Sistem Pengoperasian Komputer Peribadi Ada Nasir
Sistem Pengoperasian
Fungsi utama sistem pengoperasian
Perbandingan antara sistem pengoperasian
Meneroka sistem pengoperasian
Apakah Sistem Pengoperasian?
OS adalah satu perisian/program yang menjadi pengurus kepada semua perkakasan dan perisian di dalam sesebuah sistem komputer.
OS bertindak mengawal dan menyelaras penggunaan perkakasan mengikut keperluan pelbagai program
Aturcara yang terpenting dalam sistem pengoperasian ialah program penyelia (supervisor program) yang bertugas untuk mengawal keseluruhan sistem pengoperasian dan memanggil giliran aturcara OS yang lain dari cakera apabila diperlukan.
Fungsi Sistem Pengoperasian
Tiga fungsi utama iaitu:
Menyediakan antaramuka pengguna
Melaksanakan perisian aplikasi dan menyediakan perkhidmatan/utiliti
Mengurus sumber komputer (pemproses. ingatan, alatan input/output, rangkaian)
Fungsi Sistem Pengoperasian - 1
Menyediakan antaramuka pengguna bermaksud OS menyediakan cara bagaimana pengguna memberi arahan untuk setiap sistem komputer.
Secara amnya terdapat dua cara bagaimana pengguna berinteraksi dengan komputer iaitu:
Antaramuka arahan baris
Antaramuka grafikal
Fungsi Sistem Pengoperasian - 1
Antaramuka arahan baris
Penggunaan antaramuka arahan baris memerlukan pengguna menaip arahan teks untuk memberi arahan teks kepada komputer.
Digunakan oleh komputer dulu.
Arahan diberi oleh pengguna menggunakan satu bahasa kawalan tugas (job control language) untuk melaksanakan sebarang tugas.
Kelemahan – tidak menarik dan pengguna perlu mengingat arahan-arahab yang banyak.
Kelebihan – arahan dilaksanakan lebih cepat
Contoh – MS-DOS dan UNIX
Fungsi Sistem Pengoperasian- 1
Antaramuka grafikal
Antaramuka ini memudahkan pengguna dengan hanya memberi arahan kepada komputer menggunakan ikon-ikon dan juga menu-menu yang disediakan.
Kebaikan - Pengguna tidak perlu manghafal arahan teks kepada komputer. Hanya “point and click”.
Kelemahan - perlaksanaan arahan lebih lambat berbanding arahan teks kerana melibatkan penggunaan lebih banyak sumber
Fungsi Sistem Pengoperasian - 2
Memberikan perkhidmatan dan utilitimerupakan aplikasi-aplikasi sokongan kepada sesuatu sistem komputer.
Perisian perkhidmatan adalah perisian yang sentiasa dilaksanakan sepanjang masa oleh OS. Eg:aplikasi pelayan web IIS (Internet Information Service)
Aplikasi utiliti adalah aplikasi yang digunakan untuk melakukan tugastugas sokongan seperti defragmentasi cakera. Eg: scan disk – aplikasi yang disediakan oleh Windows untuk mengesan dan memperbaiki sebarang masalah cakera.
Fungsi Sistem Pengoperasian
Perkhidmatan dan utiliti boleh dipecahkan kepada perkaraperkara berikut:
Melaksanakan aturcara perisian – memasukkan arahan kepada ingatan, menyediakan sumbersumber yang diperlukan oleh aturcara
Capaian kepada peranti – memudahkan pengguna mencapai dan berinteraksi dengan peranti input/output
Fungsi Sistem Pengoperasian - 2
Capaian kepada fail – mengendalikan storan sekunder dan format fail untuk kegunaan pengguna, menyediakan mekanisme perlindungan dan pengurusan fail.
Capaian kepada sistem – mengawal capaian dan sumber sistem dari penggunaan yang tidak sah. Penting untuk sistem multi-user
Mengesan ralat – pelbagai ralat boleh berlaku semasa sistem beroperasi. Setiap pengesanan perlu diikuti maklum balas oleh pengguna.
Fungsi Sistem Pengoperasian - 3
Mengurus sumber komputer
Semua sumber yang dimiliki oleh sesebuah komputer harus diurus dengan baik supaya tidak berlaku pembaziran.
Contoh sumber ialah masa pemproses, ingatan, input/output dan fail.
Aturcara memerlukan sumber untuk melaksanakan fungsi tetapi sumber adalah terhad.
Fungsi Sistem Pengoperasian - 3 Sistem pengoperasian menyediakan beberapa subsistem khusus untuk mengawal sumber2 tersebut seperti Pengurus proses Pengurus pemproses Pengurus ingatan Pengurus I/O Pengurus fail dan storan sekunder
Perbandingan Antara Sistem-Sistem Pengoperasian
Terdapat banyak sistem pengoperasian di pasaran dari Windows dan Linux.
Antara OS yang paling digemari ialah Windows XP, Windows Vista dan Ubuntu.
OS yang akan dibincangkan di sini ialah Linux dan Windows Xp
Perbandingan Antara OS – Intro XP
Windows XP adalah salah satu daripada keluarga OS Windows keluaran Microsoft.
Akronim XP adalah singkatan daripada perkataan eXPerience (pengalaman). Semasa pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa pembangunannya iaitu di Kanada.
Perbandingan Antara OS - Intro XP
Dilancarkan pada 25 Oktober 2001, Windows XP adalah pewaris kepada Windows 2000 dan Windows ME, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan pengguna terawal yang dibina berasaskan teknologi inti Windows NT.
Setakat Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia. Windows XP kini telah digantikan dengan Windows Vista.
Perbandingan Antara OS – Intro XP
Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu OS paling stabil pernah dibina oleh Microsoft, kerana Windows XP dibina berasaskan teknologi Windows 2000 yang terbukti sangat stabil.
Windows XP juga adalah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi pengaktifan perisian (dan seterusnya Windows Genuine Advantage) bagi mengekang kegiatan cetak rompak, walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh lanun-lanun cetak rompak.
Perbandingan Antara OS – Prinsip2 dan Rekabentuk XP
Rekabentuk Xp termausklah keselamatan, kebolehpercayaan dan kesesuaian aplikasi POSIX(Portable OS Interface), perlaksaan, mudah disambung, mudah alih dan sokongan antarabangsa.
Keselamatan – menerima pengelasan c-2 daripada kerajaan Amerika Syarikat.
Perbandingan Antara OS - XP
Kebolehpercayaan – Windows XP mendapat kebolehpercayaan yang tinggi, OS yang stabil. Ini disebabkan oleh sistem telah dicuba dengan meluas.Windows Xp menambah pengesahan kepada pemacu supaya
dapat menangkap dan menentukan pepijat dengan lebih banyak lg,
Meningkatkan kemudahan penggunaan kod aturcara yang berkaitan di dalam setiap paras kod, tiga aplikasi subjek, pemacu dan alat untuk mengukuhkan
Perbandingan Antara OS - XP
Kebolehpercayaan juga boleh dilihat dari peningkatan GUI yang lebih mudah digunakan.
Kesesuaian aplikasi Windows dan Posix – Windows XP tidak hanya memperbaharui Windows 2000 tapi juga Windows95/98.keperluan untuk Windows XP termasuk kesuaian yang tinggi dengan aplikasi pengguna iaitu larian di dalam Windows 95/98.
Perbandingan Antara OS - XP
Perlaksanaan yang tinggi – Windiws XP dilengkapi rekabentuk untuk meningkatkan perlaksanaan sistem mikrokomputer dan dengan meningkatkan konsep persekitaran bebilang-bebenang dan berbilang pemproses.
Persambungan – merujuk kepada kemampuan OS untuk disambungkan dengan lebih banyak alatan.
Perbandingan Antara OS - XP
Mudah alih – OS ini mudah alih kerana boleh di bawa dari satu reka bentuk perkakasan kepada perkakasan yang lain.
Sokongan antarabangsa – iaitu sokongan bahasa tempatan (National Language Support) API seperti masa, tarikh.
Perbandingan Antara OS - Linux
Linux merupakan hasil usaha Linus Torvald, pelajar jurusan sains komputer University Helsinki, Finland. Dengan wujudnya Internet, sistem pengendalian ini berkembang pesat berikutan bantuan yang diberikan oleh pengaturcarapengaturcara yang lain. Dari hari ke hari, Linux terus berkembang menjadikan dirinya setaraf dengan OS Microsoft Corporation.
Perbandingan Antara OS - Linux
Struktur sistem – komponen kernel melaksanakan tugas-tugas penting seperti pengurusan ingatan, fail, peranti dan proses.perpustakaan piawai menyediakan rutin atau fungsifungsi yang kerap digunakan. Sistem utiliti terdiri daripada aturcara cengkerang(shell), pengkompil dan penyunting.
Perbandingan Antara OS - Linux
Struktur sistem
Perbandingan Antara OS - Linux
Pengurusan ingatan – Linux menggunakan demand paging (penghalaman permintaan) dan pertukaran (swapping) untuk mengalamatkan secara fizikal storan logikal yang lebih besar daripada ruang ingata yang sebenar.
Pengurusan pemproses – untuk memastikan penyelarasan penjadualan proses, pengagihan CPU dan melayan permintaan proses.
Perbandingan Antara OS - Linux
Pengurusan peranti – peranti dalam sistem Linux boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu peranti blok, peranti aksara dan peranti rangkaian.
Pengurusan fail – menggunakan konsep Virtual File System.
Tamat