Bekalan Kuasa Jenis Pensuisan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bekalan Kuasa Jenis Pensuisan as PDF for free.

More details

  • Words: 371
  • Pages: 2
OPERASI BEKALAN KUASA JENIS PENSUISAN Gambarajah di bawah menunjukkan litar mudah bekalan kuasa jenis pensuisan yang mempunyai bahagian-bahagian berikut:

Penapis Hinggar dan Fius Merupakan bahagian mula-mula dilalui oleh bekalan kuasa utama ke bekalan kuasa komputer. Ia berfungsi untuk menjaga keselamtan bekalan kuasa dari lebihan voltan (spike) dan juga hinggar (noise) yang boleh menganggu talian bekalan kuasa dan juga berosakan bekalan kuasa komputer. Penapis hinggar (noise filter) berfungsi utnuk menapis hinggar pada talian masukan dan fius pula digunakan untuk mengelakkan berlaku kerosakan pada komputer sekiranya terdapat litar pintas atau lebihan beban pada bekalan kuasa. Penapis hinggar yang biasa digunakan adalah “Metal okside Varistor”(MOV)

Voltage double rectifier Ia adalah bahagian kedua selepas penapis hinggar dan fius. Ia berfungsi untuk menjanakan masukan voltan arus terus yang tinggi kepada sepasang transistor yang digunakan sebagai pensuisan dengan cara memenggal (chooped) voltan masukan DC kepada gelombang empat segi. Hasil keluaran ‘voltage double rectifier’ adalah voltan arus terus yang tinggi (120/240 VDC). Keluaran ini akan dialirkan kepada masukan ‘power transformer’.

Pengubah frekuensi tinggi Ia digunakan untuk mendapat beberapa paras voltan keluaran yang lebih rendah dan juga sebagai pengasingan daripada masukan DC dari ‘voltage double rectifier’ yang tinggi. Hasil keluarannya adalah voltan segi empat yang rendah seperti yang diperlukan oleh komputer.

Penerus Ia berfungsi untuk menukar gelombang empat segi dari ‘power transformer’ kepada nilai voltan DC yang biasa. Cara kerjanya sama dengan penerus dalam bekala kuasa jenis pengubah.

Litar pensuisan dan kawalan Ia merupakan bahagian utama dalam bekalan kuasa jenis ini. Fungsinya adalah untuk mengawal pensuisan sepasang transistor yang disambung pada masukan ‘power transformer’. Kawalan ini akan menentukan gelombang DC empat segi yang dihasilkan oleh pengubah tersebut. Ia juga untuk mengawal nilai voltan yang tetap dikeluarkan oleh bekalan kuasa. Cara ia mengawalnya adalah dengan mendapatkan nilai keluaran pada penerus dan membandingkan nilai tersebut dengan nilai piawai sekiranya tidak sama, maka ia akan menghantar isyarat kawalan melalui ‘photo isolator’ kepada ‘ controlled osillator’ supaya mengawal masa pensuisan bagi transistor-transistor tersebut. Dengan mengawal masa pensuisan bagi kedua-dua transistor tersebut keluaran dapat ditetapkan.

PENGATUR VOLTAN (regulator) Pengatur Voltan berfungsi untuk menetapkan keluaran bekalan kuasa seperti mana yang dikehendaki.Biasanya bahagian ini menggunakan IC chip yang khas. Ia dipanggil ‘voltage regulator’ seperti 7815 (+12VDC), 7805 (+5VDC), 7905 (5VDC) dan 7915 (-12VDC) dan lain-lain lagi.

Related Documents