.Albert Bandura (1925 - ) Albert Bandura dilahirkan pada tahun 1925 di Alberta, Canada. Dia memperoleh gelar Master di bidang psikologi pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelar doktor (Ph.D). Setahun setelah lulus, ia bekerja di Standford University. Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Social Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pikiran, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura menjabat sebagai ketua APA pada tahun 1974 dan pernah dianugerahi penghargaan Distinguished Scientist Award pada tahun 1972
PAKAR psikologi terkemuka, Albert Bandura pernah mengemukakan teori pembelajaran sosial, iaitu tabiat dan tingkah-laku kita adalah kita tiru dan kita pelajari daripada interaksi kita dengan masyarakat. Apabila kita menganggap sikap atau tabiat kita tidak disukai, malah kita mungkin dihukum oleh orang di sekeliling kita, maka kita akan memilih sama ada mahu meneruskan atau mengubah sikap dan tabiat kita itu. Kita meneruskan atau mengubah sikap dan tabiat kita kerana adanya faktor pengukuh yang mempengaruhi perilaku kita. Menurut teori Bandura, ada dua jenis faktor pengukuh. Yang pertama ialah faktor di luar diri kita, iaitu perkara yang kita alami secara langsung akibat perilaku kita, sebagai contoh ialah pujian atau kutukan yang kita terima selepas kita melakukan sesuatu. Faktor pengukuh yang kedua ialah faktor yang datang daripada sistem yang ada dalam diri kita sendiri. Sistem seperti konsep-diri dan estim-diri ada dalam jiwa tiap-tiap manusia. Sistem itu mempengaruhi sikap, tabiat dan perilaku kita. Orang di sekeliling kita menjadi sumber pelajaran kepada kita melalui proses berikut: 1. Mereka memberi kita ganjaran atau hukuman ke atas sikap, tabiat dan perilaku kita. Sebagai contoh, apabila kita menunjukkan sikap yang mereka anggap betul, mereka
akan memuji kita. Mereka tidak mengutuk dan tidak menghukum kita. Daripada pujian dan kutukan mereka itu, kita belajar apa yang disebut sebagai peraturan masyarakat. Pujian dan kutukan mereka dapat mempengaruhi kita supaya meneruskan atau mengubah sikap dan perilaku kita. 2. Daripada orang di sekeliling kita, kita belajar apa yang disebut role-playing atau main-peranan. Tiap-tiap hari kita melakukan main-peranan kerana kita selalu membayangkan diri kita berfikir, berbuat dan berasa seperti orang lain. Kita bayangkan apa-apa orang lain akan buat dan apa mereka akan kata terhadap kita. Kita juga bayangkan kalau kita berada dalam keadaan mereka, apa yang akan kita buat atau apa yang akan kita katakan. 3. Orang lain juga menjadi sumber sikap, tabiat dan perilaku kita. Ini terjadi melalui apa yang disebut role-model atau model-peranan. Kita belajar dan mengamalkan sikap, tabiat dan perilaku dengan cara memerhatikan sikap, tabiat dan perilaku orang lain di sekeliling kita. Orang itu disebut model-peranan kita. Selain itu terdapat pelajar yang boleh dipengaruhi dengan mengenakan teknik psikologi songsang atau reverse psychology. Sebagai contoh, teori ini cuba menerangkan mengapa kanak-kanak yang yang tidak dibenarkan bermain dengan mercun, mengapa remaja tidak yang tidak digalakkan pergi menonton konsert rock,semakin mahu pergi ke konsert tersebut dan lain-lain tingkahlaku seperti itu. Menurut teori ini, keadaan psikologi songsang hanya berlaku dalam keadaan yang orang itu ingin melakukan sesuatu yang dia yakin dia bebas untuk melakukannya, tetapi kemudian dia tidak dibenarkan melakukannya. Apabila seseorang itu percaya dia akan kehilangan hak melakukan sesuatu yang dia yakin bahawa dia berhak melakukannya, dia akan melakukan reaksi berikut: 1. Dia akan menganggap perkara yang ditegah itu adalah lebih tinggi nilainya. 2. Dia semakin ingin melakukan yang ditegah itu. 3. Dia akan menganggap alternatif yang ada padanya sekarang turun nilainya. Apabila seorang yang ditegah minum kopi dan hanya dibenarkan minum teh, maka nilai teh itu akan turun. 4. Dia akan membenci pihak yang menyekat hak-hak dan kebebasannya.
Manusia sentiasa mempengaruhi pemikiran kita dan keputusan yang kita buat. Orang di sekeliling kita, sama ada mereka sedar atau tidak, menggunakan pelbagai strategik untuk mempengaruhi pemikiran kita dan oleh itu mempengaruhi keputusan kita. Sebagai kaunselor atau guru pembimbing, kita mestilah ikhlas ketika melakukan tugas membimbing para pelajar. Di tangan guru yang mahir menggunakan teknik mempengaruhi fikiran pelajar, atau pelajar yang sudah dilatih supaya berfikir dengan objektif, logikal dan kritikal sekali pun, masih boleh dipengaruhi tanpa disedari. Kaunselor di sekolah mungkin boleh menggunakan pendekatan seperti berikut ketika melakukan sesi kaunseling individu atau berkumpulan. 1. Dua sisi Kajian yang dibuat oleh pakar-pakar psikologi mendapati, hanya dengan mengatakan bahawa sesuatu perkara itu mempunyai dua sisi, sudah cukup untuk meninggikan kredibiliti kita ke atas orang yang cuba kita pengaruhi pemikirannya. Apabila perkara itu perlu dilihat daripada dua sudut pandangan, sebagai contoh baik dan buruknya, orang akan melihat diri kita sebagai seorang pemikir yang seimbang dan objektif. Menurut pakar-pakar psikologi, hujah yang melihat sesuatu itu dari satu sudut sahaja hanya dapat mempengaruhi individu yang tidak tahu banyak berkenaan perkara tersebut, ataupun memang dari awal-awal lagi bersetuju dengan pendapat kita. 2. Menimbulkan rasa takut Apabila orang dapat menimbulkan rasa takut di hati kita, kita akan lebih mudah terpengaruh. Rasa takut dapat ditimbulkan dengan mengemukakan kesan buruk dan bahaya yang akan berlaku sekiranya kita tidak menukar pemikiran kita sekarang. 3. Menimbulkan rasa positif.Individu yang cuba mempengaruhi kita menggunakan pelbagai cara untuk menimbulkan perasaan positif seerti memberi hadiah percuma, menjamu, bersiar-siar dan sebagainya.