Benci Bilang Cinta

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Benci Bilang Cinta as PDF for free.

More details

  • Words: 33,319
  • Pages: 70
1 SinopsisSetiap manusia inginkan kecantikan. Even lelaki mahupun perempuan. Sama saja. Cerita ini mengisahkan seorang gadis bernama Nur Anisah Syifa\' bt Aminuddin yang sering dihina dan diejek kerana memiliki tubuh yang gempal dan gemuk. Mohd Amsyar Al-Muhaimin b Datuk Azhar merupakan lelaki yang ego, berlagak dan sombong adalah lelaki yang sering menghina Anisah ketika mereka masih dibangku sekolah lagi..Namun Tuhan itu Maha Adil, tidak disangka.. kerana wasiat, mereka berdua bertemu kembali malah telah dijodohkan. Nak tak nak masing-masing terpaksa terima. Atas paksaan dan tanpa kerelaan, mereka berdua dikahwinkan. Sepanjang hidup bersama, bermacam-macam perkara berlaku. Walaubagaimanapun, timbul rasa sayang di hati Anisah buat lelaki itu.. namun adakah Amsyar boleh menerima Anisah? Dapatkah Anisah meruntuhkan keegoan Amsyar terhadapnya? Mampukah mereka mempertahankan perkahwinan mereka??************************"Apa!!? Kahwin??" jerit Amsyar terkejut apabila mamanya tiba-tiba memberikan pendapatnya pada petang itu. Mamanya hanya mengangguk. Selama ini mamanya tidak pernah mengambil kisah mengenai dirinya. Yelah, dia lelaki… masih jauh lagi masa depannya. Banyak lagi yang perlu dikejar olehnya sebelum memegang status ‘SUAMI’. Aahh!! Tidakkk.."Kenapa tiba-tiba mama menyuruh Sya kahwin?" tanya dia kembali tidak berpuas hati."Ini wasiat arwah atuk kamu, Sya. Sekiranya kamu masih belum berkahwin setelah genap usia 28 tahun, kamu mesti berkahwin dengan calon pilihan arwah" jelas Datin Farida, mamanya. Papanya hanya mengangguk."Wasiat? Kenapa baru sekarang mama mengatakan hal ini pada Sya? Kenapa tidak dulu? Masih terlalu awal untuk Sya berkahwin, ma" rungut Amsyar tegas. Kalau arwah atuknya sudah ada calon, siapa orangnya? Kenal kah aku? Tapi, kalau aku bertegas.. siapa pula yang ingin aku jadikan calon? Melisa? Fifi? Ataupun Jamy? Ahhh… mereka tu tak layak digelar isteri. Kaki ampu, kaki goda dan kaki kikis. Mungkin gelaran itu sesuai untuk diorang. Kalaulah aku kahwin dengan diorang, tak sampai setahun papa kedana aku! Huhuhuhu…"Arwah menyuruh kami rahsiakan perkara ini, Sya. Kami kena ikut wasiat. Lagipun usia Sya makin meningkat, sampai bila Sya nak hidup membujang? Apa Sya dah ada calon?!" tanya Datin Farida. Amsyar menggelengkan kepalanya."Kalau macam tu, Sya kenal la dulu calon arwah atuk kamu, ni..""Siapa?""Esok mama suruh dia datang. Mama yakin kamu mesti suka!" Datin Farida bermain teka-teki dengannya. Amsyar ternganga. Lawakah gadis itu? ‘Mama ni.. Jawab ajelah siapa dia? Hmm.. mampu ke aku nak jaga anak orang dalam usia yang muda macam ni? Oh, tidakk!!’ rungut Amsyar dalam hati.*****************"Tahniah la kalau macam tu.." ucap Zaidi kepada Amsyar sewaktu mereka lunch bersama."Tahniah!? Kau perli aku ke, Zaidi?" balas Amsyar tak puas hati. Patutnya sahabat baiknya yang dikenali sejak zaman sekolah ni menyokong dia, ini tidak!"Perli apanya? Baguslah kalau dah sampai seru kau untuk berkahwin. Sampai bila nak hidup membujang? Aku ni dah 3 tahun kahwin" tegas Zaidi tersengih menayangkan giginya."Aku masih muda lagi, la!" jawab Amsyar."Muda? Umur dah 28 tahun kau kata muda!? Heloo.. kawan, patutnya umur macam kau ni, anak dah tiga tau tak!" perli Zaidi. Amsyar mendengus. Bagi perempuan memang la tua, akukan lelaki.. 28 tahun tu masih

awal lagi.."So, macam mana dengan gadis tu? Lawa, ke?" tanya Zaidi setelah lama dia melihat Amsyar berkhayal seorang diri. Makanan di hadapan langsung tidak dijamah. Hai.. takkan dengar pasal kahwin tak lalu makan, kot?"Entah la! Malam ni mama aku nak bawa dia datang dinner kat rumah kitorang. Tunggu dan lihat ajelah..""Hmm.. bagi aku lawa atau tak itu tak penting. Asalkan dia gadis yang baik, jaga aurat dan hormat orang tua cukuplah!" ujar Zaidi memberi idea."Maksud kau?" Amsyar tidak memahami maksud tersirat sahabat baiknya itu."Aku tengok kawan-kawan perempuan yang selalu kepit dengan kau semuanya tak semenggah. Kalau pakai baju tu, macam tak cukup kain. Dah la tu, bila bercakap gedik bukan main. I hope that is not your taste actually?"Sekali lagi Amsyar mengeluh. "Diorang tu spare part aku, je! Takkan aku nak jadikan diorang tu isteri aku. Aku ni masih waras lagi la, bro!" jawab Amsyar bersungguh. Kalau untuk enjoy, memang diorang layak. Tapi kalau untuk sehidup semati, diorang tu list terakhir akan aku pilih.***************"Jemputlah, masuk!" ujar Datin Faridah dan Datuk Azhari mengajak tetamu masuk ke dalam rumah. Mereka bersalaman."Wah, besar sungguh rumah kamu ni ye, Idah?" puji perempuan yang agak usia dari Datin Faridah itu apabila melihat keadaan rumah mereka. Matanya tidak berkelip memandang. Seolah-olah terpegun dengan keindahan rumah yang direka sendiri oleh suaminya."Takdelah, Maznah. Biasa-biasa, je.." sangkal Datin Faridah."Mana Anis?" tanya Datuk Azhari."Saya kat sini, pakcik!" jerit Anisah yang sibuk mengambil sesuatu dari dalam kereta mereka. Kemudian pintu kereta ditutup dan Anisah menjinjing plastik berisi buah strawbery.Anisah berjalan mendekati mereka lantas disalamnya. Plastic bertukar tangan. "Strawbery ni Anis beli dari Cameron Highland. Khas untuk pakcik dan makcik" ujar Anisah tersenyum. Datuk Azhari ketawa lantas menjemput mereka duduk.Amsyar tidak langsung mengendahkan riuhan itu. Dia leka menatap komputernya sejak dari tadi. Dengar suara pun dah tahu gadis itu jenis periang orangnya."Sya, apa buat kat bilik komputer, ni? Mari ikut mama ke ruang tamu. Kenal dengan keluarga bakal isteri kamu tu" tegur Datin Faridah ketika dia dalam perjalanan ke dapur untuk membantu orang gajinya menyediakan makan malam. Bilik komputer yang diduduki oleh Amsyar hanya terletak di antara dapur dan ruang tamu mereka sahaja.Amsyar mengeluh lantas dia segera menutup komputernya. Dia bergerak ke ruang tamu dalam keadaan terpaksa. Kalau ikutkan hati, malas betul dia nak lepak kat rumah malam-malam macam ni semata-mata untuk bertemu dengan keluarga bakal isteri bukan pilihan hatinya."Haa… itu mesti Amsyar!" ujar Puan Maznah, ibu kepada Anisah.Amsyar hanya tersenyum pahit mendekati mereka. Dia bersalam dengan kedua ibu bapa Anisah. Anisah yang sedang leka menonton tv mengalih perhatiannya ke arah Amsyar. Mereka berdua terkejut. Satu pertemuan yang tidak dijangkakan."Kau!!?" tanya mereka serentak.**************"Nisa Dugong!?" tanya Zaidi mengingati sesuatu."A’ah! Takkan kau tak ingat budak perempuan yang badan dia macam dugong dalam kelas kita dulu!?" tanya Amsyar berharap."Maksud kau, Anisah? Budak yang selalu kau ejek sebab badan dia gemuk tu, ke?" tanya Zaidi balik mendapatkan kepastian."Ye lah! Dia la budaknya!" jawab Amsyar. Zaidi ketawa. "Kenapa kau ketawa?""Tak sangka dunia ni memang kecik. Pergi sejauh mana sekalipun pasti akan berjumpa

kembali. Dah la tu, jodoh kau pula!" gurau Zaidi."Ini bukan masanya nak bergurau Eddy! Aku serius ni! Tak kan aku nak terima budak tu sebagai isteri aku. Kau bukan tak tahu taste aku macam mana?""Ok apa si Nisa, tu? Comel.. cute.. manis, je!" jawab Zaidi."Comel? Cute? Manis?? Uwek!!.. Kau je yang rasa macam tu. But not me!""Badan dia still gemuk macam dulu, ke?""Takdelah gemuk macam dulu. Agak kurus la sikit dari dulu. Dah jadi kategori berisi la pulak!""So, apa masalahnya? Nampak sangat dia tu ada inisiatif nak turunkan berat badan dia. Aku rasa dia tentu dah lawa sekarang""No! Masih macam dulu. Dia tu macam tak layak digelar lawa rasanya. Benci lagi adalah!!""Jangan bencibenci, Sya.. Nanti lama-lama jadi sayang.." ujar Zaidi menguji. Keningnya diangkat dan bibirnya tersenyum. Amsyar mendengus tidak puas hati. Sakit hati pulak kalau bercerita dengan Zaidi. Lelaki itu tidak pernah menyokong segala apa yang dilakukannya.*****************"Jadi kau bersetuju ke nak kahwin dengan lelaki itu, Nisa?" tanya Fatin ketika mereka membuat research di library UIA. Tugas mereka sebagai pensyarah memerlukan pengetahuan yang tinggi untuk memberi pendidikan yang sewajarnya kepada pelajar mereka."Ini semua wasiat Fatin. Takkan aku nak bantah pula?" jawab Anisah."Tak sangka kan? Budak lelaki yang pernah kutuk dan hina kau masa sekolah dulu tu, rupa-rupanya jodoh kau" ujar Fatin. Anisah mengeluh.‘Hm.. kenapa mesti aku bertemu dengan dia!? Sudah lama aku buang dia jauh-jauh. Tapi kenapa mesti bertemu kembali?’ keluh Anisah dalam hati.*****************"Mok! Oii Mok! Meh sini sat!" jerit Amsyar memanggil Anisah. Anisah mengerut dahi memandang Amsyar."Kau nak apa!?" tanya Anisah tegas."Belikan aku burger kat kantin! Aku lapar la…" arah Amsyar kepada Anisah. Perutnya sengaja diusap-usap konon-konon lapar sesangat."Belilah sendiri!" marah Anisah. Sejak bila pulak dia jadi hamba abdi mamat ni?"Ala.. belikan la. Nanti aku bagi la upah. Kau boleh beli berdozendozen burger nanti. Aku tahu kau kan suka makan burger. Makin debab la badan kau nanti, kan? Sama macam dugong! Lepas ni boleh la kitorang boleh gelar kau Nisa Dugong! Hahahaha..." ejek Amsyar. Rakan-rakannya yang lain hanya ketawa. Anisah diam. Sakit hati betul dia dengan gelaran itu.*****************"Aku terima nikahnya Nur Anisah Syifa’ bt Aminudin dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai" dengan lafaz tersebut, maka termaktublah Anisah menjadi isterinya yang sah. Walaupun berkali-kali ditegah, wasiat tetap wasiat dan dia tidak boleh membantah.Amsyar mendekati Anisah untuk menyarung cincin di jari manisnya. Setelah disarung, bibirnya mengucup lembut dahi gadis itu. Kelipan lampu flash dari kamera memancar-mancar ke arah mereka. Semua orang gembira dengan pernikahan ini namun masing-masing tidak tahu bagaimana pula dengan perasaan kedua-dua pasangan yang telah sah menjadi suami isteri ini.****************Amsyar menutup pintu bilik setelah penat melayan tetamu yang hadir. Anisah yang telah selesai mandi segera ke meja solek untuk menyikat rambutnya. Amsyar duduk di atas katil lantas matanya tak berkelip memandang Anisah."Kau ingat lawa sangat ke sikat rambut kau yang kusut tu depan aku?" perli Amsyar. Pergerakan tangan Anisah mati di situ. Dia mengerling ke arah Amsyar yang memandang tajam ke arahnya."Aku tak rasa pun yang aku lawa" balas Anisah kembali."Dah pandai melawan, ye? Kau harus ingat, aku ni dah sah jadi suami kau, tau! Sedikit kau tinggikan suara dengan aku, dah dikira isteri

yang derhaka. Tak bau syurga la kau gamaknya!" tegas Amsyar."Ada ke aku meninggikan suara dengan kau?" perli Anisah. Amsyar terdiam. Ada ke?"Kalau bukan hari ini pun, esok ke.. tulat ke.. kau pasti akan tinggikan suara kau dengan aku! Kau ingat Nisa.. aku sebenarnya tak sudi nak kahwin dengan kau! Orang perempuan macam kau ni aku pandang sebelah mata je. Kalau boleh pandang pun aku tak hingin!""Kalau pandang pun tak hingin, kenapa kau kahwin dengan aku?""Jangan kau ingat aku suka-suka nak kahwin dengan kau! Kalau tak kerana wasiat arwah atuk aku, dah lama aku tolak kau awal-awal! Dah lah.. dari layan kau baik aku pergi mandi!!" Amsyar bangun lantas mengambil tualanya. Pintu bilik air sengaja dihempas menunjukkan dia memberontak. Anisah terdiam.'Ya Allah, mengapakah ini yang kau uji. Tidak cukupkah dengan ujian yang maha hebat yang pernah kau berikan padaku dulu?' tanpa dapat ditahan, air mata mengalir membasahi pipi.. dugaan ini yang perlu dihadapinya..***************** 2 "Allahuakbar Allahuakbar" kedengaran suara azan berkumandang dari Masjid berdekatan.Anisah terjaga dari tidur. Dia melihat jam loceng di meja sisi. Sudah pukul 6.00 pagi. Dia menoleh ke sisi katil.. kosong. Mana Amsyar? Semalam sesudah habis menyikat rambut, dia segera ke katil untuk merehatkan diri. Amsyar masih lagi dalam bilik air, mandi. Bunyi deburan air kedengaran. Anisah setia menunggu sehingga Amsyar keluar namun, matanya agak berat malam itu. Dia terlalu letih dan mengantuk dan setelah itu dia terlena.Anisah bangun dari katil. Dia mencari kelibat suami yang baru dikahwininya. Mana dia? Tiba-tiba dia melihat pergerakan seseorang disebalik kegelapan bilik itu. Anisah mendekati tubuh itu. Amsyar baring di atas sofa kesejukkan. Dia berpeluk tubuh menahan sejuk. Anisah merasa kasihan melihat lelaki itu. Segera dia mengambil comforter di katil lantas diselimutnya lelaki itu.‘Kesian awak, Amsyar.. Kenapa perlu menyeksa diri?’, rintih Anisah dalam hati.Kemudian Anisah segera ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk. Suara azan sudahpun berkumandang menandakan subuh telah menjelma. Setelah selesai mandi, dia menunaikan solat subuh. Satu kewajipan yang wajib dilakukan oleh seorang hamba Allah. Anisah menunaikannya dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Anisah menadah tangan memohon keampunan dan berdoa semoga dilembutkan hati Amsyar untuk menerimanya satu hari nanti. Dia tidak menginginkan perkahwinan ini untuk sementara. Biar lah ia kekal selama-lamanya..Anisah segera melipat telekungnya lantas disidai di palang penyidai. Matanya tertumpu ke arah Amsyar yang masih lena diulik mimpi. Dia tersenyum. Dia segera mendekati Amsyar untuk mengejutkan lelaki itu."Abang.. bangun bang.." kejut Anisah lembut. Dari semalam lagi dia tekad untuk memulakan panggilan itu kepada Amsyar. Amsyar suami dia. Takkan masih nak ber’kau-aku’. Amsyar tersentak. Dia membuka matanya."Apaa ni, Nisa?? Kan aku tengah tidur, ni!!" marah Amsyar dengan nada perlahan. Badan dia masih lagi berselubung dengan comforter yang diberikan oleh Anisah tadi."Dah Subuh, bang.. Bangun la.. Nanti terlajak pula.. Abang kan nak pergi ofis?" tegur Anisah. Tangannya masih memegang lengan Amsyar. Amsyar spontan bangun dari pembaringan. Matanya tajam memandang

Anisah. Dia menarik tangannnya dari terus disentuh oleh Anisah. Gadis itu terkejut."Hish!! Kau ni tak boleh tengok aku senang!!" Amsyar segera berdiri dan menolak Anisah ke tepi. Mulutnya terkumat-kamit membebelkan sesuatu. Dia segera mencapai tuala untuk mandi. Anisah menggelengkan kepala. Dia mendekati suis lampu. Bilik itu kembali terang.Anisah mengambil comforter yang terjatuh ke lantai tadi ke katil. Dia mengemas katil dan bantal dengan penuh teratur. Sempat pula dia bernyanyi-nyanyi kecil menghiburkan hati. Kemudian, dia segera ke almari pakaian untuk mengambil pakaian kerja Amsyar. Walaupun semalam hari perkahwinan mereka, namun Amsyar sibuk untuk memulakan tugasnya hari ni setelah mengambil cuti selama tiga hari bagi menjalani majlis pernikahan dan perkahwinan mereka. Alasannya banyak kerja di pejabat yang masih belum diselesaikan.‘Hmm.. baju yang mana ye nak aku sediakan?’ teka Anisah dalam hati. Matanya berpinar-pinar memandang helaian baju yang tergantung di depan mata. Bermacam-macam jenis warna yang ada. Dia mengeluarkan baju kemeja berwarna biru laut dan seluar linen berwarna hitam. Kemudian dia memilih pula ‘tie’ berwarna biru gelap. Sesuai dikenakan dengan baju biru lautnya. Baju itu segera diseterika dan diletakkan di atas katil.Lima belas minit berlalu. Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 6.50 pagi. Amsyar masih lagi berada di dalam bilik air. Hmm.. tak habis mandi lagi, ke? Subuh dah nak habis.. Anisah mendekati tandas lantas diketuk pintu."Apaa??" jerit dia di dalam bilik air."Dah nak dekat pukul 7, bang. Subuh nak habis dah.." ujar Anisah."Yelah, nanti aku keluarlah!!" jawab Amsyar."Nisa dah iron baju abang. Nisa letak baju kat atas katil. Nanti abang pakai la, ye? Nisa nak turun ke bawah sediakan makanan.." kata Anisah. Namun tiada balasan dari dalam. Bunyi deburan air pula kedengaran. Anisah hanya tersenyum pahit. Dia segera keluar dari bilik dan menuju ke dapur.************Sebaik kaki melangkah ke dapur, bau nasi goreng sudah menusuk hidung. Orang gaji mama dan papa Amsyar sibuk memasak dan menyiapkan sarapan untuk mereka sekeluarga."Hm.. sedapnya bau. Masak apa?" tanya Anisah kepada dua orang gajian mereka."Eh, Cik Puan Anis.. kami masak nasi goreng, je.. Cik puan duduk la dekat ruang makan, nanti Ida sediakan makanan" ujar Shahida, salah seorang orang gaji mereka. Yang seorang hanya tersenyum sahaja sambil sibuk menggoreng nasi."Takpelah.. saya pun takde benda nak buat, boleh saya tolong sikit" kata Anisah mempelawakan diri. Dia segera mengambil pinggan mangkuk lantas disusun di meja makan. Walaupun ditegah namun Anisah tetap berdegil untuk membantu.Sedang dia sibuk menyusun, Dato’ dan Datin turun dari tangga."Eh? Anis.. kenapa buat kerja-kerja ni??" tanya Datin Faridah. Dia segera mengambil kerusi untuk duduk. Dato’ Azhari hanya tersenyum sebelum mencapai surat khabar di atas meja makan."Takpelah, ma.. Anis saja je tolong Kak Mah dan Ida sediakan makanan.. Bosan takde buat apa-apa.." jawab Anisah. Dia segera menuangkan air teh ke dalam cawan bapa dan ibu mertuanya."Dato’, Datin dan Cik Puan Anis makan la.. saya masuk ke dalam dulu, ye" Mak Mah, orang gajian mereka yang paling setia berkhidmat ketika Amsyar masih kecil lagi meminta diri. Mereka mengangguk. Dato’ Azhari sibuk membaca surat khabar sebelum beliau bersarapan.."Mana Amsyar, Anis?" tanya Datin Faridah apabila sejak dari tadi dia tidak nampak kelibat anak tunggal kesayangannya itu."Ada dekat atas, ma.

Tengah bersiap" jawab Anisah sambil mengunyah nasi goreng perlahan."Emm.. budak ni memang degil. Papa dah suruh ambil cuti tak nak. Sibuk nak kerja. Korang pun belum pergi honeymoon lagi, kan? Macam la takde orang yang boleh tolong dia handlekan kerja dia, tu. Zaidi tu pun boleh bantu..!" ngomel Dato’ Azhari."Hmm.. degil dia tu ikut awak papanya.." perli Datin Faridah."Eh, saya pula awak salahkan. Awak pun apa kurangnya.." Dato’ Azhari membalas kembali. Anisah hanya tersenyum."Takpelah, pa.. ma.. Anis pun tak kisah. Abang Am tu banyak tanggungjawab sejak dia pegang CEO syarikat.. lagipun honeymoon tu bila-bila boleh pergi, kan?" jawab Anisah. Walaupun dia agak makan hati dengan sikap Amsyar padanya namun dia kena banyak bersabar."Hmm.. untung Amsyar dapat isteri macam kamu ni, Anis.." puji Dato’ Azhari. Datin Faridah hanya mengangguk setuju. Anisah tersenyum."Good Morning, ma.. pa..." ucap Amsyar sewaktu dia turun dari tangga. Mata masingmasing memandang ke arahnya. Anisah terkejut apabila melihat Amsyar memakai baju yang bukan dipilih olehnya. Lelaki itu cuma memakai kemeja berwarna coklat terang, ber’tie coklat gelap dan berseluar slack hitam. Hatinya betul-betul terguris. Kenapa Amsyar begitu benci dengannya. Lelaki itu duduk berhadapan dengan mamanya. Dia langsung tidak memandang ke arah Anisah. Anisah diam. Tiba-tiba seleranya mati."Kamu betul-betul nak pergi kerja ke, Sya?" tanya Dato’ Azhari."Ye, pa. Kat ofis tu banyak kerja yang perlu Sya selesaikan. Tak boleh ambil cuti lama sangat" jawab Amsyar selamba."Kamukan baru kawin, Sya. Kesian kat bini kamu ni. Dia ambil cuti panjang kamu pulak ambil cuti pendek. Patutnya sekarang korang dah boleh pergi honeymoon tau!" tegur Datin Faridah pula. Amsyar hanya diam. Nasi goreng yang diberikan oleh Anisah diambil lantas disuap ke mulut."Ala, ma.. Nisa pun tak kisah samada nak pergi honeymoon ke tak. Betul tak, Nisa? Lagipun honeymoon tu kan bila-bila boleh pergi. Nanti kalau Sya free, Sya ajak la Nisa bercuti"Anisah diam sahaja. Dia tak mampu untuk melawan kata-kata Amsyar. Lelaki itu berhak buat keputusan. Dato’ dan Datin hanya menggelengkan kepala.Selesai makan, Amsyar segera ke ruang tamu. Tangannya menjinjing briefcase sebelum mencapai kasut di rak. Anisah hanya mengekori buntut Amsyar ke pintu utama. Lelaki itu langsung tidak memandang ke arahnya. Dato’ dan Datin pula kembali ke atas untuk menyelesaikan kerja mereka."Abang.." panggil Anisah. Amsyar diam. Dia leka memakai stoking. "Err.. abang balik pukul berapa hari, ni?" tanya Anisah kembali setelah lama menunggu balasan dari Amsyar."Kenapa?" tanya Amsyar acuh tak acuh.""Kalau abang balik awal, boleh Nisa masakkan abang makanan kegemaran abang" jawab Anisah lembut.Amsyar kembali bangun setelah selesai mengenakan kasutnya. "Tak payahlah kau menyusahkan diri kau tu. Aku pun tak tahu aku boleh balik pukul berapa." balas dia kasar lantas bergegas ke kereta. Anisah masih mengekorinya ke kereta. Gadis itu mencapai tangan suaminya. Amsyar terkejut. Kelakuan Anisah mencium tangan lelaki itu membuatkan Amsyar terkaku."Selamat jalan, bang.." ucap Anisah tersenyum. Amsyar diam. Dia menekan punat kunci kereta lantas dibuka pintu dan memboloskan diri ke dalam. Enjin kereta di’start’ dan kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Anisah hanya mengeluh. Lelaki itu langsung tidak melambaikan tangan ke arahnya. Blah macam tu aje. Dia kembali masuk

ke dalam rumahnya.Kaki Anisah melangkah ke bilik. Sebaik sahaja pintu dibuka, matanya tertancap ke arah pakaian yang diseterikanya pagi tadi. Masih elok dan tidak bersentuh. Tidak perasankah Amsyar dengan baju ini? Tapi mustahil dia tidak perasan. Anisah segera mengambil pakaian tersebut lantas digantung dan disimpan kembali ke dalam almari. Dia duduk di atas katil. Tiba-tiba hatinya terasa amat sunyi. Dia rindukan abah dan mak serta adik-beradik yang lain.'Mak.. Nisa mahu pulang..' keluh Anisah dalam hati. Dia masih belum boleh menerima perkahwinan ini namun.. kerana arwah atuk Amsyar pernah berjasa dengan mereka sekeluarga, dia redha dengan kehendak mereka. Takpelah.. mungkin hari ini aku belum menjumpai kebahagiaanku..**************** 3 Amsyar masuk ke dalam ofis dengan wajah yang membahang. Semua staf terkejut dengan kedatangannya. Jangankan nak senyum.. tegur pun tidak. Berdesuupp masuk ke dalam biliknya. Zaidi yang perasan dengan kelakuan Amsyar segera ke bilinya.Amsyar melemparkan 'briefcase'nya di atas meja. Sekilas dia duduk dan bersandar. Dia melepaskan keluhan. Teringat kembali babak ketika Anisah mencium tangannya sewaktu dia keluar dari rumah. 'Kenapa aku rasa lain?' desis hatinya. Dia meletakkan tangannya ke dada. Degupan jantung Amsyar kembali kencang. 'Ah! Perasaan aku, je. Tak mungkin aku dah mula sukakan dia! Dia.. dugong!! Tak mungkin aku suka dugong macam dia! Aku suka seseorang persis duyung bukan dugong!! Arrggghhh!!!'"Hai, mengelamun nampak, Sya?" tanya Zaidi lantas menutup pintu biliknya."Kau ni Eddy, masuk tu cuba ketuk pintu dulu!" tegur Amsyar. Tangannya segera menekan punat 'on' pada laptopnya. Zaidi menghampiri mejanya lantas menarik kerusi untuk duduk tanpa dipelawa."Aku dah ketuk pintu kau berkali-kali. Kau tak dengar ke? Tu la.. berangan je kau, ni!" perli Zaidi. Amsyar hanya diam sahaja. Dia leka memandang kea rah skrin laptopnya. "So, how's your first night? Ke.. tidur berasingan???" tanya Zaidi lagi."Kenapa? Penting ke aku nak cerita kat kau pasal first night aku??" kali ini Amsyar pula membalas paku buah keras."Yelah.. kau kan tak suka dengan perkahwinan kau, ni. So sebab tu aku tanya""Aku tak ingin la dengan budak Nisa Dugong, tu. Kalau dia tu cantik macam duyung.. boleh lah! Kalau aku tak cinta pun aku tetap boleh ngap! Hahahaha.." gurau Amsyar kasar. Zaidi hanya ketawa sahaja."Dia lawa what? Comey lagik!" Zaidi tersengih macam kerang busuk depan Amsyar."Lawa!? Tolonglah! Dah la.. malas aku nak cerita pasal dia. Buat sakit hati aku, je! Rasa macam tak nak balik rumah. Tak sanggup aku tengok muka dia hari-hari.." rungut Amsyar. Zaidi hanya mengangkat bahu. "So, hari ini kita ada meeting dekat mana?"*******************Sebulan berlalu.. namun kehidupan Amsyar dan Anisah tetap macam biasa. Tiada apa yang berlaku. Perasaan Amsyar pada Anisah tetap sama seperti dulu. Benci.. dan terus membenci. Cuma Anisah pula semakin lama semakin periang dan kadang-kadang pandai pula loya buruk. Dia juga tekad takkan melalui hidupnya dengan penuh kesedihan. Walaubagaimanapun hidup mesti diteruskan. Selagi dia masih digelar isteri, tanggungjawab dia tidak sesekali diabaikan meskipun Amsyar tidak pernah menghargainya."Ada apa papa dan mama suruh kitorang berkumpul, ni?" tanya

Amsyar malam itu selepas makan. Datuk Azhari dan Datin Faridah saling berpandangan sambil tersenyum. Amsyar dan Anisah mengerut dahi."Pa, ada perkara baik, ke?" tanya Anisah membuang rasa ingin tahunya. Amsyar memandang tajam ke arah Anisah. Sibuk pula perempuan ni! Gadis itu kembali tunduk diam. Takut pula melihat wajah Amsyar yang selalu sahaja masam dan macam nak makan orang tu. Datuk Azhari dan Datin Faridah masih lagi tersenyum.."Papa dan mama nak beritahu wasiat arwah atuk kamu yang kedua" kata-kata Datuk Azhari betul-betul membuatkan Amsyar dan Anisah ternganga. Wasiat apa pulak kali ni????"Apa ni pa.. Atuk ni biar benar. Sesuka hati buat wasiat yang bukan-bukan macam ni!!" rungut Amsyar. Anisah hanya mengangguk setuju."Sya, tak baik kamu cakap arwah atuk kamu macam tu. Atuk kamu buat wasiat ni untuk kebaikan kamu juga!" tegur Datin Faridah."Ok.. wait a minute! Nak tak nak, Sya and Anis kena ikut! Do not complain, ok?" balas pula Datuk Azhari. Dia mengeluarkan sekeping fail dari sisi mereka dan mula membaca."Dengar ni.. dah sebulan korang duduk di rumah ini, kan?.. So.. mulai minggu depan korang berdua akan duduk berasingan dengan kami.." Amsyar dan Anisah terkejut dengan kata-kata yang disampaikan oleh Datuk Azhari. Apa yang dimaksudkan oleh mereka?"Maksud pa?" Amsyar tetap tidak puas hati."Atuk kamu dah belikan sebuah banglo berdekatan dengan Bukit Damansara. Banglo tu memang dibina khas untuk kau, Amsyar. Maybe this is the great news for both of you" Amsyar tidak terkata apa-apa. Dia betul-betul terkejut. What? Tinggal di banglo tu? Berdua?? Antara aku dengan budak ni, ke? Oh, tidaakkk!! No way..!!************************"Wah.. cantiknya!!!" jerit Anisah apabila melihat keindahan banglo di depan mata. Rumah banglo dua tingkat yang lengkap dengan perabut itu betul-betul memukau pandangan. Anisah begitu gembira sekali. Dia melihat sahaja gelagat Anisah yang macam orang jumpa emas. Jakun sangat. Dia tergedik-gedik berlari ke sana ke mari kegembiraan. Amsyar menarik beg pakaian ke dalam."Woi.. woi.. sudah sudah la tu! Angkat beg ni!!" arah Amsyar kepada Anisah. Gadis itu terkaku. Dia hanya tersengih lantas segera membantu Amsyar mengambil beg mereka. Dia betulbetul gembira. Begitu bertuah dia dapat tinggal di dalam rumah sebesar ini.********************Paapp!! Amsyar melemparkan fail nipis di atas meja makan. Anisah hanya duduk kaku sahaja memandang fail di hadapannya itu."Apa ni?" tanya Anisah. Amsyar duduk di hadapannya. Dia memandang tepat ke arah mata Anisah. Gadis itu mengerut dahi."Ini kontrak! Aku dah siapkan segala syaratsyarat sepanjang kita berada di dalam rumah ni.." jawab Amsyar kasar."Kontrak apa? Abang pun nak jadi macam arwah atuk juga, ke? Hehehe.." gurau Anisah."Diamlah! Kontrak ni aku gelarkan 'Do and Don'ts Contract'! Segala apa yang aku senaraikan dalam ni adalah muktamad! Ambil ni dan baca kuat-kuat! Aku nak dengar.." Amsyar menolak kontrak itu kepada Anisah. Dia mengambil lantas dibuka."Ha! Apa lagi? Bacalah!! Apesal diam?" bentak Amsyar. Anisah hanya menjeling sahaja. Geram pula melayan kerenah suaminya ini.Satu: Sekiranya si suami keluar rumah, isteri tak berhak untuk mengambil tahu apa yang dilakukan oleh suami. Tapi sekiranya isteri ingin keluar rumah, dia harus meminta keizinan suaminya terlebih dahulu."Ini tak adil!" tegah Anisah."Kenapa pulak? Kan dalam Al-Quran sendiri dah cakap, seorang isteri wajib meminta

keizinan suami untuk melakukan sesuatu. Kalau tidak, itu dah dikira menderhaka! Masa kita pergi kursus kahwin pun ustaz cakap macam tu, kan?" balas Amsyar. Anisah menggigit bibir. Geram betul dia."Habis, kalau abang keluar tanpa beritahu Nisa.. boleh pula! Itu bukan tak adil namanya?" Anisah masih tidak puas hati."Apa pulak tak adil? Seorang suami hanya diharuskan sahaja. Lagipun, tak mati la kalau aku buat sesuatu perkara tanpa pengetahuan kau. Kau tu je yang patut jaga batas-batas sebagai seorang isteri. Hah! Apa lagik.. teruskan baca syarat yang kedua.." arah Amsyar lagi. Anisah mendengus.Dua: Sekiranya ingin mengambil atau menyimpan sesuatu di dalam peti sejuk, harus disenaraikan nama barang, tarikh, masa dan nama si pelaku. Ini adalah untuk mendisiplinkan diri agar si pelaku tidak mengambil makanan berlebihan dalam satu hari dan perbelanjaan makanan di dalam rumah dapat dilimitkan."Abang perli saya, ye?" Mata Anisah tajam memandang Amsyar. Amsyar hanya tersenyum sinis."Aku nak ajar kau cara nak jadi kurus la bengong! Kalau kau ikut syarat ni.. dapat la kau kurangkan sikap makan banyak kau, tu!" perli Amsyar pula."Mana boleh.. kalau saya masak untuk abang dan keluarkan barang-barang tu macam mana pulak?""Letak la nama aku dan kau sebab kita yang makan. Faham? Baca yang ketiga!" Sempat pula Amsyar menggigit lidi rojak buah yang dibelinya tadi sambil mendengar Anisah membaca syarat yang ketiga.Tiga: Pastikan rumah sentiasa bersih dan kemas. Setiap hujung minggu, ruang tamu, bilik air, bilik tidur dan dapur hendaklah dimop sentiasa untuk mengekalkan kebersihan di dalam rumah."Ha.. ini Nisa setuju" kata Nisa tersenyum."Tapi semuanya kau yang buat!""Kenapa pulak!?""Sebab itukan tugas seorang perempuan?""Mana boleh! Penat la kalau Nisa buat seorang. Lagipun dalam kontrak ni tak tulis pun siapa yang kena buat and siapa yang tidak. So, as conclusion buat sama-sama la!""Hmm.. ok!" jawab Amsyar selamba.Nisa tersenyum menang. Setuju juga mamat ni!Empat: Pasangan suami isteri ini berhak untuk tidur berasingan dan dilaranguntuk masuk ke dalam bilik si pasangan walau apa yang berlaku sekalipun."Kalau ketuk pintu?" tanya Nisa untuk mendapatkan kepastian."Ketuk pintu boleh la! Kau ni tak faham statement ke? Kan dia tulis jangan masuk, je!" perli Amsyar lagi. Anisah menjeling.Lima: Pasangan suami isteri itu dilarang sama sekali mengambil atau menyentuh barang peribadi pasangan mereka tanpa kebenaran."Maksud abang?""Maksudnya, kita tak dibenarkan menyentuh barang peribadi seperti jam tangan ke apa ke tanpa kebenaran la. Based on diri sendiri la apa jenis barang peribadi kita.""Kalau Nisa nak basuh seluar kecik and pakaian abang tu macam mana pulak?""Kan aku tulis 'tanpa kebenaran'? Kalau aku benarkan kau boleh sentuh la sayang oii.."Terakhir: Setelah tiga tahun berkahwin, sekiranya tidak ada keserasian.. pasangan boleh menuntut cerai.Tangan Anisah menggigil. Tiga tahun? Cerai? Dia memandang Amsyar."Kenapa tiga tahun?""Kenapa? Kau nak awalkan lagi, ke? Boleh jugak..""Tak.. bukan tu maksud Nisa.. tapi.. kenapa perlu cerai?""Kan aku tulis, kalau takde keserasian.. boleh minta cerai atau menceraikan. Tiga tahun tu lama.. Takkan kau nak seksa hidup kau berkahwin dengan lelaki yang kau tak cinta?""Kenapa abang tak ceraikan saja saya sekarang? Kenapa perlu tunggu tiga tahun?" Mata Anisah kembali berair. Air matanya bergenang di kelopak mata."Kau gila, ke? Kita ni kahwin sebab wasiat,

tau. Takkan begitu cepat kita bercerai.. Nanti apa kata mama, papa dan family kau? Lagipun tiga tahun tu cukup untuk kita kenal hati budi masing-masing, kan?"Anisah mengesat air matanya dari terus mengalir. Dia tunduk memandang ke arah kontrak itu. Andai itu yang tersurat.. aku redha."Kontrak ni boleh dipinda?""Ikut kepada keadaan.. Dan sekarang kau sain kat bawah ni tanda kau setuju dengan segala syarat yang dikenakan!" jelas Amsyar lalu menunjukkan garisan putus-putus di dalam kontrak itu kepada Anisah. Dia menghulurkan pen kepada Anisah. Gadis itu menarik nafas sebelum menandatangan kontrak tersebut.Setelah selesai, kini giliran Amsyar pula untuk tandatangan. Lelaki itu tersenyum."Great! Kontrak ni akan aku simpan di tempat yang selamat" kata Amsyar lalu bangun meninggalkan Anisah. Anisah diam. Cerai? Betul ke apa yang aku buat ni? 4 Krriiiiinnngggg...!!!!~Secara spontan Amsyar terjaga dari tidur.. dia mencapai jam loceng di meja sisi. Aiseh man!! Dah pukul 8.30 pagi!! Gila! Macam mana boleh tak jaga, ni? Amsyar kelam kabut bangun dan segera berlari ke bilik mandi. Dia perlu cepat. Mesyuarat akan berlangsung pukul 9.30 pagi. Dia tak boleh lambat. And one more thing.. hari ini dia terlepas solat subuh. Aduyai.. Teruk betul kau ni, Amsyar. Macam mana nak jadi suami yang baik kalau perkara wajib macam tu sering kau abaikan???Amsyar segera memakai kot. Penampilannya pagi itu agak tidak kemas. Semuanya kucar-kacir. Nasib baik dia sempat iron bajunya semalam. Sudah diduga dia pasti akan lambat lagi. Kalau dulu, Anisah selalu juga kejutkan dia. Tapi mulai hari ini gadis itu buat hal sendiri pula. Semuanya kerana kontrak yang dia buat. Huh!? Seorang isteri tak boleh mengambil tahu apa yang dilakukan oleh suami konon.. hah! Padan dengan muka kau! Betulbetul dugong tu tak ambil tahu pasal aku! Dah la semalam aku lepak kat club dengan Shahril dan Remy sampai tengah malam. Bila balik, dugong tu pula dah berdengkur dalam bilik. Kalau di rumah mama dulu, selalu juga dia tunggu aku pulang kat ruang tamu. Aduyai.. Memang hancur hidup aku start hari ini.Amsyar berlari ke dapur. Jenguk apa-apa yang patut yang boleh dimakan. Lambatlambat juga.. sarapan kena ambil. Amsyar membuka tudung saji di atas meja. Nasi goreng dan kopi o panas yang agak-agak dah sejuk buatan Anisah sudah tersedia. Bagus juga si dugong ni. Sebenci-benci aku pada dia, tak pernah dia abaikan tanggungjawabnya. Hai.. apesal baik sangat aku memuji dia, ni? Arrgghh.. Perut terasa lapar pula. Segera dia mengambil pinggan di para untuk melantak.Sedang dia mengunyah nasi goreng, tiba-tiba dia ternampak sekeping kertas terselit di bawah teko. Amsyar segera menarik kertas itu dan membaca.'Sori, bang.. Pagi tadi Nisa ketuk pintu bilik abang tapi abang tak jawab. Nisa tak berani nak bukak.. nanti langgar kontrak pulak. So sebagai tanda minta maaf.. Nisa masak nasi goreng spesel untuk abang. Jangan lupa sarapan dulu, tau! Nisa pergi kerja dulu..'Hampeh betul minah ni. Boleh pulak dia kata tak berani nak bukak? Bukan dalam kontrak tu aku tulis jangan masuk ke dalam bilik je, ke? Takde pulak aku cakap jangan bukak pintu. Aduyai dugong sorang ni.. nama je pensyarah tapi dungu yang amat!Selesai makan, Amsyar berlari mendapatkan keretanya. Pintu pagar dikunci. Jam dibelek. Hampir 9.20 minit.

Hanya tinggal 10minit lagi. Nasib baik ofis tu bapak aku yang punya. And nasib baik juga meeting tu meeting dalaman. Kalau meeting dengan client.. maunya hilang projek berjuta-juta aku nanti disebabkan hanya terlewat walau satu minit sekalipun. Kereta BMW 7 series kepunyaan Amsyar memecut laju meninggalkan banglo..******************"Ok, if nothing to say.. our meeting adjourned. Please take note all the issues that I highlight before this" ujar Amsyar mengakhiri mesyuarat mereka pagi itu.Semua staf mereka keluar dan memulakan tugas masing-masing seperti biasa. Amsyar melepaskan penat sambil bersandar di kerusi yang empuk itu. Dia menutup matanya sebentar. Rasa pening kepala mula terjah. Mungkin disebabkan keadaan kelam kabut pagi tadi membuatkan otaknya berpusing."Kau ok ke, Sya?" tanya Zaidi apabila melihat Amsyar memicit-micit kepalanya."Ha? Err.. ok!" jawab Amsyar pendek. Zaidi duduk menghampirinya. Hanya mereka berdua di dalam bilik mesyuarat tersebut."Semalam kau gaduh dengan bini kau, ke?" teka Zaidi. Takkan bergaduh sampai pening kepala, kot? Setahu aku.. Anisah tu bukan jenis kaki gaduh. Malah gadis tu begitu taat mengikut segala yang diperintahkan oleh Amsyar. Pernah dia datang ke rumah family mereka malam itu bersama isterinya. Perwatakan Anisah masih seperti dulu. Periang dan lemah-lembut. Tidak pernah gadis itu meninggikan suara dengan suaminya. Malah sekiranya ada rasa tidak puas hati, dia hanya membuat muka sahaja. Tak faham aku kenapa Amsyar begitu anti dengan gadis itu. Nak kata tak lawa, lawa la juga bagi aku. Badan? Hmm.. agak kurus dari waktu sekolah dulu. Tapi Amsyar masih belum boleh menerima Anisah sepenuhnya."Takde la.. aku pening kepala je sebab bangun lewat pagi tadi. So, agak kelam kabut la" jawab Amsyar."Laa.. kenapa pulak? Nisa tak kejutkan kau ke tadi? Ke Nisa pun sama bangun lewat?" teka Zaidi."Takdelah. Dia seperti biasa la bangun awal. Tapi kitorang dah tak duduk satu bilik macam dulu" jelas Amsyar lagi. Zaidi mengerut dahi. Tak duduk satu bilik? Hish! Habis mamat ni tidur dekat mana semalam? Tak takut ke diorang sekiranya mama dan papanya dapat tahu?"Kau tidur dekat mana?"Amsyar membuka matanya. "Dalam bilik aku la. Kenapa kau tanya?""Rumah kau ada bilik kosong, ke? Kau tak takut kalau papa dan mama kau dapat tahu rahsia korang, ni?" Zaidi masih tidak memahami."Kan aku dah pindah rumah, Eddy. Semalam kami dah start tidur bilik berasingan" jelas Amsyar lagi."Oh I see. Tapi kalau tidur berasingan pun kenapa la si Nisa tak kejutkan kau. Ni sah solat subuh pun lebur. Betul, tak?""Sebab kontrak!""Kontrak?" Zaidi agak terkejut apabila Amsyar mengatakan mengenai kontrak. Kontrak apa pulak kali ni? Amsyar tahu sahabatnya itu tidak memahami apa yang dimaksudkannya. Dia segera bangun. Otaknya rasa macam nak pecah."Nanti kau tahu la…" jawab Amsyar lantas meninggalkan Zaidi yang terpinga-pinga. Hmm.. macam-macam hal pula kali ini..*************************Amsyar terpaksa mengambil cuti setengah hari pada hari itu. Semua meeting terpaksa dibatalkan. Pening kepalanya masih lagi terasa. Alahai.. baru sehari dia duduk kat rumah itu dah jadi macam ni. Belum lagi duduk selama-lamanya. Hmm.. Amsyar baring di atas sofa. Televisyen dibuka dan matanya hanya memandang siaran tanpa ada apa-apa perasaan. 'Baik aku tidur' desis hati Amsyar. Matanya dilelapkan untuk menghilangkan rasa sakit di kepala. Dua minit kemudian dia terlena.***Pintu

utama dikuak. Anisah masuk ke dalam. 'Eh? Kenapa gelap je, ni? Amsyar tak pulang lagi, ke?' tanya Anisah dalam hati. Tangannya segera menekan punat suis untuk menyalakan lampu. Keadaan ruang tamu kembali terang. Hari ini dia agak lewat pulang ke rumah. Disebabkan kerana exam semakin dekat, dia leka menyiapkan soalan untuk pelajarnya. Selesai menunaikan solat maghrib dan makan di Café berhampiran, dia segera pulang ke rumah.Anisah menapak ke tangga untuk ke bilik. Dia perlu membersihkan diri terlebih dahulu. Dalam fikirannya, Amsyar mungkin juga pulang lewat malam itu.Selesai mandi dan solat isyak, Anisah turun ke bawah untuk menonton televisyen. Rambutnya yang panjang aras bahu diikat sanggul. Dia bergerak ke dapur untuk mencari makanan ringan. Coklat cadburry kegemarannya dicapai di dalam peti ais. Kemudian dia mengambil kertas yang terlekat di peti ais itu untuk mencatat seperti mana yang termaktub dalam kontrak mereka."Hmm.. leceh betul la buat benda, ni!! Setiap kali nak makan je kena catit. Gile betul si Amsyar tu buat syarat macam ni..!" bebel Anisah perlahan. Tangannya menari-nari di atas kertas tersebut. "Benci! Benci! Benci!.. Macam mana la aku boleh bersabar dengan dia??" rungut dia lagi."Apa yang kau bebelkan, tu?" kedengaran sepasang suara di pintu dapur membuatkan Anisah terkejut beruk. Mukanya pucat memandang kea rah suara itu. Kelihatan Amsyar tercegat di pintu dapur sambil memandang tajam ke arahnya."Err.. takde.. Nisa cu-cuma marahkan staf Nisa tadi sebab malas nak-nak buat kerja yang Nisa suruh" tipu Anisah gagap. Dia hanya tersengih kambing ke arah Amsyar. Lelaki itu mendekatinya."Kenapa kau balik lambat?" tanya Amsyar tegas."Err.. abang tahu Nisa pulang lewat?" Nisa tidak menjawab soalan yang diberikan oleh Amsyar malah diusulkan pula dengan soalannya."Habis kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat? Aku ambil cuti hari ni! Kenapa tak call? Kau kemana tadi?" bertubi-tubi soalan yang diberikan Amsyar. Pening kepalanya masih lagi terasa. Hmm.. apa tidaknya, dia bukan makan ubat atau panadol pun tadi. Hanya dengan tidur je untuk melegakan peningnya itu. Alih-alih bila bangun, dah hampir maghrib. Nasib baik sebelum tidur tadi dia sempat solat asar.Amsyar duduk berhadapan dengan Anisah. Matanya masih lagi tajam memandang isterinya itu. Anisah gugup. Tidak tahu untuk memberi alasan yang bagaimana."Nisa.. Nisa siapkan kerja Nisa, bang. Leka sangat sampai tak sedar hari dah lewat. Then, Nisa pergi makan dulu sebelum pulang. Tu yang lambat. Err.. abang dah makan?" soal Anisah pula mengalih pertanyaan di kepala Amsyar."Kau makan dengan siapa?" tanya Amsyar lagi.Hish! Banyak pula soalnya. Buat hal sendiri dah la. Lagipun kau bukannya suka dengan aku. Pastu nak ceraikan aku pula lepas tiga tahun. So, kau ada hak ke? Walaupun kontrak tu agak berat sebelah sikit.. tapi aku ikut je. Kadang-kadang malas benar nak buat. Boleh, tak? Kalau aku tak buat kau nak saman aku, ke? Sanggup ke habiskan duit nak saman bini kau ni sebab benda kecik macam tu?"Aku tanya ni jawablah! Kenapa kau jeling-jeling, plak!?" bentak Amsyar lagi."Nisa makan sorang!" jawab Nisa spontan. Pen di tangan terlepas kerana terkejut."Ingat Nisa, kau tu isteri aku. Aku tak suka kalau kau buat sesuatu yang tak senonoh di belakang aku. Nanti apa jiran-jiran dan sedaramara cakap? Kau kena ikut syarat yang dah aku tetapkan. Faham!?" ujar Amsyar memberi amaran. Anisah hanya mengangguk sahaja. Tidak melawan dan tidak

langsung memandang muka Amsyar. Coklat yang dikeluarkan di capai."Pergi ambilkan aku air. Aku dahaga!" arah Amsyar. Bagai seorang bibik kepada tuannya, Anisah hanya mengikut sahaja arahannya.Anisah menghulurkan segelas air sejuk kepada Amsyar. Kemudian dia segera menyanyi riang menulis sesuatu di dalam kertas tersebut."Kau tulis apa, tu?" tanya Amsyar apabila dia melihat Anisah leka menulis sesuatu."Err.. tulis nama abang dengan air tu la" jawab Anisah jujur. Amsyar terkejut beruk."Apa ke bengap kau ni, Nisa? Nama aje pensyarah tapi bengap! Ini air kosong je bukannya makanan yang dibeli. Yang kau gatal-gatal tulis tu buat apa!?" marah Amsyar."Abang yang cakap apa sahaja barang yang dikeluarkan dalam peti ais ni kena tulis. So Nisa tulis, la!" Anisah masih tidak puas hati. Hari itu dia sendiri cakap macam ni. Pastu nak marah-marah pula. Aku ni bukan bengap! Aku buat apa yang dah tercatat dalam kontrak tu je! Gila!!"Memang.. tapi ni kan air refill. Bukannya beli. Kalau air oren ke, air milo yang instant tu ke kau keluarkan baru la kau tulis! Bodoh betul kau, ni! Dah.. padam balik!" arah Amsyar lantas meneguk air yang diberikan. Anisah mencebik.'Yelah! Aku tahu aku salah.. tapi jangan la panggil aku bodoh! Geram betul! Macam la dia tu pandai sangat. Dia yang buat kontrak bukannya aku!' rungut hati Anisah. Dia segera memotong perkataan yang ditulis. Amsyar bangun meninggalkannya menuju ke ruang tamu. Anisah menyumpah seranah kelakuan Amsyar padanya.'Hish! Kenapa la aku boleh kahwin dengan dia, ni? Menyakitkan hati betul!' Anisah kembali menampal kertas tersebut dan mencapai gelas yang diminum oleh Amsyar untuk dibasuh. Kemudian, dia terus mengambil coklat yang dah cair tu ke ruang tamu. 'Nasib baik ada coklat.. dapat juga aku lepaskan segala tension aku ni!'.*******************Anisah menepuk-nepuk bantal enam kali. Kata orang tua-tua, kalau sebelum tidur kita ketuk bantal.. nescaya kita akan bangun ikut pada berapa kali yang kita ketuk. Kiranya kalau enam kali dia ketuk, dalam pukul enam tepat dia akan bangun. Entah la benda ni betul atau tidak tapi dia selalu juga buat. Lebih kurang dalam pukul enam tu spontan matanya terbuka. So memang betul la petua tu. Hehehe..Anisah baring lantas menarik comforter ke paras dada. Dia menguap berulang kali. Rasa mengantuk menerjah namun matanya masih juga tidak mahu tidur. Anisah memandang ke arah siling. Dalam fikirannya, dia masih teringatkan Amsyar. Ah! Kenapa aku teringat kat dia pula ni? Syuhh.. syuhh.. Pergi! Pergi!Sudah sebulan lebih jangka perkahwinan mereka.. dia tahu sudah terbit rasa sayang dia pada Amsyar. Walaupun pada awalnya dia membenci lelaki itu, tapi selama mereka tinggal bersama.. Amsyar bukanlah seperti lelaki yang dia fikirkan selama ini. Amsyar suka buli dan marah-marah namun tidak pernah sekalipun dia menyentuh atau menjentik Anisah. Anisah yakin Amsyar seorang lelaki yang baik. Cuma ego dan sikap keras kepalanya itu yang menutupi segala kebaikan yang ada pada dirinya*********************Dddddduuunnnng!!Anisah terkejut. Bunyi apa tu? Dia bingkas bangun."Abang?" tanya dia. Diam. Tiada sahutan. Bulu romanya tibatiba naik. Aiseh! Bunyi apa tadi, tu? Anisah turun dari katil lantas bergerak ke pintu dengan perlahan."Abang.. abang ke tu? Jangan la main-main.." jerit Anisah lagi. Masih lagi tiada sahutan. Kakinya menggigil namun diberanikan juga diri untuk menghampiri pintu biliknya. Dengan perlahan Anisah membuka dan kepalanya dijenguk keluar. Keadaan yang gelap menyukar pandangannya untuk

melihat. Namun dalam samar-samar kelihatan satu susuk tubuh terbaring di atas lantai."Abang!!???"...********************** 5 "Kenapa abang tak beritahu Nisa yang abang demam? Risau Nisa jadinya.." bebel Anisah. Amsyar hanya mengeluh. Nisa menuamkan kain basah ke dahi Amsyar untuk meredakan kepanasannya."Penting ke aku nak beritahu kau?" soal Amsyar selamba."Kenapa pula tak penting? Abang kan suami saya.. Kalau apa-apa jadi pada abang, kan saya juga yang susah.. Nah, makan ubat ni!" arah Anisah lantas diberikan dua biji panadol kepada Amsyar. Amsyar mengambil panadol tersebut lantas ditelannya. Kemudian dia mencapai segelas air suam dari tangan Anisah untuk diminum."Lain kali abang jangan buat macam ni, tau. Kalau tak sihat abang beritahu Nisa" tegur Anisah. Dia risau apabila melihat Amsyar terbaring tidak sedarkan diri di hadapan bilik lelaki itu. Nasib baiklah kudratnya mampu untuk memimpin Amsyar ke biliknya semula. Kalau tidak, susah juga dia. Kira badan besar macam dia ni pun ada juga kegunaannya. Anisah mengeluh. Barangkali waktu itu suaminya ingin turun ke dapur mengambil ubat. Patutlah sedari tadi dia melihat wajah Amsyar kelihatan pucat sahaja. Sumpah dia memang tak tahu yang Amsyar tidak sihat. Lelaki itu pula langsung tidak ada inisiatif nak memberitahunya.Setelah selesai makan ubat, Amsyar baring semula. Anisah segera menarik comforter untuk menyelimuti suaminya. "Abang tidur la. Rehatkan badan abang, tu" ujar Anisah. Sekilas dia merendam kain basah itu ke dalam besen dan memerahnya. Kemudian dituam semula ke dahi Amsyar. Amsyar hanya diam tanpa apa-apa reaksi. Matanya dipejamkan. Anisah hanya memandang suaminya. Amsyar.. masih lagi dengan degilnya. Sampai sakit pun tetap degil!Anisah menguap lagi. Masuk kali ini entah yang ke berapa kali. Dia melihat jam loceng di sisi meja. Sudah pukul 1.30 pagi. Esok dia kerja. Hm.. mata semakin berat. Anisah meletakkan kepalanya ke birai katil. Betul-betul di sebelah Amsyar. Bunyi nafas Amsyar ketara. Kemungkinan lelaki itu sudah terlena. Beberapa minit kemudian, Anisah pula menyusul..Amsyar membuka matanya. Dia memandang ke sisi. Melihat Anisah yang tidur tidak sedarkan diri. Dia mengeluh. ‘Kenapa kau baik sangat dengan aku, Nisa? Aku selalu buat kau sakit hati. Aku.. aku tak yakin aku akan sukakan kau.. Tapi.. kenapa kau ambil berat tentang aku?’ desis hati Amsyar. Tangannya dikeluarkan dari selimut. Dia mengusap kepala Anisah lembut. Mungkin dia kena belajar menyayangi gadis ini. Tapi.. kenapa hatinya seakan-akan tidak sudi? Oh, Tuhan! Kau bantulah aku! Matanya dipejamkan semula. Biarlah Tuhan yang tentukan..Ketika Amsyar bangun untuk solat subuh, gadis itu telah tiada di sisi. Mungkin sudah kembali ke biliknya. Amsyar bangun dari perbaringan untuk mengambil wuduk. Rasanya dia kena mengambil cuti lagi untuk hari ini.Sesudah selesai menunaikan sembahyang, Amsyar baring di atas sejadah. Dia tidak larat untuk bangun. Pening kepalanya masih lagi sakit walaupun demamnya sudah kebah.******************Amsyar mengemas katilnya. Dia dapat rasakan rumahnya agak sunyi. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Kemungkinan Anisah sudah pergi kerja. Amsyar bergerak turun ke dapur. Seperti biasa membelek makanan yang ada. Di atas meja kosong. Hmm.. barangkali Anisah tidak sempat menyiapkan

sarapan untuknya. Dia mendekati peti ais. Ditariknya kertas yang terlekat dan dibelek.Hmm.. baru tiga hari dah separuh kertas ditulis. Semuanya nama Anisah. Perempuan ni memang tak makan saman langsung. Banyak sungguh makannya. Coklat la, buah epal la.. kek la.. kalau sehari tak makan tu tak sah! Dah la tu makanan yang diambil kebanyakkannya menggemukkan. Sah dia ni memang nak menggemukkan lagi badan yang sedia gemuk tu. Dasar dugong betul! Amsyar menggelengkan kepala. ‘Kau balik nanti tahu la apa aku nak bebelkan!’ bentak hati Amsyar. Kemudian dia melekatkan semula kertas tersebut ke tempat asal.Dia bergerak ke dapur gas. Ada satu periuk di atasnya. ‘Makanan semalam, kot?’ tekanya dalam hati. Tiba-tiba dia ternampak satu kertas terlekat di periuk tersebut. Dia mencapai kertas itu dan dibacanya..‘Abang.. selamat pagi! Nisa dah pergi kerja tau! Nisa dah masakkan bubur nasi untuk abang, nanti abang panaskan je la, ye? Kalau malas nak panas guna dapur gas, abang guna je oven. Sori sangat-sangat sebab Nisa mengantuk tadi. Then terkejar-kejar tak sempat nak prepare apa-apa yang patut. Abang makan, ye? Jangan lupa makan ubat tau! Hope you will get well soon! ’Amsyar tersenyum sendirian membaca memo dari Anisah. Macam-macam hal minah dugong ni! Dia membuang memo tersebut ke dalam tong sampah. Kemudian dia segera membuka api dapur dan memanaskan bubur nasi yang telah dimasak oleh isterinya.**************"Abang…?" Amsyar terjaga dari tidur apabila terdengar suara orang memanggilnya. Matanya tertancap ke arah Anisah yang tersengih kerang. Ah! Sudah pukul berapa sekarang?"Kau baru balik, ke?" tanya Amsyar. Dia menggosok matanya perlahan. Anisah mengangguk."A’ah. Nisa ambil cuti separuh hari, hari ni" jawab Anisah. Amsyar terkejut."Kenapa?\"Nisa nak jaga abang, la. Abangkan tak sihat..\" jawab Anisah lagi dengan selamba. Dia bergerak ke peti televisyen lantas dibukanya. Kemudian dia duduk di sofa betulbetul bertentangan dengan Amsyar. Lelaki itu bangun dari pembaringan. Demamnya sudah kebah. Cuma mukanya masih lagi pucat.\"Abang dah makan, ke?\" tanya Anisah. Amsyar hanya menggeleng. \"Kalau macam tu Nisa pergi masakkan untuk abang, ye?\" kata Anisah lalu bangun dari duduknya.\"Takpelah! Aku takde selera nak makan..\" tegah Amsyar. Anisah hanya tersenyum.\"Kalau abang tak makan, macam mana nak makan ubat? Perut tu kena diisi\" tegur Anisah lantas kakinya bergerak ke dapur. Amsyar hanya mendiamkan diri sahaja cuma matanya mengekori jejak langkah Anisah.*************************Anisah bernyanyi-nyanyi riang di dapur. Segala makanan yang dikeluarkan dari peti sejuk ditulis di atas kertas seperti selalu. Setelah selesai menulis, dia segera memulakan tugasnya. Dari memotong, menumis terus kepada memasak. Amsyar yang bosan duduk di ruang tamu bergerak ke dapur.Dia menarik kerusi lantas melihat sahaja gelagat Anisah. \'Kenapa kau ni baik sangat dengan aku?\', bisik hatinya.\"Abang nak minum, ke? Nasi lambat masak.. so Nisa buatkan abang air, ye?\" tanya Anisah.\"Tak payah la kau nak buat baik dengan aku, Nisa! Aku tak makan dengan budi baik kau tu!\" tiba-tiba Amsyar membentak. Anisah terkejut. Tidak disangka begitu jauh sekali Amsyar membuat andaian.\"Apa maksud abang?\" tanya Anisah tak puas hati.\"Kau ingat cerita kita ni macam drama, ke? Kau rasa berbaloi ke kau buat macam tu dengan aku? Kau pasti aku akan sukakan kau kalau kau begitu ambil berat dengan aku!? Satu lagi.. kan

dalam kontrak dah cakap jangan masuk bilik pasangan walau apapun yang berlaku! Pagi tadi selamba badak je kau masuk bilik aku..! Kau tahu tak kau dah langgar kontrak!?\" marah Amsyar lagi. Anisah termangu. Jelas kelihatan air jernih berlinang di kelopak matanya. Sampai hati Amsyar berkata begitu?\"Nisa tidak berniat macam tu, bang..\" jelas Anisah perlahan. Hatinya sebak..\"Memang kau berniat. Konon nak ambil hati aku dengan buat semua, ni.. Tolong la weih.. aku tetap takkan sukakan perempuan gemuk macam kau tau! You\'re not my taste!\" bentak Amsyar lagi. Anisah terdiam. Kali ini air matanya tidak dapat ditahan. Dia segera meninggalkan Amsyar dan berlari ke atas. Amsyar hanya terdiam. Dia mengeluh. Dia tahu kata-katanya betul-betul mengguris perasaan gadis itu. Tapi hanya dengan cara itu sahaja dia dapat menghalang rasa sayang mula terbit dalam hatinya.\'Aku tak boleh menyayangi Nisa! Tak boleh! Dia bukan taste aku..! Maafkan aku, Nisa\', bisik hatinya tegas.**********************Anisah melepaskan segala rasa sedihnya di atas katil. Dia betul-betul sedih. Kenapa Amsyar berkata sedemikian? Tidak ada niat di hatinya untuk menunjuk baik. Segala yang dilakukan adalah dengan kerelaan. Ikhlas dari hatinya sebagai seorang isteri.\'Apa dosa aku pada kau, Amsyar? Salahkah aku menunaikan tugasku sebagai seorang isteri?\', bentaknya dalam hati. Dia menangis sepuaspuasnya.**********************Selesai sembahyang Zohor, Amsyar kembali ke ruang tamu. Sebaik menjejakkan kaki ke lantai, dia terhidu sesuatu yang enak dari arah dapur. Dia segera bergegas menuju ke dapur untuk melihat siapa yang sibuk memasak.Alangkah terkejutnya Amsyar apabila melihat Anisah sedang sibuk mengemas meja makan.Gadis itu memandangnya sambil tersenyum. Ah sudah! Ok pulak budak ni? Dah habis ke memasak?\"Abang dah selesai solat? Nisa dah habis masak. Abang pergi la duduk dekat ruang tamu dulu, ye? Tunggu nak hidang je, ni...\" jawab Anisah seolah-olah tahu apa yang ingin ditanya olehnya.Amsyar hanya diam lantas bergerak kembali ke ruang tamu.. 5 minit kemudian..Anisah muncul di ruang tamu.\"Nisa dah siapkan makanan. Abang pergila makan..\" arah Anisah. Amsyar hanya mengangguk. \"Lepas makan nanti, abang letak je pinggan dekat sinki. Nanti Nisa basuh\" ujar Nisa lagi.\"Kau tak nak makan sekali?\" tanya Amsyar setelah lama dia berdiam diri.\"Takpe la, bang.. Abang makan la dulu. Nisa nak solat..\" jawab Anisah lembut lantas segera menapak ke tangga. Mata Amsyar hanya memandang sahaja sehingga bayang Anisah hilang. Dia segera ke dapur. Sebenarnya Anisah berbohong. Dia sudahpun menunaikan solat. Rasa sedihnya masih lagi terasa namun tugas sebagai isteri perlu diutamakan. Dia tak mahu hanya kerana diherdik sedemikian rupa membatalkan niatnya untuk menyediakan kemudahan suaminya.********************Amsyar hanya melihat sahaja makanan di hadapannya. Nasi di dalam pinggan telah tersedia. Bau harum ikan keli masak asam pedas dan sayur kacang betul-betul menarik seleranya. Dia makan tanpa memikirkan apa-apa. Perut yang sebenarnya lapar perlu diisi. Berselera sungguh Amsyar menikmati rezeki di depan mata.********************\"Aku nak keluar jumpa kawan dekat club\" jelas Amsyar malam itu. Anisah hanya mengangguk sahaja manakala matanya sibuk memandang ke arah televisyen. Jam sudah menunjukkan 9.30 malam. Agak begitu lewat untuk Amsyar keluar. Kemungkinan dia akan balik lewat hari ini.\"Kau tak payah tunggu aku. Maybe aku balik lambat.

Nanti jangan lupa sebelum tidur pastikan semua pintu dikunci\" tegur Amsyar. Anisah tetap mengangguk tanpa berkata apa-apa. Amsyar mengeluh lantas segera keluar dari rumah. Dia mengunci pintu gril dan bergerak ke keretanya.*********************Kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan. Anisah bangun menghampiri sliding door. Dia hanya memerhatikan kereta Amsyar beredar keluar dari halaman rumah. Selepas pintu pagar automatik tertutup, kereta BMW kepunyaan Amsyar berlalu pergi. Anisah mengeluh. Sihatkah lelaki itu? Kenapa aku masih risaukan kesihatannya? Dia bukan menghargai pun.\'Aku tetap takkan sukakan perempuan gemuk macam kau tau! You\'re not my taste!\'. Masih terngiang-ngiang ayat itu di telinganya. Gemuk sangatkah aku ni? Apa.. perempuan gemuk macam aku ni takde perasaan ke? Hina sangat ke aku di mata Amsyar? Oh Tuhan.. Kau cekalkan la diriku mengharungi hidup ini.Anisah kembali ke sofa. Punat remote control ditekan. Setiap rancangan bertukar. Tiada mood untuknya menonton televisyen malam itu lantas segera ditutup. Setelah puas memastikan segala pintu dan tingkap terkunci, Anisah segera naik ke bilik. Tiada apa yang perlu dilakukan malam itu selain tidur. Hanya dengan tidur sahaja, dia dapat membuang segala kenangan pahit hari ini bagi dirinya.. Malam itu Anisah langsung tidak berselera untuk makan. Nafsu makannya seolah-olah lenyap dek kerana tamparan yang maha hebat yang diberikan oleh Amsyar terhadapnya.. Andai sudah tersurat jodohku bukan dengan Amsyar aku redha.. biarlah Tuhan yang tentukan.. Dia sudah berputus asa..************************* 6 Amsyar memakirkan keretanya berdekatan dengan Planet Hollywood di Bukit Bintang. Sebaik alarm kereta berbunyi menandakan keretanya terkunci, Amsyar segera bergerak memasuki kelab malam itu.Keriuhan suara para pengunjung di situ betul-betul membingitkan. Mata Amsyar melilau mencari seseorang. Dia berjalan menyusuri orang ramai yang sedang khusyuk menari dan bergembira mengikut rentak lagu dari kumpulan Hujan, band jemputan pada malam itu. Kelihatan dari jauh Shahril dan Remy, rakan satu kepala yang gemarkan hiburan sejak mereka belajar lagi sedang sibuk berborak bersama beberapa gadis cantik yang lain."Eh? Sya..!!" jerit Remy apabila dia menyedari kelibat Amsyar dari jauh. Amsyar melambaikan tangan dan mendekati mereka."Yo, bro!" sapa Amsyar lantas memberi 'give me five' kepada rakan-rakannya. Amsyar duduk bersebelahan dengan Shahril. Gadis-gadis yang menemani mereka berdua hanya tersenyum memandang ke arah Amsyar."Apa cerita bro tak datang semalam?" tanya Shahril kepada Amsyar. Dia masih lagi memeluk gadis di sebelahnya. Kadang-kadang sempat pula dia mencuit hidung gadis itu. Gadis itu cuma menggedik manja dengan Shahril."Sorry la beb. Aku demam la. Ni pun baru kebah.." jawab Amsyar. Seorang pelayan mendekati mereka dan Amsyar membuat pesanan. Sebaik sahaja pelayan itu beredar, mereka kembali berbual."Alahai.. bini kau tu tak pandai jaga kau ke sampai kau boleh demam ni? Hahaha.." perli Remy disusuli gelak ketawa dari Shahril. Amsyar hanya tersenyum sahaja."Yela.. untung dapat bini macam Anisah tu, kan? Hehehe.." tambah Shahril pula."Korang ni kalau satu hari tak kenakan aku tak sah, ye?" ujar Amsyar bengang. Mereka berdua ketawa. Malas betul dia nak borak pasal

Anisah. Kalau boleh malam ni biarlah dia dapat melupakan persengketaan antara mereka petang tadi. Persengketaan? Hmm.. aku yang mulakan persengketaan itu.."So malam ni lepak dengan kitorang sampai pagi, amacam?" ajak Shahril."Tengok la. Aku kerja esok.." jawab Amsyar acuh tak acuh."Alaa, Sya. Kitorang pun kerja esok tapi lepak la.. tak enjoy la balik awal.." sampuk Remy."Betul, tu! Atau kau tak sanggup tinggalkan bini kau sorang-sorang dekat rumah, tu? Hehehe.." perli lagi. Amsyar hanya diam. Malas dia nak melayan kerenah kawan-kawannya."Siapa diorang, ni?" tanya Amsyar menukar topik."Haa.. lupa pulak. Kenalkan.. ini awek kitorang. Kenal kat sini gak dulu. Sebelah aku ni, Maya. Sebelah Shahril tu Zila dan kawannya Irina.." jawab Remy memperkenalkan gadis-gadis tersebut. Mereka bertiga hanya tersenyum dan say 'hai' sahaja kepada Amsyar. Amsyar membalas sapaan mereka."You ni Amsyar anak Datuk Azhar tu, kan?" tanya Irina secara tiba-tiba. Mata masing-masing memandang tepat ke arahnya."Eh? You kenal ke dia?" tanya Shahril terpingapinga. Amsyar mengerut dahi."Of course la I kenal. Father dia tu rakan bisnes papa I. Masa kahwin diorang hari tu we all satu family datang meraikan. Lagipun, muka Amsyar ni ada tarikan.. Tu yang I ingat sampai sekarang.." puji Irina."Tarikan?" tanya mereka serentak."Yelah.. you all tak sedar ke wajah dia seiras muka Zachery kumpulan X-Factor tu? Hehehe.." ngomel Irina lagi. Masing-masing termangu. Memang Amsyar seiras muka Zack, pelakon dan penyanyi kumpulan X-Factor. Mukanya handsome, mata bulat dan senyumannya boleh mencairkan sesiapa sahaja yang memandang. Tak mustahil la kalau dulu dia pernah digelar romeo sekolah. Bukan di sekolah aje.. malah semasa di universiti dulu pun begitu ramai pelajar perempuan yang ingin berkenalan dengannya."Thanks sebab puji I" balas Amsyar lagi."Tapikan.. I solute la dengan you because you tak memilih dalam mencari pasangan. I tengok your wife tu takde la lawa sangat. Untung betul dia.." tambah Irina lagi. Amsyar hanya terdiam. Kalau la kawan-kawannya tahu perkahwinannya itu adalah kerana wasiat tentu mereka akan terkejut. Biarlah, ini rahsia dia dan keluarga.**************************Amsyar membuka pintu rumah dengan perlahan. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Lama juga mereka berbual sampai tak sedar masa berjalan. Lebih-lebih bila si Irina tu seorang yang peramah. Lawa pun lawa. Single pulak tu. Hahaha.. Leka sangat berborak.. alih-alih dah lewat malam. Disebabkan kerana esok dia bekerja.. terpaksa la dia pulang awal.Ruang tamu kembali terang. Kemungkinan Anisah sudahpun tidur. Amsyar melepaskan penat di atas sofa. Dia membaringkan diri. Matanya masih belum mengantuk. Malas benar untuknya naik ke atas.Tekaknya tiba-tiba terasa haus. Amsyar bangun dan segera ke dapur untuk membasahkan tekaknya. Peti ais dibuka. Satu tin air Coke dikeluarkan. Sebaik pintu peti ais ditutup, dia segera mengambil kertas yang terlekat untuk dicatit. Dia menarik kerusi lantas duduk. Kertas itu dibaca isinya. Kenapa tidak ada catatan baru dari Anisah? Tidak makankah dia malam ni? Kali terakhir adalah makanan petang tadi. Sengaja Amsyar menolak untuk Anisah menyediakan makan malam untuknya kerana dia ingin keluar makan bersama kawan-kawannya. Tangan Amsyar menari-nari di atas kertas. Setelah itu dia kembali ke ruang tamu.Peti televisyen dibuka dan dia segera menekan punat Astro Sport. Tak lama lagi perlawanan English Premier League

(EPL) akan berlangsung. Dia penyokong kuat Manchester United dan pemain kegemaran dia adalah Cristiano Ronaldo. Amsyar gemarkan sukan bola sepak sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Minat dia itu diwarisi dari papanya, Datuk Azhar. Sewaktu Piala Dunia berlangsung dulu, dia dan papanya serta beberapa kawan yang lain sering tidur lewat untuk menyaksikan perlawanan itu sehingga tamat. Maklumlah, dah namapun peminat. Dulu pun dia pernah mewakili sekolah untuk permainan kesayangannya itu. Dan sewaktu di universiti, dia lebih aktif bermain futsal.Amsyar menutup televisyen apabila melihat tiada apa yang menarik untuk ditonton. Setelah habis minum, tin coke itu dibuang ke dalam tong sampah. Jam sudahpun menunjukkan pukul 4.00 pagi. Barulah matanya terasa mengantuk. Dia segera menapak ke tangga untuk naik ke bilik. Janganlah dia lewat lagi ke tempat kerja.**************************Anisah mengeluh. Fikirannya tak tenteram. Pagi tadi, usai dia menyiapkan sarapan untuk Amsyar, dia segera keluar dari rumah. Rasa bersalah mula menerpa. Sungguh berani dia keluar begitu sahaja tanpa meminta izin dari suaminya. Ketika Amsyar turun ke bawah, dia sedang sibuk memakai kasut untuk pergi kerja. Langsung tidak dipandang wajah lelaki itu. Kemudian dia terus mendapatkan keretanya tanpa bersalam terlebih dahulu seperti biasa.'Biarlah! Nak jadi apapun jadi la! Tak kuasa aku nak melayan!!' bisik hatinya.Makanan di hadapan segera dijamah. Hari ini dia hanya sempat makan roti sahaja untuk mengalas perut. Mee goreng yang dimasak langsung tidak dimakan kerana dia tak ingin bertembung dengan Amsyar. Dia tahu, sebenci-benci Amsyar padanya.. ada juga rasa prihatin lelaki itu untuk menjamah makanan yang dimasak olehnya. Sempat atau tak, Amsyar tetap akan bersarapan di rumah."Eh, awak Nisa kan?" sapa seseorang. Anisah agak terkejut apabila melihat lelaki di hadapannya itu tersenyum ke arahnya."Azrin?"******************"Tak sangka boleh berjumpa dekat sini, kan? Nisa apa khabar?" tanya Azrin."Err.. baik. Awak kerja dekat sini, ke? Sebagai apa?""A'ah. Rin baru ditukar ke sini. Sebagai Pegawai IT. Sebelum ni Rin kerja dekat Telekom. Saja tukar angin kerja dekat UIA ni. Dekat sikit dengan rumah.." jawab lelaki itu panjang berjela. Anisa hanya mengangguk faham. "Nisa kerja sebagai apa dekat sini?" tanya dia lagi."Er.. sebagai lecturer" pendek sahaja jawapannya. Dia masih lagi terkejut kerana berjumpa semula dengan Azrin. Lelaki yang pernah disukainya suatu ketika dulu. Sudah hampir 5 tahun mereka tidak bertemu. Kali terakhir adalah sewaktu mereka tamat belajar di UiTM dahulu. Dengar cerita dari kawan-kawan seperjuangan, Azrin melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di India. Setelah itu dia langsung tidak mendengar apa-apa berita dari lelaki itu.Perangai Azrin berbeza dengan Amsyar. Walaupun lelaki itu tidak pernah mengetahui Anisah pernah menyimpan perasaan kepadanya, lelaki itu tetap melayannya dengan baik. Persis seorang rakan baik. Dia juga tidak pernah memilih bulu dalam berkawan walaupun lelaki itu berpengaruh kuat sewaktu mereka belajar dulu. Dia pernah memegang jawatan Presiden MPP dan Leftenan Muda Palapes. Namun dia tetap merendah diri dan tidak pernah bermegah-megah."Dulu Rin further study ke India, ke?" Anisah memulakan perbualan setelah lama dia berdiam diri. Tak mahu la pertemuan kali ini disia-siakan."A'ah. Ambil MCA (Master in Computer Application) dekat India. Saja je nak belajar tinggi sikit. Sekarang ni dah ramai yang ambil ijazah. Master

pun semakin meningkat. Hehehe..""Ooo.. berapa tahun?""Dua tahun je. Nisa?""Nisa sambung dekat UKM je.. Tu pun sebab nak jadi lecturer. Hehehe..""Yek? Bagus la macam tu.. Err, Nisa dah kahwin?" Anisah terkejut dengan pertanyaan itu. Dia memandang Azrin."Kenapa tanya?" dia tidak menjawab soalan yang diusulkan."Ermm.. takde apa-apa, la. Saje tanya.." Azrin hanya tersengih. Azrin tidak sekacak Amsyar. Tapi dia juga ada tarikan. Mukanya manis. Paling Anisah suka apabila melihat giginya yang berlapis. Sweet sangat.."Nisa dah kahwin.." jawab Anisah dengan jujur."Ya? Tahniah.." ucap Azrin walaupun ketara wajahnya seakan-akan kecewa dengan jawapan itu. Ye ke kecewa? Perasan betul.. hehehe.. "Dah berapa tahun?""Baru sebulan lebih" jawab dia lagi. Azrin hanya mengangguk."Ooo.. baru je la. Rasanya kalau lagi awal kita jumpa tentu Azrin sempat, kan?" seloroh Azrin lantas dia ketawa. Anisah agak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan dari mulut lelaki itu. Sempat? Apa maksud dia? "Sempat pergi kenduri Nisa la.. hehehe" jawab lelaki itu lagi seakan-akan tahu apa yang dikelirukan olehnya. Kali ini Anisah pula ketawa. Dia terlampau banyak berfikir yang bukan-bukan. Mustahil lelaki itu sukakan dia. Hahaha..****************Amsyar mendial nombor handphone Anisah. Petang ini mungkin dia agak lewat pulang ke rumah. Dia tak mahu Anisah menyiapkan apa-apa untuknya. Baru dua hari dia mengambil cuti, terlampau banyak kerja yang ditinggalkan untuk dia uruskan. Kalau la seminggu.. maybe tak tidur malam agaknya dia."Helo?" kedengaran suara Anisah menyapa."Nisa.. aku ni Amsyar" balas Amsyar."Ada apa abang call Nisa?" tanya Anisah. Jarang lelaki itu menghubunginya kecuali kalau ada perkara penting."Salah ke aku call kau?" perli Amsyar. Kali ni agak keras sedikit dari tadi. Bengang juga dia apabila Anisah bertanya sedemikian. Ingat dia kepingin sangat ke nak call dugong tu?"Err.. takde la. Jarang abang call Nisa.." jawab Anisah untuk membuang rasa salah sangka Amsyar."Aku nak beritahu kau.. aku balik lambat hari ni. Maybe sampai lewat malam. So nanti kau tak payah la sediakan apa-apa makanan untuk aku. Maybe aku makan dekat luar je.." beritahu Amsyar panjang lebar."Ermm.. baik la bang.." jawab Nisa akur."Kau tu jangan balik lewat sangat. Tak elok orang perempuan balik lambat. Ok la. Aku ada kerja ni. Bye" Segera Amsyar meletakkan telefon tanpa mendengar kata-kata terakhir dari Anisah. Dia mengeluh. Rasa kesian mula menerpa. Kejam ke aku ni?************************Anisah segera menekan punat merah. Dia diam."Husband Nisa call, ke?" tanya Azrin. Lelaki itu masih setia menemaninya. Anisah hanya mengangguk perlahan. Tiada langsung kata-kata keluar dari mulutnya. Dia sedih dengan layanan Amsyar kepadanya."Nampak sedih, je?" tanya Azrin lagi."Err.. takde apa-apa la. Ok je.." balas Anisah tersenyum. Dia tak mahu Azrin mengetahui kemelut yang melanda rumah tangganya. Biarlah ianya rahsia.************************ 7 Sebaik bunyi loceng kedengaran, Anisah berjalan keluar dari kelas. Beg sandang digenggam kemas sebelum dileretkan ke bahu. Tangannya menyeluk poket untuk mengambil baki duit belanjanya. Hmm.. adalah tinggal dalam 50 sen. Cukup untuk tambang bas pulang ke rumah.Kaki Anisah menapak lebih laju. Dia

perlu pulang ke rumah segera untuk mengambil alih menjaga adik-adiknya. Dalam pukul 2 ibunya pula akan pergi kerja shif petang. Keluarga Anisah tidak la sekaya mana. Ayahnya cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta manakala ibunya pula bekerja sebagai pembantu jualan di pusat membeli belah di Jusco. Dengan duit gaji yang tidak seberapa cukuplah menanggung mereka 7 beranak.Selaku anak sulung, Anisah mempunyai tanggungjawab yang berat. Ibubapanya tidak mampu mengupah pengasuh untuk menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Sejak dari umurnya 9 tahun lagi Anisah sudah dididik untuk menjadi seorang kakak yang bertanggungjawab. Tidak pernah sekalipun Anisah merungut atau menyesal dilahirkan dari keluarga yang serba kekurangan. Baginya, hidup sebegitu mengajar dia supaya lebih berdikari.Anisah menunggu bas di hadapan sekolahnya. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 petang. Harap sangat dia sempat pulang sebelum ibunya bergerak ke tempat kerja. Nasib baik la jarak antara Jusco dengan rumahnya dekat. Hanya 5 minit perjalanan sahaja. Matanya melilau mencari kelibat bas. Sedang asyik menunggu bas, kelihatan Amsyar dan rakan-rakannya bergelak ketawa menghampiri pondok bas.'Aah.. sudaaahh!', rungutnya dalam hati."Mana kau jumpa benda alah ni, Chap?" tanya Amsyar kepada Achap ketika rakannya itu menunjukkan sesuatu kepada mereka."Aku ambil dekat pokok ara belakang bengkel Kemahiran Hidup kita tu. Landing baik je dia, beb! Besar pulak tu.. Aku rasa ni bapak dia, kot? Haha.." jawab Achap teruja."Hahaha.. bagus betul kau, ni! Boleh kita jalankan eksperimen kita ni kat orang.." ujar Amsyar memberi idea jahatnya. Mereka tersengih mengangguk."Tapi siapa yang bakal jadi mangsanya?" tanya Achap mendapatkan kepastian."Korang ni tak habishabis dengan eksperimen jahat korang.." tegur Zaidi yang sejak dari tadi mendiamkan diri. Dia agak tidak berkenan dengan perangai kawan-kawannya selama ni. Tapi nak buat macam-mana. Mereka ni la kawan baiknya. Nak tak nak kena la ikut."Ala, Eddy. Bukan selalu. Lagipun bosan la hidup tak kenakan orang. Betul tak, Sya.. Amer?" Mereka berdua mengangguk."Kalau kau tak nak join, kau diam dan tengok je!" balas Amsyar tegas. Zaidi hanya menggelengkan kepala. Bila ditegur marah, kalau tak tegur dia pula rasa serba salah. Aduyai..."Eh Sya, tu kan Nisa dugong?" sampuk Amer tiba-tiba ketika mereka hampir mendekati pondok bas. Mulutnya dimuncungkan ke arah Anisah yang macam cacing kepanasan."A'ah la.. Masa baik, ni! Sya, apa lagi? Jalankan la eksperimen kita ni kat dia! Dah lama kita tak kenakan dugong tu, kan?" balas pula Achap lalu dihulurkan sebunjut kain di tangannya ke arah Amsyar. Zaidi hanya diam sahaja melihat gelagat kawan-kawannya. Kalau ikutkan hatinya, malas betul nak join plan diorang yang suka membuli yang lemah. Amsyar la taiko segala-galanya. Kadang-kadang timbul rasa simpati terhadap Anisah."Rileks.. jangan gopohgopoh. Kena gentleman, beb!" arah Amsyar lantas diambil bunjut kain itu dari tangan Achap.Mereka menghampiri Anisah. Anisah gugup namun dia cuba memberanikan diri. Matanya hanya memandang ke arah mereka yang tersenyum sinis."Mok! Nak balik rumah, ye?" tanya Amsyar memulakan perbualan. Dia duduk betul-betul bersebelahan dengan gadis itu. Anisah cuma diam membisu. Malas untuknya melayan kerenah Amsyar. "Aku ada sesuatu nak tunjuk dekat kau, ni" ujar Amsyar lantas matanya mengerling ke arah kawan-

kawannya. Masing-masing tersengih kerang manakala Zaidi hanya menggelengkan kepala.Anisah masih lagi diam membisu. Amsyar menghulurkan bunjut kain itu ke arah Anisah. Anisah mengeluh."Kau nak apa lagi ni, Amsyar? Tak sudah-sudah nak menyusahkan hidup aku!" tegur dia."Alahai.. buka la dulu. Benda best ni.." balas dia mengharap. Anisah mengambil bunjut tersebut. Timbul rasa syak wasangkanya kepada Amsyar dan rakan-rakannya."Ada apa dalam, ni?" tanya dia mengerut dahi.. Amsyar tersengih."Bukak la..!" arah dia. Timbul niat jahat di dalam hati. Lepas ni mesti kau terkejut beruk. Anisah teragak-agak nak membuka bunjut kain tersebut. Amsyar sering mempermainkannya. Kadangkadang dia sudah lali dengan semua itu. Lama dia memandang bunjut kain itu. "Apesal lambat sangat kau nak bukak? Bak la sini..!" bentak Amsyar lalu merampas kembali bunjut tersebut. Dia membuka lantas dilemparkan sesuatu ke arah Anisah. Gadis itu terkejut..~"Aaaarrrgghh.. biawak..!!" jerit Anisah apabila binatang tersebut betul-betul jatuh di atas tangannya. Rasa lembik dan sejuk semacam je. Anisah spontan bangun dan tangannya lintang-pukang mengusir binatang itu dari mendekatinya. Naik bulu roma menahan geli. Amsyar dan rakan-rakannya hanya ketawa terbahak-bahak. Pecah perut melihat gelagat Anisah yang macam jumpa pontianak. Hahaha...**************Anisah terjaga dari tidur. Dia beristighfar banyak-banyak. Rasa geli-geleman tiba-tiba terjah. Sejarah lama tiba-tiba masuk ke dalam mimpi. Ya Allah.. masih lagi terasa saat dia terpegang biawak hidup itu. Geli.."Ha.. apesal kau, ni?" tiba-tiba Amsyar menegur membuatkan Anisah terkejut buat kali yang kedua. Gadis tu mengurut dada.. Amsyar hairan melihat Anisah. Muka gadis itu berkeringat. "Kenapa dengan kau, ni?" tanya dia sekali lagi lalu duduk di atas sofa berdekatan dengan Anisah.Selesai sahaja solat maghrib, Anisah membaringkan diri di atas sofa. Mungkin kerana penat membuatkan dia terlena. Ketika Amsyar pulang dari rumah, kelihatan Anisah terbaring tak sedarkan diri. Begitu lena gadis itu tidur. Lama juga dia mengerling ke arah Anisah. Kadang-kadang timbul rasa lain di dalam hatinya. Hati lelakinya terusik. Ya Allah.. apa yang aku fikirkan, ni?Amsyar cuba membuangkan perasaan itu. Belum sempat dia bangun dari duduk tiba-tiba Anisah terjaga. Mukanya pucat dan berkeringat. Seolah-olah baru lepas mimpi ngeri."Abang dah lama balik, ke?" tanya Anisah. Matanya melilau memandang sekeliling. Pertanyaan Amsyar dibiarkan berlalu tanpa jawapan."Baru je" jawab Amsyar pendek. Dia bangun lantas mencapai briefcasenya. Anisah segera bangun dari duduknya."Abang dah makan?" tanya Anisah lagi. Amsyar menoleh ke arah Anisah."Dah.. " jawab Amsyar lalu bergerak ke tangga untuk naik ke bilik. Dia harus membersihkan diri. Bau peluh semakin ketara membuatkan dirinya tidak selesa. Anisah hanya memandang kosong melihat Amsyar. Dia mengeluh. Tangannya segera mencapai punat remote control untuk menonton televisyen. Hmm.. kenangan biawak tak mungkin akan dilupakan seumur hidupnya. Tibatiba rasa marah pula bila mengenangkan saat itu. Dia membebel menyumpah Amsyar. Lelaki itu la yang membuatkan dia fobia dengan binatang bernama BIAWAK. Huhuhu..*******************3 bulan berlalu..Anisah sudah melupakan segala peristiwa yang berlaku dulu. Kini dia dan Amsyar jalani hidup seperti biasa. Anisah menyiapkan sarapan di dapur. Amsyar datang sambil membawa surat khabar yang baru dibelinya tadi."Makan, bang. Hari ni Nisa buat nasi

lemak" ujar Anisah tersenyum. Amsyar hanya mengangguk lantas duduk. Bau nasi lemak menusuk hidungnya. 'Sedap!', pujinya dalam hati. Hari ini hari minggu. Tiada apa aktiviti yang ingin dilakukan selain duduk sahaja di rumah. Pagi tadi, seusai solat subuh, dia pergi berjogging bersama Zaidi. Balik sahaja dari berjogging, nasi lemak sudah sedia terhidang.Anisah duduk di hadapannya. Dia menyedok nasi ke dalam pinggan lalu diberikan kepada Amsyar. Dulu, sejak kes dia memarahi Anisah tak tentu pasal.. hampir sebulan gadis itu mengelakkan diri darinya. Timbul rasa serba salah lalu dia meminta maaf. Kali pertama egonya runtuh hanya kerana perempuan. Dia tahu, dalam hidup berumah tangga mesti salah seorang kena mengalah. Anisah sudah terlalu banyak mengalah untuk menjaga keharmonian rumah tangga mereka. Apa salahnya dia pula mengalah kali ini. Tiada gunanya kalau mereka sering bergaduh.Masing-masing menjamu selera. Keadaan sunyi sebentar.."Abang.." tegur Anisah tiba-tiba. Amsyar memandang gadis itu. "Err.. raya cina ni Nisa nak balik kampung jumpa mak dan abah. Dah lama Nisa tak jumpa mereka" kata Anisah meminta izin."Hmm.. berapa hari?" tanya Amsyar. Mulutnya masih lagi mengunyah. Sekilas dia mencapai secawan air kopi lantas diminumnya."2 hari je.." jawab Anisah. Dia menguis-nguis makanan di dalam pinggan."Ok.." pendek sahaja jawapan dari Amsyar."Err.. abang tak nak ikut Nisa balik sekali?" ajak Anisah. Amsyar hanya tersenyum. Sudah lama Amsyar tidak senyum sebegitu padanya. Cair pula rasa apabila melihat senyuman Amsyar."Aku banyak kerja. Lain kali ajelah!" jawab Amsyar lagi. Anisah kecewa. Kalau boleh, dia ingin Amsyar pergi sekali berjumpa kedua ibubapanya. Maklumlah, Amsyar menantu pertama mereka. Sejak perkahwinan mereka, tidak pernah sekalipun Amsyar datang menjenguk mereka di kampung.Selesai makan, Anisah bangun lantas segera ke sinki. Amsyar hanya melihat sahaja. Badan Anisah semakin susut. Sakitkah, dia? Sejak berapa bulan ni, Amsyar melihat list makanan yang terlekat di peti sejuk semakin berkurangan. Kalau dulu, penuh dengan namanya. Tapi sekarang semua senarai mesti nama dia dengan Anisah. 'Tekadkah dia untuk kuruskan badan? Atau makan hati dengan perangai aku?', Amsyar menilai sendiri.*****************"Hai, Amsyar?" tegur seseorang ketika Amsyar menunggu clientnya di Secret Recipe, Mid Valley. Amsyar terkejut.."You?" Gadis itu tersenyum.."Still remember me?" Irina segera menarik kerusi lantas duduk di hadapannya."Of course I am. Tak sangka kita boleh berjumpa lagi. Last meeting masa dekat Planet Hollywood dulu, kan?" kata Amsyar tidak sangka. Dulu selalu juga dia menunggu kedatangan Irina ke Planet Hollywood tapi batang hidung gadis itu langsung tidak kelihatan. Menurut Zila sahabat baiknya, Irina semakin sibuk menguruskan bisnes papanya dan jarang lepak bersama mereka."Ya.. I busy sangat. Jarang dah hang-out malam-malam" jawab Irina. Sebaik sahaja membuat pesanan, mereka menyambung perbualan."So, regarding to our business.. you told me last night you nak offer satu contract untuk kami?" tanya Amsyar. Tangannya telah tersedia untuk mencatit. Syarikat Amsyar menjalankan perniagaan pembinaan bangunan. Manakala Syarikat Irina lebih kepada perhotelan dan resort. Irina hanya ketawa."Ya.. I do. But right now, apa kata kalau kita berbual biasa sahaja sementara menunggu makanan. After this, baru kita bincang dengan lebih lanjut. How about you?" tanya Irina mengusulkan idea."Erm.. if you say so.. I ok aje.."

balas Amsyar tersengih. Mereka berborak panjang sementara menunggu makanan. Begitu mesra sekali.**************"Hai, Nisa. You dah lunch?" tanya Azrin sewaktu dia berjumpa Anisah di pejabatnya."Emm.. belum. Why?""Jom lunch together?" ajak Azrin."Err.. " Anisah teragak-agak untuk memenuhi permintaan Azrin. Masuk kali ini sudah berapa kali mereka makan bersama. Terasa lain dan serba salah pula. Walaupun Amsyar tidak pernah mengambil kisah dengan siapa dia ingin berkawan namun dia perlu menjaga batas-batas seorang isteri. Dalam masa yang sama juga dia tak mahu menghampakan pelawaan rakan baiknya ini.Azrin begitu bersungguh-sungguh. Dia tahu di saat dia sedih dan merasa kekosongan, Azrin la yang selalu memenuhi rasa kekosongan itu. Kehadiran Azrin dalam hidupnya telah membahagiakannya. Namun dia sedar siapa dirinya. Dia isteri orang dan sepatutnya dia tidak boleh merapatkan diri dengan lelaki seperti Azrin. Tambahan lagi, dia telah mula sayangkan Amsyar. Kasihnya hanya untuk lelaki itu. Tak mungkin baginya untuk menerima lelaki lain dalam hidupnya."Nisa banyak kerja la, Rin. Rin makan dulu la, ye?" tolak Anisah lembut. Lelaki itu terdiam."Errm.. Nisa nak Rin belikan Nisa makanan, ke?""Takpe.. nanti kalau Nisa lapar Nisa beli sendiri.."Azrin hanya mengangguk sahaja. Terbit rasa kecewa dalam hatinya. Anisah sebenarnya tidak mengetahui perasaannya terhadap gadis itu selama ini. Semasa belajar dulu, Azrin sudah tertarik dengan Anisah. Bukan kerana rupa tetapi kerana perwatakannya. Anisah seorang gadis yang ceria. Kadang-kadang pandai loya buruk. Tapi sejak pertemuan mereka 3 bulan yang lalu, Anisah seperti bukan Anisah yang dikenalinya selama ini. Lebih menghampakan apabila Anisah mengaku sudah berkahwin. Hatinya luruh. Dia sudah terlambat.Di sebalik wajah gadis itu, dia tahu Anisah menghadapi masalah rumah tangga yang kronik. Dia tahu Anisah tidak bahagia. Badannya pula semakin susut. Kadang-kadang ingin ditanya masalah gadis itu namun Anisah bukan jenis seorang yang suka bercerita masalahnya pada orang lain. Dia seorang yang perahsia. Dia tidak gemar menceritakan masalahnya kepada sesiapa."Kalau Nisa perlukan Rin.. Nisa call aje la, ye?" kata Azrin sebelum menutup pintu bilik Anisah. Anisah mengangguk. Dilihat sahaja Azrin beredar dari ofisnya. Dia mengeluh. Azrin seorang lelaki yang sangat baik. Tapi..'Nisa doakan Rin bahagia..' ujarnya dalam hati.*******************Amsyar hanya termenung di sebalik kegelapan dapur. Malam itu dia tidak dapat melelapkan matanya. Sekilas dia teringat saat dia dan Irina makan bersama tengahari tadi. Perwatakkan gadis itu menceriakan hidupnya. Irina memenuhi kriteria wanita idamannya. Gadis itu periang, lembut dan peramah orangnya. Yang paling penting gadis itu tidak seperti gadis-gadis yang pernah didampinginya selama ini.'Ah! Kenapa aku tidak berjumpa dia sebelum ni?' bisik hatinya.Amsyar mencapai gelas di hadapannya lantas diteguk. Tiba-tiba lampu dapur kembali terang.."Ahh.." Anisah terkejut. Begitu juga Amsyar."A-apa abang buat dalam gelap-gelap macam ni?" tegur Anisah mengurut dada."Kau ni kalau tak jerit boleh, tak? Nak luruh jantung aku..!" marah Amsyar. Gadis itu hanya tersengih sahaja. "Apesal kau tak tidur lagi?" tanya Amsyar apabila melihat Anisah bergerak ke peti ais."Nisa haus.." jawab Anisah. Dia mengeluarkan sebotol air dari dalam peti ais lantas diletakkan di atas meja makan. Amsyar hanya tersenyum memandang Anisah. Anisah hairan."Kenapa

abang senyum?" tanya Anisah."Takde apa-apa la.." jawab Amsyar berselindung. Takkan dia nak menceritakan mengenai hal tadi dengan Anisah?"Mesti ada benda yang buat abang gembira, ni. Cerita la pada Nisa.." pinta Anisah. Dia cuba untuk mengambil hati Amsyar. Tidak pernah mereka berborak berdua-dua seperti malam ini. Anisah teringin untuk mencipta keharmonian rumah tangga mereka. Tiga bulan tidak membawa apa-apa perubahan dalam hidupnya."Kau nak tahu, ke?" tanya Amsyar mendapatkan kepastian. Anisah hanya mengangguk."Aku dah jatuh cinta.." jawab Amsyar.. Anisah terkejut.Siapa? Tiba-tiba dia terperasan sendiri. Adakah Amsyar sudah mula sayangkannya? Adakah dia gadis yang Amsyar cinta? Ohh.. bahagianya.."Abang sukakan siapa?""Hmm.. Ada la seorang hamba Allah, ni.." Amsyar masih lagi bermain teka-teki dengannya. Belum sempat Amsyar menyambung ceritanya, telefon bimbitnya berbunyi. Amsyar meminta diri untuk ke ruang tamu. Anisah mengerut dahi. Siapa yang telefon malam-malam buta macam ni?****************Anisah tersenyum seorang diri dalam biliknya. Sebaik mengucapkan selamat malam dengan Amsyar, dia segera masuk ke bilik. Hatinya berbunga-bunga. Walaupun Amsyar tidak memberitahu siapa gadis itu tapi dia yakin dia la orangnya. Amsyar dah jarang keluar malam. Mustahil dia sukakan perempuan lain..Anisah menarik comforter. Rasa bahagia sangat. Lebih-lebih lagi bila Amsyar melemparkan senyuman padanya. Senyuman yang sering menjadi harapannya selama ini. Dia ketawa sendirian. Malu pula bila memikirkannya. Dia memejam mata.. Mengharapkan agar sinar bahagia mengiringi mereka selepas ini.***************** 8 BAB 8Anisah memerah kain basah untuk mengelap tingkap yang berhabuk. Seperti biasa, setiap hari minggu mereka akan bergotong-royong membersihkan rumah. Hari ini tugas Anisah adalah dibahagian bawah manakala Amsyar di bahagian atas."Nissaaaa!!!" jerit Amsyar dari tingkat atas. Anisah mengeluh. Apa pula kali ini?"Ye..ada apa, bang?" tanya Anisah."Naik atas kejap!" arah dia. Anisah mendengus lantas merendamkan semula kain basahan itu dan bergerak ke tangga.Anisah mendekati Amsyar yang kebingungan. "Kenapa, bang? Nisa banyak kerja kat bawah, tu.." rungut Anisah. Amsyar hanya tersengih kerang. Dia menunjukkan jari telunjuk ke arah kain baju yang berselerakkan di atas katil. Riak wajah Anisah berubah. Matanya tertumpu ke arah pakaian dalam yang bercampur aduk dengan pakaian bersih Amsyar yang lain."Kau rasa apa yang perlu aku buat dengan benda alah tu?" gurau Amsyar. Anisah secara spontan segera memungut pakaian itu lalu disembunyikan ke arah belakangnya. Rasa malu mula menerjah. Macam mana pula pakaian dalam dia ada dalam bilik Amsyar???? Kedengaran Amsyar ketawa berdekah-dekah. Anisah mengetap bibir."Kenapa abang ambil baju Nisa!?" marah Anisah. "Aku pulak? Bukan kau ke yang ambil dekat ampaian pagi tadi?" Amsyar tersengih sambil menunjukkan muka gatalnya. Anisah mendengus. Ye tak ye jugak. Memang pagi tadi dia yang mengangkut baju-baju yang sudah kering itu di ampaian. Tapi dia dah asingkan antara baju dia dengan Amsyar. Macam mana pula boleh tercicir? Aduss malunyaaa.."Tak payah malu-malu la, Nisa. Kau kan bini aku. So benda-benda macam ni small matter je. Hahaha.." Amsyar ketawa lantas keluar dari bilik itu.

Anisah geram. Segera dia keluar dari bilik itu. Memang malang betul nasibnya hari ini. Walaupun mereka suami isteri tapi hidup mereka masih seperti orang asing. Bagi Amsyar memang la benda ni biasa tapi tidak bagi dia..********************Anisah ralit membuang kotoran dan habuk dicelah-celah jeriji besi di tingkap dapur. Sekilas dia mengelap peluh di dahi dan muka. Dan sesekali juga dia bersin apabila terhidu habuk yang berterbangan. Dia memandang jam di dinding dapur, sudah pukul 1 petang. Amsyar masih lagi tidak pulang dari pasar. Entah apa mimpi lelaki itu mempelawakan diri untuk membeli barang makanan di pasar hari itu.'Hish! Mana pulak si Amsyar, ni? Pergi pasar ke buat pasar?' rungut hati Anisah. Setelah puas memastikan segalanya bersih, dia segera menghela nafas. Penat jangan tanya la tapi memang puas hati apabila melihat keadaan dapur yang bersih dan bersinar. Huahuauahuh..Anisah membasuh tangannya yang dah berwarna hitam akibat kekotoran tadi. Secara tiba-tiba Amsyar menjelma di dapur."Nah.. barang yang kau pesan, tu!" kata Amsyar lantas meletakkan beberapa beg plastik di atas meja. Anisah memandang Amsyar. Amsyar terpana sebentar apabila melihat muka Anisah. Dia cuba untuk menahan dari ketawa."Kenapa abang tengok Nisa macam tu?" Anisah mengerut dahi. Lelaki itu mengetap bibir. Terbit reaksi muka yang agak melucukan."Lawa muka kau? Macam muka askar pencen! Hehehe.." gurau Amsyar lagi. Anisah terkejut. Segera dia membersihkan mukanya. Ini mesti garagara dia mengelap peluh tadi sampai kotor tersebut melekat ke mukanya. Amsyar mendekatinya lantas dicubit kedua-dua pipinya yang agak montel itu."Kau ni buat aku rasa geram, je! Lama-lama bila tengok.. comel juga kau, ni!" seloroh Amsyar. Anisah menjerit kesakitan. "Sakit la, bang!" Lelaki itu ketawa. "Siapa suruh buat muka macam, tu? Hehehe.. Ha! Aku dah beli ikan tenggiri. Masak asam pedas petang ni, ye?" arah Amsyar lalu meninggalkan dia bersendirian. Sisa-sisa ketawa masih lagi kedengaran. Anisah tersenyum. Amsyar betul-betul berbeza. Walaupun baru 7 bulan perkahwinan mereka, banyak yang telah berubah. Dia memegang pipinya yang masih sakit. 'Lamalama bila tengok.. comel juga kau, ni!' kata-kata itu membuatkan dia tersenyum lebar. Baru dia perasan ke yang aku ni memang comel? Hehehe.. Bahagianya aku..******************Malam itu seusai mereka makan malam, masing-masing berehat di ruang tamu bersama.. Anisah leka bermain mesej bersama Fatin, rakan perjuangannya di UIA. Amsyar pula leka menonton televisyen. Anisah mengerling ke arah Amsyar yang sesekali ketawa apabila menonton aksi melucukan di tv. Dia tersenyum. Namun senyumannya mati apabila teringatkan mesej yang diberikan adiknya petang tadi. Dia memandang sahaja mesej tersebut.'Akak, minggu depan ada orang nak lamar Siti. Mak dan abah suruh akak balik sebab nak tolong buat preparation untuk kenduri. Akak balik, ye? Bawa Abang Amsyar sekali' jelas mesej tersebut."Err.. abang.." begitu sukar untuk Anisah meminta persetujuan dari Amsyar. Lelaki itu entah kenapa tidak begitu gemar untuk mengekorinya pulang ke kampung. Dulu semasa tahun baru cina, hanya dia seorang sahaja yang pulang. Rasa sedih jelas terasa apabila mak dan abahnya bertanyakan perihal menantu mereka. Amsyar yang leka menonton hanya memandang sahaja.Mulut Anisah masih lagi kaku. Perlukah dia bertanya? Benda ni penting baginya."Ha.. apehal,nya?" tanya Amsyar apabila

melihat Anisah tidak keruan."Minggu depan ada orang nak melamar Siti. Kita pulang ye, bang?" ajak Anisah."Hmm.. penting ke?" soal Amsyar."Mestilah penting, bang. Siti tu kan adik Nisa. Lagipun kenduri nanti abah dengan mak perlukan pertolongan abang jugak.." jelas Anisah panjang lebar. Amsyar mengeluh. Hilang moodnya tiba-tiba."Tengok la nanti.." jawab Amsyar acuh tak acuh. Kalau ikutkan hatinya malas benar untuknya mengikut Anisah pulang ke kampung. Dia tidak berapa gemar dengan suasana kampung. Sejak dari kecil hinggalah kini tidak pernah sekalipun dia menjejakkan kaki ke luar bandar. Hidupnya sering berada di kota. Saudara maranya pun boleh dikatakan kesemuanya orang bandar.Anisah hanya mengeluh. Rasa kecewa menerpa. Dia tahu apa jawapan yang akan diberikan oleh Amsyar nanti. Dia sudah bersedia.******************Amsyar meletakkan briefcase di atas mejanya. Belum sempat dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi, pintu diketuk."Masuk!" arah dia. Zaidi menjengukkan muka lantas masuk ke dalam. Dia hanya tersengih.."Ha.. apesal?" tanya Amsyar."Wah wah.. nampak berseri je muka kau hari, ni?" puji Zaidi. Dia segera menarik kerusi dan duduk. "Hahaha. Berseri apa bendanya? Biasa aje aku..." sangkal Amsyar. Pagi tadi entah kenapa dia terasa ingin menghantar Anisah pergi ke tempat kerjanya. Tak pernah dia buat sebegitu mulia sebelum ini. Dia sendiri pun tidak mengerti."Macam mana kau dengan Anisah? Nampak macam bahagia, je?" tanya Zaidi."Biasa je la. Macam dulu..""Tapi aku nampak ada perubahan dalam hidup kau. Berbeza dari dulu.." Amsyar cuma tersenyum. Entahla, dia sendiri pun tidak mengerti. Adakah dia bahagia dengan Anisah? Atau kerana Irina dia buat begitu?*******************"You betul-betul ke sayangkan bini you tu?" tanya Irina pada suatu hari.."Kenapa you cakap macam tu?" Amsyar tidak memahami maksud Irina."Maksud I, you kahwin dengan bini you sebab suka sama suka, ke?"Amsyar terdiam. Perlukah dia menceritakan cerita yang sebenar kepada Irina?"Err.. tidak.." jawab Amsyar ragu-ragu."So, you kahwin dengannya sebab terpaksa?"Amsyar masih diam. Tidak berkata apa-apa. Irina mengeluh."You bahagia?""Kenapa you tanya?""Amsyar.. you dengan I dah couple hampir 5 bulan tau. And you still got title as married guy. I tak nak sebab benda ni, orang akan salahkan I cuba rampas you dari isteri you.." tegur Irina. Memang dia sayangkan lelaki di hadapannya. Tetapi dalam masa yang sama dia juga rasa serba salah.Amsyar tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Dia hanya diam membisu."You sayangkan I?""Of course I do!""So please let her go!" Amsyar terkejut. "I nak you lepaskan dia. Ceraikan dia dan kita boleh kahwin..""Irina..""I tak mahu bermadu.." pintas Irina."I ada kontrak dengan dia.." jawab Amsyar membuatkan Irina mengerut dahi."What contract?""Jangka perkahwinan kami 3 tahun,sayang. Lagipun kami baru 7 bulan kahwin""Amsyar.. talak jatuh dengan niat bukan kontrak!""I tak pernah berniat untuk ceraikan dia""Why?" "Sebab keluarga I.. Arwah atuk I.."****************"Sya..!" Amsyar terkejut dengan panggilan Zaidi. "Apa yang kau termenungkan? Penat aku cakap sorang-sorang..""Takde apa-apa, la!" Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi..Zaidi sudah tahu siapakah gerangan yang menelefon sahabat baiknya pagi itu."Ada apa, sayang?" tanya Amsyar apabila melihat nama Irina di skrin handphonenya."Petang ni kita lunch? I rindu la dekat you.." ajak Irina manja."Hmm.. ok. I'll fetch you soon.." jawab Amsyar. Dia menekan punat

merah. Sekilas dia mengeluh."Irina, ke?" tanya Zaidi.Amsyar mengangguk. Zaidi menggelengkan kepala."Siapa yang kau sayang sebenarnya, Sya? Anisah atau Irina?""Entah la, Eddy. Aku sayangkan Irina sebenarnya. Aku.. Aku cuba untuk menyayangi bini aku tu tapi...""Sya.. slow-slow la.. Kau masih perlukan masa untuk menerima Anisah. Sayang kau lepaskan dia begitu sahaja.." tegur Zaidi."Aku tahu, sebab itu aku perlukan 3 tahun untuk memupuk sayang antara kami..""Irina?""Aku sayangkan dia, Eddy. Aku memang berniat untuk jadikan dia isteri aku..""Jadi isteri kedua kau?""Maybe..""Dia setuju?""Bila aku ceritakan perkara sebenar, dia setuju..""Nisa?"Amsyar diam."Aku sedang cuba ambil hatinya..""Maksud kau?""Aku cuba berbaik-baik dengannya sekarang ni. Niat aku agar dia setuju dengan perkahwinan kedua aku, ni..""Kau tak takut family korang akan membantah?""Kalau Nisa dah setuju, diorang tentu tak boleh nak bantah""Kau fikirlah elok-elok, Sya. Kesian la dengan Anisah. Dia dah banyak berkorban.."Amsyar mengangguk.. Dia tahu Anisah dah banyak berkorban namun dia juga perlu buat keputusan. Demi kebahagiaannya.****************"Nisa.." panggil Fatin ketika Anisah menghampiri pintu pejabat mereka."Eh, Fatin?""Wah.. wah.. bahagianya kau sekarang, ye?""Bahagia apa?""Tadi aku nampak kau keluar dari kereta. Husband kau hantar, ye?""A'ah..""Serius la.. Handsome giler husband kau..! Macam Zachery X-Factor tu.. Masa korang kahwin takde pulak aku tengok dia sekacak tu.."Anisah hanya tersenyum.. Dia malas nak ambil port tentang itu. Memang dia tahu Amsyar memang memiliki wajah yang boleh menarik perhatian ramai orang. Namun dia sayangkan Amsyar bukan kerana itu. Maybe sebab Amsyar suaminya. Dengan siapa lagi perlu dia memupuk sayang itu kalau bukan dengan laki sendiri?"Untung kau, Nisa.." tak habis-habis Fatin memuji. Anisah hanya tersenyum sahaja.********************Ketika Amsyar pulang dari kerja, Anisah sedang sibuk menggoreng pisang di dapur. Dari ruang tamu lagi bau pisang goreng semakin ketara. Amsyar merungkaikan tali lehernya ke bawah. Kakinya bergerak ke dapur."Abang dah balik?" tanya Anisah tersenyum.."Kau masak apa?""Pisang goreng, bang.." jawab Anisah lembut. Pisang yang sudah digoreng diangkat dan diletakkan di atas pinggan. Kemudian dihidangkan di atas meja. Air teh baru sahaja dibancuh. Dia segera menuangkan air dan diletakkan di hadapan Amsyar.Amsyar mengunyah pisang goreng."Sedap.. pandai kau masak.." puji dia. Anisah hanya tersenyum. Amsyar hanya memandang sahaja Anisah yang leka minum. Memang dia tidak menyangkal, selama perkahwinan mereka Anisah menjaganya dengan baik. Tidak pernah sekalipun gadis itu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Betul cakap Zaidi. Sayang sekiranya dia melepaskan Anisah begitu sahaja. Memang dia perlukan masa untuk memupuk sayang itu terhadap gadis di hadapannya ini."Tadi kau balik dengan apa?" tanya Amsyar setelah lama mereka mendiamkan diri."Teksi.." jawab Anisah pendek."Kenapa tak call aku? Kan aku dah janji nak ambil kau..""Abang kan sibuk? Nisa malas nak susahkan abang..""Mana ada susah. Aku yang pelawakan diri nak hantar kau, so aku kena la ambil kau pulak kan?""Takpelah, bang.. Bukan jauh pun.." jelas Anisah. Sebenarnya dia serba salah. Dia bukan pulang dengan teksi tetapi Azrin yang mempelawakan diri untuk menghantarnya pulang. Walaupun banyak kali menegah namun lelaki itu beria-ia

sangat. Mujurlah Amsyar pulang agak lewat dari dia."Aku ada sesuatu nak beritahu kau..." usul Amsyar secara tiba-tiba. Air di dalam cawan diteguk perlahan.."Hal apa, bang?" tanya Anisah mengerut dahi."Tentang kita.." Mata Amsyar memandang tepat ke mata Anisah. Dia perlu menarik nafas dulu sebelum menyampaikan hajatnya. Keputusannya muktamad... 9 BAB 9Anisah hanya membuang rasa sedihnya di dalam bilik. Sungguh tidak disangka sampai begitu sekali Amsyar membuat keputusan."Kalau dia benci aku sekalipun, kenapa tidak dicerainya aku? Kenapa harus seksa aku begini?" bentak hatinya. Dia mengesat air mata yang tidak henti-henti mengalir. Kata-kata Amsyar betul-betul mengguris hati dan perasaannya."Aku nak kahwin.." ruparupanya itulah perkataan yang ingin disampaikan Amsyar setelah lama dia menunggu. Kusangka cerah sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. Kebaikan Amsyar selama ini hanya satu lakonan semata-mata. Dia tidak ikhlas menyayangiku. Segalanya penuh dengan muslihat. Aku benci kau Amsyar! Aku benci! Benci! Benci!"Aku perlukan persetujuan dari kau, Nisa. Untuk aku kahwini Irina. Please.. kalau kau setuju dengan perkahwinan ini..segala masalah pasti akan selesai. Mama dan papa tentu tidak dapat membantah sekiranya kau setuju.." Masih Anisah teringat akan kata-kata itu. Oh, rupa-rupanya selama ini dia berlaku curang dibelakang aku. Dia membuat hubungan dengan gadis lain rupanya. "Siapa gadis itu, bang?" Anisah menahan sebak. Tidak mungkin dia akan menangis di hadapan lelaki seperti Amsyar. Kalau dia nangis, bererti dia perempuan yang lemah."Irina. Aku kenal dia dah lama dan kami masih berhubung sehingga sekarang.. Dan aku telahpun buat keputusan untuk mengahwininya.." begitu mudah Amsyar mengatakan. Tidakkah dia mengambil berat akan perasaan aku? Sungguhpun tiada cinta di hatinya tetapi hormat la aku sebagai isterinya yang sah."Nisa, aku perlukan sokongan kau. Aku sayang dia sangat-sangat" rayu Amsyar. Untuk pertama kalinya dia menggenggam tangan Anisah. Anisah mengetap bibir. Rasa marah menerpa secara tibatiba."Apa dosa Nisa pada abang?" soal Anisah. Suaranya bergetar. Amsyar diam seketika."Kau tak pernah buat dosa dengan aku, Nisa. Malah bagi aku, kau sememangnya seorang isteri yang solehah. Cuma aku perlukan hak aku..""Hak apa!!?" Tiba-tiba Anisah meninggikan suara membuatkan Amsyar terpana."Sepatutnya Nisa yang perlu bertanyakan hak Nisa sebagai isteri abang. Selama kita berkahwin, Nisa tak pernah merungut apa-apa. Nisa ikut rentak abang. Nisa tak mahu ada pergolakan antara kita. Nisa cuba ambil hati abang.. tapi Nisa tak sangka abang tak pernah menyedarinya. Abang buat Nisa macam apa.. Nisa ni manusia, bang. Nisa ada perasaaan.. Kalau betul abang ingin kahwin dengan perempuan tu, abang ceraikan Nisa. Itu adalah lebih baik dari Nisa menanggung semuanya seorang diri.." Anisah bangun lantas berlari meninggalkan Amsyar yang terpinga-pinga. Panggilan Amsyar tidak disahut. Hatinya dah remuk dek kerana permintaan Amsyar yang agak melampau baginya."Apa.. tidak cukupkah layanan aku selama ini padanya? Walaupun bukan secara batin, zahirnya aku jalankan dengan sempurna. Oh, Tuhan.. Kau bantu la aku.." rintih hati kecilnya. Anisah melepaskan segalanya di dalam bilik

itu. Dia sudah tidak terdaya lagi.*******************Amsyar mengeluh di dalam bilik pejabatnya."Kalau betul abang ingin kahwin dengan perempuan tu, abang ceraikan Nisa. Itu adalah lebih baik dari Nisa menanggung semuanya seorang diri.." Sekali lagi Amsyar mengeluh apabila teringatkan kata-kata terakhir Anisah petang semalam. Pagi tadi, rumah itu agak sunyi. Anisah pula langsung tidak menyediakan sarapan untuknya seperti biasa. Merajukkah dia? Anisah tidak pernah merajuk denganku selama ini. Kejam sungguh aku. Langsung tidak pernah mengambil hati dan menjaga perasaannya.Amsyar menekan butang interkom.."Ya, Encik Amsyar.. Ada apa yang boleh saya bantu?" tanya Suriani, setiausahanya."Tolong panggilkan Encik Zaidi ke bilik saya.." arah Amsyar."Baik, Encik Amsyar.." akur Suriani.Sepuluh minit kemudian Zaidi datang dengan membawa beberapa keping fail. "Ada apa hal kau panggil aku?" tanya Zaidi lantas duduk di hadapannya.Amsyar mengeluh.."Aku ada masalah.. " itu sahaja yang dapat diluahkan oleh Amsyar pagi itu. Zaidi mengangkat keningnya seolaholah tahu masalah apa yang dilalui oleh sahabat baiknya itu."Masalah dengan Irina? Ke Anisah?""Kedua-duanya.." jawab Amsyar. Zaidi hanya tersenyum."Kau dah tanyakan perihal perkahwinan kau dengan Irina tu pada Anisah?" Amsyar mengangguk. "So apa jawapan dia?" "Dia nak aku ceraikan dia kalau aku nak kahwin dengan Irina" jawab Amsyar lagi. Dia sudah tidak dapat berfikir apa-apa lagi. Dia belum bersedia untuk melepaskan Anisah begitu sahaja. Walaupun masih belum ada rasa sayang terbit dalam hatinya untuk gadis itu namun hatinya tidak sudi untuk menceraikannya. Anisah seorang isteri yang baik."Kalau macam tu, ceraikan aje la dia!" jawab Zaidi selamba. Amsyar terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Zaidi. Sungguh tidak disangka. Selama ini bukan dia yang beria-ia menyuruh aku fikir benda ni dengan baik?"Apa maksud kau, Eddy?" tanya Amsyar tidak percaya."Sya.. kau nak aku cakap apa lagi? Kau sendiri dah buat keputusan. Jangan diseksa Anisah hanya kerana kau inginkan kebahagiaan kau. Kalau kau dah rasa kau dengan Nisa dah tak boleh nak go on, just let her go" nasihat Zaidi."Aku tak boleh, Eddy""Why? Sebab kau dah mula sayangkan dia?" tanya Zaidi lagi. Amsyar menolak rambutnya ke belakang. Dia sudah tidak berdaya untuk berfikir. Kalau dia terima Irina, dia perlu lepaskan Anisah. Kalau dia inginkan Anisah, dia perlu lupakan niatnya untuk mengahwini Irina. "Aku tak tahu.." Amsyar memicit-micit kepalanya. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan."Siapa Anisah bagi kau, Sya?""Dia isteri aku yang sah""Hanya isteri? Bukan teman sehidup semati kau?"Amsyar diam."Sya, aku dah cakap.. kau fikir baik-baik benda ni. Takde seorang isteri pun yang ingin bermadu. Walaupun Anisah tu tidak mencintai kau tapi dia tetap isteri kau. Hanya satu je jalan.. either you let her go then marry Irina or you just forget about marriage and go on with your life as usual." usul Zaidi. Amsyar hanya mengangguk.*****************"What? Postpone?" tanya Irina sewaktu mereka lunch bersama."Yap.. kita postpone pasal perkahwinan kita..""But why?" Irina masih tidak puas hati."Bagi I masa, sayang. I have to settle down all this matter..""Kenapa you tak ceraikan je dia? Is it too difficult for you to think of?""Cerai bukan jalan penyelesaian, sayang. I need time..""How long?" Irina memeluk tubuh. Rasa marah mula membahang.."Until end of our contract""What? You mean.. you nak I tunggu you lagi 2 tahun lebih?" Amsyar mengangguk."It"s nonsense!""Kenapa you cakap macam tu?" Sampai

hati Irina berkata sedemikian."Hello, Encik Amsyar.. Dari I tunggu you.. better I cari lelaki lain, la! Yang still single and available. You know what.. Umur I ni dah makin lanjut. Patutnya dalam umur macam I ni dah layak kahwin tahu, tak? And moreover, I malu. Orang sekeliling mengata I. Cakap I perampas la perempuan jalang la.. I ada perasaan, Amsyar. Sebab tu I nak you kahwin dengan I and ceraikan isteri you tu. Kalau inilah keputusan you, better kita break aje.." kata Irina dengan penuh keegoan."You tak sayangkan I?""Of course I sayangkan you. But you have to understand about my feeling..""I know about your feeling, sayang. But I have too. Ok.. kalau tak dua tahun, setahun lebih je. Pleasee..""Sya.. around 1 year, anything can be happen. I tak mahu dalam masa setahun atau dua tahun, you akan kenal dan arif dengan isteri you. And I, you akan campak ke tepi if you are already falling in love with your wife!""Irina..""I think we have to breakup.. Maybe this is the best solution.." Irina membuat keputusan."Tak boleh sayang.. I love you vso much!""You have to learn from past.. I wish one fine day, you boleh terima wife you seadanya. I"m so sorry, sayang.." Irina bangun lantas meninggalkan Amsyar yang kebingungan. "Maafkan I, Irina.." keluh hati kecilnya.******************Amsyar membuka pintu rumahnya. Keadaan ruang tamu agak gelap. Dia segera mencapai suis utama dan menyalakan lampu. Ruang tamu kembali cerah."Anisah tak pulang lagi, ke?" bisiknya dalam hati. Briefcase di tangan diletakkan di atas sofa. Tali leher dirungkaikan. Dia segera naik ke atas untuk memanggil Anisah. Dia tahu gadis itu masih marahkannya.Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik Anisah diketuk.. Namun tiada balasan. Sekali lagi diketuk, tetap tidak ada jawapan. Amsyar menyentuh tombol pintu lantas dibuka. Keadaan bilik Anisah gelap. Dia meyalakan lampu. Bilik yang sudah terang dipantau. Kosong.. Sah! Anisah tidak pulang ke rumah.."Kemana dia pergi?", bisik hatinya. Amsyar mengeluh. Dia kembali menutup lampu dan pintu bilik Anisah. Segera dia ke biliknya untuk membersihkan diri. Solat maghrib akan habis tak lama lagi. Dia perlu solat dahulu.***************Selesai solat Isyak, Amsyar turun ke ruang tamu. Dia segera mencapai remote control dan membuka tv. Belum sempat dia melabuhkan punggungnya, dia ternampak sekeping kertas melekat di peti televisyen tersebut. Dia bangun kembali dan mengambil kertas tersebut."Abang, Nisa minta ampun dan maaf sekiranya Nisa buat keputusan ini secara tiba-tiba tanpa izin abang. Nisa dah tawar hati, bang.. Nisa doakan abang bahagia. Nisa tak menolak untuk abang kahwin lain. Itu hak abang.. Dalam Islam pun tidak melarang.. Bagi Nisa, asalkan abang bahagia, Nisa turut tumpang bahagia. Nisa nak pergi jauh. Jangan ditanya Nisa ke mana. Berikan Nisa kesempatan untuk Nisa mencari kedamaian. Satu hari nanti Nisa akan pulang.. Pulang dengan satu keputusan. Abang jagalah diri abang baik-baik.. Halalkan makan minum Nisa selama ini, bang.. Assalamualaikum.. dari, Isterimu."Amsyar terkejut apabila membaca surat itu. Dia segera mencapai kunci kereta. Dia perlu mencari Anisah. Tapi di mana? Oh, Nisa.. begitu mulia hatimu. Maafkan aku, sayang.. Amsyar memboloskan diri ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Amsyar seperti orang gila mencari Anisah.. Tidak tahu kemana arah tujuannya. Matanya melilau mencari arah tuju.. Dan tanpa disedari, dia lalai. Pemanduannya agak menyimpang dari landasan sepatutnya. Kenderaan di laluan bertentangan memberi lampu amaran dan

bunyian hon. Amsyar membuntangkan matanya. Dia tidak dapat mengawal stereng dannn...... 10 BAB 10Setahun berlalu.."Nisa.. mari tolong mak angkat dulang ke atas!" jerit ibunya di dapur rumah. Keadaan agak sibuk sedikit dengan gelak ketawa orangorang kampung yang datang membantu mereka memeriahkan majlis perkahwinan Siti Zuhairah, adik keduanya. "Baik, mak!" sahut Nisa. Dia segera mencapai dulang yang dipegang ibunya lantas dibawa ke ruang tamu. Kemudian dia segera ke bilik tidur untuk melihat keadaan adiknya yang masih disolek oleh mak andam."Waahh.. cantik sungguh adik akak, ni!" puji Anisah kepada Siti. Siti tersipu-sipu malu dengan pujian yang diberikan oleh kakak kesayangannya."Akak ni.. mana ada. Akak pun cantik juga masa akak kahwin dengan Abang Amsyar dulu.." ujar adiknya. Senyuman Anisah kembali menjadi tawar apabila teringatkan Amsyar. Sudah hampir setahun Amsyar pergi meninggalkannya."Akak.. Siti minta maaf.." ragu-ragu dia meluahkan. Anisah hanya tersenyum."Takpe, sayang. It's ok. Akak doakan Siti bahagia dengan Aiman. Lepas kahwin ni, banyak dugaan hidup berumah tangga yang perlu Siti lalui. Jadilah isteri yang solehah ye, sayang?" tegur Anisah. Siti hanya mengangguk senyum. Akur dengan nasihat yang diberikan oleh kakaknya. Anisah segera memeluk dan mencium adiknya."Akakk.. habis make-up Siti.." rungut Siti lantas mereka ketawa.Bunyi paluan kompang sudah kedengaran. Siti seraya bangun dari duduk dan mengintai dari tingkap biliknya. Dia gugup."Akak, pengantin lelaki dah datang.. Siti gugup la, kak!" kata Siti gelabah."Sabar, sayang.. Biasa la adat berkahwin. Dah.. mak andam, dah siap ke semuanya?""Dah.. Siti boleh turun sekarang.." ujar mak andam. Anisah membawa Siti turun ke bawah. Dia bahagia melihat adiknya bahagia. Kedua-dua mempelai agak berseri-seri apabila disatukan di bawah satu payung yang sama. Anisah hanya tersenyum sahaja. Andai kata Amsyar ada bersama, tentu dia dapat tumpang rasa kegembiraan ini bersama."Kak Nisa.. abang Azrin datang..!" jerit Azizan, adiknya yang ketiga. Anisah terkejut apabila melihat Azrin dan Fatin datang sambil membawa beberapa bungkusan hadiah. Mereka mendekati Anisah."Ini semua hadiah dari kawan-kawan UIA. Mereka minta maaf sebab tak dapat datang, so dorang kirimkan aje hadiah ni untuk Siti" kata Azrin. Hadiah bertukar tangan. Anisah hanya tersenyum."Terima kasih. Err.. Korang berdua baru sampai, ke?" tanya Anisah."A'ah. Tadi kitorang pergi beli buah tangan kejap dekat pasar tani.." jawab Fatin."Marilah! Panas ni.. korang makan dulu, ye?" ajak Anisah. Sahabatnya itu hanya akur sahaja.Selesai sahaja majlis, masing-masing berehat di beranda rumah. Tetamu yang hadir kembali berkurangan. Hanya tinggal beberapa orang anak-anak kampung yang sibuk membantu membersih dan menurunkan khemah di perkarangan rumah mereka.Anisah menatang dulang berisi air kopi dan beberapa keping biskut kosong untuk dijamukan kepada sahabat baiknya itu. "Hmm.. makanlah.. Biskut kosong, je.." ujar Anisah."Alaa.. takpe, Nisa. Janji dapat basahkan tekak sudah la.." balas Fatin tersengih."Mana pengantin baru? Dari tadi tak nampak muka?" tanya Azrin. Matanya melilau mencari kelibat adiknya."Tidur agaknya. Penat sangat kot jadi

raja sehari.." jawab Anisah."Bila Nisa nak balik KL?" tanya Azrin lagi. Makanan dimulut dikunyah perlahan. Fatin mengangguk setuju."Tengoklah dalam dua hari ni.." jawab Anisah. Mereka berdua mengangguk.******************Anisah menghantar sahabatnya itu ke kereta mereka. Fatin menumpang Azrin kerana dia tidak mempunyai kenderaan. Sedang Azrin sibuk menyusun barang di dalam bonet kereta, Fatin menarik tangan Anisah jauh dari lelaki itu."Nisa.. Azrin tu dah lama tunggu kau.." bisik Fatin. Anisah hanya diam. "Kesian la dekat dia..""Aku tak tahu, Fatin..""Nisa.. arwah dah lama pergi. Sampai bila kau nak hidup membujang?" nasihat Fatin."Aku tahu.. tapi berikan aku masa..""Kau fikirlah baik-baik. Bukan senang nak dapat lelaki macam Azrin.." ujar Fatin. Anisah hanya mengangguk perlahan.Sebaik sahaja enjin dihidupkan, kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah mereka. Anisah melambaikan tangan kepada sahabatnya. Sekilas dia mengeluh. Langkahnya perlahan menuju ke tangga rumah. Kenangan bersama arwah Amsyar tak mungkin dapat dilupakan seumur hidupnya. Meskipun lelaki itu sudah tiada lagi di dunia, dia tetap menyayangi Amsyar sepenuh hati.*****************Anisah membuka pintu rumah. Beg pakaian ditarik masuk ke dalam dan disandarkan ke tepi dinding. Dia segera duduk di atas sofa untuk menghilangkan penat. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam benar-benar meletihkan.Mata Anisah tertancap ke arah bingkai gambar perkahwinan dia dengan Amsyar. Sekilas dia tersenyum sendirian. Rindunya dia pada lelaki itu."Abang.. Nisa yakin abang masih hidup.." dia bermonolog. Masih teringat di saat kejadian yang menimpa mereka setahun yang lalu. Waktu itu, Anisah tekad untuk pulang ke kampung bagi mengumpul semula semangatnya yang telah kendur. Dia perlukan masa untuk membuat keputusan samada dia ingin meminta cerai ataupun terus hidup bersama Amsyar. Tetapi tidak disangkasangka esok paginya dia mendapat berita bahawa Amsyar mendapat kemalangan jalan raya. Kereta yang dipandu masuk ke dalam gaung dan meletup. Namun mayatnya tidak dijumpai. Sehingga kini mereka tidak menemui mayat Amsyar dan peristiwa itu menjadi tanda tanya. Sudah acapkali berita kehilangan Amsyar tersebar luas. Namun masih menemui jalan buntu. Bagi ahli keluarga yang lain terutama mama dan papa Amsyar, Amsyar telah tiada dan mereka redha tapi tidak bagi Anisah. Naluri seorang isteri sepertinya yakin suaminya masih hidup, cuma tidak diketahui di mana suaminya berada.'Ya Allah, andai kata suamiku masih hidup.. Kau temukanlah aku dengannya. Aku betulbetul merinduinya, Ya Allah' doa Anisah di dalam hati.Anisah mengeluh lantas segera mengangkat begnya ke atas. Sehingga kini, dia setia menunggu Amsyar.*******************"Tekadkah Nisa untuk tidak menerima Rin dalam hidup Nisa?" tanya Azrin sewaktu mereka makan malam bersama. Anisah hanya mengangguk perlahan."Tapi kenapa?" tanya dia lagi."Kerana cinta dan sayang Nisa untuk suami Nisa.." jawab Anisah. Memang dari dulu dia tekad, dia tidak akan menyayangi sesiapa kecuali Amsyar. Betapa teruknya lelaki itu melayan dia selama ini namun hatinya tetap menunggu Amsyar dan tertutup untuk lelaki lain."Tapi Amsyar dah lama meninggal Nisa.. Sampai bila Nisa nak hidup macam ni?""Bagi semua orang, dia dah tiada.. tapi bagi Nisa dia tetap hidup dalam hati Nisa.. Maafkan Nisa, Rin. Nisa cuba untuk menyayangi Rin tapi Nisa tak boleh. Nisa hargai segala budi baik Rin pada Nisa selama ini..""Rin akan tunggu Nisa.."

itu sahaja yang dapat diperkatakan oleh Azrin. Dia terlampau menyayangi Anisah. Sejak di universiti lagi. Kali ini dia tidak boleh melepaskan Anisah begitu sahaja."Jangan menyeksa diri, Rin. Rin layak untuk menyayangi orang lain. Jangan tunggu Nisa kerana keputusan Nisa adalah muktamad""Rin akan cuba memenangi hati Nisa.. Rin akan cuba membuatkan hati Nisa dapat menerima Rin walaupun hanya sedikit.." janji Azrin membuatkan Anisah betul-betul terkejut. Tidak disangka Azrin betul-betul menyayanginya. Tapi apa yang boleh dibuat, hatinya keras. Hatinya sudah tertutup. Cintanya hanya untuk Amsyar seorang.*****************Anisah menatap gambar perkahwinan mereka berdua. Dimanakah Amsyar sekarang? Setahun sudah berlalu namun Amsyar langsung tidak menunjukkan wajahnya. Adakah benar Amsyar sudah meninggal dunia? Tidak! Selagi aku tak jumpa mayatnya, aku yakin Amsyar masih hidup.Tiba-tiba.. kedengaran bunyi orang menekan loceng rumahnya. Anisah segera bergerak ke sliding door untuk melihat siapakah gerangan yang datang ke rumahnya malam itu.Anisah membuka pintu. Kelihatan wajah mertuanya tersenyum memandang Anisah. Anisah segera menghulurkan tangan untuk bersalam dengan keluarga arwah suaminya."Kenapa mama dan papa nak datang tak beritahu Anis dulu?" tanya Anisah apabila dia menjemput mertuanya duduk. Datin Faridah dan Datuk Azhari hanya ketawa."Saja je mama dan papa tak nak telefon Anis. Nak buat surprise!" seloroh Datin Faridah."Bila mama dan papa pulang ke Malaysia? Kalau Anis tahu, Anis jemput mama dan papa dekat KLIA tadi..""Kami dah sampai semalam, Anis. Tak nak susahkan Anis sebab mesti Anis penat uruskan perkahwinan adik Anis, tu" jawab Datuk Azhari pula."Ha.. macam mana majlis adik Anis? Ok? Kami minta maaf la sebab tak sempat nak balik. Last minute papa kamu ni ada hal dekat Toronto sana tu.." jelas Datin Faridah. Anisah hanya tersenyum."Takpela, ma.. Semuanya ok. Mama dan papa tidur rumah Anis malam ni macam mana? Rindu sangat dengan mama dan papa. Ada banyak benda Anis nak cerita" usul Anisah. Mereka berdua saling berpandangan."Hmm.. boleh jugak! Mama pun ada banyak nak cerita dengan Anis. Mak sihat?""Sihat je..""Dah lama kita tak jumpa besan kita kan, bang?" "A'ah. Nanti kalau ada masa kita pergi la jenguk mereka di Perak, ye?" balas Datuk Azhari pula. Anisah hanya ketawa.. Gembira sungguh dia pada hari itu. Setiap kali melihat wajah kedua ibu dan bapa mertuanya pasti dia akan teringatkan arwah. Terutama sekali wajah Datuk Azhari yang sememangnya seiras dengan wajah Amsyar. Agaknya kalau Amsyar dah tua, adakah sebijik macam muka Datuk Azhari sekarang? Hehehehe.. Ah! Rindunya aku pada dia.********************Malam itu seusai mereka makan malam, Anisah mengambil angin malam seorang diri di luar. Mama datang menghampirinya apabila melihat dia tiada di dalam."Anis buat apa dekat sini?" tanya Datin Faridah lalu duduk di atas kerusi batu di laman."Takde apa-apa, mama. Just ambil angin malam" jawab Anisah."Masa arwah Amsyar ada, dia selalu juga teman mama ambil angin dekat luar malammalam macam ni. Masa tu dia masih bujang lagi.." ujar Datin Faridah memulakan cerita. Anisah hanya tersenyum lalu duduk bersebelahan dengan Datin Faridah."Masa Amsyar kecil, dia nakal tak mama?""Nakal sangat. Sampai tak menang tangan jadinya. Masa tu mama rasa mama bukan ada anak sorang tapi macam ada 4 orang anak. Amsyar aktif dan manja budaknya.."Anisah

mengangguk. Teringat dia sewaktu mereka kecil. Perangai Amsyar memang menyakitkan hati. Selalu sangat membuli orang dan dialah mangsa yang menjadi pilihan Amsyar dan kawan-kawannya ketika itu. Kali terakhir mereka berjumpa ketika tamat SPM. Masa tu rasa bebas sangat. Dia bersyukur. And then, selepas tamat universiti, mak dan abahnya buat keputusan untuk tinggal di kampung dan uruskan kebun yang ditinggalkan arwah neneknya. Tak disangka.. jodoh mereka kuat apabila bertemu kembali 11 tahun kemudian. Memang tidak dijangka.Sebelum arwah atuk Amsyar meninggal, Anisah baik dengan arwah. Dia bertemu dengan arwah atuk Amsyar sewaktu dia menjalani praktikal di syarikat keluarga Amsyar. Masa tu dia hanya mengetahui nama Amsyar melalui ceritacerita dari mulut arwah atuknya. Memang tak pernah disangka Amsyar yang sering diceritakan itu adalah musuh ketat dia sewaktu di sekolah. Tetapi waktu itu Amsyar masih belajar di luar negara dalam kursus DBA (Degree in Business Administration). Arwah atuk Amsyar memang peramah orangnya. Tidak pernah dia menunjukkan ada jurang di antara dia dan pekerjanya. Semuanya dilayan dengan baik. Sebab itu dia sayang sangat dengan arwah. Walaupun dia sudah habis praktikal di situ namun mereka tidak putus hubungan. "Anis masih sayangkan Sya?" pertanyaan Datin Faridah membuatkan Anisah kembali ke alam nyata."Sayang, ma. Dialah satu-satunya lelaki yang wujud dalam hati Anis sehingga kini" jawab Anisah."Walaupun selama ini arwah tidak pernah melayan Anis dengan baik?" uji Datin Faridah. Anisah ketawa."Anis tak pernah ambil hati, ma. Walau sejahat mana Amsyar buat pada Anis.. Anis tetap sayangkan dia.""Untung Sya dapat isteri macam Anis. Mama sendiri tidak tahu kenapa Sya tidak boleh menerima Anis sehingga ke akhir hayatnya." Datin Faridah menggelengkan kepala. Kedengaran suaranya agak berlainan. Dia sebak. "Andai Sya masih hidup, tentu dia akan terharu" Datin Faridah kembali mengesat air matanya dari mengalir ke pipi. Anisah memeluk ibu mertuanya."Sabarlah, ma. Anis yakin arwah masih hidup.." itu sahaja yang mampu Anisah katakan. Walaupun hanya 70% namun dia tetap yakin.***********************Anisah leka mencari novel terbaru di kedai buku itu. Sengaja dia menyuruh Azrin menemani Fatin membeli barang keperluan manakala dia melencong ke kedai buku berhampiran. Sudah lama dia tidak membaca novel. Hampir setahun agaknya. Anisah mencapai satu persatu novel di depan mata. Setelah puas memilih, segera dia membawa buku tersebut ke kaunter bayaran. Secara tiba-tiba dia terlanggar seseorang yang tergesa-gesa membuat pembayaran."Ouch!" jerit Anisah perlahan."Oopss.. sorry.." jelas lelaki itu. Mata mereka bertentang. Lelaki itu hanya tersengih. "Awak tak apa-apa?" tanya dia serba-salah."Err.. tak." jawab Anisah. Kenapa dia rasa lain?"Maaf, saya tak sengaja terlanggar awak..""It's ok!"Anisah melihat sahaja lelaki itu berlari ke arah kaunter. Dia seakan-akan mengejar sesuatu sahaja.. Anisah memegang lengan kirinya yang masih terasa sakit. Suara itu.. macam pernah dia dengar.. 11 BAB 11Anisah kembali mendapatkan sahabatnya di kedai makan berhampiran. Dia menghilangkan penat sebelum memesan minuman. Beg plastik yang dipenuhi dengan novel dan majalah diletakkan di kerusi sebelahnya."Lamanya

kau beli buku?" tegur Fatin. Azrin di sebelah hanya tersengih sahaja."Banyak sangat nak kena pilih, tu yang ambil masa.." jawab Anisah tersenyum."Mau makan apa? Roti tulur ada, capati ada.." tanya mamak yang sudah sedia dengan pen dan kertas untuk mengambil pesanan."Tak mau makan. Minum saja!" seloroh Anisah."Mau minum apa kici?" tanya mamak itu lagi yang agak-agak blur sedikit."Kasik saya teh o suam satu.." pinta Anisah. Mamak itu hanya menggoyangkan kepalanya tanda faham. Kemudian dia segera menyampaikan pesanan itu dengan 'bahasa' mereka kepada kawannya. Anisah hanya tersengih sahaja."Buku apa Nisa beli?" Azrin mencelah."Buku novel.." pendek sahaja jawapan Anisah. Sedang mereka berbual, tiba-tiba matanya tertancap ke arah lelaki yang terlanggar dia di kedai buku tadi. Kelihatan lelaki itu sedang bergurau mesra dengan gadis di sebelahnya. Matanya hanya memandang sahaja pasangan sejoli tersebut.'Siapa dia?', tanya dia dalam hati."Nisa, awak pandang siapa?" tanya Azrin apabila melihat Anisah leka memandang ke arah lain. Dia langsung tidak mengambil port perbualan mereka."Err.. takde apaapa.."Setengah jam berlalu, mereka segera ke kaunter bayaran. Kebetulan pula, lelaki yang melanggar Anisah di kedai buku tadi juga ingin membuat bayaran. Sebaik mereka bertembung, lelaki itu terkejut."Awak perempuan yang saya langgar dekat kedai buku tadi tu, kan?" tanya lelaki itu. Anisah hanya mengangguk. Azrin dan Fatin saling memandang. Mereka tidak memahami."Sorry for that incident. Saya nak cepat tadi.." jelas dia."It's ok..""By the way.. what's your name?" tanya dia meramahkan diri."Sorry ye, encik. Kami nak cepat ni.." Anisah sengaja tidak menjawab pertanyaan lelaki itu. Selesai membuat bayaran, dia segera menarik tangan Fatin untuk meninggalkan tempat itu. Azrin hanya mengangkat bahu lantas mengikut sahaja langkah mereka. Lelaki itu terpinga-pinga."Siapa lelaki tu, Nisa?" tanya Fatin tidak puas hati apabila mereka jauh dari kedai tersebut."Aku pun tak kenal. Dia terlanggar aku masa dekat kedai buku tadi." jawab Anisah."Seems familiar muka dia.." Azrin pula mencelah. Anisah hanya membisu. Dia merasakan amat berlainan sekali perasaannya apabila bertemu dengan lelaki itu.'Siapa dia? Kenapa suaranya seakan-akan suara Amsyar? Tapi wajahnya..' hati Anisah kembali resah. 'Mustahil! Ramai orang mempunyai suara yang sama..' bisik hatinya lagi.******************Anisah hanya menatap gambar perkahwinan mereka. Teringat segala memori mereka dahulu. Di saat awal perkahwinan mereka sehinggalah ke hari terakhir mereka berjumpa. Air matanya mengalir ke pipi. Sungguh! Dia rindukan saat itu..'Kau ni buat aku rasa geram, je! Lama-lama bila tengok.. comel juga kau, ni!' itulah pujian kali pertama dan terakhir yang diberikan oleh Amsyar kepadanya. Walaupun hanya sekali tetapi dia berpuas hati. Akhirnya Amsyar perasan juga akan kecantikan wajahnya sepanjang perkahwinan mereka.'Kau rasa apa yang perlu aku buat dengan benda alah tu?' tiba-tiba rasa malu pula bila memikirkan insiden pakaian dalamnya berada di dalam bilik Amsyar. Dia tersenyum sendirian. Amsyar.. walaupun kadang-kadang dia agak serius, namun bila datang 'gila'nya pasti ada je yang tak kena.Anisah membuka pintu bilik Amsyar. Sudah lama bilik ini terbiar kosong. Dia duduk di atas katil. Melihat di segenap pelusuk bilik.'Kalau Amsyar tahu aku masuk bilik dia tanpa pengetahuannya, tentu dia akan bising!' seloroh Anisah dalam hati.

Tiba-tiba dia teringatkan kontrak yang mereka buat suatu ketika dulu. Segera Anisah bangun. Dia perlu mencari kontrak tersebut. Anisah bergerak ke meja komputer Amsyar. Laci dibuka dan dibelek. Takde! Kemudian dia beralih ke laci sebelah lagi. Juga tidak ada!'Mana Amsyar letak kontrak tu?' bisik dia. Dia mencari untuk kesekian kalinya.Hampir setengah jam menggeledah, dia hampir berputus asa. Anisah kembali duduk di atas katil. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah almari bilik.'Agaknya dekat dalam almari, kot?' tanya dia dalam hati. Anisah bangun dan terus menghampiri almari pakaian Amsyar. Dia membuka almari itu, begitu banyak pakaian Amsyar yang tergantung kemas. Amsyar memang pembersih dan kemas orangnya. Bau haruman minyak wangi yang terlekat di baju Amsyar membuatkan Anisah rasa tenang. Dia rindukan bau minyak wangi ini. Tangannya menguis-nguis laci di dalam almari tersebut.Lima minit mencari akhirnya dia jumpa fail yang mengandungi kontrak tersebut.Masih dalam keadaan baik walaupun hampir 2 tahun benda itu berlaku. Setiap peraturan dibaca satu persatu."Abang, sampai sekarang Nisa akur dengan kontrak ni. List makanan yang Nisa selalu buat tu siap Nisa binding lagi. Sebagai bukti sepanjang ketiadaan abang.. Nisa rindukan abang.. Pulanglah abang! Nisa yakin abang masih hidup" Anisah mengesat air matanya.Dia sambung membaca. Dan sampailah ke peraturan yang terakhir.Terakhir: Setelah tiga tahun berkahwin, sekiranya tidak ada keserasian.. pasangan boleh menuntut cerai.Anisah tersenyum lagi. Sudah setahun tujuh bulan berlalu.'Aku masih ada setahun lebih lagi sebelum tamat tempoh perkahwinan kami.. Adakah aku masih ada jodoh dengan Amsyar?'Anisah memandang ke arah tandatangannya. Dan kemudian ke arah tandatangan Amsyar.. Tekadkah Amsyar ingin menceraikannya selepas tiga tahun ni? Kalaulah Amsyar ada, tentu dia akan cuba memikat hati Amsyar.Serius! Berat badan Anisah kembali susut dari hari ke sehari. Kini beratnya hampir 45kg. Dulu beratnya 75kg.. Tidak sia-sia dia berdiet.. bukan diet sangat pun. Maybe sebab rindu membuatkan dia tidak lalu makan. Pertama kali dalam hidupnya, dia rindu yang teramat sangat kepada lelaki yang pernah menjadi musuh ketatnya suatu ketika dulu. Kerana Amsyar dia tekad kuruskan badan.'Kalau abang lihat Nisa sekarang, tentu abang janji takkan cari lain..' seloroh dia. Dia mengetap bibir apabila teringatkan permintaan melampau Amsyar untuk berkahwin lain. Sampai sekarang dia tidak tahu siapa gadis yang dicintai suaminya. Sampai akhir hayat lelaki itu, perempuan itu tidak datang bersemuka dengan dia mahupun keluarga Amsyar.Anisah mencapai gambar Amsyar di meja sisi. Memang tidak dinafikan. Wajah Amsyar seiras Zachery XFactor. Smart dan handsome. Tiba-tiba dia teringatkan lelaki petang tadi. Lelaki itu memakai cermin mata hitam dan bermisai. Tidak pasti wajah sebenarnya. Tetapi dia berkulit cerah seperti Amsyar. Suaranya.. Ya Allah! Adakah lelaki itu Amsyar? Tapi siapa perempuan di sebelahnya tadi? Tidak kenalkan Amsyar padanya? Ya Allah, andaikata itu adalah Amsyar.. Kau temukanlah kami kembali..********************"Arrrggghhh!!!" Zarif terjaga dari tidur. Dia memegang kepalanya yang sakit. Dia bermimpi lagi. Mimpi yang sama.. Dia cuba mengingati apa yang berlaku namun setiap kali dicuba otaknya bagai nak pecah."Abang mimpi lagi?" tanya Melisa. Dia agak terperanjat apabila secara tiba-tiba lelaki di hadapannya meronta-ronta. Masuk kali ini sudah berapa kali lelaki itu

bermimpikan perkara yang sama. Namun sehingga sekarang menemui jalan buntu.Masih Melisa teringat sewaktu ayahnya membuat research berkaitan tumbuhan liar di hutan dulu dan terjumpa Zarif yang terbaring tidak sedarkan diri. Wajahnya luka dan penuh dengan darah. Lelaki itu lemah. Segera dia meminta pertolongan orang asli di situ untuk membawa pulang dan dirawat kecederaannya. Hampir 5 hari Zarif tidak sedarkan diri. Bila dia sedar, dia tidak mengenali siapa dirinya.Sehingga kini dia cuba membantu Zarif mencari identitinya. Gambarnya sudah dihantar di surat khabar namun tiada seorang pun ahli keluarganya yang menuntutnya.Zarif termengah-mengah. Dia berkeringat. Melisa segera mencapai tuala kecil lantas diberikan kepada Zarif."Sudah banyak kali abang mimpikan perkara yang sama..""Entahla, Mel. Abang mimpi masa abang bertarung dengan maut. Tapi kali ini lain sedikit..""Apa yang lain?""Ada perempuan dalam mimpi abang.. tapi abang tak nampak wajahnya.. Kabur..""Abang rasa dia tu siapa?""Entah la.."Timbul rasa cemburu di hati Melisa. Adakah perempuan itu isteri abang Zarif? Atau teman istimewanya? Hmm.. hopefully bukan!"Abang nak air?" tanya Melisa apabila melihat Zarif kembali tenang. Lelaki itu tersenyum lantas mengangguk."Sayang juga Mel dekat abang, ye? Ni yang buat abang sayang sangat dengan Mel" gurau Zarif lalu dicuit hidung tunangnya. Melisa hanya tersipu-sipu malu."Siapa lagi nak sayangkan abang kalau bukan bakal isteri abang ni.." balas Melisa pula. Zarif hanya ketawa. Melisa meninggalkannya sendirian. Zarif mengeluh. Kenapa sehingga sekarang dia tidak mengenali siapa dirinya?'Aku mesti cari identiti aku, kalau tidak susah la untuk aku mengahwini Melisa..' janji Zarif di dalam hati.. 'Tapi.. siapakah perempuan yang wujud dalam mimpiku tadi? Pentingkah dia dalam hidupku sebelum ini?' Pertanyaan itu hanya dibiarkan berlalu tanpa jawapan..*********************** 12 BAB 12"Betul Mia, perempuan tadi tu cantik betul.." ngomel Zikri bersungguhsungguh membuatkan adiknya mencebik. "Suka hati abang la!" sudah malas untuk Mia mendengar celoteh abangnya yang tak sudah-sudah memuji kecantikan wanita yang dilanggarnya petang tadi. Sebaik sampai di pintu rumah, mereka segera membuka kasut dan menapak ke dalam.Sewaktu mereka masuk, Melisa sedang menyediakan minuman untuk tunangnya, Zarif."Ha.. baru balik, Zikri.. Mia?" tanya Melisa kepada adik-adiknya."A'ah.. tadi abang ni sibuk sangat ajak orang temankan dia tengok wayang.." rungut Mia lalu duduk di sebelah kakaknya. Zikri yang hanya tersengih dari tadi segera mencapai teko berisi air kopi lalu dituangkan ke dalam cawan yang masih kosong."Zik! Cuba kalau bersopan sikit!" marah Melisa."Ala..kak.. Zik haus la!" rungut Zikri lalu meneguk air kopi tersebut. Melisa hanya menggelengkan kepala. Zarif pula hanya tersenyum.."Abang tak ajak akak Mel keluar ke hari ni?" tanya Mia."Betul la bang, hari ni banyak cerita best kat panggung wayang.." Zikri mencelah. Mia hanya mengangguk."Hish! Korang ni.. Abang Zarif kau ni kan tak sihat sangat" tegur Melisa."Alaa kak.. sepatutnya kalau kita tak sihat la kena banyak berjalan. Keluarkan peluh tu.. Baru badan kita segar semula. Betul tak, abang?" Zikri mengangkat keningnya kepada Zarif."Hmm.. betul la. Tengok la kalau pelanggan

tak berapa ramai dekat workshop esok, abang bawa Mel pergi tengok wayang, ye?" ujar Zarif. Melisa hanya menggelengkan kepala lalu bangun untuk menghantar dulang ke dapur. Sudah setahun Zarif bekerja di workshop Ah Meng sebagai mekanik. Ingin mencari kerja lain, dia tidak ada sijil pengenalan yang sah. Itu pun nasib baik Ah Meng sanggup mengambilnya sebagai pekerja. Kadang-kadang, kalau ada masa lapang.. dia akan membantu ayah Melisa mencari tumbuhan liar di hutan untuk dibuat penyelidikan."Abang.. tadi kan Zikri jumpa seorang perempuan tau.. Cun giler!" puji Zikri tiba-tiba."Abang ni tak habis-habis.." sekali lagi Mia mencebik."Kau diam la!" marah Zikri. Mia hanya menjeling."Perempuan? Dah tau nama dia, ke?" tanya Zarif. Melayan saja kerenah adik-adik Melisa yang kadang-kadang agak nakal. Zikri baru sahaja menamatkan pengajiannya di UTM dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan kuasa. Sementara menunggu interview dari syarikat lain, sempat dia menghabiskan masa bersama Mia. Mia pula baru tamat SPM."Tu la bang. Zik cuba jadi ramah sikit. Tapi dia tu agak sombong la.. Tak layan Zik. Tadi masa tu dia ada bersama dua orang kawannya. Sorang lelaki sorang perempuan." jawab Zikri."Alaa.. abang tu yang tak pandai ngorat. Memang la dia tak layan!" perli Mia."Apa pulak! Kat U dulu, abang ni romeo tahap high class tau!" balas Zikri dengan bangga."Eleh.. kalau romeo, mesti abang dah ada awek sekarang..""Romeo tak perlu awek.. spare part je. Apa standard awek-awek ni.. cari bini teruslah! Betul tak, bang?"Zarif hanya ketawa sahaja melihat celoteh adik-adik Melisa. Hmm.. kalau diorang ni bertemu, riuh satu rumah."Malas la nak layan Abang Zik ni! Lagi dilayan lagi melalut pulak! Huh! Ayah mana, bang?" tanya Mia."Dalam bilik. Solat isyak, kot?" jawab Zarif."Mia nak mandi dulu la! Badan dah bau tenuk!""Ha.. jangan lupa samak bersih-bersih. Bukan takat tenuk.. gajah lalu pun boleh pengsan bila bau badan kau tu! Hehehe.." Zikri tak sudah-sudah mengacau adik bongsunya itu. Mia hanya menjelir lidah mengejek. Geram betul apabila Zikri suka memalukan dirinya di depan Zarif. Zarif hanya ketawa sahaja. Gembira hatinya apabila dapat menikmati kebahagiaan bersama keluarga Melisa. Hmm.. entah macammana situasi keluarga sebenarnya? Adakah seriuh ini?*******************'Aku nak kahwin..' 'Hak apa!!?''Sepatutnya Nisa yang perlu bertanyakan hak Nisa sebagai isteri abang. Selama kita berkahwin, Nisa tak pernah merungut apa-apa. Nisa ikut rentak abang. Nisa tak mahu ada pergolakan antara kita. Nisa cuba ambil hati abang.. tapi Nisa tak sangka abang tak pernah menyedarinya. Abang buat Nisa macam apa.. Nisa ni manusia, bang. Nisa ada perasaaan..'"Nisa.. Nisa..!" Zarif bermimpi lagi.. Dia tidak menentu..'Kalau betul abang ingin kahwin dengan perempuan tu, abang ceraikan Nisa. Itu adalah lebih baik dari Nisa menanggung semuanya seorang diri..''Abang, Nisa minta ampun dan maaf sekiranya Nisa buat keputusan ini secara tiba-tiba tanpa izin abang. Nisa dah tawar hati, bang.. Nisa doakan abang bahagia. Nisa tak menolak untuk abang kahwin lain. Itu hak abang.. Dalam Islam pun tidak melarang.. Bagi Nisa, asalkan abang bahagia, Nisa turut tumpang bahagia''Nisa nak pergi jauh. Jangan ditanya Nisa ke mana. Berikan Nisa kesempatan untuk Nisa mencari kedamaian. Satu hari nanti Nisa akan pulang.''Maafkan abang, Nisa!! Tolong jangan tinggalkan abang! Abang sayang Nisa! Tolong jangan tinggalkan abang, Nisa!'"Nisaaaa???" Zarif terjaga dari tidur.

Dia memandang sekeliling. "Astaghfirullahalazim.. Mimpi rupanya aku" dia beristighfar. Zarif meraup wajahnya. Mukanya berkeringat. Dia memandang Zikri di sebelah yang sedang berdengkur. Nyenyak sungguh dia tidur. Dia melepaskan keluhan. 'Apa yang berlaku sebenarnya? Siapa Nisa? Cerai? Adakah aku sudah berkahwin? Atau aku sudah bercerai? Nisa??? Ya Allah, Kau bantu la aku. Siapa aku sebenarnya?' jerit Zarif di dalam hati.*******************"Assalamualaikum.." ucap Zarif lalu membuka kasutnya. Zikri , Mia dan Melisa terkejut dengan pulangan Zarif yang tidak diduga petang itu."Waalaikumussalam. Eh? Abang tak kerja ke hari ni?" tanya Melisa."Abang kerja separuh hari, je. Kan abang dah janji nak bawak Mel pergi tengok wayang hari ni?""Ooo.. lupa pulak! Ingat tak jadi.." "Ye! Ye! Boleh la kitorang ikut abang, kan?" Zikri mencelah."Boleh aje!" jawab Zarif. Mereka bersorak gembira."Ha apalagi, pergi la bersiap..." arah Melisa. Mereka berdua hanya mengangguk dan segera berlari ke bilik masingmasing.******************Petang itu, sebaik mereka habis menonton wayang.. masing-masing menghilangkan penat di warung mamak berdekatan."Kat sini la Zikri jumpa perempuan tu, bang!" Zikri memberitahu. Mia pula mencebik. Malas betul nak mendengar."Cantik sangat ke perempuan tu?" tanya Zarif."Cantik bang... Manis je bertudung.." jawab Zikri bersungguh-sungguh."Kalau macam tu, boleh la abang tumpang sekaki.. Hihihi.." Zarif memandang Melisa dengan muka gatalnya. Melisa membuntangkan matanya."Abang!" marah dia. Tangannya dah merayap mencari paha Zarif untuk dicubit. Lelaki itu spontan mengelak. Dia ketawa."Mel kalau cubit macam ketam.." perli dia."Siapa suruh abang tu gatal sangat!" marah dia lagi tidak puas hati."Kak Mel memang macam tu.. baru cakap pasal perempuan sikit dah melatah!" kali ini Zikri pula menyambung perli."Mestilah! Kalau kitorang bincang pasal lelaki pun korang nak melatah jugak, kan?" Mia pula mencelah. "Kenapa nak melatah pulak? Kitorang tak macam perempuan la. Kitorang rileks je. Kan abang, kan?" Zarif hanya mengangguk setuju. Mereka ketawa. Mia dan Melisa hanya menjeling. Sedang asyik menjamu selera, mata Zikri terpandang akan wanita yang dilanggarnya semalam. Wah! Macam jodoh pulak!Dia menyiku Zarif tiba-tiba. "Apa?" tanya Zarif. Zikri memuncungkan mulutnya ke arah gadis yang dimaksudkan sebelum ini. Mia dan Melisa hanya saling berpandangan. Kemudian mereka beralih ke arah gadis yang dimaksudkan."Perempuan tu la, bang! Lawa, kan?" Zikri beriaia. Zarif hanya memandang sahaja. Gadis itu sedang sibuk berbual bersama seorang lelaki. Nampak mesra. Tapi.. hmm.. memang lawa orangnya. Berwajah lembut dan manis."Dia dah ada pakwe la, Zik!" teka Zarif."Zik rasa tak.." jawab Zikri spontan."Kenapa abang Zik rasa macam tu, pulak?" tanya Mia."Sebab bukan lelaki tu ada bersama dia semalam? Dengan seorang perempuan lagi? Rasanya diorang kawan je, kot?" Zikri meneka. Mia mengangguk. Zikri seraya bangun."Kau nak kemana ni, Zik?" tanya Melisa mengerut dahi. Risau pula dia. Zikri ni kalau dah datang nakalnya, tak hirau orang sekeliling."Nak pergi ngorat la.." Zikri mengenyit matanya. Melisa ternganga. Ahh.. sudaaahh!!Zarif dan Mia hanya terpinga-pinga.*****************Zikri mendekati meja gadis yang dilanggarinya semalam."Hai.." sapa dia. Mereka berdua memandang. Gadis itu menampakkan wajah yang cukup terkejut manakala lelaki itu hanya mengerut dahi."Kenal lagi, tak?" tanya Zikri lantas membuka cermin mata hitamnya. Gadis

itu hanya diam membisu. Angguk pun tak geleng pun tak."Err... saya lelaki semalam yang langgar awak, tu?" dia cuba mengingatkan kembali. Gadis itu mengangguk."Ya, saya ingat.." baru la dia berani bersuara. "Saya duduk kat meja sana. Tiba-tiba ternampak awak.. Tu yang datang ke sini.." ujar Zikri lalu menunjukkan ke arah meja makannya. Gadis itu memandang kemudian mengangguk."Nama saya, Zikri. Awak?" masih lagi dengan keperamahannya. Lelaki di sebelah langsung tidak dihiraukan. Gadis itu memandang kawannya. Kawannya hanya mengangkat bahu dan tersenyum."Anisah.. " jawab dia pendek."Anisah? Hm.. sedap nama tu." Tiba-tiba rakan lelakinya berdehem."Oopss sorry.. boyfriend, ke?" tanya dia lagi."Takde la.. kawan je.." Anisah menjawab lembut."Oic.." Zikri menyeluk poketnya dan mengeluarkan sekeping kertas. Kemudian dia mengeluarkan sebatang pen dari poket kemejanya. Sudah dirancang dari tengahari tadi untuk membawa pen dan kertas tersebut. Mengharapkan agar berjumpa gadis yang diimpikan, boleh la dia memberi nombor telefonnya. Zikri menulis sesuatu di atas kertas tersebut."Ni nombor saya. Kalau free, mesej laa.." ujar Zikri lalu dihulurkan kertas tersebut kepada Anisah. Anisah hanya mengambil tanpa berkata apa-apa."Saya minta diri dulu.. bye.." Zikri meninggalkan Anisah dan Azrin bersendirian. Azrin hanya tersenyum sahaja."Hai.. sejak awak dah kurus ni.. ramai sangat nak berkenalan.. Melepas la saya.." gurau Azrin membuatkan Anisah ketawa. "Mana ada.. Nisa ambil aje. Tak semestinya nak telefon dia." jawab Anisah. Azrin hanya tersengih."Handsome jugak budak lelaki tu. Muka chinese look.." puji Azrin. Anisah hanya tersenyum. 'Handsome lagi arwah suami aku!' bisiknya dalam hati. Dia menghela nafas lega. Dia salah orang rupanya. Mungkin kerana rindu membuatkan dia terfikir lelaki itu adalah Amsyar.Beberapa minit kemudian, mereka berempat bergerak keluar dari warung mamak tersebut. Dia memandang sahaja ke arah Zikri yang tersenyum lebar ke arahnya. Sempat pula lelaki itu menyuruh Anisah mesejnya. Anisah hanya membalas senyuman Zikri. Setiap wajah yang berhampiran dengan lelaki itu ditatap sehinggalah kepada wajah lelaki dibelakang Zikri. Lelaki itu juga memandang ke arahnya. Anisah terpaku. Lelaki itu mengangguk lantas tersenyum. Degupan jantung Anisah berdenyut laju. Dia rasa sesak. Lelaki itu..."Amsyar!!?" terluah juga nama itu dari bibirnya.******************************* 13 BAB 13Anisah mengalirkan air matanya apabila terkenangkan Amsyar. Akhirnya dia bertemu jua dengan suami yang dirindui. Tetapi dia hairan kenapa Amsyar seolah-olah tidak mengenali dirinya?'Lupakah dia pada aku?' bisiknya dalam hati.Petang tadi, habis sahaja kerja.. Azrin mengajaknya minum. Tidak disangka dia akan bertemu dengan lelaki yang melanggarnya semalam dan dalam masa yang sama dia akhirnya bertemu dengan suaminya. Anisah kaku apabila terpandangkan Amsyar. Dia tidak tahu kenapa. Hanya bibirnya sahaja menyebut nama suaminya itu."Kenapa, Nisa?" tanya Azrin. Anisah hanya mendiamkan diri. Langsung tidak membalas pertanyaan Azrin. Matanya hanya mengekori jejak langkah Amsyar sehinggalah mereka masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.Anisah melihat sahaja nombor yang diberikan oleh Zikri

kepadanya.'Perlukah aku menelefon dia? Tapi sebagai alasan apa?' tanya dia lagi.. Anisah mencapai handphonenya.. Sejenak dia menekan punat nombor.. Dia perlu dan tekad.*******************"Tak sangka akhirnya sudi juga awak nak keluar berjumpa dengan saya.." kata Zikri sambil tersengih. Dia tidak menyangka gadis yang diimpikannya akan menelefon dia semalam dan ajak keluar makan tengahari bersama.Anisah hanya tersenyum. Tidak tahu ingin berbualkan pasal apa."Well.. Saya nak tanya, semalam tu boyfriend awak ke?" tanya Zikri. Matanya memandang tepat ke wajah gadis di hadapannya."Tak, dia kawan baik saya.." jawab Anisah jujur."Oic.. So awak dah ada boyfriend?" Anisah hanya menggeleng. "That's mean saya ada peluang la?" Zikri meneka lagi. Anisah hanya diam membisu.'Gelojoh betul mamat, ni! Kalau dia tahu aku dah berkahwin, mahu ke dia terima aku?' seloroh Anisah dalam hati."Semalam tu siapa?" tanya Anisah mengubah topik perbualan. Zikri mengerut dahi."Semalam?" dia masih tidak faham."Maksud saya, tiga orang kawan awak, tu?""Ooo.. diorang tu family saya.." jawab Zikri tanpa ada rasa hairan.Anisah terkejut. "Jadi lelaki tu abang kandung awak?"Zikri terdiam. Dia menggaru kepala."Kenapa awak tanya?" dia mengangkat kening untuk mendapatkan kepastian."Err.. takde apa-apa.." jawab Anisah gugup. 'Hish! Payahnya aku nak tanya pasal Amsyar..'rungutnya dalam hati.Tiba-tiba Zikri ketawa. "Awak suka dengan abang saya, ke? Yela.. abang saya tu handsome.." gurau Zikri.Anisah menggelengkan kepalanya. "Tak.. err.. saya nak tahu, je..""Dia bakal abang ipar saya.. Namanya Zarif.." jelas Zikri.'Abang ipar?' hati Anisah tiba-tiba sebak."Awak cakap nama dia siapa?""Zarif.." Zikri tersengih.'Jadi dia bukan Amsyar?' Anisah berteka-teki mencari jawapan. Dia mengeluh. Dia salah orang lagi. Wajah mereka betul-betul seiras."Yang dua orang lagi?" Anisah sengaja menukar topik lain. Tidak sanggup untuk bertanyakan tentang lelaki yang seiras wajah arwah suaminya."Yang dua orang tu kakak dengan adik saya. Kami tiga orang adikberadik je. Awak jangan risau.. saya masih single. Hehehe..." gurau Zikri lagi. Anisah tersenyum. Lelaki di hadapannya ini memang suka bergurau."Awak?" tanya Zikri apabila melihat Anisah hanya diam membisu. Nak tahu juga latar belakang perempuan cun di hadapannya ini."Saya kakak sulung.. ada adik 5 orang bawah saya" jawab Anisah."Oic.. awak dah kahwin?" tiba-tiba soalan itu membuatkan Anisah mengangkat muka. Matanya memandang ke arah Zikri yang dari tadi asyik tersengih. Satu soalan maut baginya."Saya dah kahwin.." jawab Anisah. Tidak perlu untuknya menyembunyikan statusnya kepada lelaki yang baru dikenali. Senyuman Zikri hilang secara tiba-tiba. Dia betul-betul tidak menyangka. "Tetapi suami saya dah meninggal dunia.." sambung Anisah lagi."Oo.." pendek sahaja jawapan dari Zikri. Dia tak tahu nak tanya apa. Gadis di hadapannya adalah janda rupanya. Tapi.. sumpah, gadis itu nampak masih muda dan seperti anak dara. Hish! Zaman sekarang zaman IT. Dengan wujudnya bermacam-macam jenis perubatan moden dan tradisional yang semakin berkembang, segalanya tak mustahil. Sedangkan ada orang yang dah ada anak 5 pun masih bergetah lagi."Err.. maafkan saya, boleh saya tahu sebab apa arwah suami awak meninggal?" tanya dia lagi."Kemalangan jalan raya..""Bila?""Setahun yang lalu..." Zikri melihat air mata gadis itu bertakung di kelopak matanya. Dia rasa serba salah."Awak sayangkan arwah suami

awak?""Isteri mana yang tak sayangkan suaminya?" Zikri terdiam lagi.*******************"Zik? Termenung nampak? Tak seronok ke jumpa kekasih hati tadi?" gurau Zarif apabila melihat Zikri termenung seorang diri di luar rumah..Zikri ketawa. "Takde apa-apa la, bang.." Dia memberi ruang untuk Zarif duduk di sebelahnya."So, how was your date?" tanya Zarif."Ok, je..""Ok, je? Lain macam je abang dengar?"Zikri mengeluh. "Entah la, bang. Zikri ingat Zikri dah jumpa seorang perempuan yang boleh membahagiakan hidup Zik lepas ni.. Rupa-rupanya tidak..""Maksud Zik?" dia tidak memahami.."Dia janda.." jawab Zikri. Zarif terdiam. "Suaminya baru meninggal setahun yang lalu..""Salah ke dia berstatus janda bagi Zik?" Zarif mengangkat kening. Zikri mendengus."Zik tak kisah! Tapi.. Zik rasa janggal..""Zik.. kau dengan dia baru je kenal. Maybe kau tak boleh nak sesuaikan diri dengan keadaan buat masa ni. Benda ni kena ambil masa. Kalau dah sayang, semua tu boleh ditolak ke tepi, kan?"Zikri hanya mengangguk. Betul apa yang dikatakan oleh Zarif. Cinta itu buta. Cinta tak mengenal darjat atau status.******************Anisah mengeluh. Sudah dicuba berulang kali untuk menghidupkan enjin keretanya namun masih lagi bermasalah. Azrin yang ketika itu ingin menapak ke keretanya menyedari masalah yang dihadapi oleh Anisah. Anisah keluar dari kereta dan membuka bonet enjin. Azrin mendekatinya."Ada masalah ke, Nisa?" tanya Azrin."A'ah.. dari tadi tak boleh start. Entah apa problem dia.." jawab Anisah. Matanya melilau ke arah enjin di hadapan mata. Tak tahu puncanya dari mana. Dia bukan tahu babbab enjin ni."Biar Rin tengok?" Azrin mempelawakan diri untuk melihat masalah enjin kereta Anisah. Anisah hanya membiarkan sahaja. Azrin nampak sibuk meneliti dan membelek enjin keretanya."Apa masalah dia, Rin?""Hmm.. Rin tengok enjin ok takde masalah. Maybe bateri kong, kot? Rin tak bawak jumper, kalau tak boleh Rin charge guna bateri kereta Rin, je""So nak buat macam mana?""Kita hantar workshop la.. Tak silap Rin kat sini ada satu workshop.." usul Azrin. "Nisa tunggu sini.. Rin pergi panggil mekanik tu, ye?" Anisah hanya mengangguk."Thanks, Rin.." ucap dia. Nasib baik ada Azrin. Lelaki tu dah banyak berkorban untuk dia. Entah kenapa hati dia tetap menunggu Amsyar.***********************Selang beberapa minit kemudian, Azrin datang dengan membawa seorang mekanik. Anisah yang menunggu di dalam kereta seraya bangun dari tempat duduknya.."I rasa bateri, kot? You cuba tengok dulu, la.." kata Azrin kepada mekanik tersebut. Anisah hanya memandang sahaja. Dia terkejut. Lelaki itu..Lelaki itu hanya tersenyum memandang Anisah, kemudian dia segera ke arah enjin keretanya. Matanya melilau mencari punca."Yup! Memang bateri.. Minyak hitam pun nak kena tukar ni. Dah berapa lama cik tak servis kereta?" tanya dia. Anisah kaku."Err.. hampir setahun lebih.." jawab Anisah."Lama, tu.. Cik kena selalu servis kereta. Takut nanti boleh rosak enjin" tegur mekanik tersebut. Anisah mengangguk. Bukan dia tak nak servis, dia busy dengan kerjanya."So macam mana?" Azrin mencelah."Boleh saya pinjam bateri kereta, encik? Sebab bateri dia kena charge dulu baru boleh bergerak. Kereta ni kena hantar workshop sebab I kena check yang lain juga.."jelas dia."Of course. Sure.." jawab Azrin. Mereka berdua agak busy. Susah payah Azrin membantunya. Dan.. lelaki itu memang sebijik muka Amsyar. Suaranya.. Ya Allah, betulkah itu Amsyar? Atau pelanduk dua serupa? Tapi, kenapa pipinya

berparut?Anisah hanya memandang side mirror. Dia menumpang Azrin ke workshop. Manakala keretanya dipandu oleh lelaki itu. Dia mengeluh.'Kalau betul itu Amsyar, tentu dia kenal aku!' bisik hatinya.Sepuluh minit berada di workshop, lelaki itu berjumpa mereka."Err.. kereta cik kena tinggal dekat sini dulu sebab dah petang. Esok cik boleh ambil, macam mana?""Tak boleh siap hari ni, ke?""Tak boleh, cik sebab banyak kereta yang nak kena baiki" lelaki itu tersenyum menjawab. Anisah mengeluh."Takpe, esok Rin ambil Nisa dekat rumah.." usul Azrin. Anisah mengangguk."Err.. this is my card.. Kalau ada apa-apa, just contact my number la" lelaki itu menghulurkan kadnya kepada mereka berdua.Anisah membelek kad tersebut. 'Muhammad Zarif'. Sekali lagi dia mengeluh. Dia mengalah akhirnya.'Amsyar memang dah tiada. Dia memang dah mati.. Aku je yang tak boleh menerima kenyataan bahawa jodohku bukan dengan Amsyar'."By the way, nama cik apa?" tanya dia."Nisa.." jawab Anisah pendek. Zarif terdiam. Dia macam pernah dengar nama itu tapi dimana? 14 BAB 14Esoknya, Anisah segera ke workshop apabila Zarif menelefonnya pagi tadi mengatakan bahawa keretanya telah siap. Dia hanya menaiki teksi. Walaupun Azrin mempelawakan diri tetapi dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Lagi satu, ada sesuatu yang perlu dilakukan.Semalam dia bermimpikan Amsyar. Dalam mimpinya, mereka bertemu semula dan sungguh bahagia sekali. Namun tiba-tiba datang seorang perempuan membawa Amsyar pergi. Dia terkapai-kapai. Memanggil nama Amsyar berkali-kali namun lelaki itu langsung tidak mengendahkan panggilannya. Amsyar semakin jauh.. Pergi jauh dari hidupnya."Kereta cik dah siap.. Ini kuncinya.." ujar Zarif lalu memberikan kunci kereta kepada Anisah. Anisah mengambil kunci tersebut. Dia tersenyum."Apa yang rosak?" tanya dia."Takde apa yang rosak, cuma bateri kong je. Saya dah charge kan. And then tukar minyak hitam dan tambah air bateri. Itu sahaja" jawab dia."Ooo.. thanks.." "Kejap ye, saya nak ambil bil." Dia segera masuk ke dalam ofis. Selang beberapa minit kemudian, dia keluar dengan membawa slip bayaran."Ini bilnya.." dia menghulurkan bil tersebut kepada Anisah. Anisah hanya mengangguk apabila melihat jumlah bayaran. Dia segera mengeluarkan not RM50 lalu diberikan kepada Zarif.Zarif kembali semula ke ofis untuk mengambil baki bayaran. Setelah selesai membuat bayaran, Anisah gugup untuk berkatakata. Dia perlu bersemuka dengan Zarif tetapi dia takut. Matanya hanya melihat Zarif yang sibuk membaiki kenderaan yang lain. Mukanya comot dengan kesan minyak dan kotoran.'Amsyar seorang yang pembersih. Dia pandai menjaga kecantikan dirinya.. Amsyar di hadapan aku bukan Amsyar yang aku kenali dulu..' bisiknya dalam hati. "Err.. Encik Zarif?.." dia masih lagi gugup."Ya, cik Nisa? Ada yang tak kena, ke?""Boleh kita berbual, kejap?" pinta dia. Zarif hanya terdiam.**********************Mereka minum bersama di kedai berhampiran. "Err.. apa yang Cik Nisa nak bualkan dengan saya?" tanya Zarif mengerut dahi. Anisah hanya tersenyum."Panggil aje Nisa" pinta Anisah. Zarif hanya mengangguk. "Err.. Zikri tu bakal adik ipar awak, ke?" Anisah menyambung perbualan. Zarif terkejut. Kemudian dia ketawa semula."I got it! So, you are that girl! Macam mana saya boleh lupa. Patut la saya macam pernah lihat muka awak.." Zarif kembali ketawa.

Anisah terpinga-pinga. "Awak nak jumpa saya ni sebab nak tanyakan pasal Zikri, ye? Apa yang awak nak tahu?"Anisah menggelengkan kepala. Bukan itu maksudnya. Tak pernah terfikir pun untuknya bertanyakan soal itu. Zarif sekali lagi mengerut dahi."Habis sebab apa?" tanya dia. Apa yang gadis ini nak?"Sebab..""Zikri tu baik budaknya. Walaupun dia tu nampak macam gatal sikit tapi dia memang baik. Jarang dia nak serius dengan perempuan sebelum ni. Bila jumpa awak, dia betul-betul nak kenal sangat dengan awak. Saya rasa dia betulbetul serius kali ni. Awak bagi la dia peluang" Zarif memotong dengan panjang lebar.Anisah diam. Dia tak peduli tentang Zikri. Hati dia bukan untuk lelaki itu. Memang dia tahu Zikri sukakan dia. Semalam pun Zikri ada mesej dia bertanyakan khabar namun tidak terdetik dalam hatinya untuk membalas. Dibiarkan sahaja mesej itu. Bila Zikri telefon, dia buat-buat tidak dengar. Malas untuknya menjawab panggilan tersebut."Awak masih terkenangkan arwah suami awak, ke?" kali ini Anisah betul-betul terkejut. Macam mana Zarif boleh tahu?"Err.. mana awak tahu?" tanya dia.Zarif tersenyum. "Zikri ada cerita pasal tu pada saya sebelum ni. Awak kena tabah. Ini semua dugaan hidup. Lagipun patah tumbuh hilang berganti. Jangan kerana masa silam membuatkan awak tutup pintu hati awak untuk lelaki lain" Zarif berceramah. Lagaknya seperti seorang kaunselor pulak."Awak tak faham..""Apa yang saya tak faham?""Kalau hati saya yakin suami saya masih hidup, saya takkan jadi macam ni.." kata-kata itu membuatkan Zarif terdiam. Dia tidak faham. Sungguh dia tidak sangka, begitu setia gadis di hadapannya menanti suaminya."Kenapa awak cakap macam tu? Awak kata suami awak dah meninggal"'Suami aku tak meninggal. Aku yakin suamiku ada di hadapanku kini.. Mustahil wujud pelanduk dua serupa. Kalau ada iras-iras tu aku boleh terima. Ataupun kembar. Tapi Amsyar anak tunggal. Takde adik-beradik', bisiknya dalam hati. "Suami saya memang kemalangan jalan raya. Tapi mayatnya tidak ditemui. Hanya dijumpai kereta yang telah rentung. Sejak tu, saya berusaha mencari suami saya.." jelas Anisah membuatkan Zarif mengangguk faham."Awak tahu dimana suami awak sekarang?" tanya Zarif."Tahu..""Dimana?""Dia ada di hadapan saya sekarang.." jawab Anisah tenang. Zarif terkejut. Dia tak faham."Apa maksud awak?" tanya dia lagi tidak puas hati. Anisah tersenyum. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. Sekeping gambar perkahwinan mereka dihulurkan kepada Zarif. Zarif mengambil gambar itu. Sungguh! Dia benar-benar terkejut. Lelaki di dalam gambar itu adalah dia."Maafkan saya. Wajah awak seiras suami saya.. Sebab itu saya inginkan kepastian dari awak. Adakah awak Amsyar, suami yang saya tunggutunggu sebelum ini?" tiada lagi rasa gugup di hati Anisah. Dia tekad untuk mengetahui perkara sebenar. Jantung Zarif berdebar-debar. Benarkah gadis di hadapannya ini adalah isterinya? Dia memegang kepalanya. Tiba-tiba sakit kepalanya menyerang. "Arrgghh..." jerit dia. Anisah bangun."Zarif, awak tak apaapa?" dia kalut. Kepala Zarif dirasakan ingin pecah. Dia mengerang kesakitan. Anisah menjadi semakin gelisah. Segera dia meminta pertolongan orang sekeliling. Sejenak kemudian, Zarif terbaring tidak sedarkan diri..*******************Zarif membuka matanya. Bau ubat menusuk ke hidung. Apabila dilihat sekeliling, kelihatan Melisa, Zikri, Mia dan bakal ayah mertuanya sedang memerhati ke arahnya."Abang dah sedar.." ujar Melisa gembira."Kat

mana abang, ni?" dia bertanya. Dia cuba untuk bangun."Kau jangan bergerak, Rif. Doktor suruh kau berehat.." nasihat Encik Hashim, bakal ayah mertuanya."Saya kat mana, pakcik?" tanya dia."Kau dekat hospital. Tadi sakit kepala kau datang menyerang.." jawab Encik Hashim. Zarif melepaskan keluhan. Apa yang berlaku tadi? Dia cuba untuk ingat tapi setiap kali dipaksa, kepalanya dirasakan sakit yang teramat sangat."Abang jangan fikir banyak sangat.. abang rehat dulu, ye?" pinta Melisa pula. Zarif hanya mengangguk.Zikri diam. Dia segera keluar dari bilik itu. Di luar, Anisah sedang setia menunggu. Ketika dia melihat Zikri keluar dari bilik Zarif, dia segera bangun."Macam mana Zarif?" tanya dia risau."Dia dah sedar" jawab Zikri. Anisah melepaskan nafas lega."Syukur alhamdulillah." ucap dia."Kenapa awak ada bersama dengan Abang Zarif?" tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari mulut Zikri. Anisah mengetap bibir."Awak cuba nak rampas dia dari kami, ke?" tanya dia lagi.Anisah menggelengkan kepala. "Tak.. saya.." suaranya seolah-olah tersekat."Kalau awak tak suka dengan saya, awak cakap.. Saya tak kisah. Tapi tolong jangan cuba nak mengorat bakal abang ipar saya. Dia tunang kakak saya!" marah Zikri. Anisah menggelengkan kepala.'Apa yang dia merepekkan, ni?' bisik hati Anisah. "Baik awak pulang la! Tak payah tunggu dekat sini! Abang saya tu dah sihat.." halau dia."Zikri, berikan saya kesempatan untuk jelaskan.." pinta dia."Kesempatan apa? Patutlah hari tu awak beria-ia tanya pasal dia. Ruparupanya awak ada hati?" tuduh Zikri lagi."Zikri, saya cuma nak tahu siapa dia yang sebenar.. Itu aje..""Sakit kepala Abang Zarif takkan menyerang kalau dia tak paksa dirinya ingat kenangan lamanya..!" bentak Zikri."Encik.. tolong perlahankan suara.. Ini hospital." tegur salah seorang jururawat di situ. Zikri mengeluh."Awak baliklah.." pinta dia."Zikri, saya takkan balik. Saya cuma nak tahu siapa Zarif yang sebenar..""Kenapa awak tanya macam tu?""Sebab hati saya kuat mengatakan yang Zarif tu adalah suami saya.." Zikri terkejut. Benarbenar terkejut. Jadi.."Suami awak tu adalah abang Zarif?""Saya tak tahu.. Tapi wajahnya seiras. Sebab itu saya ingin dapatkan kepastian..""Awak salah orang..." tiba-tiba Melisa menjawab. Masing-masing berpandangan. Melisa mendekati mereka."Zarif bukan suami awak!" bohong dia. Anisah terpaku. "Dia tunang saya.. Awak betul-betul salah orang.." matanya tajam memandang Anisah."Tapi..""Kami kenal Zarif sejak kecil.. Kami berkawan rapat sejak dibangku sekolah.. Walaupun dia seiras wajah suami awak, tapi realitinya dia bukan suami awak!" tegas Melisa. Anisah tersenyum."Maafkan saya. Saya salah faham.." ujar Anisah. "Kirimkan salam saya pada dia.. Saya minta maaf.." Anisah segera meninggalkan mereka berdua."Akak..""Diam, Zikri..!" potong Melisa."Tapi abang Zarif tu.." belum sempat dia menghabiskan kata-kata Melisa memandang tajam ke arahnya."Zarif takkan kembali pada dia. Zarif milik akak!!" tegas dia lagi. Melisa meninggalkan Zikri terpinga-pinga dan masuk semula ke dalam bilik. Zikri terdiam. Dia tidak tahu nak buat apa-apa. Dia serba salah..************************** 15 BAB 15Dua bulan berlalu, Anisah masih meneruskan kehidupannya sejak peristiwa hari itu. Sehingga kini Anisah tetap yakin bahawa lelaki yang dikenali

sebagai Zarif itu betul-betul suaminya. Setiap hari, ketika lunch mahupun balik dari kerja.. dia sering ke workshop Zarif untuk melihat lelaki itu. Walaupun dari jauh namun itu sudah memadai baginya.Dalam hatinya, dia rindukan Amsyar namun dia tidak berdaya untuk merampas Amsyar dari keluarga itu.'Abang, Nisa tahu abang bahagia dengan mereka. Tidak sampai hati Nisa untuk merampas abang dari mereka..' rintih hatinya. Paling dia sedih apabila melihat pengorbanan Melisa menghantar makanan ke workshop untuk Zarif setiap hari. Begitu sayang Melisa padanya. Setiap kali melihat kemesraan mereka, dia cemburu. Namun, apa daya dia..'Sepanjang hidup Amsyar, tidak pernah sekalipun lelaki itu menyebut perkataan sayang pada aku. Amsyar tidak pernah menyintai dan menyayangi aku. Bila aku melihat kemesraan mereka baru aku tahu siapa yang disayangi Amsyar. Abang.. Nisa gembira tengok abang gembira. Nisa bahagia tengok abang bahagia. Andai abang telah sembuh, Nisa rela lepaskan abang kerana Nisa yakin gadis itu mampu untuk menjaga abang..' bisik hatinya lagi. Anisah mengesat air mata dari mengalir. Dia menukar gear lantas kereta berlalu meninggalkan workshop itu.******************Pada malam itu, Zarif mengajak Melisa dinner bersama di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur sempena ulangtahun perkenalan mereka. Melisa sungguh anggun sekali dengan blouse pink dan jeans biru manakala Amsyar hanya berkemeja kuning dan seluar slack hitam."Abang harap Mel suka dengan makan malam ni.." beritahu Zarif. Melisa hanya tersenyum sambil mengunyah makanan di dalam mulut dengan perlahan. "Mel tak kisah, bang. Cuma Mel harap abang jangan la membazir. Kita kena simpan duit untuk perkahwinan kita nanti." pinta Melisa membuatkan Zarif ketawa."Jangan risau sayang.. Duit tu abang akan pastikan cukup sebelum sampai waktunya.. Hehehe.." seloroh Zarif. Melisa tersenyum lagi.Tibatiba.."Amsyar!?" mata masing-masing memandang ke arah gadis yang terpingapinga memandang Zarif. Mereka mengerut dahi."You Amsyar, right? Thank God! You still alive!?" jerit gadis itu. Melisa terdiam dan kehairanan. Gadis itu mendekati mereka."You Amsyar, kan? You tak kenal I, ke?" tanya dia lagi.Zarif hanya tersengih. "Err.. cik salah orang. Saya bukan..""You masih hidup lagi, Amsyar? I'm shocked!" gadis itu kegembiraan. Zarif masih lagi terpinga-pinga. Melisa tidak senang buntut. Dia risau akan sesuatu. Risau sekiranya rahsia mengenai latar belakang lelaki itu akan terbongkar."I Irina. You don't remember, me? Irina.. your ex-girlfriend!" jawab Irina. Dia betul-betul gembira. Rupa-rupanya lelaki itu masih hidup. Sehingga sekarang dia masih rasa serba salah. Sejak kematian Amsyar, dia malu untuk bersemuka dengan keluarga Amsyar terutama sekali Anisah. Dia menyalahkan dirinya di atas kematian lelaki itu. Namun malam ini membuatkan perasaannya kembali lega."I thought you have dead.."Zarif masih terpinga-pinga."You salah orang.. I Zarif.." jawab lelaki itu. Melisa bangun."Sorry, cik! You memang salah orang. Ini tunang saya..""But.. muka dia, seems like my ex-boy. His name is Amsyar"Zarif mengerut dahi. Amsyar?"Amsyar, you masih hidup. Kenapa you tak kenal, I? Kenapa you tunang dengan dia? Mana Anisah?""Anisah?" tanya Zarif. "Anisah.. your wife..!?" jawab gadis itu jujur.."Wife?" Zarif masih lagi bingung."Sorry, dia bukan Amsyar. Dia Zarif. Excuse me!!" Melisa menarik tangan Zarif meninggalkan Irina. Panggilan Irina tidak dipeduli. Dia risau.. risau sangat-sangat. Zarif semakin keliru.. Adakah

dia AMSYAR? ******************Malam itu Zarif hanya duduk merenung langit. Dia keliru. Amsyar.. Nama yang familiar.'Suami saya memang kemalangan jalan raya. Tapi mayatnya tidak ditemui. Hanya dijumpai kereta yang telah rentung. Sejak tu, saya berusaha mencari suami saya..''Awak tahu dimana suami awak sekarang?''Dia ada di hadapan saya sekarang..'Zarif memegang kepalanya. Sakit tiba-tiba menerpa..'You Amsyar, right? Thank God! You still alive!?'Adakah aku Amsyar?'I thought you have dead..'Aku dah mati? Persoalan itu bertimpatimpa dalam benak fikirannya. Dia memegang kepala..'Anisah.. your wife..!?'Isteri aku adalah Anisah?Amsyar teringat akan peristiwa di saat dia berjumpa dengan Anisah. Hari dia dimasukkan ke hospital. Ya! Itulah benda paling penting yang dia ingin ingat. Gambar itu.. gambar perkahwinan mereka.."Nisa.." akhirnya terluah nama itu dari bibirnya."Abang.. abang tak apa-apa?" tiba-tiba suara Melisa mematikan lamunannya. Dia menoleh. Melihat sahaja gadis itu tersenyum. "Mel dah buatkan air, mari minum.." ajak dia. Zarif hanya mengangguk. Namun dia masih lagi samar-samar.Kenapa dia tak ingat apa-apa? Zarif segera meninggalkan pertanyaan itu berlalu.*****************Sehingga sekarang Zikri masih dibelenggu rasa bersalah. Namun apabila melihat kemesraan kakaknya bersama Abang Zarif, dia tidak sampai hati. Dia tahu, kakaknya menyayangi lelaki itu sepenuh hati. Dulu kakaknya begitu anti dengan lelaki namun apabila bertemu dengan Zarif, perasaan itu hilang sedikit demi sedikit. Dia mengeluh.. Di sudut hatinya, dia simpati dengan Anisah. Gadis itu juga sudah lama menderita. Seorang isteri yang sungguh setia. Dia terharu. Jarang ada perempuan seperti itu di abad ini. Kalau adapun memang sukar untuk dicari. Begitu tulus hati Anisah menanti suami yang belum tentu akan kembali dalam hidupnya."Zik.." Zikri menoleh apabila Zarif memanggil namanya. "Esok tolong abang dekat workshop, Ah Meng ada meeting la. Dia minta kau bantu abang esok" pinta Zarif. Zikri hanya mengangguk. Alang-alang takde kerja ni itulah kerja sampingannya."Abang.." Zarif memandang Zikri."Yup?" tanya dia.."Err.. Zik tanya sesuatu abang jangan marah, ye?" Zarif mengerut dahi."Tanyalah, apa dia?""Abang pernah tak rasa yang abang ada isteri sebelum, ni?" soal Zikri membuatkan Zarif agak terkejut sedikit."Kenapa Zik tanya macam tu?""Takde la.. Zik cuma tanya.." "Entah la Zik. Abang masih-masih samar-samar lagi dengan kisah silam abang.. Tapi hati abang merasakan yang abang ada isteri.." jawab Zarif jujur. Zikri mengetap bibir."Kalau abang tahu abang ada isteri.. abang akan tinggalkan Kak Mel?"Zarif tersenyum lagi. "Cinta dan sayang abang sekarang hanya untuk Melisa, Zik..""Then, bagaimana dengan isteri abang?" Zarif diam."Tentunya dia sudah kahwin lain...""Kalau tak?" Zarif diam lagi."Kalau tak.. abang~""Abang!" mereka berdua terkejut. Melisa hanya memandang mereka dengan pandangan tajam. "Ada call.." Zarif mengangguk lalu segera berlari masuk ke dalam rumah. Melisa mendekati Zikri."Kau cakap apa dengan Abang Zarif tadi?""Takde apa-apa.." Zikri gugup."Akak tak mahu Zikri sebut pasal masa silam dia!""Kenapa tak boleh? Abang Zarif perlu tahu..""Bukan sekarang..""Kalau bukan sekarang, bila!?""Biar masa yang tentukan.." "Satu hari nanti Abang Zarif akan tahu jugak!""Kalau Zik beritahu dia, akak akan mati!" Zikri terdiam. Sungguh? Dia memandang kakaknya. Mata gadis itu berair.."Apa yang akak merepek, ni!? Ingat Tuhan, akak!" tegur Zikri."Akak tak

sanggup kehilangan dia.. Kalau dia pergi dari hidup akak, akak akan mati.. Kau ingat, tu!" Melisa mengesat air matanya lalu dia meninggalkan Zikri sendirian. Zikri mengetap bibir.. Sampai begitu sekali cinta Kak Mel pada Abang Zarif?*******************Anisah membuka pintu untuk melihat siapakah gerangan yang menekan loceng rumahnya. Dia memanjangkan kepalanya melihat ke luar. Segera dia mencapai selipar dan bergerak ke pintu pagar.Gadis di hadapannya tersenyum.."You Anisah, kan?" tanya gadis itu. Anisah mengerut dahi."Ya, saya..""Saya Irina..""Irina?" ************************ 16 BAB 16"Jadi.. you la gadis yang pernah bertakhta di hati Amsyar dulu?" tanya Anisah tenang. Irina mengangguk."I'm so sorry. I know I am so selfish. I rasa bersalah.. I betul-betul minta maaf" pinta Irina. Anisah hanya tersenyum. Tidak ada gunanya dia harus menyalahkan gadis itu. Benda sudah jadi. Lagipun itu semua ketentuan Tuhan. Sudah takdir benda itu akan berlaku. Gadis di hadapannya tidak bersalah. Cinta itu buta. Setiap orang akan rasa mereka berhak untuk cinta itu walaupun mereka tahu buruk dan padah yang bakal menimpa. Cinta buat semua orang lalai dan taksub. Cinta juga yang mampu memberikan kebahagiaan."Anisah, trust me. I yakin Amsyar really loves you"Anisah terkejut. Dia sayangkan aku?"I still remember the day when I force him to marry me. I also want him to divorce you since he told me that he loves you not. I see it's hard for him to make decision. And from that time, I knew that he begins to love you.""And the most important thing I want to tell you.. Amsyar is still alive!" tambah dia lagi. Anisah senyum sahaja. Dia tahu Amsyar masih hidup."Saya tahu..""You knew it?" Anisah mengangguk."But last night I saw him with....""Another girl, right?"Irina mengangguk."That's his fiancee..""What do you mean?""Amsyar masih hidup tapi dia hilang ingatan.. Dalam setahun ni, dia bertunang dengan gadis itu.""Oh my God! Then what should you do?""Tak tahu?" Anisah mengangkat bahu."Kalau I jadi you, I akan rampas Amsyar balik dari perempuan tu..""They deserve to get that happiness..""Then how about you? You also deserve it because you are his wife!""I can't""Don't pretend to be an angle, Anisah. I know you want Amsyar back, right?""I'm not pretending. I really cannot do that kind of stuff.""You terlampau berserah.. If you're not take an action, it won't be happen""I don't know what to do. I tengok Amsyar begitu gembira dengan gadis tu. Selama dia bersama I, jarang nak tengok dia sebahagia itu.. So I memang tak layak untuk Amsyar.""Itu sebab Amsyar belum kenal siapa diri dia. You kena berusaha untuk bantu dia ingat semula. Then after that, biar dia yang pilih siapa yang dia sayang..""Of course not me.. It's been one year ago..""You tak try you takkan tahu.. Please.. I'm begging you.."Anisah hanya diam. Kemudian dia mengangguk setuju.*****************Zarif sibuk membaiki kereta. Dia sudah berjanji untuk menyiapkan kereta itu hari ini. Melisa datang sambil membawa satu plastik bekalan untuk Zarif. Mereka perlu berjimat untuk menyimpan duit perkahwinan."Wah.. abang begitu bersemangat, ye?" Zarif hanya tersengih. Zikri yang juga berada di situ mengalih."Akak masak apa hari ni, kak? Lapar, la!" seloroh Zikri."Makanan kesukaan Abang Zarif, la. Asam pedas ikan tenggiri. Hehehe..""Wah.. dengar pun dah terliur" sahut Zarif. Mereka

ketawa."Dah, berhenti la buat kerja tu. Mari kita makan.." ajak Melisa. Zikri dan Zarif seraya membasuh tangan di sinki dan bergerak ke pantry.***********************Mereka sibuk berbual-bual sambil menghayati masakan Melisa. Tiba-tiba.."Assalamualaikum.." sapa seseorang.. Mata mereka memandang tepat ke arah Anisah dan Irina yang berdiri kaku di luar pantry.Zikri dan Zarif bangun dari duduk. Melisa mengerut dahi.Anisah mendekati mereka dan tersenyum."Maaf mengganggu. Boleh saya jumpa dengan Encik Zarif?" pinta Anisah."Kau nak apa lagi? Tak sudah-sudah nak mengganggu hidup kitorang!?" bentak Melisa membuatkan Anisah kecut perut. "Kitorang nak jumpa Zarif, salah ke?" sampuk Irina sambil mencekak pinggang. Melisa mengetap bibir. Geram betul dengan tetamu tak diundang yang sorang ni. Zikri pula cuba mententeramkan kakaknya. Kalau tak dihalang, boleh jadi perang besar nanti."Awak nak jumpa saya kenapa?" tanya Zarif keliru. Dia tahu Melisa cemburu. Sebab itu dia cuba berhati-hati."Saya ada sesuatu nak beritahu awak.." jelas Anisah lagi. Dia membuat muka simpati."Abang pergi la, bang. Tentu ada benda penting yang perlu Nisa cakapkan.." ujar Zikri."Zikri~!!?" sungguh tak disangka sanggup Zikri melepaskan Zarif begitu sahaja. Dia cuba menghampiri Zarif namun dihalang oleh Zikri.Zarif mengekori mereka ke luar."Ada apa awak nak jumpa saya?" tanya dia. Anisah memandang ke arah Irina. Gadis itu mengangguk memberi keizinan."Abang tak kenal Nisa lagi, ke?"Zarif hanya diam membisu. Dia rasa dia kenal gadis di hadapannya. Tapi.. kenapa hatinya seolaholah tidak gembira? Kenapa dia tidak teruja bila berhadapan dengan gadis itu?"Nisa dah lama tunggu abang. Nisa rindukan abang. Mari kita pulang?" rayu Anisah. Zarif mengetap bibir. Sekilas dia berpaling ke arah Irina."Amsyar, this is your wife.. Anisah. Did you still remember it?" tanya Irina pula. Zarif menggeleng."Abang, kita pulang? Nisa akan bantu abang untuk ingat semula. Rumah tu kosong tanpa abang.." rayu Anisah lagi. Irina hanya mengangguk setuju."Saya minta maaf. Walaupun saya masih belum ingat siapa diri saya tapi saya yakin awak isteri saya cuma..""Cuma apa?""Cuma saya perlukan masa. Buat masa ini.. saya takde hati nak pulang ke pangkuan awak..""Amsyar.. how dare you! Anisah dah tunggu you lama tau! Berani you cakap macam tu!!?" marah Irina. Anisah hanya memandang tepat ke mata Zarif."Betul ke abang sayangkan tunang abang, tu?" tanya Anisah inginkan kepastian. Zarif mengangguk."Baiklah. Nisa lepaskan abang..""Anisah!!?" Irina betul-betul terkejut. Zikri dan Melisa yang terdengar perbualan mereka juga terkejut.Anisah mengetap bibir. "Andai abang bahagia dengan dia. Nisa rela lepaskan abang.." jawab Anisah lagi. Irina menggelengkan kepala tidak setuju. "Betul?" tanya Zarif. Ada sinar gembira di wajahnya. Anisah hanya mengangguk perlahan walaupun dalam hatinya perit sangat. Takde gunanya memaksa pada yang tak sudi. Dari dulu lagi tiada perasaan cinta di hati Amsyar untuknya.'Aku pernah berjanji dengan diri aku.. andai Amsyar bahagia, aku turut bahagia. Jadi kalau ini jalan yang dipilih, aku terpaksa..' bisik hatinya sayu."Nisa kahwin la dengan lelaki lain. Maybe antara kita memang takde jodoh..""Amsyar! You have to try. You still don't know who are you.. Jangan ambil keputusan!""Kalau I ingat sekalipun, hati I tetap untuk Melisa.."Tiba-tiba satu tamparan hinggap di muka Zarif. Anisah terkejut. Berani Irina menampar lelaki itu. Zarif memegang pipinya yang

sakit."Cukup la you seksa dia. Kalau betul la you tak suka dengan Anisah.. better you ceraikan dia dari hari sebelum you kemalangan lagi!" perli dia. Lantas Irina menarik tangan Anisah meninggalkan Zarif yang terpinga-pinga."Nisa..." panggil Zarif. Tidak sedar dia cuba mengejar sehingga ke tengah jalan dan untuk sekali lagi dia..DUMMMM!Mata masing-masing memandang ke arah Zarif. Zarif terpelanting apabila dilanggar oleh kereta yang melalui jalan itu. Masing-masing kaku."Abaaaangggg...!!!" jerit Melisa dan Anisah."Amsyar????""Abang Zarif????" Mereka berlari mendapatkan Zarif yang mengerang kesakitan. Kakinya patah. Kepalanya berdarah. Kereta yang melanggarnya itu berhenti di tepi jalan. Pemandunya kelam-kabut keluar untuk memberi pertolongan. Mereka menggoyangkan badan Zarif namun lelaki itu hanya samar-samar melihat kemudiannya matanya tertutup rapat.************************Anisah tidak menyangka perkara ini akan terjadi. Dia rasa sungguh bersalah. Lampu wad kecemasan dipandang. Sudah hampir 2 jam berlalu namun Zarif masih lagi di dalam.'Ya Allah, andai kata nyawa Amsyar dalam bahaya, aku sedia menjadi penggantinya..' doa dia dalam hati. Dia tidak sanggup untuk menerima berita sedih untuk kali kedua. Biarlah dia yang mati asalkan Zarif dapat teruskan hidup. Dia perlu hidup. Begitu ramai yang sayangkan dia. Anisah memandang setiap muka di hadapannya. Melisa.. gadis itu dari tadi asyik menangis dan meratap. Zikri hanya tunduk diam. Irina juga menangis. Bapa mertua dan adik ipar Amsyar yang sorang lagi ni pun meratap kesedihan. 'Kalau aku beritahu mama dan papa mengenai Amsyar, tentu mereka akan bersedih juga..'Lima belas minit kemudian lampu terpadam. Masing-masing berdiri. Pintu wad kecemasan terbuka. Seorang doktor yang menutup separuh mukanya bergerak keluar. Mereka mendekati doktor tersebut."Bagaimana tuan doktor?" tanya bapa mertua Zarif.Doktor tersebut segera membuka mask tersebut. Dia tersenyum. "Alhamdulillah, dia selamat.." Masing-masing menarik nafas lega apabila mendengar berita tersebut. Orang yang paling gembira adalah Melisa. Anisah hanya tersenyum. Amsyar selamat akhirnya.******************Hampir setahun berlalu.. Amsyar membuka sliding door untuk mengambil angin pagi. Sengaja dia bangun lewat hari ni. Lepas solat Subuh, dia kembali tidur semula. Hari minggu merupakan hari paling bahagia. Dapat la juga dia melupakan kesibukan dan kerja yang melambak di ofis tu. Tuk! Tuk! Tuk!Amsyar menoleh.."Masuk.." arah dia. Pintu bilik dibuka."Abang.." gadis itu tersenyum ke arah Amsyar sambil menatang dulang sarapan paginya. 17 Melisa hanya tersenyum memandang Amsyar. Dulang di tangan diletakkan di meja sisi. "Mel dah sediakan makanan untuk abang. Abang dah mandi?" tanya dia.Amsyar mengeluh. "Belum.." jawab Amsyar. "Mel buat apa dekat sini?" tanya dia. Agak terkejut juga apabila melihat Melisa sudah tercegat di depan pintu biliknya pagi-pagi macam ni."Semalam Mel telefon abang. Tapi abang tak angkat. So Mel telefon rumah, mama abang kata abang ada dekat rumah hari ni. Hari ni kan hari minggu. Mel ingat nak ajak abang keluar." ujar Melisa beria-ia. Amsyar hanya diam sahaja. Tidak tahu untuk membalas apa. Walaupun Melisa tunangannya tapi.. "Mana mama dan papa?" tanya Amsyar mengubah

topik."Papa ada dekat bawah. Tonton tv.. Mama pula sibuk tolong orang gaji sediakan makan pagi.." jawab dia."Abang perlu mandi. Mel tunggu abang dekat bawah je la?" pinta Amsyar lantas mencapai tuala. Dia bergerak ke bilik mandi."Abang nak Mel sediakan baju untuk abang?" Melisa meminta keizinan. Tiada jawapan dari Amsyar. Lelaki itu buat tidak tahu lalu segera menutup pintu bilik air. Melisa mengeluh. Sudah setahun dia cuba mengambil hati Amsyar namun hati lelaki itu keras. 'Aku tahu kau dah tak cintakan aku, Zarif. Tapi aku akan tetap mencuba..' janjinya dalam hati. Melisa segera membuka almari pakaian Amsyar untuk diseterika. Baju yang dirasakan sesuai untuk aktiviti santai dikeluarkan. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah sekeping bingkai gambar di atas katil. Segera dia mencapai bingkai itu. Dia mengetap bibir. Gambar perkahwinan Amsyar dengan Anisah.'Lelaki ini tetap tidak boleh melupakan isterinya!' rungut dia dalam hati. Kemudian dia melemparkan bingkai gambar itu ke katil semula. Hatinya panas. Baju yang dipegang segera dibawa ke bilik sebelah untuk diseterika.******************Setiap butiran air dari shower membasahi wajah dan tubuh Amsyar. Lelaki itu menutup matanya dan menghayati kesejukan air yang mengalir. Sungguh! Dia rindukan Anisah. Sudah hampir setahun mereka berpisah. Bukan.. dua tahun lamanya. Di saat dia hilang ingatan dan sehingga dia pulih semula.'Kenapa dugaan ini berterusan?'Dia masih teringat di saat Anisah lari menghilangkan diri. Tidak sempat untuknya menatap wajah isteri yang dirindui. Baru dia sedar, pengorbanan Anisah terlalu berat untuknya. Dia terlalu mementingkan diri. Dia tidak sedar rupa-rupanya dia sudah lama menyayangi gadis itu. Cuma keegoan mengatasi segalanya. Dia tidak boleh terima bahawa dia telah mula menyayangi gadis yang pernah dihinanya dulu.Amsyar tidak tahu kenapa Anisah meninggalkannya di saat dia memerlukan gadis itu. Surat yang diterima dari Zikri betul-betul membuatkan hatinya sakit. Dia begitu kecewa. 'Abang, syukur alhamdulillah abang sihat akhirnya. Nisa orang yang paling gembira. Nisa tak tahu nak cakap apa untuk meluahkan perasaan ini. Semasa abang baca surat ni, Nisa dah pergi jauh abang. Nisa tahu tiada cinta dan sayang di hati abang untuk Nisa. Nisa tahu abang betul-betul menyayangi Melisa. Nisa janji Nisa takkan ganggu hidup abang lagi. Nisa rela abang berkahwin dengannya. Sayangilah dia sebaikbaiknya. Melisa gadis yang baik.. dia banyak berkorban untuk abang. Dan paling penting, abang dan dia saling menyayangi. Jangan risau akan Nisa. Nisa pandai jaga diri. Doakan semoga Nisa akan bertemu dengan seseorang yang betul-betul menyayangi Nisa. Sebelum Nisa mengakhiri surat ini.. ada perkara yang ingin Nisa beritahu abang.. TERIMA KASIH kerana memberi peluang untuk Nisa menjadi isteri abang. TERIMA KASIH kerana membenarkan Nisa menyayangi abang. NISA SAYANG ABANG.. NISA RINDU ABANG.. RINDU SANGAT.. Maafkan Nisa. Berikan Nisa masa untuk fikirkan tentang penceraian kita. Nisa akan pulang satu hari nanti bila tiba masanya. Selamat pengantin baru, abang.. Doa Nisa semoga abang bahagia selamanya. Anisah.''Kenapa Nisa seksa abang, sayang? Adakah sudah terlambat untuk abang ucapkan sayang pada Nisa?' bisik hatinya sedih.*******************Melisa masih lagi mengetap bibir. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia mengoyak gambar itu. Kerana dia, Zarif sudah tidak sayang pada aku. Kerana dia, aku terpaksa menagih cinta dengan Zarif

semula.'Sudah ku halau dia dalam hidup Zarif. Tapi kenapa sehingga kini lelaki itu tidak boleh melupakan Anisah? Bagus sangat ke dia?' rungut dia lagi. Geram dan marah bertimpa-timpa.*******************Setahun yang lalu..Anisah gembira mendengar berita dari mulut doktor itu. Dia memeluk Irina kegembiraan. Gadis itu juga mengucapkan syukur. Tidak sabar untuknya menemui Amsyar. Sekilas, dia menaip mesej dan menghantar berita tersebut kepada mama dan papa Amsyar. Mereka perlu tahu bahawa Amsyar masih hidup.Anisah dan Irina bergerak laju mengekori keluarga Melisa ke wad yang disediakan untuk Amsyar. Sebaik semuanya masuk, Melisa menghalang Anisah dan Irina di hadapan pintu wad. Anisah terpinga-pinga."Hei, kenapa ni?" marah Irina. Anisah mengerut dahi."Aku tak nak korang masuk berjumpa Zarif.." pintanya serius."Helo, dia tu suami Anisah tahu, tak!?" perli Irina."Aku peduli apa dia laki siapa pun. Yang aku tahu, aku tak mahu Zarif diganggu..""Awak takde hak untuk halang kami, Melisa.." ujar Anisah tiba-tiba. Mukanya juga serius."Aku ada hak sebab aku tunang dia..""Dia lebih berhak sebab dia isteri Amsyar!" bentak Irina geram. Perempuan di hadapan mereka lebih kuah dari nasi."Dia bukan Amsyar, dia Zarif!" Melisa cuba memutar-belitkan keadaan."Kenapa awak tak benarkan kami berjumpa Amsyar?" Anisah tidak puas hati."Aku merayu dengan kau, Nisa. Aku betul-betul sayangkan Zarif. Dan Zarif juga sayangkan aku.Aku tak boleh hidup tanpa dia. Berilah kami peluang untuk mengecapi bahagia bersama. Kau anggap sahaja yang suami kau sudah mati setahun yang lalu. Dan lelaki yang di dalam tu bukan suami kau lagi.." rayu Melisa. Matanya berair. Anisah kaku. Dia mengetap bibir. Sungguh! Dia sendiri pun tidak tahu nak buat apa."Kami peduli apa!? Benarkan kami masuk!" marah Irina lalu cuba menolak Melisa ke tepi tetapi gadis itu begitu kuat menghalang. Irina mendengus. Berkali-kali dicuba sehinggalah Anisah pula menghalang. Irina terkejut."Nisa, you nak biarkan Amsyar begitu sahaja?" Irina tidak puas hati. Begitu lembut hati perempuan ini.."I pun tak tahu samada Amsyar sayangkan I atau tidak. Betul cakap dia, Amsyar menyayangi dia. Sebelum Amsyar kemalangan, I nampak sinar kegembiraan di wajah Amsyar bila I ingin lepaskan dia." ujar Anisah kepada Irina. Irina menggelengkan kepala."Nisa, itu Zarif! But now, lelaki yang terbaring di dalam tu adalah Amsyar!!"Anisah senyum. "Tolonglah, Nisa. Kau sendiri tahu yang Zarif menyayangi aku seorang.. Berilah kesempatan kepada kami.." rayu Melisa lagi. Anisah masih tersenyum. Dia angguk akhirnya. Irina ternganga tidak percaya. Gila apa Anisah, ni?Anisah menarik tangan Irina meninggalkan bilik itu. Irina masih tidak puas hati dengan keputusan yang diberikan oleh Anisah. Mereka semakin jauh. Melisa hanya tersenyum sinis. Dia kembali masuk ke dalam bilik.Zikri menoleh apabila terdengar pintu ditutup."Mana Anisah?" tanya dia."Entah? Akak tak tahu.." bohong Melisa."Akak ke mana tadi?" Zikri mengerut dahi."Akak pergi tandas tadi.." bohong dia lagi. Zikri hanya mengangguk sahaja.**********************Malam itu Anisah tekad mengambil keputusan. Petang tadi Irina begitu marah sekali dengannya. Tidak tahu kenapa perlu dia mengalah. Dia lebih berhak dari Melisa tapi..'Amsyar tak sayang aku.. Aku kahwin dengannya pun sebab wasiat.. kahwin paksa. Sekarang, dia dah jumpa cinta sejatinya. Melisa lebih berhak..'Dia menulis sesuatu di atas meja tulisnya. Sekilas, dikalih pandangannya ke arah beg pakaian di tepi almari. Tanpa dapat

ditahan, air mata mengalir ke pipi. Begitu sukar untuk membuat keputusan namun demi kebahagiaan Amsyar dia perlu menarik diri.'Maafkan Nisa, abang..', rintihnya dalam hati. Dia sebak. Adakah ini keputusan yang tepat baginya?********************Esoknya Anisah pergi ke hospital semula. Belum sempat dia menghampiri bilik Amsyar, kedengaran namanya dipanggil. Dia mengalih."Kau buat apa dekat sini?" tanya Melisa mengerut dahi."Saya nak jumpa Amsyar. Dia dah sedar?" pinta Anisah lembut. "Dah! Buat apa kau nak jumpa dia? Kan aku dah cakap jangan ganggu kitorang lagi.." jawab Melisa acuh tak acuh."Awak jangan risau. Saya tak akan ganggu cuma.." dia mengambil sesuatu dari dalam beg dompetnya lantas dihulurkan kepada Melisa. "Tolong berikan surat ini pada dia.."Melisa mengambil surat tersebut dari tangan Anisah. "Kirimkan salam saya pada dia.." pesan Anisah sebelum dia meninggalkan Melisa yang terpinga-pinga. Setelah gadis itu hilang dari pandangan, Melisa membelek surat di tangan. Dia mendengus lalu menghampiri tong sampah berdekatan. Dibuangnya surat itu tanpa dibaca terlebih dahulu. Kemudian dia segera ke bilik untuk bertemu dengan Amsyar. Mungkin lelaki itu sudah terjaga dari tidur..Zikri terdengar segalanya. Dia begitu geram dengan perangai kakaknya. Sungguh kejam hati seorang perempuan hanya kerana cinta! Dia menghampiri tong sampah lalu mengambil semula surat yang dibuang oleh Melisa. Dia perlu memberikan surat itu kepada Amsyar. Mesti!!****************** 18 BAB 18Anisah memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar. Sudah begitu lama dia meninggalkan rumah itu. Anak matanya memerhatikan segenap pelusuk sudut rumah tersebut. Tidak ada perubahan.. tetap seperti dahulu.'Sudah kahwinkah Am dengan Melisa?' tekanya dalam hati. Dia melangkah keluar dari kereta dan mendekati tembok batu. Tangannya menekan punat loceng di situ.Lima minit kemudian, seorang perempuan yang agak moden pemakaiannya menjenguk keluar. Reaksinya agak terkejut apabila melihat Anisah yang berdiri kaku di pintu pagar."Anis!?" tegur dia dengan suara yang agak lantang. "Mama.." balas Anisah senyum.Seketika kemudian, kelihatan Amsyar pula menjenguk keluar. Dia betul-betul terkejut. Langkah Amsyar laju mengatasi mamanya mendekati pintu pagar. Bibirnya bergetar menahan tangis. Sungguh, gadis di hadapannya adalah gadis yang dirindui selama ini.."Nisaa.." satu nama yang ingin disebut sejak dulu. Satu nama yang indah yang pernah membahagiakannya. Anisah hanya tersenyum memandang Amsyar. Pandangan mereka dihalang oleh jaringan besi pintu pagar."Sya.. kenapa tak buka pintu pagar, ni?" tegur mama membuatkan pandangan mereka terganggu seketika. Amsyar hanya tersengih sambil menggaru kepala. Mamanya segera membuka pintu pagar lalu membawa Anisah masuk ke dalam.*****************"Apaaa!!?? Cerai!?" ahli keluarga semua terkejut apabila Anisah memberitahu tujuannya ke rumah itu dan yang paling terkejut adalah Amsyar. Tak sangka, pertemuan kali ini betul-betul melukakan hatinya."Jangan buat keputusan terburu-buru, Anis.." pujuk Datin Faridah."Keputusan Anis muktamad, ma. Setahun Anis fikirkan.." jawab Anisah tenang. "Anis.. Anis tak sayangkan mama dan papa, ke? Kalau Amsyar tidak sayang akan Anis, tapi kami masih sayangkan Anis.." balas Datuk

Azhari pula disamping memerli anak lelakinya. Sungguh! Itu bukan yang dia mahukan. Anak lelakinya mewarisi semua perangainya namun dari segi ini, dia memang failed!"Sebab itu Anis bagi Amsyar peluang untuk mencipta kebahagiaannya. Anis takkan paksa abang untuk terima Anis.." Masing-masing terkedu. Amsyar hanya mendiamkan diri sejak tadi. Dia langsung tidak memberi apa-apa reaksi. Anisah seraya bangun dari duduknya."Anis nak kemana?" Datin Faridah tidak senang duduk."Anis nak pulang mama.." Anisah mendekati ibu mertuanya lantas dicapai tangan wanita itu. Dia mencium tangan wanita itu dengan penuh keikhlasan. "Terima kasih atas kasih sayang yang mama curahkan pada Anis selama ini. Anis takkan lupa seumur hidup Anis. Anis minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sekiranya Anis ada buat salah dengan mama.." ucap Anisah. Air matanya mengalir ke pipi. Datin Faridah mengetap bibir. Air matanya juga jatuh ke pipi. Dia tidak dapat menahan sebak. Harapannya untuk melihat kedua pasangan suami isteri ini bahagia musnah. Matanya sempat mengalih ke arah Amsyar, lelaki itu diam kaku."Anis.." tidak mampu untuknya berkata apa-apa. Gadis itu tekad.************************Anisah melangkah ke luar."Mama dan papa jaga diri baik-baik, ye?" ujar dia. Masingmasing mengangguk lemah. Senyuman di wajah tidak semanis tadi. Mata Anisah tertancap ke arah Amsyar pula. Sejak tadi lelaki itu langsung tidak memberi apaapa reaksi."Abang... " dia menghulurkan tangan ke arah Amsyar. Selagi dia masih bergelar isteri, biarlah sentuhan ini adalah kali yang terakhir... Anisah mencium tangan suami yang disayanginya. Lelaki itu tetap kaku. Mengekor sahaja reaksinya. "Halalkan makan minum Nisa selama ni, bang.." pinta Anisah. Amsyar diam tidak terkata. Kaki Anisah melangkah menghampiri pintu pagar. Kalau ikutkan hati, dia tidak mahu benda ini terjadi tapi.. 'Amsyar bukan untuk aku. Tiada gunanya untuk aku terus menanti benda yang tidak pasti. Dia tak akan cintakan aku..' keluhnya dalam hati."Abang, minggu depan genap tiga tahun perkahwinan kita. Nisa akan tunggu kata putus dari abang.. Ini alamat rumah Nisa.. kalau abang perlukan Nisa sebelum tarikh cerai kita, Nisa sanggup bantu abang.." bisik Anisah ke telinga Amsyar. Tidak mahu ibu dan bapa mertuanya mendengar mengenai perjanjian mereka. Lelaki itu mengangguk lemah.Langkah Anisah semakin jauh berlalu..Ku cuba redakan relung hatiBayangmu yang berlalu pergiTerlukis di dalam kenanganBebas bermain di hatikuCerita tentang masa laluCerita tentang kau dan akuKini tinggal hanya kenanganKau abadi di dalam hatikuHarusnya takkan ku biarkan engkau pergiMembuat ku terpuruk rasa ingin matiDerita yang mendera kapan akan berakhirHanya engkau yang mampu taklukkan hatikuCerita tentang masa laluCerita tentang kau dan akuKini tinggal hanya kenanganKau abadi di dalam hatikuHarusnya takkan ku biarkan kau pergiMembuat ku terpuruk rasa ingin matiDerita yang mendera kapan akan berakhirHanya engkau yang mampu taklukkan hatikuAku cinta ooohhhhhhAku cinta ooooooooAku cinta ooohhhhhhAku cinta ooooooooHarusnya takkan ku biarkan engkau pergiMembuat ku terpuruk rasa ingin matiDerita yang mendera kapan akan berakhirHanya engkau yang mampu taklukkan hatikuAku cinta ooohhhhhhAku cinta ooooooooAku cinta ooohhhhhhAku cinta ooooooooHanya engkau yang mampu taklukkan hatikuoooooKereta berlalu pergi meninggalkan halaman

rumah keluarga Amsyar. "Mama tak tahu nak cakap apa lagi, Sya.. Terpulang pada kau!" mamanya segera masuk ke dalam rumah. Papanya hanya diam membisu lantas segera mengekori jejak mamanya. Sekilas, air mata jatuh ke pipinya. Dia sebak.. 'Kenapa kau bodoh sangat, Amsyar!? Kenapa kau tidak mampu berbuat apa-apa!!?? Kenapa!!?' kutuknya dalam hati.********************Anisah menonton televisyen di hadapannya tanpa ada apa-apa perasaan.. Dari tadi jarinya menari-nari menekan punat remote control. Rancangan tv bertukar ganti. Sekilas dia mengeluh. 'Nisa masih sayangkan abang.. Tapi, segala keputusan bergantung pada abang..' bisiknya..Tiba-tiba.. Pintu rumahnya diketuk.. Anisah mengerling ke arah jam. Sudah pukul 11.00 malam. Kecut perut tiba-tiba.'Siapa yang datang malam-malam buta macam ni?' Ketukan masih berbunyi. Anisah mengerut dahi. Kakinya kaku untuk bergerak. Punggungnya berat untuk bangun."Siapa?" jerit dia bertanya. Namun pintu masih berbunyi ketukan. Anisah memberanikan diri menghampiri pintu utama. Dia menarik nafas lantas disentuh tombol pintu. Pintu dibuka. Matanya memandang ke arah wajah lelaki yang dirindui. Dia tiba-tiba sebak..**********************"Apa hajat abang datang malam-malam buta macam ni?" tanya Anisah lalu menghidangkan secawan air teh kepada Amsyar. Lelaki itu hanya memandang sahaja ke arahnya. Anisah duduk betul-betul bertentangan dengan Amsyar. Tidak diketahui hajat lelaki itu datang ke kondonya."Aku nak buat perhitungan dengan kau.." jawab Asyar serius. Anisah terkejut."Perhitungan apa, bang?" Mata lelaki itu tetap serius memandangnya. Anisah kecut perut. "Kau nak kita bercerai, kan?" Anisah kaku. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak."Sebelum benda itu berlaku, aku nak tuntut segala hak aku selama ini..""Apa maksud abang?" Anisah tidak memahami niat Amsyar. Lelaki itu segera bangun lalu bergerak menghampirinya. Anisah bergerak ke belakang sedikit. Dia semakin takut. Apa yang Amsyar ingin lakukan padanya?"Abang..." nafasnya semakin kencang.."Kau masih halal untuk aku!" kata-kata Amsyar membuatkan Anisah hampir pitam. Ya Allah, bukan ini yang dia mahu.. Bukan ini caranya.. Wajah Amsyar semakin mendekati wajahnya.. Bajunya dicengkam kemas oleh Amsyar. Anisah semakin takut.. Dia kaku. Tidak mampu berbuat apa-apa namun tiba-tiba..PAAANNNGGGG!!!!Amsyar tersedar dari rasukan setannya. Dia memandang Anisah yang tercungap-cungap menahan sebak. Matanya berair.. "Astaghfirullahalazim.." ucap dia. Kenapa sampai begitu sekali perbuatannya pada Anisah. "Ya Allah.. apa yang aku buat, ni?""Memang Nisa isteri abang yang sah. Memang Nisa halal untuk abang.. Tapi Nisa bukan pelacur, bang.. How could you do this to me?" Anisah berlari ke arah biliknya namun sempat dihalang oleh Amsyar. Lelaki itu segera memeluknya erat. Sekali lagi dia kaku."Maafkan abang, sayang.." buat pertama kali kata-kata itu terucap jua dari mulut lelaki itu. Buat pertama kali lelaki itu memeluknya dengan penuh kerelaan. Anisah menangis teresak-esak.Amsyar meleraikan pelukannya. Ditatap wajah isteri yang disayanginya selama ini. Wajah yang sering dirindui."Abang sayangkan Nisa.. Jangan tinggalkan abang lagi, sayang.." pinta Amsyar. Dikucupnya dahi isterinya dengan penuh kasih sayang. Kemudian beralih ke mata, pipi dan...."Maafkan abang.." ucap dia lagi.. Dia memeluk gadis itu sekali lagi. Tidak mahu berpisah.. Cukuplah selama hampir tiga tahun dia memendam rasa.

"Abang...""Abang cintakan Nisa. Sungguh! Abang ego selama ni sayang tapi percayalah abang betul-betul sayangkan Nisa..""Bagaimana dengan Melisa?""Abang tak pernah cintakan dia, sayang.. Abang cintakan Nisa. Yang cintakan dia cuma Zarif.. bukan abang.." kata dia bersungguh-sungguh. "Abang takkan lepaskan Nisa kerana Nisa isteri abang" jawab dia lagi.Pelukan semakin erat. Anisah tersenyum.. Dia bersyukur. Dan malam itu saksi segala-galanya.... Buat pertama kali, mereka merasai kasih sayang suami isteri yang sepatutnya berlaku di awal perkahwinan mereka..************************ 19 BAB 19Pagi itu Anisah menyediakan sarapan untuk Amsyar. Selesai sahaja mandi, Amsyar segera ke dapur untuk membantu Anisah. Bau nasi goreng membuatkan perutnya terasa lapar. Terbit rasa rindu Amsyar dengan masakan gadis itu. Hampir dua tahun lebih rasanya.Amsyar mendekati Anisah yang sibuk menyedok nasi goreng ke dalam mangkuk nasi. Lelaki itu segera melingkari tangannya di pinggang Anisah lantas dikucup pipi isteri kesayangannya itu. Anisah terkejut dan malu dengan perbuatan Amsyar."Abang.. kan Nisa tengah cedok nasi, ni..!" marah Anisah manja. Amsyar hanya ketawa."Abang rindukan sayang.." balas dia. Anisah menjeling. Segera dia meminta dirinya dilepaskan dan membawa makanan ke ruang makan. Amsyar hanya mengekori sahaja jejak Anisah.Seusai sahaja di hadapan meja makan, Amsyar segera duduk. Nasi goreng di hadapan matanya membuatkan dia terliur. Anisah hanya tersengih lalu menghulurkan sepinggan nasi goreng kepada Amsyar. Amsyar menyambut dan segera mencapai sudu.Suasana sunyi sebentar. Masing-masing melayan perasaan dan menghayati rezeki di hadapan."Petang ni Nisa balik rumah kita?" ajak Amsyar. Anisah diam. Amsyar mengangkat mukanya memandang Anisah apabila ajakannya tidak bersambut."Kenapa sayang? Nisa tak nak pulang ke rumah kita?" tanya Amsyar lagi."Nisa masih lagi kekok la, bang.. Dah setahun Nisa tinggalkan rumah tu. Terlampau banyak memori yang tak boleh Nisa lupakan.." ujar Anisah.Amsyar mengeluh. Makanan di mulut dikunyah perlahan."Nisa masih marahkan abang?"Anisah segera menggelengkan kepalanya. "Bukan.." jawab dia."Habis tu?"Anisah masih terdiam. Nak diluah rasa bersalah.. Bukan kerana memori di rumah itu tapi..************************"Abang takde dekat rumah? Dia ke mana, makcik?" tanya Melisa ketika dia melawat Amsyar dan keluarganya pagi itu. Niatnya untuk mengajak Amsyar keluar tapi.."Entah la. Malam semalam dia kata nak keluar kejap. Tapi sampai pagi tak pulang lagi. Makcik tak tahu.." jawab Datin Faridah. Melisa mengeluh. Niatnya terbantut. Ke mana lelaki itu pergi?Tibatiba.."Assalamualaikum.." ucap seseorang dari luar rumah.."Waalaikumussalam.." jawab Datin Faridah. Dia segera bangun dan bergerak ke pintu.Agak terkejut apabila dia melihat Amsyar berjalan beriringan dengan Anisah. Wanita itu gembira melihat menantu kesayangannya pulang ke sisi."Anis.." hanya itu yang mampu diluahkan. Terlalu gembira baginya apabila melihat Amsyar dan Anisah berpegangan tangan mendekatinya.Anisah segera memeluk ibu mertuanya erat. Dia sayangkan wanita itu. Sudah lama dia menganggap wanita itu seperti ibu kandungnya.Sebaik mereka menjejakkan kaki

ke ruang tamu, mata masing-masing tertancap ke arah Melisa. Gadis itu kelihatan agak terkejut. Timbul rasa tidak senang di hati Anisah. Begitu juga Amsyar."Err.. Mel cari Sya tadi.." ujar Dati Faridah membuang rasa kekok antara mereka. Melisa masih kaku tidak bergerak. Dia masih terkejut."Bila Mel sampai?" tanya Amsyar. Anisah cuba memaniskan mukanya walaupun dia tahu gadis itu sudah mula membencikan dirinya. Melisa mencebik."Patutla Mel call abang tak angkat. Rupa-rupanya sedang bermadu asmara dengan betina ni..!" marah Melisa membuatkan suasana menjadi tegang. Paling terkilan adalah Anisah apabila dirinya dicap sebagai 'betina'."Melisa, kenapa cakap Anis macam tu?" tegur Datin Faridah. Dia juga agak terkilan. Tidak sepatutnya Melisa berkata sedemikian. Anisah bukan pelacur.. Dia isteri Amsyar yang sah."Makcik.. kenapa dia ada dekat sini?" tanya Melisa. Dia mendengus. Rasa geram menular. Dia benci Anisah. Kedatangan gadis itu kali ini betul-betul bakal meruntuhkan tembok kebahagiaan dia bersama Amsyar. Pastinya Amsyar sudah tidak peduli akan dirinya selepas ini."Salah, ke?" Amsyar menyampuk. "Dia isteri abang..""Habis? Mel ni siapa, bang?" bentak Melisa lagi. Matanya tajam memandang Anisah. Anisah hanya diam membisu. Adakah Amsyar dan Melisa sudah berkahwin?"Mel hanya kenangan abang.." jawab Amsyar tanpa segan silu. Melisa mengetap bibir dan menggeleng kepala.."Sampai hati abang buat Mel macam ni? Mana janjijanji abag dulu nak jaga Mel seumur hidup abang?""Maafkan abang, Mel. Dari dulu sampai sekarang.. cinta abang hanya untuk isteri abang.""Tapi Mel ni masih tunangan abang. Mel sayang dan cintakan abang.. Jangan buat Mel macam ni, bang!" rayu Melisa."Cinta Mel hanya untuk Zarif bukan abang..""Dan Zarif itu adalah abang.." balas Melisa. Amsyar diam. Anisah juga turut diam. Inilah perkara yang membuatkan dirinya tawar hati untuk pulang ke rumah. Kedatangan Melisa dalam hidup mereka membuatkan Anisah rumit untuk menyelesaikan masalah. Perlukah dia menarik diri untuk kesekian kalinya?Anisah sudah penat mengharungi segala masalah yang menimpa dirinya sejak mengahwini Amsyar. Dugaan demi dugaan yang datang mengajar dirinya supaya lebih bersabar dan matang. Namun dia sudah penat. Kalau benar jodohnya bukan dengan Amsyar, dia rela tarik diri. Melisa juga telah banyak berkorban untuk lelaki itu. Masakan dia mahu mengecewakan perasaan gadis yang menyayangi Amsyar sepenuh jiwa itu?"Hei perempuan..! Berani kau datang sini lagi, ye? Berani kau nak rampas tunang aku dari aku.. Dasar perempuan tak sedar diri..! Lebih baik kau berambus je la dari rumah ni..!" herdik Melisa. Anisah hanya mengetap bibir. Secara spontan satu tamparan hinggap di pipi Melisa. Gadis itu terpana manakala yang lain terpaku. Masiing-masing terkejut dengan reaksi Amsyar. Lelaki itu bermuka tegang memandang Melisa. Mata Melisa mula berair. Pipi mulusnya mula terasa sakit."Abang.." Melisa tidak mampu untuk berkata-kata. Matanya tidak dikalih ke mana-mana. Hanya wajah Amsyar yang tegang diperhatikan. Anisah pula hanya berdiam diri. Tidak mahu bercampur tangan dengan urusan mereka walaupun dia berhak. Berdiam diri adalah cara yang paling baik dari mencetuskan lagi persengketaan antara mereka. Biarlah Amsyar yang putuskan."Mulai dari hari ini.. kita putus tunang..~! Abang akan hantar parents abang jumpa ayah.." usul Amsyar serius. Mama, Anisah dan Melisa terkejut. Masing-masing tidak percaya.."Abang.. sampai hati abang buat

Mel macam ni?" Melisa masih berharap. Dia tidak bersedia untuk kehilangan Zarif dalam hidupnya. Dia begitu sayangkan lelaki itu lebih dari nyawanya sendiri."Abang dah ada isteri, Mel. Terima la kenyataan. Dan abang tak mampu nak memiliki dua wanita dalam hidup abang sekaligus. Sayang abang hanya untuk Nisa. Sejarah kita dah lama luput dalam ingatan abang.. Mel masih muda. Masih jauh lagi masa depan Mel.. Abang doakan agar Mel menemui jodoh yang sepadan dengan Mel" ujar Amsyar panjang lebar.Melisa menggelengkan kepala tidak percaya. Langkahnya ke belakang.. Dia meraung di situ. Dia tak mahu kehilangan Amsyar. Musnah segala pengorbanannya selama 2 tahun menjaga hati Zarif. Namun, ini balasan yang dia dapat. Sia-sia sahaja perngorbanannya selama ini. Melisa menekup mulutnya. Air mata tak henti-henti mengalir. Dia segera berlari meninggalkan rumah Amsyar. Panggilan mama tidak diendahkan. Bayangan Melisa hilang dari pandangan."Abang.." Anisah mula berkata-kata. Sejak dari tadi dia berdiam diri. Rasa serba salah menerpa. Amsyar hanya tersenyum."Melisa kena terima kenyataan sayang.." jawab Amsyar selamba. Anisah mengerut dahi. Rsa simpati kepada Melisa bertimpa-timpa. Tapi.. keputusan telah dibuat. Dia tak boleh berpatah balik. Perlukah dia berkorban lagi? Oh, tidak.. Begitu sukar untuk mengambil hati Amsyar dan baru kini dia memilikinya. Dia dah penat berkorban. Kadang-kadang dia perlu menjaga hati sendiri dari orang lain.**********************Sedang mereka sibuk menikmati makan tengahari bersama.. Datin Faridah bertanya sesuatu kepada Amsyar."Bila Sya nak mama dan papa berjumpa dengan ayah Melisa?""Err.. kalau boleh secepat mungkin mama. Sya dah malas nak fikir benda ni semua.." jawab Amsyar. Datin Faridah hanya mengangguk."Abang.. Nisa kesian dengan Melisa.." Anisah berterus-terang. Dia tidak sedap hati dari tadi."Nisa perlu kesiankan diri Nisa sendiri dari orang lain sayang. Nisa perlu kesiankan abang jugak. Tiada lagi rasa sayang abang pada dia. Masakan abang perlu kahwin dengannya sedangkan Nisa lebih berhak. Nisa isteri abang dan abang sayang Nisa sepenuh hati abang..""Tapi abang pernah sayangkan Melisa suatu ketika dulu, abang..""Itu semua dah jadi sejarah.. Mahukah Nisa bermadu? Cukuplah Nisa seorang dalam hidup abang.." jawapan yang ikhlas lahir dari mulut Amsyar. Anisah terharu. Dia hanya tersenyum pahit. Maafkan aku, Mel...Tiba-tiba... krriiinggg..Telefon bimbit Amsyar berbunyi.."Helo, Zikri?" sapa Amsyar sebaik dia melihat nama Zikri tertera di skrin."Abang.. cepat datang ke hospital.." Spontan Amsyar bangun."Kenapa ni, Zik?""Kak Mel.. Kak Mel bunuh diri...~" kata-kata itu membuatkan Amsyar terkejut."Korang kat hospital mana?""Hospital Selayang..." segera Amsyar berlari ke ruang tamu. Jejak langkah Amsyar diikuti oleh Anisah dan mamanya."Kenapa, bang?" tanya Anisah."Melisa buat perkara bodoh. Dia ada kat hospital sekarang..""Astaghfirullahalazim.." ucap mereka."Jadi macam mana dia sekarang?" sampuk Datin Faridah.."Dia masih dalam wad kecemasan. Sya perlu pergi jumpa dia..""Nisa ikut?" Anisah mempelawakan dirinya. Amsyar hanya mengangguk. Segera Anisah naik ke atas untuk mengambil tudungnya. Risaunya semakin menebal. Patut la sejak Melisa balik hatinya rasa tidak sedap. Mel.. Mel.. kenapa perlu lakukan perkara bodoh itu?.. 20

BAB 20Hati Anisah sekali lagi remuk apabila melihat kedua mempelai bersanding di atas pelamin. Rakan-rakan di sisi begitu memuji di atas kesabaran dan kebaikan dirinya yang sanggup bermadu. Kelihatan Amsyar terpaksa memaniskan wajahnya di hadapan tetamu yang hadir. Dia tahu, lelaki itu tidak sudi. Namun di atas ketegasannya demi kebaikan, dia terpaksa.'Abang mesti kahwin dengan Mel..' pinta dia suatu ketika dulu. Dia khuatir andaikata Amsyar betul-betul tekad untuk memutuskan pertunangan mereka, Melisa akan bertindak melakukan perkara yang bodoh lagi. Mujurlah dia dapat diselamatkan pada hari itu.Anisah terpaksa berkorban kini. Demi kebahagiaan semua orang, dia perlu memilih jalan kedua. Walaubagaimanapun, Amsyar masih lagi suaminya yang sah. Cuma bezanya kini, dia perlu berkongsi kasih dengan wanita lain yang bergelar isteri.**************"Sya, mana Mel?" tanya mama sewaktu mereka bersarapan pagi. "Dia ada dekat atas, ma. Masih tidur lagi. Katanya penat semalam tak hilang lagi.." jawab Amsyar. Anisah di sebelah hanya mendiamkan diri. Selesai sahaja majlis perkahwinan Amsyar dan Melisa, sukar untuknya bertemu dengan suaminya. Melisa sedaya upaya cuba menjarakkan hubungan mereka. Setiap kali Amsyar ingin merapati Anisah, pastinya Melisa ikut bersama. Cemburu apabila melihat kemesraan dia bersama Amsyar."Nisa nyenyak tidur semalam?" tanya Amsyar. Anisah hanya mengangguk perlahan. Terpaksa melemparkan senyuman walaupun agak sukar."Hari ni hari cuti, kau bawa la Anis ni keluar..Sya.." ujar Datin Faridah memberi cadangan. Datuk Azhar hanya mengangguk sahaja tanpa kata. Dia leka membaca surat khabar di tangan."Kita keluar tengahari nanti ye?" ajak Amsyar kepada Anisah."Takpelah. Abang bawa la Mel keluar. Abang dengan Mel kan pengantin baru?" tolak Anisah. Kunyahan Amsyar terhenti apabila mendengar bait terakhir dari mulut isteri kesayangannya."Walaubagamana sekalipun.. Nisa tetap abang sayang.." ujarnya jujur. Kalau tak kerana desakan Anisah agar dia memperisterikan Melisa.. tentunya dia takkan mengahwini gadis itu. Cukup la Anisah seorang tapi.. sudah suratan hidup.. aku terpaksa bermadu.Sekali lagi Amsyar mengeluh..*******************Anisah keluar dari klinik. Dia tersenyum pahit. Diusap perutnya lembut. Berita gembira yang baru didengarinya sebentar tadi betul-betul mengejutkan. Tak sangka, dia hamil 2 bulan.'Perlukah aku memberitahu Amsyar mengenai perkara ini?' tanya dia di dalam hati. 'Hmm.. minggu depan Amsyar dan Melisa nak pergi ke Sabah, honeymoon. Rasanya aku perlu rahsiakan perkara ini untuk sementara. Kalau beritahu dia, tentunya Amsyar terpaksa membatalkan honeymoon mereka. Kesian pula dekat Mel..' putus dia. Anisah segera bergerak ke keretanya. Dia tekad untuk merahsiakan perkara itu sehingga Amsyar pulang dari honeymoon.********************Anisah sibuk membantu orang gajian mamanya membuat air di dapur. Dia leka membancuh sampai tidak sedar Melisa berada di sebelahnya. Gadis itu mengetap bibir memandang Anisah."Kau buat apa?" tanya Melisa.Anisah terkejut. Dia tersenyum. "Oh, Mel.. Akak tengah bancuh air ni untuk minum petang.." jawab Anisah lembut. Sejak mereka bermadu, Anisah lebih senang menggelarkan dirinya 'kakak' kepada Melisa walaupun dia tahu gadis itu tidak akan memanggilnya dengan perkataan itu. Panggilan 'kau-aku' lebih selesa bagi diri Melisa."Orang gaji kan ada.. suruh aje la diorang yang buat.. Kita bayar gaji

diorang, kan?" rungut Melisa. Anisah hanya tersenyum."Akak dah biasa. Lagipun setakat buat air tak menjadi masalah pada akak.." malas Anisah nak bertekak dengan Melisa. Gadis itu memang sengaja nak mencipta ketegangan antara mereka. Baik dia beredar sahaja. Anisah segera ke sinki untuk membasuh tangan. Sedang dia leka, Melisa dengan sengaja menolak teko berisi air teh o itu sehingga jatuh ke lantai. Serpihan air panas yang tertumpah terkena sedikit di kaki Melisa. Melisa menjerit membuatkan semua orang di ruang tamu terkejut. Begitu juga Anisah. Dia segera mendekati Melisa. Dia melihat kaki gadis itu melecur."Kenapa Cik Puan?" tanya Shahida, orang gajian mereka. Dia agak kelam-kabut."Takde apa-apa. Teko ni jatuh tadi.. Mel tak apa-apa?" tanya Anisah."Macam mana kau buat kerja ni? Nak tunjuk rajin pun tengok-tengok la orang..!" bentak Melisa berbohong. Shahida memandang Anisah."Kenapa ni?" tiba-tiba Datin Faridah dan Amsyar tercegat di pintu."Mama.. Abang.. sakit.." Melisa merengek. Kakinya betul-betul merah."Kenapa boleh jadi macam ni?" tanya Amsyar. Dia agak terkejut apabila melihat teko air pecah di atas lantai. Apabila dia mendekati Melisa, kaki gadis itu merah macam biji saga kerana melecur."Ida.. lap air yang bertaburan ni. Nanti bersemut pulak!" arah Datin Faridah. Shahida terkedek-kedek mengambil kain lap di sinki. Anisah pula terkaku."Akak Nisa ni, bang.. Tak tahu nak buat kerja. Sengaja dia tolak teko ni jatuh ke lantai bila Mel kata tak sabar nak pergi honeymoon dengan abang minggu depan.. Cemburu la tu!" bohong Melisa. Amsyar memandang Anisah."Betul ke, Nisa?" tanya Amsyar. Nisa diam.. lidahnya kelu untuk berkatakata. Sungguh! Sampai hati Melisa mereka-cerita. Amsyar mengeluh apabila soalannya tidak berjawab. "Kenapa Nisa buat macam ni? Kan dah melecur kaki Mel, ni.." tegur Amsyar."Nisa..""Kak Nisa sengaja je. Tak boleh dengar kalau kita bahagia.." sampuk Melisa. Anisah hanya menggeleng. Bukan dia yang buat..!"Sya.. angkat Mel ke depan. Tuamkan kaki dia tu. Nanti melarat pulak.." arah Datin Faridah pula. Amsyar segera mengangkat Melisa untuk dibawa ke depan. Shahida pula sibuk mengelap air yang tumpah tadi di atas lantai. Datin Faridah mendekati Anisah."Anis.. lain kali Anis jangan buat kerja orang gaji ni. Anis berehat, ok?" tegur Datin Faridah lembut."Tapi mama.. Bukan Anis ~..""Mama tahu Anis cemburu kan Melisa. Isteri mana yang tak cemburu bila melihat ada gadis lain yang suami kita sayang. Lebih-lebih lagi bila kita bermadu. Takpe kalau cemburu tapi jangan sampai mencederakan orang lain" nasihat mamanya lagi. Anis diam. Tak perlulah untuknya mempertahankan diri.. pastinya mereka tidak akan percaya."Anis minta maaf.." itu sahaja yang mampu dia katakan. Dia segera menyeka air mata di kelopak mata sebelum ia jatuh ke pipi. Dia kini bagaikan orang asing di rumah mak mertuanya sendiri.***********************Anisah hanya memandang sepi rancangan televisyen di hadapannya. Semua orang di dalam rumah itu sudahpun mengulit mimpi. Hanya dia yang masih belum terasa mengantuk. Anisah memandang ke arah perutnya. Dia tersenyum.. Dia mengusap lembut perutnya. Sehingga kini tiada siapa yang tahu dia hamil.."Baby.. mama sedih. Kenapa satu-satu masalah menimpa mama? Nanti kalau baby lahir, mama akan pastikan baby gembira selalu. Mama tak mahu baby hidup susah macam mama.. Mama janji.." ujar Anisah berbisik. Matanya masih tertancap di hadapan tv."Nisa tak tidur lagi?"

tanya seseorang di dalam gelap. Nisa menoleh. Amsyar tersenyum lantas duduk di sebelahnya. Amsyar segera merangkul bahu Anisah. Dahi gadis itu dikucup lembut. Sudah lama dia tidak memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada gadis itu..Anisah tersenyum.."Nisa belum mengantuk lagi. Abang? Kenapa tak tidur lagi? Esok kan abang kerja?" tanya Anisah pula."Abang rindukan sayang.." jawab Amsyar. "Abang cari Nisa dekat bilik tadi tapi Nisa takde. So abang rasa Nisa ada dekat bawah sebab abang dengar bunyi tv.." tambah Amsyar. Anisah ketawa."Nisa pun rindukan abang.." balas dia. Tiba-tiba hatinya sebak. Benar.. dia rindukan belaian suaminya."Mari kita tidur? Hari dah lewat malam. Esok pun Nisa kerja, kan?" ajak Amsyar lantas dia bangun."Mel macam mana?" tanya Anisah.."Sayang.. usah difikirkan tentang Mel.. Fikirkan tentang diri sayang.. Mari.." Amsyar menghulurkan tangannya kepada Anisah. Anisah senyum lantas segera mencapai huluran tangan suaminya. Peti televisyen ditutup dan mereka segera menaiki anak tangga ke atas.***********************Semasa mereka bersarapan pagi.. Melisa hanya mendiamkan diri sahaja apabila melihat Anisah dan Amsyar turun bersama. Dia mengetap bibir. Benci melihat kemesraan mereka berdua."Mama dan papa belum turun lagi, Mel?" tanya Amsyar."Belum" jawab Melisa acuh tak acuh. Sempat dia mengerling tajam ke arah Anisah. Anisah gugup."Datuk dan datin awal-awal pagi dah keluar Encik Amsyar" jawab Shahida."Eh? Diorang ke mana?" tanya Amsyar. Jarang kedua ibubapanya membuat sesuatu tanpa pengetahuannya."Mereka kata nak pergi belajar tai-chi dengan Miss Yong sebelah rumah kita ni" jawab Shahida jujur. Amsyar hanya mengangguk. Anisah mengambil pinggan lalu diletakkanbihun goreng di atasnya. Kemudian, dia memberi pinggan itu kepada Amsyar. Amsyar tersenyum lantas mengambil huluran pinggan dari Anisah. Melisa cemburu. Dia tak mahu terlepas peluang melayan Amsyar. Belum sempat Anisah mengambil teko air di atas meja, dia dah mendahuluinya."Mel tuangkan air untuk abang, ye?" kata Melisa. Anisah diam. Amsyar hanya mengangguk tersenyum."Bahagia abang dapat dua isteri yang pandai melayan abang.." puji Amsyar. Melisa hanya tersengih. Anisah hanya tersenyum. "Macam mana dengan kaki sayang tu? Dah ok?" tanya Amsyar kepada Melisa."Hmm.. beransur sembuh, bang" jawab Melisa."Mel jangan banyak bergerak sangat. Duduk rumah rehat. Kalau ada apa-apa, minta aje pada Ida dan Kak Mah" tegur Amsyar."Baik, sayang.."Sebaik mereka selesai sarapan, masing-masing bergerak ke pintu utama."Abang hantar Nisa ke tempat kerja hari ni?" pelawa Amsyar."Takpe la, abang. Nisa ada kereta.. Nanti menyusahkan abang pula nak ambil Nisa." tolak Anisah lembut."Hmm.. ok. Drive elok-elok tau.." pesan Amsyar. Anisah segera menghulurkan tangan ke arah Amsyar. Perkara rutin yang mesti dilakukan setiap pagi. Itulah Anisah. Sebaik gadis itu mencium tangannya, Amsyar segera mengucup dahi gadis itu.Kemudian, dia beralih ke arah Melisa. Perkara yang sama dilakukan.Kereta berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah. Melisa melambaikan tangan ke arah mereka. Bayangan kereta hilang dari pandangan.. Melisa mengetap bibir."Nisa.. tak sangka Amsyar tetap sayangkan kau.. Takpe.. hari ni hari kau.. mana tau, esok lusa hari aku pulak~!" Melisa tersenyum sinis. Di dalam kepalanya timbul idea jahat untuk mengenakan Anisah..*************************Anisah masih terasa pening. Lagi dua hari Amsyar

akan berangkat ke Sabah. Dia perlu bersabar. Dia tidak boleh menunjukkan yang dia hamil di hadapan lelaki itu.'Biarlah mereka gembira dulu.. Kesian pula pada Melisa..' bisik hatinya.Tiba-tiba..TUK! TUK! TUK!Melisa mengangkat muka. Segera dia mengelap keringat yang mengalir di dahi. Mukanya segera di touchup agar tidak nampak pucat."Masuk~!" arah dia. Daun pintu dikuak.."Akak.." kelihatan Zikri sedang berdiri tercegat di hadapannya. Sejak kakak kandungnya berkahwin dengan Amsyar, Zikri tekad untuk memanggil Anisah dengan gelaran kakak walaupun dia masih menyayangi gadis itu secara diam."Eh, Zikri.." sapa Anisah."Boleh Zikri masuk?" pinta Zikri. Sejak bulan lepas, Zikri membuat keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat master di UIA. Sejak hari itu, dia selalu menziarahi Anisah di pejabat."Masuk la.." arah Anisah. Zikri segera menghadang pintu bilik itu dengan kerusi. Tidak mahu bilik itu tertutup. "Macam mana pelajaran? Ok?" tanya Anisah sebaik sahaja lelaki itu duduk."Biasa je, kak.. Kenapa muka akak pucat, ni? Akak tak sihat ke?" tanya Zikri risau."Akak takde apa-apa. Maybe penat kot.." bohong Anisah."Akak dah makan?""Belum lagi..""Kita pergi makan dulu?""Hmm.. boleh jugak~.."Anisah mengekori Zikri ke cafe. Peningnya semakin kuat terasa. Dia cuba menarik nafas dan memejam mata untuk menghilangkan pening. Tapi.. Sebaik sahaja dia membuka mata, keadaan sekeliling seperti bergoyang-goyang.. dia rebah di situ. Panggilan Zikri didengari sayup sahaja. Kemudian hilang sedikit demi sedikit.*********************"Awak kena banyak berehat, Nisa. Kandungan awak tu perlu diambil berat. Saya bagi awak MC dua hari untuk awak berehat sepenuhnya.." nasihat doktor di hadapannya. Zikri di sebelah hanya terdiam."Terima kasih, doktor.." Sebaik mengambil ubat dan membuat pembayaran, mereka segera keluar dari klinik."Kenapa akak tak beritahu Zik yang akak hamil 2 bulan?" marah Zikri."Akak ingat nak buat surprise untuk semua orang.." jawab Anisah menyedapkan hati."Siapa lagi yang tahu akak hamil?" tanya dia."Takde siapa yang tahu...""Kenapa akak rahsiakan? Benda ni kan perkara yang baik?" tegur Zikri. "Abang Amsyar dan kakak kamu kan baru je kahwin. Lagipun dua hari lagi diorang nak berangkat ke Sabah. Akak tak mahu kalau Abang Amsyar kamu tahu perkara ni, dia akan cancel honeymoon diorang nanti.."Zikri menggelengkan kepalanya.."Akak.. akak.. sampai bila akak nak berkorban? Akak mengandung tau.. Perlu ada orang yang jaga akak.. Soal honeymoon tu perkara lain. Akak lebih penting.." tegur Zikri."Zik janji jangan beritahu sesiapa.. Janji dengan akak?"Zikri mengeluh. "Akak nak rahsiakan perkara ni sampai bila?" "Sampai mereka pulang dari honeymoon.. Please Zik..." rayu Anisah.Zikri diam. Kemudian dia mengangguk. "Baiklah! Tapi akak janji dengan Zik.. akak kena jaga kesihatan. Kalau tak sihat, beritahu Zik.."Anisah mengangguk. Dia melepaskan rasa lega lantas memandang ke arah perutnya. Perutnya diusap lembut.'Mama sayang baby..' bisik hatinya.**************************** 21 BAB 21Melisa memikirkan sesuatu untuk mengenakan Anisah. Dalam beberapa jam lagi gadis itu akan pulang dari bekerja."Hmm..apa yang aku nak buat, ye? Sesuatu yang menghiburkan? Hehehe.." Melisa memikirkan perkara itu. Dia

benci dengan Anisah. Sekiranya Anisah masih wujud dalam hidup Amsyar, tentunya dia akan kehilangan kasih sayang Amsyar sedikit demi sedikit."Yes! Aku dah ada idea.." jerit Melisa di dalam hati. Dia tersenyum puas.. Nanti la kau Anisah..*********************"Cik puan tengah buat apa tu?" tanya Kak Mah apabila melihat Melisa sedang sibuk mencari sesuatu di dapur. Hairan pula dia dengan kelakuan Melisa hari ini. Gadis itu macam agak kelam kabut.Melisa terkejut. "Err.. saya haus.. nak minum.." bohong Melisa. Bukan itu niat sebenarnya. Dari tadi dia mencari sabun pakaian. Niatnya untuk mengenakan Anisah semakin berkobar-kobar."Air kosong ada dalam peti ais, Cik Puan.." jawab Kak Mah mengerut dahi. Melisa hanya tersengih dan mengangguk."Oh.. lupa pulak!" bohong dia lagi lalu segera ke peti ais. Berpura-pura ingin meminum air. Kak Mah kembali ke ruang tamu untuk mengemas. Melisa menarik nafas lega. Pandai betul dia berlakon. Niatnya tadi hampir dibaca oleh Kak Mah. Melisa perlu segera mencari sabun pakaian tersebut sebelum Kak Mah mahupun Shahida kembali semula ke dapur.Lima minit mencari akhirnya dia menjumpai sabun tersebut. Sabun basuh pakaian yang masih belum dibuka di dalam almari dicapai. Dia memeluk sabun itu lantas tersenyum sinis. Tunggu dan lihat, Nisa. Petang nanti tentu sesuatu yang menghiburkan akan berlaku.*******************Anisah memakirkan keretanya diperkarangan rumah. Dia agak letih hari itu. Mungkin juga kerana pembawakan budak. Anisah segera keluar dari kereta. Badannya berlengas. Dia perlu mandi untuk menyegarkan kembali badannya."Cik puan Nisa dah balik?" sambut Shahida di depan pintu. Anisah hanya tersenyum."Datuk dan datin ada di rumah?" tanya Anisah sebaik kaki menjejak lantai rumahnya."Takde, cik puan. Datuk dan Datin ke rumah Datin Sahara. Katanya ada makan-makan sikit. Mungkin diorang balik malam nanti.." jawab Shahida. Anisah mengangguk."Abang Amsyar?""Encik Amsyar belum pulang lagi, cik puan.. Cik Puan Mel pula ada dekat bilik dia. Cik puan nak minum. Ada saya siapkan di ruang makan.." jawab Shahida lagi. "Takpelah. Saya nak mandi dulu. Badan berlengas ni.. Ida ajak Mel minum dulu. Nanti dah habis mandi saya turun.." balas Anisah. Shahida hanya mengangguk lantas segera ke dapur.Anisah melangkah ke anak tangga. Rasa letih semakin terasa. Mungkin dia perlu berehat. MC yang diberi oleh doktor masih tersimpan rapi dalam handbagnya. Sebaik sampai di hadapan pintu biliknya, Anisah segera mencapai tombol pintu. Dia bergerak dengan lemah sekali ke dalam. Pintu dikuak dan belum sempat dia sampai ke katil, dia hilang pertimbangan. Lantai bilik dirasakan licin dan dia tidak dapat mencapai apa-apa untuk berpaut. Dan.. DUUMMMMM..Melisa terjaga apabila mendengar suara jeritan Anisah. Dia segera keluar dari biliknya dan menghampiri bilik Anisah. Anisah mengerang kesakitan. Dia hampir pitam.. Darah mengalir keluar .. Melisa terkejut.. "Anak aku.. Mel.. tolong aku.. anak aku... anak aku... tolong aku.." rayu Anisah. Melisa betul-betul terkejut.. Adakah Anisah mengandung???*****************"Nisa..." Nisa terjaga dari tidurnya. Dia melihat sekeliling. Amsyar hanya tersenyum memandangnya. "Hari dah nak senja. Mari kita balik?" ajak Amsyar lalu mencapai tangannya.Astaghfirullahalazim.. dia bermimpi rupanya.. lama benar dia tertidur di kerusi itu."Bagaimana dengan Mel, bang?""Alhamdulillah.. Mel selamat cuma dia masih belum sedarkan diri. Doktor dah bawa Mel ke wad. Nisa

nampak penat.. abang hantar Nisa pulang, ye?""Nisa nak jumpa Mel?" pinta Anisah. Amsyar hanya mengangguk.Mereka bergerak mendekati katil Melisa. Zikri dan ayah mereka juga berada di situ. Kelihatan doktor sedang sibuk memeriksa keadaan Melisa."Bagaimana, pakcik?" tanya Amsyar kepada ayah Melisa."Dia semakin stabil.." jawab ayah Melisa. Anisah cuma diam membisu. Zikri hanya memandang Anisah tanpa berkata apa-apa."Saya minta maaf, pakcik. Kalau tak kerana saya.. tentu Mel takkan jadi macam ni.." ujar Amsyar menyalahkan dirinya."Kamu tak salah, Zarif.. eh Amsyar.." Amsyar hanya tersenyum apabila ayah Melisa tersasul memanggilnya Zarif. Watak Zarif baginya telah mati setahun yang lalu. Dan dia kini adalah Amsyar.*************************Sepanjang perjalanan pulang, Anisah lebih banyak mendiamkan diri. Amsyar menyedari perubahan Anisah. Dia mencapai tangan Anisah lalu digenggam erat. Anisah terkejut apabila Amsyar menyentuh tangannya."Apa yang sayang fikirkan?" tanya Amsyar. "Takde apa-apa, bang.." jawab Anisah. Dia masih teringatkan mimpinya petang tadi. Niatnya untuk menyuruh Amsyar mengahwini Melisa terbantut. 'Adakah mimpi dia bakal menjadi kenyataan sekiranya Melisa menjadi isteri Amsyar?'"Malam nanti kita dinner sama?" ajak Amsyar. Anisah hanya mengangguk. Dia masih teringatkan mimpi itu. Ya Allah.. apa yang harus aku lakukan?**********************Malam itu, Anisah tidak boleh melelapkan matanya. Amsyar di sebelah sudah pun nyenyak tidur. Dengkuran halusnya ketara kedengaran. Anisah memandang ke arah Amsyar. Diperhatikan segenap wajah suami yang dicintai. Mampukah dia menyerahkan lelaki itu kepada wanita lain? Mampukah dia berkongsi kasih sayang lelaki itu dengan wanita lain?'Ya Allah.. andaikata mimpi aku itu sebagai petunjuk.. aku tekad Ya Allah.. Aku takkan melakukan perkara bodoh lagi. Begitu sukar untukku mendapatkan kasih sayang Amsyar.. takkan begitu mudah aku menyerahkan dia kepada gadis lain? Aku tekad Ya Allah.. aku tekad..'*********************Esoknya, habis sahaja kelas Anisah segera memandu keretanya ke hospital. Niatnya adalah untuk melawat Melisa dan mengetahui keadaan gadis itu.Dalam perjalanan ke bilik wad, Anisah bertembung dengan Zikri."Nisa?" tanya Zikri."Zik.." Anisah hanya tersenyum memandang Zikri yang mengerut dahi.********************Di cafe berhampiran.."Bagaimana dengan keadaan kakak awak?" tanya Anisah. Zikri mengeluh."Masih belum sedarkan diri" jawab Zikri kecewa."Insya'allah.. tak lama dia akan sedar. Semalam doktor cakap keadaan dia stabil, kan?" Anisah memberi kata-kata perangsang kepada Zikri. Zikri hanya tersenyum."Kenapa Nisa datang?"Anisah mengetap bibir. "Melawat Mel.." "Nisa tak takut sekiranya Kak Mel akan berbuat sesuatu kalau nampak Nisa?"Anisah diam. Dia tahu Melisa begitu membencikannya. Tapi.. dia perlu berjumpa dengan Melisa. Dia perlu memberi kata putus dan merayu kepada Melisa."Akak begitu membencikan awak, Nisa.. Sampai dia begitu tekad untuk membunuh diri..""Saya minta maaf..""Akak begitu taksub dengan cinta.. Dia begitu sayangkan Abang Zarif""Melisa dah banyak berkorban untuk Amsyar. Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada dia.. tapi..""Tapi apa?""Saya nak merayu pada dia supaya lepaskan Amsyar. Saya begitu menyayangi Amsyar.. Saya tak boleh kehilangan Amsyar lagi.."Zikri diam. Dia faham perasaan Anisah. Isteri mana yang tak sayangkan suaminya.. Gadis itu begitu lama terseksa.

Mungkin Kak Mel juga akan terseksa.. tapi Anisah lebih berhak.***************************Anisah hanya memandang kosong ke arah Melisa yang masih terbaring tidak sedarkan diri. Dia mengeluh lalu duduk di kerusi bersebelahan katil Melisa.Dia memandang wajah Melisa yang pucat lesi. Tangan gadis itu dicapai dan digenggamnya."Mel.. saya minta maaf. Saya tahu awak terseksa. Saya tahu awak dah banyak berkorban untuk Amsyar. Tapi.. saya tak boleh lepaskan Amsyar pada awak. Tiga tahun saya merana. Tiga tahun saya terseksa.. Kalau awak berada di tempat tentunya awak akan faham. Kita menyayangi orang yang sama.. Tapi, segalanya adalah suratan takdir. Tuhan sengaja menguji kita. Saya minta maaf sekali lagi. Bangun la, Mel.. Awak perlu teruskan hidup. Tentu ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Tuhan masih sayangkan awak. Bangun la.." rayu Anisah. Tangannya menggenggam kemas tangan Melisa. Tanpa dapat ditahan, air mata mengalir ke pipi. Dia sebak. Beberapa minit kemudian, genggaman tangannya dirasakan terusik. Anisah segera mengangkat mukanya. Kelopak mata Melisa bergerak. Bibirnya seperti berkata sesuatu..Anisah tersenyum gembira. Lalu dia segera memanggil Zikri yang sedang mengelamun di luar wad.Doktor memeriksa keadaan Melisa. Gadis itu akhirnya tersedar dari koma. Dia memandang sekeliling. Dilihat wajah ayahnya, Zikri, Mia, Anisah dan akhir sekali.. Amsyar sedang memerhati dirinya."Di mana saya?" tanya dia. Semua orang berasa gembira. Zikri dan Mia segera menghampiri Melisa."Akak.." Zikri tidak dapat berkata-kata. Dia gembira sangat."Akak.. akak dekat hospital.." jawab Mia teruja. Dia bersyukur kerana kakak kesayangannya selamat.. Melisa tersenyum walaupun agak sukar. "Maafkan akak dik. Ayah.. Mel minta maaf.." pinta Melisa. Air mata mengalir ke pipi. Ayahnya menggenggam tangannya."Jangan buat perkara bodoh lagi, Mel. Ingat Allah.. Bunuh diri bukan jalan penyelesaian.. Ia haram di sisi Islam.. tak cium syurga jadinya. Ingat pesan ayah.." nasihat ayahnya. Melisa hanya mengangguk. "Mel janji ayah. Mel takkan buat perkara tu lagi.. Mel insaf.." jawab dia. Ayahnya hanya mengangguk senyum. Kemudian matanya tertancap pula ke arah Amsyar."Abang.." Melisa menghulurkan tangannya ke arah Amsyar. Lelaki itu mencapai huluran tangan itu lalu mendekati Melisa."Mel..""Maafkan Mel..." pinta Melisa. Amsyar hanya mengangguk. Anisah tersenyum. Namun kegembiraan itu membuatkan semua orang terlupa akan dirinya. Anisah mengeluh lalu segera keluar dari bilik itu.Tiba-tiba.."Nisa.." panggilan itu membuatkan langkahnya terhenti. Dia menoleh. Semua mata memandang ke arahnya. Melisa tersenyum.. "Mari sini.." panggil dia.Anisah melangkah perlahan ke arah Melisa. Gadis itu menghulurkan tangan ke arahnya. Anisah membalas. Kemudian disatukan antara tangan Amsyar dan Anisah. Anisah dan Amsyar terkejut. Melisa cuma tersenyum."Awak lebih berhak untuk Abang Amsyar.." jawab Melisa. Kata-kata itu memberikan sinar baru kepada hidup Anisah."Mel..." dia tak mampu berkata-kata."Maafkan saya kerana mementingkan diri selama ini.." Melisa menyesali perbuatannya."Saya juga minta maaf.." ujar Anisah."Awak takde salah dengan saya.. Saya yang bodoh..""Jangan cakap macam tu, Mel.." Amsyar menyampuk."Abang janji dengan Mel.. jaga Anisah elok-elok.." Amsyar mengangguk. Anisah juga tersenyum. Semua orang tersenyum dan gembira. Selesai sudah satu masalah.. Cuma Zikri.. walaupun dia gembira namun dia

tetap merasa sedih. Gembira kerana masalah telah selesai dan kakaknya selamat.. sedih kerana dia kehilangan orang yang dia sayang.. Anisah cinta pandang pertamanya. Tak mungkin dia dapat melupakan gadis itu..*************************** 22 Setahun berlalu.."Abang.. mana abang letak kontrak kita tu ye?" tanya Anisah sambil sibuk membelek celahan baju di dalam almari. Amsyar berlari mendapatkan Anisah yang beria-ia mencari kontrak yang mereka buat suatu ketika dulu.."Sayang.. kenapa duduk atas lantai, ni? Sayang kan mengandung.. penyek anak abang tu sayang duduk tertunduk-tunduk.." gurau Amsyar membuatkan Anisah mencebik. Gadis itu cuba bangun. Amsyar segera membantu."Beratnya isteri abang ni.. ni baru anak sorang. Belum dua tiga orang lagi.. Kalau satu bas anak kita, mahu macam kingkong rasanya badan sayang.. hehehe " tambah Amsyar lagi. Anisah menjeling. Geram pula bila lelaki itu mengutuk bentuk badannya."Abang ni.. siapa yang buat Nisa macam ni? Abang jugakkan? Pastu nak kutuk-kutuk kita pulak! Menyampah la!" marah Anisah. Sejak berbadan dua ni, perangai dia lain sikit. Tak macam dulu. Sekarang ni kuat sensitif dan kuat merajuk. Hmm.. pembawakan budak agaknya."Alaa.. jangan la merajuk sayang.. Abang gurau je. Tak kisah la sayang macam mana sekalipun.. As long sayang pandai jaga abang, abang takkan cari lain punya. Hohoho.."Anisah menjeling. Segera dia ke katil untuk duduk. Termengah juga dia bila nak bangun tadi. Dia mengusap perut yang dah hampir 8 bulan itu. Hmm.. tak lama lagi due date dia dah nak sampai.. Semakin risau dan berkobar-kobar pulak rasanya.Amsyar segera duduk di sebelah Anisah. Disentuhnya lembut perut Anisah."Baby jangan nakal-nakal tau. Jangan buat mama penat. Kesian kat mama.." ngomel Amsyar membuatkan Anisah ketawa."Abang ni.. macam la dia dengar apa yang abang cakap tu.." tegur Anisah. Amsyar hanya tersengih."Alaa.. kalau tak dengar pun takpelah. As long ibu baby kita tu dengar.. Abang saja je cakap camtu. Tu kiranya abang sayang sangat dengan Nisa tau..""Iye la tu.." Nisa mencebik. Walaubagaimanapun, dia rasa sungguh gembira. Inilah saat yang dinantikan 4 tahun yang lalu. "Sayang cari apa tadi?" tiba-tiba dia teringatkan permintaan Anisah sebentar tadi."Oh, kontrak kita tu..""Kontrak?" Amsyar mengerut dahi. Dia hilang ingatan kejap. "Kontrak apa, sayang?""Abang ni.. belum tua lagi dah jadi pelupa. Abang tak ingat ke.. 4 tahun lepas kita ada buat kontrak? Konon-konon rules sepanjang kita duduk kat rumah ni? Abang dah lupa?"Amsyar menepuk dahi.."Oh.. kontrak tu, ke?""Yelah! Kontrak mana lagi?""Kenapa tiba-tiba sayang tanya pasal kontrak tu?""Saja je.. nak tengok balik peraturan-peraturan mengarut yang abang buat tu.." perli Anisah. Amsyar hanya ketawa."Ala sayang.. abang dah buang dah.." jawab Amsyar selamba. Anisah agak terkejut dengan jawapan Amsyar."Abang buang? Bila?" Anisah inginkan kepastian."Dua tahun yang lalu.. Masa Anisah lari tinggalkan abang.. " jawab Amsyar."Kenapa abang buang?""Nisa tahu tak.. mama dan papa dah tahu pasal kontrak tu. Time tu memang abang dipersalahkan 100% oleh mama dan papa. Satu hari jugak la dorang bagi ceramah dekat abang..""Padan dengan muka abang.. gatal sangat buat kontrak tu.." Anisah perli lagi."Sebenarnya

kontrak dalam perkahwinan ni salah, sayang. Bila papa bagi ceramah dekat abang, baru abang tahu abang dah lakukan satu perkara yang berdosa""Maksud abang?""Kahwin kontrak adalah salah disisi undang-undang Islam. Tak sah hukumnya satu perkahwinan tu.." jelas Amsyar. Dia begitu jahil sekali mengenai undang-undang Islam. Mujur mamanya menjumpai kontrak itu di dalam peti ais. Bengongkan? Takde tempat lain ke nak letak kontrak tu. Peti ais jugak yang jadi mangsa. Masa tu dia fikir tempat paling sesuai adalah peti ais tu. Sebesar-besar peti yang banyak pintu tu la tempat paling strategik. Takde orang yang akan tahu.. At last.. terkantoi jugak! Mengamuk jugak la mama bila jumpa kontrak tu. Pedih jugak telinga dengar bebelan mama. Belum ditambah lagi ceramah papa pulak! Kalau arwah atok ada, sure ditembaknya aku dengan senapang gajah.. hahaha.. Wujud ke senapang tu?Anisah senyum. "Tapi kita kahwin bukan sebab kontrak kan bang? Kita kahwin sebab wasiat arwah atok abang.." kata Anisah menafikan."Ye.. tapi kontrak yang kita buat tu ada ala-ala kontrak perkahwinan.. Salah sebenarnya.." Amsyar mengeluh. Dia kesal kini.Anisah segera menggenggam tangan Amsyar erat. Amsyar tersenyum."Walaubagaimanapun.. tu semua pengajaran buat kita, bang.. Allah tu maha berkuasa. Begitu banyak ujian yang diberikan pada kita. Akhirnya kita bahagia juga.. Lepas ni jangan abang gatal tangan buat rules yang bukan-bukan lagi! Janji!?""Ok abang janji! Hehehe..." Amsyar mengangkat tangan berjanji. Anisah segera mencium pipi suami tercinta. Dia gembira sangat. Segalanya sudah berakhir.***************Petang itu Azrin datang menziarahi mereka sekeluarga. Sudah lama Anisah tidak mendengar khabar Azrin sejak dia melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD."Rin apa khabar?" tanya Anisah."Sihat je.. Nisa apa khabar? Baby tu bila due datenya?""Insya'allah sebulan lebih lagi.." jawab Anisah."Ooo.. sebenarnya kedatangan Rin ada hajat.." Anisah mengerut dahi."Hajat apa?" Anisah semakin tidak mengetahui..Azrin hanya tersengih lalu dikeluarkan sekeping kad dan dihulurkan kepada Anisah. Anisah agak terkejut. Dia mengambil kad tersebut lantas dibukanya."Rin dah nak kahwin, ke? Dengan siapa?""Baca la.."Anisah membaca kad tersebut. Untuk kali kedua dia terkejut."Nur Melisa Abdullah?" nama itu spontan terkeluar dari mulutnya. Azrin hanya mengangguk sahaja."Alhamdulillah.. Tahniah! Tak sangka.. menjadi juga korang berdua, ye?" Anisah mengucap syukur. Niat dia memperkenalkan Melisa dengan Azrin hampir setahun yang lalu telah membuahkan hasil. Sengaja dia memberikan nombor Melisa kepada Azrin suatu ketika dulu. Maklumlah.. masingmasing tengah single masa tu. Tetapi hal lepas tu, tak tahu pula apa yang terjadi sehinggalah mereka bertemu kembali."Apa yang tahniah-tahniah, ni?" sampuk Amsyar sambil menatang dulang berisi air dan kuih-muih. Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja."Azrin nak kahwin, bang.." jawab Anisah."Ye? Dengan siapa?" Amsyar teruja."Mesti abang terkejut.. Dengan Mel.." jawab Anisah lagi. Azrin hanya tersengih."Wah! Tahniah~! Memang padan sangat la tu.. Kenapa tak ajak Mel datang jenguk kitorang sekali?" "Dia ada temujanji dengan client hari ni..""Mel dah kerja?" Mereka berdua terkejut."A'ah. Sebagai marketing executive. Baru je berjinak-jinak..""Baguslah macam tu. As long Mel dah jadi wanita berkerjaya.." puji Anisah."Dia kirim salam dengan korang berdua..""Waalaikumussalam..""Korang jangan lupa datang tau! Korang dah jadi

tetamu VVIP kitorang. So wajib kena datang..""Insya'allah.."********************************Anisah memandang ke arah langit. Angin malam meniup sepoi-sepoi bahasa. Pelukan Amsyar menghangatkan tubuhnya yang kesejukkan. "Sayang.. ingat lagi tak masa kita kecik-kecik dulu?" tanya Amsyar tiba-tiba."Hmm.. kenapa?""Dulu.. abang selalu kutuk sayang. Abang selalu cakap, 'Tak mungkin aku suka perempuan macam kau,dugong! Jangankan jadi awek aku.. isteri aku pun aku tak sanggup!'. Ingat tak?"Anisah diam. Kenangan lama kembali terimbas. Dia teringatkan biawak yang pernah jatuh di atas ribaannya. Naik bulu roma dia."Tak sangka.. Tuhan tu maha Adil. Rupa-rupanya gadis yang abang kutuk, perli, hina.. adalah isteri abang yang paling abang sayang sekarang.." Amsyar kesal. Dulu dia bermukamuka. Suka bermegah-megah. Playboy.. semua perempuan cantik jadi milik dia. Dalam masa memilih, hawa yang dicari rupa-rupanya adalah gadis yang pernah dihinanya dulu. Gadis yang telah dikutuk dan dikeji itulah yang membahagiakan hidupnya kini. Betul la cakap orang.. setiap perbuatan keji pasti akan mendapat pembalasannya. Dan dia sudah menerima seksaan itu. Kebahagiaan datang mengakhiri penderitaan. Dia bahagia kini.Wajah Anisah ditatapnya. Air mata bertakung di kelopak mata gadis itu."Sayang menangis?" tanya Amsyar."Abang bahagia dengan Nisa?" jawapan Amsyar tidak berjawab malah ditujukan pula soalan baru."Seumur hidup abang.. inilah kebahagiaan yang abang cari selama ini.." jawab Amsyar jujur. Dia mengejapkan pelukannya. Diciumnya pipi Anisah dengan penuh kasih sayang. Sumpah! Dia takkan mengulangi perbuatan yang dulu. Biarlah segalanya berlalu.. tidak perlu diingatkan kembali. Biarlah ianya menjadi kenangan.. Tak disangka-sangka, akhirnya Mel dan Azrin bertemu jodoh. Mel dapat menerima lelaki lain dalam hidupnya selain Amsyar. Irina pula bakal berkahwin juga tak lama lagi. Tahun ni agaknya membawa tuah pada mereka. Fatin pula bakal menimang cahaya mata.. Rasanya dah masuk 4 bulan. Zikri.. hmm.. apa jadi pada Zikri sekarang, ye?********************************Zikri sibuk membelek buku di tangan. Dia leka mencari isi kandungan buku yang sesuai untuk tesis dia kali ini. Kakinya melangkah ke arah kaunter pembayaran. Dia tidak langsung memandang sekeliling. Tiba-tiba.."Awww!!!" jerit seseorang.. Buku di tangan masing-masing terlepas dari pegangan dan jatuh ke lantai. "Oh~! Sorry.. sorry.." ucap Zikri. Dia segera mencangkung untuk mengambil buku tersebut. "Takpe.. It's ok.." ujar gadis itu. Zikri terpana sebentar apabila memandang gadis itu.. Lawanya.. Langsung tidak bergerak dari kedudukan."Awak? Hello.. Are you ok?" gadis itu cuba melambai-lambai untuk mengalih perhatian Zikri. Zikri tersedar. Dia segera memberikan buku itu kepada gadis itu."Maafkan saya.. saya tak sengaja..""It's ok. Thanks.." Gadis itu mengambil buku tersebut dan segera ke kaunter. Dia juga ingin membuat pembayaran.Sebaik selesai membuat pembayaran, gadis itu segera keluar dari kedai buku tersebut.Zikri kelam kabut lantas dia memanggil gadis itu."Awaaakk~!" jerit dia. Gadis itu menoleh. Zikri menyuruh gadis itu tunggu sehingga dia habis membuat pembayaran. Gadis itu terpinga-pinga.Zikri keluar dari kedai buku dan mendekati gadis itu. "Sorry buat awak tunggu..""Kenapa" tanya gadis itu.."Saya Zikri.. Awak?" Zikri memulakan perkenalan. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam."Elyana.." jawab gadis itu tersenyum..

Gadis itu membalas huluran tangan tersebut. "Cantik nama.. Secantik orangnya.." puji Zikri. Elyana ketawa."Merepek je awak ni.." "Saya belanja makan? Sebagai tanda minta maaf sebab langgar awak tadi.." pelawa Zikri. "Err..." Elyana berbelah bahagi."Pleasee... Jangan risau, saya bukan orang jahat!" kata Zikri."Hmm.. Ok.." jawab Elyana. Hati Zikri berbunga riang. Bunga di hadapan tidak sesekali dilepaskan. Cinta kedua berputik kembali setelah lama ianya tertutup. Mereka mula berjalan beriringan menghampiri restoran berhampiran.Setiap manusia sememangnya telah diciptakan berpasangan. Seperti Hawa diciptakan untuk Adam. Allah takkan membiarkan kita berseorangan kerana jodoh kita Dia yang tentukan. Oleh itu, usah bimbang andai kata kita belum menjumpai pasangan kita. Kalau tidak hari ini, pastinya esok.. lusa.. atau bila-bila. Berdoalah ke hadrat Illahi.. Berusaha, sabar dan tawakal. Insya'allah, kebahagiaan menunggu kita satu hari nanti..**TAMAT** TAMMAT

Related Documents

Benci Bilang Cinta
May 2020 26
Bilang Cinta
June 2020 25
Aku Bilang Cinta Sekarang
November 2019 34
Siapa Bilang?
April 2020 29
Cinta
October 2019 57