Bangcik Punya Olio!!

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bangcik Punya Olio!! as PDF for free.

More details

  • Words: 2,640
  • Pages: 26
Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar 09010 Kulim, Kedah KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2008

NAMA : MUHAMMAD FARHAN BIN HJ. MUSTAFFA TINGKATAN :3 SAINS 1 NO. I.C. :931215-07-5735 L;KKKL;KLKLK; NAMA GURU: HJ. ABDUL MALIK BIN AHMED

……………….. ….. T.T. PELAJAR

…………… T.T GURU

ISI KANDUNGAN BIL 1

KANDUNGAN Penghargaan

2

Pendahuluan

3

Objektif kajian

4

Kawasan kajian

5

Kaedah kajian

6

Hasil kajian

7

Rumusan

8

Rujukan

9

Lampiran

M/SURAT

PENGHARGAAN Assalamualaikum.. Ribuan terima kasih ditujukan kepada ………………………. iaitu guru geografi saya yang telah memberi penerangan yang jelas dan lengkap sebagai panduan kepada saya untuk membuat kerja kursus ini. Seterusnya, tidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga saya yang telah membantu dari segi wang, sokongan dan sumber yang membuatkan saya berjaya menyiapkan folio ini dengan lengkap dan menarik. Kasih sayangku abadi selamanya disamping pengorbananmu. Tiada manusia di dunia boleh hidup tanpa kawan. Oleh itu, terima kasih juga saya sampaikan kepada sahabat handai saya yang turut membantu saya mencari maklumat, terutamanya kepada Eddie Haizad b. Zaini serta Syukri Abdullah yang sanggup mengorbankan kebanyakan masanya bersama saya dalam menjalankan kajian Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya ketika dalam kajian iaitu penduduk Kampung Padang Ubi. Maaf dipinta seandainya ada salah silap tuturkata saya sepanjang sesi temu bual. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan izinnya saya telah berjaya menyiapkan folio ini sebelum tamat tempoh akhirnya. Apa yang baik datangnya dari allah, apa yang buruk datangnya dari diri saya sendiri. Sekian , WASSALAM

PENDAHULUAN Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Geografi, para pelajar tingkatan 3 diwajibkan menjalankan kerja amali iaitu Kajian Geografi Tempatan. Kajian ini bertujuan untuk mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan Geografi yang telah dipelajari berdasarkan bab-bab yang ada di dalam sukatan pelajaran Geografi tingkatan 3. para pelajar diberi kebebasan untuk memilih kajian dan diberi masa selama lebih kurang sebulan untuk menyiapkannya. Saya, Muhammad Farhan bin Mustaffa dari kelas 3 Sains 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar telah memilih tajuk Ekonomi di Kawasan Kampung Padang Ubi. Saya telah mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi penempatan dan ekonomi di kampug ini. Setelah selesai kerja-kerja menyelidik, saya melaporkan laporan kajian saya selengkapnya seperti yang disyaratkan.

OBJEKTIF KAJIAN Setiap perkara yang dikerjakan pasti ada tujuannya. Saya menjalankan kajian geografi ini ke atas Kampung Padang Ubi dengan dua tujuan iaitu tujuan am dan tujuan khas seperti berikut;

OBJEKTIF AM •

• • • •

MEMENUHI SUKATAN PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 MEMPRAKTIKKAN KEMAHIRAN GEOGRAFI YANG TELAH DIPELAJARI MEMBERI PENDAPAT SECARA KREATIF DAN KRITIS MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA PENDUDUK KAMPUNG SEBAGAI PERSEDIAAN PMR

OBJEKTIF KHAS • MENGKAJI TENTANG SEJARAH PETEMPATAN KAWASAN KAJIAN • MENGENALPASTI DAN MENYELESAIKAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK • MENGENALPASTI POLA PETEMPATAN DI KAWASAN KAJIAN • MENGKAJI TENTANG KOMPOSISI PENDUDUK DI SINI • MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN EKONOMI DI SINI

KAWASAN KAJIAN

KAWASAN KAJIAN Kawasan yang saya kaji ialah kawasan sekitar Kampung Padang Ubi. Kawasan ini mempunyai keluasan seluas 5kilometer persegi. Perkampungan ini terletak di mukim Bagan Sena di daerah Kulim, negeri Kedah. Padang Ubi terletak di bahagian utara Bandar Kulim, bersempadan dengan daerah Baling. Sempadan kampung ini di sebelah tenggara ialah Padang Serai, di sebelah barat laut adalah Merbau Pulas, sebelah barat daya adalah Mahang, sebelah timur laut adalah Sungai Petani dan di sebelah selatan adalah Kulim. Kampung ini merupakan petempatan yang boleh dianggap baru. Pada asalnya kawasan ini merupakan kawasan hutan berlukar. Namun, apabila kehadiran Cina ke sini, mereka telah mengusahakan tanaman ubi di sini seluas padang. Oleh itu, setelah Cina berpindah ke tempat lain, orang Melayu mulai mendiami kawasan ini dan menjadikannya sebuah petempatan sepertimana yang ada pada hari ini dengan mengekakan sejarahnya melalui nama Padang Ubi. Kedudukan kampong ini dari pusat Bandar kulim adalah 26kilometer dan memakan masa masa sejam. Tambang kenderaan awam daripada kampug ini ke pusat Bandar Kulim adalah RM2.30 untuk bas dan RM9.99 untuk teksi. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi tanah pamah dan sangat sesuai untuk kegiatan pertanian seperti kelapa sawit, padi dan getah. Fungsi kawasan ini adalah sebagai kawasan kediaman, pusat kegiatan pertanian dan khidmat social yang disediakan. Kawasan ini menjadi laluan para pelancong dari luar yang menuju ke lokasi reaksi terkenal iaitu Hutan Lipur Bukit Hijau dan Lata Sedim. Kemudahan yang ada disediakan di sini adalah seperti sekolah, restoran, bengkel, surau, klinik dan kedai minyak.

KAEDAH KAJIAN

PEMERHATIAN Saya telah menggunakan kaedah kajian untuk meninjau keadaan sekitar kawasan kajian saya. Cara hidup, bentuk muka bumi dan jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan telah pun direkodkan di dalam borang pemerhatian.

TEMU BUAL/SOAL SELIDIK Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, saya telah menemubual 20 orang responden yang tinggal di kawasan kajian. Rekod temu bual ada di bahagian lampiran.

RUJUKAN Kajian saya tidak menjadi jika tiada sumber rujukan. Saya yelah menggunakan beberapa bahan sebagai bantuan untuk menyiapkan folio ini seperti daripada internet, buku teks, folio-folio tahun lepas dan ajaran ibu bapa serta kakak dan abang saya.

HASIL KAJIAN

SEJARAH Kampung Padang Ubi merupakan sebuah petempatan yang boleh dianggap baru berbanding petempatan-petempatan lain yang berjiran dengannya, seperti kampung bikan. Walaupun kedudukan jauh daripada sungai, namun mampu berkembang lebih maju daripada petempatan yang lahir awal daripadanya. Kampung ini merupakan petempatan yang boleh dianggap baru. Pada asalnya kawasan ini merupakan kawasan hutan berlukar. Namun, apabila kehadiran Cina ke sini, mereka telah mengusahakan tanaman ubi di sini seluas padang. Oleh itu, setelah Cina berpindah ke tempat lain, orang Melayu mulai mendiami kawasan ini dan menjadikannya sebuah petempatan sepertimana yang ada pada hari ini dengan mengekelkan sejarahnya melalui nama Padang Ubi. Walaupun kedudukannya jauh daripada sungai, tetapi disebabkan kedudukannya yang menjadi persimpangan empat, menjadikannya sebagai kawasan tumpuan dan persinggahan musafir memandangkan simpang ini menghubungkan kawasan utama seperti Baling, Sedim, Kulim dan Sekolah Menengah serta Serta Rendah.

POLA PETEMPATAN

Di Malaysia, terdapat empat jenis pola petempatan, iaitu pola petempatan berjajar, pola petempatan berselerak, pola petempatan berkelompok dan pola petempatan berpusat

Di kawasan kajian saya ( peta kawasan kajian di atas ), pola petempatannya adalah berselerak. Penduduk-penduduk di sini mendirikan kediaman mereka di atas tanah pusaka atau pun mewarisi harta pusaka, pada maksud lainya; tanah sendiri. Rumah-rumah mereka dapat dihubungi melalui jalan-jalan kecil.

KOMPOSISI PENDUDUK

Kaum Setelah menjalankan kajian, saya mendapati bahawa Kampung Padang Ubi merupakan sebuah perkampungan melayu, Ini kerana, penduduk yang tinggal di kawasan ini adalah 100% berbangsa melayu. PENDUDUK PADANG UBI

BANGSA MELAYU 100%

Carta pai 6.3.1: carta di atas menunjukkan peratus bangsa, penduduk di Kampung Padang Ubi

RUMUSAN

Rumusannya, kawasan kajian saya adalah merupakan sebuah pusat petempatan bagi kaum melayu. Kenyataan ini terbukti dengan kehadiran surau Al-Ehsan di kawasan kajian ini. Kawasan ini tidak dapat sambutan dari kaum lain kerana kedudukan kawasan ini yang agak jauh dari pekan dan kegiatan ekonominya yang lebih diterajui orang melayu iaitu seperti penoreh getah dan peladang kelapa sawit serta pesawah. Konklusinya, Kawasan Kampung Padang Ubi merupakan sebuah perkampungan melayu; 100 peratus

% Bil. Pekerjaan penduduk padang ubi

PEKERJAAN

Carta pai 6.3.2: carta di atas menunjukkan peratus bilangan pekerjaan penduduk di padang ubi

RUMUSAN Setelah menemubual 20 orang responden daripada kawasan Kampung Padang Ubi, saya mendapati bahawa penduduk-pensusuk di sini terlibat dalam sector perkhidmatan. 27%daripada mereka adalah kaki tangan kerajaan iaitu guru, doktor dan pegawai polis. 23% adalah pekerja swasta iaitu pekerja kilang yang kebanyakannya bekerja di kilang-kilang yang terdapat di kulim. 20%adalah petani dan peladang yang mengusahakan tanaman kelapa sawit, getah dan padi. 22% adalah peniaga yang memberi kemudahan sosial kepada penduduk disini dan 8%adalah lain-lain pekerjaan yang menjadikan kawasan ini sebagai kawasan kediaman berfaktoran ketersampaian.

BORANG TEMUBUAL Bil

Nama

J

K

1

MUSTAFFA AHMAD

L

M

Pekerjaan @

2 3 4 5 6 7 8 9 10

ZAINUL BIN MAT SALLEH

L

M

@

ABD. RAZAK BIN ABU BAKAR

L

M

AISHAH BT. SARIP

P

M

SITI SALMAH BT. SARUDIN

P

M

SAHABUDIN BIN TALIB

L

M

SITI AMINAH BT. ROSLAN

P

M

ZAKARIRI B. LADIN

L

M

HARMELZA BT. ABDUL RAZAK

P

M

HAJI YAAKOB B. ABD WAHAB

L

M

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

HARUN B. AHMAD

L

M

SALLEH B. YAAKOB

L

M

ZARINA BT, ABD WAHAB

P

M

KASSIM B. RAMLIE

L

M

AZMAN B. ARSHAD

L

M

@

HAMID B. AHMAD

L

M

@

KAMAWZZAMAN B. HAZHIM

L

M

AKASHAH BT. HAJI HASHIM

P

M

YUSOF B. HAMZAN

L

M

HAJI ISMAIL B. OTHMAN

L

M

@ @ @ @ @ @ @ @ @ @ @ @

@ @ @ @

k.t sw pt nl pn ln2 K.T- kakitangan kerajaan SW- swasta PT- petani NL- nelayan PN- peniaga LN2- lain-lain

J- jantina K- kaum

SEJARAH BENTUK MUKA

TANIH FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI PETEMPATAN

BUMI KEGIATAN EKONOMI

KETERSAMPAIAN

Rajah 6.4.1: rajah di atas menunjukkan faktorFaktor yang mempengaruhi petempatan Setelah membuat pemerhatian dan penyelidikan, saya mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di sini adalah bentuk muka bumi, sejarah petempatan, kegiatan ekonomi, ketersampaian dan tanih.

Sejarah Sebelum menjadi sebuah petempatan, kawasan Kampung Padang Ubi merupakan sebuah kawasan hutan lalang. Apabila ketibaan cina di sini, mereka mengusahakan tanaman ubi di kawasan ini dengan keluasan yang sangat luas. Setelah mereka beredar, orang melayu mula menduduki kawasan ini dan menjadikanya sebuah petempatan baru. Walaupun kedudukanya jauh daripada sumber air, namun petempatan di kawasan ini mampu berkembang lebih maju. Dengan menjadi pusat persimpangan yang menghubungkan ke Kulim, Baling dan Sedim, ramai musafir menjadikanya sebagai pusat persinggahan. Secara tidak langsung, kemudahan dinaik tarafkan

Bentuk muka bumi Bentuk muka bumi di Kampung Padang Ubi adalah tanah pamah. Keadaan tanahnya juga beralun dan menjadikannya lokasi yang sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan dan pertanian.

Tanih Setelah dikaji, jenis tanih yang terdapat di kawasan Kampung Padang Ubi adalah aluvium dan laterit. Jenis tanih ini membuatkan tanaman kawasan petempatan ini, subur dan sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Tanih alluvium sesuai untuk ditanam padi. Seperti mana yang ada di pinggir kawasan kampung ini, seluas 3 ekar tanah dijadikan sawah padi dari menjadi sumber pendapatan sebahagian penduduk disini. Tanih laterit pula sesuai dijadikan kawasan tanaman kelapa sawit dan getah. Sebahagian penduduk di sini bekerja sebagai peladang kelapa sawit dan penoreh getah. Ada bekerja di bawah FELDA dan ada bekerja di bawah ladang sendirian. Selain tanaman komersil di atas, penduduk tempatan turut mengusahakan tanaman sara diri seperti ladang pisang, ladang jagung, nenas dan lada hitam.

Ketersampaian Ketersampaian bermaksud mudah untuk sampai ke sesuatu tempat. Kawasan ini dihubungkan ke kawasan lain melalui kemudahan jalan raya berturap. Kedudukan kampug ini dari pusat Bandar kulim adalah kira-kira 26 kilometer dan hanya memakan masa sejam. Tambang yang dikenakan bagi pengangkutan awan perseorangan adalah RM2.70 bagi bas dan RM20.20 bagi teksi.

Kegiatan ekonomi Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian saya adalah pertanian.

Penduduk-penduduk di sini mengusahakan tanaman kelapa sawit, sawah padi dan getah. Secara kasarnya, keluasan ladang kelapa sawit lebih luas diusahakan daripada kegiatan pertanian yang lain. Selain menjadi kawasan mengutip kelapa sawit, penternak juga mengambil kesempatan menjadikan kawasan ladang ini, kawasan ragut bagi ternakan mereka seperti lembu. Tanaman sawah padi diusahakan di pinggir kawasan ini. Seluas 3ekar tanah digunakan untuk bersawah. Para pesawah menggunakan jentera moden untuk memajak sawah. Getah pula diusahakan lebih kepada pedalaman. Ada ladang getah yang diusahakan bersendirian. Penoreh-penoreh getah masih mengunakan kaedah yang sama untuk menoreh. Petani dan peladang di kawasan ini mengusahakan tanaman mereka secara komersial dan ada yang sara diri. Mereka menanam tanaman lada hitam, pisang, jagung dan nanas sebagai pendapatan sampingan.

BORANG PEMERHATIAN 1. Jenis bentuk muka bumi di kawasan kajian ………………………………………….

2. Jenis fungsi yang terdapat di kawasan kajian ………………………………………………….

3. Jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian ………………………………………………………………….

4. Pola petempatan di kawasan kajian ……………………………………….

5. Jenis kemudahan pengangkutan awam yang ada di kawasan kajian …………………………………………………………

6. Nama kedai dan jenis perniagaan atau perkhidmatan yang Disediakan ……………………………………. ……………………………………. ……………………………………. ……………………………………. …………………………………….

FUNGSI PETEMPATAN

Petempatan di kawasan Kampung Padang Ubi berfungsi sebagai sebuah kawasan kediaman dan pusat kegiatan serta pusat pertukaran arah. Oleh sebab bentuk muka buminya yang rata dan landai, kawasan ini menjadi kawasan yang sesuai untuk kawasan kediaman yang selesa dan harmoni. Di sebabkan ada kawasan perumahan, kemudahan di sini dinaik tarafkan. Kegiatan pertanian banyak dijalankan di sini seperti tanaman kelapa sawit, getah dan tanaman padi. Disebabkan faktor tanihnya yang subur, penduduk turut mengusahakan tanaman sampingan seperti nanas, jagung, pisang dan lada hitam. Simpang empat yang menjadi pusat lokasi kampung ini, berfungsi menghubungkan jalan raya ke Kulim, Baling, Sedim dan kampungkampung yang berjiran dengannya. Kawasan ini turut menjadi laluan para pelancong yang menuju ke lokasi rekreasi terkenal iaitu Hutan Lipur Bukit Hijau dan Lata Sedim yang tidak jauh dari sini.

Masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian

Setelah menjalankan pemerhatian, saya mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Kampung Padang Ubi, iaitu; MASALAH KEKURANGAN KEMUDAHAN ASAS Penduduk di kawasan ini menghadapi masalah kekurangan lampu jalan dan ketiadaan perhentian bas. Masalah ini berpunca daripada sikap pihak berkuasa yang lambat bertindak walaupun sudah dibuat aduan. Kekurangan lampu jalan raya menyebabkan mereka takut untuk memandu pada waktu malam dan menyukarkan mereka kerana boleh mendatangkan kemalangan dan kecelakaan. Setiap kali menunggu bas, penduduk di sini terpaksa berjemur di tengah panas ataupun menumpang di koridor mana-mana bangunan di sepanjang jalan. Keadaan ini turut mendatangkan bahaya kerana menunggu di gigi jalan boleh mengakibatkan kemalangan dan jenayah ragut. MASALAH JALAN BERLOPAK Masalah jalan berlopak d kawasan ini disebabkan oleh kenderaan berat seperti lori pasir yang keluar masuk berulang alik dan kerap menggunakan jalan yang sama. Keadaan jalan yang berlopak menyusahkan penduduk terutamanya di waktu malam. Dengan masalah kekurangan lampu jalan menambahkan lagi masalah penduduk kerana tidak nampak akan lopak di hadapan dan boleh mengakibatkan kemalangan.

MASALAH SAMPAH SARAP Masalah ini pula berpunca daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap persekitaran dan alam sekitar. Masalah sampah ini telah mencacatkan panorama kawasan kampung ini dan kadang kala mendatangkan bau yang busuk.

Langkah-langkah mengatasi masalah MASALAH KEKURANGAN KEMUDAHAN ASAS Masalah kekurangan kemudahan asas dapat diatasi dengan mengadukan masalah ini kepada pihak berkuasa dan meminta bantuan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya memasang lampu jalan dan mendirikan perhentian bas. MASALAH JALAN BERLOPAK Masalah jalan berlopak dapat diatasi dengan meminta bantuan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ataupun Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menampung Jalan ataupun membuat jalan baru supaya dapat mengelakkan dan mengurangkan kadar kemalangan daripada berlaku. MASALAH SAMPAH SARAP Masalah sampah sarap dapat diatasi dengan mengadakan kempen kitar semula, kempen kesedaran dan menambah bilangan tong MDK di kawasan-kawasan tertentu. Kerja-kerja gotong-royong juga perlu dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan supaya dapat membersih dan mengurangkan sampah.

RUMUSAN Lokasi Kampung Padang Ubi adalah strategik iaitu pusat kampungnya terletak di simpang empat yang menghubungkan ke Sedim, Kulim, Baling dan lain-lain kampung bersempadannya dengannya . Malangnya

saya tidak sempat mengambil gambar simpang tersebut kerana ‘memory stick’ kamera saya sudah penuh. Melalui kajian ini saya dapati bentuk muka bumi telah mempengaruhi kegiatan penduduk di kampung ini dan sekitarnya. Jenis tanaman yang diusahakan termasuklah tanaman sara diri dan tanaman komersil seperti kelapa sawit, getah, pisang ,lada hitam, nanas, jagung dan padi. Penduduk di sini hidup bekerjasama dengan aman. 100% penduduk di sini adalah Melayu. Jenis kegiatan ekonomi yang di jalankan di sini adalah perniagaan, perkhidmatan dan pertanian. Kawasan ini mudah untuk mendapat kemudahan pengangkutan awam. Lokasinya daripada pusat Bandar Kulim juga tidak jauh dan hanya memakan masa selama sejam. Terdapat pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di sini, antaranya seperti sekolah, restoran, tadika, surau dan bengkel.

RUJUKAN Untuk melaksanakan kajian Geografi ini, saya telah merujuk beberapa sumber rujukan, antaranya:  BUKU TEKS TINGKATAN 3 2004

♦ Muka surat 201 hingga 238 (bahagian c) ♦ Chong Mui Sen ♦ Azian binti Abu Samat ♦ Farah Ameera binti Abdul Rahim ♦ Percetakan Saufi INTERNET ♦ www.carimalaysia.com.my ♦ www.wikimapia.com.my BUKU-BUKU LAIN ♦ Folio geografi tahun 2006 dan 2007 ♦ Folio abang dan kakak yang lepas

LAMPIRAN

BORANG PEMERHATIAN 1.Jenis bentuk muka bumi di kawasan kajian ……………………………………………….. 2.Jenis fungsi yang terdapat di kawasan kajian ………………………………………………… 3.Jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian ………………………………………………………………… 4.Pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian ……………………………………………………….. 5.Jenis kemudahan pengangkutan awam yang ada di kawasan kajian

………………………………………………………………………….. 6.Nama kedai dan jenis perniagaan atau perkhidmatan yang disediakan ……………………………………………………………………………... ……………………………………………………………………………... ……………………………………………………………………………... ……………………………………………………………………………... ……………………………………………………………………………... ……………………………………………………………………………...

Related Documents

Bangcik Punya Olio!!
October 2019 11
Orlandi Olio
December 2019 18
Olio Stelio
November 2019 17
Wan Punya
October 2019 38
Punya Yanti.docx
June 2020 24
Punya Ekeuh.docx
April 2020 28