, macamlah diorang yang jadi pengantin. "Weh! Yang ko selalu hilang hujung minggu tuh, ko gi mana? Bukan ko keluar dengan awek ke?" suara Zahid mengembalikan Farah dari detik-detik indah dia dan Adam. "Errr... tuh aku keluar ngan Farah la," jawab Adam, tersengih. "Oooo... Farah, rupa-rupanya selama nih yang ko keluar tiap-tiap minggu tuh, ko keluar ngan Adam lah yek. Kurang asam betullah korang nih. Pandai simpan rahsia dari kitorang," marah Nurul. Hidup-hidup mereka semua kena tipu. "Eh! Ari tuh masa aku ngan Anding jumpa ko kat MidValley, ko kuar ngan Farah ke?" tanya Edlin, teringat dia terjumpa Adam di Jusco MidValley, dahlah pelik semacam aje. Jumpa kat department pompuan lak tuh. "Ha'ah." "Ko gi mana masa tuh? Kat fitting room ke?" Edlin bertanyakan Farah. "Hehehe, aku ada kat celah-celah rak baju," jawab Farah, tergelak teringatkan peristiwa tersebut.

"Cilakak betul, sampai camtuh sekali nak cover. Lama mana dah korang kuar bersama nih?" "Errr... adalah dalam 4-5 bulan kot." "Zahid, nampaknya ko kenalah buat kenduri 40 hari 40 malam," kata Kaer, teringat yang dulu Zahid pernah cakap nak buat kenduri 40 hari 40 malam kalau Adam dan Farah kahwin. "Boleh, boleh, aku boleh buat kenduri tuh. Tapi sebelum tuh, aku nak kendurikan dulu budak berdua nih. Siyut je diorang sembunyikan dari kita. Nak bertunang baru cakap," kata Zahid, geram dengan Adam dan Farah. Depan kawan-kawan bergaduh, rupanya kat belakang.... "Sokong!!! Jom kita kendurikan diorang sebelum diorang berdua buat kenduri," kata Anding. Semua menyerbu ke arah Adam dan Farah. Apa lagi, menjerit Adam dan Farah dikerjakan rakan-rakan mereka, diselang-seli dengan gelak ketawa, Adam yang lagi teruk kena. Dia tertiarap atas lantai, Anding duduk di belakangnya, sambil Zahid dan Kaer menggeleteknya. Nak lari pun tak boleh. Farah pulak kena kerjakan oleh Nurul dan Edlin. Sampai keluar air mata dia kena geletek oleh budak tuh berdua. Adam dah mengaku surrender tapi masih tak dilepaskan. Bila dia berjaya melepaskan diri, dia cuba nak selamatkan Farah pulak, tapi tak berjaya, sebab Zahid tarik dia semula dan kali ni, ketiga-tiga mereka, Anding, Kaer dan Zahid menindih Adam. Dah penat barulah mereka semua berhenti, kemudian ketawa melihat keadaan masing-masing yang tak terurus. "Okay, dah kendurikan korang, barulah boleh ucap tahniah. Tahniah korang berdua, harap korang bahagia sampai bila-bila," Zahid menghulurkan tangannya pada Adam, mengucapkan tahniah, Kemudian dengan Farah pula. "Tahniah." "Tahniah." "Tahniah." "Tahniah." -----------------------------------------------------------------------------------------------------"Berdebar ke?" Nurul bertanyakan pengantin perempuan yang duduk di atas katil bilik pengantin, dan memakai kebaya berwarna purple lembut. Bilik pengantin tersebut juga dihiasi dengan warna purple dan juga warna putih. "Maunya tak berdebar," jawab Farah, memegang tangan Nurul yang duduk di sisinya. Di jari manis Nurul tersarung sebentuk cincin. Dia baru saja bergelar tunangan Azlan sebulan lepas. Sementara itu Edlin yang sedang mengintai ke ruang tamu di pintu bilik pengantin, juga memakai cincin di jarinya. Dia dan Anding bakal menyusul selepas ini, untuk bergelar pengantin. Anis yang kini mengandung hampir 5 bulan, juga duduk di sisi Farah. Dia faham perasaan Farah, kerana dia sendiri pernah mengalaminya.

Zarina yang juga datang di hari bahagia Farah dan Adam, terpaksa meninggalkan bilik pengantin itu bila anaknya yang dah hampir setahun umurnya merengek. Dia keluar untuk memberi makan anaknya. Di ruang tamu rumah Farah, pengantin lelaki yang segak berbaju Melayu, juga berwarna purple lembut, sudah bersedia di hadapan tok kadi. Berpeluh-peluh Adam. bersedia nak menjawab akad nikah. Walaupun sebelum ini berulangkali dia menghafal akad, tapi ketika ini, semuanya lenyap dari ingatan. Rakan-rakannya, Zahid, Kaer, Shahril, Fitri dan beberapa orang lagi turut hadir di majlis akad nikahnya. Ayah Farah juga ada di situ, sebagai wali kepada Farah. Ayah Farah sudah pun bercerai dengan Auntie Ida, dan dia dan Farah kini sudah mula berbaik semula, walaupun tidak seperti dulu. Auntie Ida dah tak mengganggu lagi keluarga Farah. Tak tau ke mana dia pergi, cuma kadang-kadang dia telefon juga Zarul dan Zalia, bertanyakan khabar. "Sah." "Sah." "Sah." "Sah." Kini sahlah Farah bergelar isteri Adam. Adam mengeluh lega, Farah dah pun sah menjadi miliknya. Farah yang berada di bilik juga mengucapkan kesyukuran pada Allah. Kini dia tidak lagi berseorangan. Bergenang air mata di matanya, dengan rasminya dia kini dah pun menamatkan zaman bujangnya. Nurul, Anis dan Edlin memeluk Farah, mengucapkan tahniah. Majlis dah pun selesai. Semuanya berjalan dengan lancar. Tetamu sudah pun pulang kesemuanya, termasuk rakan-rakan Farah dan Adam. Farah berdebar menanti di biliknya. Dia dah pun selesai mandi dan bersalin pakaian. Di luar masih kedengaran suara ahli keluarganya yang lain sedang berbual. Majlis pernikahan diadakan di rumah atuk Farah, kerana rumah Farah tak cukup untuk menampung tetamu yang hadir. Majlis persandingan pula akan diadakan dua hari lagi di rumah atuk Farah juga, serentak dengan kenduri. Sementara kenduri di rumah Adam pula akan diadakan seminggu selepas kenduri pihak perempuan. "Assalamualaikum." "Waalaikummussalam," Farah bangun dari katil. Bila masa pula Adam masuk? Dia langsung tak sedar. Asyik sangat berangan, tak sedar bila suaminya masuk. Suami, tersenyum Farah dengan perkataan itu, tak sangka yang Adam kini dah menjadi suaminya. "Menung apa tuh?" tanya Adam, yang dah pun bersalin pakaian, dan kini hanya memakai T-shirt dan kain

pelekat. Dia berborak-borak dengan pakcik-pakcik Farah di luar tadi. Teruk juga dia kena usik. "Tak ada apa," jawab Farah, tak tau nak buat apa. Berdiri saja di tepi katil hingga Adam menghampirinya. "Takkanlah takde apa," kata Adam, duduk di atas katil, dan menarik Farah duduk di sisinya. "Adam nak minum ke? Biar Farah ambilkan air," Farah cuba bangun, debarannya kian kuat. Tersenyum Adam melihat pipi Farah yang merah. Dia menarik isterinya supaya duduk semula di sisinya. "Abang," Adam membetulkan. "Farah keluar ambik air jap yek," Farah cuba bangun lagi sekali, tapi tak berjaya. "Farah, abang nak dengar Farah panggil abang dulu. Ingat tak Farah janji dulu, bila kita dah kahwin, Farah kena panggil abang, abang," Adam mengingatkan janji Farah dulu masa dia meminta Farah memanggilnya abang selepas mereka bertunang. Tapi Farah tak mau, katanya tunggu lepas kahwin. "Abang...," keluar juga perkataan itu dari mulut Farah. Adam tersenyum. Bahagianya mendengar Farah memanggilnya begitu. "Kan ke sedap telinga abang dengar. Farah nak gi mana?" tanya Adam, bila Farah sekali lagi cuba bangun dari katil. "Nak pegi dapur kejap. Nak ambik air untuk abang," jawab Farah, senang saja kali ini menuturkan panggilan barunya pada Adam. "Abang tak nak air. Abang nak Farah," selamba Adam berkata. Makin merah pipi Farah dibuatnya. Farah tunduk saja, tak berani memandang muka Adam, hinggalah Adam meletakkan jarinya ke dagu Farah, dan memalingkan muka Farah ke arahnya. "Farah dah sembahyang Isyak?" tanya Adam. "Dah." "Mulai hari ni, kita sembahyang jemaah sama-sama yek," kata Adam. Farah menganggukkan kepala. Adam tak melepaskan lagi dagu Farah. Tangannya menyentuh pipi Farah yang dah pun bersih dari make up. "Abang akan jaga Farah baik-baik," janji Adam, mengucup dahi Farah dengan lembut. "Farah tau," jawab Farah, terharu dengan kata-kata Adam. Dia memegang tangan Adam di pipinya, kemudian menarik tangan Adam ke bibirnya, lalu dikucupnya. "Farah sayangkan abang." "Abang pun sayangkan Farah." Adam mengusap lembut rambut isteri kesayangannya. Diciumnya sekali lagi dahi Farah, kemudian kedua-dua pipi gebu isterinya. Kemudian jari-jarinya menyentuh bibir Farah yang kelihatan sedikit menggeletar, mungkin kerana gementar dengan apa yang akan berlaku. Perlahan dia merapatkan bibirnya ke bibir Farah, hinggalah bibir mereka bertaut, memateri janji antara dua insan. -----------------------------------------------------------------------------------------------------"Oooo... jadi papa dengan mama dulu gaduhlah yek?"

"Ha'ah, lebih kurang begitulah," kata Adam. "Assalamualaikum." "Waalaikummussalam. Ha, tuh mama dah balik." Fatin Aina, yang kini meningkat remaja, baru saja menyambut ulang tahunnya yang ke-13 baru-baru ini, segera menerpa ke arah mamanya yang baru balik dari kerja. Dia bersalam dan mencium tangan mamanya, kemudian bersama-sama ke ruang tamu, di mana papanya sedang duduk di sofa, dan kedua-dua adiknya, Adiel, yang berusia 10 tahun dan Adrian 7 tahun, duduk di sisi papa mereka. "Abang dah makan ubat ke?" Farah mencium tangan Adam, dan kemudian tunduk untuk Adam mencium dahinya. Begitulah rutin harian mereka sepanjang 14 tahun usia perkahwinan mereka. Dia kemudian memegang dahi Adam, yang tidak ke pejabat hari ini kerana demam. Nasib baik sekarang nih cuti sekolah, boleh juga anak-anak mereka temankan. "Dah makan dah. Duduklah sini dulu," Adam menarik isterinya supaya duduk di sisinya, di kelilingi anak-anak mereka. "Mama, tadi papa cerita kisah mama dengan papa gaduh dulu-dulu," kata Adiel. "Ye ke? Apa papa citer?" "Papa cakap mama tumbuk papa," sampuk Adiel, anak mereka yang bongsu. "Papa citer gak pasal tuh yek," kata Farah, ketawa. Teringat zaman kanak-kanak dulu. "Macam-macam papa citer. Papa cakap, dia suka usik mama." "Memang, papa korang nih memang macam tuh. Sekarang pun dia suka usik mama lagi." "Papa usik camne pun, mama korang sayang gak kat papa," kata Adam, tersenyum. "Macammana lak tetiba abang cerita pasal zaman muda-muda kita nih?" "Aik! Sekarang nih dah tua ke? Abang rasa abang muda lagi," usik Adam. "Abang nih. Ha, tengoklah papa korang nih," kata Farah. "Hehehe. Takdelah, tadi si Fatin nih ha, cerita pasal anak teruna jiran kita nih. Dia cakap suka sangat kacau dia. Abang pun cerita la camne kita gaduh dulu, last-last kawin gak." "Tu la mama. Benci sangat kat mamat senget tuh," kata Fatin, dengan mimik mukanya sekali menunjukkan kebenciannya pada anak jiran mereka yang tua setahun darinya. "Jangan benci sangat Fatin. Nanti jadi macam papa dengan mama," usik Farah. "Ha'ah. Mula-mula benci, nanti bertukar jadi rindu," usik Adam, diikuti gelak ketawa ahli keluarganya yang lain kecuali Fatin yang memasamkan mukanya, merajuklah tuh, sebijik macam mamanya. "Ha ha ha, Along suka kat Abang Aznil, Along suka Abang Aznil," kedengaran suara Adiel mengusik kakaknya yang sulung. "Mana ada, Along nyampah la kat dia tuh. Benci sangat-sangat," sangkal Fatin, mengejar adiknya yang cuba melarikan diri dari kakaknya, sambil menyanyi-nyanyi 'Along suka Abang Aznil'. "Betul ke benci? Benci atau rindu?" --------------------------------------- TAMAT ----------------------------------------------------

Related Documents