Babak - Babak Terakhir

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Babak - Babak Terakhir as PDF for free.

More details

  • Words: 1,128
  • Pages: 5
Kita berpisah tanpa mengucapkan ‘Selamat Tinggal’.... Pada hari itu... Aku fikirkan ’hari esok’ akan kunjung tiba... Tapi ternyata sangkaan aku meleset... Ianya berulang sendiri... Babak-babak terakhir.. Yang sungguh memilukan dan menyedihkan...

By hand, Nurliayana Edayu/Ayu (6 Biru)

Melihat kembali kepada sijil tamat persekolahan... Aku seorang gadis bernama Rina, merupakan bekas pelajar sekolah ini sesungguhnya tidak dapat melupakan kenangan serta babak-babak terakhir yang menjadi suatu kenangan yang amat pahit untuk aku kenangkan... Aku genggam erat sijil seorang yang juga merupakan bekas pelajar di sekolah itu, Didi.. ”Mak aih! Salji ke ni? Aku macam tak percaya je! Dah masuk bulan Mac..” kata Almy, kawan karibku... ”Rina! Rina! Parti tu mula pukul 2 petang!” katanya lagi.. Aku tersentak.. ”Korang pergi dululah.. Aku kena bawa sijil ini ke tempat dia..” kataku..”Ah, itu sijil Didi ke..” tanya Almy ”Ya..” Jawabku perlahan.. Perasaan ini masih lagi tak realistik.. Kau tiada di sini.. Kejadian itu berlaku dua bulan yang lalu.. Sebelum majlis tamat sekolah, sesiapa yang sudah ada perancangan masa depan bertanggungjawab untuk membuat persediaan majlis parti perpisahan... Ketika itu , aku dan kawan-kawanku sedang menonton video yang telah sempat kami rakamkan ”Lepas ni, acara utama hari tu ialah babak-babak video ketua kelas yang telah dirakam sepanjang tahun!” gelakku.. Kawankwanku turut tergelak bersama... Walaupun terasa agak sedih, aku tak rasa yang kami akan tamat sekolah tak lama lagi... Sedang aku asyik menonton video tersebut, babak-babak dalam video ini, kenapa semuanya kelihatan begitu cantik.. ”Hei, Rina! Kenapa ni...” kata randy, sedar akan perubahan riak mukaku.. ”Cuba tengok ni, cara filem ni dirakamkan.. Rasa sungguh mesra..” kataku.. ”Oh ya! Macam tengah tengok movie!” sedar kawan ku yang lain.. ”Semua orang ada dalam tu! Haah! Termasuk ketua kelas” sambungnya lagi.. ”Habis tu, siapa yang rakamkan semua ni..” Soalku.. ”Nanti aku check buku kedatangan” Sam mencelah.. ”Ahh, Didi Zachy, dia seorang je yang takde kat dalam video ni”sambungnya lagi.. Didi Zachy.. Dia merupakan seorang pelajar yang agak pendiam. Selalu datang lambat atau langsung tak datang. Interaksi dia dengan pelajar lain pun sangat terhad... Lagipula, aku dengan mamat tu, jarang bercakap.. (Tak pernah bercakap pun sebenarnya).. ”Didi..” ”Ah, Emm..”Jawabnya slumber.. ”Kau ke yang buat rakaman semasa Hari Sukan dulu?” soalku.. ”Ahh..Ya..” ”Kitorang dah rancang pelan baru nak buat video untuk majlis tamat sekolah.. Kau nak ikut tak?” Keadaan tegang dan tiba-tiba Didi bersuara ”Aku.. Tak berminat sangat dengan benda gini” ”Tak..Tak” aku cuba untuk memujuknya..

”Apa” tanya Didi ”Sebab..Err..Sebab..”kataku, kehabisan akal untuk memujuknya.. Lagipula, aku percaya orang yang rakamkan semua ini adalah seseorang yang sangat sayangkan kelas ini.. Sebab, semua babak yang ada, dapat membibitkan perasaan seronok kepada orang yang melihatnya.. Orang yang ’tak berminat’ tak mampu hasilkan sesuatu seperti ini. ”Aku pergi dulu” katanya lalu pergi.. ”Tunggu lah! Sekurang-kurangnya bincanglah dulu dengan kami..” Dia tak peduli.. Tak, aku tak akan putus asa.. ”Hari ni pukul tiga petang dekat kelas.. Datanglah kalau berminat” kataku pantas sebelum pintu kelas ditutup olehnya... ******************************************* ”Rina, aku ngantuk dah ni.. Sampai bila lagi kita nak tunggu ni..” ”Yelah .. Rina, mamat tu gerenti tak datang punya lah.. Lagipun, Didi tu bukannya jenis yang boleh buat kerja dengan orang lain.. Kami dah cuba, tapi susah lah..”rungut kawan-kawan ku.. ”Kejap je lagi, bolehlah ye” rayu ku.. ”Maaflah, Rina.. Tapi, kitorang ada kerja yang lagi berfaedah nak dibuat.. Jumpa besok ye.. Bye..” kata mereka lalu beredar..”Haih.. Aku pun balik jelah..” Tanpa ku sedari, Didi pun datang ”Didi.. Kau datang pun..” ”Tak, aku ke sini nak cari cikgu..” ”Didi, apa kata kau tengok dulu rancangan kami ni, err, semua orang ada hal hari ni jadi tak dapat hadir.. Ahh.. Lagi satu, kami nak gunakan banyak bahagian filem yang kau rakamkan.. Aku rasa hasilnya mesti boleh jadi gempak gila...” kataku.. ”Contohnya, masa hari sukan tu, bukan hanya peserta yang bertanding je yang kau rakam malah penonton yang bersorak pun ada sekali.. Dan situasi dalam kelas selepas hari sukan.. Aku rasa sangat bagus..” Tiba-tiba aku terdiam, kerana aku merasa yang aku terlalu banyak bercakap. ”Err..Aku cakap banyak sangat ke?” Alamak, takde jawapan!! Baik aku minta maaf.. ”Maaf, aku selalu je macam ni.. Tapi, video yang kau rakam tu memang best sangat. Kau ni jenis yang suka perhatikan keadaan sekeliling. Bukan macam aku yang suka main-main..” ”Aku tak rasa macam tu. Kau pun mempunyai personaliti tersendiri jugak, kan? Lagipula, kau selalu berteriak memberi sokongan semasa Hari Sukan. Semua orang bersemangat sebab tengok kau.” Tiba-tiba, Didi bersuara.. ”Perasaan teruja begitu... Sangat Bagus” sambungnya lagi.. Betapa malunya aku.. ”Te..Terima kasih” kataku.. ”Sangat berterus terang”katanya lagi.. ”Kau pun! Sebiji seperti apa yang aku selalu bayangkan. Memang baik orangnya. Macam kedatangan kau

ke sini hari ini!” kata ku... ”Itu..” Belum sempat dia menghabiskan katakatanya aku pun mencelah ”Terima Kasih sangat-sangat” Keesokan harinya Didi pun datang untuk menolong kami agar dapat menyiapkan rancangan kami ini... Tetapi dalm diam, ada suara dalam hatiku mengatakan ’Kenapa dulu aku tak ajak dia berbual’ Ya... Kenapa?? Adakah kerana diriku tidak mengenalinya.. Aku rasa lega sebab aku berjaya kenal dengan dia sebelum sekolah tamat... ’Oh, betul tu.. Didi hampir-hampir buat diri dia takde dalam video..Jururakam terlupa nak ambil rakaman dirinya sendiri..’ bisik hatiku.. Lalu, aku pun mengambil kamera video untuk merakamnya tetapi secara diam.. Apabila dilihat dengan teliti, Didi sebenarnya mempunyai rupa paras yang comel.. ”Jangan rakam saya..” katanya.. ”Ma.. Maaf..” Kataku.. ”Maaf.. Saya tak suka diri saya dirakam kamera.. Ni cikgu ke..”lalu Didi mengambil kamera itu dari tanganku.. ”Err..ya! Aku nak tambah beberapa rakaman bangunan sekolah..”jawabku.. ”Biar aku yang buat! Pintu pagar pun dah cantik sekarang..” Katanya sambil tersenyum.. Lalu, kami pun bergerak menuju ke arah pintu pagar sekolah.. ”Wahh... Betul la.. Kita boleh namapak matahari terbenam melalui tingkap ini.. Kitaboleh nampak semuanya dengan jelas dari sini, Didi.. Mesti kau amat sukakan sekolah ini, kan? Walaupun kau selalu tak datang sekolah” gelakku kecil.. ”Suka ke macam tu? Bagi aku, dunia ini tak ubah macam sebuah filem.” ”Sebuah filem?” soalku kebingungan.. ”Ya, filem yang selalu berputar di depan mata. Aku mahu lihat babak yang berlainan.. Aku tak terlepas sebarang pemandangan yang indah..” Kata-kata itu membuatkan aku tergamam.. ’Buat masa ini.. Aku.. Aku hanya nak tengok kau..’ bisik hatiku yang kecil.. Warna keemasan itu memancar ke arah rambut Didi.. bahunya.. dan juga jam tangannya... Didi.. sebab kenapa semua ini jadi indah? Adakah kerana kehadiran kau di sini.. Mungkin... Ya... Setelah selesai, kami pun kembali ke pangkalan kami.. ”Panjang video ni, 35 minit dan 32 saat.” kata ketua kelas.. ”Ngamngam..” sambungnya lagi.. Tiba-tiba kedengaran Almy bersuara ”Bila dah mula peperiksaan nanti, kita dah tak boleh guna bilik kawalan ni lagi..” ”Tapi, kelihatan tak ada babak akhir lah..” sambungnya lagi.. ”Apa kata kita rakamkan laluan yang biasa kita guna masa kita jalan kaki ke sekolah?” cadang Didi.. ”Okey, kita serahkan semuanya kepada Didi..” kata ketua kelas... ”Ahh!

Aku nak tolong..”kata Rina.. ”Okey..”kata Didi sambil tersenyum... Babak terakhir... Selepas buat penggambaran ni, semuanya akan berakhir..

Related Documents

Babak Penyisihan.docx
October 2019 15
Babak 2
November 2019 14
Hasil Babak Penyisihan
November 2019 12