Bab 8

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 8 as PDF for free.

More details

  • Words: 718
  • Pages: 2
BAB 8 : PERTAHANAN Pertempuran masih berterusan. Sudah dua jam serangan komunis, belum ada tanda-tanda berita daripada penggempurnya. Dia kecewa apabila mendengar laporan Tucksai. Harapannya untuk menawan Rumah Pasung Bukit Kepong dengan mudah tidak kesampaian. Pasukan polis memperkuatkan pertahanan di semua kubu. Sarjan Jamil mengarahkan Hamzah Ahmad mengeluarkan semua senjata dan peluru di stor senjata, untuk dibawa masuk ke dalam kubu. Pertahanan polis masih mantap. Setiap tembakan musuh dibalas dengan tembakan dari segenap penjuru dan kubu pertahanan. Sementara pihak musuh semakin terdedah kepada sasaran tembakan anggota polis. Sinar matahari awal pagi membolehkan pihak polis melihat kedudukan dan pergerakan polis di luar pagar. Yusof Rono berjaya menembak sasaran yang cuba memotong dawai pagar. Tetapi tidak lama selepas itu dia terkena tembakan musuh yang mencederakan bahu kirinya. Walaupun cedera dia masih bertahan bersama senjata di tepi kubu. EPC Ahmad Khalid meneruskan tembakan ke arah musuh. Di kubu atas, Othman, Jaafar Hassan, EPC Mohd. Top Lazim, dan Sarjan Jamil masih melawan dan bertahan. Yusof Rono cuba menarik perhatian daripada rakan-rakan lain untuk membantu pertahanan di kubu bawah. Kadir Jusoh berjaya bergerak masuk ke kubu bawah, selepas melepasi serangan musuh yang bertalu-talu. Ibrahim Ali dan AP Ali Akop yang sejak awal bertempur dan bertahan di pos pertahanan sebelah kiri, terus melepaskan tembakan ke arah musuh yang datang dari arah kebun getah Syed Atan. Mereka hampir kehabisan peluru. Ali Akop berlari ke berek untuk mendapatkan bantuan peluru, tetapi gagal. Dia gugur terkena tembakan musuh yang betalu-talu. Ibrahim Ali Berjaya mengambil senjata rakannya dengan bantuan Hassan Osman yang bertahan di kubu berek. Pengganas komunis memperkuatkan serangan ke arah kubu berek. Tembakan mereka menembusi dinding berek. Keluarga polis yang berlindung di dalam berek ketakutan dan cemas. Kumpulan komunis semakin menghampiri berek. Hassan Osman dan Muhamad Jaafar yang bertahan di berek sudah cedera. Abu Bakar Daud masih pengsan di kubu bawah berek. Anak-anak dan isterinya menangis ketakutan. Pertahanan polis di belakang berek semakin lemah. Hanya Abu Ali, Hassan Osman, dan Awang Ali yang masih bertahan. Samad Yatim sudah tewas. Saadiah isteri Abu Ali, memeluk anaknya Simah yang menjerit ketakutan setiap kali dinding berek ditembusi peluru musuh. Akhirnya kedua-dua beranak itu juga turut menjadi mangsa peluru musuh. Rombongan Penghulu Ali yang bergerak ke rumah pasung juga diserang pengganas. Seorang anak buahnya, AP Redzuan Alias terkorban terkena tembakan komunis. Mereka masih gagal mendekati kawasan rumah pasung kerana dipintas oleh pasukan pengganas. Bukan pasukan Penghulu Ali sahaja yang bergerak untuk membantu polis, tetapi juga kumpulan-kumpulan AP dari beberapa buah kampung telah bergabung untuk membantu anggota polis yang sedang bertempur. Gema bunyi tembakan di Bukit Kepong kedengaran hingga ke kawasan Lenga. Sarjan Ali Bugis, OCS polis Lenga segera memerintah pasukan semboyan meghantar berita kepada OCPD Pagoh dan OSPC Muar. Mereka

bersiap sedia untuk bergerak membantu anggota polis di Bukit Kepong iaitu sebaik sahaja OCPD sampai bersama-sama pasukan jungle squad. Sementara itu di Bukit Kepong, pertempuran masih berlaku. Tembakan kedua-dua belah pihak masih hebat. Komunis masih gagal masuk ke kawasan kompleks polis. Bunyi bugle buat kali kedua meredakan tembakan pengganas. Sekali lagi Madera menjerit menyuruh anggota polis menyerah. Jeritannya dibalas oleh Othman dengan penuh semangat, bahawa pasukan polis tidak akan menyerah kalah. Mereka akan bertahan sehingga ke titisan darah yang terakhir. Laungan takbir oleh anggota polis yang bertahan yang bergema pagi itu telah menaikkan lagi semangat perjuangan mereka untuk mempertahankan tanah watan tercinta. Pertempuran yang terhenti sebentar, bergema semula dengan bunyi tembakan kedua-dua belah pihak. Sarjan Jamil meninjau kedudukan kubu pertahanan di bahagian bawah. Dia berasa bangga melihat semangat perjuangan anggotanya yang masih kuat walaupun ada yang telah cedera. Sarjan Jamil turut membantu pertahanan kubu bawah yang semakin lemah, kerana sudah ramai anggota yang cedera dan gugur. Serangan pengganas di bahagian berek semakin hebat. Salah satu peluru telah menembusi leher Sarjan Jamil yang akhirnya gugur di pangkuan Yusof yang cedera. Tanpa mengetahui ketua mereka telah gugur, anggota polis masih terus bertahan, membalas tembakan komunis yang semakin hebat. Keadaan di berek semakin mencemaskan. Beberapa orang isteri dan anak polis telah terkorban. Pukul 7.30pagi, anggota polis Bukit Kepong masih bertahan dan pihak pengganas masih gagal menawan kompleks polis. Pengganas komunis menumpukan sasarn ke arah berek dan memotong dawai pagar untuk menguasai berek. Bilangan anggota polis yang masih bertahan semakin kurang. Bantuan penduduk kampung disekat manakala bantuan dari polis Lenga masih belum sampai. Kedudukan pertahanan polis semakin tercabar dengan serangan komunis yang semakin hebat.

Related Documents

Bab 8
December 2019 56
Bab 8
May 2020 46
Bab 8
November 2019 56
Bab 8
May 2020 48
Bab 8
May 2020 30
Bab 8
October 2019 48