Lukis dan labelkan bahagian-bahagian pada bekalan kuasa jenis ATX.
Ada tiga bahagian operasi dalam unit bekalan kuasa iaitu transformer, rectifler dan filter. Transformer: Ia menurunkan voltan 240V AC ke tiga cabang voltan iaitu 3V, 5V dan 12V AC. Voltan output masih dalam gelombang AC. Rectifier: Ia menukarkan voltan 3V, 5V dan 12V AC ke DC tetapi masih kurang stabil iaitu ada gelombang halus sama seperti gelombang AC. Filter: Ia menapis gelombang dan memberi satu arus DC yang bersih dan tidak bising untuk ketiga-tiga voltan.