C S S R 0 8’ 0 9
14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H
BAHA, TEKIK DA IDEA : Kajian Penghasilan Karya Seni Halus Azian Haji Tahir dan Rosiah Md oor Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Kampus SERI ISKADAR Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, MALAYSIA
[email protected] [email protected]
ABSTRACT Bakat Muda Sezaman (BMS) merupakan pertandingan seni rupa kontemporari untuk mencari bakat baru di dalam penghasilan karya seni yang berprestasi tinggi di Malaysia. Pemenangnya diiktiraf sebagai pengkarya seni terbaik di Malaysia juga di peringkat antarabangsa. Namun tiada maklumat terperinci yang menghuraikan pengolahan bahan, teknik dan idea karya-karya tersebut yang menjadikan hanya golongan celik seni lukis sahaja yang dapat menghayatinya. Perkara ini menjadikan jurang yang lebih luas antara pengkarya dengan masyarakatnya. Walhal karya-karya seni tampak adalah sebahagian daripada wadah budaya bangsa yang sepatutnya dapat diamati dan difahami oleh semua ahli masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk merungkai aspek ‘bentuk’ dan ‘makna’ karya-karya pemenang utama BMS bagi memberi maklumat yang terperinci dengan pernyataan yang mudah serta mengenalpasti perkembangannya dari segi tema dan pengolahan serta artis yang terlibat. Kaedah penyelidikan ini menggunakan pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif menerusi rekabentuk Content Analysis. Semua karya pemenang utama pertandingan BMS sejumlah 20 karya dari tahun 1974 hingga 2004 telah dijadikan sampel kajian untuk dianalisa. Kajian merangkumi perkara yang berkaitan idea daripada tema dan pengolahan bahan serta teknik setiap karya tersebut berpandukan model ‘Organic Unity‘ menerusi analisa dalam aspek subjek yang digunakan, pengolahan bentuk dan makna yang tersirat. Hasil kajian mendapati kesemua karya mempunyai kesatuan yang tersendiri dalam mengemukakan subjek pilihan yang dapat diolah menjadi bentuk yang membawa makna dalam memenuhi setiap persoalan semasa yang dikemukakan. Perkembangan penghasilan karya berdasarkan tema yang ditetapkan menjadi asas dalam menyampaikan idea, gaya, bahan dan teknik secara kontemporari mengikut peredaran zaman. Corak persembahan seni instalasi yang merupakan karya kategori sezaman adalah separuh daripada jumlah yang memenangi pertandingan hadiah utama BMS dengan 50% daripada 20 karya yang dikaji. Majoriti pemenang-pemenang adalah terdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan formal dari Institut Pengajian Tinggi dalam bidang seni visual dengan bekas graduan kelahiran UiTM memonopoli 14 daripada 20 pengkarya. Keywords: Bakat Muda Sezaman, Bahan, Teknik, Idea dan Karya Seni Halus
1. PEGEALA Seni visual yang juga disebut seni tampak atau seni rupa adalah objek untuk dilihat dan dihayati kerana ianya dapat memberi kepuasan hati untuk menambah keindahan persekitaran hidup, mempamerkan sesuatu perasaan dalaman, menzahirkan ekpresi diri dan bertujuan untuk berkomunikasi tentang sesuatu idea (Rosalind, 1995). Namun begitu pengutaraan sesuatu idea oleh seniman atau pengkarya yang diolah daripada bahan dan menerusi teknik tertentu merupakan satu kegiatan yang halus dari hati nuraninya yang kerapkali sukar dimengertikan oleh khalayak ramai. Seni rupa atau seni halus sebagaimana menurut Zakaria Ali (1989), ialah penghargaan atau apresiasi terhadap objek-objek seni. Di antara objek-objek seni ini adalah terdiri daripada catan, lukisan, cetakan, dan arca. Penghargaan terhadap seni halus sangat bersifat subjekif kerana setiap orang mempunyai naluri yang berbeza yang akan membuat tanggapan yang juga berbeza. Manakala objek seni itu sendiri membawa makna yang berlainan kepada orang yang Paper number: 5590841
C S S R 0 8’ 0 9
14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H
berlainan. Dalam era sains dan teknologi yang sentiasa berkembang pesat, perkembangan seni rupa juga sentiasa mengikut peredaran masa yang disebut sebagai seni semasa, kontemporari atau sezaman. Di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara maju, seni sezaman menjadi suatu bentuk pencapaian dalam pengucapan kreativiti dan anovatif selaras dengan perkembangan sains dan teknologi. Bagi menyaingi dunia seni rupa ini, Balai Seni Lukis Negara mengadakan satu program berbentuk pertandingan yang dinamakan Bakat Muda Sezaman (BMS) semenjak tahun 1974. Program ini diadakan dengan harapan dapat memupuk keunggulan seni rupa tanahair menerusi arus seni sezaman oleh pengkarya muda diperingkat awal penglibatan mereka dalam dunia seni. Idea-idea yang masih segar diharapkan dapat dicungkil melalui program yang akan memberi ruang kepada pelukis-pelukis muda ini untuk mempersembahkan bakat-bakat semasa dan terkini mengikut zaman mereka (Balai Seni Lukis Negara, 1999). Pertandingan BMS adalah pertandingan seni kebangsaan yang paling berprestij untuk pelukis muda. Setelah lebih 30 tahun diperkenalkan, BMS telah melahirkan ramai pelukis berbakat besar yang telah menyumbang kepada perkembangan seni tampak dalam dan luar negara. 2. KAJIA LITERATUR Karya Seni Halus dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori konvensional dan kategori sezaman untuk memudahkan penjelasan tentang perbezaan dan jenis karya-karya dalam seni halus. Konvensional merujuk kepada karya-karya seni halus yang mempunyai ketetapan dan kebiasaan yang tertentu. Karyakarya ini bersifat tradisional dari segi kaedah dan teknik penghasilan, material dan medium yang dipraktis secara tradisi. Karya-karya seperti Lukisan, Catan, Cetakan dan Arca adalah karya-karya yang digolongkan dalam kategori konvensional. Menurut Brian,C. (2002), Louis F. (2001), lukisan adalah hasil daripada kesan yang dihasilkan secara spontan terus ke atas sesuatu permukaan seperti kertas. Kesan yang dihasilkan lebih berunsurkan pelbagai jenis garisan dan jalinan. Permukaan di mana lakaran atau kesan yang dihasilkan tidak semestinya merupakan hasil berbentuk 2 dimensi sahaja. Secara tradisinya, media lukisan terdiri daripada arang (charcoal), pensel, pen, berus bersama dakwat yang akan menghasilkan kesan hitam dan bertona kelabu. Manakala pelbagai lukisan berwarna boleh dihasilkan dengan menggunakan kapur, pastel, crayon dan cat air. Catan pula secara tradisinya kerap dihasilkan menggunakan bahan warna (pigment) basah seperti cat minyak, tempera, akrilik bersama berus catan di atas sesuatu permukaan seperti kain kanvas atau kertas melalui teknik yang dapat dibuat oleh media-media catan. Di antara jenis-jenis catan tradisi ialah Catan Fesko yang dicat bersama atau di atas sejenis plaster simen. Encautic juga adalah jenis catan tradisi yang dianggap antara yang tertua. Ia mengandungi pigment dalam bentuk lilin. Tempera pula adalah pigment yang dicampur bersama kuning telur. Cat minyak pula adalah media catan yang telah digunakan secara meluas sejak abad ke 15. Ia mengandungi pigment yang dicampur minyak linseed. Akrilik pula adalah jenis catan moden. Ia adalah campuran pigmen dan plastik. Karya seni cetak pula terhasil lebih daripada satu karya yang serupa. Oleh kerana karya yang sama dapat dihasilkan dengan banyak, ia dapat dimiliki oleh ramai peminat seni cetakan dengan harga yang lebih murah berbanding karya lain seperti catan. Berbeza dengan catan dan lukisan yang dihasilkan terus ke atas sesuatu permukaan, seni cetak mempunyai perantaraan antara permukaan imej yang digubah yang dipanggil blok cetakan dengan permukaan yang memperolehi imej yang dicetak dengan dakwat yang biasanya menggunakan bahan kertas (Louis, F. 2001, Preble Duane & Sarah, 2004). Menurut Louis, F. (2001), arca adalah seni di mana boleh melibatkan kerja mengukir, membuat acuan, memodel atau pepasang sesuatu bahan menjadi bentuk 3 Dimensi. Karya yang mempunyai cirri-ciri 3 Dimensi ini samaada bersifat 360o ataupun sekurang-kurang 180o dihasilkan tanpa tujuan penggunaan seperti karya catan, lukisan dan seni cetak yang dihasilkan untuk tujuan memenuhi nilai astetika sipengkarya. Ianya boleh berbentuk timbulan (relief) daripada permukaan rata 2 Dimensi, berdiri sendiri (free standing) atau bergerak (mobile). Kategori sezaman adalah karya-karya yang dihasilkan pada masa kini dan melibatkan penggunaan media campuran dan material baru dan bebas. Penggunaan bahan campuran yang melibatkan kepelbagai kaedah penghasilan, dianggap melangkaui kaedah yang biasa dihasilkan secara tradisi (Robertson & McDaniel, (2005), Hobbs 1975). Karya kategori sezaman sukar untuk dinyatakan penjenisannya Paper number: 5590841
C S S R 0 8’ 0 9
14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H
sebagaimana kategori konvensional. Namun penjenisan kepada seni instalasi dan seni media baru adalah kerana seni ini sering diperkatakan apabila merujuk kepada karya-karya terkini di alaf ke 21. Menurut Benjamin (1993), istilah seni instalasi telah diterima dengan sendirinya sebagai sebahagian daripada bahasa seni tampak. Secara praktisnya seni instalasi bermaksud kualiti gabungan elemen atau konsep/idea yang berbeza yang saling mempengaruhi. Menurut Tribe & Jana (2006), seni Media Baru merujuk kepada karya-karya yang berkaitan dengan instalasi multimedia interaktif, ‘virtual reality environments’ dan seni berasaskan laman web yang dihasilkan menggunakan teknologi digital. Terma seni media baru, menurut Tribe & Jana lagi, boleh digambarkan sebagai sesuatu projek yang menggunakan sepenuhnya ledakan teknologi media dengan mengambil berat terhadap unsur budaya, politik dan ketinggian estetik. Istilah seperti “Digital art”, “Computer art”, “Multimedia Art” dan “Interactive art” adalah kategori lama yang juga merujuk kepada seni media baru ini. Tribe & Jana menempatkan seni Media Baru sebagai berasaskan daripada dua kategori utama iaitu ‘Seni dan Teknologi’ dan ‘Seni Media’. 3. METHODOLOGY Penyelidikan ini menggunakan kedua-dua pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif menerusi rekabentuk Analisa Kandungan (Content Analysis). Bagi memastikan penyelidikan melalui kupasan karya yang dihasilkan dapat memberi kefahaman dan kemudahan kepada pengkarya dan penghayat seni, penyelidik telah menganalisa karya–karya yang dipilih dengan teliti dan mendalam berasaskan kepada aspek-aspek ‘Bentuk’ dan ‘Makna’. Perkara ini dibincangkan dengan merangkumi aspek yang barkaitan tema/idea, pengolahan bahan dan teknik setiap karya yang telah memenangi hadiah utama di dalam Pertandingan Bakat Muda Sezaman (BMS), dengan menggunakan model ‘Gabungan Organik’ (Organic Unity) oleh Ocvirk, Stinson, Wigg, Bone & Cayton (2000). Semua karya pemenang utama pertandingan BMS sebanyak 20 buah karya menjadi sampel kajian. Kaedah Analisa Kandungan Karya Seni Halus : Secara asasnya karya seni halus terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Bahan rujukan/subjek (Subject), Bentuk (Form) dan Makna (Content). Tradisinya, Subjek adalah merujuk kepada manusia, benda ataupun sesuatu tema. Ianya dianggap sebagai pendorong (motivation) untuk berkarya. Bentuk merujuk kepada penampilan sesuatu karya atau rekaletak/susunatur/penyusunan bahan rujukan melalui pengolahan sesuatu media/bahan dan teknik. Bentuk dapat dikatakan sebagai bahagian utama (substantiation) yang asas bagi sesuatu karya. Manakala Makna pula merujuk kepada pernyataan mesej yang diolah oleh pengkarya untuk diterjemahkan oleh penonton. Ianya merupakan faktor penghubung/komunikasi (communication) antara pengkarya dan penonton (Ocvirk, Stinson, Wigg, Bone & Cayton, 2001). 3.1 MODEL ‘ORGAIC UITY’ Model ‘Organic Unitiy’ dikenali sebagai ‘Gabungan Organik’ membolehkan penyelidik membuat penyelidikan dengan lebih terperinci dan teratur yang telah dapat dijalankan dengan cara yang lebih sistematik. Ini bukan sahaja memudahkan penyelidik malahan ianya akan memudahkan para pembaca apabila cuba memahami sesebuah karya dan juga mentafsirkannya. Pecahan tersebut adalah seperti berikut: Susunan ’Gabungan Organik’ ini akan dirangkakan dengan menggunakan pecahan yang terdiri daripada Bentuk (Form) yang memperkatakan tentang persoalan karya iaitu ”Bagaimana”. Subjek (Subject) memperkatakan tentang persoalan karya iaitu ”Mengapa”. Makna dan Gaya (Content and Style) pula memperkatakan tentang persoalan karya iaitu ”Mengapa”.
Paper number: 5590841
C S S R 0 8’ 0 9
14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H
BENTUK persoalan “bagaimana” K per AND soa U lan NG “ke AN nap a”
JEK apa” SUB “meng n oala pers
Campuran yang menghasilkan GABUNGAN ORGANIK Source: (O. G. Ocvirk, R. E. Stinson, P. R. Wigg, R. O. Bone, D. L. Cayton. 2000)
Gambarajah 1: Organic Unity. BETUK Pengkajian mengenai bentuk adalah berlandaskan kepada rupa bentuk sesuatu karya itu dari segi fizikalnya dan ianya terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Unsur seni dan Prinsip Seni Rupa. Keduadua bahagian ini memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan seni yang bertenaga dan bermakna. Bentuk merujuk kepada keseluruhan organisasi atau komposisi sesuatu karya. Penampilan sesuatu karya adalah hasil daripada penggunaan unsur-unsur seni yang diolah dengan penggunaan prinsipprinsip seni. Evulusi karya
BENTUK Peralatan Seni
dan media
Unsur Seni Rupa Garisan Rupa Nilai Jalinan Warna dihasilkan menurut kepada
Prinsip Seni Reka Harmoni
Kepelbagaian merangkumi
merangkumi
pengulangan-irama penutup-jalian visual
Keseimbangan Kadarbanding Penegasan Pergerakan Ekonomi
faktor berbeza uraian-berlawanan
menghasilkan
Ruang Penghasilan
Gabungan
Source: (O. G. Ocvirk, R. E. Stinson, P. R. Wigg, R. O. Bone, D. L. Cayton. 2000)
Gambarajah 2: Unsur Seni Rupa dan Prinsip Seni Reka Bagi memastikan pengkajian yang membawa kepada penghasilan bentuk penghuraian ini haruslah merujuk kepada beberapa aturan yang telah di sampaikan seperti dalam gambarajah 2 di atas dan dengan Paper number: 5590841
C S S R 0 8’ 0 9
14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H
penerangan-penerangan seperti Unsur Seni Rupa yang dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Garisan (Line), Rupa (Shape), Nilai (Value), Jalinan (Texture) dan Warna (Color). Manakala Prinsip Seni Reka pula terdiri daripada dua bahagian utama iaitu Harmoni (Harmony) dan juga Kepelbagaian (Variety) USUR SEI RUPA Garisan: Merupakan bahagian yang bergerak menggunakan bahantara, peralatan atau media yang bergerak merentangi atau mengisi sesebuah ruang. Dan pada kebiasaannya satu garisan yang dapat dilihat secara kasar oleh kerana keadaan sekelilingnya atau disekitarnya. Garisan secara teori bermaksud suatu siri titik yang berterusan. Rupa: Rupa terhasil daripada garisan yang bercantum. Ruang kosong dalam lingkungan garisan itu dipanggil Rupa. Rupa dapat menjelaskan lagi imej yang terkandung dalam komponen subjek yang dipilih atau dirujuk oleh artis berbanding garisan. Ianya terjadi apabila ada kehadiran sesuatu kawasan atau pun keadaan yang membentuk kepada kehadiran bentuk atau dengan kehadiran sempadan yang diwujudkan oleh pengkarya dengan berbagai-bagai cara sama ada melalui kehadiran warna, nilai dan juga corak. ilai: Nilai boleh dibahagikan kepada tiga peringkat penilaian. Pertama, nilai dalam seni rupa adalah berdasarkan kepada penggunaan terang dan gelap pada sesuatu objek atau lain-lain unsur seni dengan merujuk kepada nilai ’Achromatic’ yang terdiri daripada putih, hitam dan kelabu. Peratus hubungan antara kehadiran cahaya dan bayang ataupun kegelapan di dalam sesebuah bentuk atau objek. Kedua, kadar terang dan gelap dirujuk kepada skala nilai di mana ’high-Key’ merujuk kepada skala semakin terang manakala ’low-key’ merujuk kepada skala semakin gelap. Jalinan: Boleh dikatakan bahawa jalinan ini boleh terbentuk dengan berbagai cara sama ada dengan secara semula jadi ataupun kemahiran seseorang pengkarya dalam mewujudkan kehadiran jalinan melalui kemahirannya dalam pengunaan asas seni. Jalinan boleh difahami sebagai kesan sesuatu permukaan seperti kasar, halus, lembut, keras dan sebagainya. Warna: Satu tindak balas visual yang membawa aliran gelombang cahaya dan memberi makna kepada kehadiran warna yang dikenali sebagai warna-warna asas seperti merah, hijau, biru dan sebagainya. Ini membawa kepada kehadiran secara fizikal bagi pembentukan ‘Hue’ secara amnya dikenali sebagai warna. ‘Intensity’ pula merupakan kekuatan atau kekukuhan warna dan ‘Value’ ialah nilai sesebuah warna yang terhasil. PRISIP SEI REKA Ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Harmoni (Harmony) dan juga Kepelbagaian (Variety) di mana bila ianya di pecahkan lagi dengan lebih teliti ianya akan membawa kepada beberapa corak pemahaman. Menurut Ocvirk, Stinson, Wigg, Bone & Cayton, (2001), prinsip-prinsip seni reka atau organisasi terdiri daripada lima prinsip iaitu Imbangan (Balance), Kadarbanding (Proportion), Penegasan (Dominance), Pergerakan (Movement) dan Ekonomi (Economy). Harmoni: dapat dianggap sebagai faktor penyatupaduan pelbagai bahagian sesuatu karya. Ia mewujudkan keseragaman dalam mengorganisasikan unsur-unsur seni. Ia adalah antara prinsip seni yang penting untuk mendapatkan bentuk yang sepadu. Kepelbagaian - adalah prinsip seni yang berlawanan dengan fungsi prinsip harmoni. Ia adalah faktor penolakan bagi perhubungan unsur seni. Kepelbagaian dapat dicipta menerusi kontra dan perincian sesuatu bahagian yang seragam. Imbangan - adalah faktor padanan yang menyeimbangkan sesuatu unsur seni. Penggunannya dapat memberi kesan graviti yang stabil. Pengolahan imbangan dapat dibuat menerusi imbangan simetri (symmetrical), imbangan putaran (radial) dan imbangan tidak simetri (asymmetrical). Imbangan simetri berkeadaan sama antara sebelah menyebelah seperti pandangan cerminan. Manakala imbangan radial, menekankan keseimbangan daripada bahagian tengah yang memberi kesan putaran yang sama. Kadarbanding: melibatkan nisbah tertentu bagi satu-satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam pengolah unsur-unsur seni. Perbandingan satu bahagian berkaitan dengan keseluruhan bahagian dalam sesuatu karya atau imej tertentu. Bahagian yang berkaitan ini dapat mencipta kesan keharmonian dan keseimbangan. Paper number: 5590841
C S S R 0 8’ 0 9
14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H
Penegasan: menekankan penumpuan pada satu-satu bahagian sahaja atau pengolahan unsur seni yang sangat berbeza untuk menarik perhatian khusus dalam sesebuah karya. Ianya dapat dilakukan dengan beberapa cara iaitu; mengasingkan atau membezakan satu bahagian dengan keseluruhan bahagiannya, meletakkan kontra di bahagian yang sangat ketara, mewujudkan pergerakan yang terarah; menetapkan skala yang tidak sepadan dan mencipta satu karektor yang berbeza terhadap penampilan yang sama dalam penghasilan sesebuah karya. Pergerakan: menjadikan mata penonton dibawa bergerak secara selesa dari satu bahagian kepada bahagian yang lain. Pergerakan dapat diwujudkan dengan mana unsur seni tertentu yang diolah hampir sama, diulangkan secara terarah samada secara teratur atau susunan yang melompat-lompat tetapi saling berkaitan atau berhubungan. Ekonomi: diciptakan daripada olahan unsur seni untuk mendapatkan kesan ringkas dan minima pada sesebuah karya. Prinsip ekonomi tidak tertaluk kepada aturan tertentu di mana ianya lebih kepada tindakan perasaan dalaman sipengkarya. SUBJEK Setiap karya yang dihasilkan oleh seseorang pengkarya seni selalunya mengutarakan berbagai-bagai subjek bagi membolehkan sesebuah karya itu terbentuk. Melalui subjek atau isu-isu inilah pengkarya telah dapat memastikan apa yang cuba diutarakan di dalam karyanya agar dapat disampaikan kepada peghayat seni dan masyarakat umum. Subjek atau isu yang terhasil apabaila berlaku sesuatu peristiwa atau perkara ke atas seseorang pengkarya. Pengkarya akan memperolehi subjek atau isu yang ingin diutarakan olehnya samada melalui pengamatan sendiri ataupun terhadap masyarakat. MAKA DA GAYA Apabila seseorang pengkarya itu berkarya beliau akan memikirkan berbagai-bagai perkara dan isu untuk dibawa didalam karya mereka. Oleh kerana itu dengan adanya panduan berkaitan degan makna dan gaya maka pengkarya akan dapat menghasilkan kaya yang boleh berkomunikasi atau menyalurkan emosi kepada penghayat seni atau penonton sesebuah karya. Maksud dan tema tersebut bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang ’bersangkutan’ (Interaktive) dan yang ’berkaitan’ (Interrelated). Namun sebelum itu penghayat seni atau penonton haruslah memahami maksud makna dan gaya di dalam pencarian maksud di dalam seni. Makna: selain daripada merujuk kepada emosi atau mesej intelek atau ekspresi pengkarya. Ia boleh juga dirujuk sebagai pengalaman personal seseorang pengkarya yang kerapkali sukar diterjemahkan oleh penonton kecualilah jika penonton tersebut mempunyai pengalaman yang sama dengan pengkarya. Gaya: merangkumi kepada watak atau cara yang dibawa oleh seseorang pengkarya seni di dalam karyanya. Ia bolehlah dikatakan sebagai satu cabang kepada pendekatan seseorang pengkarya menghasilkan karya dengan berlandaskan kepada maklumat yang ’Bersangkutan’ (Interaktive). 3.2 TEKIK PEGKAJIA Pengkajian pada keseluruhannya akan berorentasikan kepada pemahaman yang dibawa oleh penemuan-penemuan di atas dan ianya dapat dilihat melalui gerak kerja yang dijalankan dengan mengunakan pecahan-pecahan peta minda seperti rajah 3. Berpandukan kepada peta minda ini penyelidik akan membuat pembahagian cara penulisan terhadap karya-karya yang terpilih berasaskan kepada ’Pecahan Organik’. Ianya dimulakan dengan pencarian terhadap Bentuk, Subjek dan akhir sekali Makna dan Gaya. Bentuk akan dihuraikan dengan terperinci melalui pencarian yang berkaitan dengan ’Asas Seni’ (Element of Art) dan ’Susunan Utama Seni’ (Principal of Art). Subjek dan Isu pula akan dihuraikan degan berpandukan kepada tiga perkara asas yang selalu diguna pakai oleh pengkarya iaitu ’Individu’ (A Person), ’Perkara’ (A Thing) dan ’Ilham’ (An Idea). Manakala ’Makna dan Gaya’ (Content and Style) akan dihuraikan berpandukan kepada yang ’Bersangkutan’ (Interactive) dan ’Berkaitan’ (Interrelated).
Paper number: 5590841
C S S R 0 8’ 0 9
14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H
Source: (Azian Haji Tahir , 2007)
Gambarajah 3: Pecahan penyelidikan mengunakan Gabungan Organik yang disusun dalam bentuk ‘Mind Map’
4. KESIMPULA Berdasarkan teori dan model yang digunakan, penyelidikan ini telah dapat menjawab persoalan dan andaian kajian dan melaluinya dapat membawa kepada penemuan berkaitan 20 buah karya yang dikaji dari 1974-2004. Keseluruhan kajian yang dibuat terhadap karya-karya pemenang utama BMS, mempunyai keistemewaan masing-masing yang merangkumi pengisian, teknik dan bahan yang digunakan. Pengisian terhadap setiap persoalan yang diutarakankan oleh pihak penganjur berdasarkan tema dapat disampaikan dalam bentuk visual dengan baik walau pun cara penyampaian gaya, bahan dan teknik adalah berbeza yang mengikut kreativiti dan inovasi pengkarya itu sendiri. Tiada keterbatasan dalam pengolahan karya dalam menyampaikan makna menerusi tema semasa yang telah dihuraikan melalui pengisian unsur seni rupa dan prinsip seni reka menerusi ilustrasi visual. Penetapan tema pertandingan dan jika dirujuk secara menyeluruh sememangnya tema yang diberi adalah merujuk kepada keadaan semasa dunia atau tempatan ketika itu. Melalui penyelidikan ini dapat dilihat bagaimana secara keseluruhaannya penghasilan karya sememangnya dihasilkan mengikut perkembangan semasa. Contohnya pada karya yang dihasilkan oleh Ponirin Amin bertajuk ‘Alabi Catur di Pulau Bidong’ (1981). Merupakan sebuah karya yang begitu bersimpati terhadap nasib-nasib yang menimpa pelarian perang Vietnam di negara ini. Dengan huraian maksud yang memberi gambaran bahawa mangsa keadaan ketika itu bukan sahaja terhadap mangsa peperangan tersebut malahan, penduduk tempatan serta kerajaan Malaysia juga terpaksa menanggung beban. Contoh lain bagi pertandingan tahun 1989 adalah berasaskan kepada tahun keamanan antarabangsa iaitu tema diberi ialah ‘keamanan’ di mana Mastura Abdul Rahman dengan karyanya yang bertajuk ‘Harmonius Interior’ telah berjaya menghuraikan dengan gaya dan corak persembahan yang dipilih sendiri. Sebanyak 50% dari karya yang memenangi pertandingan ini adalah dari kategori karya instalasi. Gaya ini dimulakan dari karya Lee Kian Seng (1975) bertajuk “Permainan Poker” sehingga kepada karya Hazrul Mazran Rusli (2000) yang bertajuk “M.O.U: Takkan Melayu Hilang Di Dunia”. Karya-karya tersebut telah dapat dihasilkan dengan jayanya. Ini adalah kerana pengkarya mengharapkan penggunaan karya berbentuk instalasi dapat memberi satu aktiviti yang berkonsepkan ekspresi individu terhadap keseluruhan atau kesatuan antara bentuk dan makna bagi karya seni tersebut. Sebanyak 10 karya daripada 20 pemenang yang mempersembahkan karya dengan pendekatan instalasi di dalam pertandingan ini telah dapat menghubungkan perasaan dan pengetahuan yang berbeza kepada penonton atau penghayat seni. Ia Paper number: 5590841
C S S R 0 8’ 0 9
14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H
tidak hanya memerlukan mereka menghayati seni melalui minda dan pandangan semata-mata. Oleh kerana itulah kebanyakkan pengkarya memilih untuk menggunakan pendekatan instalasi untuk mempersembahkan karya mereka. Pengkarya yang memenangi pertandingan BMS ini selain daripada berbakat mereka jelas mempunyai latar belakang pengajian tinggi, sama ada awam ataupun swasta. Ini terbukti apabila mengimbau kembali kepada pemenang-pemenang pertandingan ini mereka sememangnya telah mengharungi pendidikan formal tentang seni visual. Dapat dijelaskan bagaimana mereka mendominasi keseluruhan pertandingan yang telah mencapai usia melebihi tiga dekat ini. Pendidikan formal sememangnya penting kerana melalui pendidikan pengkarya telah berjaya menghasilkan karya yang baik dan kemas, berilmu dan mempunyai intipati yang penting berlandaskan kepada tema yang diberi. Pusat pengajian tinggi telah berjaya menerap dan mengeluarkan pengkarya yang berkualiti dan berbakat. Pengkarya dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dulunya dikenali sebagai Institut Teknolgi MARA (ITM), sememangnya telah memonopoli majoriti hadiah utama di dalam pertandingan Bakat Muda Sezaman ini. Seramai 14 pemenang daripada 20 pengkarya yang memenangi hadiah utama pertandingan ini adalah bekas graduan kelahiran UiTM. Malahan Zulkifli Yusuf telah memenangi hadiah yang serupa sebanyak dua kali iaitu pada BMS 1988 dan BMS 1989. Sesungguhnya dominasi ini merupakan satu kejayaan bagi pengkarya itu sendiri dan juga bagi institusi pengajian tinggi tersebut. Bakat Muda Sezaman menyusur peredaran zaman dan tempat dari sebuah banggunan lama iaitu bekas sebuah hotel kepada sebuah banggunan moden yang lengkap dengan segala kemudahan dalam pengurusan dan aktiviti hasilan seni visual. Ia telah memberi jalan kepada bakat-bakat muda untuk menapak di dalam negara hingga ke luar negara. Dengan kejayaan begini tidak dapat diperkatakan lagi bahawa begitu besar penghargaan yang diberi oleh pertandingan BMS kepada pemenangnya dan ianya akan berterusan menjalankan tugasnya untuk menghasilkkan lebih banyak pengkarya-pengkarya muda yang berbakat untuk negara.
REFERECES Beazley, M. (2003). The Elements of Design. London: Octopus Publishing. Benjamin, A.(1993). Installation Art in Art and Design Magazine, Profile No.30.UK:Academy Group Ltd. Brian, C.(2002) Drawing from Observation: an Introduction to Perceptual Drawing. Ohio: McGraw-Hill. David, B. (1995) Modern Art. London: Thames and Hudson. Gillian, R. (2001). Visual Methodologies. London : Sage Publications. Hobbs, J.A. (1975) Art in Context. 3rd ed. New York: Harcourt Brace Jovanovich inc. Lois Fichner-Rathus (2001). Understanding Art. 6th ed. USA: Harcourt Inc. Oliveira, N.D., Oxley, N. & Petry, M. (1994). Installation Art. London: Thames and Hudson. Ocvirk, Stinson, Wigg, Bone & Cayton. (2000) Art Fundamentals. USA: McGraw-Hill Companies. Preble Duane & Sarah. (2004). Art Forms 7th Ed. USA: Prentice Hall. Ragans, R. (1995). Art Talk. 2nd ed. Ohio: Macmillan/McGraw-Hill. Redza Piyadasa. ( 1995). Ismail Zain – Retrospective Exhibition 1964-1991, KL:Balai Seni Lukis Negara. Robertson, J. & McDaniel, C. (2005). Themes of Contemporary Art. New York: Oxford University Press. Rush, M. (1999). ew Media in Late 20th–Century Art. London:Thames & Hudson. Sulaiman Esa (1974). Katalog Pameran Pelukis Muda Sezaman 1974. KL: Balai Seni Lukis Negara. Terry Barrett. (1994). Criticizing Art: Understanding the Contemporary. California: Mayfield Publishing. Tribe, M. & Jana, R. (2006). ew Media Art. USA: Taschen. The Encyclopedia of Malaysia.(2007). Crafts and The Visual Arts. KL : Didier Millet. Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1999). Imbasan Bakat Muda Sezaman. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara (2000). Bakat Muda Sezaman 2000. Kuala Lumpur : Balai Seni Lukis Negara. (2002). Bakat Muda Sezaman 2002. Kuala Lumpur : Balai Seni Lukis Negara. (2004). Bakat Muda Sezaman 2004. Kuala Lumpur : Balai Seni Lukis Negara. Paper number: 5590841