Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 6- Kerja-kerja Kejuruteraan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,528
  • Pages: 20
BAB 6 : KERJA-KERJA KEJURUTERAAN

6.1 Pengenalan

Di Lapangan Terbang Sibu, terdapat 14 orang juruteknik di dalam bahagian kejuruteraan.

Kesemuanya mementingkan kerjasama antara satu sama lain.

Juruteknik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mekanikal, elektrikal dan awam. Sepanjang menjalani latihan industri bersama juruteknik lapangan terbang Sibu, saya mendapati mereka membuat kerja harian tanpa mengira jawatan masing-masing. Contohnya, juruteknik elektrikal membuat kerja mekanikal dan juga sebaliknya. Oleh kerana itu, saya juga telah berpeluang untuk menimba ilmu-ilmu baru seperti kerja-kerja bidang elektrik, elektronik dan awam.

80

6.2 Kerja-Kerja Elektrik dan Elektronik

6.2.1

Spesifikasi Kerja-Kerja Elektrik

Kerja-kerja elektrik dan elektronik melibatkan setiap komponen yang mempunyai unsur elektrik seperti pendawaian dan yang berkaitan dengan elektrik. Antara kerja-kerja bidang ini ialah, AGL (Aero Ground Lightning), penukaran lampu-lampu di terminal dan sebagainya.

Namun kerja ini juga dibantu oleh

juruteknik lain iaitu juruteknik mekanikal dan juruteknik awam.

6.2.2

Penyenggaraan Untuk Kerja-Kerja Elektrik Dan Elektronik

i

Lampu (melibatkan semua lampu yang berada di terminal). -

Menukar lampu ‘Flourocent’, Lampu ‘Downlight’ dan ‘Stater’ yang rosak.

-

Membaiki atau mengantikan Suis Soket, Soket ‘Outlet’ dan ‘Plugtop’ yang rosak.

-

Menghidupkan semula kuasa elektrik apabila berlakunya litar pintas ataupun terputus bekalan buat sementara waktu.

-

Mengantikan komponen-komponen yang menyebabkan lampu tidak berfungsi seperti ‘Chock’.

ii

Melakukan kerja-kerja yang melibatkan AGL (Aero Ground Lightning) seperti: -

Memeriksa keadaan CCR yang berada di setiap Substation.

81

-

Menghidupkan semula kuasa elektik apabila berlakunya litar pintas ataupun terputus bekalan buat seketika waktu.

-

Mengantikan lampu-lampu AGL seperti ‘High Mask’, ‘Taxiway Centreline’,

‘Taxiway

Edgelight’,

‘PAPI

Runway

13/31’,

‘Thresholdlight 13/31’,’Runway Endlight 13/31’, ‘Windcone 13/31’, ‘Simple Approachlight 31’, ‘Procesion Spproach 13’, ‘Turning Pad 13/31’ dan sebagainya. -

Menukar lampu AGL yang rosak. Membaiki komponen-komponen lampu di ‘Runway’ yang rosak seperti ‘Bulb Holder’ dan sebagainya.

iii

-

Mengantikan ‘Windsock’ yang telah pudar.

-

Menukar transfomer yang rosak dengan yang baru.

-

Memeriksa ‘Reading Ground’ untuk PAPI setahun sekali.

Melakukan kerja-kerja yang melibatkan Mesin X-ray. -

Servis mesin X-ray mengikut tempoh penyelengaraan yang telah ditetapkan seperti harian, bulanan, dan tahunan.

-

Memeriksa keadaan radiasi pada X-ray.

-

Menukar alat menukar alat pengesan radiasi mengikut jangka hayat komponen tersebut.

6.2.3

Proses Kerja Yang Dilakukan (Menukar Lampu Taxiway Centreline)

Menukar lampu AGL merupakan salah satu kerja penyelengaraan bahagian AGL.

Selalunya pihak juruteknik akan membuat pembaikian

bahagian AGL ini pada waktu malam ketika operasi lapangan terbang sudah selesai kerana pembaikian berkemungkinan besar akan menganggu operasi penerbangan. Akan tetapi, sekiranya terdapat masalah kecil dan mampu

82

diselesaikan pada masa yang cukup singkat serta yakin tidak akan menganggu mana-mana operasi, ia akan dilakukan pada waktu pagi ketika tiada pesawat yang akan mengunakan ‘Runway’.

6.2.4

Peralatan-Peralatan Yang Digunakan

i.

Soket no 14mm dan no 10mm.

ii.

Lampu ‘Taxiway Centreline’ yang baru.

Rajah 6.1 : Rajah menunjukan lampu ‘Taxiway Centreline’ yang baru.

iii.

Pena Ujian

83

iv.

‘Long Nose’

Rajah 6.2 : ‘Long Nose’ v.

Ricet

Rajah 6.3 : Ricet

84

6.2.5

Langkah-Langkah Kerja Untuk Menukar Lampu ‘Taxiway Centerline’

i.

Notifikasi dikeluarkan oleh DO mengenai aduan kerosakan keatas lampu ‘Taxiway Centreline’ dan diberikan kepada juruteknik yang bertugas.

ii.

Alat keselamatan diri dan peralatan yang diperlukan disediakan untuk menukar lampu yang rosak tesebut.

Rajah 6.4 : Rajah menunjukan lampu ‘Taxiway Centreline’ yang tidak menyala.

iii.

Kenal pasti lampu ‘Taxiway Centreline’ yang perlu ditukar dan selepas itu padamkan bekalan elektrik untuk lampu ‘Taxiway Centreline’ di Substation.

iv.

Pastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan aktiviti peyelengaraan.

85

Rajah 6.5 : Rajah menujukkan langkah kerja membuka ‘Fitting’.

v.

Buka ‘Fitting’ Taxiway Centreline’ dengan mengunakan soket no 14mm.

vi.

Kemudian keluarkan ‘Fitting’ tersebut dari tempat asalnya dan terbalikkan ‘Fitting’ tersebut.

86

Rajah 6.6 : Langkah membuka ‘Fitting’.

vii.

Buka penutup dalam ‘Fitting’ untuk melakukan penukaran lampu dengan mengunakan soket no 10 mm.

viii.

Kenal pasti masalah lampu tidak menyala (periksa samada terdapat bekalan elektrik mengunakan Pena Ujian).

ix.

Didapati lampu ‘Taxiway Centreline’ hangus dan perlu ditukar.

87

Rajah 6.7: Rajah menunjukan lampu telah dikeluarkan dari ‘Fitting’.

x.

Keluarkan lampu yang rosak mengunakkan Long Nose kerana di khuatiri terdapat kebocoran elektrik.

xi.

Lakukan penukaran dengan berhati-hati.

88

Rajah 6.8 : Rajah menunjukan lampu dimasukkan ke dalam ‘Fitting’.

xii.

Masukkan lampu yang baru ketempatnya dan sambungkan wayar lampu tersebut dengan menggunakkan ‘Long Nose’

89

Rajah 6.9 : Rajah menunjukan lampu dihidupkkan untuk memastikan ia menyala.

xiii.

Setelah selesai menyambungkan wayar tersebut, hidupkan bekalan kuasa untuk ‘Taxiway Centreline’ untuk memastikan bahawa lampu tersebut menyala.

xiv.

Kerja

pemasangan

semula

sebelumnya.

90

adalah

seperti

langkah-langkah

Rajah 6.10 : Rajah menunjukan ‘Fitting’ dipasang semula dan mengetatkan kesemua Nat.

xv.

Ketatkan kesemua nat dan lakukan pembersihan untuk tempat tersebut. (Pastikan tiada alat dan sampah sarap yang tertinggal).

xvi.

Kerja menukar lampu ‘Taxiway Centreline’ telah selesai. tersebut telah menyala dengan sempurna.

Lampu

Notifikasi ditutup dan

diserahkan kepada pihak pengurusan Lapangan Terbang Sibu untuk tindakan selanjutnya.

91

6.3 Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam

6.3.1

Spesifikasi Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam

Kerja-kerja kejuruteraan awam melibatkan penyenggaraan banggunan. Segala benda yang berkaitan dengan banggunan seperti siling, tandas dan sebagainya adalah tangunggjawab juruteknik awam. Namun kerja ini juga dilakukan dan dibantu oleh juruteknik lain iaitu juruteknik mekanikal dan juruteknik elektrik.

6.3.2

Penyenggaraan Untuk Kerja-Kerja Kejuruteraan Awam

i.

Tandas (Melibatkan semua tandas yang berada di terminal). a. Membaiki ‘Toilet Bowl Cover Seat’ yang rosak.

ii.



Membaiki paip yang bocor dan rosak.



Membaiki dan menyelenggara ‘Flushing System’.



Membaiki dinding dan pintu tandas yang rosak atau pecah.

Siling (Gypsum Board) a. Membaiki/menukar siling yang rosak.

iii.

Atap a. Mencabut tumbuhan yang berada pada panco air atap yang boleh menyebabkan air bertakung.

92

iv.

Aksesori Bangunan a. Membaiki/ Menukar pintu yang rosak

6.3.3

Proses Kerja Yang Dilakukan (Membaiki dinding tandas)

Menampal lubang pada dinding merupakan salah satu kerja penyelengaraan bangunan. Dinding merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam bangunan, dinding ialah sesuatu struktur tegak yang berterusan membentuk satu bahagian dari bangunan atau bilik.

Semasa latihan industri ini, saya mendapat pengalaman membaiki dinding yang pecah di tandas lelaki balai berlepas. Semasa melakukan kerja ini, saya dibimbing oleh juruteknik ‘Shift B’. Mereka memberi tunjuk ajar sukatan untuk simen dan cara-cara menampal dinding yang berlubang. Dinding berjaya ditampal dan masalah daripada aduan dapat diatasi.

6.3.4

Peralatan Yang Digunakan Untuk Menampal Lubang Dinding

i.

Simen

ii.

Pembancuh Simen/ Scraping

iii.

Pasir

iv.

Air

93

6.3.5

v.

Kain pengelap/tisu

vi.

Baldi

vii.

Surat Khabar

Langkah-langkah Kerja Untuk Menampal Lubang Dinding.

i. Notifikasi dikeluarkan oleh DO mengenai aduan terhadap dinding tandas dibalai berlepas telah pecah. Notifikasi diberikan kepada juruteknik yang bertugas. ii. Pertama sekali, pastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan kerja–kerja pembaikian. iii. Sediakan semua peralatan yang diperlukan.

94

Rajah 6.11 : Rajah menunjukkan Pasir, Air dan Simen diadun sehingga rata.

iv

Bancuh simen dahulu sebelum pergi ke tandas balai berlepas tersebut dan masukkan ke dalam baldi yang disediakan. Sukatan untuk simen ialah 1:2:4 iaitu Simen,Air dan Pasir.

95

Rajah 6.12 : Rajah menunjukan seorang juruteknik sedang membersih tempat simen yang telah dibancuh tadi.

v

Bersihkan tempat simen dibancuh untuk mengelak sisa-sisa simen melekat dan keras.

vi

Letakkan surat khabar di bawah dinding yang hendak ditampal supaya simen yang jatuh tidak akan mengotorkan lantai tersebut.

96

Rajah 6.13 : Rajah menunjukan simen sedang dimasukkan ke dalam dinding yang pecah.

vii

Masukkan simen yang telah dibancuh ke dalam dinding yang pecah dan ratakan simen dengan mengunakan ‘Srcaper’ Simen.

Rajah 6.14 : Rajah menunjukan kawasan simen yang telah dirata dan dibersihkan.

97

viii

Setelah kerja meratakan dinding selesai, bersihkan kawasan lain yang terkena simen tadi.

ix

House keeping dilakukan dan kesemua peralatan disimpan ke tempat yang asal setelah segalanya selesai dan kerja pembaikan telah berjaya.

x

Kerja menampal lubang pada dinding tandas selesai.

Notis Nofikasi

ditutup dan diserahkan kepada pihak pengurusan Lapangan Terbang Sibu untuk tindakan selanjutnya.

6.4 Komen Dan Cadangan

Selain daripada mementingkan kerjasama diantara satu sama lain, juruteknik juga perihatin terhadap semua pelajar yang menjalani latihan industri di Malaysia Airport Berhad ini. Mereka telah mengajak kami membuat kerja-kerja yang di luar bidang dan telah memberi penerangan yang teliti keatas setiap kerja yang mereka lakukan.

Pada pandangan saya untuk alat-alat dan peralatan penyelengaraan seperti simen, silikon dan sebagainya, ia haruslah mempunyai ‘Stock’ yang berterusan supaya apabila sesuatu kerja peyelengaraan perlu dilakukan ia tidak mengambil masa yang lama untuk menanti ‘Stock’ yang baru.

Selain itu juga

menyediakan bilik simpanan yang sesuai mengikut suhu yang betul untuk menyimpan benda-benda yang sensitif mungkin dapat menambah tempoh jangka hayat sesuatu komponen itu. Hal ini dapat membantu dalam kewangan kerana ia akan mencegah kerosakan pada komponen-komponen yang sensitif.

98

6.5 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, setiap kerja haruslahlah dilakukan dengan kerjasama walaupun sesuatu kerja tersebut melebihi bidang kerja yang diambil. Hal ini juga dapat membantu mengembangkan ilmu dan dapat menambah ilmu dalam diri seseorang. Penyelengaraan bangunan ini amatlah penting kerana ia juga melibatkan keselesaan penguna

dan juga membantu meningkatkan taraf sesebuah syarikat

penerbangan tersebut.

Kerja-kerja elektrik terutamanya AGL adalah suatu kerja yang amat penting dalam industri penerbangan ini kerana ia adalah salah satu syarat utama dalam industri penerbangan kerana jika tiada AGL ini mungkin akan menyukarkan pendaratan dan pelepasan pesawat terutamanya pada waktu malam. Selain itu, saya telah mengetahui dan mempelajari cara menampal lubang mengunakan simen dan menukar lampu ‘Taxiway Centerline’ mengikut prosedur yang ditetapkan oleh juruteknik. Ilmu yang saya perolehi ini dapat saya manfaatkan untuk kegunaan masa akan datang dan mahupun di politeknik.

99

Related Documents

Etika Kejuruteraan
May 2020 11
Lukisan Kejuruteraan
April 2020 20
Teknologi Kejuruteraan
April 2020 12
Etika Kejuruteraan
June 2020 7
Bab 6
June 2020 19