PPE3023 - Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan Penulisan Ilmiah- Bandura Tajuk :
Bandura
Teori Modeling atau Teori Kognitif oleh Bandura 1.0
Pengenalan
Teori Pembelajaran Sosial telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986) melalui tulisannya Social Foundation of Thought and Action yang menerangkan kerangka Teori Kognitif Sosial. Teori Pembelajaran Sosial ini telah dinamakan semula sebagai Teori Kognitif Sosial oleh Bandura sendiri (Moore,2002). Beliau dianggap ahli psikologi kognitif sebab dalam teorinya beliau menjelaskan bahawa pembentukan tingkah laku adalah hasil faktor motivasi dan mekanisme kawalan diri. Ini bermakna dari prespektif teori Pembelajaran Sosial, manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. 1.2
Biodata Albert Bandura (1925 hingga kini) dan Sumbangannya
Albert Bandura merupakan seorang ahli psikologi Amerika Syarikat terkenal kerana Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Model. Bukunya yang bertajuk Adolescent Aggression (1952) dan Social Learning and Personality Development (1963) menguatkan lagi hujah-hujahnya. Beliau juga telah melanjutkan lagi pendapatnya dengan mengemukakan Teori Perubahan Tingkah Laku dalam bukunya yang berjudul Principles of Behavior Modification (1969). Albert Bandura telah dilahirkan pada 4 Disember 1925 di sebuah perkampungan kecil di sebelah utara Alberata, Kanada. Beliau merupakan anka lelaki tunggal dan mempunyai 5 orang kakak. Bapanya seorang petani yang berasal dari Poland. Beliau memasuki sekolah tinggi yang mempunyai 2 orang guru dan 20 orang pelajar. Pada tahun 1949, Bandura mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi daripada Universiti British Columbia. Beliau mendapat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah daripada Universiti Iowa pada tahun 1952. Setelah tamat pengajiannya, beliau telah bekerja di Fakulti Psikologi di Universiti Standford dan menjadi Profesor sepenuh masa pada tahun 1964. Beliau bertugas sebagai Profesor Psikologi di Universiti di Universiti Stanford sehingga kini (Moore, 2002). Beliau telah berkahwin dengan Virginia Varns dan mempunyai dua orang anak perempuan, iaitu Carol dan Mary.
1
PPE3023 - Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan Penulisan Ilmiah- Bandura 2.0
Kajian dan Konsep-konsep yang dikemukakan oleh Bandura
Konsep Triadic Deterministic Timbal Balik Bandura bersetuju dengan pendapat Rotter yang mempercayai bahawa tingkah laku adalah hasil gabungan kompleks anttara proses dalaman dengan pengaruh persekitaran (Bandura, 1971; Ryckman 1997). Proses dalaman ini adalah berasaskan pengalaman lepas individu yang boleh diukur dan peristiwa yang jelas. Jadi, pengalaman lepas individu dalam bentuk ingatan akan mempengaruhi tingkah lakunya pada masa akan dating. Bandura telah mengasaskan konsep Triadic Deterministic Timbal Balik yang menyatakan bahawa faktor kognitif dan peribadi, tingkah laku dan persekitaran yang saling berhubung kait dan mempengaruhi antara satu sama lain (Bandura, 1986; Ryckman 1997). Bandura berpendapat bahawa cara seseorang bertindak terhadap peristiwa dalam hidupnya bukan secara kebetulan tetapi secara aktif membina dan berusaha mengubah persekitaran mereka. Peristiwa yang dialami dan diingati oleh seseorang akan mementukan peristiwa-peristiwa baru yang mendapat perhatiannya dan menentukan bagaimana cara seseorang menginterprestasi, megorganisasi dan bertindak menangai peristiwa tersebut (Bandura, 1978; Ryckman, 1977). Maklum balas ke atas tingkah laku yang dipamerkan, sama ada positif dan negatif akan mempengaruhi pemikiran seseorang dan cara bertindak terhadap situasi yang dihadapinya. Contoh yang dapat menjelaskan interaksi antara faktor kognitif, peribadi, tingkah laku dan persekitaran adalah tabiat atau kebiasaan seseorang apabila dia menonton televisyen. Minat dan kebiasaan sesorang akan membantunya memilih masa dan program yang sesuai pada masa hadapan. Cara program televisyen dirancang akan membentuk tabiat dan menentukan program yang diminati seseorang.
2
PPE3023 - Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan Penulisan Ilmiah- Bandura 3.0
Sistem Kawalan Kendiri (Self Regulation)
Kawalan kendiri merupakan situasi seseorang individu yang mempunyai pendapat sendiri atau prinsip tingkah laku yang patut dan tingkah laku tidak patut dalam situasi dan tindakan yang diambil untuk mengatasi situasi tersebut berdasarkan prinsip yang dipegang. Konsep dalam kawalan kendiri ialah menetapkan satu piwaian atau ukuran, pemerhatian kendiri, penilaian kendiri dan reaksi terhadap diri. Langkah pembinaan kawalan kendiri terdapat tiga proses iaitu 1.
Pemerhatian ke atas diri sendiri (Self-observation)
Manusia sering mengkaji dirinya dan tingkah lakunya dan memeriksa tindakantindakan yang telah dilaksanakan. 2.
Penilaian (Judgment)
Manusia akan membandingkan tingkah laku yang telah dilaksanakan dengan tingkah laku piawai seperti yang dikehendaki oleh masyarakat. 3.
Respon kendiri. ( Self response)
Seseorang akan memberi ganjaran kepada dirinya jika dia berasa tingkah lakunya yang baik. Pengaplikasian dalam P&P : Sebagai contoh, bapa telah membelikan saya sebuah handphone kerana saya mendapat 7A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
3
PPE3023 - Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan Penulisan Ilmiah- Bandura 4.0
Teori Modeling atau Kognitif Sosial oleh Bandura
Bandura telah memperkenalkan Teori Pembelajaran Sosial, iaitu bagaimana seseorang individu di dalam sesebuah masyarakat menerima pembelajaran. Pembelajaran bukan sahaja berlaku secara pelaziman klasik dan operan yang mementingkan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) tetapi juga melalui peniruan. Apabila tingkah laku seseorang itu ditiru, orang itu secara spontan menjadi model kepada si peniru. Oleh itu, modeling dan peniruan model merupakan unsur terpenting. Satu kajian yang popular oleh Bandura adalah kajiannya ke atas kanak-kanak yang membuat pemerhatian ke atas tingkah laku orang dewasa . 5.0
Eksperimen Permodelan Bandura
Bandura telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanakkanak apabila mereka menonton video tentang orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi, menendang dan duduk atas patung Bobo, menumbuk sambil menjerit-jerit ‘sockeroo’. Bandura telah menayangkan video tersebut kepada kanak-kanak tadika. Kemudian mereka diarahkan pergi ke bilik permainan yang terdapat patung seperti Bobo di situ. Apabila kanak-kanak tersebut nampak patung itu, mereka pun melakukan aksiaksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam tayangan tadi. Mengikut Bandura, apabila tingkah laku seseorang itu ditiru. Orang yang ditiru itu secara spontan menjadi model kepada si peniru.
Gambar rajah menunjukkan tingkah laku peniruan/permodelan adalah hasil dari peneguhan.
4
PPE3023 - Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan Penulisan Ilmiah- Bandura EKSPERIMEN PERMODELAN BANDURA Subjek terdiri daripada kanak-kanak pra sekolah. Subjek dalam kumpulan eksperimental didedahkan kepada model manusia sebenar, katun atau model dalam filem yang terlibat dengan tingkahlaku agresif terhadap patung (doll) plastik yang besar. Subjek-subjek itu mungkin memukul dengan kayu, menendang atau menumbuk patung plasktik itu. Manakala dalam kumpulan kawalan, subjek melihat model-model yang sama tidak melakukan apa-apa pun terhadap patung plastik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan eksperimental mempamerkan tingakahlaku agresif apabila dibiarkan bersama patung plastik berkenaan. KUMPULAN A Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk,menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo. Hasilnya, Meniru apa-apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif. KUMPULAN B Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar. Hasilnya, tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A. HASIL KESELURUHAN EKSPERIMEN: Kumpulan A menunjukkan tingkah laku lebih agresif dari orang dewasa. B tidak menunjukkan tingkah laku agresif. Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan/ permodelan.
5
PPE3023 - Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan Penulisan Ilmiah- Bandura 6.0
Teori Pembelajaran Peniruan dan pengaplikasian dalam P&P
Bandura seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya. “Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing others and gradually acquire control over their own behavior’ ( Bandura 1986, 1997 ) 6.1
Proses-proses yang terlibat dalam Teori Pembelajaran Peniruan
Proses-proses yang terlibat dalam teori pembelajaran peniruan adalah : i) Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung. Contohnya, guru mendemonstrasi cara membuat melakukan promosi ketika mengajar mata pelajaran Perdagangan tingkatan 4, di mana memerlukan pergerakan sebagai watak ‘promoter/ penjual yang sedang mempromosikan produk dengan menggunakan iklan secara jualan langsung dan pelajar meniru secara langsung. ii) Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan bersorak adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut bersorak dalam kelas semasa guru sedang mengajar, tentulah guru akan perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam
memarahinya dan diberi tahu keadaan tersebut. Jadi perlakuan
tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut. iii) Proses tiruan melalui elisitasi Proses
ini
timbul
apabila
kita
melihat
perlakuan
orang
lain.
Contohnya, kita melihat rakan-rakan sebaya yang pergi ke pusat tuisyen, lalu timbul keinginan dalam diri untuk membuat perlakuan yang sama. Maka keinginannya untuk meniru timbul setelah melihat rakan-rakannya melakukan perlakuan tersebut.
6
PPE3023 - Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan Penulisan Ilmiah- Bandura 7.0
Langkah-langkah proses peniruan dan pengaplikasiannya dalam P&P
Proses peniruan melalui empat langkah tertentu, iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. 1)
Pemerhatian (Attention) iaitu apabila seseorang ingin meniru perlakuan model, mula-mula dia akan perhatikan model tersebut dan cuba mengingat langkah-langkah yang dilaksanakan oleh model tersebut. Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri , sikap, dan lain-lain yang dimiliki. Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku.
2)
Penyimpanan (Retention), iaitu langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar. Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.
3)
Pengeluaran, (Reproduction) iaitu tingkah laku yang ditiru diperlihatkan dalam situasi yang sesuai. Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. Sebagai contoh, memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku
kemahiran
motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan 4)
Motivasi (motivation), iaitu sekiranya tingkah laku yang diperlihatkan menerima peneguhan (motivasi) daripada orang lain, peniruan akan diulangi. Apabila pelajar yang dapat menyelesaikan sesuatu tugasan dengan cemerlang akan diberikan hadiah seperti gula-gula.
7
PPE3023 - Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan Penulisan Ilmiah- Bandura 8.0
Jenis-jenis Peniruan dalam Teori Peniruan Bandura
Albert Bandura, seorang tokoh sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar. Bandura memandang perilaku individu tidak semata-mata refleks otomatis atas stimulus (S-R Bond), melainkan juga akibat reaksi yang timbul sebagai hasil interaksi antara lingkungan dengan skema kognitif individu itu sendiri. Prinsip dasar belajar menurut teori ini, bahwa yang dipelajari individu terutama dalam belajar sosial dan moral terjadi melalui peniruan (imitation) dan contoh perilaku (modeling). Teori ini juga masih memandang pentingnya conditioning. Melalui pemberian ganjaran (reward) dan dendaan (punishment), seorang individu akan berfikir dan memutuskan perilaku sosial mana yang perlu dilakukan. Teori Pembelajaran Sosial (Albert Bandura) (1)
Model Determinisme Timbal Balik:
Konsepnya adalah kelakuan individu adalah hasil interaksi faktor diri (Kognisi) dan persekitaran. (2)
Teori Pembelajaran Peniruan
Prosesnya ialah perhati kelakuan individu, simpan dalam ingatan, keluarkan/ lakukan ikut situasi sesuai, motivasi untuk ulangi kelakuan tersebut. Teori Pembelajaran Kognitif (pembelajaran libatkan aktiviti mental – terima, simpan guna maklumat)
8
PPE3023 - Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan Penulisan Ilmiah- Bandura 9.0
Pengaplikasian Teori Pemodelan Bandura
1.
Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model
kpd pelajar.
Semasa membentangkan proses P&P, guru boleh dikatakan modelling
dengan Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat. Hasilan guru daripada kraftangan, lukisan atau Bahan Bantu Mengajar (BBM) hendaklah bermutu tinggi. Sebagai contoh, guru membuat origami berbentuk sebuah kapal terbang daripada kertas sebagai BBM dalam subjek Perdagangan Tingkatan 4 dibawah subtopik Pengangkutan udara. Pelajar-pelajar akan timbul minat untuk melihat dan menjana pemikiran kreatif terhadap penghasilan yang lebih baik berbanding yang telah guru pamerkan. Pelajar-pelajar akan mempunyai kecenderungan meniru guru mereka dan menganggap guru sebagai role model.
2.
Selain itu, guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model.
Cara ini boleh dilakukan dengan melakukan pembelajaran secara pembelajaran koperatif yang merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Melalui pembelajaran koperatif, para pelajar akan meniru setiap gaya rakan-rakan mereka yang terbaik dan cemerlang sebagai role model. 3.
Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main
peranan dan simulasi. Sebagai contoh, guru memulakan set induksi dengan sebuah cerita. Semasa bercerita, guru turut melakonkan watak dengan gaya dan mimik muka yang menarik perhatian para pelajar untuk mendengarnya.
9
PPE3023 - Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan Penulisan Ilmiah- Bandura 4.
Memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi. Menyediakan situasi
pembelajaran tanpa gangguan. Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai. Setiap pelajar yang dapat menyelesaikan masalah semasa aktiviti di dalam kelas dijalankan atau latihan pengukuhan. Apabila pelajar yang dapat menyelesaikan dengan cemerlang akan diberikan hadiah seperti pujian, tanda simbol bintang di buku / kertas latihan (simbol baik) ,coklat atau pen dan lain-lain yang diberikan secara berterusan. Oleh itu, pelajar-pelajar akan bersaing dengan meniru pelakuan dan tingkah laku di persekitarannya yang mempunyai ciri-ciri sebagai pelajar cemerlang. Pembelajaran akan berlaku secara positif dan pelajar berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Melalui peneguhan yang positif akan menimbulkan semagat motivasi dalam setiap diri pelajar. 10.0
Rumusan
Berdasarkan kajian Bandura dalam Teori Pembelajaran Model, nyatalah bahawa sekiranya guru menghendaki pelajarnya memperoleh sesuatu tingkah laku atau kemahiran, dia perlu menggalakkan pelajar membuat permerhatian terhadap tingkah laku model (guru dan rakan) dan penggunan peneguhan atau motivasi untuk memastikan tingkah laku diulangi lagi. Setelah pemerhati membuat gerak balas yang sama, gerak balas itu dapat diperhaluskan atau dipertingkatkan lagi engan cara penggunaan peneguhan. Beliau percaya tingkah laku kekerasan (violent) dikalangan pelajar berpunca daripada kelakuan agresif dengan pemerhatian daripada persekitaran yang menggunakan taktik agresif. Bandura juga telah menggunakan proses-proses kognitif seperti membuat kod, imej, perwakilan simbolik dan penyelesaian masalah dalam menghuraikan teorinya. Beliau telah menerangkan bagaimana prose-proses kognitif tersebut mempengaruhi konsep kendiri seseorang setelah mengeluarkan tingkah laku model. Kesimpulannya, teori yang dikemukakan oleh Bandura adalah keseluruhannya baik dan boleh diguna pakai dalam kaedah mengajar untuk mendapatkan hasil yang cemerlang.
10
PPE3023 - Kaedah Mengajar Pengurusan Perniagaan Penulisan Ilmiah- Bandura Bibiliografi Azlina Abu Bakar @ Mohd. (2002), Psikologi Personaliti Individu, Selangor : Karisma Publication Sdn Bhd. Habibah Elias dan Rahil Hj. Mahyuddin (1990), Psikologi Pembelajaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suppiah Nachiappan, Ramah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008), Siri Pendidikan Guru : Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Larry A.Hjelle dan Danial J. Ziegler (1992), Personality Theories: Basic Assumptions, Research and Applications, McGraw-Hill, Inc. Lovaas,O.I. (1977), The Austic Child: Language Development Through Behavior Modification, New York: Halsted Press. Moore,A. (2001), Teaching and Learning Pedagogy, Curriculum and Culture, New York: Routledge Falmer Pub. Co. Ryckman, R.M. (1997), Theories of Personality, 6th Edition, USA: Brooks/Publishing Co.Santrock, J.W. (2001), Educational Psychology, New York: McGraw Hill Inc.
11