BAB 4: ERA PEMBERONTAKAN BRUNEI DAN KONFRONTASI KANANG MEMULAKAN KEHIDUPANNYA SEBAGAI SEORANG TENTERA. KANANG BERTUGAS DALAM PASUKAN 42 KOMANDO TENTERA BRITISH PADA TAHUN 1962 YANG BERPANGKALAN DI SELAT TEBRAU. KETIKA ITU BERLAKU PEMBERONTAKAN AZAHARI DI BRUNEI. PASUKAN KANANG DITUGASKAN UNTUK MENDAPATKAN KEMBALI DAERAH LIMBANG YANG DIKUASAI OLEH PEMBERONTAK. PEMBERONTAKAN AZAHARI BERAKHIR PADA FEBRUARI 1963. KETIKA ITU JUGA BERMULA KONFRONTASI ANTARA MALAYSIA DENGAN INDONESIA. KANANG DAN ENAM ORANG IBAN TRACKER DIARAHKAN UNTUK MENJEJAK TENTERA INDONESIA YANG MEMASUKI MALAYSIA MELALUI KOTA TINGGI. SELEPAS ITU KANANG PULANG SEMULA KE IPOH. BELUM PUN HILANG PENAT AKIBAT PERJALANAN PULANG DARI JOHOR, KANANG DIARAHKAN KE SINGAPURA KERANA PIHAK REJIMEN INFRANTRI SINGAPURA YANG PERTAMA MEMERLUKAN PASUKAN PENJEJAK. PASUKAN KANANG DI BAWAH PIMPINAN LEFTENAN YAP DITERBANGKAN KE MERSING UNTUK MENGESAN TENTERA INDONESIA YANG MENDARAT DI MERSING. PADA SATU SENJA, MEREKA BERJAYA MENGESAN MUSUH DAN BERLAKU PERTEMPURAN YANG DIMENANGI OLEH PASUKAN KANANG. PADA DISEMBER 1963, DI LUBUK ANTU, SARAWAK, KANANG DAN PASUKAN 42 KOMANDO TENTERA KOMANDO BRITISH BERTEMPUR DENGAN MUSUH DAN DIA HAMPIR-HAMPIR DITAWAN MUSUH. BERKAT KEBIJAKSANAANNYA MENYAMAR SEBAGAI ORANG AWAM, DIA BERJAYA MELEPASKAN DIRI.PADA TAHUN 1964, KANANG DIPINJAMKAN KE PASUKAN 1ST ROYAL NEW ZEALAND ARMY. BAB 5: DI AMBANG PERKAHWINAN SEMASA KANANG BERCUTI DARIPADA TUGASNYA, BAPA SAUDARA HELEN TELAH MEMPERKENALKANNYA DENGAN HELEN LATAI ANAK INTIE YANG TINGGAL DI RUMAH PANJANG SKRA HILIR. PERTEMUAN ITU MENJADI TITIK PERMULAAN PERCINTAAN MEREKA DAN AKHIRNYA KANANG ANK LANGKAU BERKAHWIN DENGAN HELEN LATAI ANAK INTIE PADA 25 MEI 1965 DI SIMANGGANG. BELUM PUN SEMPAT MERAIKAN HARI BAHAGIA MEREKA, KANANG TELAH DIPANGGIL BERTUGAS DALAM OPERASI MENCARI ANGGOTA 1ST ROYAL NEW ZEALAND ARMY YANG HILANG. SELEPAS TIGA HARI OPERASI DILANCARKAN, ANGGOTA ITU AKHIRNYA DITEMUI DALAM KEADAAN CEDERA DAN KAKINYA PATAH. SETELAH OPERASI ITU BERAKHIR, KANANG PUN PULANG SEMULA KE SIMANGGANG DAN BERMULALAH KEHIDUPAN BERUMAH TANGGA. BAB 6: ZAMAN PANCAROBA KANANG DIKENALI DENGAN NOMBOR 901738 DALAM BATALION PERTAMA REJIMEN RENJER MALAYSIA. KANANG TELAH DILANTIK SEBAGAI KETUA ESKOT.
PADA SUATU HARI, DIA DITUAGASKAN UNTUK MENGHANTAR CATUAN BERJUMLAH 200 BUNGKUS KE BATU LINTANG, SARAWAK. DALAM PERJALANAN PULANG, KENDERAAN YANG DINAIKINYA ROSAK DAN MENYEBABKAN DIA LEWAT TIBA DI KEM. APABILA KOMPENI SARJAN MEJAR MENGARAHKANNYA BERKAWAL, KANANG MELANGGAR PERINTAH TERSEBUT KERANA DAI TERLALU PENAT. DIA BERASA BEGITU KESAL DENGAN SIKAP KOMPENI SARJAN MEJAR YANG TIDAK BERTIMBANG RASA ITU. KEMUDIAN DIA DINAIKKAN PANGKAT KE LANS KOPERAL DALAM REJIMAN POLIS PASUKAN PADA 1 JANUARI 1966. KANANG SETERUSNYA DILANTIK MENJADI PENOLONG KETUA SEKSYEN DALAM KOMPENI RAIFAL. KANANG BERTUGAS DALAM REJIMEN 1 RENJER SEHINGGA 2 MAC 1973. DIA KEMUDIAN DITUKAR KE REJIMEN 8 RENJER PADA MAC 1973.