Bedah Plstik Percuma

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bedah Plstik Percuma as PDF for free.

More details

  • Words: 648
  • Pages: 3
Dikelar bibir hidup-hidup

Pembedahan percuma dilakukan bagi membantu mangsa perang yang cacat kembali ke pangkal masyarakat.

Ketua komander pemberontak mengeluarkan arahan untuk mengelar bibir saya. Dia berkata, sekiranya saya menjerit kesakitan, saya dan anak-anak saya akan dibunuh – ANNA ALWOCH

PERTAMA kali pisau tajam di dewan bedah mengenai muka Anna Alwoch, mulutnya yang robek akibat dikelar oleh sekumpulan pemberontak cuba diselamatkan. Seterusnya, pakar bedah bertungkus-lumus ‘membina’ semula mulutnya dan proses itu berjalan lancar. Alwoch, 55, adalah antara yang tersenarai untuk melakukan pembedahan plastik bagi menambah baik mukanya. Dia bersama mangsa-mangsa lain telah dicacatkan oleh anggota kumpulan pemberontak, Lord Resistance Army (LRA) di bahagian utara Uganda. LRA telah membunuh beribu-ribu orang dewasa dan menculik kira-kira 10,000 kanak-kanak untuk dijadikan askar dan hamba seks ketika bermaharajalela selama 20 tahun di bumi Uganda. LRA ditubuhkan bagi menentang kerajaan persekutuan. Lebih daripada dua juta orang telah dibunuh dalam konflik yang tercetus di antara pemberontak dan kumpulan Kampala sebelum arahan gencatan senjata dikeluarkan pada Julai 2006. Kekejaman kumpulan ini semakin menjadi-jadi dan begitu ekstrem termasuk memotong mulut, telinga, hidung dan tangan orang awam, selain memenggal anggota-anggota badan yang lain serta memukul mangsa sehingga mati. Alwoch dan dua orang anaknya, seorang daripadanya baru berusia tujuh bulan ditangkap pada satu petang berdekatan dengan kawasan berlaku persengketaan di antara kumpulan pemberontak dan kerajaan. Selepas dirogol, Alwoch dan anak-anaknya dibawa ke sebuah tempat terpencil untuk diseksa. “Ketua komander pemberontak mengeluarkan arahan untuk mengelar bibir saya. Dia berkata, sekiranya saya menjerit kesakitan, saya dan anak-anak saya akan dibunuh,” ujar Alwoch yang duduk di atas sebuah tikar buluh dengan mengenakan sehelai gaun biru terang dan seutas rantai mutiara menghiasi dadanya. Sambil menceritakan kejadian itu, katanya, seorang pemberontak menggunakan sekeping tin yang berkarat untuk mencarik mulutnya dan sesudah itu, dia menarik keluar bibirnya. Akibat kesakitan yang teramat sangat, dia terus pitam. Apabila dia kembali pulih, anak-anaknya sudah tiada lagi. Alwoch bersyukur kerana semua anak-anaknya selamat selepas bersembunyi di sebuah rumah. Bibit-bibit kenangan hitam yang berlaku pada tahun 1992 itu hanya membawa titisan air mata kepada wanita ini, meskipun peristiwa itu sudah sekian lama berlalu.

Pada lewat tahun 1990-an, sebuah hospital berdekatan tempat tinggalnya menawarkan perkhidmatan untuk melakukan pembedahan percuma bagi merawat bibirnya. Alwoch yang

SANTANIO OTTO dipotong tangan kirinya oleh anggota pemberontak LRA di utara Uganda.

menyara hidup dengan membuat penyapu, terus menerima tawaran tersebut. “Saya fikir saya mungkin dapat balik muka saya sebelum ini,” ujarnya. Harapan Alwoch sedikit sebanyak menjadi kenyataan apabila bibir di bahagian bawah ‘dibina’ semula. Begitupun, pembedahan yang menyakitkan itu membuatkan dirinya takut untuk menjalani satu lagi proses pembedahan. Pada November lalu, kumpulan kebajikan Caritas Katolik mengatur untuk melakukan pembedahan plastik kepada 16 orang mangsa peperangan di Gulu, sebuah bandar yang menjadi pusat konflik. “Ramai yang tampil untuk mendapatkan kaunseling setelah melalui trauma kecacatan kekal,” jelas Timbalan Pengarah Caritas Uganda, John Komakech. Komakech berkata, ada yang mengaku berasa lebih baik secara psikologi selepas melalui prosedur tersebut. “Itu adalah tanda kejayaan,” katanya. Seramai 16 orang yang terpilih ini adalah daripada senarai yang panjang dengan 3,000 nama lain. Bilangan ini bertambah setiap hari apabila lebih ramai orang mengetahui tentang program ini dan hadir untuk berdaftar. “Kami sedang berunding dengan Hospital Mulago untuk mencari jalan melakukan pembedahan ke atas mangsa-mangsa lain,” ujar Richard Todwong, penasihat khas presiden di bahagian utara Uganda. Buku-buku tebal dengan gambar mangsa yang ngeri dan fail mangsa cacat menghimpun ruang almari di pejabat Todwong. Keperluan pembedahan mencakupi prosedur mudah seperti pembetulan bentuk muka hinggalah penggantian anggota badan. Tambahnya, kebanyakan mangsa merasakan diri mereka disisih oleh masyarakat sekali gus menambah trauma yang dilalui selepas diseksa oleh LRA. Sebagai contoh, Alwoch sendiri dicaci dan dipersenda oleh jiran-jiran. Walaupun dia masih lagi susah untuk membuat beberapa perkara mudah seperti meniup lilin, dia tidak pasti sama ada dia bersedia untuk membuat satu lagi pembedahan. Akui Alwoch, dia tidak mahu melalui detik itu lagi hanya untuk berasa selesa. “Saya terima diri saya seadanya. Sekali ada parut, seumur hidup diri berparut.”

Related Documents

Bedah Plstik Percuma
June 2020 7
Internet Percuma
May 2020 12
Lapuran-percuma-rtl
May 2020 9
Tambang Percuma 2009
April 2020 9
Borang Tambang Percuma
April 2020 9