Bab_3_ab202.docx

  • Uploaded by: Surinjay SJ
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab_3_ab202.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 8,312
  • Pages: 41
3.0

CABARAN MORAL DALAM MASYARAKAT MASA KINI Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat: - membincangkan cabaran dan isu moral dalam masyarakat masa kini.

3.1

Memahami elemen-elemen yang mencabar nilai-nilai moral

Pendidikan Moral adalah proses pendidikan di mana sesuatu masyarakat didedahkan dengan standard-standard tingkah laku yang betul. Ia memberi peluang kepada masyarakat menghayati nilai-nilai moral supaya dapat mengenal, menerima, mengamal dan membuat keputusan yang bertanggungjawab mengenai berbagai situasi dalam kehidupan serta tidak melanggar elemen-elemen yang boleh mencabar nilai-nilai moral seperti individualistik, materialistik, gila kuasa, hipokrasi dan hedonisme.

3.1.1 Elemen-elemen yang mencabar nilai-nilai moral

a.

Individualistik

Bermaksud bersikap sebagai individualis ( tidak dikuasai atau dikongkong oleh golongan atau pihak lain )

b.

Materialistik

Bermaksud berkaitan dengan kebendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan kebendaan

c.

Gila kuasa

Bermaksud terlalu ingin mendapat kuasa atau sentiasa ingin mengejar pangkat

d.

Hipokrasi

Bermaksud perbuatan berpura-pura baik

e.

Hedonisme

Bermaksud pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup

3.2 CABARAN ETIKA KERJA PROFESIONAL DALAM MASYARAKAT 3.2.1 Teras –Teras Etika Kerja Profesional

1. Cemerlang 2. Sikap berinisiatif 3. Niat 4. Bertanggungjawab terhadap masyarakat 5. Amanah dalam kerja 6. Komited terhadap kerjaya 7. Akhlak 8. Jujur 9. Bersyukur 10. Pengurusan masa 11. Menilai diri

3.2.2 Fungsi Etika Kerja Profesional

1. Etika yang mantap mampu memupuk nilai dan sikap yang positif serta membentuk budaya sihat dalam sesebuah organisasi. 2. Etika mampu membentuk kawalan dalaman di kalangan warga organisasi. Ia mengukuhkan sistem kawalan luaran yang sedia ada dalam sesebuah organisasi. 3. Etika merupakan salah satu usaha untuk menuju ke arah kecemerlangan. Organisasi yang utuh etikanya akan menjadi organisasi yang cemerlang. 4. Etika akan membentuk motivasi yang unggul. 5. Etika akan menggalakkan persaingan yang sihat.

6. Etika yang utuh dan difahami serta dihayati akan membantu untuk mengurangkan pelbagai bentuk penyelewengan dalam sesebuah organisasi. 7. Etika kerja yang mantap akan mampu menyumbang ke arah pembentukan organisasi yang berintegriti dan dihormati.

3.2.3 Amalan-Amalan Yang Tidak Beretika Di Kalangan Profesional

1. Salah guna kuasa 2. Rasuah 3. Penipuan 4. Kronisme /Nepotisme

3.2.4 Contoh Etika Kerja Profesional Dalam Pelbagai Profesion

1.

Etika Perkhidmatan Awam ( Institut Tadbiran Awam, Negara 1994 )

a. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan b. Bekerja dengan penuh tanggungjawab c. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri d. Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan mesra e. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat f. Bekerja dalam membanteras kelemahan dan musuh negara g. Berpegang teguh kepada ajaran agama

2.

Kod Etika Kedoktoran

Persatuan Perubatan Dunia telah menjadikan Deklarasi Geneva pada tahun 1947 sebagai etika dalam bidang perubatan iaitu :

1. Doktor berikrar dengan sesungguhnya untuk mendedikasikan hidupnya untuk perkhidmatan kemanusiaan. 2. Doktor akan memberikan penghormatan kepada guru yang mengajarnya dan rasa terhutang budi kepada mereka. 3. Doktor akan melaksanakan profesionnya dengan ikhlas dan berintegrasi. 4. Kesihatan pesakit adalah keutamaan. 5. Doktor akan memelihara rahsia yang diamanahkan. 6. Doktor akan mengekalkan sedaya upaya dalam kekuasaan integriti dan tradisi professional perubatan. 7. Sahabat adalah saudara. 8. Doktor tidak akan membenarkan pertimbangan agama, kerakyatan, keturunan, parti politik atau kedudukan sosial mempengaruhi tanggungjawab terhadap pesakit. 9. Doktor akan mengekalkan integriti kehidupan manusia sejak awal walaupun di bawah ancaman dan tidak akan menggunakan pengetahuan perubatan bertentangan dengan undang-undang kemanusian. 10. Doktor melakukan janji ini dengan penuh ikhlas, bebas dan integriti.

Tanggungjawab Doktor Kepada Pesakit

1. Seorang doktor mestilah sentiasa mempunyai sikap untuk menyelamatkan nyawa pesakit. 2. Seorang doktor mestilah mendedikasikan sepenuh tumpuan dan segala sumber ilmu pengetahuannya kepada pesakitnya. Apabila penghuraian atau rawatan di luar batas keupayaannya, ia mesti cuba mendapatkan bantuan perkhidmatan doktor yang memiliki keupayaan yang diperlukan.

3. Seorang doktor mestilah memelihara sepenuhnya kerahsiaan semua perkara yang ia tahu berkaitan pesakitnya kerana kepercayaan yang di berikan kepadanya. 4. Seorang doktor mestilah memberikan perhatian kecemasan sebagai tanggungjawab kemanusiaan kecuali ia yakin orang lain mahu dan boleh melakukannya. Tanggungjawab Doktor Sesama Doktor 1. Seorang doktor berkewajiban melayani rakan sejawatnya sepertimana ia mengharapkan layanan yang sama dari orang lain. 2. Seorang doktor tidak boleh mengambil pesakit dari rakan-rakannya. 3. Seorang doktor mestilah mematuhi prinsip Deklarasi Geneva.

3.

Kod Etika Perguruan

Guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membimbing pelajar untuk mencapai kemajuan sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Bagi menjamin matlamat tersebut tercapai para guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, mereka perlu mematuhi kod etika perguruan yang telah ditetapkan.

Kod etika perguruan dirumuskan kepada empat perkara pokok iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibubapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.

a. Tanggungjawab Terhadap Pelajar

i.

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain.

ii.

Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.

iii.

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar, kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

iv.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

v.

Menunjukkan sesuatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

vi.

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,

lawatan

dan

menghadiri

kursus

ikhtisas,

persidangan,

mesyuarat atau seminar supaya pengajaran akan mencapai mutu yang setingginya.

b. Tanggungjawab Terhadap ibubapa

i.

Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.

ii.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.

iii.

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak membocorkannya kepada sesiapa, kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

iv.

Memberikan maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana.

v.

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibubapa pelajar.

vi.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka.

c. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

i.

Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan rukun negara.

ii.

Memupuk setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang dapat membantu dan membimbing

mereka

untuk

menjadi

warganegara

yang

taat

setia,

bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. iii.

Menghormati masyarakat di tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

iv.

Memberi sumbangan yang cergas untuk meninggikan kehidupan moral kebudayaan dan kecendiakawanan masyarakat.

v.

Berpegang kepada tingkah laku bersopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

d. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan

i.

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

ii.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.

iii.

Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab

dengan rajin

dan bersungguh-sungguh serta mengekalkan sikap positif ini sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. iv.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat, terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.

v.

Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

vi.

4.

Menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

Kod Etika Perbankan

Bank merupakan sebuah institusi kewangan yang menjalankan operasinya berasaskan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Walaupun sesebuah bank bertaraf swasta dan mempunyai matlamat untuk mendapatkan keuntungan dalam operasinya, di masa yang sama bank-bank tersebut terikat dengan peraturanperaturan yang telah ditetapkan yang bertujuan untuk memastikan tidak berlakunya unsur-unsur penipuan dan penindasan kepada pelanggannya.

Kod etika bank yang telah dibentuk adalah merangkumi: i. ii. iii. iv.

Kejujuran Keadilan Kerahsiaan Integriti

Kod Etika Bank

Sebagai jaminan supaya tidak berlakunya konflik kepentingan individu, kakitangan bank terikat dengan beberapa kod etika dalam menjalankan tugas mereka iaitu :

1.

Kakitangan bank tidak boleh berurusan dengan pelanggan yang mempunyai kepentingan sama ada sebagai pemilik tunggal, secara kongsi, pemilik saham, memberi pinjaman atau orang yang berhutang. Jika hal ini berlaku, ia perlu dilaporkan serta merta kepada pegawai atasan.

2.

Kakitangan juga tidak dibenarkan mendakwa pihak pengurusan atau dilantik sebagai pendakwa, pentadbir atau pemegang amanah harta pelanggan. Melainkan mendapat kebenaran dari lembaga pengarah atau sebagainya.

3.

Kakitangan bank tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja luar selain daripada tugas rasmi institusi kewangan di tempat ia bekerja pada waktu pejabat, kecuali mendapat kebenaran daripada majikan.

4.

Kakitangan bank juga tidak boleh menerima pemberian yang mahal seperti hadiah dari pelanggan dan pembekal. Namun hadiah sempena perayaan yang tidak mempunyai nilai komersial dibenarkan jika tidak mempengaruhi tugas kerja.

5.

Kakitangan

bank

tidak

meminta

atau

memaksa

pelanggan

supaya

memberinya hadiah. Ini bertentangan dengan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Jika disabit kesalahan, seseorang itu boleh didenda tidak lebih daripada RM 10 juta atau dipenjara selama 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

5.

Kod Etika Perniagaan

Definisi Etika Perniagaan

Secara umumnya etika perniagaan adalah prinsip moral yang standard mengenai kelakuan perniagaan yang diamalkan oleh komuniti peniaga dan diterima oleh masyarakat yang berurusan dengannya sebagai suatu perlakuan yang adil (fair conduct) di dalam operasi perniagaan.

Pada 8 November 1983, Etika Amalan Perniagaan Malaysia (E APM) telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia dan pada 12 November 2007. Kod Etika Perniagaan Malaysia (Kod EPM) telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Etika ini merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan satu kesedaran di kalangan para peniaga supaya mempunyai tanggungjawab moral dan sosial. Etika perniagaan adalah penting kerana ia dapat memantapkan perhubungan dan kepercayaan dalam urusan perniagaan.

Beberapa contoh keadaan perlakuan perniagaan yang tidak beretika adalah seperti peniaga menjual barang yang kurang berkualiti, mengenakan harga yang tidak munasabah dan tinggi atau mengurangkan timbangan barangan yang dijual. Ini dikatakan kurang beretika dan dicegah oleh undang-undang.

Kod Etika Perniagaan

1.

Jujur, amanah dan bertanggungjawab

2.

Layanan mesra kepada pelanggan

3.

Menjaga kepentingan pekerja

4.

Menjaga kebersihan dan keceriaan premis

5.

Mematuhi Peraturan-peraturan dan “standard operating procedures” (SOP)

6.

Mengambil kira kepentingan masyarakat dan persekitaran

7.

Menyemai tanggungjawab kepada anggota akan kelestarian (sustainabiliti) perniagaan.

6.

Kod Etika Wartawan

Kewartawanan merupakan satu bidang kerja yang penting kerana ianya berkaitan dengan

penyebaran

maklumat.

Sehubungan

dengan

itu

beberapa

etika

kewartawanan telah ditetapkan bagi memastikan profesion kewartawanan sentiasa berada pada kedudukan yang sebenarnya iaitu :

1. Laporan harus benar-benar bijak dan tepat supaya peristiwa yang dilaporkan memberi erti atau sumbangan kepada kehidupan manusia. 2. Orang ramai harus diberi kesempatan untuk menyampaikan fikiran, ulasan atau teguran. 3. Liputan luas harus diberi mengenai kegiatan yang boleh dijadikan contoh oleh satu golongan dari hal golongan lain dalam masyarakat. 4. Laporan harus meliputi tindak tanduk manusia yang boleh dihargai atau di teladani sama ada untuk kebaikan atau keburukan dengan kesan dan akibatnya.

5. Laporan luas patut dibuat tentang kejayaan usaha manusia, hasil ciptaan atau kebijaksanaannya dari semasa ke semasa. 6. Menghormati kebenaran dan hak orang ramai untuk membaca laporan yang benar. 7. Mempertahankan dua prinsip penting, iaitu kebebasan mencari dan mencetak laporan secara jujur, dan hak mengulas dan menegur secara adil. 8. Laporan dibuat harus berdasarkan fakta-fakta yang jelas dari sumber yang jelas dan sah. 9. Cara yang digunakan untuk mendapat berita, gambar dan dokumen penting hendaklah secara jujur dan adil. 10. Setiap wartawan hendaklah sanggup menyiarkan kembali kenyataan yang benar jika kesilapan berlaku dalam laporan pertama. 11. Berita yang didapati

“persetujuan mendedahkan sumbernya” hendaklah

dipelihara dengan teguh. 12. Elakkan kesalahan besar dengan sengaja termasuk plagiarisme, fitnah, umpat, tohmah, caci, tuduhan tanpa asas, rasuah dalam bentuk apa sekalipun dengan dorongan supaya dicetak atau disembunyikan sesuatu. 13. Tindak tanduk kepada sebarang tekanan, paksaan atau ancaman untuk mempengaruhi keputusan terhadap laporan, cerita atau alasan yang difikirkan penting, patut diketahui umum.

3.3 CABARAN DALAM KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI

3.3.1 Kesan Perkembangan Dalam Kemajuan Sains Dan Teknologi

a.

Laman Sosial

Laman sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi

kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat terhadap kegemaran dan aktiviti orang lain.

Kebanyakan perkhidmatan laman sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna secara percuma, seperti perbualan atas talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat merupakan antara kelebihannya.

Fenomena laman sosial ini menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini. Antara laman sosial yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan terutama para remaja ialah Facebook, Twitter, Friendster, Bebo dan Myspace. Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Ramai yang suka menggunakan laman sosial untuk mencari rakan dan juga kenalan lama di ruangan maya.

Kebaikan laman sosial 1. Berkomunikasi : Boleh menghubungi dan mempertemukan teman lama yang terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Talian hubungan dapat dikekalkan dan dieratkan, perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib dapat diikuti, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman, petua dan sebagainya. 2. Boleh membantu mempromosi sesuatu : Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan perkhidmatan

yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan. 3. Mudah menyebarkan maklumat : Dahulu ketika ingin melakukan majlis perkahwinan, alamat rakan-rakan perlu dicari. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh diletakkan di laman sosial dan dimaklumkan dengan pantas kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah juga dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.

4. Perkongsian maklumat / ilmu : Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengan serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Ilmu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan. Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak memanfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya, sehingga ada di antara mereka yang menyalahgunakan sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat penyalahgunaan oleh segelintir masyarakat. Di kebanyakan organisasi swasta dan awam, laman sosial telah disekat dan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berpunca daripada kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja. Selain itu, segelintir pihak menggunakannya sebagai medium untuk meluahkan rasa

tidak puas hati dan melakukan fitnah. Ini bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman sosial tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Keburukan laman sosial 1. Melalaikan / melekakan : Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga

mengabaikan

tanggungjawab

dan

tugas

seharian.

Ianya

mampu

mengganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi / gossip’ dan sebagainya. Ketagihan melayari laman sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperolehi daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti yang melalaikan. Manakala

pelajar akan

mengabaikan pelajaran mereka.

2. Obses / ketagihan : Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berenggang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri di dalam bilik

dengan

mengadap komputer buat beberapa hari berterusan kerana melayari laman sosial. 3. Terhakis pergaulan secara realiti : Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak akan menggugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran juga semakin renggang. 4. Gangguan kesihatan : Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan sama ada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman social.

5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali : Kadangkala ada individu yang tanpa disedari telah menceroboh maklumat peribadi pengguna. Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan. Ini bertujuan untuk memalukan dan mengaibkan mangsanya. 6. Boleh meruntuhkan rumah tangga dan menjurus ke arah keghairahan maksiat, termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman social. Kesan

1.

Terdapat segelintir pengguna aplikasi tersebut tidak bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang.

2.

Penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya di kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenali melalui laman sosial biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contoh, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas (sms) untuk membuat temujanji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman

sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.

3.

Penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang beku dan lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka.

4.

Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi kerja dan pelajaran dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini akan menyebabkan negara kita mengalami kebejatan idea untuk meningkatkan prestasi negara. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman sosial akan melahirkan tenaga kerja yang kurang berkualiti.

5.

Tersebarnya pengaruh atau unsur pornografi dari Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, laman sosial seperti “Facebook” dan “My Space” diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black Metal”, “Punk”, “Gothic”, dan “Skin Head” akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru

budaya

tersebut

sehingga

wujud

budaya

hedonisme

dan

gengsterisme di tempat belajar.

6.

Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu

akan tercemar ekoran daripada kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak di kalangan masyarakat amat membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaannya semakin meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilai-nilai estetika bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita.

Kesimpulannya, penggunaan laman sosial melalui internet memberikan kesan terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ibubapa perlu memainkan

peranan

penting

untuk

mengelakkan

kesan

buruk

akibat

penggunaannya, kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak hidup dengan menggunakan laman sosial sebagai medium yang baik dan aktivitiaktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi masyarakat minda kelas pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

b.

Permainan Berkomputer

Pengenalan Permainan komputer (juga dikenali sebagai computer game atau PC game) merupakan permainan yang dimainkan dengan menggunakan komputer peribadi, selain dari konsol / peralatan permainan video atau mesin arked. Permainan komputer dikembangkan melalui grafik dan jalan permainan yang mudah.

Permainan komputer dicipta oleh pembangun permainan video, selalunya bersama dengan ahli dalam bidang lain seperti artis permainan, dan diterbitkan sama ada dengan bebas atau melalui syarikat penerbit pihak ketiga, kemudian diedarkan melalui media fizikal seperti DVD dan CD, atau melalui muat turun internet. Permainan PC selalunya memerlukan perkakasan khusus di dalam sesebuah komputer untuk memainkan permainan tersebut, sebagai contoh penjanaan grafik

yang khusus atau capaian Internet untuk bermain. Walau bagaimanapun keperluan sistem ini berbeza antara permainan dengan permainan yang lain. Pada tahun 2000, Permainan PC sering dianggap sebagai permainan yang menawarkan permainan yang lebih mencabar dari konsol/peralatan permainan.

Permainan video merupakan permainan yang melibatkan interaksi dengan pengguna untuk menghasilkan visual di atas peralatan video. Kebiasaannya permainan video ini dimainkan dengan menggunakan konsul-konsul yang telah direka khas. Antara konsul yang digunakan ialah komputer (Laptop dan Desktop), Xbox, Playstation dan banyak lagi. Tidak cukup dengan konsul yang canggih terdapat juga bermacam-macam jenis permainan video yang telah dicipta, contohnya yang melibatkan peperangan, pembunuhan, pelumbaan, penyusunan stratergi dan lain-lain. Permainan video telah menarik minat ramai orang terutamanya para remaja, kerana jiwa remaja yang inginkan keseronokan dan hiburan pasti akan mudah tertarik dengan permainan video ini.

Beberapa kajian penyelidikan telah mendapati majoriti daripada remaja, khususnya pelajar universiti gemar bermain permainan video. Terdapat pelajar universiti bermain permainan video ini pada setiap hari, tetapi ada di antara pelajar universiti bermain permainan video ini hanya untuk melepaskan stress selepas belajar atau melakukan kerja. Permainan video yang murah dan mudah didapati di pasaran menyebabkan pelajar lebih suka untuk menghabiskan masa dengan bermain permainan video ini.

Keburukan

Remaja akan mengalami satu ketagihan yang mana jika tidak dicegah pada peringkat awal akan membawa kesan yang sangat buruk pada masa depan. Ketagihan permainan komputer di kalangan remaja ini bukan masalah baru lagi, masalah ini mungkin berpunca dari sikap ibubapa yang tidak mengambil endah hal anak-anak mereka, kurang didikan agama, pengaruh rakan sebaya dan lain-lain.

Ketagihan permainan komputer ini memberi kesan buruk kepada remaja dan mungkin akan menjejaskan kehidupan seharian mereka. Masalah ketagihan ini bukan masalah biasa yang dapat diselesaikan begitu sahaja,

jadi usaha dan

langkah-langkah yang betul perlulah diambil untuk memastikan masalah ini dapat dikurangkan dan diselesaikan. Kebanyakan remaja yang mengalami ketagihan, mereka

mengambil masa yang agak lama untuk bermain permainan komputer,

bahkan mereka juga bermain dengan sangat kerap.

Punca Ketagihan Permainan Berkomputer

Antara punca yang menyebabkan masalah ketagihan permainan komputer ini adalah kerana sikap ibubapa, kurang didikan agama, pengaruh rakan sebaya, suasana sekeliling dan perkembangan media masa dan elektronik.

i.

Sikap Ibubapa

Bagi ibubapa yang berada berjauhan dengan anak-anak, mereka seharusnya mengambil inisiatif dengan menghubungi anak-anak mereka yang berada di universiti ataupun kolej. Sibuk berkerja tidak bermakna tiada masa langsung untuk menghubungi anak-anak, kerana berada dalam jarak yang jauh pada jangka masa yang panjang boleh melemahkan hubungan silaturrahim.

Masalah akan bertambah rumit apabila kurangnya pengawasan ibubapa terhadap anak-anak remaja ini. Remaja yang tidak diawasi akan merasa bebas untuk melakukan perkara yang mereka suka dan akan mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Permainan komputer akan menjadi pilihan mereka, kerana daya penarik yang ada pada permainan komputer sangat kuat dan mudah didapati.

ii.

Kurang Didikan Agama

Kekurangan didikan agama menjadi salah satu punca ketagihan permainan komputer. Remaja pada zaman sekarang kurang mengambil tahu soal agama dan kerana itulah banyak masalah sosial yang melibatkan para remaja wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Apabila didikan agama diambil mudah, remaja akan taksub bermain permainan komputer sehingga lupa tanggungjawab mereka sebagai seorang yang beragama. Kurang didikan agama juga menyebabkan remaja kurang mengetahui bahawa agama bukan sahaja menunaikan sembahyang tetapi sebagai satu cara hidup. Tanpa peraturan manusia akan mudah melakukan kesilapan. Agama tidak meminta kita untuk membuang masa begitu sahaja tetapi mengisi masa yang terluang dengan melakukan kebaikan atau membuat pengisian rohani. Apabila masa terluang diisi dengan permainan komputer yang menyebabkan ketagihan ditambah pula dengan didikan agama kurang pasti akan memberi kesan yang sangat negatif dalam pembesaran remaja.

iii.

Pengaruh Rakan Sebaya

Kebanyakan masalah sosial yang berlaku pada masa sekarang seperti masalah dadah, pergaulan bebas dan bermacam-macam lagi adalah berpunca dari rakan sebaya. Ketagihan permainan komputer adalah salah satu masalah yang wujud disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan para remaja kerana remaja lebih mudah untuk berkomunikasi sesama mereka. Remaja juga mudah terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh rakan mereka sama ada perkara itu baik atau buruk.

iv.

Suasana Sekeliling

Suasana sekeliling juga adalah salah satu punca yang menyebabkan berlakunya masalah ketagihan permainan komputer ini. Pusat membeli belah contohnya mempunyai arked permainan video yang sering menjadi tumpuan, terutamanya

golongan remaja. Arked permainan video ini menyediakan permainan video yang sangat menarik dan bayaran yang dikenakan sangat murah. Di samping itu penjualan DVD permainan video secara terbuka juga mungkin akan dapat menarik perhatian para remaja.

Perkara ini akan berterusan sehingga ia menjadi satu ketagihan kepada remaja tersebut. Suasana sekeliling yang penuh dengan hiburan akan memberi kesan yang sangat negatif kepada remaja. Suasana yang penuh dengan hiburan mungkin membuatkan para remaja mencari hiburan mereka sendiri dan menjumpai permainan komputer sebagai salah satu cara untuk berhibur. Kurang membuat aktiviti luar juga menyebabkan remaja lebih suka menghabiskan masa dengan bermain permainan komputer.

v.

Perkembangan Media Massa Dan Elektronik

Pelbagai jenis konsul / peralatan dicipta untuk bermain permainan video ini antaranya komputer, Xbox, PlayStation dan banyak lagi. Perkembangan media massa dan elektronik juga menyumbang kepada masalah ketagihan permainan video ini. Media massa yang sering memaparkan tentang permainan video yang baru yang penuh dengan aksi dan kualiti grafik yang tinggi pasti akan menarik para remaja untuk mencubanya.

Selain daripada

televisyen, internet juga menjadi salah satu medium untuk

mengenalkan permainan-permainan video ini. permainan yang semakin canggih pasti memerlukan konsul yang canggih juga, jadi perkembangan teknologi elektronik memainkan peranan yang penting dalam perkembangan permainan video ini. Remaja yang meminati permainan video pasti akan mengikuti perkembangan media massa yang akan membuatkan mereka lebih taksub dan ketagih dengan permainan video ini. Media massa pada masa kini lebih mementingkan hiburan dan disebabkan itulah fikiran remaja pada masa kini banyak tertumpu kepada hiburan daripada pelajaran.

Kesan Permainan Berkomputer

Kegilaan remaja hari ini terhadap permainan komputer menyebabkan terjadinya pelbagai kesan negatif yang memberi impak kepada semua. Berikut merupakan kesan-kesan ketagihan remaja terhadap permainan komputer yang menjurus kepada kemudharatan diri sendiri.

i.

Pelajaran Terabai

Ilmu pelajaran merupakan faktor terpenting yang membentuk personaliti seseorang, terutamanya kepada remaja yang masih muda ini. Ia memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan pembangunan dan teknologi negara ke arah kemajuan. Remaja merupakan generasi akan datang yang bakal memimpin negara. Namun apabila remaja sekarang lebih tergila-gilakan kehebatan teknologi terkini, khususnya permainan komputer. Keadaan ini secara tidak langsung boleh meruntuhkan proses pembelajaran anak-anak remaja kerana ketagihan mereka terhadap permainan video terutamanya dalam arena berkomputer, menyebabkan mereka lupa tanggungjawab sebagai pelajar. Jika keadaan ini berterusan, pelajaran mereka akan terjejas yang akhirnya akan membentuk masa depan yang gelap dan malap tanpa ilmu.

ii.

Kurang Kemahiran Insaniah

Manusia memerlukan kemahiran sosial terutamanya berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat senegara. Komunikasi merupakan asas kemahiran insaniah yang penting terhadap manusia. Tanpa penguasaan yang baik, seseorang manusia itu akan ketinggalan jauh ke belakang dan terpinggir. Dunia siber yang semakin moden ini menyebabkan kemahiran sosial remaja semakin mundur. Hal ini demikian kerana remaja yang ketagih terhadap permainan komputer sering mengasingkan diri mereka dengan orang lain, hanya berhadapan dengan komputer di dalam bilik. Mereka tidak bercakap atau berkomunikasi dengan

sesiapa selagi sesuatu permainan komputer itu tidak dapat ditamatkan. Malah, apa yang boleh dilihat, bersendirian tanpa sesiapa kecuali komputer kesayangan dan permainan yang tidak berkesudahan boleh meruntuhkan kemahiran sosial mereka yang sedia ada.

Kesannya, disiplin dan jati diri remaja akan semakin teruk dan seterusnya menyebabkan mereka tidak yakin untuk berada di khalayak ramai dan masyarakat setempat. Apabila mereka tamat pengajian di universiti nanti, kemungkinan besar mereka sukar diterima bekerja di mana-mana syarikat kerana kelemahan dari segi komunikasi dan reaksi. Ini kerana kemahiran insaniah adalah sesuatu yang memainkan peranan dalam pengambilan seseorang pekerja. Tanpa kemahiran tersebut, remaja boleh diibaratkan seperti katak di bawah tempurung.

iii.

Mendorong Perlakuan Jenayah

Saban hari kita melihat teknologi moden semakin pesat membangun yang juga telah mengubah struktur dan kemajuan rekaan permainan-permainan video dan komputer. Pada mulanya, permainan-permainan maya ini dicipta sekadar hiburan semata-mata. Akan tetapi, selari dengan teknologi seni bina 3 dimensi yang semakin popular, perlakuan-perlakuan ganas dan ekstrem serta kejam juga telah diwujudkan dalam permainan, contohnya Dragon Age Origin yang diterbitkan pada tahun 2009.

Babak-babak ganas dan kejam yang dilimpahi darah setiap kali menetak dan menghunus pedang di dalam permainan komputer tersebut sememangnya membuatkan remaja teruja, ditambah lagi dengan kesan efek grafik yang tinggi. Walaupun begitu, apa yang lebih ditakuti ialah apabila mereka sanggup mencederakan orang yang mereka benci akibat terpengaruh dengan konsep permainan yang berunsurkan keganasan itu. Ini kerana, di dalam sesebuah permainan khususnya permainan komputer seperti di atas, membunuh seseorang atau seekor binatang adalah perkara biasa. Kemungkinan besar juga, penderaaan

para remaja terhadap haiwan dan binatang akan berleluasa akibat ketagihan bermain permainan maya yang kejam ini.

Selain itu, ia boleh menimbulkan perlakuan negatif kepada remaja kerana kemungkinan besar mereka akan terikut-ikut untuk melakukan pemusnahan seperti vandalisme apabila dicabar oleh orang lain, ataupun apabila terdesak. Permainan seperti Grand Theft Auto yang memuatkan konsep pencurian, membunuh dan melanggar undang-undang juga merupakan satu faktor yang boleh menyebabkan remaja melakukan jenayah berat seperti membunuh dan merompak. Malah, mereka akan mengikut cara-cara bagaimana untuk melakukan jenayah seperti yang ditunjukkan dalam permainan itu apabila mereka memerlukan wang atau ketika mereka tergerak hati melakukan kerja terkutuk itu.

iv.

Cetek Pengetahuan Am

Seorang pelajar yang berintelektual tinggi wajib mengetahui isu-isu semasa yang terjadi sekarang, tidak kira dalam negara atau seluruh rantau dunia. Jika mereka tiada masa menatap surat khabar dan majalah terkini, atau tiada wang membelinya, sudah memadai untuk membaca hal-hal semasa dalam internet. Ini kerana mengetahui isu atau hal-hal semasa adalah salah satu pengetahuan am yang wajib dimiliki oleh remaja bergelar pelajar, khususnya para pelajar politeknik di Malaysia.

v.

Emosi Terganggu

Emosi dan perasaan merupakan satu aspek yang menjadikan seseorang itu layak digelar manusia. Ini kerana emosi adalah salah satu faktor terpenting dalam membentuk keperibadian insan. Pengawalan emosi dan perasaan yang efektif dapat menyediakan para remaja ke arah kehidupan yang baik dan sejahtera.

Akan tetapi, kita melihat para remaja sekarang khususnya yang bergelar pelajar politeknik sukar mengekang emosi dan perasaan mereka. Keadaan ini terjadi akibat

daripada banyak perkara, dan salah satu faktornya adalah kerana ketagihan remaja terhadap permainan komputer. Pada mulanya, para pelajar terutamanya remaja bermain permainan komputer atau video adalah untuk melepaskan stress dan merehatkan diri daripada tugasan-tugasan yang banyak. Lama kelamaan, mereka menjadi ketagih sehingga bermain permainan komputer menjadi rutin harian. Apa yang dirisaukan di sini ialah setiap kali mereka kalah dalam sesuatu misi atau peringkat berkali-kali dalam sesuatu permainan, kebanyakan daripada mereka menjadi marah dan geram sehingga sanggup melepaskan kegeraman mereka pada objek-objek berdekatan dengan menumbuk atau menendang. Jika hal ini berlarutan, mereka berkemungkinan besar akan menjadi terlalu emosional sehingga boleh mencederakan diri sendiri dan juga orang lain.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa semua pihak haruslah berganding bahu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan bagi membendung gejala ini daripada berleluasa. Jika gejala ini dibiarkan berterusan akan merosakkan minda dan jatidiri remaja di negara kita. Usaha yang berterusan, proaktif, pragmatik, dan jitu diperlukan demi untuk merealisasikan visi Wawasan 2020, semua pihak patut memberikan kerjasama yang sepatutnya agar masalah ini dapat dikurangkan.

c.

Alat Komunikasi

Ilmu pengetahuan terus berkembang, selari dengan perkembangan alat komunikasi. Pada masa ini kita mengenal alat komunikasi seperti

telefon bimbit, iphone,

smartphone, internet, dan lain-lain. Semua itu tergolong sebagai alat komunikasi moden. Fungsinya sama, iaitu untuk menyampaikan pesan, berita, dan berbagai maklumat lain. Dalam kehidupan kita maklumat adalah penting. Abad ini disebut juga abad maklumat atau era maklumat dan globalisasi. Melalui maklumat ini kita dapat mengetahui berbagai peristiwa dan kejadian di muka bumi dengan cepat. Dengan kemajuan maklumat, taraf hidup manusia menjadi lebih maju dan moden.

1.

Telefon bimbit

Telefon bimbit merupakan peranti elektronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong banyak perkhidmatan tambahan dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, e-mel, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (‘’Multimedia Messaging Service – MMS’’) bagi menghantar dan menerima gambar dan video. Dari situ wujudlah beraneka bentuk teknologi telefon bimbit bermula dari teknologi Sistem Global Komunikasi Mudah Alih (GSM), dilengkapi pula WAP / GPRS sehinggalah ada yang boleh memuat turun muzik, dihubungkan ke Internet serta merakamkan gambar secara pegun atau visual.

Kebaikan dan Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit

Kebaikan Telefon Bimbit

(a) Penguatkuasa undang-undang telah menggunakan bukti telefon bimbit dalam beberapa cara : i.

Teknik triangulation : boleh digunakan bagi menunjukkan bahawa telefon bimbit seseorang berada di tempat tertentu pada masa yang tertentu.

ii.

NIST

(National Institute of

menerbitkan

garis

panduan

Standards and Technology) telah dan

prosedur

bagi

pengekalan,

penerimaan, pemeriksaan, analisa dan laporan berkenaan maklumat digital yang ada pada telefon bimbit yang boleh didapati di NIST Publication SP800-101.

(b) Tindak balas semasa berlakunya bencana : i.

Menu berinteraksi yang boleh dicapai melalui pelayar laman telefon memberitahu syarikat sekiranya pengguna selamat atau dalam keadaan merbahaya.

ii.

Perkhidmatan

penyelamat

mencadangkan

pengembara

agar

membawa telefon bimbit dalam kes kecermasan sungguhpun berada dalam hutan terpencil di luar perkhidmatan selular, disebabkan isyarat telefon bimbit cuba menghubungi stesen pangkalan mampu dikesan oleh pesawat penyelamat yang dilengkapi dengan perkakasan pengesan khas.

Keburukan Telefon Bimbit

(a) Telefon bimbit biak Tumor Otak i.

Penyakit ketumbuhan (tumor) yang dikenali sebagai akoustik neuroma, iaitu barah pada sebelah kepala, di mana telefon bimbit selalu diletakkan, meningkat empat kali ganda.

ii.

Akoustik neuroma adalah tumor yang tidak bersifat barah, berlaku atas saraf yang mempunyai hubungan dengan otak dan bahagian dalam telinga.

iii.

Simptom awal paling biasa ialah kehilangan pendengaran tapi apabila tumor itu semakin membesar, ia akan menolak ke arah tisu otak dan boleh membawa maut sekiranya tidak diberi rawatan segera.

(b) Telefon bimbit menghakis nilai sesebuah masyarakat i.

Dapat memberi kesan yang buruk terhadap remaja seperti penyebaran gambar-gambar lucah, mesej yang boleh mendatangkan pergaduhan atau perbalahan. Penggunaan telefon bimbit dengan tidak terkawal boleh menyebabkan pembaziran.

ii.

Telefon bimbit boleh memberikan nilai positif dan negatif terhadap remaja pada masa kini. Ia boleh menyebabkan gejala sosial remaja meningkat dan menimbulkan pelbagai kegiatan jenayah.

iii.

Telefon bimbit juga boleh menghakis nilai dengan meminta wang belanja daripada ibubapa dan penipuan boleh berlaku. Ia juga boleh meruntuhkan akhlak seseorang jika menyebarkan perkara-perkara yang tidak baik.

iv.

Telefon bimbit juga boleh merosakkan pemikiran remaja pada masa kini disebabkan terlalu banyak perkhidmatan hiburan disediakan dalam telefon bimbit sehingga boleh melalaikan.

v.

Boleh menjatuhkan maruah seseorang, terutamanya dalam situasi gosip dan fitnah. Jika mesej yang disebarkan berbentuk fitnah atau gosip,

ia

akan

memalukan

orang

yang

difitnah,

seterusnya

menyebabkan berlakunya permusuhan dan dendam.

2.

Faks

Faks atau nama penuhnya faksimili (daripada bahasa Latin) ialah teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan salinan dokumen, khususnya menggunakan mesin faks yang disambungkan dengan rangkaian telefon. Sesebuah mesin faks biasanya terdiri daripada pengimbas imej, modem, dan pencetak. Sebagai alat komunikasi moden, kelebihan faks lebih baik berbanding perkhidmatan pos dalam pengiriman dokumen, sementara kelemahannya dari segi mutu salinan yang telah menyebabkan mesin faks diketepikan oleh e-mel sebagai kaedah komunikasi elektronik yang terpenting. Walaupun kebanyakan pengguna masih menggunakan kemudahan faks, namun teknologi faks kian menghadapi saingan dari sistem-sistem yang berasaskan Internet. Namun demikian, mesin faks masih ada kelebihan, khususnya bagi penghantaran bahan-bahan sensitif yang tidak boleh dikirim melalui Internet tanpa

penyulitan, berikutan mandat-mandat seperti Akta Penilaian semula Perakaunan Syarikat

Awam

dan

Perlindungan

Pelabur

(Sarbanes-Oxley)

dan

Akta

Kemudahalihan dan Kebertanggungjawaban Insurans Kesihatan (HIPAA). Di sesetengah negara, memandangkan tandatangan elektronik pada kontrak tidak diiktiraf oleh undang-undang sepertimana bagi kontrak bertandatangan yang difakskan, maka mesin faks masih laris digunakan oleh dalam perniagaan. 3.

Internet

Internet adalah sistem komunikasi data berskala global. Ia adalah suatu infrastruktur yang terdiri dari jaringan komputer yang saling terhubung secara global yang memungkinkan pengguna internet saling bertukar maklumat / data melalui jaringan tersebut.

Kebaikan internet Internet menyediakan pelbagai maklumat seperti ensiklopedia pengetahuan, pendidikan, berita dan hiburan. Maklumat-maklumat tersebut dapat disajikan dalam bentuk teks dan multimedia (gambar, suara, animasi, video). Sebagai pengguna kita dapat mengakses pelbagai jenis maklumat yang kita inginkan. Internet

juga

boleh

berfungsi

sebagai

medium

telekomunikasi

sehingga

membolehkan pengguna dapat saling berkomunikasi dari jarak yang sangat jauh bahkan merentas negara. Dengan kelebihan itulah internet banyak dimanfaatkan oleh ramai orang. Para remaja dan pelajar politeknik yang sekarang tidak lagi buta teknologi pun sudah banyak yang menggunakan internet sebagai medium untuk mencari bahan dan maklumat tambahan dari internet, sehingga mereka dapat menambah pengetahuan dan memperluaskan pandangan mereka. Internet

membolehkan

pengguna

saling

berkomunikasi

melalui

e-mel, melakukan transaksi komersil (e-commerce), mengakses pustaka (e-library), dan belajar secara atas talian (e-learning). Dalam syarikat perbankan dapat memberikan perkhidmatan melalui internet (internet banking atau e-banking),

manakala kerajaan boleh memberikan perkhidmatan pada masyarakat secara atas talian dengan program yang dipanggil e-goverment.

Dengan adanya internet, kita juga dapat menggunakan masa dengan lebih berkesan dan suatu tugasan boleh diselesaikan dengan lebih efektif, kerana pengguna boleh mencari maklumat dengan mudah dan cepat. Semua maklumat yang diperlukan boleh diperolehi melalui WEB browser dan tidak perlu membaca data fizikal seperti buku manual.

Keburukan Internet Melalui internet, pengguna boleh mendapatkan maklumat yang hampir dapat dikatakan tidak ada batasnya, baik maklumat di bidang agama, seni, politik, dan pendidikan. Namun di sebalik segala kelebihan yang dimiliki oleh internet, ada pihak-pihak yang kurang bertanggungjawab meraih keuntungan peribadi dengan memasukkan info-info yang kurang mendidik ke dalam internet, bahkan boleh merosakkan moral masyarakat, khususnya orang yang mencipta laman-laman porno / lucah dengan memaparkan bahagian-bahagian tubuh manusia yang seharusnya tertutup. Tidak hanya laman-laman porno saja yang mempunyai kesan negatif bagi masyarakat, Game Online dan program Chatting pun sama. Kedua-duanya adalah hiburan yang sangat mengasyikkan sehingga seseorang lebih suka menghabiskan masa yang lama hanya untuk bermain Game Online atau hanya sekadar berbual dengan kawan-kawannya dengan program Chatting daripada hal-hal yang bermanfaat seperti bersukan, belajar dan lain-lain. Kesan buruk juga boleh dilihat pada masa depan remaja yang terlalu bergantung atau ketagihan internet. Secara berperingkat dan tidak sedar ia akan semakin tidak menghargai masa di dunia nyata, dan semakin jauh dari hubungan sosial dengan sesama manusia di sekitarnya. Mereka juga akan semakin merasa bahawa dunia maya adalah dunia nyata.

Pendek kata, sebagai pengguna siber yang bijak, kita harus berhati-hati dalam mengikuti arus perkembangan internet yang ada sekarang ini, dan tidak terjebak pada pergaulan yang negatif dalam rangkaian internet.

Pengaruh Alat Komunikasi

Kemajuan dalam teknologi komunikasi seperti telefon bimbit, faks dan rangkaian internet telah pun membuktikan ia memberi kesan besar terhadap perubahan politik dalam sesebuah negara. Pengaruhnya besar kerana senang "mencuit" hati dan memperkasakan rakyat untuk meluahkan perasaan tidak puas hati, memberontak atau mencetuskan revolusi.

Ditambah dengan masalah kemiskinan, pengangguran, harga barang keperluan yang melambung tinggi, rasuah, dan juga ketiadaan (atau kekurangan) akauntabiliti dan ketelusan serta penyalahgunaan kuasa bagi diri pihak pemerintah merupakan beberapa faktor utama yang menggerakkan hati rakyat untuk bangkit menuntut keadilan dan kesaksamaan. Dan dalam konteks ini alat telekomunikasi menjadi medium untuk membantu meningkatkan kesedaran politik rakyat.

Contohnya, mesin faksimili menjadi senjata pelajar China mengumpul kekuatan di Medan Tiananmen pada Jun, 1989. Pergerakan rakyat-siswa itu yang bermula sejak April 1989 merebak ke bandar-bandar utama untuk menuntut reformasi dan penghapusan rasuah, bagaimanapun mereka ditewaskan di Beijing. Di Filipina, Presiden Estrada terpaksa melepaskan jawatannya apabila mesej teks melalui telefon bimbit (SMS) digunakan dalam gerakan rakyat (people’s power). Kira-kira 70 juta mesej berteks disalurkan melalui telefon bimbit menyebabkan beratus-ratus ribu rakyat (400,000 hingga 700,000) keluar di Tugu Revolusi, Manila.

Ruang komunikasi yang "dibuka" oleh rangkaian internet pula mampu menjadi senjata yang digunakan rakyat untuk menjatuhkan pemimpin yang menerima rasuah. Rejim diktator akan diganti dengan pemimpin yang lebih menyayangi rakyat

dari pemimpin yang rakus terhadap kuasa dan mengaut harta negara untuk diri sendiri dan keluarga serta kroni.

Hakikatnya bahawa rakyat Tunisia dan Mesir terus bangkit memberontak walaupun rangkaian internet dicengkam kuat oleh regim Zine El Abidin Ben Ali dan regim Hosni Mubarak menunjukkan faktor sosio-ekonomi dan politik menjadi pemangkin utama dalam pergolakan ini. Penutupan rangkaian internet telah menggerakkan lagi rakyat, lebih-lebih lagi generasi muda yang

bijak teknologi (tech-savvy), terus

berdegil memprotes di khalayak ramai.

Di Indonesia, internet digunakan secara meluas untuk menggugat Presiden Suharto. Laman-laman web yang diwujudkan berjaya dimanfaatkan untuk menggalakkan debat dan mengasak idea pendemokrasian yang meluas di Indonesia. Untuk mengelak dikesan, komunikasi antara aktivis anti Suharto dirahsiakan melalui sistem kod sulit. Aktivis juga melancarkan serangan pencerobohan (hacking) terhadap laman-laman web dan komunikasi tentera Indonesia, selain saluran-saluran propaganda kerajaan. Sekatan media yang direkacipta oleh Suharto ditewaskan dan maklumat alternatif daripada internet dicetak dan disebarkan secara meluas. Kemuncak sebaran ini ialah senarai kekayaan Suharto, anak-anaknya dan kronikroninya.

3.3.2 Kesan Kemajuan Kejuruteraan Genetik

Kepesatan kemajuan sains dan teknologi menyebabkan pelbagai jenis alatan dan penemuan-penemuan baru dicipta dan diterokai oleh manusia. Secara sepintas lalu, kemajuan sains ini banyak mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia sekiranya digunakan ke jalan yang baik dan selamat.

Namun begitu, sekiranya disalahgunakan, kemajuan sains juga bakal menimbulkan elemen-elemen yang boleh mencabar nilai-nilai moral. Penemuan Teknologi DNA,

pengklonan, Bayi Tabung Uji dan sebagainya merupakan manfaat yang diperolehi manusia hasil kemajuan sains dan teknologi. Penemuan-penemuan ini tidak terkecuali mendatangkan kesan-kesan positif dan juga negatif kepada manusia.

TEKNOLOGI DNA

Maksud Teknologi DNA

Asid Deoksiribonukleik atau nama singkatannya DNA merupakan sebatian kimia yang kompleks iaitu karbon, hidrogen, oksigen dan fosforus yang ditemui di dalam nukleus setiap sel yang membawa maklumat yang diperlukan untuk perkembangan seseorang individu. Dengan kata lain DNA bermaksud proses mengenal pasti profil atau identiti seseorang berdasarkan kaedah saintifik.

DNA terdiri daripada unit-unit nukleotida. Setiap unit nukleotida mengandungi tiga molekul asas iaitu gula deoksiribosa, bes bernitrogen dan kumpulan fosfat yang terangkai bersama. Satu molekul DNA boleh mengandungi antara empat hingga lima juta unit nukleotida.

Berdasarkan model

yang dicadangkan oleh James Watson dan Francis Crick

(1953), struktur molekul DNA terdiri daripada dua baris nukleotida yang tersusun dalam bentuk heliks ganda dua dan diikat antara satu sama lain dengan sepasang bes bernitrogen. Struktur heliks ganda dua ini membolehkan DNA diperduakan semasa pembahagian sel. Penduaan ini memastikan setiap gen tidak berubah semasa pembahagian sel, dan sel zuriat adalah serupa. Jumlah DNA yang terkandung dalam satu kromosom adalah tetap.

Pada umumnya bahan-bahan yang boleh digunakan dalam analisis DNA adalah terhad kepada bahan-bahan biologi semulajadi.

Berikut adalah senarai bahan-bahan biologi yang

mana DNA telah berjaya

diasingkan dan dianalisis : 

Darah dan kesan darah



Air mani dan kesan air mani



Tisu



Tulang dan organ



Rambut / bulu yang mempunyai akar

Bahan-bahan biologi yang lain seperti air liur, air kencing, air mata dan peluh boleh juga dianalisis sekiranya mempunyai DNA yang mencukupi. Oleh kerana DNA adalah bahan biologi, ia akan mudah terurai atau rosak jika sumber-sumber tersebut terdedah kepada haba, kelembapan dan bakteria.

Kepentingan DNA

Pemprofilan DNA adalah satu kaedah yang digunakan secara meluas di makmal forensik seluruh dunia. Ia digunakan bagi menentukan sama ada sesuatu bahan bukti biologi yang ditemui di tempat kejadian jenayah mempunyai hubungkait dengan suspek atau tidak. Kaedah mengenalpasti identiti ini juga digunakan untuk menentukan hubungan kekeluargaan, mengenalpasti status anak yang dicurigai dan kes-kes jenayah seperti rogol dan pembunuhan.

Kesan Buruk DNA 1.

Manipulasi gen dalam bidang pertanian dan penternakan akan menghasilkan haiwan dan tumbuhan transgenik yang bermutu tinggi. Tetapi masalah sosial dan ekonomi akan timbul jika tidak ada pengawalan daripada pihak yang bertanggungjawab.

2.

Teknologi DNA akan memberikan kita pemahaman yang lebih mendalam tentang diri kita. Namun begitu akan ada pihak yang akan menyalahgunakan pemahaman ini yang boleh menimbulkan banyak isu moral yang kontroversi

seperti percubaan untuk menentukan keadaan rupa bentuk fizikal dan mental seseorang manusia. 3.

Negara yang maju akan

menggunakan kemajuan teknologi ini untuk

meningkatkan mutu populasinya, seterusnya akan menggunakan kelebihan ini untuk mengawal seterusnya menindas negara-negara yang lemah.

PENGKLONAN (CLONING)

Pengklonan secara amnya adalah teknik menghasilkan keturunan dengan kod genetik yang sama dengan induknya pada makhluk tertentu. Baik berupa haiwan, tumbuhan dan juga manusia. Teknik ini terlebih dahulu dipraktikkan ke atas tumbuhan dan haiwan sejak bertahun lalu bertujuan untuk meningkatkan dan menjaga kualiti tanaman dan ternakan.

Kaedah Pengklonan

Dalam kontek manusia, pengklonan dilakukan dengan cara mengambil sel tubuh (sel somatic) dari tubuh manusia misalnya sel kulit. Inti sel yang mengandungi DNA (nukleusnya) tubuh ini kemudian diambil dan ditanam pada sel telur (ovum) wanita yang telah dikeluarkan inti selnya.

Dengan bantuan sejenis cairan kimia khas dan denyutan elektrik, inti sel dari tubuh itu disatukan dengan ovum. Denyutan elektrik kedua akan diberikan untuk memulakan pembuahan dan percambahan sel. Sel yang bercambah akan dipindahkan ke dalam rahim seseorang wanita agar ianya dapat berkembang untuk membentuk janin yang sempurna.

Setelah itu bayi yang berasal dari janin itu dilahirkan secara tabie (semulajadi). Keturunan yang dihasilkan akan mempunyai kod genetik yang sama dengan induknya, iaitu orang yang menjadi sumber inti sel tubuh yang telah ditanam pada sel telur perempuan.

Kaedah pengklonan terbahagi kepada dua :

KAEDAH

HURAIAN

PENGKLONAN

- Ia bermula dengan sel A yang mempunyai nukleus sel B kemudian disuntik ke dalam rahim wanita (ibu tumpang). - Lalu lahir individu yang mempunyai rupa paras dan Pengklonan Reproduktif

kandungan genetik yang sama dengan B. - Teknik ini banyak menimbulkan persoalan dari segi agama, etika, moral dan akhlak. - Anak yang dilahirkan tidak mempunyai ibubapa serta penghasilannya tidak melalui proses kelahiran yang normal (proses persenyawaan lelaki dan wanita).

- Ia dilakukan dengan memindahkan nukleus sel dewasa ke dalam sel telur manusia yang nukleusnya telah dikeluarkan untuk menghasilkan sel embrio. - Perkembangan sel embrio seterusnya membentuk sel-sel stem yang berkeupayaan melakukan pembezaan sel dalam Pengklonan Terapeutik

medium kultur tisu untuk menjana tisu terapeutik atau organ. - Oleh kerana ia mengandungi maklumat genetik yang sama, tisu atau organ pengklonan ini tidak akan ditolak oleh badan pesakit penerima. - Kejayaan kajian ini akan menyelamatkan beribu-ribu nyawa pesakit yang sedang menanti pemindahan organ yang sepadan dengan pesakit sukar diperolehi.

Kesan Positif Pengklonan

1.

Klon yang mempunyai ciri terbaik dipilih dari induk terbaik dan bermutu serta berdaya tahan yang tinggi terhadap serangan penyakit atau serangga perosak dalam bidang pertanian.

2.

Tempoh masa untuk mendapatkan hasil akan lebih singkat dan ini akan dapat meningkatkan tahap ekonomi para pengusaha dalam bidang pertanian.

3.

Pengklonan adalah satu cara pembiakan vegetatif. Maka pengklonan tidak memerlukan gen pendebungaan. Dengan demikian

pengklonan boleh

dilakukan pada bila-bila masa sahaja. 4.

Pengklonan Terapeutik bertujuan untuk menyembuh penyakit manusia seperti lemah jantung, kanser, parkinson, alzheimer dan leukemia. Ia dilakukan dengan menggunakan sel, tisu dan organ. Oleh kerana tujuannya lebih murni, pengklonan reproduktif telah memberi harapan kepada pesakit yang mengidap penyakit kronik maka banyak pihak yang membenarkan kaedah pengklonan ini.

Kesan Negatif Pengklonan 1.

Klon yang diperolehi daripada kultur tisu tidak menunjukkan perbezaan dari segi

genetik. Oleh itu apabila keadaan persekitaran menjadi tidak sesuai

keseluruhan klon mungkin terhapus sama sekali. 2.

Pengklonan merupakan kaedah pembiakan manusia yang berlaku tidak secara semulajadi. Akan ada orang yang memandang bahawa bukan konsep perkahwinan sahaja yang dapat mengembangkan keturunan dan zuriat.

3.

Setiap hasil klon akan mempunyai daya rintangan yang sama, apabila berlaku serangan penyakit dan makhluk perosak, maka kesemuanya akan musnah dengan cepat.

BAYI TABUNG UJI

Pengenalan

Satu kaedah perubatan untuk mendapatkan anak melalui proses persenyawaan di antara benih suami dan isteri di dalam tiub tabung uji.

Kaedah Pelaksanaan 1.

Persenyawaan akan dilakukan di dalam makmal dengan persekitaran yang sesuai di dalam tiub ujikaji sama ada dengan teknik laporoskop atau suntikan melalui faraj.

2.

Apabila persenyawaan berjaya dilakukan dalam masa 72 jam, embrio akan dimasukkan ke dalam rahim.

3.

Perkembangan seterusnya akan dilakukan melalui teknik ultrasound atau ujian air kencing untuk memastikan wanita itu mengandung atau tidak.

Alasan Kaedah Ini Dilakukan 

Isteri tidak dapat hamil secara normal.



Faktor kesihatan seperti menghidapi penyakit kencing manis.



Benih suami tidak cukup atau tidak aktif.



Tidak dapat dikesan sebabnya.

Kesan Positif 

Dapat membantu pasangan yang tidak dapat memperolehi anak.



Alternatif yang sah bagi menggantikan kaedah klon.



Dapat menghasilkan bayi yang normal.



Penemuan baru yang boleh membantu manusia dalam kehidupan.

Kesan Negatif 

Penyalahgunaan kaedah dengan menggunakan benih orang lain atau haiwan.



Kaedah ini akan digunakan untuk tujuan komersial bukan satu bantuan kepada manusia.



Tanggapan orang ramai terhadap anak-anak tersebut lebih kepada negatif.



Mengganggu proses persenyawaan semulajadi manusia.

Langkah-Langkah Pencegahan 

Satu badan khas yang mengkaji dan mengurus isu ini hendaklah ditubuhkan dengan keanggotaan daripada disiplin perubatan, kemasyarakatan dan keagamaan.



Satu akta khas perlu digubal untuk menanganinya.



Pendidikan dan kefahaman yang jelas perlu disebarkan kepada rakyat secara tepat.



Proses bagi kaedah ini dari mula hingga akhir hendaklah diawasi terutamanya dari perspektif agama dan moral.

Rumusan 

Kaedah ini adalah satu alternatif bagi pasangan yang belum mendapat anak.



Pelaksanaan kaedah ini akan berjaya dari sudut agama, nilai dan norma masyarakat, apabila mereka yang terlibat sedar dan ikhlas melaksanakannya.



Manusialah yang menentukan baik buruknya kaedah ini berdasarkan pertimbangan agama, akal, nilai dan norma masyarakat.

IBU TUMPANG (SURROGATE MOTHER)

Ibu tumpang merujuk kepada seseorang yang mengambil tempat seorang yang lain dalam perihal mengandung dan melahirkan anak. Benih bayi dari pasangan lain akan disemai dalam organ peranakannya sehinggalah ia melahirkan bayi tersebut. Ibu tumpang akan menyerahkan bayi yang dilahirkan kepada pasangan tadi untuk dibesarkan.

Kaedah ibu tumpang dilakukan dengan dua cara iaitu :

KAEDAH

HURAIAN

Straight

- Ibu tumpang yang menggunakan telurnya sendiri untuk

Surrogacy Host Surrogacy

disenyawakan dengan sperma lelaki yang terlibat. - Ibu tumpang akan membawa benih genetik pasangan yang mandul ke dalam rahimnya.

Alasan kaedah ini digunakan, antaranya berpunca dari permasalahan peranakan yang dihadapi oleh isteri sama ada tiub fallopio yang terlalu sempit, badan yang terlalu lemah atau faktor kesihatan seperti penyakit kencing manis.

Alasan yang kedua sebagai alternatif bagi mengelakkan dari mengambil anak angkat yang terbukti bukan daripada keturunan bagi pasangan yang sukar mendapat anak.

Kebanyakan ibu tumpang adalah terdiri dari kawan rapat atau saudara kepada pasangan yang tidak ada anak. Kegiatan ibu tumpangan semakin berleluasa dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini. Kebanyakan tempat mempunyai agenagen ibu tumpangan yang berpotensi serta dapat membantu pasangan yang berkenaan mendapat anak.

Agen ibu tumpangan biasanya dikendalikan oleh doktor atau peguam. Agen ibu tumpangan yang bertujuan komersial biasanya mengenakan bayaran lebih kurang RM 10,000.

Kebaikan Ibu Tumpangan

1.

Merupakan satu alternatif dan penyelesaian masalah kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat.

2.

Memperoleh

anak secara

sah

daripada

darah

daging

sendiri

untuk

kesinambungan keturunan dan pewarisan harta. 3.

Mengelak dari meningkatnya konflik rumahtangga yang berpunca dari masalah tidak mempunyai keturunan.

Keburukan Ibu Tumpangan

1.

Kadar perbelanjaan yang tinggi sekiranya dijalankan dalam bentuk komersial.

2.

Akan berlaku kecacatan atau kematian kerana ianya berlaku bukanlah secara semulajadi.

3.

Kesanggupan memelihara anak sekiranya anak yang dilahirkan tidak seperti yang diharapkan, seperti adanya kecacatan pada anak tersebut.

More Documents from "Surinjay SJ"

Hammer.docx
November 2019 53
Bab_3.pdf
November 2019 42
Bantuan Cpr.docx
November 2019 43
Koordinat_bandingan.pdf
November 2019 51
Koordinat_kutub.pdf
November 2019 23
Drilling Machines.docx
November 2019 28