Umar Bin Abdul Aziz

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Umar Bin Abdul Aziz as PDF for free.

More details

  • Words: 675
  • Pages: 2
UMAR BIN ABDUL AZIZ : Peringatan daripada kubur

Keturunannya Beliau adalah Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin al-Hakam bin Abu al-‘As bin Umayyah bin Abd Syams bin Abdul Manaf al-Qurasyi al-Umawiy. Ibunya ialah Ummu ‘Asim Laila binti ‘Asim bin Umar bin al-Khattab RA. yang digelar sebagai Abu Hafs. Kelahirannya Umar bin Abdul Aziz telah dilahirkan di Halawan iaitu nama suatu kampung yang terletak di Mesir, pada tahun 61 Hijrah. Tahun tersebut adalah bertepatan dengan peristiwa pembunuhan Saidina Husain bin Ali. Inilah catatan tarikh yang diakui oleh kebanyakan ulama’. Diriwayatkan daripada Umar: “Bahawasanya Abdul Rahman bin Syurahbil suatu hari telah bercerita: “Ada seorang lelaki bermimpi pada malam kelahiran Umar bin Abdul Aziz atau pada malam pertabalan beliau menjadi khalifah, melihat seseorang sedang berdiri di antara langit dan bumi sambil berteriak dengan katanya: “Akan muncul dari kalangan engkau seorang yang peramah, pembela hak dan kebenaran dan seorang yang akan menzahirkan amalan soleh pada diri orang yang sembahyang.” Tanya lelaki itu: Siapakah gerangan orang itu?” Lelaki yang berteriak itu pun turun ke bumi dan menggoreskan pada permukaan bumi huruf-huruf (‘ain mim ra’.) Peringatan daripada kubur Abu Farwah meriwayatkan: “Suatu hari Umar bin Abdul Aziz telah pergi menguruskan jenazah beberapa orang yang mati daripada keluarga Bani Umayyah. Setelah selesai disembahyangkan dan dikebumikan, orang ramai yang turut hadir ke kubur berkata: “Mari semua kita berangkat pulang.” Di saat itu juga Umar telah pergi menghilangkan diri di celah-celah orang ramai menyebabkan mereka semua menanti-nanti kemunculannya dan mengesyaki bahawa sesuatu telah berlaku kepada Umar. Tidak lama kemudian Umar pun muncul dengan kedua-dua matanya merah dan urat-urat tengkuknya nampak timbul kesan daripada tangisannya. Mereka bertanya: “Wahai Amirul Mukminin! Ke manakah tuan menghilang tadi kerana kami semua menanti kemunculan tuan?” Jawab Umar: “Sebentar tadi aku telah cuba meninjau-ninjau kubur-kubur keluarga ayahku yang sangat aku kasihi. Aku memberi salam kepada mereka tetapi mereka tidak menjawabnya.” “Bila aku pergi lebih dekat lagi, tiba-tiba tanah menyeru kepadaku dengan katanya: “Wahai Umar! Mengapa tuan tidak bertanya aku tentang nasib keluarga tersayang tuan. Lalu kataku: “Ya, bagaimanakah keadaan mereka sekarang?” Jawab tanah: “Kain kapan dan tubuh mereka telah lama hancur dimakan ulat.”

Kemudian aku melangkah lagi untuk menyiasat dari manakah datangnya suara tersebut, tiba-tiba tanah bersuara lagi memanggilku: “Wahai Umar! Mengapakah tuan tidak menanyakan diriku tentang keadaan kedua-dua mata mereka pula.” Jawabku: “Ya, bagaimanakah keadaannya?” Jawab tanah: “Keduadua biji mata termasuk mata putih, juga telah hancur kerana dimakan ulat.” “Bila aku cuba menyiasat lagi, sebagaimana sebelumnya tanah pun menyapaku: “Wahai Umar! Mengapakah pula tuan tidak terus menyoalku tentang proses bagaimanakah hancurnya tubuh badan seseorang?” Kata Umar: “Ya, bagaimanakah prosesnya?” Jawab tanah: “Mula-mulanya, kedua-dua tapak tangan akan tertanggal daripada pergelangan tangannya. Kemudian kedua-dua pergelangan tangan akan tertanggal daripada lengannya. Selepas itu, kedua-dua lengan akan tercerai daripada sikunya. Kedua-dua tulang kipas akan tercabut daripada lambungnya. Kedua-dua lambungnya akan tertanggal daripada tulang sulbinya. Tulang sulbi pula akan terpisah daripada kedua-dua tulang punggungnya. Kedua-dua tulang punggung akan tercabut daripada tulang pehanya. Kedua-dua tulang peha akan bercerai daripada kedua-dua lututnya. Kedua-dua lututnya akan bercerai daripada betisnya dan akhir sekali, kedua-dua betisnya akan bercerai daripada kedua-dua kakinya.” “Bila aku bergerak lagi, tanah terus memanggilku lagi dengan katanya: “Wahai Umar! Bersedialah engkau dengan kain-kain kapan yang tidak akan lusuh.” Tanyaku: “Apakah kain kapan tersebut?” Jawab tanah: “Ketakwaan kepada Allah dan beramal semata-mata kerana mentaati-Nya.” Cerita ini telah diriwayatkan berulang-ulang kali oleh ramai perawi hadis yang menjadikannya suatu riwayat yang kuat. Terdapat juga penambahan di dalam riwayat yang lainnya yang berbunyi: “Kemudian Umar pun menangis dan berkata: “Sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat tinggal sementara. Kemuliaan di dunia merupakan kehinaan di akhirat. Kekayaan di dunia adalah kemiskinan di akhirat. Usia muda di dunia sebenarnya usia tua berbanding akhirat. Hidup di dunia hakikatnya mati berbanding akhirat. Justeru itu, janganlah kalian tertipu dan tergoda ketika melayari bahtera kehidupan di dunia, sedangkan kalian mengetahui bahawa ianya hanyalah kehidupan sementara sahaja. Orang yang tertipu ialah mereka yang terpedaya dengannya. Ke manakah perginya generasi lampau yang telah membina bangunan-bangunan di permukaan bumi? Membina saliran-salirannya? Yang menumbuhkan pokok-pokoknya? Mereka hidup di dunia ini hanya sementara sahaja.” “Mereka ditipu oleh kesihatan tubuh badan mereka.

Related Documents