Bahagian D - Carta Pai Bertingkat.doc

  • Uploaded by: Adriana Farisha
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA

Overview

Download & View Bahagian D - Carta Pai Bertingkat.doc as PDF for free.

More details

  • Words: 594
  • Pages: 1
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengikut jenis perniagaan dan jenis skim jaminan kredit yang ditawarkan pada tahun 2004.

CGC bukan sahaja memberikan khidmat nasihat dalam perkara-perkara teknikal tetapi juga, malah lebih penting lagi, memberikan jaminan kredit kepada usahawan PKS yang sering berhadapan dengan masalah ketiadaan penjamin dalam permohonan pinjaman mereka kepada pihak bank. Jumlah jaminan kredit oleh CGC pada tahun 2004 bernilai RM3007.6 juta. Angka ini merupakan peningkatan sebanyak 12.1% berbanding dengan tahun 2003, dengan bilangan usahawan yang terlibat sebanyak 8452 orang. Daripada jumlah RM3007.6 juta itu, sebanyak RM1822.09 juta diberikan kepada usahawan PKS yang menjalankan perniagaan am. Jumlah usahawan yang mendapat jaminan kredit untuk jenis perniagaan ini adalah yang paling banyak, iaitu 5624 orang.

Usahawan PKS yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan sektor pembuatan merupakan golongan kedua terbanyak yang menerima jaminan kredit daripada syarikat ini, iaitu bernilai RM766.11 juta. Perniagaan yang berkaitan dengan sektor pertanian pula mencatat nilai terkecil, iaitu hanya RM28.81 juta. Jumlah yang selebihnya adalah untuk jaminan kredit kepada usahawan yang menjalankan jenis perniagaan lain.

Skim jaminan kredit yang diberikan oleh CGC pada umumnya dapat dibahagikan kepada lima skim, iaitu Skim Jaminan Utama Baharu, Skim Jaminan Laluan Terus, Skim Jaminan Anjal, Skim Jaminan Usahawan Kecil, dan Skim Jaminan Lain. Skim Jaminan Utama Baharu mencatat angka tertinggi dari segi nilai jaminan, iaitu RM1061.68 juta, diikuti oleh Skim Jaminan Laluan Terus yang mencatat nilai RM962.88 juta. Skim Jaminan Anjal pula mencatat 27.14% daripada jumlah keseluruhan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh syarikat, manakala bagi Skim Jaminan Usahawan Kecil, nilainya berjumlah RM44.03 juta. Jumlah selebihnya ialah nilai jaminan yang diberikan kepada Skim Jaminan Lain.

(Disesuaikan daripada Dewan Ekonomi, November 2005)

Related Documents

Carta Pai
May 2020 10
Carta Ao Pai Natal
June 2020 6
Carta D' Un Fill
December 2019 7
Carta D Einvitacion
May 2020 5
Pai
June 2020 28

More Documents from ""