Bank Rakyat

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bank Rakyat as PDF for free.

More details

  • Words: 2,968
  • Pages: 10
AR-RAHNU PAJAK GADAI ISLAM PERTAMA DI DUNIA

UTUSAN MALAYSIA SELASA, 28 MAC 2006 Oleh: ZUNAIDAH ZAINON SISTEM cagaran untuk mendapatkan wang telah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. apabila Baginda pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya, menurut satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Allah s.w.t. berfirman bermaksud: Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang (oleh yang berpiutang). Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (AlBaqarah: 283) Dalam Islam telah termaktub sistem yang sempurna dan praktikal untuk dilaksanakan oleh umatnya bagi mengelakkan berlakunya riba dan unsur-unsur gharar (penipuan). Bagaimanapun, sejak zaman pemerintahan British di negara ini, perniagaan pajak gadai banyak diusahakan masyarakat Cina. Ini telah menyebabkan berlakunya transaksi perniagaan yang bertentangan dengan hukum syarak. Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Dr. Abdullah @ Alwi Hassan berkata, orang Melayu-Islam di negara ini memerlukan perkhidmatan mudah tunai dengan menggadai barang-barang tertentu untuk dijadikan modal pusingan dari semasa ke semasa.Kebiasaannya mereka menggunakan wang untuk membeli barang keperluan seperti beras dan bahan makanan. “Apabila kesuntukan wang, mereka akan menggunakan barang kemas untuk membeli barangbarang lain atau ditebus balik. Tetapi persoalan yang timbul di sini ialah kadar bunga atau faedah yang dikenakan kepada penggadai. Malah, ada ketikanya barang tersebut akan lupus jika mereka gagal menebusnya kembali. Ini menunjukkan berlaku pengambilan terus secara tidak adil,” jelas beliau mengenai operasi pajak gadai konvensional. Pada 1990, bekas Gabenor Bank Negara, Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussin berucap dalam sebuah forum di Pulau Pinang tentang betapa perlunya sebuah institusi kewangan Islam menerusi sistem perbankan memberi kemudahan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk memperoleh wang melalui cagaran. Sebagai menyahut seruan itu, kerajaan Terengganu buat pertama kalinya telah melaksanakan Muassasah Gadaian Islam Terengganu pada 23 Januari 1992. Pajak gadai itu ditubuhkan di bawah Pejabat Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Terengganu. Penubuhan pajakan dan operasi itu termaktub di bawah peruntukan Seksyen 12 dan 14 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Bil.2) 1986. Dari segi perundangan, operasi Muassasah Gadaian Islam Terengganu tertakluk di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Peraturannya berkuatkuasa pada 1 Jun 1992. Pelaksanaan Muassasah Gadaian Islam Terengganu yang memenuhi kehendak syariah Islam telah menarik

minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan. Melalui anak syarikatnya, Permodalan Kelantan Berhad, ia telah mewujudkan Kedai Ar-Rahn yang memulakan operasi pada Mac 1992 dengan modal awal RM2 juta. Ia merupakan syarikat atau institusi gadaian Islam terawal di Malaysia. Kerajaan pusat telah menyarankan dilaksanakan sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu di seluruh negara menjelang 1993. Kalangan ahli fuqaha dan sarjana undang-undang Islam mentakrifkan gadaian sebagai barang yang disahkan sebagai cagaran hutang atau dengan kata lain menjadikan sesuatu harta yang mempunyai harga sebagai jaminan hutang. Ia akan dijadikan pembayaran hutang sekiranya hutang tidak mampu dijelaskan. Semua barang yang boleh diperdagangkan boleh digadaikan dalam tanggungan orang berhutang. Ar-Rahnu dari sudut bahasa membawa maksud tetap (al-Dawam) dan penahanan (al-Habs). Dari segi pelaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah memperkenalkan skim pajak gadai Islam kepada masyarakat umum. Pelaksanaannya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertindak sebagai badan kawal selia kerajaan. “Sebagaimana institusi kewangan Islam yang lain seperti takaful dan Bank Islam, skim Ar-Rahnu bertujuan untuk mengelakkan umat Islam daripada terlibat dengan amalan riba dan ketidakadilan dalam sistem pajak gadai konvensional. Dari segi ekonomi, skim ini menjadi platform untuk mendapatkan modal segera dalam perniagaan barang-barang runcit,” ujar Abdullah mengenai objektif pelaksanaan skim Ar-Rahnu. YPEIM menjadi pelabur utama dan penyelaras dana pelaburan dan Bank Rakyat bertindak sebagai pengurus pelaksanaan operasi skim tersebut. Projek itu dijalankan berdasarkan kepada konsep Mudarabah Khas (Muqayyadah). Skim yang bermula pada 21 Oktober 1993 itu melibatkan pelaburan berjumlah RM5 juta daripada YPEIM dengan pembahagian keuntungan 70:30. Melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat, YPEIM kemudian menjalin kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Pertanian Malaysia. Pelaksanaan skim itu di semua institusi kewangan adalah selaras dengan hukum syariah. Beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri turut menceburkan diri dalam bidang itu. Contohnya, kerajaan Perlis telah menubuhkan sistem pajak gadai Islam pada Januari 1997. Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam pelaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun Terengganu. Jelas Abdullah, konsep Ar-Rahnu menggalakkan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan dan membantu masyarakat tanpa mengira batas agama dan keturunan. Selain itu, ia dapat mengelakkan penglibatan umat Islam dengan transaksi perdagangan yang berunsur negatif. Islam menghalalkan gadaian kerana ia berupaya meningkatkan taraf sosial dan keadilan dalam masyarakat. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dijalankan, beliau mendapati pajak gadai konvensional mempunyai beberapa aspek yang bercanggah dengan hukum Islam terutama dari segi pelaksanaan dan operasi. Katanya, penyelewengan berlaku dari segi nilai gadaian yang semakin

menyusut walaupun barang kemas didapati lebih berat. Malah undang-undang pajak gadai tidak mewajibkan peniaga pajak gadai mencatatkan saiz dan berat barang kemas pada resit gadaian. Mereka juga dikenal pasti menetapkan kadar faedah yang berlebihan berbanding yang telah termaktub dalam Seksyen 46, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Tambah Abdullah, sistem konvensional memberi nilai gadaian rendah walaupun banyak barang yang hendak digadai kerana akta tidak menetapkan kriteria untuk meletakkan harga pada barang gadaian. Peniaga pajak gadai turut mengenakan bayaran ke atas resit gadaian. Berdasarkan kepada akta itu, pemegang gadaian boleh mendapatkan semula resit secara percuma apabila memohon penangguhan tetapi ada yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran 50 sen untuk setiap salinan resit gadaian yang seterusnya. Mereka berani mengambil kesempatan kerana akta tidak mewajibkan pemberian resit bagi barang yang telah digadai kecuali pemegang yang perlu menyerahkan surat pajak gadai sahaja. “Pada masa yang sama, peniaga pajak gadai tidak memulangkan wang lebihan selepas lelongan dan ditolak jumlah hutang. Tindakan ini ternyata menindas pengguna yang amat memerlukan wang tersebut,” katanya. Apabila peniaga pajak gadai didapati sewenang-wenangnya menindas pengguna yang kurang arif mengenai operasi pajak gadai, secara tidak langsung ia membuktikan kelemahan Seksyen 46, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah akta itu tidak mewajibkan peniaga menunjukkan kadar faedah yang ditetapkan di tempat terbuka dengan jelas atau menerangkan kepada penggadai yang buta huruf kerana perniagaan pajak gadai tidak dipantau dengan ketat. Akta tersebut juga tidak menetapkan kawalan atau peraturan terhadap acara melelong barang gadaian yang tidak ditebus. Malah tidak dinyatakan waktu dan tempat lelongan diadakan. Barang gadaian yang hendak dilelong juga tidak dipamerkan. “Walaupun akta ada menyatakan pemegang lesen bertanggungjawab terhadap barang cagaran tetapi jika berlaku kerosakan, pampasan yang dibayar kepada penggadai adalah tidak adil kerana ia menerima nilai yang lebih rendah dan kurang daripada nilai gadaian sebenar,” ujar Abdullah. Enam bulan adalah tempoh pajakan yang singkat jika jumlah pinjaman yang dibuat adalah besar dan penggadai terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Pada masa yang sama, penggadai turut dibebankan dengan kadar faedah yang tinggi kerana perniagaan pajak gadai memerlukan modal yang besar. Selain itu, akta itu hanya mengehadkan peniaga pajak gadai memberi pinjaman sebanyak RM5,000 dan jika lebih ia perlu mendapatkan lesen peminjam wang. Keadaan ini sangat merugikan penggadai kerana keadaan inflasi akan menaikkan nilai barangan. Dari segi menamatkan kontrak gadaian, Abdullah menjelaskan, barang gadaian akan diserahkan apabila penggadai telah melunaskan hutang kepada pemegang gadai. Sekiranya penggadai tidak mampu membayar hutang yang diambil, apabila tamat kontrak, dengan kebenaran hakim pemegang gadai boleh melelong barang tersebut dan ia hanya boleh meletakkan harga barang tersebut sebanyak hutang yang dikenakan Selain itu, kontrak juga boleh berakhir dengan pelupusan hutang (ibra’) iaitu pemegang gadai bersetuju menghapuskan hutang dengan memulangkan semua barang tersebut tanpa membayar hutang. Mengenai status penggadai yang meninggal dunia, Abdullah menyatakan, kontrak gadaian tidak akan berakhir atau terbatal sekiranya berlaku kematian. Jika penggadai atau

pemegang gadai meninggal dunia, waris-waris akan menggantikan tempat mereka. Sekiranya waris masih kecil atau berada di luar negara, maka waris boleh menjual harta gadaian dengan persetujuan pemegang gadaian dan ia hanya boleh digunakan untuk menjelaskan hutang si mati. “Dalam kes gadaian yang menggunakan harta yang dipinjam pula, sekiranya berlaku kematian, pemegang gadai tidak boleh menjual barang tersebut melainkan dengan keizinan pemberi pinjaman. Tetapi jika pemberi pinjaman ingin menjualnya tanpa keizinan pemegang gadai, syaratnya harga jualan perlu dapat menampung jumlah hutang,” jelas Abdullah. Sistem pajak gadai Islam ternyata memberi kelebihan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan kerana ia berlandaskan kepada hukum Islam. Pajak gadai Islam dinilai oleh penasihat syariah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang Islam. Ar-Rahnu yang dijalankan di Malaysia merupakan sistem pajak gadai yang pertama di dunia dan hingga kini masih belum ada sistem yang seumpamanya di dunia.

 Menjadi satu wahana/platform (forum) peringkat serantau bagi tujuan menyelaras operasi Pajak Gadai Islam (Skim Ar-Rahnu) / Pegadaian Syariah dan membantu menyelesaikan isu berbangkit di peringkat negara anggota.  Membantu dan menggalakkan pertumbuhan/perkembangan bagi melaksanakan perkhidmatan Pajak Gadai Islam/Pegadaian Syariah di kalangan negara anggota untuk membolehkan kumpulan sasar mendapat manfaat optimum.

 Membantu melicinkan urusan penganjuran seminar/diskusi ilmiah/konvensyen yang dikelolakan oleh INPUT YPEIM (urusetia Sekretariat) dalam usaha memperkenal, memaju dan memantau pelaksanaan Pajak Gadai Islam (Skim Ar-Rahnu)/Pegadaian Syariah di kalangan anggota Sekretariat.  Membantu urusan perundingan oleh INPUT YPEIM dalam pelbagai aspek operasi Pajak Gadai Islam (Skim Ar-Rahnu)/Pegadaian Syariah, pusat perkongsian maklumat/informasi terkini, latihan/kepakaran serta fasiliti pertukaran pegawai di kalangan negara anggota.

Vision Bank Rakyat is its members’ Choice Bank for all its product and service offerings are the best compared with those provided by other competing financial institutions. Since membership in Bank Rakyat is very significant, there is no reason for them to look at others. This vision generates the tagline: “Bank Rakyat Your Choice Bank” Mission To help improve the economic well-being of members by providing financing facilities at an affordable rate for agriculture, production, marketing, fishing, transportation, housing and business activities deemed beneficial to members and to also promote thrift and savings. (By Law Article 5(i)) Objective To ensure a satisfactory profit towards meeting dividend payments to its members while charging reasonable profit rates that is not a burden to its members. Function The main function of Bank Rakyat is to provide financing and accept deposits as well as producing satisfactory dividend returns for betterment of its members.

Strategy Market To widen and penetrate the market through effective marketing efforts.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? harap-harap anda akan sihat dan ceria semua. Nampaknya kita sudah menghampiri hujung tahun 2008. Tak lama lagi tahun 2009 akan tiba. Jadi marilah kita sama-sama berdoa agar tahun 2009 ini akan membawa lebih banyak keberkatan, kekayaan dan juga kebahagiaan. Ok! sekarang mari kita bercakap pasal emas pula Salah satu kelebihan emas fizikal ialah ianya boleh digadaikan. Dengan kata lain emas ini boleh disandarkan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Pinjaman ini boleh digunakan samada untuk: 1. Membuat pelaburan jangka pendek yang lebih menguntungkan. 2. Sebab sesak nak pakai duit untuk jangkamasa pendek. Jadi, bagi pembaca yang nak mengetahui cara-cara menggadai emas, saya akan menceritakan pengalaman saya memajak emas di Ar-Rahnu bank Rakyat dan Ar-Rahnu Agro Bank. Tapi sebelum itu, mari kita lihat sistem pajak gadai yang terdapat di Malaysia. Sistem pajak gadai di malaysia. Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 sistem pajak gadai di Malaysia iaitu: 1. Sistem pajak gadai konvensional 2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam (Ar-Rahnu) Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima pinjaman pula ialah RM5000.00 Saya tiada pengalaman memajak emas di pajak gadai konvensional. Lagipun pajak gadai konvensional menggunakan sistem faedah/riba yang jelas bertentangan dengan Islam.

So saya tak recommend lah…. Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu. Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah: 1. Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan. 2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong. 3. Cas perkhidmatan yang rendah 4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan. 5. Tempoh membayar balik yang munasabah 6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai. Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank Rakyat dan Agro Bank. Memandangkan saya pernah memajak emas di kedua-dua bank, maka saya akan tumpukan kepada bank-bank ini. 1. Ar-Rahnu Bank Rakyat: Maklumat lanjut tentang skim Ar-Rahnu Bank Rakyat boleh baca kat sini: http://bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu 2. Ar-Rahnu Agro Bank: Maklumat lanjut mengenai skim Ar-Rahnu Agro Bank boleh dibaca kat sini http://www.agrobank.com.my/Product_Item.aspx?v=loan_arrahnu Pengalaman memajak emas di Bank Rakyat. Saya ada memajak 6 ketul emas PAMP Suisse 100 gram di Bank Rakyat Melaka. Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis rate pajak iaitu barang kemas dan juga gold bar. Jika anda hendak pajak gold bar, anda perlu membawa sijil gold bar berkenaan atau resit pembelian gold bar tersebut. Tapi untuk barangan kemas, tak perlu bawa sijil. Emas PAMP Suisse 100gram yang digadai Memajak emas di Bank Rakyat sangat mudah. Dalam 15-20 minit aje dah selesai. Apa yang perlu dibawa ialah emas dan kad pengenalan. Kalau ada resit pembelian emas, saya cadangkan anda membawanya. In case pegawai Bank Rakyat minta tengok. Emas yang biasa digadaikan ialah emas 999 (24K) dan emas 916 (22K) Pegawai bank akan menguji berat dan ketulenan emas. Bank Rakyat akan memberi pinjaman 65% daripada nilai keseluruhan emas. Rate harga emas pula berubah-ubah setiap hari berdasarkan harga emas pasaran. kalau nak tahu rate, kena telefon atau kunjungi cawangan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Tempoh simpanan ialah 6 bulan. Anda boleh tebus awal kalau nak. Anda akan dapat diskaun jika menebus awal.

Selepas tempoh 6 bulan, anda boleh terus menyimpan lagi 6 bulan, tapi dengan syarat anda kena jelaskan upah simpan untuk 6 bulan yang terdahulu. Upah simpan Ar-Rahnu Bank Rakyat Upah simpan yang dikenakan oleh Bank Rakyat bergantung kepada nilai harga emas yang disimpan ( dipanggil nilai marhum). Macam kes saya nie, nilai emas (marhum) ialah RM64,500. Jadi, saya boleh pinjam 65% daripada nilai marhum iaitu bersamaa RM41,900.00 Memandangkan nilai gadaian melebihi RM5000, ia dah masuk kategori Az-Zahab (Az- Zahab adalah skim lanjutan kepada Ar-Rahnu. Ia menawarkan pembiayaan lebih tinggi dan tempoh bayaran balik lebih lama daripada Skim Pajak Gadai-i Ar-Rahnu. Ar-Rahnu untuk nilai marhum RM5000 ke bawah) Pengiraan: Nilai emas yang disimpan = RM64 500.00 Nilai pinjaman yang diberikan = 65% x RM64 500.00 = RM41 925.00 (dibundarkan jadi RM41 900.00) Upah simpan = 0.75% x RM64 500.00 (nilai marhum) = RM483.00 sebulan (tapi kena bayar RM485.08) Jumlah upah simpan 6 bulan = RM485.08 x 6 = RM2910.45 . Ini adalah resit pajakan emas di bank Rakyat. Kebaikan: 1. Proses gadaian mudah dan cepat 2. Boleh pajak sehingga nilai maksimum RM50,000 3. Bank Rakyat boleh keluarkan terus RM50,00 kepada pemajak 4. Upah simpan dibayar semasa nak tebus emas tersebut Kelemahan: 1. Emas yang ada gambar binatang dan manusia tak diterima. Ini kerana Ar-Rahnu ialah produk Islam, jadi ia perlu menepati kehendak syarak. 2. Semakin tinggi nilai gadaian, semakin tinggi rate upah simpan

Borak-borak dengan teman sepejabat, dan dia ada membeli 2 syiling Kijang Emas dari Maybank.

Saya terfikir, simpan di rumah tidak begitu selamat dan tidak mendatangkan keuntungan. Ibu ada bercerita tentang skim Ar-Rahnu dari Bank Rakyat. Ar-Rahnu adalah pajak gadai yang (insyaAllah) berdasarkan hukum-hakam Islam. Caranya .. simpan (atau sebenarnya, pajak) syiling emas, atau barang kemas di dalam Bank Rakyat. Bank Rakyat akan memberikan wang tunai 65% dari nilai barangan emas, dan kemudian ditolak caj-caj berkaitan. Dari wang tunai yang didapati, bolehlah melabur pada tempat-tempat lain (beli emas dalam bentuk passbook, mungkin?). Apabila tempoh matang, jual balik pelaburan anda, dapatkan keuntungan, dan bayar semula pada Bank Islam, jumlah yang telah anda dapati pada awal pelaburan. Di sini anda akan mendapat 2 kali keuntungan kerana: 1. Nilai syiling yang anda pajak, akan meningkat. Terpulang pada anda untuk menjualnya atau memasukkannya semula ke dalam skim Ar-Rahnu. 2. Pelaburan yang didapati dari wang tunai yang anda dapat dari Bank Rakyat. Tetapi, dengan syarat, anda harus menjual semula pelaburan anda dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Melaburlah di dalam program yang menjanjikan keuntungan, kerana sekiranya anda rugi, anda terpaksa menambah jumlah kerugian anda untuk menampung pembayaran semula ke Bank Rakyat. Skim Ar-Rahnu juga ada ditawarkan oleh syarikat Estet Emas dan Yapeim. Saya tidak pernah membaca atau mempunyai pengalaman dengan 2 syarikat ini, tetapi sekadar memberitahu alternatif yang ada. Akan tetapi, ingin sekali saya sarankan agar anda memilih syarikat yang stabil dan boleh dipercayai, kerana syarikat yang baru lebih senang untuk bankrup, dan sekiranya sesebuah syarikat itu bankrup, maka tiada siapa tahu apa yang bakal terjadi kepada pajakan anda. Setakat ini, secara peribadi, saya merasakan Bank Rakyat adalah pilihan terbaik untuk Skim Pajakan Ar-Rahnu. Terus-terang saya katakan, saya belum pun mempunyai dinar emas atau terlibat secara langsung dengan Ar-Rahnu, tetapi secara teorinya, saya yakin idea ini akan berhasil. Doakan saya berjaya, dan saya juga doakan anda berjaya. Amin.

Bank Rakyat Introduces Ar-Rahnu X'change KUALA LUMPUR, Dec 7 (Bernama) -- Bank Rakyat, through its subsdiary Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS), has introduced the first Islamic pawn-broking franchise called Ar-Rahnu X'Change, specially tailored for cooperatives in the country. The Ar-Rahnu X'Change franchise scheme is an initiative to churn out more Bumiputera entrepreneurs, said Entrepreneur and Co-operative Development Minister, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. "The introduction of the scheme will open up business opportunities where cooperatives in the country can offer micro-credit loans to its members," he told reporters after officiating

the Ar-Rahnu X'Change outlet in Bandar Baru Sentul, here Thursday. Meanwhile, Bank Rakyat Chairman Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim said since it was introduced in 1993, the Ar-Rahnu scheme has received encouraging response. Currently, it controls 21 percent or RM630 million of the Islamic pawn-broking market in the country which is estimated at RM3 billion. He said 25 more Ar-Rahnu X'Change outlets will be opened throughout the country. -- BERNAMA

Related Documents