Komputer Peribadi

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Komputer Peribadi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,566
  • Pages: 9
Komputer peribadi Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pandangan besar bagi komputer peribadi moden: 1. Monitor

Monitor Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sebuah Monitor berjenama Philips. Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik. Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri. Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya, lebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan. Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT

2. Papan induk

Papan induk Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Papan induk, juga dikenali sebagai papan utama (mainboard MoBo) atau papan sistem (systemboard), merupakan pusat atau papan litar bercetak (printed circuit board) utama yang terdiri daripada sistem eletronik rumit, seperti komputer. Komputer biasa dibina dengan mikropemproses, ingatan komputer utama, dan komponen asas lain pada papan induk. Komponen lain komputer seperti ruang simpan luaran (external storage), litar pengawal bagi paparan video dan bunyi, dan perkakasan persisian (peripheral device) biasanya dilekatkan pada papan induk melalui kabel atau penyambung. Terdapat maklumat lanjut mengenai komputer peribadi serasi IBM di papan induk PC.

3. Unit pemprosesan pusat (Mikropemproses)

Unit pemprosesan pusat Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Cip CPU CPU atau unit pemprosesan pusat ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan CPU, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan operator (operand) dan hasil proses. Istilah unit pemprosesan pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat yang penting di dalam komputer, seperti cache dan pengawal input/output. Ini merujuk kepada komputer yang menggunakan cip mikropemproses moden. Fungsi-fungsi tersebut (cache, dan kawalan input/output) disertakan di dalam litar bersepadu. Kebiasaanya, pembekal/pengeluar komputer meja sering menggunakan istilah CPU untuk merujuk kepada kotak atau badan komputer (unit sistem) dan kandungannya. Penggunaan CPU di sini adalah kurang tepat dan mengelirukan. Reka bentuk CPU sering disebut sebagai seni bina CPU.

4. Ingatan capaian rawak

Ingatan capaian rawak Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Ingatan capaian rawak atau random access memory (RAM) ialah gabungan beberapa cip RAM di atas satu modul. Modul ingatan ini kemudian dimasukkan ke slot RAM di atas papan induk. Jumlah kapasiti pada sesuatu modul RAM itu biasanya gandaan dari angka dua. Manakala unit ukuran yang digunakan untuk mengukur RAM pula ialah Megabait (MB). 1 MB bersamaan dengan 100 Kilobait (KB). Contoh kapasiti modul RAM ialah 64 MB, 128 MB dan 256 MB. Kebanyakan papan induk mempunyai sekurang-kurangnya 2 slot modul ingatan. Ini membolehkan kita memasukkan beberapa modul ingatan di atas papan induk (memory banks). Teknologi “dual channel” berteraskan kepada dua modul yang kecil untuk membentuk satu kapasiti yang besar. Ini membolehkan capaian data pada kadaran yang lebih cepat. Misalnya untuk memiliki jumlah sebanyak 512 MB, kadar capaian data untuk dua keping modul 256 MB adalah lebih cepat berbanding dengan satu memori modul sebanyak 512 MB.

5. 6. 7. 8.

Kad tambah Bekalan kuasa Pemacu cakera optik Cakera keras

Cakera keras Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Bentuk cakera keras yang umum pada pertengahan 1990-an. Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CDROM, atau pita. Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan antaramuka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari.

9. Papan kekunci

Papan kekunci Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Papan kekunci jenama BenQ

Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke dalam komputer. Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah. • • • •

menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan. bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil. mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama. menyimpan secara sementara atau "menimbal" masukan jika kekunci ditaip terlalu pantas.

Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci. Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu. Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci

10. Tetikus

Tetikus Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Jenis-jenis tetikus bebola berwayar. Tetikus (bahasa Inggeris mouse) merupakan peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau cursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Pada masa kini terdapat beberapa jenis tetikus yang dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri ciri fizikal dan keupayannya seperti:• • • •

Tetikus bebola dengan wayar. Tetikus bebola tanpa wayar. Tetikus optik dengan wayar. Tetikus optik tanpa wayar.

Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengoperasi tetingkap ( Window ) seperti Microsoft Windows, Linux dll. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan program desktop publishing. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada. Setiap tetikus, pada kebiasaannya mempunyai 1 hingga 3 bebutang dan setiap bebutang mempunyai fungsi yang berlainan. Fungsi-sungsi ini pula biasanya dikawal oleh Sistem Pengoperasian dan perisian. Sebagai contoh dengan memilih => Control Panel =>Mouse, seseorang boleh mengawal samaada hendak mengendalikan tetikus dengan menggunakan tangan kiri atau kanan, bentuk penunjuk, saiz penunjuk, ciri-ciri tetikus dll. Bagaimanapun fungsi tetikus asas masih sama dan biasanya dibahagikan kepada 4 aktiviti utama iaitu: 1. Klik atau klik tunggal ( Click atau single click ) – untuk membuat pilihan yang tertentu pada skrin papa 2. Dwiklik ( Double click ) – untuk membuka dokumen atau memulakan program. 3. Klik kanan ( Right click ) – untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin komputer.

4. Heret dan lepas ( Drag and Drop ) – untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.

Komputer peribadi ialah komputer yang sesuai digunakan untuk kegunaan peribadi. Komputer jenis ini boleh didapati di pasaran dengan harga yang pelbagai—bergantung kepada kehendak pengguna, tetapi amat rendah jika dibandingkan dengan komputer berkuasa tinggi seperti superkomputer. Komputer peribadi juga digunakan untuk merujuk kepada komputer komputer peribadi IBM (IBM Personal Computer) keluaran IBM. Komputer ini merupakan pencetus kepada perkembangan komputer peribadi sehingga ke hari ini. Komputer peribadi boleh dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut rupa dan saiz: • • • • • • •

Komputer meja Komputer riba Komputer tablet Pembantu digital peribadi atau PDA Komputer boleh alih Komputer boleh pakai Telefon bimbit

Isi kandungan [sorok] • • • •

1 Sejarah 2 Seni bina dan kad tambah 3 Komputer peribadi tak serasi IBM 4 Lihat juga



5 Pautan luar

[sunting] Sejarah Komputer peribadi ialah mikrokomputer yang berharga rendah. Pada asalnya direkabentuk supaya ia hanya boleh diguna oleh seorang pada satu masa, dan juga serasi IBM PC. Nadi utama bagi mikrokomputer ialah Unit Pemprosesan Pusat mikropemproses (microprocesor CPU). Mikropemproses yang pertama ialah Intel4004 yang dikeluarkan

pada 15 November 1971. Generasi pertama mikrokomputer yang mula dikeluarkan pada tahun 70an. Namun begitu, ia berprestasi lebih rendah, dan kurang upaya berbanding dengan komputer perniagaan pada waktu itu. Ia hanya diguna oleh peminat komputer, atau hanya untuk permainan elektronik. Mikrokomputer menjadi alat perniagaan apabila atur cara hamparan elektronik VisiCalc dilancarkan untuk mesin Apple II, dan seterusnya untuk IBM PC. Pada sekitar tahun 1980-an, harga komputer peribadi yang rendah menjadi sebab utama kepopularannya untuk kegunaan di rumah serta perniagaan. Pada tahun 1982, majalah Times memberikan Komputer Peribadi gelaran "Man of the Year". Menjelang tahun 1990an, kuasa prestasi Komputer Peribadi meningkat secara drastik, sehingga ia hampir menyamai kuasa komputer pelbagai pengguna, seperti Mainframe. Pada hari ini, komputer tahap tinggi (higher-end computer) lebih kerap membezakan dengan komputer peribadi dari segi kestabilan serta kuasa multitasking yang lebih baik, daripada hanya bergantung semata-mata pada kuasa CPU.

[sunting] Seni bina dan kad tambah Kebanyakan Komputer Peribadi moden menggunakan senibina perkakasan yang serasi dengan komputer peribadi IBM, dan menggunakan pemproses berciri x86 yang dikeluarkan oleh Intel, AMD, atau Cyrix. Keupayaan komputer peribadi boleh ditingkatkan lagi dengan penggunaan kad tambah.

[sunting] Komputer peribadi tak serasi IBM Di sebalik kepopularan komputer peribadi, terdapat juga sejumlah komputer peribadi yang tidak serasi dengan IBM yang masih menjadi tarikan pengguna. Salah satu daripadanya ialah Power Macintosh yang dikeluarkan oleh Apple Computer. Komputer peribadi itu yang mempergunakan seni bina PowerPC digunakan secara meluas dalam bidang seni bina grafik serta multimedia.

Related Documents

Komputer Peribadi
June 2020 24
Peribadi Saya
June 2020 25
Peribadi Muslim
November 2019 47
Komputer
December 2019 48
Komputer
October 2019 55